PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN …studentsrepo.um.edu.my/6843/1/soft_copy_thesis_latest.pdf ·...
Transcript of PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN …studentsrepo.um.edu.my/6843/1/soft_copy_thesis_latest.pdf ·...
PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANG SARAN UNTUK KURSUS EKSPLORASI REKA
BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
RAINAL HIDAYAT BIN WARDI
PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2016
PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANG SARAN UNTUK KURSUS
EKSPLORASI REKA BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
RAINAL HIDAYAT BIN WARDI
TESIS DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI
KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2016
ii
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama: Rainal Hidayat Bin Wardi (No. K.P/Pasport:750218715045)
No. Pendaftaran/Matrik: RHA110011
Nama Ijazah: Ijazah Doktor Falsafah Tajuk Tesis (“Hasil Kerja ini”):
Prosedur Penjanaan Idea Menggunakan Teknik Sumbang Saran Untuk Kursus Eksplorasi Reka Bentuk Tekstil Di Universiti Teknologi MARA Malaysia.
Bidang Penyelidikan: Seni Visual
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta
telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.
Tandatangan Calon Tarikh:
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
Tandatangan Saksi Tarikh:
Nama:
Jawatan
iii
ABSTRAK
Tesis ini membentangkan dan memperkenalkan model empirikal penjanaan idea reka
bentuk tekstil di Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui integrasi teknik-teknik sumbang
saran yang diperlukan dalam pengajaran reka bentuk tekstil. Model ini dinamakan I-
BRAINTEX (Integrated Brainstorming for Textile Design Ideation) yang bertindak sebagai
prosedur penjanaan idea reka bentuk tekstil seterusnya dapat membantu proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). I-BRAINTEX ini mempunyai dua objektif utama iaitu penjanaan idea
kreatif reka bentuk dan penyelesaian masalah dalam proses reka bentuk tekstil. Melalui I-
BRAINTEX ini, idea dapat dijanakan dengan memberikan penekanan kepada kuantiti dan
kualiti idea seterusnya memudahkan pembinaan tema projek reka bentuk.
Beberapa teknik sumbang saran diaplikasikan sebagai teknik penjanaan idea khusus
untuk reka bentuk tekstil ini. Di peringkat pertama penjanaan idea, teknik sumbang saran
individu dan peta minda digunakan sebagai persediaan untuk merangsang idea-idea awal
berkaitan subjek kajian yang difikirkan bersesuaian dengan tema projek reka bentuk. Sumbang
saran individu ini bertujuan sebagai teknik pengayaan pengetahuan pra (enrichment to pre-
knowledge) sebelum menjalani sesi sumbang saran yang dilaksanakan secara berkumpulan.
Di peringkat kedua penjanaan idea, teknik sumbang saran berkumpulan digunakan bagi
tujuan penjanaan, pengembangan dan penerokaan idea melalui sumbangan idea dari rakan
dalam kumpulan. Objektif teknik terbahagi kepada dua iaitu penjanaan idea dalam kuantiti yang
besar dan penghalusan idea-idea yang berkualiti. Sumbang saran berkumpulan ini juga dikenali
sebagai aktiviti untuk kreativiti berkumpulan yang jega mempromosikan pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) kolaboratif. Teknik sumbang saran berkumpulan ini sangat praktikal
diaplikasikan bersama kemahiran melukis dan melakar bagi memantapkan idea-idea yang
dijanakan.
Di peringkat ketiga penjanaan idea, teknik Brainwriting berkumpulan telah digunakan
bagi tujuan penambahbaikan teknik sumbang saran berkumpulan dengan menetapkan kuantiti
idea yang perlu dicapai tanpa mengabaikan kualiti idea. Semua teknik sumbang saran yang
dicadangkan (sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dan brainwiting) dilihat
iv
sebagai konsep penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang komprehensif dalam reka bentuk
tekstil. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga teknik sumbang saran ini mempunyai
siknifikasi yang tinggi melalui Ujian-T, dan praktikal dari aspek pelaksanaan dalam pengajaran
dan pembelajaran reka bentuk tekstil. Hasil kajian juga mendapati I-BRAINTEX berjaya
mencapai objektif kuantiti dan kualiti idea yang ditetapkan dan sesuai untuk dijadikan sebagai
model penjanaan idea reka bentuk tekstil.
v
ABSTRACT
This thesis presents and introduces an empirical model of idea generation for textile
design in Universiti Teknologi MARA (UiTM) through the integration of brainstorming
techniques required for teaching textile design. This model is called I-BRAINTEX (Integrated
Brainstorming for Textile Design Ideation) acting as a procedure for textile design idea
generation thus helps teaching and learning process (T&L). I-BRAINTEX has two objectives,
namely the idea generation for creative design ideas and problem solving in textile design
process. Through I-BRAINTEX, these ideas can be generated with an emphasis on the quantity
and quality of ideas thus facilitating the construction of the project design theme.
Three brainstorming techniques were applied as an idea generation technique
specifically for textile design. At the first stage, individual brainstorming and mind map
techniques were used as preparation to stimulate initial ideas related to research subject that
suitable with design project theme. Individual brainstorming was intended as pre-knowledge
enrichment before undergoing group brainstorming session.
In the second stage of idea generation, group brainstorming techniques used for the
generation, development and exploration of ideas through the contribution of ideas from group
members. The objective of this technique was divided into two, namely the generation of ideas
in large quantities and refinement of quality ideas. Group brainstorming is also known as
creativity in groups that also to promote collaborative Teaching and Learning approach (T&L).
Group brainstorming technique is very practical to be applied together with sketching skills to
strengthen the ideas.
In the third stage of idea generation, group brainwriting technique was used for the
purpose of improvement of group brainstorming by determining the quantity of ideas that need
to be achieved without compromising the quality of ideas. All the proposed brainstorming
(individual brainstorming, group brainstorming and brainwriting) was viewed as idea
generation and comprehensive problem solving for textile design. The results of this study show
that the three brainstorming techniques have a high significance towards creativity achievement
through T-Test analysis and it is practical approach for teaching and learning textile design.
vi
This study was also found that I-BRAINTEX is managed to achieve the objective of quantity
and quality of ideas and suitable to serve as idea generation model for textile design.
vii
PENGHARGAAN
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. atas limpah kurnia, keizinan,
petunjuk serta HidayahNya dapat saya melengkapkan penulisan tesis ini. Ucapan penghargaan
kepada penyelia pertama Dr. Sabzali Musa Kahn atas hospitaliti, seliaan dan panduan sepanjang
pengajian. Dr. Ruzaika Omar Basaree, penyelia ke dua atas bantuan informasi dan sokongan.
En. Jaffri Hanafi atas keihklasan perkongsian ilmu dan rakan penyelidikan Dr. Muhamad
Firdaus Ramli atas perjuangan memartabatkan keilmuan dan kesarjanaan. Jazakallahu Khairan.
Semoga Allah memberikan kebaikan kepada kalian.
Kepada ibu dan ayah, Erlina Abdullah dan Wardi Bustami, setinggi-tinggi penghargaan
atas doa dan restu yang tiada penghujung. Doaku semoga Allah SWT mengasihi, melindungi
dan merahmati kalian di dunia dan akhirat. Penulisan tesis ini tidak mungkin dapat
dilengkapkan tanpa pengorbanan besar isteriku Nor Azlinda Muhammad dan anak-anakku Putra
Darwisy Rizky dan Putra Aish Zafri. Maaf atas keterabaianku terhadap kalian sepanjang
tempoh pengajian.
Untuk staf Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Hj. Mustaffa Halabi Hj. Azahari selaku dekan yang
memberi kepercayaan dan galakan untuk menamatkan pengajian. Prof. Madya Sharifah
Alwiyah Syed Sahil, Prof. Madya Dr. Norwani Nawawi, Dr. Basitah Taif, Dr. Mohd Azhar
Samin, Dr Rosinah Edinin (IPG Kampus Bahasa Melayu), Encik Danuri Sakijan, Encik
Rahman Rosman, Encik Padzir Ahmad, Encik Faizal Jumah dan Encik Fizul Ishak atas bantuan,
nasihat dan motivasi yang diberikan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, Pn. Rusmawati Ghazali, Mrs. Maithreyi
Subramaniam, Pn. Suhaila Mohd Zaki, En. Shahrul Azman Shahabudin dan En. Mohamizam,
terima kasih atas perkongsian ilmu dan semoga kalian dapat menamatkan pengajian dan
kembali berkhidmat untuk anak bangsa. Jazakallahu Khairan, Wassalam.
viii
JADUAL KANDUNGAN
Borang Perakuan Keaslian Penulisan ............................................................................... ii
Abstrak ............................................................................................................................. iii
Abstract ............................................................................................................................. v
Penghargaan .................................................................................................................... vii
Jadual Kandungan .......................................................................................................... viii
Senarai Gambar Rajah ................................................................................................. xxiv
Senarai Jadual ............................................................................................................... xxv
Senarai Simbol dan Singkatan ..................................................................................... xxvi
Senarai Lampiran ........................................................................................................ xxvii
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kepada Penyelidikan ............................................................................ 1
1.2 Latar Belakang Penyelidikan ................................................................................... 2
1.2.1 Tema Projek ................................................................................................. 5
1.2.2 Penyelidikan Visual ..................................................................................... 6
1.2.3 Pengembangan Idea ..................................................................................... 7
1.2.4 Cadangan Reka Bentuk ............................................................................... 8
1.3 Kajian Rintis (Pilot Study) ....................................................................................... 8
1.3.1 Rumusan Dari Kajian Rintis Temubual Pelajar ........................................ 10
1.3.2 Hasil Pemerhatian Di Dalam Studio .......................................................... 11
1.3.3 Rumusan Dari Kajian Rintis Temubual Pensyarah ................................... 11
1.3.4 Rumusan Dari Kajian Rintis Pemerhatian Di Dalam Studio .................... 12
1.3.5 Hasil Analisis Silibus Kursus Reka Bentuk Tekstil .................................. 12
1.3.6 Penilaian Hasil Kerja Pelajar ..................................................................... 13
1.3.7 Rumusan Keseluruhan Kajian Rintis ......................................................... 14
ix
1.4 Penyataan Masalah ................................................................................................ 15
1.5 Tujuan Penyelidikan .............................................................................................. 16
1.6 Objektif Penyelidikan ............................................................................................ 16
1.7 Soalan Penyelidikan .............................................................................................. 17
1.8 Hipotesis Kajian .................................................................................................... 18
1.9 Skop Penyelidikan ................................................................................................. 18
1.10 Justifikasi Penyelidikan ......................................................................................... 19
1.10.1 Justifikasi Pemilihan Program Reka Bentuk Tekstil ................................. 19
1.10.2 Kepentingan Hasil Penyelidikan ............................................................... 20
1.11 Manfaat Penyelidikan ............................................................................................ 21
1.11.1 Pelajar ........................................................................................................ 21
1.11.2 Pensyarah/Fasilitator ................................................................................. 22
1.11.3 Perancang Kurikulum/Silibus .................................................................... 22
1.12 Definisi Terminologi ............................................................................................. 23
1.12.1 Analisis Reflektif ....................................................................................... 23
1.12.2 Prosedur Reka Bentuk Tekstil ................................................................... 23
1.12.3 Sumbang Saran .......................................................................................... 23
1.12.4 Kreativiti .................................................................................................... 23
1.13 Ringkasan BAB 1 .................................................................................................. 24
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan ............................................................................................................. 27
2.2 Jabatan Seni Reka Tekstil ...................................................................................... 28
2.3 Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil ...................................................... 29
2.4 Kandungan Silibus ................................................................................................. 29
2.5 Proses Reka Bentuk Tekstil Mengikut Silibus ...................................................... 30
x
2.6 Kelemahan/Kekurangan Proses Reka Bentuk Yang Sedia Ada ............................ 32
2.7 Keperluan Penyelidikan Berteraskan Inovasi ........................................................ 32
2.8 Ulasan/Semakan Alat Kreativiti Dalam Pelbagai Bidang ..................................... 33
2.9 Ringkasan Aplikasi Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang .............................. 42
2.10 Teori Berkaitan Penjanaan Idea Menggunakan Sumbang Saran .......................... 44
2.10.1 Teori Kognitif Oleh Piaget (1929) ........................................................... 46
2.10.2 Teori Sosio Budaya Oleh Vygotsky (1978) ............................................. 48
2.10.3 Teori dan Model Kreativiti Oleh Ellis Paul Torrence (1967) .................. 51
2.11 Model Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (1998) .................................................. 54
2.12 Ringkasan Teori Kreativiti Ellis Paul Torrence .................................................... 55
2.13 Model Taksonomi Bloom (1956) .......................................................................... 56
2.14 Implikasi Model Taksonomi Bloom Dalam Penjanaan Idea ................................. 59
2.15 Teori Berkaitan Pembelajaran Dan Kemahiran Aras Tinggi (KBAT) .................. 60
2.15.1 Jean Piaget (1968) ..................................................................................... 61
2.15.2 Benjamin Bloom (1956) ............................................................................ 61
2.15.3 Lev Seminovich Vygotsky ........................................................................ 62
2.16 Ringkasan Pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ................... 63
2.17 Penambahbaikan Penjanaan Idea Melalui Strategi Kognitif ................................. 63
2.18 Proses Reka Bentuk Berasaskan Kreativiti ........................................................... 65
2.19 Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran .................................................................. 66
2.20 Jenis Strategi Kognitif ........................................................................................... 73
2.21 Peta Kognitif .......................................................................................................... 74
2.22 Peta Konsep ........................................................................................................... 76
2.23 Peta Minda ............................................................................................................. 77
2.24 Strategi Peta Minda Dalam Penjanaan Idea .......................................................... 78
2.25 Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea ................................................... 79
xi
2.25.1 Halangan Kepada Sumbang Saran ............................................................ 83
2.25.2 Penilaian Awal Semasa Menjana Idea ...................................................... 83
2.25.3 Peserta Pasif .............................................................................................. 83
2.26 Strategi Sumbang Saran Dalam Pendidikan Reka Bentuk .................................... 84
2.26.1 Teknik Divergen dan Konvergen .............................................................. 85
2.26.2 Teknik Penguraian ..................................................................................... 85
2.26.3 Teknik Input .............................................................................................. 86
2.26.4 Teknik Prop/Objek .................................................................................... 86
2.26.5 Teknik Kad Dek (Deck Of Cards) ............................................................. 87
2.26.6 Teknik Relaksasi ....................................................................................... 87
2.28 Rumusan Teknik Yang Diperkenalkan ................................................................. 88
2.29 Kajian Proses Reka Bentuk ................................................................................... 89
2.30 Reka Bentuk Pakaian ............................................................................................. 90
2.31 Model Reka Bentuk Seni Bina ............................................................................... 93
2.31.1 Reka Bentuk Dan Proses Penyelesaian Masalah Kreatif .......................... 93
2.32 Model Reka Bentuk Industri .................................................................................. 94
2.32.1 Model Proses Reka Bentuk Archer ........................................................... 95
2.32.2 Model Proses Reka Bentuk Jones ............................................................. 95
2.33 Model Reka Bentuk Fesyen ................................................................................... 98
2.33.1 Model Proses Reka Bentuk Watkins ......................................................... 98
2.33.2 Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal ......................................... 100
2.33.3 Model Proses Reka Bentuk DeJonge ...................................................... 102
2.34 Sintesis Model-Model Proses Reka Bentuk ........................................................ 102
2.34.1 Maklumat Reka Bentuk ........................................................................... 103
2.34.2 Objektif Reka Bentuk .............................................................................. 104
2.34.3 Penghalusan Reka Bentuk ....................................................................... 104
xii
2.34.4 Kriteria Reka Bentuk ............................................................................... 105
2.34.5 Pemilihan Reka Bentuk ........................................................................... 105
2.34.6 Pelaksanaan Reka Bentuk ....................................................................... 105
2.35.7 Penilaian Reka Bentuk ............................................................................ 106
2.35 Pemikiran Reka Bentuk IDEO ............................................................................ 106
2.36 Model Pemikiran Reka Bentuk IDEO ................................................................. 108
2.36.1 Peringkat Penemuan ................................................................................ 108
2.36.2 Peringkat Tafsiran ................................................................................... 109
2.36.3 Peringkat Penjanaan Idea ........................................................................ 109
2.36.4 Peringkat Eksperimen ............................................................................. 110
2.36.5 Peringkat Evolusi .................................................................................... 110
2.37 Ringkasan Kajian Literatur .................................................................................. 111
BAB 3: KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan ........................................................................................................... 114
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan .................................................................................. 114
3.3 Kaedah Kualitatif Kajian Tindakan ..................................................................... 115
3.4 Kaedah Kuantitatif Pra-Eksperimen (Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan) ...... 116
3.5 Justifikasi Reka Bentuk Kaedah Campuran ........................................................ 117
3.6 Pendekatan Penyelidikan: Kajian Tindakan ........................................................ 118
3.6.1 Definisi Kajian Tindakan ........................................................................ 118
3.6.2 Definisi Penyelidikan Kelas .................................................................... 120
3.6.3 Model Kajian Tindakan Untuk Penyelidikan .......................................... 120
3.7 Kerangka Kerja Teori dan Cadangan Model Konseptual ................................... 121
3.7.1 Pemboleh Ubah Kajian ........................................................................... 122
3.7.2 Pemboleh Ubah Bebas ............................................................................ 122
xiii
3.7.3 Pemboleh Ubah Bersandar ..................................................................... 122
3.8 Soalan Penyelidikan ............................................................................................ 123
3.8.1 Hipotesis Kajian ...................................................................................... 124
3.9 Populasi dan Sampel ............................................................................................ 124
3.10 Rasional Pemilihan Sampel ................................................................................. 125
3.11 Instrumen Kajian ................................................................................................. 127
3.12 Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif ................................................................. 127
3.12.1 Pemerhatian ............................................................................................. 128
3.12.2 Pemerhatian Turut Serta ......................................................................... 129
3.12.3 Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur .................................. 130
3.12.4 Rasional Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur .................... 130
3.13 Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif ............................................................... 132
3.13.1 Ujian Kreativiti Menjana Idea ................................................................. 132
3.13.2 Aktiviti Ujian Aktiviti Menjana dan Menghalusi Idea ............................ 135
3.14 Prosedur Mengumpul Data .................................................................................. 136
3.15 Analisis Data ....................................................................................................... 138
3.15.1 Analisis Data Pemerhatian, Nota Lapangan dan Temubual .................... 138
3.15.2 Analisis Data Ujian Menjana Idea .......................................................... 139
3.16 Kebolehpercayaan dan Kesahan .......................................................................... 140
3.16.1 Penyegitigaan Data (Data Triangulation) ............................................... 140
3.16.2 Refleksiviti Penyelidik ............................................................................ 141
3.16.3 Verifikasi Data Pemerhatian Oleh Pensyarah ......................................... 141
3.16.4 Kolaborasi ............................................................................................... 142
3.16.5 Deskripsi Tebal dan Terperinci ............................................................... 142
3.16.6 Penilaian Rakan Sekerja .......................................................................... 143
3.17 Ringkasan Kaedah Penyelidikan ......................................................................... 143
xiv
BAB 4: HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan ........................................................................................................... 145
4.2 Pengumpulan Data ............................................................................................... 145
4.3 Pengumpulan Data Kualitatif .............................................................................. 147
4.4 Pengumpulan Data Kuantitatif ............................................................................ 148
4.5 Analisis Data ....................................................................................................... 149
4.5.1 Analisis Data Kualitatif .......................................................................... 149
4.5.2 Analisis Data Kuantitatif ........................................................................ 150
4.6 Prosedur Kajian Tindakan ................................................................................... 151
4.7 Analisis Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra) .......................................... 155
4.8 Refleksi ................................................................................................................ 155
4.8.1 Masalah Yang Dikenal Pasti .................................................................. 157
4.8.1.1 Latar Belakang Pendidikan Pelajar ......................................... 157
4.8.1.2 Pemahaman Tema dan Konsep ............................................... 158
4.8.1.3 Kuantiti Idea ............................................................................ 158
4.8.1.4 Kualiti Idea .............................................................................. 159
4.8.1.5 Isu Memuncul (Emerging Issue) ............................................. 159
4.8.2 Latar Belakang Pensyarah ...................................................................... 160
4.8.3 Paradigma Tradisional ............................................................................ 160
4.8.4 Inisiatif dan Motivasi ke Arah Pembaharuan ......................................... 161
4.9 Kitaran Tindakan 1 ............................................................................................. 162
4.10 Merancang Tindakan .......................................................................................... 165
4.10.1 Strategi Sumbang Saran Individu ............................................................ 165
4.11 Pelaksanaan Tindakan Kitaran 1 ......................................................................... 166
4.11.1 Strategi Sumbang Saran Individu ......................................................... 166
4.11.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 .............................................. 167
xv
4.12 Analisis Tindakan Kitaran 1 ............................................................................... 169
4.12.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Individu ............................................. 166
4.12.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 ................ 170
4.12.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran 1 ......................................................... 174
4.13 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 1 ................................................................. 176
4.13.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Individu ............................... 176
4.13.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 ................... 177
4.14 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Individu ........................................................ 179
4.15 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Individu .............. 180
4.16 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran 1 ............................................................... 181
4.16.1 Kelemahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis ...................................... 181
4.16.2 Kuantiti Idea ......................................................................................... 181
4.16.3 Kualiti Idea ........................................................................................... 182
4.17 Kitaran Tindakan 2 .............................................................................................. 183
4.18 Merancang Tindakan ........................................................................................... 184
4.18.1 Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 185
4.18.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 .............................................. 187
4.19 Analisis Tindakan Kitaran 2 ................................................................................ 189
4.19.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Berkumpulan ................................... 190
4.19.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 .............. 191
4.19.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran 2 ....................................................... 194
4.20 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 2 .................................................................. 195
4.20.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Berkumpulan ...................... 196
4.20.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 ................... 196
4.21 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan ............................................... 198
4.22 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Berkumpulan ..... 199
xvi
4.23 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran 2 ............................................................... 199
4.23.1 Kuantiti Idea ......................................................................................... 199
4.23.2 Kualiti Idea ........................................................................................... 200
4.24 Kitaran Tindakan 3 .............................................................................................. 201
4.25 Merancang Tindakan .......................................................................................... 202
4.25.1 Brainwriting Berkumpulan ................................................................... 203
4.25.2 Prosedur Teknik Brainwriting 3-6-5 .................................................... 204
4.26 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 3 ............................................................ 205
4.27 Analisis Tindakan Kitaran 3 ............................................................................... 208
4.27.1 Analisis Strategi Brainwriting Berkumpulan ....................................... 208
4.27.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 3 .............. 210
4.28 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 3 .................................................................. 214
4.28.1 Refleksi Ke Atas Strategi Brainwriting Berkumpulan ......................... 214
4.28.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Kitaran 3 ......................................... 215
4.29 Kelebihan Teknik Brainwriting Berkumpulan .................................................... 216
4.30 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Brainwriting Berkumpulan .......... 217
4.31 Temu Bual Pensyarah Kursus Reka Bentuk Tekstil ............................................ 218
4.32 Kelemahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sedia Ada .................. 219
4.32.1 Pensyarah Kanan A .............................................................................. 219
4.32.2 Pensyarah Kanan B ............................................................................... 219
4.33 Kelemahan Proses Penyelidikan Reka Bentuk Yang Sedia Ada ......................... 220
4.33.1 Pensyarah Kanan A .............................................................................. 220
4.33.2 Pensyarah Kanan B ............................................................................... 220
4.34 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Sumbang Saran ........ 221
4.34.1 Pensyarah Kanan A .............................................................................. 221
4.34.2 Pensyarah Kanan B ............................................................................... 222
xvii
4.35 Proses Reka Bentuk Tekstil Menggunakan Kaedah Sumbang Saran ................. 223
4.35.1 Pensyarah Kanan A .............................................................................. 223
4.35.2 Pensyarah Kanan B ............................................................................... 224
4.36 Ujian Kreativiti Menjana Idea Berkategori (Ujian Pasca) .................................. 225
4.37 Dapatan Penyelidikan .......................................................................................... 226
4.38 Peranan Sumbang Saran Membantu Pelajar Menjana Idea ................................. 227
4.38.1 Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Meta Kognitif ...................... 230
4.38.2 Peranan Sumbang Saran Dalam Pembelajaran Koperatif .................... 231
4.39 Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Teknik
Sumbang Saran Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil .......................................... 232
4.40 Keperluan Penjanaan Idea ................................................................................... 234
4.40.1 Taklimat Projek Reka Bentuk .............................................................. 234
4.40.2 Bahan Rujukan ..................................................................................... 235
4.40.3 Aktiviti Berkumpulan ........................................................................... 236
4.40.4 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 237
4.40.5 Pengkategorian Idea ............................................................................. 237
4.40.6 Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk ........................................................... 238
4.40.7 Pengurusan Masa .................................................................................. 240
4.40.8 Kemahiran Psikomotor Melakar Dan Melukis ..................................... 240
4.41 Keperluan Memperhalusi Idea (Idea Refinement) ............................................... 241
4.41.1 Kemahiran Metakognitif ...................................................................... 242
4.41.2 Aktiviti Berkumpulan ........................................................................... 242
4.41.3 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 243
4.41.4 Pengurusan Masa .................................................................................. 243
4.41.5 Papan Konsep (Concept Board) ........................................................... 244
xviii
4.42 Formulasi Teknik Sumbang Saran Yang Menyumbang Kepada
Proses Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif ......................................................... 244
4.42.1 Peringkat Tema Penyelidikan ............................................................... 245
4.42.2 Taklimat Projek Reka Bentuk .............................................................. 245
4.42.3 Bahan Rujukan ..................................................................................... 246
4.42.4 Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk ......................................................... 247
4.42.5 Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 248
4.42.6 Kategori Idea ........................................................................................ 249
4.42.7 Sumbang Saran Individu ...................................................................... 250
4.42.8 Persembahan Idea Melalui Papan Idea/Konsep ................................... 251
4.42.9 Sesi Kritik ............................................................................................. 251
4.43 Peringkat Penyelidikan Visual ............................................................................ 252
4.43.1 Kemahiran Melakar Dan Melukis ........................................................ 252
4.43.2 Papan Konsep/Idea ............................................................................... 253
4.43.3 Bahan Rujukan ..................................................................................... 254
4.43.4 Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 254
4.43.5 Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk ........................................................... 254
4.43.6 Buku Lakaran/Diari Visual ................................................................... 255
4.43.7 Sesi Kritik ............................................................................................. 255
4.44 Peringkat Pengembangan Idea ............................................................................ 255
4.44.1 Modifikasi Dan Simplifikasi Lakaran Dan Lukisan ............................. 256
4.44.2 Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk ........................................................... 256
4.44.3 Komposisi Dan Susun Atur .................................................................. 257
4.44.4 Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 257
4.44.5 Sesi Kritik ............................................................................................. 258
4.45 Peringkat Cadangan Reka Bentuk ....................................................................... 258
xix
4.45.1 Kategori Produk Berasaskan Tekstil .................................................... 259
4.45.2 Kategori Fesyen .................................................................................... 259
4.45.3 Kategori Kemasan Lembut ................................................................... 259
4.45.4 Kategori Kraftangan ............................................................................. 260
4.45.5 Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 260
4.44.6 Komposisi Dan Pemetaan Reka Corak ................................................. 260
4.45.7 Sesi Kritik Cadangan Reka Bentuk ...................................................... 261
4.45.8 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 261
4.46 Peningkatan Kuantiti dan Kualiti Idea Melalui Intervensi Sumbang Saran ........ 262
4.47 Kesimpulan .......................................................................................................... 265
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan ........................................................................................................... 267
5.2 Kesimpulan Kepada Matlamat Penyelidikan ...................................................... 267
5.2.1 Anjakan Paradigma ................................................................................ 270
5.3 Kesimpulan Kepada Objektif Penyelidikan ........................................................ 271
5.3.1 Meneroka Penggunaan Teknik Sumbang Saran
Dalam Membantu Pelajar Menjana Dan Memperhalusi
Idea Proses Reka Bentuk Tekstil ............................................................ 271
5.3.2 Teknik Sumbang Saran Individu ............................................................ 272
5.3.3 Teknik Sumbang Saran Berkumpulan .................................................... 274
5.4 Kelemahan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan .............................................. 276
5.4.1 Peserta Aktif ........................................................................................... 276
5.4.2 Peserta Sederhana Aktif ........................................................................ 276
5.4.3 Peserta Pasif ........................................................................................... 276
5.5 Teknik Brainwriting ............................................................................................ 277
xx
5.6 Mengenalpasti Keperluan Yang Menyumbang
Kepada Keberkesanan Teknik Penjanaan
Idea Proses Reka Bentuk Tekstil ........................................................................ 278
5.7 Memformulasikan Teknik Sumbang Saran Dan Atribut Penyumbang
Kepada Prosedur Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif ....................................... 280
5.8 Perbezaan Min Skor Penghasilan Idea Di Antara Ujian
Diagnostik Dan Ujian Kreativiti 1, 2 Dan 3 ........................................................ 282
5.9 Perbezaan Signifikan Kuantiti Dan Kualiti Idea
Pada Setiap Ujian Kreativiti Yang Dijalankan .................................................... 283
5.10 Pencapaian Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil ..................................... 283
5.11 Kesimpulan Kepada Kaedah Kajian Tindakan .................................................... 284
5.12 Kesimpulan Kepada Strategi Intervensi Yang Dijalankan .................................. 285
5.13 Implikasi Terhadap Amalan/Praktik .................................................................... 287
5.14 Implikasi Terhadap Teori Dan Kaedah ............................................................... 287
5.15 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pelajar ............................................. 288
5.16 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pensyarah Kursus ........................... 289
5.17 Sumbangan Penyelidikan Terhadap Ilmu Pengetahuan
Reka Bentuk Tekstil ............................................................................................ 290
5.17.1 Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan Ke Atas
Kaedah Pelaksanaan Reka Bentuk Tekstil ........................................... 290
5.17.2 Model Integrasi Dan Penyelesaian Masalah ........................................ 293
5.17.3 Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ........................ 295
5.17.4 Kerangka Kerja Pembangunan Kaedah Penjanaan Idea ..................... 297
5.17.4.1 Idea ..................................................................................... 298
5.17.4.2 Konsep ................................................................................ 298
5.17.4.3 Reka Bentuk ....................................................................... 299
xxi
5.17.5 Garis Panduan Penilaian Pelajar dan Pensyarah ................................. 299
5.18 Cadangan Hasil Dari Penyelidikan ...................................................................... 300
5.19 Penambahbaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran ................................... 300
5.19.1 Sangkutan Akademia Pensyarah .......................................................... 301
5.19.2 Kursus Reka Bentuk Kurikulum Dan Silibus ....................................... 302
5.19.3 Kursus Pengajaran Berkala ................................................................... 303
5.20 Cadangan Penambahbaikan Proses Reka Bentuk Tekstil ................................... 304
5.20.1 Matlamat Reka Bentuk ......................................................................... 304
5.20.2 Pemikiran Reka Bentuk ........................................................................ 305
5.20.3 Teknik Kreativiti Berkumpulan ............................................................ 306
5.20.4 Pensyarah Pelawat Dari Industri .......................................................... 307
5.21 Cadangan Model Reka Bentuk Tekstil ................................................................ 307
5.21.1 Cadangan Model Proses Reka Bentuk A .............................................. 308
5.21.2 Cadangan Model Proses Reka Bentuk B .............................................. 309
5.21.3 Cadangan Model Proses Reka Bentuk C .............................................. 311
5.22 Cadangan Untuk Penyelidikan Di Masa Hadapan .............................................. 312
5.23 Bidang Yang Berpotensi Untuk Dikaji ................................................................ 313
5.24 Kesimpulan .......................................................................................................... 314
RUJUKAN ................................................................................................................ 317
Lampiran A ................................................................................................................ 325
Lampiran B ................................................................................................................ 331
Lampiran C ................................................................................................................ 337
Senarai Penerbitan Dan Pembentangan Kertas Kerja ................................................... 367
xxii
SENARAI GAMBAR RAJAH
Rajah 1.0: Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ................................................... 4
Rajah 1.1: Proses Reka Bentuk Tekstil (Tema Projek) ................................................ 5
Rajah 1.2: Proses Reka Bentuk Tekstil (Penyelidikan Visual) ..................................... 6
Rajah 1.3: Proses Reka Bentuk Tekstil (Pengembangan Idea) ..................................... 7
Rajah 1.4: Proses Reka Bentuk Tekstil (Cadangan Reka Bentuk) ............................... 8
Rajah 1.5: Hierarki Keutamaan Terhadap Isu Proses
Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ............................................................ 10
Rajah 1.6: Empat Peringkat Penilaian Hasil Kerja Pelajar ......................................... 13
Rajah 1.7: Proses Preskriptif Mengenalpasti
Dan Pengesahan Kepada Isu Penyelidikan ............................................... 14
Rajah 2.0: Carta Proses Reka Bentuk Tekstil (2008-2014) ........................................ 30
Rajah 2.1: Implikasi Teori Piaget dan Vygotsky ........................................................ 50
Rajah 2.2: Enam Tahap Penjanaan Kreativiti Individu Oleh Torrence (1967) .......... 54
Rajah 2.3: Model Taksonomi Bloom Pemikiran Divergen ........................................ 57
Rajah 2.4: Model Taksonomi Bloom Pemikiran Konvergen ..................................... 58
Rajah 2.5: Implikasi Taksonomi Bloom Ke Atas Sumbang Saran ............................. 60
Rajah 2.6: Kitaran Pembelajaran Melalui Pengalaman .............................................. 72
Rajah 2.7: Model Proses Reka Bentuk Archer (1984) ............................................... 96
Rajah 2.8: Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal (1992) .............................. 101
Rajah 2.9: Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984) ........................................... 103
Rajah 2.10: Model Proses Reka Bentuk IDEO (2015) ............................................... 108
Rajah 3.0: Diagram Proses Reka Bentuk Penyelidikan ............................................ 115
Rajah 3.1: Diagram Proses Reka Bentuk Kualitatif ................................................. 116
Rajah 3.2: Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan ....................................................... 116
Rajah 3.3: Kitaran Kajian Tindakan Zuber Skerritt (1997) ...................................... 121
xxiii
Rajah 3.4: Cadangan Model Konseptual Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ....... 123
Rajah 3.5: Carta Alir Proses Analisis Data Melalui Kitaran Tindakan .................... 137
Rajah 3.6: Carta Proses Analisis Data Kualitatif ...................................................... 139
Rajah 4.0: Carta Alir Proses Pengumpulan Data Melalui Kitaran Tindakan ........... 146
Rajah 4.1: Carta Alir Kitaran Kajian Tindakan ........................................................ 152
Rajah 4.2: Carta Alir Ujian Diagnostik Menjana Idea ............................................. 153
Rajah 4.3: Proses Reka Bentuk Peringkat 1 Tema Penyelidikan (Bahan Kajian) .... 162
Rajah 4.4: Carta Alir Proses Tindakan 1 .................................................................. 164
Rajah 4.5: Carta Alir Operasi Sumbang Saran Individu Kitaran 1 ........................... 164
Rajah 4.6: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran 2 ............................................. 183
Rajah 4.7: Carta Alir Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Kitaran 2 .................. 184
Rajah 4.8: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran 3 ............................................. 201
Rajah 4.9: Carta Alir Strategi Intervensi Kitaran 3 .................................................. 202
Rajah 4.10: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan
Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan A ............................................... 224
Rajah 4.11: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan
Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan B ............................................... 225
Rajah 4.12: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 1 ....................... 227
Rajah 4.13: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 2 ....................... 233
Rajah 5.0: Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan
Ke Atas Pelaksanaan Proses Reka Bentuk Tekstil .................................. 292
Rajah 5.1: Konsep Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ......................................... 294
Rajah 5.2: Cadangan Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ........... 295
Rajah 5.3: Kitaran Reka Bentuk Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain ................ 298
Rajah 5.4: Proses Reka Bentuk IDEO (2012) .......................................................... 306
Rajah 5.5: Cadangan Model Proses Reka Bentuk A ................................................ 308
xxiv
Rajah 5.6: Cadangan Model Proses Reka Bentuk B ................................................. 309
Rajah 5.7: Cadangan Model Proses Reka Bentuk C ................................................. 311
xxv
SENARAI JADUAL
Jadual 2.0: Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil .......................................... 29
Jadual 2.1: Perbezaan Taksonomi Bloom Dan Gagne ................................................ 69
Jadual 2.2: Proses Reka Bentuk Dan Penyelesaian Masalah
Kreatif Koberg Dan Bagnal ....................................................................... 94
Jadual 2.3: Model Proses Reka Bentuk Jones ............................................................. 97
Jadual 2.4: Model Proses Reka Bentuk Watkins ....................................................... 100
Jadual 3.0: Taburan Jumlah Keseluruhan Responden
Lepasan STPM Semester Mac 2013 - September 2013 .......................... 125
Jadual 4.0: Struktur Kod Kualitatif ............................................................................ 150
Jadual 4.1: Skor Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra) ................................... 155
Jadual 4.2: Skor Ujian Kreativiti Menjana Idea (Ujian Pasca) .................................. 226
Jadual 4.3: Keperluan Menjana Dan Menghalusi Idea .............................................. 233
Jadual 4.4: Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Kuantiti Kelancaran Idea
Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 263
Jadual 4.5: Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Fleksibiliti Idea
Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 263
Jadual 4.6: Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Kualiti Idea
Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 264
xxvi
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
ATLAS.Ti Perisian Interpretasi Teks
DIKN Dasar Industri Kreatif Negara
DIVERGEN Pemikiran Mencapah
DOMAIN Bidang Spesifik
EFEKTIF Berkesan Dari Aspek Kos, Masa dan Tenaga
FLEKSIBEL Boleh Diubah
FSSR Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
IDEO Model Pemikiran Dan Proses Reka Bentuk
KBAR Kemahiran Berfikir Aras Rendah
KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
KOGNITIVIS Ahli Kognitif
KONVERGEN Pemikiran Kritis Menumpu Kepada Idea
Berkualiti
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
MENGHALUSI IDEA Proses Kreatif Pengaktegorian Idea
MENJANA IDEA Proses Mendapatkan Idea
OBE Outcome Based Education
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
SCAFFOLDING Sokongan Pendidik Kepada Pelajar
SPSS Statistical Package For Social Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UiTM Universiti Teknologi MARA
ZPD Zone Of Proximal Development
xxvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A
Lampiran 1: Surat Kebenaran Mengumpul Data (Dekan FSSR)
Lampiran 2: Surat Persetujuan Responden Untuk Turut Serta Dalam Penyelidikan
Lampiran 3: Surat Lantikan Sebagai Penilai Projek Reka Bentuk
LAMPIRAN B
Lampiran 1: Borang Ujian Kreativiti Menjana Idea
Lampiran 2: Borang Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Oleh Pensyarah
Lampiran 3: Maklumat Kursus Reka Bentuk Tekstil 1
Lampiran 4: Maklumat Kursus Reka Bentuk Tekstil 2
LAMPIRAN C
Lampiran 1: Taklimat Projek Reka Bentuk (Project Brief)
Lampiran 2: Rubrik Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil
Lampiran 3: Contoh Nota Lapangan (Catatan Kuliah)
Lampiran 4: Soalan Temubual Pensyarah Dan Pelajar
Lampiran 6: Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk
Tekstil (TXD418) Semester Mac 2013 – Julai 2013
Lampiran 7: Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk
Tekstil (TXD418) Semester Sept 2013 – Feb 2014
Lampiran 8: Pelan Pengajaran Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil
(TXD418)
Lampiran 9: Contoh Informasi Kursus Reka Bentuk Tekstil
1
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kepada Penyelidikan
Penjanaan idea adalah salah satu dari beberapa prosedur penting di dalam proses
reka bentuk yang merangkumi bidang pendidikan dan praktis. Menurut Jonson (2005),
penjanaan idea adalah proses kreatif menjana, membangun, dan menyampaikan idea
baharu, lantas dijadikan sebagai satu elemen asas pemikiran yang berbentuk visual,
konkrit dan abstrak. Graham dan Bachmann (2004) pula mentakrifkan penjanaan idea
sebagai satu kitaran pemikiran di semua peringkat, daripada inovasi, pembangunan dan
realiti.
Penjanaan idea penting bagi membolehkan proses pengembangan rangkaian idea
baharu melangkaui rangkaian pemikiran yang sedia ada. Penjanaan idea juga digunakan
sebagai istilah untuk merujuk kepada peringkat awal untuk membentuk idea baharu
sebelum proses analisis terperinci dan membuat pemilihan (Graham & Bachmann,
2004). Peringkat penjanaan idea ini penting bagi menentukan kualiti peluang yang
dijana dapat mendorong kualiti kitaran inovasi secara keseluruhan. Di dalam proses
reka bentuk juga mempraktikkan penjanaan idea ini di peringkat awal sebagai salah satu
prosedur penting untuk idea baharu, membina kefahaman dan menstrukturkan konsep
sesebuah tema (Kanneth, 2013).
Namun begitu, prosedur penjanaan idea ini berbeza mengikut bidang reka
bentuk. Terdapat pelbagai kaedah penjanaan idea bagi setiap program di Fakulti Seni
Lukis dan Seni Reka. Penjanaan idea yang dipraktikkan ini terbahagi kepada kaedah
formal dan tradisional. Kaedah formal dalam penjanaan idea merujuk kepada kemahiran
berfikir (kognitif) secara divergen (kreatif) dan konvergen (kritis). Amalan sumbang
saran individu atau berkumpulan merupakan salah satu dari kaedah formal yang
dipraktikkan oleh Program Reka Bentuk Perindustrian dan Program Reka Bentuk
2
Grafik & Media Digital, (silibus Program Reka Bentuk Perindustrian dan Program Reka
Bentuk Grafik dan Media Digital 2013).
Amalan sumbang saran ini juga bukan sahaja dipraktikkan di dalam Program
Reka Bentuk Perindustrian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, malah digunakan oleh
beberapa buah universiti awam di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Amer Shakir
Zainol (2010) dalam tesis yang bertajuk Factor Influencing Group Brainstorming
Performance in Industrial Design Practice. Konteks penyelidikan beliau merujuk
kepada amalan sumbang saran yang diamalkan di dalam Program Reka Bentuk
Perindustrian di enam buah universiti awam Malaysia. Seterusnya beliau memberikan
satu justifikasi amalan sumbang saran digunakan sebagai salah satu dari proses inovasi
dalam program reka bentuk perindustrian.
Berdasarkan silibus program Seni Reka Tekstil (2012), kaedah tradisional
penjanaan idea yang diamalkan di Jabatan Seni Reka tekstil merujuk kepada proses
menjana idea melalui kemahiran psikomotor, inspirasi dari alam, elemen dan prinsip
reka bentuk, rujukan dari sumber bahan cetak, elektronik serta karya yang pernah
dihasilkan adalah sumber rujukan asas untuk proses penghasilan idea. Kaedah ini pada
asasnya merupakan penjanaan idea berinspirasi dan bersifat kajian individu. Membuat
lakaran adalah salah satu dari kaedah tradisional yang dipraktikkan oleh beberapa
Program Reka Bentuk yang lain termasuk Program Reka Bentuk Tekstil, Fakulti Seni
Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Malaysia.
1.2 Latar Belakang Penyelidikan
Reka bentuk tekstil pada asasnya merupakan proses untuk mencipta reka bentuk
permukaan (surface design) untuk tenunan, rajutan atau kain cetak (Wiley Suzanne S,
2008). Berbeza dengan penghasilan produk tekstil mentah, bidang reka bentuk tekstil
ini memberikan nilai tambah kepada setiap produk tekstil melalui aplikasi reka corak
3
permukaan fabrik itu sendiri (Collier, Bide, & Tortora, 2009). Pereka tekstil adalah
individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti dan penghasilan rekaan ini yang
dijadikan sebagai produk keperluan seperti pakaian dan barangan hiasan dalaman
(Fletcher & Grose, 2012).
Produk keperluan asas ini menggambarkan kepentingan tekstil dalam kehidupan
seharian manusia. Selain dari itu, reka bentuk tekstil juga memainkan peranan di dalam
industri fesyen. Tidak dapat dinafikan pereka tekstil berperanan sebagai pencetus idea
kreatif dalam reka bentuk di samping memberi inspirasi kepada koleksi, trend, dan gaya
seiring dengan perkembangan fesyen dan produk tekstil kontemporari. Kepentingan
bidang tekstil ini juga menjadi salah satu komponen penting di dalam Dasar Industri
Kreatif Negara (DIKN, 2009) di bawah kategori Industri Kreatif Seni Budaya. Salah
satu objektif utama DIKN ini untuk menjadikan industri kreatif sebagai sektor dinamik
yang dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK,
2012) negara dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
Proses reka bentuk adalah gabungan aplikasi kemahiran kognitif, psikomotor
dan teknikal yang merangkumi kaedah yang berbeza untuk penghasilan produk tekstil.
Kemahiran kognitif yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir secara divergen
(kreatif) dan konvergen (kritis). Kemahiran kognitif ini merujuk kepada kemampuan
seseorang itu berfikir termasuk memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalisis
(Bloom, 1956). Menurut Taksonomi Bloom, kemampuan kognitif merujuk pada
kebolehan berfikir secara hierarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian (Sax, 1980). Dalam konteks proses reka bentuk ini,
kemahiran kognitif digunakan dalam penjanaan idea serta penyelesaian masalah.
Kemahiran psikomotor pula merujuk kepada keterampilan dan kemampuan seseorang
itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Di dalam alam konteks proses reka
4
bentuk ini, kemahiran psikomotor ini merujuk kepada kemampuan seseorang itu
membuat lakaran dan melukis.
Program Reka Bentuk Tekstil mempunyai kaedahnya tersendiri dalam proses
reka bentuk. Di dalam amalan piawai, proses ini dimulakan dengan mengenal pasti
masalah, diikuti dengan penyelidikan, pengembangan idea untuk reka bentuk dan
penghasilan produk seperti rajah di bawah:
Rajah 1.0: Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil
(Silibus Program Reka Bentuk Tekstil 2013)
Kepentingan proses reka bentuk adalah untuk memastikan perancangan dan
tugasan di semua peringkat dalam proses reka bentuk dapat diselesaikan dalam tempoh
masa yang dipersetujui yang telah dirancang dan akhir sekali untuk menyediakan
dokumentasi yang lengkap bermula dari proses awal hingga proses akhir.
Proses reka bentuk tekstil ini masih dipraktikkan ke dalam kursus teras reka
bentuk. Walaupun proses ini dilihat sebagai satu proses yang efektif dari aspek
produksi, kos dan masa, namun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti setelah
digunakan sekian lama (1974 – 2014). Dalam tempoh ini, tiada perubahan besar yang
menekankan kepada aspek kemahiran berfikir secara khusus, (silibus Program Reka
Bentuk Tekstil, 2013).
TemaProjek PenyelidikanVisual
PengembanganIdea
PenghasilanCadanganReka
Bentuk
5
1.2.1 Tema Projek
Rajah 1.1: Proses Reka Bentuk Tekstil (Tema Projek)
Tema projek ini diberikan kepada pelajar pada awal semester dan merupakan
preskriptif tentang projek yang akan dijalankan serta keperluan khusus yang dirasakan
perlu. Pelajar bebas memilih bahan kajian berasaskan tema yang telah ditetapkan. Tema
penyelidikan ini ditentukan oleh pensyarah yang mengendalikan kursus reka bentuk
tersebut, namun ada kalanya tema projek berdasarkan kepada situasi semasa yang
bersifat kenegerian seperti Tahun Melawat Negeri di Malaysia.
Selain dari itu, tema projek yang biasanya diberikan adalah bersifat kebudayaan,
warisan, kesenian, alam semula jadi, flora dan fauna. Kebanyakan bahan kajian untuk
penyelidikan ini bersifat kitar semula iaitu persamaan idea dari penyelidikan yang sedia
ada. Penjanaan idea pada peringkat ini berorientasikan tugasan individu di mana dalam
tempoh ini, pelajar diminta untuk memikirkan serta /melahirkan idea tentang tema yang
diberikan melalui bahan cetak, elektronik, fotografi dan sumber dari Internet. Idea dan
bahan kajian yang diperoleh ini kemudiannya dibincangkan melalui konsultasi bersama
pensyarah. Amalan ini dikenal pasti sebagai salah satu isu di mana idea yang dihasilkan
oleh pelajar tidak mencapai tahap yang diharapkan kerana kebanyakan pelajar tidak
dapat memahami serta memberikan rasional tentang subjek kajian yang dipilih.
TemaProjekPenyelidikanVisual(Visualisasi2D)
PengembanganIdeaPenghasilan
CadanganRekaBentuk
6
1.2.2 Penyelidikan Visual
Rajah 1.2: Proses Reka Bentuk Tekstil (Penyelidikan Visual)
Setelah pelajar membuat pemilihan bahan kajian berasaskan tema, proses
seterusnya adalah meminta pelajar membuat penyelidikan visual dengan membuat
kompilasi bahan visual dari pelbagai sumber seperti fotografi, media cetak dan
elektronik. Ini bertujuan sebagai sumber inspirasi untuk melakar dan melukis bagi
menzahirkan idea. Prosedur ini adalah kaedah asas untuk menjana idea melalui visual
yang dihasilkan oleh pelajar.
Pelajar diminta untuk melakar dan melukis seberapa banyak bahan kajian yang
berkaitan dengan tema. Bahan lakaran dan lukisan yang biasa digunakan adalah terdiri
daripada media kering dan basah seperti kertas lukisan, kertas arang, pensel grafit,
pensel warna, pastel minyak, pastel lembut, warna air, akrilik dan pensel arang. Semasa
penyelidikan ini dijalankan pada 2013, kaedah ini masih dipraktikkan. Dalam tempoh
ini juga, pensyarah menetapkan kuantiti lakaran dan lukisan sebanyak enam hingga
sembilan helai sebelum penilaian.
Penjanaan idea pada peringkat ini lebih bertumpu pada kemahiran psikomotor
melukis dan melakar dengan eksperimen ke atas pelbagai media. Walaupun bertujuan
untuk menjana idea, namun potensi penerokaan ke atas subjek kajian adalah amat
terbatas kerana kefahaman terhadap subjek tidak mendalam. Idea hanya dihasilkan
dalam konteks objek semata-mata.
TemaProjek PenyelidikanVisual
PengembanganIdea
PenghasilanCadanganReka
Bentuk
7
1.2.3 Pengembangan Idea
Rajah 1.3: Proses Reka Bentuk Tekstil (Pengembangan Idea)
Pengembangan idea adalah peringkat ke tiga dalam proses penyelidikan reka
bentuk tekstil. Proses ini juga kesinambungan dari lakaran dan lukisan idea asal yang
kemudiannya dikembangkan melalui beberapa kaedah yang bersumberkan inspirasi dan
kreativiti pelajar. Sebagai contoh, pelajar boleh merujuk kepada hasil karya pereka
terkenal untuk dijadikan sumber inspirasi dari aspek gaya, gubahan, warna dan
sebagainya. Proses ini juga mempraktikkan teknik modifikasi dan simplifikasi motif
yang terbentuk. Proses ini berterusan sehingga terbentuknya beberapa cadangan reka
bentuk yang akan dimajukan ke dalam proses penghasilan produk akhir.
Pada peringkat ini, penjanaan idea bersifat tugasan individu yang menyebabkan
kreativiti penggayaan dan penggubahan motif tidak berkembang. Perkara ini disebabkan
oleh keterbatasan teknik kreativiti pengembangan idea kerana proses hanya
menekankan ke atas kemahiran melukis/melakar yang dilaksanakan melalui tugasan
individu.
TemaProjek PenyelidikanVisual
PengembanganIdea
PenghasilanCadanganReka
Bentuk
8
1.2.4 Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.4: Proses Reka Bentuk Tekstil (Cadangan Reka Bentuk)
Penghasilan produk akhir adalah proses akhir di dalam proses penyelidikan reka bentuk
tekstil. Produk yang dihasilkan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu dua dimensi
seperti kain batik, tekstil cetak dan tekstil tenunan. Kategori yang ke dua merupakan
penghasilan produk tiga dimensi seperti kraf, aplikasi batik untuk produk seperti fesyen,
kemasan lembut, kusyen dan sebagainya.
Aktiviti penjanaan idea pada proses ini banyak tertumpu pada proses lakaran,
melukis dan menggubah idea yang berlaku di peringkat pengembangan idea. Oleh yang
demikian, proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada ini dilihat sebagai satu
proses yang tidak lengkap terutamanya kepada penekanan kemahiran berfikir dalam
menjana idea dan menyelesaikan masalah.
1.3 Kajian Rintis (Pilot Study)
Penyelidik adalah seorang pensyarah Program Reka Bentuk Tekstil yang terlibat
secara langsung selama 14 tahun mengajar kursus reka bentuk tekstil ini. Sepanjang
pengalaman mengajar, penyelidik menemui pelbagai isu khususnya berkaitan dengan
masalah ketidakbolehan pelajar menguasai beberapa kemahiran seperti mengenal pasti
masalah, mengklasifikasi, mengaplikasi, mengkategorikan idea dan tidak dapat
memberi justifikasi tentang karya yang dihasilkan. Selain dari itu, kebanyakan pelajar
TemaProjek PenyelidikanVisual
PengembanganIdea
PenghasilanCadanganReka
Bentuk
9
juga mempunyai masalah tidak boleh melukis di samping tidak dapat berkomunikasi
secara efektif.
Penyataan di atas adalah berdasarkan kepada pengalaman penyelidik sebagai
pensyarah yang mengajar kursus reka bentuk tekstil. Di dalam konteks menjalankan
penyelidikan, isu berbangkit itu tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai keperluan
untuk menjalankan penyelidikan kerana berbentuk pengalaman peribadi dan tiada
justifikasi kukuh untuk merumuskannya sebagai satu isu kolektif di Jabatan Seni Reka
Tekstil Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Malaysia.
Sebagai inisiatif, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis (pilot study)
pada September 2012 bagi mengenal pasti semula masalah yang wujud khusus di dalam
proses reka bentuk. Penyelidik menggunakan tiga instrumen utama iaitu:
i. Temu bual Tidak Berstruktur.
ii. Pemerhatian Tidak Berstruktur.
iii. Analisis Dokumen Dari Jabatan.
Temu bual dijalankan dengan menemu bual empat orang pensyarah dan tiga
orang pelajar kursus teras reka bentuk tekstil bagi mendapatkan maklumat berkenaan
masalah yang sering dihadapi. Penyelidik juga menjalankan pemerhatian ke atas kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam studio. Hasil dari kajian rintis, penyelidik dapat
merumuskan beberapa isu berbangkit mengikut hierarki keutamaan.
10
Rajah 1.5: Hierarki Keutamaan Terhadap Isu Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil. (Hasil Dapatan Kajian Rintis Yang Dijalankan Pada 9 September – 13
November 2012)
1.3.1 Rumusan Dari Kajian Rintis Temu Bual Pelajar
Hasil dari temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, penyelidik dapat
membuat rumusan isu yang paling utama dihadapi oleh pelajar adalah ketidakbolehan
mereka menghasilkan idea baharu di dalam proses reka bentuk bermula dari pemilihan
tema kajian, idea dan lakaran, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Pelajar
melihat proses keseluruhan reka bentuk tekstil ini sebagai satu proses yang susah untuk
dijalankan. Salah satu sebab adalah kerana kemahiran dan teknik penjanaan idea tidak
diajar. Pelajar juga memberi maklum balas mereka sukar untuk memahami arahan dan
kandungan kursus oleh pensyarah.
Pelajartidakmempunyaiideadalammembuatrekaan(ideakitarsemula/keterbatasanjumlahidea/ideatidakberkualiti
Pelajartidakbolehmelukis
Pelajartidakdapatmenyelesaikanmasalahrekabentuk
Pelajartidakberkomunikasidenganpensyarahatausesamamereka
Pelajartidakfahamkehendakpensyarah
Studiotidakkondusif/kekuranganfasiliti
Pelajartidakbermotivasi
11
1.3.2 Hasil Pemerhatian Tidak Berstruktur Di Dalam Studio
Melalui pemerhatian yang dijalankan, penyelidik juga mendapati hasil kerja
pelajar tidak berada pada tahap yang memuaskan pada tiga peringkat pertama proses
reka bentuk iaitu pemilihan bahan kajian, penyelidikan visual dan pengembangan idea.
Kuantiti dan kualiti idea yang dipilih juga berada pada tahap rendah. Ini dizahirkan
melalui lakaran bahan kajian yang dilihat tidak mencapai standard yang diharapkan.
Bagi pemilihan bahan kajian, pada dua minggu pertama kuliah, penyelidik mendapati
pelajar masih merasa tidak yakin dengan bahan kajian yang dipilih. Ini disebabkan
kekurangan informasi tentang potensi bahan kajian tersebut untuk diketengahkan.
Kebanyakan idea bahan kajian tersebut adalah hasil dari kitar semula idea yang telah
dibuat oleh pelajar yang terdahulu.
Selain itu, penyelidik juga mendapati pelajar tidak banyak berkomunikasi
sesama mereka dan enggan mendedahkan hasil kerja mereka di hadapan pelajar lain.
Kemajuan (progress) kerja pelajar dipantau oleh pensyarah dan sesi konsultasi
dilakukan secara individu. Oleh itu, pelajar lain tidak dapat mengetahui apa yang
sedang dibincangkan. Situasi ini dilihat sebagai satu gaya pembelajaran tertutup di
mana pelajar bersifat pasif dan ada kalanya tidak bermotivasi di dalam studio.
1.3.3 Rumusan Dari Kajian Rintis Temu Bual Pensyarah
Hasil dapatan dari temu bual bersama pensyarah, penyelidik mendapati kaedah
pengajaran yang dijalankan adalah mengikut silibus kursus reka bentuk tekstil yang
telah ditetapkan. Pensyarah menggunakan pelan pengajaran 14 minggu yang selari
dengan silibus yang ditetapkan. Pensyarah juga memberi maklum balas kebanyakan
pelajar semester satu memerlukan masa untuk memahami sepenuhnya proses reka
bentuk kerana sebelum ini, pelajar tidak mendapat pendedahan terhadap proses
penyelidikan reka bentuk tekstil dan ada di antara mereka tidak boleh melukis. Ini
12
berlaku terutamanya pada pelajar semester satu kerana mereka tiada asas dalam seni
lukis dan seni reka. Pensyarah juga masih mengekalkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada.
1.3.4 Rumusan Dari Kajian Rintis Pemerhatian Di Dalam Studio
Melalui pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran pula,
penyelidik mendapati pensyarah yang mengajar proses penyelidikan reka bentuk tekstil
tidak melaksana dan menekankan kemahiran menjana idea kepada pelajar. Penyelidik
memerhatikan hal ini sehingga minggu ke enam sesi kuliah. Pensyarah secara konsisten
memberi fokus kepada kemahiran psikomotor seperti membuat lakaran, lukisan, sudut
pandangan, elemen dan prinsip rekaan serta sumber inspirasi dari media cetak dan
elektronik.
Penyelidik juga mendapati proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan
proses reka bentuk tekstil ini adalah dua proses yang berbeza. Pensyarah berperanan
sebagai pensyarah dan pada masa yang sama bertindak sebagai pereka. Hasil
pemerhatian ini juga mendapati gaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan
adalah berpusatkan pensyarah (lecturer centered learning). Ini diperhatikan melalui sesi
konsultasi hasil kerja pelajar yang bersifat komunikasi individu antara pelajar dan
pensyarah.
1.3.5 Hasil Analisis Silibus Kursus
Penyelidik menjalankan analisis silibus kursus bagi mengenal pasti persamaan
dan kelainan kandungan silibus kursus yang melibatkan proses reka bentuk tekstil.
Analisis dijalankan dengan menyemak/memeriksa kembali dua silibus diploma dan tiga
silibus ijazah sarjana muda (kepujian). Hasil dari analisis ini, penyelidik mendapati
semua kursus yang melibatkan proses reka bentuk tekstil mempunyai prosedur operasi
13
yang sama walaupun silibus ini telah bertukar sebanyak tiga kali untuk Ijazah Sarjana
Muda, dan dua kali untuk Diploma. Jam kredit untuk kursus ini juga ada di antaranya
tidak berubah dan silibus ini tidak menyatakan tentang pelaksanaan kemahiran kognitif
secara formal.
1.3.6 Penilaian Hasil Kerja Pelajar
Penilaian hasil kerja pelajar dilakukan secara formatif. Terdapat empat peringkat
penilaian seperti gambar rajah di bawah.
Rajah 1.6: Empat Peringkat Penilaian Hasil Kerja Pelajar
Penilaian peringkat pertama dilakukan pada minggu ke empat yang
menggabungkan penilaian tema penyelidikan dan penyelidikan visual. Penilaian ini
dilakukan untuk menilai idea melalui bahan kajian, lakaran, lukisan serta beberapa
eksperimentasi lakaran dan lukisan. Penilaian peringkat ke dua pula dijalankan pada
minggu ke lapan yang memfokuskan kepada penilaian pengembangan idea yang
melibatkan hasil modifikasi dan simplifikasi bahan kajian atau motif, susun atur rekaan
dan cadangan reka bentuk. Penilaian peringkat ke tiga dijalankan pada minggu ke 14
yang melibatkan aplikasi reka bentuk ke atas produk.
Melalui penilaian yang dijalankan, penyelidik mendapati rubrik penilaian yang
digunakan adalah terlalu ringkas serta tidak selaras dengan objektif kursus. Markah
yang diperoleh pelajar juga kurang memberangsangkan di mana purata pelajar
Peringkat1TemaPenyelidikan
(bahankajian)
Peringkat2PenyelidikanVisual
(lakaran,lukisan2D&3D,eksperimentasi)
Peringkat3PengembanganIdea
(modifikasi,simplifikasi,susunatur,cadanganreka
bentuk)
Peringkat4CadanganRekabentuk
(aplikasicadanganrekabentuk2dan3dimensi)
14
memperoleh sekitar gred (B) dan (B-) (sila rujuk lampiran). Melalui pemerhatian
semasa penilaian, penyelidik juga mendapati pelajar tidak dapat mempersembahkan
hasil kerja mereka secara konklusif. Pelajar didapati tidak yakin dengan hasil kerja
mereka.
1.3.7 Rumusan Keseluruhan Kajian Rintis
Penyelidik melihat dalam pelbagai aspek dalam mengenal pasti isu yang wujud.
Melalui pemerhatian di dalam studio, jelas mengesahkan seperti mana a isu yang
dinyatakan oleh penyelidik melalui pengalaman mengajar terdahulu. Pelajar tidak dapat
mengenal pasti masalah, menjana, mengklasifikasi, mengaplikasi, mengkategorikan
idea dan tidak dapat memberi justifikasi tentang karya yang dihasilkan.
Pemerhatian di dalam studio juga memperlihatkan tiada perlaksanaan teknik
penjanaan idea khusus berteraskan kemahiran kognitif. Di samping itu, gaya
pembelajaran adalah bersifat tradisional berpusatkan pensyarah di mana pelajar tidak
memainkan peranan aktif semasa sesi pembelajaran dijalankan. Terdapat beberapa
faktor lain yang dapat dijadikan isu seperti kandungan silibus reka bentuk tekstil itu
sendiri tidak komprehensif dan lebih menekankan kemahiran psikomotor seperti
membuat lakaran, melukis dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, isu utama yang dikenal
pasti pada kajian rintis ini adalah ketiadaan perancangan dan pelaksanaan kepada
kemahiran berfikir secara khusus di dalam proses reka bentuk tekstil.
Rajah 1.7: Proses Mengenal pasti dan Pengesahan Kepada Isu Penyelidikan
PengalamanMengajar KajianRintis Refleksi Pengesahan
KepadaIsu
15
1.4 Penyataan Masalah
Hasil dapatan dari kajian rintis yang dijalankan, penyelidik telah membuat satu
kesimpulan iaitu isu utama di dalam proses reka bentuk tekstil adalah berdasarkan
kepada ketiadaan teknik penjanaan idea berasaskan kemahiran kognitif dalam proses
reka bentuk tekstil. Ini telah menyebabkan ketidakbolehan pelajar menghasilkan idea-
idea kreatif dan menyelesaikan masalah pada setiap peringkat reka bentuk.
Aplikasi tunggal penjanaan idea yang sedia ada memberi penekanan pada
kemahiran psikomotor melukis dan melakar bagi menzahirkan kreativiti penghasilan
sesuatu reka bentuk. Dalam proses reka bentuk tekstil, kemahiran ini khususnya
digunakan pada peringkat penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka
bentuk. Pada zahirnya, tidak terlihat kepincangan terhadap amalan penjanaan idea
melukis dan melakar ini, sebaliknya masih kekal relevan dalam proses reka bentuk.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dari aspek kreativiti melalui
kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Melalui kemahiran melukis dan melakar,
kuantiti penghasilan idea adalah sedikit dan terhad kepada pengetahuan pra sesuatu
subjek kajian. Di samping itu, eksplorasi ke atas bahan kajian juga sangat terbatas.
Kualiti idea yang dihasilkan didapati bersifat stereotaip, pengulangan ke atas idea-idea
yang pernah dihasilkan, dan idea-idea tidak dapat dihubungkan dan dikembangkan.
Isu ini telah menyebabkan ketidakbolehan pelajar untuk meneroka subjek kajian
melalui perspektif yang berbeza seterusnya penghasilan karya reka bentuk tekstil tidak
sejajar dengan elemen dan tema reka bentuk yang ditetapkan. Di peringkat
pembangunan tema, kelemahan ini jelas terbukti melalui kegagalan pelajar untuk
mengenal pasti elemen dan imej yang berkaitan dan bersesuaian dengan tema projek
reka bentuk. Penyelesaian kepada isu ini memerlukan satu mekanisme yang bersifat
integrasi kemahiran psikomotor melukis dan melakar dengan kemahiran kognitif
melalui teknik penjanaan idea bersistematik. Melalui sintesis kajian literatur berasaskan
16
konsep sumbang saran yang diperoleh, penyelidik percaya penggunaan tenik sumbang
saran berkategori dalam pengajaran reka bentuk tekstil berpotensi untuk
mempertingkatkan kebolehan pelajar menjana dan menghalusi idea lantas
menyelesaikan isu yang berkaitan dalam proses reka bentuk. Oleh yang demikian,
teknik penjanaan idea bersistematik perlu dibangunkan pada setiap aras proses reka
bentuk dan dilaksanakan dalam pengajaran reka bentuk tekstil.
1.5 Tujuan Penyelidikan
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membina justifikasi empirikal terhadap
potensi sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea dalam reka bentuk tekstil melalui
integrasi teknik, kemahiran dan keperluan-keperluan yang menyumbang kepada
keberkesanannya. Konsep dalam penjanaan idea ini perlu dibentuk melalui pendekatan
kemahiran kognitif (kreativiti berkumpulan) dan kemahiran psikomotor
melukis/melakar bagi memaksimumkan potensi penghasilan idea-idea kreatif reka
bentuk tekstil.
1.6 Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada isu yang dikenal pasti
melalui kajian rintis yang dijalankan. Bagi menyempurnakan penyelidikan ini,
penyelidik telah membentuk dua objektif utama seperti berikut:
a) Objektif Umum
Objektif umum penyelidikan ini adalah untuk membangunkan model empirikal
penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran yang berpotensi
diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
17
b) Objektif Khusus
Objektif khusus ini berdasarkan kepada tujuan penyelidikan yang diterangkan
iaitu pembinaan konsep penjanaan idea reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian,
penyelidik telah memberi fokus kepada empat objektif yang bersesuaian dengan tujuan
penyelidikan seperti berikut:
i. Meneroka penggunaan teknik sumbang saran dalam membantu pelajar menjana
dan menghalusi idea reka bentuk tekstil.
ii. Mengenal pasti keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik
sumbang saran dalam reka bentuk tekstil.
iii. Mengintegrasikan teknik sumbang saran bersama keperluan penyumbang ke
dalam proses reka bentuk tekstil.
iv. Menentukan samada terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk
tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran berkategori.
Secara amnya, objektif penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif dengan
meneroka potensi teknik-teknik sumbang saran yang dijadikan sebagai penjanaan idea
reka bentuk tekstil (objektif i, ii dan iii). Namun begitu, penyelidikan ini menggunakan
kaedah penyelidikan campuran yang melibatkan skor ujian kreativiti menjana idea. Data
dari skor ujian ini adalah bersifat pengukuran pencapaian kreativiti pelajar. Oleh itu,
penyelidikan ini melibatkan pengujian signifikan melalui hipotesis (objektif iv).
1.7 Soalan Penyelidikan
Penyelidikan ini terdiri daripada tiga soalan yang berdasarkan dari objektif
umum dan khusus. Soalan penyelidikan adalah bersifat eksplorasi dalam membentuk
satu kefahaman terhadap fenomena yang dikaji. Oleh yang demikian, penyelidik telah
menyediakan tiga soalan penyelidikan seperti berikut:
18
i. Bagaimanakah peranan sumbang saran membantu pelajar menjana dan
menghalusi idea dalam proses reka bentuk tekstil?
ii. Apakah keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang
saran dalam proses reka bentuk tekstil?
iii. Apakah bentuk integrasi teknik sumbang saran yang menyumbang kepada
prosedur reka bentuk tekstil?
Dengan terbentuknya soalan penyelidikan ini, maka penyelidik dapat merangka
hipotesis khusus berdasarkan kepada persoalan samada terdapat peningkatan kuantiti
dan kualiti idea reka bentuk tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran berkategori.
1.8 Hipotesis Kajian
H0 Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas kuantiti
dan kualiti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan
selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran.
1.9 Skop Penyelidikan
Tumpuan umum penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada teknik sumbang
saran yang dijadikan sebagai teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil. Skop
penyelidikan memfokuskan pelajar semester satu, di Jabatan Reka Bentuk Tekstil yang
mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil (Kepujian) di Universiti
Teknologi MARA Malaysia. Konsep sumbang saran ini akan menumpukan kepada dua
aspek iaitu:
i. Penjanaan idea (kuantiti)
ii. Menghalusi idea (kualiti)
Objektif penyelidikan memfokuskan pada pembinaan model empirikal
penjanaan idea reka bentuk tekstil dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran
kognitif dan psikomotor. Oleh yang demikian, penyelidik hanya membina dan
19
mencadangkan satu model empirikal penjanaan idea yang terdiri daripada keperluan-
keperluan utama dalam proses reka bentuk tekstil.
1.10 Justifikasi Penyelidikan
Justifikasi penyelidikan merujuk pada rasional kajian atau mengapa kajian itu
perlu dilaksanakan, termasuk penerangan ke atas reka bentuk kajian dan kaedah yang
digunakan. Penyelidik telah menyediakan justifikasi penyelidikan melalui dua perkara
seperti berikut:
1.10.1 Justifikasi Pemilihan Program Reka Bentuk Tekstil, Universiti Teknologi
MARA
Selain dari tugas hakiki mengajar kursus reka bentuk, pensyarah berperanan
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan ke atas kaedah dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa. Program Reka Bentuk Tekstil di
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) merupakan perintis dan pelopor yang
menyediakan kursus-kursus reka bentuk tekstil di Malaysia (1974 – 2015). Program ini
telah melahirkan ramai usahawan bumiputera dan pereka tekstil setelah empat dekad
penubuhannya.
Justifikasi utama penyelidikan ini dijalankan adalah berpandukan kepada
aspirasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan melahirkan usahawan dan pereka
tekstil bagi melengkapkan keperluan tenaga mahir yang diperlukan di masa hadapan.
Kepentingan bidang tekstil ini juga menjadi salah satu komponen penting di dalam
Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN, 2009) di bawah kategori Industri Kreatif Seni
Budaya. Salah satu objektif utama DIKN ini untuk menjadikan industri kreatif sebagai
sektor dinamik yang dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK, 2012) negara dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi
berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, penyelidikan ini penting bagi memastikan
20
kelangsungan perkhidmatan yang disediakan kekal relevan melalui inovasi kaedah,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa.
Justifikasi ke dua, Program Reka Bentuk Tekstil ini adalah peneraju kursus-
kursus reka bentuk tekstil di Malaysia. Kelebihan ini menjadikan program ini niche dan
menjadi rujukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang
menawarkan program yang sama. Status peneraju kursus-kursus reka bentuk tekstil
akan tergugat sekiranya pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran spesifik ini
tidak berinisiatif membuat inovasi ke atas kaedah dan pendekatan baharu yang
berpotensi diketengahkan. Sebagai contoh, kursus khusus penjanaan idea bersistematik
perlu diwujudkan sebagai kursus teras kerana modus operandi kursus berorientasikan
reka bentuk memerlukan kreativiti melalui penjanaan idea dan menyelesaikan masalah.
Adalah tidak wajar sekiranya IPTA/IPTS yang baru diwujudkan mempunyai
kaedah dan pendekatan reka bentuk yang jauh lebih berinovasi untuk kursus-kursus
reka bentuk tekstil yang mereka tawarkan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini
penting sebagai satu justifikasi untuk Program Reka Bentuk Tekstil kekal relevan dan
menjadi pilihan pelajar-pelajar dari masa ke masa.
1.10.2 Kepentingan Hasil Penyelidikan
Justifikasi penyelidikan kedua ini terletak pada kepentingan hasil penyelidikan
bagi membangunkan prosedur penjanaan idea reka bentuk tekstil berasaskan integrasi
teknik-teknik sumbang saran melalui strategi intervensi yang melibatkan ujian,
pemerhatian dan temu bual pelajar dan pakar bidang. Penyelidikan ini juga penting
kerana menguji satu eksperimentasi penggunaan teknik sumbang saran yang dijangka
dapat mempertingkatkan kreativiti pelajar dalam menjana dan menghalusi idea, serta
dapat menjimatkan masa dan kos dalam proses reka bentuk tekstil. Justeru
21
penyelidikan ini juga penting untuk dilaksanakan bagi mendalami teknik sumbang saran
yang belum dikaji dalam kajian lepas khususnya dalam bidang reka bentuk tekstil.
Teknik sumbang saran ini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang
seperti perniagaan, pentadbiran, pengurusan, jualan dan perkhidmatan serta industri
kreatif. Pengaplikasian sumbang saran ke dalam proses reka bentuk tekstil dilihat
sebagai satu eksperimen untuk merangsang keupayaan penjanaan idea kreatif dan
penyelesaian masalah seterusnya memperkembangkan lagi potensi aplikasi sumbang
saran dalam bidang reka bentuk secara khusus.
1.11 Manfaat Penyelidikan
Setiap penyelidikan ilmiah mempunyai manfaat tersendiri. Hasil dapatan sesuatu
penyelidikan ini biasanya akan memudahkan seseorang penyelidik memahami sesuatu
fenomena, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan memperoleh ilmu baharu.
Oleh yang demikian, pembentukan konsep pelaksanaan proses reka bentuk tekstil yang
komprehensif dapat memberikan manfaat kepada pemegang kepentingan (stake
holders). Manfaat penyelidikan ini mencadangkan kepada tiga pemegang kepentingan
seperti berikut:
1.11.1 Pelajar
Pelajar merupakan pemegang kepentingan utama sebagai pelanggan di
Universiti Teknologi MARA Malaysia. Kepentingan penyelidikan ini memberikan
manfaat kepada pelajar dengan mengaplikasikan teknik penjanaan idea melalui
kemahiran kognitif dan psikomotor. Melalui kombinasi kemahiran ini, teknik sumbang
saran dapat diformulasikan sebagai kaedah pembelajaran kolaboratif, mempromosikan
aktiviti dan kreativiti berkumpulan.
22
1.11.2 Pensyarah/Fasilitator
Sebagai penyedia perkhidmatan, pensyarah berperanan dalam melaksana dan
memperbaiki amalan pengajaran dari masa ke masa sesuai dengan keperluan semasa.
Inisiatif ke arah penambahbaikan perlu bagi memperbaiki kelemahan kaedah
pengajaran yang dilaksanakan. Matlamat penyelidikan ini dapat menyediakan satu
konsep pengajaran komprehensif dengan memberi penambahbaikan kepada silibus
kursus reka bentuk tekstil yang sedia ada.
Selain dari penyediaan teknik penjanaan idea, penyelidikan ini juga dapat
dijadikan sebagai rujukan bagi memperbaiki amalan pengajaran serta
mempertingkatkan kesedaran pensyarah/fasilitator dalam merangka tugasan dan strategi
pengajaran yang lebih berkesan di samping memupuk gaya pembelajaran kolaboratif.
1.11.3 Perancang Kurikulum/Silibus
Menurut Saylor dan Alexander (1974), kurikulum bermaksud rancangan yang
menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif
pendidikan di bawah bimbingan sekolah. Perancang kurikulum adalah individu atau
kumpulan yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum yang terdiri
daripada tokoh dan ahli akademik di pusat pengajian tinggi. Kriteria perancang
kurikulum ini seharusnya mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan dan
pakar di dalam bidangnya sendiri. Dalam konteks ini, perancang kurikulum terdiri dari
pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk tekstil.
Hasil penyelidikan ini dapat dijadikan sebagai konsep bagi membantu pensyarah
merangkap perancang kurikulum/silibus merangka kaedah, teknik dan strategi yang
sesuai untuk dilaksanakan pada semakan kurikulum yang akan datang. Kaedah ini pula
bersifat fleksibel bagi membolehkan nilai tambah bagi memantapkan lagi kaedah yang
sedang dilaksanakan.
23
1.12 Definisi Terminologi
Definisi yang disediakan ini membawa istilah khusus bagi menjelaskan terma-terma
yang lebih spesifik di dalam penulisan agar mudah difahami oleh pembaca.
1.12.1 Analisis Reflektif
Analisis reflektif ini bermaksud kesan dari teori yang dipraktikkan melalui ujian atau
pemerhatian yang kemudiannya diaplikasikan ke dalam pemikiran penyelidik. Istilah ini
banyak merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan refleksi
ke atas sesuatu intervensi yang telah dijalankan samada memberi kesan yang positif
terhadap pencapaian pelajar atau sebaliknya.
1.12.2 Prosedur Reka Bentuk Tekstil
Prosedur merujuk kepada proses manakala Reka Bentuk Tekstil merujuk kepada proses
kreatif penghasilan reka bentuk produk tekstil. Istilah ini mewakili proses kreatif
mengikut empat peringkat pelaksanaan reka bentuk tekstil secara sistematik.
1.12.3 Sumbang Saran
Istilah sumbang saran dalam penyelidikan ini adalah alat kreativiti menjana idea reka
bentuk tekstil yang berteraskan kepada kuantiti dan kualiti idea yang dijanakan. Kualiti
idea terbahagi kepada kategori kefleksibelan dan keaslian idea.
1.12.4 Kreativiti
Dalam penyelidikan ini, kreativiti ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menghasilkan
idea-idea baharu dan unik berasaskan idea yang sedia ada melalui tiga kategori
kreativiti penghasilan iaitu kelancaran, fleksibiliti dan keaslian idea.
24
i. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan
pelbagai.
ii. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam
kategori dan pandangan yang berbeza.
iii. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baharu, unik dan
berbeza dari idea-idea biasa.
1.13 Ringkasan BAB 1
Bab ini merupakan latar belakang penyelidikan dan kupasan mengenai isu dan
masalah yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah kursus reka bentuk tekstil. Isu
ketiadaan teknik penjanaan idea berasaskan kemahiran kognitif sebagai faktor utama
yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar-pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil
terutamanya semester satu. Silibus kursus hanyalah sebagai panduan sukatan pelajaran
dan pengendalian kelas manakala kaedah pengajaran dijalankan mengikut gaya
pengajaran bersifat individu. Ini ada kalanya menyebabkan ketidakselarasan dalam
penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajar kerana ketiadaan kerangka kerja atau prosedur
operasi piawai yang seharusnya diikuti oleh pensyarah.
Penjanaan idea adalah salah satu dari keperluan-keperluan penting dalam proses
reka bentuk. Teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil ini memerlukan prosedur yang
lebih lengkap berbanding yang sedia ada. Penekanan kepada kemahiran kognitif
dizahirkan melalui kreativiti menjana dan menghalusi idea yang terdiri dari kategori
kelancaran menjana idea, fleksibiliti melalui pengkategorian idea dan keaslian idea unik
yang lain dari idea kebiasaan. Alat kreativiti yang digunakan ini dinamakan teknik
sumbang saran. Melalui dapatan kajian rintis yang dijalankan, isu utama telah dikenal
pasti iaitu kreativiti penghasilan idea oleh pelajar-pelajar berada pada tahap lemah. Idea
yang dihasilkan bersifat kitar semula di samping keterbatasan jumlah idea dan idea
25
tidak berkualiti. Hal ini disebabkan oleh kelemahan pendekatan pengajaran yang hanya
menekankan penjanaan idea melalui kemahiran psikomotor dan imitasi (mimicry)
semata-mata. Pendekatan ini perlu dipertingkatkan dengan kemahiran kognitif menjana
idea dan menyelesaikan masalah reka bentuk. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi
evolusi pendekatan pengajaran reka bentuk adalah latar belakang pensyarah, paradigma
tradisional pensyarah, dan inisiatif dan motivasi ke arah pembaharuan.
Penyataan masalah dibentuk melalui isu ketiadaan teknik penjanaan idea yang
menekankan kepada kemahiran kognitif menjana idea dan menyelesaikan masalah.
Oleh yang demikian, proses reka bentuk tekstil itu sendiri dilihat jumud dan tidak
fleksibel dalam memenuhi keperluan semasa pelajar. Oleh itu, satu model pelaksanaan
pengajaran reka bentuk tekstil berasaskan kemahiran kognitif dan psikomotor perlu
dibentuk bagi menyelesaikan isu yang dihadapi.
Seperti yang telah diterangkan pada perenggan di atas, tujuan penyelidikan ini
adalah untuk membangunkan model empirikal penjanaan idea reka bentuk tekstil
melalui kemahiran kognitif dan psikomotor. Kombinasi dua kemahiran ini telah
dibuktikan keberkesanannya dengan mengaplikasikan teknik sumbang saran pada empat
peringkat proses reka bentuk tekstil. Model penjanaan idea reka bentuk tekstil ini juga
terbentuk melalui sintesis dapatan penyelidikan dan model-model proses reka bentuk
dari pelbagai bidang.
Tujuan penyelidikan telah membentuk empat objektif khusus yang perlu dicapai
melalui pendekatan penyelidikan kaedah campuran. Tiga objektif bersifat kualitatif
penerokaan fenomena manakala satu objektif bersifat kuantitatif pengujian signifikan
melalui ujian kreativiti menjana idea. Kombinasi empat objektif ini membentuk model
empirikal penjanaan idea yang berasaskan kepada integrasi teknik sumbang saran.
Dalam istilah sebenar penyelidikan, kepentingan penyelidikan adalah satu usaha
pengayaan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dikaji. Ini merupakan impak yang
26
besar kepada seseorang penyelidik dari aspek ilmu pengetahuan yang diperoleh dan
sumbangan ilmu yang boleh disumbangkan ke dalam bidang keilmuan (body of
knowledge). Kepentingan penyelidikan ini membentuk manfaat kepada pemegang-
pemegang kepentingan (stake holders) khusus dalam bidang pendidikan seperti pelajar,
pensyarah dan perancang silibus.
Aspek kreativiti sebenarnya berlaku semasa proses kreatif menjana dan
menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, proses kreativiti pelajar dibentuk melalui
aktiviti-aktiviti kognitif samada individu atau berkumpulan. Salah satu konsep yang
terbukti berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sumbang saran yang
terdiri dari pelbagai teknik yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk
tekstil secara khusus.
27
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini merangkumi bahan-bahan rujukan yang terdiri daripada latar belakang
sejarah Jabatan Seni Reka Tekstil, dokumen-dokumen rasmi jabatan, falsafah, teori,
model, dan jurnal berimpak tinggi (Q1-Q4/Scopus), yang membantu dalam
menyediakan informasi dalam bidang yang dikaji secara spesifik. Ini dilakukan
mengikut kronologi dalam membina satu fakta naratif sebagai tulang belakang bagi
memperkukuhkan penyelidikan.
Kajian literatur ini merupakan teras pemerolehan pengetahuan secara kolektif bagi
mengupas isu-isu yang berkaitan serta ilmu pengetahuan yang diketahui (known issues)
dalam perspektif yang berbeza. Ini memerlukan satu proses sintesis fakta yang
terperinci bagi menyediakan satu literatur yang berteraskan inovasi proses reka bentuk
tekstil.
Kaedah kajian literatur ini dijalankan melalui tiga peringkat iaitu:
i. Melihat dan mengulas semula (review) dokumentasi rasmi Program Seni Reka
Tekstil seperti silibus yang terdahulu hingga yang terkini. Ini bertujuan untuk
melihat evolusi kaedah dan pendekatan penjanaan idea melalui silibus kursus-
kursus yang berteraskan reka bentuk
ii. Melihat dan mengulas semula (review) teori serta model yang berkaitan dengan
penjanaan idea menggunakan teknik sumbang saran.
iii. Melihat dan mengulas semula (review) alat-alat kreativiti khususnya digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
28
2.2 Jabatan Seni Reka Tekstil
Jabatan Seni Reka Tekstil, Universiti Teknologi MARA merupakan salah satu daripada
tiga jabatan terawal ditubuhkan di bawah Sekolah Seni Gunaan yang bergabung dengan
Sekolah Seni Bina, Perancangan dan Ukur Tanah. Studio sementara dan ruang
kuliahnya terletak di Taman Petaling sebelum berpindah ke Seksyen 17 Petaling Jaya
pada tahun 1970 (Ruzaika Omar, 2013). Pertambahan beberapa program dan jumlah
pelajar yang meningkat, Sekolah Seni Gunaan ini menukar namanya menjadi Kajian
Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR).
Namun begitu, Kajian Seni KSSR ini masih menggunakan kompleks Sekolah
Seni Bina bila lokasinya berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Akhirnya pada awal
tahun 1982, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka berpindah ke bangunannya yang baharu
dan digunakan sehingga hari ini (2015). Semenjak penubuhannya pada tahun 1971, tiga
program awal telah diwujudkan iaitu Seni Halus, Seni Reka Grafik dan Seni Reka
Tekstil (Ruzaika Omar, 2013).
Silibus yang dikenal pasti pada masa ini mengikut silibus dari Royal College of
Art, United Kingdom (RCA). Pengajian yang mengambil masa empat tahun ini adalah
bertaraf Diploma yang setaraf dengan Ijazah Am. Pengajian asas mengambil masa dua
semester iaitu selama setahun dan diikuti tiga tahun untuk bidang pengkhususan. Begitu
juga dengan Jabatan Seni Reka Tekstil di mana kursus yang menjadi pengkhususan
pada masa ini adalah percetakan fabrik pada tahun 1971 hingga 1974. Selepas tahun
1975, atas faktor pertambahan tenaga pengajar pada masa itu, pengkhususan batik telah
diperkenalkan dan diikuti pengkhususan tenun pada tahun 1978.
Pengkhususan ini tidak berjalan serentak kerana beberapa faktor seperti
kekangan ruang, kaki tangan dan peralatan dari tahun 1971 hingga 1978. Pada tahun
1982, jabatan ini mendapat bangunan baharu yang menempatkan ke semua program di
bawah satu sekolah yang terletak di Shah Alam. Sehubungan itu, tiga pengkhususan
29
bidang seni reka tekstil ini kekal sebagai bidang teras yang masih digunakan hingga
sekarang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam program ini menekankan
kepada aktiviti studio dan penghasilan karya.
2.3 Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil
Silibus atau sukatan pelajaran sesuatu program ditentukan oleh matlamat
kurikulum yang telah ditetapkan. Program Seni Reka Tekstil ini telah melalui beberapa
fasa perubahan silibus yang dilakukan mengikut kesesuaian dari masa ke masa.
Terdapat enam kohort silibus yang dikenal pasti seperti rajah berikut.
Jadual 2.0: Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil
2.4 Kandungan Silibus Sedia Ada
Melalui pemerhatian dan analisis penyelidik, silibus ini mengandungi kursus-
kursus teras reka bentuk tekstil mengikut tahap seperti maklumat dan kod kursus,
jumlah jam kredit, hasil pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, proses
reka bentuk, penghasilan karya dan kaedah pemarkahan. Kandungan silibus untuk
kursus reka bentuk disusun mengikut dua tahap iaitu penyelidikan reka bentuk dan
penghasilan produk reka bentuk tekstil.
Kohort / Silibus Tahun Taraf 4 tahun Diploma 1974 hingga 1995 Diploma setaraf Ijazah
Am 4 tahun Ijazah Am 1996 hingga 2002 Ijazah Am 4 + 1 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
1997 hingga 2002 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
3 tahun Diploma (Kampus Cawangan) 2002 hingga 2008 Diploma 3+2 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
2002 hingga 2008 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
21/2 + 2 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
2008 hingga 2015 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
30
Tahap penyelidikan reka bentuk dikhususkan untuk semester satu hingga tiga,
manakala penghasilan produk pula untuk semester empat hingga enam. Kandungan
silibus ini juga menekankan kepada tiga disiplin utama reka bentuk tekstil iaitu tekstil
cetak, batik/resis dan tenunan. Hasil dari pemerhatian kepada semua silibus, penyelidik
menemui satu titik persamaan dalam proses reka bentuk. Setiap silibus menggunakan
proses reka bentuk yang hampir sama dalam sesuatu kursus. Ini dapat diilustrasikan
seperti rajah di bawah.
Rajah 2.0: Carta Proses Reka Bentuk Tekstil (2008-2015).
2.5 Proses Reka Bentuk Tekstil Mengikut Silibus
Bagi kursus-kursus teras reka bentuk, proses reka bentuk yang digunakan adalah
sama dari segi kaedahnya dan berbeza dari segi pelaksanaannya mengikut pensyarah
yang mengajar. Ini diakui oleh salah seorang pensyarah kanan reka bentuk tekstil yang
menerangkan proses reka bentuk ini digunakan pada hampir semua kursus teras reka
bentuk sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran di studio reka bentuk. Kursus-
kursus teras ini meliputi kursus tekstil cetak, batik/resis dan tenunan.
Merujuk kepada rajah 2.0 di atas, proses reka bentuk yang diamalkan di Jabatan
Seni Reka Tekstil bermula dari prosedur penyelidikan. Ini adalah proses awal bagi
setiap kursus teras reka bentuk. Setelah taklimat projek diberikan pada awal semester,
pelajar-pelajar diminta untuk menjalankan penyelidikan komprehensif dengan
Penyelidikan Lakaran&Idea PengembanganIdea
CadanganSusunAturRekaBentuk
PenghasilanKaryaAkhir
31
mendapatkan data visual dan fakta bertulis berkenaan dengan tema kajian yang
ditetapkan. Pada kebiasaannya, proses ini mengambil masa dua hingga tiga minggu.
Pengumpulan serta kompilasi data-data ini diperlukan untuk proses seterusnya.
Proses ke dua di dalam carta alir proses rekaan ini adalah lakaran dan idea.
Pelajar-pelajar diminta untuk membuat lakaran yang bersesuaian dengan tema kajian.
Proses eksplorasi ini juga bertujuan untuk mendapatkan idea visual melalui elemen
rekaan seperti bentuk, garisan, ruang, saiz, kepelbagaian sudut pandangan, tekstur dan
perincian. Proses ini juga dikenali sebagai Mimesis atau imitasi langsung daripada
visual ke kertas lakaran.
Proses ke tiga dalam carta alir proses rekaan ini adalah pengembangan idea.
Pelajar-pelajar akan diajar untuk mengembangkan idea melalui satu proses yang
dinamakan pemudahan (simplification) dan penggayaan (stylization) imej. Proses ini
melibatkan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan idea-idea rekaan yang relevan
dengan tema projek yang ditetapkan. Proses ini juga dianggap mencabar kredibiliti
pensyarah yang mengendalikan kursus kerana aras kreativiti setiap pelajar adalah
berbeza.
Proses ke empat adalah kesinambungan dari pengembangan idea yang telah
dihasilkan. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat penggubahan (arrangement)
mengikut kesesuaian tema serta menyediakan susun atur akhir (final layout). Proses ini
juga menguji kreativiti pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
yang telah dipelajari. Proses terakhir dalam carta alir reka bentuk ini adalah proses
teknikal bagi menghasilkan produk akhir. Proses ini agak berbeza secara teknikalnya
mengikut tiga bidang utama iaitu tekstil cetak, batik/resis dan tenunan. Sebagai contoh,
untuk menghasilkan produk tenunan, pelajar-pelajar perlu menyediakan bahan-bahan
tenunan seperti benang dan mesin tenun.
32
2.6 Kelemahan/Kekurangan Kaedah Penjanaan Idea Sedia Ada
Melalui kajian proses reka bentuk berbentuk akademik yang dijalankan,
penyelidik mendapati satu kekurangan di dalam proses reka bentuk ini yang tidak
menekankan kepada proses penjanaan idea secara sistematik. Proses ini juga tidak
menekankan kepada teknik berfikir dalam menghasilkan idea selain penjanaan idea
melalui kemahiran psikomotor. Proses ini dilaksanakan dengan membuat lakaran dan
proses imitasi (mimesis) iaitu melakar inspirasi melalui sumber rujukan seperti buku,
majalah, media cetak dan elektronik. Oleh yang demikian, satu penyelidikan yang
berteraskan pendekatan inovasi konsep pelaksanaan dijadikan sebagai satu keperluan
bagi tujuan penambahbaikan pada dua perkara seperti berikut:
i. Penambahbaikan ke atas penjanaan idea reka bentuk tekstil yang sedia
ada.
ii. Penambahbaikan ke atas pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
2.7 Keperluan Penyelidikan Berteraskan Inovasi
Pada bab satu, penyelidik telah mengupas hubung kait dan implikasi teori dan
model ke atas teknik kreativiti sumbang saran, manakala pada bab dua pula tentang
keperluan penyelidikan berteraskan inovasi melalui beberapa landasan teori yang
berkaitan dengan proses reka bentuk tekstil. Pada hakikatnya, aspek kreativiti sangat
berkait rapat melalui aplikasi teknik sumbang saran dan proses reka bentuk tekstil.
Keperluan penyelidikan yang berteraskan inovasi bukan bertujuan untuk
mengisi jurang pengetahuan (knowledge gaps) terhadap penyelidikan yang terdahulu.
Ini adalah kerana melalui pencarian literatur, belum terdapat rujukan spesifik terhadap
aplikasi teknik sumbang saran di dalam proses reka bentuk tekstil. Ini secara langsung
menjadikan penyelidikan ini sebagai perintis jurang pengetahuan (knowledge gaps)
kepada fenomena yang berpotensi untuk dikaji. Matlamat penambahbaikan terhadap
33
proses reka bentuk yang sedia ada ini adalah melalui beberapa strategi pembelajaran
dan aplikasi alat kreativiti bagi tujuan inovasi proses reka bentuk tekstil kontemporari.
Konsep penyelidikan ini memfokuskan kepada aspek kemahiran kognitif yang
terapkan ke dalam kerangka kerja proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Kreativiti
dan inovasi merupakan komponen tertinggi dalam hierarki domain kognitif mengikut
model taksonomi Bloom (Bloom, 1956). Pendekatan yang digunakan dalam
penyelidikan ini pula adalah strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berteraskan
kemahiran berfikir konvergen dan divergen, manakala sumbang saran dijadikan alat
kreativiti untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah. Strategi ini dilihat sebagai
satu keperluan untuk tujuan penambahbaikan dari proses reka bentuk tekstil yang sedia
ada.
2.8 Ulasan/Semakan Alat Kreativiti Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang
Vernon (2016) dalam kajiannya An Evidence-Based Review of Creative Problem
Solving Tools: A Practitioner’s Resource telah membuat ulasan komprehensif
berkenaan alat-alat kreativiti yang digunakan dalam menyelesaikan masalah melalui
justifikasi empirikal. Kajian beliau ini memfokuskan kepada program-program latihan
berkaitan penyelesaian masalah. Dengan mengetahui samada sesuatu alat kreativiti itu
bersesuaian atau sebaliknya, usaha ini dapat menyediakan sumber yang dapat
digunakan untuk latihan-latihan penyelesaian masalah kreatif. Vernon juga menegaskan
kepentingan latihan kepada penyelesaian masalah kreatif (PMK) memerlukan solusi
yang bermanfaat dan praktikal. Solusi ini secara dasarnya terdiri daripada tiga struktur
utama yang perlu diberikan penekanan iaitu alat pencarian kepada masalah, penjanaan
idea dan penilaian kritikal.
Amalan PMK telah terbukti dapat meningkatkan prestasi dan memberi manfaat
dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan industri. Walaubagaimanapun,
menurut Vernon lagi, tidak ramai di antara pengamal PMK ini mengetahui jenis alat-
alat kreativiti yang bersesuaian digunakan secara khusus dalam sesuatu latihan.
34
Memberikan fokus kepada alat kreativiti yang bersesuaian untuk PMK adalah penting
kerana:
i. Alat kreativiti yang bersesuaian dapat dijadikan sumber yang berguna
kepada pengamal dan pendidik.
ii. Alat-alat kreativiti boleh digabungkan untuk membangunkan program
latihan yang disokong oleh kajian empirikal.
iii. Alat kreativiti yang bersesuaian dapat menyediakan beberapa landasan
teori ke dalam proses yang berkaitan penyelesaian masalah.
Vernon menggunakan kaedah garis panduan Cochrane bagi tujuan pencarian
kajian literatur empirikal untuk mengenal pasti kepelbagaian alat kreativiti yang
digunakan untuk menyokong PMK. Kebanyakan pencarian literatur ini diperoleh
melalui pencarian pangkalan-pangkalan data seperti EBSCO, JSTOR, PsychINFO, Web
of Science dan SCOPUS. Semua artikel yang diperoleh ini disemak menggunakan
kriteria kandungan dan metodologi seperti (a) diterbitkan dalam artikel jurnal (b) ditulis
dalam Bahasa Inggeris (c) dari pelbagai tahun (d) menggunakan kaedah eksperimen dan
kajian kes (e) pemboleh ubah bebas yang dikenal pasti (f) mempunyai hasil dapatan
kajian.
Hasil dapatan kajian beliau mendapati teknik sumbang saran berada pada
kedudukan teratas sebagai alat kreativiti yang sering digunakan oleh penyedia latihan
dalam pelbagai bidang. Ini disebabkan oleh modus operandi teknik ini mudah dan
sesuai diaplikasikan dalam pelbagai bidang tidak terkecuali kepada penyedia program-
program latihan berkaitan penyelesaian masalah. Teknik kedua yang popular mengikut
kesesuaian adalah pemetaan minda yang digunakan sebagai pendekatan visual
menyusun dan merumuskan pengetahuan mengenai masalah, mengenal pasti konsep
dan hubungan di antara masalah dan konsep penyelesaian. Brainwriting telah dikenal
pasti sebagai alat kreativiti yang berada pada kedudukan ketiga banyak digunakan
dalam PMK. Ini adalah kerana alat ini adalah satu bentuk modifikasi dari sumbang
35
saran yang bertujuan untuk mengatasi masalah peserta pasif dalam aktiviti sumbang
saran. Dengan menetapkan jumlah idea pada setiap peserta, objektif kuantiti dan
komitmen peserta dapat dipertingkatkan.
Melalui kajian Vernon ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan pemilihan alat
kreativiti yang bersesuaian sesungguhnya dapat membantu dalam proses penyelesaian
masalah dengan berkesan dan menjimatkan kos masa dan tenaga. Kajian Vernon ini
juga memberikan inspirasi kepada penyelidik dengan mengenal pasti kombinasi alat-
alat kreativiti yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi sebagai satu
justifikasi kepada strategi intervensi yang dijalankan. Sumbang saran, peta minda dan
brainwriting adalah alat-alat kreativiti yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan
oleh penyelidik terutama untuk tujuan pembangunan model penjanaan idea reka bentuk
tekstil.
Paul B. Paulus dari Universiti Texas, Arlington telah mengkaji kreativiti dalam
kumpulan, dan kajian beliau menunjukkan sumbang saran sebenarnya tidak berperanan
seperti yang diharapkan. Dalam aktiviti sumbang saran berkumpulan, peserta perlu
bersemuka, lantas peluang untuk berkongsi sepenuhnya maklumat dan pengetahuan
adalah terhad kerana hanya seorang peserta sahaja boleh meluahkan idea masing-
masing pada satu-satu masa. Paulus et. al. menulis dalam satu kajian mereka yang
terbaru mendapati sementara menunggu giliran seseorang peserta untuk berkongsi idea,
seseorang itu boleh lupa apa yang ingin dia sampaikan kerana faktor gangguan dari idea
sendiri oleh proses perkongsian dalam kumpulan.
Mungkin ada penyertaan agak tidak sekata kerana beberapa individu boleh
menguasai perbincangan. Dalam ringkasan penyelidikan sumbang saran yang
dijalankan oleh Paulus dan Brown (2015) menjelaskan banyak literatur mengenai
sumbang saran berkumpulan didapati kurang berkesan berbanding sumbang saran
individu. Tetapi ini tidak bermakna kaedah sumbang saran berkumpulan untuk tampil
36
dengan idea-idea baru tidak berfungsi sama sekali. Paulus dan et. al telah mendapati
beberapa teknik penambahbaikan boleh meningkatkan keberkesanan sumbang saran.
Salah satu teknik yang mereka kaji adalah brainwriting, di mana ahli pasukan
berkongsi idea melalui kaedah menulis idea-idea mereka ke atas kertas dan bukannya
mengumumkannya di khalayak ramai.
Kajian menunjukkan brainwriting mempunyai potensi untuk meningkatkan
produktiviti kumpulan berbanding dengan kaedah sumbang saran yang secara langsung
peserta-peserta perlu bersemuka di dalam kumpulan. Paulus et. al menerangkan
brainwriting pada awalnya bukanlah satu prosedur yang biasa digunakan dalam konteks
organisasi kerana peserta merasa agak janggal menggunakan teknik ini. Kebanyakan
peserta lebih menyenangi teknik sumbang saran lisan walaupun didapati ia kurang
berkesan. Ini menunjukkan brainwriting mungkin satu pendekatan yang berkesan dalam
persekitaran industri atau organisasi apabila terdapat minat dalam menjana sejumlah
besar idea-idea baru.
Paulus (2015) dalam kajian eksploratorinya bertajuk Asynchronous
Brainstorming in an Industrial Setting: Exploratory Studies mengulas tentang
keberkesanan teknik brainwriting dalam bidang industri. Beliau berpendapat terdapat
beberapa kelemahan dalam teknik sumbang saran seperti sekatan kreativiti kerana
interaksi dalam kumpulan boleh menghalang penjanaan idea. Untuk mengatasi masalah
ini, Paulus berpendapat kaedah verbal yang digunakan pada teknik sumbang saran perlu
ditukar kepada kaedah menulis. Pertukaran idea atau maklumat melalui kaedah menulis
dalam kumpulan merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan penjanaan idea
samada dilakukan secara berkumpulan atau individu.
Sejumlah 57 peserta dalam syarikat berteknologi tinggi mengambil bahagian
dalam dua kajian brainwriting yang dikendalikan. Untuk kajian pertama, peserta
diminta menjana idea samada secara individu atau berkumpulan atau berkumpulan
37
dahulu kemudian secara individu. Untuk kajian yang kedua, peserta diminta untuk
menjana idea samada secara berkumpulan sepanjang sesi atau menjana idea secara
individu dengan semakan berkala (periodic review). Keputusan dari eksperimen ini
mendapati pada kajian pertama, peserta yang menjana idea secara berkumpulan dan
kemudian secara individu menunjukkan prestasi yang baik. Pada sesi pertama kajian ini
juga mendapati penulisan berkumpulan menghasilkan lebih banyak idea dari penulisan
yang dilakukan secara individu.
Pada kajian yang kedua, peserta yang menjana idea secara individu
menggunakan teknik brainwriting ini menunjukkan prestasi yang baik dibandingkan
berkumpulan. Keputusan kajian yang dilakukan oleh Paulus ini menunjukkan kaedah
brainwriting yang dilakukan berselang seli melalui individu dan berkumpulan boleh
meningkatkan kuantiti idea yang dihasilkan. Melalui kaedah berkumpulan kemudian
individu ini memberikan manfaat kerana membolehkan ahli-ahli kumpulan untuk
membina idea-idea yang dikongsi. Kajian ini menunjukkan kolaborasi teknik penjanaan
idea dapat memberi manfaat dalam menyelesaikan masalah sekiranya paradigma
brainwriting digunakan dengan integrasi aktiviti berkumpulan dan individu.
Melalui kajian Paulus ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan teknik
brainwriting adalah penyelesaian kepada kelemahan yang terdapat pada teknik
sumbang saran. Teknik brainwriting ini juga sesuai diaplikasikan dalam penjanaan idea
reka bentuk tekstil terutama kepada peserta pasif semasa sesi sumbang saran. Aktiviti
brainwriting memerlukan integrasi aktiviti berkumpulan dan individu untuk
mendapatkan hasil penjanaan idea yang maksimum dari aspek kualiti dan kuantiti. Hasil
kajian Paulus ini juga telah memberikan penyelidik satu panduan pengendalian teknik
brainwriting melalui integrasi berkumpulan atau individu.
38
Dalam bidang sains tingkah laku (Behaviorial Science), satu kajian oleh Bushe
et.al (2015) yang menjalankan kajian eksperimen Comparing the Generativity of
Problem Solving and Appreciative Inquiry: A Field Experiment. Kajian beliau
membandingkan pendekatan Appreciative Inquiry (AI) yang didakwa sebagai
pendekatan generatif yang lebih berkesan berbanding pendekatan penyelesaian masalah
yang sedia ada. Bushe menggunakan kaedah eksperimen pra dan pasca klasik melalui
tiga proses ujian yang berbeza untuk menghasilkan idea-idea generatif yang ditakrifkan
sebagai idea-idea baru bagi mendorong tindakan yang baru.
Hipotesis diuji dengan menilai idea-idea yang dihasilkan daripada kumpulan
pekerja di sebuah organisasi transit bandar. Hasil eksperimen mendapati kumpulan
berasaskan Sinergi menjana lebih tinggi daripada salah seorang daripada kumpulan-
kumpulan lain pada penilaian idea generatif. Keputusan eksperimen melalui peta
semantik pra dan pasca oleh peserta menunjukkan perbezaan yang diramalkan dalam
kesan penyelesaian masalah dan pendekatan menghargai penglibatan pekerja dalam fasa
penjanaan idea daripada proses perubahan, selaras dengan hipotesis AI. Melalui kajian
Bushe ini telah membuktikan, selain dari pendekatan penyelesaian masalah yang sedia
ada, kaedah sinergi berkumpulan menggunakan AI juga telah berjaya menjana idea-idea
bagi tujuan penyelesaian masalah. Dapatan kajian beliau ini juga diadaptasikan ke
dalam strategi intervensi yang dijalankan oleh penyelidik melalui sumbang saran
kumpulan fokus.
Kajian seterusnya berkenaan sumbang saran berkumpulan oleh Levine et.al
(2016) yang menjalankan kajian Group brainstorming: When regulatory nonfit
enhances performance. Lavine mengkaji faktor motivasi dalam sumbang saran
berkumpulan iaitu kesan ke atas prestasi regulatory fit/nonfit berdasarkan startegi
kumpulan fokus dan tugasan. menggunakan teori regulatory fit, yang telah terbukti
berguna untuk meramal dan menjelaskan pelbagai fenomena motivasi untuk menjana
39
hipotesis tentang keadaan di mana kumpulan sumbang saran akan lebih atau kurang
berkesan dalam menjana idea-idea kreatif. Semua ahli kumpulan yang terdiri dari tiga
orang dalam satu kumpulan telah ditempatkan samada dalam kumpulan tumpuan
promosi atau tumpuan pencegahan. Kumpulan ini kemudiannya diberikan tugasan
sumbang saran berkumpulan. Analisis keputusan mendapati kumpulan nonfit
menghabiskan lebih banyak masa ke atas tugasan dan menjana kepelbagaian idea dalam
kuantiti yang besar berbanding kumpulan fit. Juga seperti mereka diramalkan , tugas
pengantara kesan bersama tumpuan peraturan dan strategi tugas kepada penjanaan idea
mendapati keputusan selari dengan kepelbagaian idea dan kualiti telah kira dengan
beberapa idea-idea yang dijana. Penemuan ini memberi penerangan tentang aspek
motivasi sumbang saran kumpulan dan menunjukkan utiliti teori patut kawal selia untuk
menerangkan fenomena kumpulan kecil.
Melalui kajian Levine ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan, selain dari
alat kreativiti sumbang saran, faktor kumpulan fokus dan tujuan promosi ini amat kuat
mempengaruhi kuantiti dan kualiti penjanaan idea kerana terdapat satu motivasi yang
kuat iaitu peserta dijanjikan dengan ganjaran tertentu sekiranya mencapai kuantiti dan
kualiti idea yang ditetapkan.
Satu kajian tempatan oleh Norseha Unin dan Polin Bearing (2015) yang bertajuk
Brainstorming as a Way to Approach Student-Centered Learning in the ESL Classroom
yang mempromosikan aktiviti sumbang saran sebagai alat untuk menggalakkan
penglibatan bercakap dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 21 pelajar tingkatan
empat dari sebuah sekolah menengah di Kuching telah mengambil bahagian dalam
kajian yang dikendalikan oleh mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka jenis
aktiviti sumbang saran digunakan dan bagaimana percambahan fikiran telah digunakan
untuk menggalakkan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP). Data-data kajian ini
diperoleh melalui soal selidik dilengkapkan oleh pelajar, temu bual dengan tiga orang
40
guru Bahasa Inggeris, serta melalui pemerhatian dalam bilik darjah semasa sesi
sumbang saran.
Hasil kajian menunjukkan aktiviti sumbang saran menggunakan senarai
perkataan, pemetaan perkataan, dan juga gambar-gambar adalah jenis yang biasa
digunakan dalam tugasan bercakap. Hasil pemerhatian mendapati sumbang saran
menyumbang kepada peningkatan motivasi pelajar, keyakinan, dan penyertaan seperti
yang ditunjukkan melalui tingkah laku pelajar-pelajar yang positif semasa pemerhatian
bilik darjah.Kajian mereka ini bukan sahaja menjadikan penggunaan sumbang saran
untuk menangani keengganan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris lebih secara
sukarela, tetapi juga menyediakan maklumat yang berguna untuk guru-guru untuk
menangani keengganan pelajar bercakap di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua.
Melalui kajian Norseha Unin dan Polin Bearing ini, penyelidik dapat membuat
kesimpulan sumbang saran adalah alat kreativiti penjanaan idea yang sesuai digunakan
dalam bidang linguistik dalam menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar untuk
menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar melalui perbualan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua.
Penggunaan teknik sumbang saran juga pernah diaplikasikan ke dalam bidang
muzik yang merujuk kepada kajian Gultepe dan Coskun (2016) bertajuk Music and
cognitive stimulation influence idea generation. Kajian mereka ini bertujuan untuk
mengkaji kesan-kesan muzik dan stimulasi kognitif ke atas kreativiti. Kajian
eksperimen ini menetapkan tiga kumpulan peserta iaitu kumpulan kesan positif yang
mendengar lagu Vivaldi Spring, kumpulan kesan negatif mendengar lagu Gyorgy
Ligeti’s Lux Aeterna dan kumpulan kesan neutral mendengar lagu Chopin’s Waltzes.
Selepas itu, semua peserta menjalani aktiviti sumbang saran tentang kelebihan dan
kekurangan apabila mempunyai ibu jari tambahan pada setiap tangan.
41
Semasa sesi sumbang saran, peserta-peserta didedahkan dengan lapan
perkataan yang mempunyai stimulasi yang tinggi seperti gunting dan sarung tangan dan
perkataan yang tidak mempunyai stimulasi yang tinggi seperti perkataan zirafah, singa
dan lain-lain. Terdapat juga keadaan stimulasi campuran atau rendah terdiri daripada
empat perkataan berstimulasi dan empat perkataan yang tidak berstimulasi. Hasil kajian
menunjukkan kumpulan kesan positif dan kumpulan kesan negatif berjaya
mempertingkatkan kuantiti penjanaan idea dalam keadaan rangsangan yang rendah,
manakala kumpulan kesan neutral berjaya menjana idea dengan kuantiti yang tinggi
dalam keadaan rangsangan yang tinggi.
Melalui kajian Gultepe dan Coskun ini, penyelidik membuat kesimpulan iaitu
stimulasi kognitif yang memberi kesan ke atas kreativiti penghasilan idea secara
individu atau kumpulan sangat dipengaruhi oleh teknik sumbang saran yang telah
digunakan. Tiga kumpulan eksperimen ini telah menjalani sesi sumbang saran dan
didapati stimulasi muzik ini jelas memberi kesan tambahan ke atas keberkesanan
sumbang saran dalam kumpulan.
Satu kajian berkaitan teknik sumbang saran oleh Rita Di Mascio, Slava Kalyuga
dan John Sweller (2016) bertajuk The Effect of Wording and Placement of Task
Instructions on Problem-Solving Creativity, telah memberi tumpuan pada aspek
kepelbagaian tugasan semasa sesi sumbang saran. Mereka mendapati perbezaan arahan
berbentuk perkataan oleh pengendali sumbang saran boleh menyebabkan perbezaan
interpretasi ke atas isu atau masalah yang ingin diselesaikan oleh peserta. Kajian
mereka ini mengkaji kesan yang berbeza-beza melalui perkataan dan tugasan
pengendalian sumbang saran ke atas idea baharu yang lebih praktikal dan berkesan.
Eksperimen secara rawak yang dijalankan dalam dua bilik darjah telah mendapati:
42
i. Sumbang saran dan arahan kreatif telah memberikan kesan kepada beberapa
dimensi kreativiti idea berbanding dengan arahan piawai.
ii. Penggabungan dua arahan hanya meningkatkan sedikit peningkatan kuantiti
idea berbanding arahan kreatif.
iii. Kesan gabungan arahan adalah berbeza mengikut kelas.
Keputusan kajian mereka ini menunjukkan pembinaan makna melalui arahan
yang jelas oleh pengendali sumbang saran adalah penting kerana dapat interpretasi
dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Selain itu, keputusan
dari kajian mereka ini juga membawa kepada cadangan arahan kreativiti mendorong
tumpuan promosi semasa menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
Melalui kajian mereka ini, penyelidik membuat kesimpulan iaitu pengendali sesi
sumbang saran memainkan peranan penting dalam memberi arahan yang jelas kerana
setiap arahan mempunyai interpretasi yang berbeza mengikut kumpulan. Apabila
sesuatu arahan dan tugasan diberikan tidak jelas, kuantiti dan kualiti penjanaan idea
juga turut terjejas. Melalui faktor kredibiliti pengendali sumbang saran inilah
terletaknya kejayaan menjana idea untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah.
2.9 Ringkasan Aplikasi Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang
Penyelidik mengambil inisiatif untuk mendapatkan rujukan alat kreativiti
sumbang saran dari pelbagai bidang memandangkan kesukaran untuk mendapatkan
literatur khusus aplikasi sumbang saran dalam penjanaan idea dalam reka bentuk tekstil.
Setiap literatur yang dinyatakan ini sebenarnya sangat berkaitan dengan konsep dan
pelaksanaan penyelidikan ini.
Kajian Vernon (2016) membuktikan alat kreativiti sumbang saran adalah yang
paling praktikal dalam menjana dan menyelesaikan masalah untuk program-program
latihan penyelesaian masalah kreatif dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Oleh
itu, penyelidik percaya kajian Vernon ini dapat diaplikasikan dalam bidang reka bentuk
43
tekstil kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu penjanaan idea dan menyelesaikan
masalah. Dari aspek sumbang saran, pelaksanaannya berbeza melalui kreativiti
penghasilan idea. Penjanaan idea reka bentuk tekstil menggunakan perkataan yang
kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk visual, manakala Vernon lebih objektif
menyelesaikan isu atau masalah di peringkat pengurusan dan pentadbiran.
Kajian Paulus (2015) pula telah memberikan inspirasi kepada penyelidik iaitu
terdapat kelemahan pada teknik sumbang saran iaitu dominasi oleh peserta-peserta aktif
semasa sesi sumbang saran dijalankan. Paulus telah memperkenalkan dan
mengesyorkan teknik brainwriting sebagai teknik alternatif kepada sumbang saran
dengan menetapkan kuantiti idea tertentu sebagai objektif aktiviti. Melalui teknik
brainwriting ini peserta tidak berasa takut untuk menjana idea kerana dilakukan melalui
kaedah menulis idea berbanding mengumumkan idea di khalayak ramai. Oleh itu,
penyelidik telah pun mengadaptasikan teknik yang diperkenalkan oleh Paulus ini ke
dalam pelaksanaan kajian tindakan melalui strategi intervensi selepas penggunaan
teknik sumbang saran.
Melalui kajian Bushe (2016), faktor penjanaan idea berkumpulan serta
pendekatan Appreciative Inquiry (AI) memainkan peranan penting dalam penjanaan
idea. Appreciative Inquiry adalah penambahbaikan kepada sumbang saran melalui
soalan-soalan yang betul semasa proses sumbang saran. Ini memberikan penyelidik satu
inspirasi dalam merangka soalan-soalan sumbang saran berkumpulan kerana soalan
yang betul akan dapat merangsang kognitif peserta seterusnya dapat menjana idea
dalam kuantiti dan kualiti yang diharapkan.
Levine (2016) meletakkan motivasi sebagai faktor yang kuat mempengaruhi
kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan semasa aktiviti sumbang saran. Levine telah
meletakkan syarat imbuhan kepada peserta yang menjana idea dalam kuantiti yang
besar. Oleh yang demikian, imbuhan atau ganjaran dilihat sebagai satu motivasi bagi
44
mencapai objektif kuantiti idea yang besar menggunakan teknik sumbang saran.
Penyelidik menggunakan idea Levine ini sebagai strategi yang merangsang komitmen
peserta untuk menjana idea dalam kuantiti yang besar.
2.10 Teori Berkaitan Penjanaan Idea Menggunakan Sumbang Saran
Rujukan teori yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah teori pembelajaran
yang berkaitan aspek kognitif, interaksi sosial dan kreativiti. Pemilihan teori-teori ini
adalah sejajar dengan konsep utama sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea reka
bentuk tekstil. Teori-teori ini juga membentuk beberapa model pelaksanaan seperti
taksonomi Bloom, model sumbang saran dan model proses reka bentuk (IDEO 2012).
Konstruktivism sosial adalah salah satu falsafah pendidikan yang menekankan
kolaborasi dalam pembelajaran. Konstruktivism sosial telah dibangunkan oleh ahli
psikologi Rusia, Lev Semenovich Vygotsky (1968). Beliau seorang ahli kognitif, tetapi
seringkali tidak bersependapat dengan tokoh kognitif seperti Jean Piaget dan William
Perry yang menyatakan sesuatu proses pembelajaran boleh dipisahkan dari konteks
sosial. Vygotsky berpendapat semua fungsi kognitif terbentuk melalui pengaruh budaya
seseorang dan oleh itu perlu dijelaskan sebagai hasil interaksi sosial, manakala proses
pembelajaran bukannya semata-mata bersandarkan kepada asimilasi dan akomodasi
pengetahuan baharu.
Vygotsky menegaskan proses kognitif mengintegrasikan pelajar ke dalam
integrasi sosial. Ahli kognitif seperti Piaget (1968) dan Perry (1966) melihat sesuatu
pengetahuan itu dibina secara aktif oleh pelajar sebagai tindak balas kepada interaksi
dengan rangsangan persekitaran. Vygotsky pula menekankan peranan bahasa dan
budaya dalam perkembangan kognitif. Menurut Vygotsky, bahasa dan budaya
memainkan peranan penting dalam kedua-dua perkembangan intelek manusia dan
bagaimana manusia melihat sesuatu realiti. Bahasa dan budaya adalah kerangka kerja di
45
mana manusia menjalani pengalaman, berkomunikasi, dan memahami realiti (Vygotsky,
1978). Bahasa dan skema konsep yang disampaikan melalui bahasa secara dasarnya
mewakili fenomena sosial. Menurut Vygotsky, struktur kognitif juga pada dasarnya
dibina secara sosial, oleh yang demikian, pengetahuan bukan hanya dibina, malahan
terbina bersama-sama dalam pengaruh sosial.
Walaupun pandangan kognitif Vygotsky dan Piaget ini berbeza mengenai
konstruktivism sosial, namun penyelidik mengambil rujukan teori mereka untuk
dijadikan sebagai landasan pengetahuan yang berkait rapat dengan sumbang saran yang
memerlukan proses kognitif berstruktur Piaget dan proses kognitif sosio budaya dan
interaksi sosial Vygotsky. Gabungan dua teori kognitif ini dapat memperkukuhkan
kerangka konsep proses pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berasaskan sumbang
saran.
Asas kepada teori yang digunakan dalam penyelidikan ini merujuk kepada teori
konstruktivism sosial yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky dan Jean Piaget. Implikasi
teori konstruktivism sosial di dalam penyelidikan ini tertumpu pada keperluan aktiviti
sumbang saran berkumpulan yang memerlukan interaksi di antara pengalaman dan kerja
sama antara pelajar. Guru berperanan sebagai pembimbing dengan menyediakan
sokongan (scaffolding). Rujukan utama berkaitan sumbang saran adalah menjurus
kepada teori pendidikan dasar iaitu konstruktivism sosial yang dipelopori oleh Jean
Piaget (1967) dan juga satu pendekatan baharu dalam pendidikan yang mendakwa
manusia lebih berkemampuan untuk memperoleh maklumat dan makna melalui
interaksi di antara pengalaman dan idea yang terbina melalui proses pembelajaran
formal dan tidak formal. Menurut teori konstruktivism, pembelajaran adalah satu
kemajuan sosial yang melibatkan bahasa, situasi dunia sebenar, interaksi dan kerjasama
antara pelajar.
46
2.10.1 Teori Kognitif Oleh Piaget (1929)
Piaget (1929) melihat pembelajaran sebagai proses penciptaan dan inovasi di
mana proses pemikiran (kreatif dan kritikal) dan pembelajaran memerlukan empat
proses iaitu:
i. Skema: struktur mental yang menganjurkan pengalaman lepas dan menyediakan satu cara untuk memahami pengalaman masa depan.
ii. Asimilasi: Menggabungkan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. iii. iv. Akomodasi: Proses mental yang menyusun semula skema yang sedia ada
supaya maklumat yang baharu lebih mudah difahami.
v. Keseimbangan: Proses mencari keseimbangan mental. Piaget percaya keseimbangan dan ketidakseimbangan berlaku apabila pelajar cuba untuk mencari pengetahuan yang tidak sesuai dengan pengalaman baharu individu yang sedia ada.
Dalam erti kata lain, proses pengalaman diubahsuai dan maklumat baharu
yang sesuai dengan apa yang individu tahu terlebih dahulu, dan berlaku apabila individu
itu berhadapan dengan keadaan yang baharu dan cuba untuk mengubah suai
pengalaman dengan kesesuaian struktur kognitif. Ini adalah satu proses perubahan
pengalaman untuk membiasakan diri.
Keseimbangan mempengaruhi skema kerana proses dalaman dan luaran
melalui asimilasi dan akomodasi. Rangsangan dalam proses sumbang saran
menyebabkan peningkatan pada konflik kognitif. Konflik kognitif adalah keadaan
mental di mana pelajar-pelajar menyedari jurang dalam pemahaman, lantas pelajar-
pelajar berusaha untuk meningkatkan penerimaan terhadap penstrukturan semula
pengetahuan pra yang sedia ada. Proses sumbang saran membolehkan pelajar membina
skema yang sedia ada dan mewujudkan struktur baharu. Oleh itu, pelajar-pelajar aktif
akan mendapatkan semula keseimbangan apabila mereka menghadapi atau mengalami
sesuatu isu yang baharu.
47
Dalam proses sumbang saran ini juga, pelajar-pelajar terlibat dalam proses
menjana idea yang melibatkan pemerolehan kemahiran verbal berkaitan dengan tema
penyelidikan dan bahan kajian dan akhirnya membawa kepada pembangunan skema
baharu melalui perbincangan dengan ahli kumpulan. Untuk tujuan ini, pelajar-pelajar
perlu menguasai teknik sumbang saran berkumpulan agar prosedur sumbang saran ini
dapat juga dipraktikkan secara individu. Pada ketika inilah berlakunya proses asimilasi
iaitu proses menggabungkan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. Apabila
proses ini berlaku, secara teorinya pelajar-pelajar akan cuba memperbaiki dan bersedia
untuk menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Oleh yang demikian, keseimbangan
akan mudah dicapai setelah melalui proses ini.
Sekiranya, jika pengetahuan baharu tidak berjaya dikaitkan dengan skema
yang sedia ada dalam minda pelajar, maka proses sumbang saran ini dapat memberikan
ruang untuk pelajar berbincang, melontarkan idea dan menganalisis masalah idea reka
bentuk bersama ahli kumpulannya. Ini bertujuan merangsang fikiran mereka untuk
mengaplikasikan pemikiran kreatif menjana idea-idea dengan menggabungkan
pengetahuan baharu dengan yang lama, membentuk penyatuan baharu, menyusun
semula atau menterbalikkan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah idea reka
bentuk yang diberikan.
Berikutan itu, pelajar akan mengaktifkan pemikiran kritikal untuk menilai idea
yang dihasilkan dan memilih idea yang paling praktikal dalam menyelesaikan masalah
idea reka bentuk. Pada ketika ini, proses akomodasi iaitu proses mental yang menyusun
semula skema yang sedia ada supaya maklumat yang baharu lebih mudah difahami
telah berlaku dan keseimbangan mental akan mudah dicapai oleh pelajar. Secara
ringkasnya, satu siri asimilasi dan akomodasi adalah bersifat proses berterusan semasa
sesi sumbang saran sehingga pelajar melaksanakan idea yang tepat untuk
48
menyelesaikan masalah idea reka bentuk. Pada ketika inilah, pelajar mencapai
keseimbangan mental dan berupaya membangunkan skema mereka.
2.10.2 Teori Sosio Budaya Oleh Vygotsky (1978)
Lev Seminovich Vygotsky telah membangunkan pendekatan sosio budaya untuk
perkembangan kognitif. Menurut beliau, pembangunan individu tidak boleh difahami
tanpa merujuk kepada konteks sosial dan budaya di mana individu itu dibentuk. Proses
mental yang lebih tinggi (pemikiran kreatif dan kritikal) dalam individu mempunyai
hubungan yang kuat dalam proses sosial. Individu tidak boleh belajar dan
membangunkan kemahiran mental yang lebih tinggi tanpa komunikasi bersama orang
lain. Vygotsky (1978) percaya pembelajaran sentiasa mendahului pembangunan di
sepanjang Zon Perkembangan Proksimal (ZPP). Menurut beliau, zon perkembangan
proksimal (ZPP) adalah jarak antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh
penyelesaian masalah bebas dan tahap pembangunan yang berpotensi seperti yang
ditentukan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa, atau
dengan kerjasama rakan sekerja berkumpulan.
Perancah (scaffolding) adalah sokongan yang diberikan oleh pendidik semasa
proses pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan pelajar dengan niat untuk
membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran melalui soalan fokus dan interaksi
positif. Usaha ini boleh direalisasikan melalui kaedah pembelajaran kumpulan kecil.
Idea ini adalah untuk membina pengetahuan terlebih dahulu dengan guru agar dapat
menyokong proses pembelajaran untuk sampai ke tahap yang seterusnya dan
mengurangkan ketidakpastian atau kesukaran pembelajaran ke tahap maksimum.
Pelajar memerlukan sokongan (scaffolding) untuk menyelesaikan masalah
reka bentuk semasa prosedur sumbang saran. Oleh itu, guru berperanan untuk
memudahkan proses pembelajaran dan membantu pelajar dengan cara:
49
i. Bekerjasama dalam satu kumpulan. ii. Mengenal pasti masalah yang baik untuk merangsang minda pelajar. iii. Menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk berbincang dan dialog. iv. Menyediakan setiap pelajar kertas untuk menulis idea-idea untuk
menyelesaikan masalah. v. Mengarahkan pelajar untuk menganalisis masalah dengan
membahagikan kepada perincian yang lebih kecil. vi. Mengarahkan pelajar untuk mensintesis dan menyusun maklumat. vii. Mengarahkan pelajar untuk membincangkan dan menilai hasilnya.
Oleh yang demikian, rangsangan bersama dalam sumbang saran berkumpulan
dapat membantu pelajar untuk menjana idea-idea baharu dan membangunkan
kemahiran berfikir kreatif. Proses rangsangan ini melibatkan proses keterbukaan pelajar
untuk mendengar idea-idea pelajar yang lain lantas mencetuskan pemahaman kepada
aspek-aspek yang berbeza yang tidak terfikir sebelum ini. Rangsangan ini
membolehkan pelajar untuk mendengar idea orang lain dari perspektif yang berbeza
dari pemikiran mereka sendiri. Selain dari itu, rangsangan ini memberi peluang kepada
pelajar untuk bertukar-tukar idea, mengubah suai idea dan menambah maklumat yang
sedia ada. Aktiviti sumbang saran ini juga boleh mempertingkatkan kemahiran
komunikasi antara ahli kumpulan yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Penilaian semasa proses sumbang saran dapat menggalakkan pelajar
menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (analisis dan sintesis) melalui dialog dan
perbincangan menghasilkan idea-idea. Proses ini melibatkan analisis dan sintesis ke atas
idea yang berbeza daripada ahli-ahli kumpulan, pengecualian idea-idea yang salah,
idea-idea yang tidak lengkap dan kemudian cuba untuk mencapai kesepakatan bersama
dalam menentukan idea-idea yang berkualiti.
Oleh yang demikian, teori kognitif Piaget dan teori sosio budaya Vygotsky ini
berkait rapat dengan sumbang saran. Sumbang saran boleh diistilahkan sebagai aktiviti
berkumpulan bertujuan untuk menjana idea yang melibatkan proses sosial pertukaran
idea dan proses kognitif penjanaan idea. Kefahaman tentang dua proses ini perlu untuk
memahami bagaimana idea dijanakan melalui sumbang saran berkumpulan.
50
Rajah 2.1: Implikasi Teori Piaget, Vygotsky Ke Atas
Sumbang Saran Dalam Penyelidikan
Rujukan teori-teori yang dikemukakan secara jelas menerangkan tentang hubung
kait fungsi kognitif, sosio budaya dan kreativiti dengan konsep sumbang saran.
Sumbang saran adalah teknik kreativiti berkumpulan atau individu melalui aktiviti yang
dilaksanakan untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan
mengumpulkan senarai idea spontan yang disumbangkan oleh individu atau ahli dalam
kumpulan. Secara kesimpulannya, aktiviti sumbang saran itu sendiri telah
mempraktikkan kebolehan kognitif (kreativiti penghasilan) individu bagi menghasilkan
idea dan penyelesaian kreatif dengan penekanan kepada peranan dan sokongan pendidik
dalam membentuk kreativiti pelajar.
2.10.3 Teori dan Model Kreativiti Ellis Paul Torrence (1967)
Teori dan model kreativiti Torrence telah dijadikan sebagai teori asas dalam
penyelidikan ini. Justifikasi pemilihan teori kreativiti Torrence ini terletak pada
penekanan kreativiti yang bersifat eksperimentasi dan meta kognitif, manakala model
TeoriKognitifPiaget
SkemaAsimilasi
Akomodasi
Keseimbangan
KonstruktivismSosial
TeoriSosioBudayaVygotsky
ZonPembangunanProksimal
InteraksiSosial
PembelajaranKolaboratif
Sumbangsaran
MenjanaIdeaMenghalusiIdea
51
kreativiti Torrence (TTCT) ini pula dijadikan sebagai pengukuran alat kreativiti
sumbang saran. Proses reka bentuk tekstil juga berkait rapat dengan teori kreativiti
yang diasaskan oleh Ellis Paul Torrence, (1967) dalam Jaffri Hanafi (2008). Beliau
yang dikenali juga sebagai Bapa Kreativiti (Father’s of Creativity) bertanggungjawab
dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran
tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau
bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTCT). Di
samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta
serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang
individu. Beliau telah menggaris dan memperkenalkan enam perkara utama dalam
proses penjanaan kreativiti individu. Enam perkara tersebut adalah:
i. Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan
adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh
menggalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses
penjanaan idea reka bentuk tekstil, sesi kritikan reka bentuk boleh melahirkan dan
mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Ini dipraktikkan dalam semua
peringkat proses reka bentuk yang bermula dari tema penyelidikan, penyelidikan visual,
pengembangan idea dan prototaip cadangan reka bentuk. Pendekatan pembelajaran
meta kognitif juga boleh aplikasikan ke dalam proses reka bentuk. Pendekatan meta
kognitif menekankan kaedah pemikiran berfikir (thinking about thinking) melalui
proses pertanyaan dan penyoalan ke atas diri sendiri.
52
ii. Penemuan
Penemuan adalah penyingkapan tentang sesuatu sifat baharu dari suatu material
atau benda yang sudah dikenal pasti atau sudah wujud sebelumnya secara semula jadi.
Ini juga merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan
dan rangsangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan menggalakkan aktiviti eksplorasi
kepada penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam
hal ini pelajar digalakkan mencuba serta melakukan berbagai eksplorasi dan eksperimen
bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. Dalam proses reka
bentuk tekstil, peringkat penemuan ini terletak pada peringkat pertama proses iaitu
eksplorasi.
iii. Pemerhatian
Pemerhatian ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang
terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia
berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses
pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan
sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu
dan dengar. Dalam proses reka bentuk tekstil, pemerhatian ini melibatkan peringkat
penyelidikan visual dan pengembangan idea. Tujuan utama pemerhatian ini adalah
untuk mendapatkan pemahaman mendalam (emphaty) terhadap isu dan keperluan
pengguna.
iv. Percubaan
Percubaan dan eskperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang
terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan
pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi
53
memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak langsung
proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam
membuat eskperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika
menghasilkan karya. Dalam proses reka bentuk tekstil, percubaan dan kesilapan (trial
and error) dapat dijadikan sebagai pemangkin kreativiti pelajar. Pelajar belajar dari
kesilapan melalui beberapa siri eksperimentasi reka bentuk sehingga mendapat hasil
yang terbaik.
v. Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan eksplorasi dengan
menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam
konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing
pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam
proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan mengakibatkan
pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi
seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Melalui penerokaan ini, aspek kreativiti dapat dirangsang melalui konsep kitar semula
idea dan bahan yang sedia ada untuk menghasilkan konsep yang berlainan.
vi. Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui
bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini
bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada
di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah
pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan
54
PeringkatPenyoalan
PeringkatPenemuan
PeringkatPemerhaGan
PeringkatPercubaan
PeringkatPenerokaan
PeringkatMemanipulasi
pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakkan dari melakukan
pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
Rajah 2.2: Enam Tahap Penjanaan Kreativiti Individu
Oleh Torence (1967)
2.11 Model Ujian Pemikiran Kreatif Torrence
Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (1998) adalah ujian yang paling banyak
digunakan untuk mengukur bakat kreatif di Amerika Syarikat dan telah diterjemahkan
ke dalam lebih daripada 30 bahasa yang berbeza. Dr. E. Paul Torrance terkenal sebagai
Bapa Kreativiti dalam sumbangannya membangunkan Torrence Test of Creative
Thinking (TTCT). TTCT ini telah dibangunkan oleh Torrance pada tahun 1966. Format
ujian kreativiti ini telah melalui pembaharuan dan penambahbaikan sebanyak empat kali
iaitu pada tahun 1974, 1984, 1990, dan 1998. Terdapat 2 bentuk ujian kreativiti yang
dikategorikan ke dalam bentuk A dan B. TTCT kategori A adalah berbentuk lisan
manakala TTCT kategori B pula berbentuk figura. Walau bagaimanapun, dalam skop
kajian ini, penyelidik hanya menggunakan TTCT lisan yang dilaksanakan melalui ujian
kreativiti menjana idea menggunakan teknik sumbang saran.
55
Ujian kreativiti menjana idea yang menggunakan pengukuran TTCT ini terdiri daripada
tiga konstruk seperti berikut:
a. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan
pelbagai.
b. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam
kategori dan pandangan yang berbeza.
c. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan
berbeza dari idea-idea biasa.
2.12 Ringkasan Teori Kreativiti Ellis Paul Torrence
Teori Torrence telah memberikan penekanan pada kreativiti yang bersifat
eksperimentasi dan meta kognitif. Melalui teori Torrence ini, kreativiti untuk proses
reka bentuk dihasilkan melalui amalan eksperimentasi dan kaedah penyoalan yang perlu
dijawab oleh seseorang pelajar. Ini bertujuan untuk membina kreativiti penjanaan idea
dan penghasilan reka bentuk.
Teori kreativiti Torrence ini pada hakikatnya cenderung kepada amalan-amalan
yang dapat merangsang pemikiran kreatif melalui eksperimentasi, meta kognitif,
pemikiran divergen dan konvergen. Proses reka bentuk tekstil juga tidak terkecuali
dengan aspek kreativiti sedemikian kerana proses reka bentuk tekstil itu sendiri bersifat
penerokaan dan eksperimentasi yang mengaplikasikan pemikiran meta kognitif
(penyoalan), divergen dan konvergen. Melalui penjanaan idea reka bentuk tekstil yang
sistematik, penyelidik percaya penyelesaian masalah reka bentuk dapat diselesaikan
dengan berkesan. Oleh yang demikian, proses reka bentuk sesungguhnya memerlukan
kemahiran kreativiti penjanaan idea untuk tujuan penyelesaian masalah reka bentuk dan
kreativiti pembuatan untuk tujuan inovasi.
56
2.13 Model Taksonomi Bloom (1956)
Taksonomi Bloom merupakan model hierarki yang mengklasifikasikan
perbezaan aras kognitif manusia. Pemilihan model taksonomi ini dibuat berdasarkan
kepada beberapa faktor utama yang berkaitan dengan objektif dan kaedah penyelidikan
ini dijalankan. Secara khususnya, pembentukan silibus Seni Reka Tekstil adalah
berdasarkan kepada model taksonomi Benjamin Samuel Bloom. Beliau
memperkenalkan tiga domain utama dalam pendidikan yang dijadikan model asas
penyelidikan ini.
Tiga domain yang dimaksudkan berkait rapat antara satu sama lain yang
dinamakan sebagai Domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif. Tiga komponen ini
dinamakan Taksonomi Bloom yang perkenalkan pada tahun 1956, (Bloom 1956).
Penyelidikan ini berkait rapat dengan ke tiga domain ini. Walau bagaimanapun, fokus
diberikan kepada domain kognitif sebagai landasan khusus yang merujuk kepada isu
dan permasalahan penyelidikan.
Domain kognitif mempunyai kaitan dengan aktiviti yang menggambarkan
intelektual individu atau kumpulan. Domain ini terdiri daripada variabel pengetahuan,
kefahaman/pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Secara umum,
pengajaran dan pembelajaran harus diarahkan kepada bidang aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian dan bukannya hanya ke arah pemerolehan pengetahuan dan kefahaman
semata mata, walaupun penguasaan ilmu pengetahuan adalah pra-syarat untuk prestasi
pencapaian tahap yang lebih tinggi.
Melalui domain ini, penyelidik telah memberi fokus kepada Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dengan mengetengahkan dua kategori kemahiran berfikir iaitu:
57
i. Pemikiran Divergen Pemikiran divergen adalah satu proses pemikiran atau kaedah yang digunakan
untuk menjana idea kreatif dengan meneroka seberapa banyak penyelesaian yang
mungkin. Ini biasanya berlaku secara spontan, bebas dan kebanyakan idea dijana
melalui aktiviti kognitif. Menurut Chua Yan Piaw (2010), pemikiran divergen ini juga
dikenali sebagai pemikiran bercapah iaitu keupayaan berdaya cipta dan boleh
menghasilkan banyak idea yang asli dan unik, melibatkan kepelbagaian, fleksibiliti,
keaslian dan keterperincian. Di dalam taksonomi kognitif Bloom, pemikiran divergen
ini merujuk kepada variabel sintesis iaitu mewujudkan / mencipta. Oleh yang demikian,
aktiviti sumbang saran adalah berkait rapat dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) mengikut taksonomi pembelajaran Bloom ini.
Rajah 2.3: Taksonomi Bloom Pemikiran Divergen Yang
Memberi Penekanan Kepada Aras Sintesis.
ii. Pemikiran Konvergen
Pemikiran konvergen ialah satu proses pemikiran atau kaedah yang bertumpu ke
arah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai
pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Guilford (1967), melihat pemikiran
konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan
pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
AnalisisSintesis
Penilaian
58
atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Chua Yan
Piaw (2004) berpendapat pemikiran menumpu kepada satu jawapan, meringkaskan
pelbagai jawapan kepada satu jawapan yang tepat dan berdasarkan logik. Di dalam
taksonomi kognitif Bloom, pemikiran konvergen ini merujuk kepada variabel analisis
dan penilaian. Oleh yang demikian, aktiviti sumbang saran juga melibatkan proses
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mengikut taksonomi pembelajaran Bloom.
Rajah 2.4: Taksonomi Bloom pemikiran konvergen yang memberi penekanan kepada aras kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian.
Dari konteks taksonomi Bloom yang telah dibincangkan di atas, domain kognitif
membentuk dua jenis pemikiran iaitu divergen dan konvergen. Bagi tujuan pelaksanaan
penyelidikan ini, penyelidik menggunakan konsep, teknik dan kaedah sumbang saran
yang mempunyai hubungan yang kuat dengan pemikiran divergen dan konvergen ini.
Sumbang saran dijadikan sebagai instrumen untuk menjana, menghalusi idea dan
menyelesaikan masalah.
Konsep sumbang saran ini dipraktikkan oleh beberapa program reka bentuk
khususnya penghasilan produk seperti Program Reka Bentuk Perindustrian. Dalam
konteks reka bentuk produk ini, sumbang saran memainkan peranan sebagai alat untuk
membentuk inovasi dari produk yang sedia ada. Manakala penggunaannya di dalam
reka bentuk tekstil ini bertujuan untuk mempromosikan pembelajaran berkumpulan di
samping dapat digunakan untuk menyelesaikan permasalahan pada setiap peringkat
59
proses reka bentuk tekstil. Kegunaan sumbang saran ini dilihat sebagai mesra bidang
yang dapat dijadikan bukan sahaja untuk alat inovasi, malah kegunaannya juga dapat
diperkembangkan lagi sebagai salah satu prosedur di dalam proses reka bentuk tekstil.
2.14 Implikasi Model Taksonomi Bloom Dalam Penjanaan Idea
Model taksonomi Bloom ini berkait rapat dengan aspek kemahiran kognitif dan
psikomotor yang memberikan satu landasan preskriptif tentang kesesuaian aras kognitif
pelajar. Sumbang saran adalah salah satu dari aktiviti yang menumpukan pada
kemahiran kognitif dan kreativiti menjana idea. Teknik kreativiti ini bersesuaian dengan
aras taksonomi penilaian dan penghasilan iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Pemikiran divergen yang berada pada aras taksonomi ‘penghasilan’
mempromosikan aktiviti penjanaan idea yang mengutamakan kuantiti idea. Manakala
pemikiran konvergen yang berada pada aras taksonomi ‘penilaian’ mempromosikan
aktiviti menghalusi idea melalui fleksibiliti dan keaslian idea. Fleksibiliti idea merujuk
pada kebolehan individu mencambahkan dan mengkategorikan idea asal kepada idea
yang baharu, manakala keaslian idea pula merujuk kepada kreativiti menghasilkan idea-
idea unik dan berbeza dari idea-idea yang biasa.
Rajah 2.5: Implikasi Taksonomi Bloom Ke Atas Sumbang Saran
ArasTaksonomi
Penghasilan
ArasTaksonomi
Penilaian
Penemuan/
PenciptaanBaharu
PengubahanKonsepAsas
KepadaIdeaBaharu
Sumbangsaran
MenjanaIdea
MenghalusiIdea
60
2.15 Teori Berkaitan Pembelajaran Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)
John Dewey (1933) mendefinisikan KBAT sebagai proses produktif yang
bermula dari refleksi, inkuiri dan kemudiannya kepada proses pemikiran kritikal.
Turutan proses ini akhirnya menghasilkan satu kesimpulan yang dapat dibuktikan
melalui kepercayaan individu atau kumpulan terhadap kesimpulan yang diperolehi.
Menurut beliau lagi, pemikiran tidak berlaku secara spontan, sebaliknya memerlukan
cetusan kepada permasalahan dan persoalan untuk diselesaikan. Cetusan permasalahan
dan persoalan ini dijadikan sebagai keperluan kepada sesuatu penyelesaian.
Kauchak dan Eggen (1998) mempersetujui konsep yang diutarakan John Dewey
ini adalah selari dengan isu dan penyelidikan berkenaan penyelesaian masalah dan
strategi meta kognitif serta kepentingannya dalam mengajar pelajar berfikir tentang
proses pemikiran mereka sendiri. Kemahiran yang dikuasai oleh pelajar membolehkan
mereka menyedari bagaimana kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam membuat
pilihan dan mentafsir situasi (Jacobs, 1997). Walau bagaimanapun, melalui pengalaman
dalam pemikiran sistematik individu dan kumpulan dapat membangunkan prinsip
panduan membuat keputusan. Kahneman (1982) menjelaskan faktor seperti budaya,
pengalaman, keutamaan dan keinginan dapat mempengaruhi dan mengubah proses
membuat sesuatu keputusan. Bahagian berikut memberikan penjelasan mengenai
pandangan ahli teori, pengamal dan penyelidik dalam bidang pemikiran dan
pembelajaran.
2.15.1 Jean Piaget (1968)
Jean Piaget (1968) menegaskan tahap perkembangan individu adalah kunci
kepada perkembangan kognitif. Kanak-kanak dan remaja membina pemikiran operasi,
logik dan sistematik melalui simbol, dan setelah seseorang remaja meningkat dewasa,
61
mereka membina kemahiran berfikir penggunaan logik simbol yang berkaitan dengan
konsep abstrak, pemikiran saintifik dan pengujian hipotesis. Crowl (1997) berpendapat
kemahiran ini merupakan asas bagi penyelesaian masalah, refleksi kendiri dan
pemikiran kritikal.
Kebanyakan penyelidikan berkenaan perkembangan kognitif menunjukkan
kanak-kanak melakukan tugas tertentu lebih awal seperti apa dihujahkan oleh Piaget.
Perkembangan kognitif kanak-kanak ini menurut Crowl lagi berkembang dalam situasi
yang berbeza, manakala proses peralihan ini mengambil masa yang lama dibandingkan
dengan peringkat perkembangan kognitif seperti yang dihujahkan oleh Piaget. Walau
bagaimanapun, terdapat penyelidikan yang menunjukkan perkembangan biologi
individu bersama teknik pembelajaran telah memberi kesan kepada pergerakan dari satu
peringkat pembelajaran kepada peringkat seterusnya.
2.15.2 Benjamin Bloom (1956)
Melalui tiga domain taksonomi pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bloom
(kognitif, afektif dan psikomotor), tahap taksonomi yang lebih rendah merupakan asas
(foundation) untuk peringkat pembelajaran yang lebih tinggi (Bloom, 1956). Aras
kefahaman dan aplikasi menghubungkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Aras ini membolehkan pelajar menggunakan maklumat yang bermakna seperti
persamaan, abstrak, formula atau algoritma dalam aplikasi dan situasi yang baharu.
McDavitt (1993) menstrukturkan KBAT bermula daripada aras analisis, sintesis,
penilaian dan memerlukan penguasaan kemahiran pada aras sebelumnya seperti aras
kefahaman dan aplikasi. Kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan tugasan seperti
pemecahan isu kompleks kepada bahagian, mengesan hubungan, menggabungkan
maklumat baharu dan sedia ada secara kreatif dalam had yang ditetapkan oleh konteks.
62
Seterusnya, KBAT ini juga melalui proses penggabungan dan penggunaan
semua aras berfikir yang terdahulu dalam menilai dan membuat pilihan. Namun begitu,
terdapat juga interaksi yang berlaku di antara domain taksonomi. Sebagai contoh, aras
tertinggi dalam domain taksonomi psikomotor melibatkan penggunaan psikomotor
tubuh, kemahiran afektif dan kognitif untuk meluahkan perasaan atau idea dalam
persembahan tarian atau nyanyian yang bertujuan untuk menyampaikan maksud
tertentu.
2.15.3 Lev Seminovich Vygotsky (1978)
Crowl (1997) menjelaskan Vygotsky cuba menyatukan konsep utama
perkembangan kognitif melalui konteks interaksi sosial. Vygotsky berpendapat fungsi
kognitif kanak-kanak berkembang melalui proses belajar. Umur, kematangan dan
pengalaman seseorang pelajar menyumbang kepada proses asas seperti maklum balas
refleksif kefahaman pelajar terhadap sesuatu isu/masalah. Semasa pelajar mempelajari
kemahiran yang spesifik, secara tidak langsung pelajar juga dapat melihat prinsip asas
dalam membentuk sesuatu kefahaman. Interaksi sosial dan sosio budaya memainkan
peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan kognitif pelajar. Menurut
Vygotsky lagi, pelajar mendalami pengetahuan dengan cara yang paling berkesan
melalui komunikasi bersama guru, ibu bapa, teman dan rakan yang membimbing dan
membantu mereka.
Seseorang yang dianggap penting dalam hidup seseorang pelajar dapat
menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi. Proses kognitif pelajar berfungsi
secara berbeza apabila pelajar belajar bersendirian berbanding berkumpulan. Akhir
sekali, Vygotsky berpendapat setiap individu mempunyai Zon Perkembangan Proksimal
(ZPP). Dengan menggunakan pendekatan sokongan (scaffolding) oleh seseorang
pendidik seperti membantu pelajar menyelesaikan masalah sehingga mereka dapat
63
menyelesaikannya sendiri dilihat sebagai satu usaha yang dapat memperkembangkan
kemahiran kognitif pelajar.
2.16 Ringkasan Pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merangkumi pemikiran kritis, logik,
reflektif, meta kognitif dan kreatif. Kemahiran ini diaplikasikan semasa pelajar (semua
peringkat umur) menghadapi isu atau masalah yang di luar dari pengetahuan pra
mereka, ketidaktentuan, persoalan atau dilema. Penguasaan KBAT membolehkan
pelajar memberi penjelasan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam
konteks pengetahuan dan pengalaman serta menggalakkan pertumbuhan berterusan
dalam pemikiran aras tinggi.
2.17 Penambahbaikan Penjanaan Idea Melalui Strategi Kognitif
Penambahbaikan yang dicadangkan ke atas penjanaan idea reka bentuk tekstil
dapat memberikan peningkatan kemahiran kognitif pelajar dengan menyediakan kaedah
penjanaan idea secara sistematik yang disokong oleh kemahiran psikomotor melukis
dan melakar. Penambahbaikan ini dibuktikan sebagai kemahiran pelengkap kepada
proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Hierarki Taksonomi Bloom (Bloom, 1956)
mengkategorikan kemahiran kreatif dan kritis tergolong dalam kategori Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang ditetapkan dan kini digunakan dalam
kurikulum Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS). Menurut
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2009), dasar kurikulum ini menekankan
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. Matlamat utama KBAT ini adalah untuk melahirkan
64
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke 21 agar
negara mampu bersaing di persada dunia.
Asas utama KBAT ini diperkenalkan adalah sebagai satu anjakan paradigma
dari pendekatan berfikir sedia ada. Usaha ini mengubah amalan hafalan yang sering
dipraktikkan di dalam kelas kepada kaedah pemahaman. Pelajar-pelajar akan lebih
memahami sesuatu konsep dan tugasan melalui pemahaman yang mendalam tentang
sesuatu subjek yang dikaji. Seterusnya, usaha ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
pengetahuan dengan lebih mengaplikasikan lebih banyak analis, menilai dan mencipta.
Justeru, KBAT ini juga mewajarkan penyelesaian, penemuan dan diperlukan untuk
kajian saintifik.
Pensyarah berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan murid aktif dalam
proses pembelajaran dengan memberi peluang kepada murid berbincang, bertanya dan
memberi pendapat. Usaha ini dilihat sebagai pendekatan Pembelajaran Berpusatkan
Murid (Student Centered Learning). Seterusnya orientasi pensyarah juga perlu
mengemukakan soalan-soalan membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi.
Strategi yang biasa digunakan dalam KBAT ialah penyoalan dan meta kognitif.
Penyoalan yang efektif dapat merangsang keupayaan kognitif pelajar untuk mencari
jawapan.
2.18 Proses Reka Bentuk Berasaskan Kreativiti
Satu penyelidikan proses reka bentuk berasaskan kreativiti telah dijalankan oleh
Shih Wen Hsio dan Jyh Rong Chou (2003) dari Jabatan Reka Bentuk Industri,
Universiti Kebangsaan Cheng Kung, Taiwan. Penyelidikan mereka yang bertajuk A
Creativity Based Design Process For Innovative Product Design telah membangunkan
satu kaedah kreativiti berdasarkan kepada keupayaan semula jadi manusia untuk
memberi tindak balas tentang apa yang mereka rasakan. Dalam penyelidikan ini,
65
mereka juga mencadangkan satu proses reka bentuk berasaskan kreativiti yang
mengintegrasikan beberapa metodologi reka bentuk sistematik dengan alat kreativiti
yang terbaharu yang terdiri daripada kaedah pemikiran evolusi produk, analisis struktur
yang sistematik, matriks korelasi dan matriks interaksi.
Kaedah kreativiti yang telah dibangunkan ini dinamakan Sensuous Association
Method (SAM) yang bertujuan untuk menghasilkan idea-idea kreatif melalui asosiasi
individu pereka dengan rangsangan persekitarannya. SAM mengetengahkan empat
tingkah laku semula jadi manusia iaitu mencari, berfikir, membanding, menerangkan
serta rangsangan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti dengan lebih berkesan.
Cadangan proses reka bentuk mereka ini terdiri daripada tiga peringkat yang
penting seperti yang diutarakan oleh Jones (1992) iaitu divergen, transformasi dan
konvergen. Peringkat pertama iaitu divergen merupakan satu proses analisis untuk
mencari ruang isu/masalah yang boleh digambarkan sebagai pemecahan/pembahagian
masalah reka bentuk kepada beberapa kategori kecil. Peringkat ke dua melibatkan
transformasi iaitu satu proses sintetik untuk menghasilkan ruang penyelesaian yang
dicirikan sebagai melihat dan meletakkan kategori-kategori masalah melalui cara
baharu. Peringkat ke tiga iaitu konvergen adalah integrasi dan penilaian proses untuk
mencari penyelesaian reka bentuk yang optimum.
Implikasi kreativiti dalam cadangan proses reka bentuk mereka terletak pada
peringkat divergen dan konvergen. Pada peringkat divergen, kreativiti berperanan
sebagai pembinaan deskripsi konsep, pembinaan korelasi matriks dan pembinaan
interaksi matriks dan interaksi jaringan. Pada peringkat konvergen pula, kreativiti
berperanan sebagai alat menjana penyelesaian dengan mencari penyelesaian-
penyelesaian melalui sub kategori yang telah dibentuk. Hasil penyelidikan mereka ini
telah membentuk satu proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang berbeza
66
dari kaedah tradisional. Perasaan menjadi alat rangsangan penjanaan idea yang
digabungkan ke dalam proses kreatif.
Kaedah penyelidikan mereka ini pada hakikatnya cuba untuk
mengintegrasikan kebolehan manusia menjana idea melalui asosiasi perasaan dengan
sesuatu objek yang dilihat. Melalui kaedah ini, idea-idea dijana melalui kombinasi
perasaan dan pengalaman seseorang. Proses reka bentuk yang dicadangkan oleh mereka
memperjelaskan konsep integrasi penjanaan idea melalui perasaan manusia dengan
aspek kreativiti, pemikiran konvergen dan divergen. Oleh yang demikian, dalam
membentuk sesebuah model reka bentuk, peranan kreativiti tidak dapat dipisahkan
kerana ia merupakan komponen yang penting dalam pelaksanaan proses reka bentuk
dan penyelesaian masalah.
2.19 Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran
Kajian literatur ini memberi kupasan tentang strategi kemahiran kognitif yang
digunakan di dalam proses pembelajaran. Strategi kognitif adalah alat yang berguna
dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Istilah strategi
kognitif dalam bentuk yang paling mudah ialah penggunaan minda (kognisi) untuk
menyelesaikan masalah atau tugas. Strategi kognitif juga boleh dirujuk sebagai prosedur
fasilitator (Bereiter & Scardamalia, 1987) atau arahan prosedur (Rosenshine, 1997).
Istilah lain yang biasa digunakan ialah meta kognitif, refleksi kendiri atau ‘berfikir
tentang berfikir’ yang diperlukan oleh pelajar untuk belajar dengan berkesan (Baker,
Gersten, & Scanlon, 2002).
Rosenshine (1997) menegaskan tentang strategi kognitif yang berfungsi sebagai
prosedur dalaman untuk menyokong pelajar melaksanakan tugas-tugas yang kompleks.
Sebagai contoh, di dalam bidang linguistik, strategi kognitif adalah penting terutama di
dalam kefahaman membaca. Strategi menanyakan soalan kepada diri sendiri (self
67
questioning) boleh membantu pelajar memahami apa yang dibaca oleh mereka.
Rosenshine (1997) menyatakan tindakan mengajukan sesuatu soalan tidak terus
membawa kepada satu kefahaman, sebaliknya pelajar perlu berusaha mencari teks dan
menggabungkan maklumat bagi menjana soalan lantas mereka dapat memahami apa
yang mereka baca.
Pressley dan Woloshyn (1995) pula menyatakan strategi kognitif boleh
dibahagikan kepada umum dan khusus. Strategi kognitif umum adalah strategi yang
boleh digunakan untuk pelbagai bidang dan situasi yang berbeza seperti membuat
rumusan atau menetapkan sesuatu matlamat, manakala strategi kognitif khusus
memfokuskan kepada tugas tertentu seperti melukis gambar untuk membantu dalam
memberikan sesuatu gambaran atau keadaan dengan lebih berkesan. Strategi khusus
cenderung untuk menjadi strategi dominan, walau bagaimanapun penggunaannya agak
sedikit terbatas jika dibandingkan dengan strategi kognitif umum. Strategi kognitif ini
dibentuk melalui satu set taksonomi pembelajaran sistematik yang diamalkan di dalam
bidang pendidikan secara amnya.
Margaret Rouse (2007) mendefinisikan taksonomi sebagai sains klasifikasi
mengikut sistem yang telah ditentukan, dengan struktur yang terhasil untuk
menyediakan satu rangka kerja konsep bagi perbincangan, analisis, atau mendapatkan
semula maklumat. Dalam teori, pembangunan taksonomi yang baik mengambil kira
kepentingan memisahkan unsur-unsur kumpulan (takson) ke dalam kumpulan kecil
(taxa) yang saling eksklusif, jelas, dan diambil bersama-sama, termasuk semua
kemungkinan. Dalam amalan, taksonomi yang baik sepatutnya mudah, mudah diingati,
dan mudah untuk digunakan.
Dalam bidang pendidikan, taksonomi digunakan untuk klasifikasi tujuan pengajaran
dan pembelajaran, penampilan, atau sasaran belajar, yang dikategorikan ke dalam tiga
klasifikasi umum atau domain, seperti berikut :
68
i) Domain Kognitif berkaitan dengan tujuan belajar yang berorientasikan kepada kemampuan berfikir.
ii) Domain Afektif berkaitan dengan sikap, emosi, sistem nilai, dan perasaan. iii) Domain Psikomotor berorientasikan pada keterampilan, kemahiran fizikal
atau penggunaan otot kerangka.
Terdapat beberapa jenis taksonomi khasnya digunakan di dalam pengajaran
yang diberi nama mengikut penciptanya seperti Bloom, Merill dan Gagne (kognitif),
Krathwohl, Martin, Briggs dan Gagne (afektif), dan Dave, Simpson dan Gagne
(psikomotor).
Salah satu ciri yang penting dalam taksonomi pengajaran ialah dengan adanya
hierarki yang bermula dari matlamat pengajaran pada aras rendah hingga aras tinggi.
Matlamat pengajaran aras tinggi tidak dapat dicapai tanpa melalui matlamat aras rendah
terlebih dahulu. Oleh yang demikian, variabel kepada taksonomi ini disusun mengikut
hierarki bagi membezakan tahap pengajaran yang bersesuaian mengikut peringkat.
Penyelidik merujuk kepada dua taksonomi yang berkait rapat dengan domain
kognitif sebagai satu perbandingan. Jadual di bawah berikut merupakan dua taksonomi
yang biasanya menjadi rujukan di dalam bidang pendidikan.
Jadual 2.1: Perbezaan Taksonomi Bloom Dan Gagne.
Taksonomi Bloom Taksonomi Gagne
Mencipta (menjana idea baharu, produk cara berfikir, mereka bentuk, membina, merancang, menghasilkan)
Strategi Kognitif
Menilai (menjustifikasikan keputusan, tindakan)
Kemahiran intelektual
Diskriminasi (membezakan)
Konsep (mengkategorikan)
Rules (hubungan antara konsep)
Rules aras tinggi (aturan/prinsip baharu)
Menganalisis (memecahkan konsep menjadi sub bahagian) Mengaplikasi (menerapkan) Memahami (menterjemah)
Mengingat (mengingat, menghafal)
Verbal (mengingat, menghafal)
69
Jadual 2.1 memperlihatkan perbezaan di antara taksonomi Bloom dan Gagne.
Taksonomi Bloom merujuk kepada pengelasan objektif yang berbeza yang ditetapkan
oleh pendidik untuk pelajar (objektif pembelajaran). Ia membahagikan objektif
pendidikan kepada tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor. Pembelajaran di
peringkat yang lebih tinggi adalah bergantung kepada penguasaan pembelajaran di
peringkat rendah (Orlich, 2004). Matlamat taksonomi Bloom adalah untuk memberi
motivasi kepada pendidik untuk memberi tumpuan kepada ketiga-tiga domain dan
mencipta satu bentuk pendidikan yang lebih holistik (Bloom, 1956).
Hasil pembelajaran Taksonomi Gagne mempunyai sedikit persamaan dengan
taksonomi Bloom melalui domain kognitif, afektif, psikomotor. Bloom dan Gagne
percaya keupayaan manusia untuk mempelajari sesuatu ilmu boleh dipecahkan ke
dalam kategori atau domain. Taksonomi Gagne terdiri daripada lima kategori hasil
pembelajaran seperti maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, sikap, dan
kemahiran motor. Gagne, Briggs dan Wager (1992) menjelaskan setiap kategori
membawa kepada aras prestasi manusia yang berbeza.
Strategi kognitif adalah berdasarkan kepada tiga prinsip iaitu paradigma
konstruktivism, teori meta kognitif dan pengalaman di lapangan (reflection in action).
Konstruktivism pada asasnya merupakan teori yang berdasarkan pemerhatian dan kajian
saintifik bagaimana manusia belajar. Ia menyatakan manusia membina pemahaman dan
pengetahuan mereka melalui kaedah mengalami sendiri perkara di persekitaran dan
membuat refleksi kepada pengalaman mereka (Piaget, 1967).
Meta kognitif yang berlandaskan kepada strategi kognitif merupakan keupayaan
individu atau kumpulan dalam mengatur dan mengawal proses berfikir (Preisseisen,
1985) yang meliputi :
70
i. Kemampuan menyelesaikan masalah (problem solving), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menyelesaikan masalah melalui pengumpulan fakta, analisis informasi, menyusun berbagai alternatif, dan memilih penyelesaian masalah yang efektif.
ii. Kemampuan berfikir secara kritis (critical thinking), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menganalisis hujah dan memberikan interpretasi berdasarkan persepsi yang sahih melalui penaakulan logik (logical reasoning), analisis andaian dan hujah, dan interpretasi logik.
iii. Kemampuan berfikir secara kreatif (creative thinking), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menghasilkan suatu idea yang baharu dan konstruktif, berdasarkan konsep dan prinsip yang rasional serta persepsi dan intuisi individu.
Kemampuan atau kebolehan yang dinyatakan di atas merupakan struktur yang
berhubung di antara satu dengan yang lain. Dalam erti kata lain, ketika individu atau
kumpulan menggunakan strategi kognitif dalam menyelesaikan masalah, mereka juga
secara tidak langsung menggunakan kebolehan untuk membuat keputusan, berfikir
secara kreatif dan kritis.
Schon (1982), menjelaskan refleksi dalam tindakan (reflection in action) sebagai
salah satu prinsip yang berlandaskan kepada strategi kognitif, yang dibentuk melalui
pengalaman amalan profesional dalam menyelesaikan masalah yang pernah dihadapi
bagi tujuan penyelesaian masalah yang baharu. Secara amnya, amalan reflektif
merupakan proses pembelajaran melalui pengalaman yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah, memperbaiki dan mendapatkan kefahaman baharu dalam
amalan (Boud et al, 1985). Bragar dan Johnson (1993) berpendapat seseorang belajar
melalui apa yang dilakukannya, kemudian dilakukan secara berulang kali. Refleksi
kepada proses ini dinamakan kitaran pengalaman belajar yang memberikan satu
kefahaman yang baharu seterusnya menjadi panduan kepada proses pembelajaran yang
seterusnya.
71
Strategi pembelajaran kognitif merupakan proses refleksi dalam tindakan, yang
berlandaskan pada teori kitaran pembelajaran melalui pengalaman Experential Learning
Cycle (ELC) oleh David Kolb. Teori ELC ini digambarkan melalui rajah berikut:
Rajah 2.6: Kitaran Pembelajaran Melalui Pengalaman
(David Kolb, 1985)
Berdasarkan kepada teori kitaran pembelajaran melalui pengalaman ini, proses
pembelajaran bermula dari pengalaman yang dialami oleh individu atau kumpulan.
Pengalaman ini kemudiannya direfleksikan secara individu. Dalam proses refleksi ini,
individu akan berusaha untuk memahami apa yang berlaku atau apa yang dialami.
Refleksi ini menjadi asas kepada proses konseptualisasi iaitu pemahaman prinsip yang
berdasarkan pengalaman yang dialami serta kemungkinannya di dalam situasi dan
konteks yang berbeza.
Proses eksperimentasi aktif merupakan situasi dan konteks yang memungkinkan
penerapan konsep yang sudah difahami oleh individu. Proses pengalaman dan refleksi
dikategorikan sebagai proses penemuan (finding out), sedangkan proses konseptualisasi
dan eksperimentasi dikategorikan dalam proses penerapan (taking action). Proses
ELC
PengalamanKonkrit
PemerhaGanReflekGf
KonseptualisasiAbstrak
EksperimentasiAkGf
72
keseluruhan ini terjadi dalam bentuk pengulangan sehingga setiap tindakan yang
diambil oleh individu merupakan hasil refleksi dari pengalaman atau kejadian yang
dialami.
2.20 Jenis Strategi Kognitif
Robert Gagne (1984) menjelaskan strategi kognitif adalah berdasarkan kepada
proses alir pengajaran yang bermula dari memerhati (attending), memproses
(pengekodan), mencari kembali maklumat (pengambilan) dan berfikir. Bagi setiap
peringkat, pelajar boleh menggunakan strategi kognitif yang berbeza.
West, Farmer dan Wolff (1991) mengklasifikasikan strategi kognitif kepada empat
atribut iaitu Chunking, Spatial, Bridging, dan Multipurpose.
i. Chunking, merupakan strategi penyusunan sesuatu maklumat secara sistematik melalui proses mengikut urutan (order) dan mengklasifikasi (classify). Strategi ini juga dapat membantu seseorang untuk mengolah kepelbagaian data atau proses yang sangat kompleks. Melalui strategi ini, pelajar dapat memecahkan sesuatu masalah yang besar menjadi bahagian yang lebih kecil, kemudian menyusun bahagian tersebut mengikut turutan.
ii. Spatial merupakan strategi untuk mengaitkan hubungan di antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain. Kategori ini dibentuk melalui dua atribut iaitu frames (bingkai) dan concept maps (peta konsep). Bingkai berperanan sebagai struktur organisasi dan menyediakan pelajar dengan pemahaman melalui isu utama atau skema keseluruhan tema tertentu. Kegunaan bingkai ini adalah untuk memudahkan pemahaman topik dengan membenarkan pelajar mengakses kepada tema yang lebih besar, dan dengan itu memudahkan proses metakognisi yang diterangkan oleh Ausubel (1967) sebagai refleksi aktif di dalam pembelajaran. Peta konsep pula menyediakan representasi visual kepada tema yang kompleks.
iii. Bridging merupakan strategi untuk menghubungkan pemahaman pelajar melalui metafora (perumpamaan), analogi dan advance organizer. Metafora dan analogi merupakan strategi mengandaikan yang dapat menghubungkan suatu konsep baharu dengan menggunakan konsep yang sedia ada. Advance organizer merupakan kerangka dalam bentuk abstrak atau ringkasan tentang konsep dasar yang perlu dipelajari. Strategi ini biasanya digunakan oleh pendidik untuk memudahkan proses pembelajaran.
iv. Mulitpurpose merupakan strategi kognitif yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti rehearsal, imagery, dan mneumonics (mengingat). Traptai (rehearsal) merupakan strategi latihan menggunakan amalan berulang bagi sesuatu maklumat untuk mempelajarinya. Amalan berulang ini dapat meningkatkan kebiasaan pelajar dengan maklumat. Imagery (membayangkan) merupakan proses visualisasi suatu konsep, kejadian, ataupun prinsip manakala
73
Mneumonics merupakan alat bantu untuk mengingat, misalnya singkatan huruf yang membentuk sesuatu perkataan.
2.21 Peta Kognitif (Cognitive Map)
Peta konsep atau peta kognitif merupakan sejenis kaedah grafik yang
menggambarkan hubungan dan sambungan antara konsep yang berkaitan dengan
sesuatu topik atau soalan. Kebiasaannya, peta konsep menggunakan pelbagai bentuk
(segi empat, segi tiga, bulatan) dengan perkataan di dalamnya untuk mewakili konsep
utama, dengan lain-lain bentuk yang mewakili subtajuk atau idea. Sambungan akan
dilukis menggunakan garisan atau anak panah, sama ada di dalam kelompok sekitar
idea utama atau antara item dalam kelompok berbeza. Penyambung ini mungkin
mempunyai label yang menyatakan jenis hubungan. Peta konsep ini menghasilkan satu
rangkaian yang menggambarkan satu set hubungan di mana setiap deskripsi dapat
diterangkan secara sistematik.
Jonassen (1987) menjelaskan peta kognitif merupakan satu teknik yang
dibangunkan oleh Buzan (1974) untuk mengatur dan menyusun maklumat yang
menunjukkan hubungan antara satu maklumat dan maklumat yang lain. Hubungan
antara konsep dengan satu konsep yang lain dikenali sebagai preposisi (Novak & Gowin,
1984). Peta kognitif boleh menunjukkan maksud satu konsep yang berasaskan konsep
preposisi dengan konsep yang lain. Oleh itu, Peta kognitif boleh ditakrifkan sebagai satu
alat diagram yang menunjukkan makna satu konsep berdasarkan preposisi. Peta kognitif
juga boleh berfungsi sebagai peta visual yang menggambarkan pelbagai cara untuk
mentafsir konsep yang berasaskan preposisinya.
Jonassen (1987) juga mentakrifkan peta kognitif sebagai satu teknik untuk
menggambarkan komposisi dan hubungan antara idea atau konsep dalam fikiran
seseorang individu. Di dalam kelas, peta kognitif boleh digunakan untuk
menggambarkan susunan dan hubungan di antara konsep yang belum, sudah dan akan
74
dipelajari oleh pelajar. Pakar dalam pembelajaran dan kognisi mengesyorkan peta
konsep dan alat grafik perlu diintegrasikan ke dalam pelbagai strategi pengajaran yang
digunakan oleh pendidik di semua peringkat. Integrasi kaedah ini membolehkan pelajar
mendapatkan maklumat melalui lisan dan visual ruang.
Joseph Novak dan Alberto Canas (1986) menyatakan otak manusia mengingati
maklumat dengan menyusunnya ke dalam struktur hierarki. Oleh yang demikian, peta
konsep ini merupakan kaedah yang dapat membantu manusia supaya lebih mudah
mempelajari dan mengingati sesuatu maklumat secara sistematik. Ia juga merupakan
kaedah yang berkesan untuk pelajar mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti
sintesis dan penilaian (Novak & Canas, 1986).
Peta konsep dan alat grafik (graphic organizers) dapat digunakan sebagai alat
untuk membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran (Susan Ambrose, 2003).
Sebagai contoh, carta alir dapat membantu pelajar mengkonseptualisasikan langkah di
dalam proses penyusunan semula maklumat mengikut struktur hierarki. Kajian
penyelidikan di dalam pelbagai konteks pendidikan, sebahagian besarnya mengesahkan
manfaat penggunaan alat grafik di dalam proses pembelajaran. Nicole Strangman (2003)
menyatakan kebanyakan kajian yang beliau jalankan mendapati penggunaan pengelola
grafik (graphic organizers) di dalam proses pembelajaran berasaskan teks telah berjaya
membantu pelajar kurang upaya dan pelajar normal dalam menguasai kefahaman dan
perbendaharaan kata.
Dapatan dari penyelidikan beliau ini mencadangkan beberapa perkara yang dapat
memaksimumkan manfaat penggunaan pengelola grafik (graphic organizers) seperti
berikut:
i. Penggunaan pengelola grafik (graphic organizers) selepas aktiviti membaca memberikan kesan yang lebih besar daripada digunakan semasa pra pembacaan.
75
ii. Manfaat pembelajaran adalah bergantung kepada volum latihan dan bimbingan dari pengajar menggunakan pengelola grafik (graphic organizers) seperti berikut:
a. Pengajar membuat model tugasan yang akan diberikan kepada pelajar.
b. Penjelasan tentang pengelola grafik (graphic organizers) dan mengapa pengajar menggunakannya.
c. Peluang untuk menggunakan dan membina alat grafik (graphic organizers) dan menerima maklum balas yang jelas.
2.22 Peta Konsep
Peta konsep secara amnya merupakan penyusunan struktur konsep yang luas di
bahagian atas dan konsep yang lebih khusus diletakkan pada hierarki paling bawah
untuk mewakili pengetahuan dan menunjukkan hubungan antara konsep. Joseph Novak
(1970) membangunkan konsep pemetaan dengan pasukannya di Universiti Cornell. Peta
konsep ini bermula sebagai satu alat untuk menunjukkan dan meningkatkan
pembelajaran dalam bidang sains, dan kemudiannya secara drastik ia digunakan untuk
mewakili pengetahuan antara kumpulan dan individu dalam pendidikan, kerajaan dan
perniagaan.
Praktik terkini, peta-peta konsep digunakan untuk sumbang saran, mengambil
nota, komunikasi visual, menjana pengetahuan baharu dan meningkatkan kecekapan
pembelajaran. Oleh yang demikian, peta konsep ini pada dasarnya diuruskan dengan
struktur hierarki menurun (downward branching hierarchical structure) dan
menunjukkan hubungan di antara konsep dengan menghubungkan frasa seperti
‘mengakibatkan’, ‘menyumbang kepada’, dan ‘berbanding’.
2.23 Peta Minda
Peta minda merupakan satu teknik grafik yang menggunakan kunci universal
untuk membuka potensi otak (Buzan, 1976). Ia bermula dengan satu perkataan berpusat
atau idea yang bercabang ke dalam beberapa idea-idea berkaitan, perkataan atau konsep.
76
Tony Buzan, ahli psikologi British, mencipta pemetaan minda untuk memperbaiki
keupayaan individu dalam menyerap maklumat secara bebas. Dalam persekitaran
pendidikan, peta minda adalah sering dirujuk sebagai jaringan yang terpisah, fikiran
sesawang atau webbing. Peta minda atau webs ini digunakan untuk proses ekspresi
kreatif, menyelesaikan masalah dan percambahan fikiran bersama. Secara ringkas, peta
minda mempunyai satu pusat perkataan atau idea yang terletak di tengah gambar rajah
dan mempunyai pelbagai idea yang berkaitan, perkataan dan konsep yang bercambah
dan dikembangkan dari idea utama.
2.24 Strategi Peta Minda Dalam Penjanaan Idea
Penyelidik mendapati penggunaan peta minda dalam konteks pendidikan
tempatan biasanya diamalkan oleh guru sekolah rendah, menengah dan di Institut
Pendidihan Guru di Malaysia. Peta minda ini merupakan kaedah efektif di dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti mana kajian dan eksperimentasi yang pernah
dijalankan oleh guru itu sendiri membuktikan hasil yang positif terhadap potensi
keupayaan kognitif pelajar.
Penyelidik merujuk kepada satu kajian kuantitatif yang dijalankan secara
bersama oleh dua orang penyelidik tempatan, Mohan Rathakrishnan dari Sekolah
Menengah Jit Sin Pulau Pinang, dan Balan Rathakrishnan dari Sekolah Psikologi dan
Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah. Tajuk kajian ini adalah Kesan Penggunaan
Peta Minda Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat.
Penyelidikan ini mengkaji keberkesanan penggunaan strategi kognitif peta
minda dan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan jangka
pendek, kemampuan menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan topik yang diajar
dalam bentuk soalan esei pada akhir sesi pengajaran atau ujian bagi mata pelajaran
77
Sejarah tingkatan empat. Kajian ini juga untuk melihat perbezaan pencapaian antara
pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan strategi kognitif peta minda dan
pembelajaran koperatif berbanding pelajar lelaki dan perempuan yang tidak
menggunakan pembelajaran koperatif. Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah di
Pulau Pinang diambil sebagai sampel kajian.
Kajian yang dijalankan ini menggunakan eksperimen kuasi dengan reka bentuk
faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar yang belajar menggunakan strategi pembelajaran peta minda dan
pendekatan koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran
Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap topik yang
diajar, malah dapat menggunakan pengetahuan yang baharu diperolehi daripada
pembelajaran secara koperatif untuk menyelesaikan masalah dengan lebih yakin.
Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta minda dan strategi koperatif adalah
dicadangkan untuk diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah tingkatan empat. Merujuk kepada dapatan di atas, penggunaan strategi peta
minda dan koperatif berjaya meningkatkan prestasi pencapaian, meningkatkan
kefahaman dan menyelesaikan masalah dengan lebih yakin di kalangan pelajar. (Mohan
& Balan, 2009).
Kajian seterusnya merujuk kepada disertasi peringkat Sarjana Wan Noorashikin
Wan Abdullah (2009) dari Fakulti Pendidikan, Open University Malaysia (OUM) Kuala
Lumpur. Tajuk kajian beliau adalah Kesan Strategi Peta Minda Terhadap Pencapaian
Mata Pelajaran Ekonomi Asas Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Kajian yang
bersifat eksperimen kuasi ini mempunyai dua objektif iaitu eksperimentasi strategi peta
minda dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran
ekonomi asas dan kesan interaksi antara strategi peta minda dan kebolehan pelajar
terhadap pencapaian mereka. Hasil dari dapatan kajian beliau mendapati pelajar
78
kumpulan rawatan (treatment) yang didedahkan oleh strategi peta minda telah berjaya
mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran ekonomi asas berdasarkan kepada
keputusan analisis statistik deskriptif dan inferens seperti skor pencapaian, sisihan
piawai, ANOVA 2-hala dan Tukey HSD.
2.25 Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea
Kebanyakan rujukan literatur psikologi sosial adalah bersumberkan dari buku
Osborn (1957), Applied Imagination, yang memperkenalkan istilah sumbang saran.
Osborn menegaskan bekerja dalam pasukan membawa kepada pelbagai rangsangan
kreatif dan interaksi di kalangan peserta yang dilihat sebagai proses yang sangat
berkesan. Hujahan beliau ini telah merangsang banyak penyelidikan yang cuba untuk
membuktikan hujah beliau secara praktikal melalui kajian eksperimentasi.
Sumbang saran adalah teknik rangsangan untuk mengaktifkan struktur
kognitif tertentu (pengetahuan domain relevan) dalam minda pelajar untuk eksplorasi
mendalam penjanaan idea kreatif (Stroebe, Nijstad, & Rietzschel, 2010). Fungsi yang
paling penting teknik sumbang saran untuk pelajar ialah mengamalkan fleksibiliti,
kelancaran, pengambilan risiko, penghuraian dan kemahiran lain yang berkaitan dengan
kreativiti (Starko, 2009).
Tujuan utama sumbang saran adalah untuk membolehkan pelajar menjana idea
atau sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah sendiri (Wang, et al, 2006).
Butler dan Kline (1998) mendapati sumbang saran adalah teknik yang berkesan bagi
memudahkan kelancaran intelektual untuk membantu pelajar menghasilkan
penyelesaian yang kreatif. Cheng (2011) memperakui sumbang saran terbukti
mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pembentukan pemikiran inovatif, meta
kognitif dan sikap positif dalam pembelajaran.
Kebanyakan kajian empirikal berkenaan sumbang saran ini tertumpu pada
aktiviti penjanaan idea berkumpulan. Terdapat beberapa kajian yang lepas didapati telah
79
mengabaikan beberapa isu asas yang digariskan oleh pencipta teknik sumbang saran,
Alex Osborn (1956). Keadaan ini telah membawa kepada beberapa salah faham tentang
konsep asal sumbang saran.
Prinsip utama sumbang saran seperti dijelaskan oleh Osborn adalah
penangguhan penilaian dan kritikan idea semasa aktiviti sumbang saran dijalankan.
Osborn (1953) telah mensyaratkan prinsip penangguhan kritikan sebagai salah satu dari
empat garis panduan utama bagi sumbang saran untuk mengatasi masalah yang
biasanya berlaku dalam mesyuarat tradisional. Mesyuarat tradisional banyak memberi
penekanan kepada jawapan logik sehingga menghalang proses penjanaan idea dalam
kuantiti yang lebih besar. Empat garis panduan yang dibangunkan oleh Osborn adalah;
i. Kritikan tidak dibenarkan semasa sesi sumbang saran bagi mengelakkan
keterbatasan kuantiti idea yang dihasilkan
ii. Menggalakkan idea bebas tanpa sekatan
iii. Keutamaan pada kuantiti idea
iv. Kombinasi dan pengembangan idea yang telah dijanakan
Walaupun penangguhan penilaian dan kritikan adalah prinsip utama yang
digariskan oleh Osborn, beliau menyatakan dengan jelas iaitu penilaian dan kritikan
berlaku pada proses menghalusi idea (idea refinement). Proses menghalusi idea ini
dapat dilakukan pada sesi yang lain. Kuantiti idea adalah keutamaan dalam sumbang
saran, oleh yang demikian segala bentuk penilaian dan kritikan semasa sesi sumbang
saran adalah dilarang.
Empat garis panduan ini adalah pusat kepada keberkesanan sumbang saran
yang berjaya. Namun begitu, Osborn mendapati kebergantungan kepada empat garis
panduan tersebut adalah tidak mencukupi. Beliau menggariskan beberapa pertimbangan
untuk menguruskan kumpulan dan persediaan untuk sesi produktif seperti berikut:
80
a) Sumbang Saran Untuk Kreativiti Berkumpulan.
Memandangkan sumbang saran digunakan sebagai alat kreativiti berkumpulan,
Osborn menyediakan beberapa garis panduan dan cadangan kepada fasilitator yang
bercadang untuk mengendalikan sesi sumbang saran ini. Dalam cadangan beliau,
seseorang fasilitator perlu sekurang-kurangnya mengambil satu kursus formal dalam
penyelesaian masalah kreatif bagi membolehkan pengurusan dan pengendalian sesi
sumbang saran yang lebih efektif.
Kemahiran untuk mengendalikan sesi sumbang saran menjadi salah satu
daripada faktor keberkesanan sesi sumbang saran. Seterusnya Osborn menyatakan lagi
seseorang fasilitator perlu mahir dalam merangsang soalan, membangunkan
perancangan untuk penjanaan idea, menyediakan orientasi untuk peserta, mengajar garis
panduan sumbang saran, menguruskan perancangan dan penjadualan dan sesi susulan.
Melalui aktiviti sumbang saran ini, Osborn menggalakkan sekumpulan lima
hingga sepuluh peserta dipilih berdasarkan jenis masalah yang akan dibincangkan.
Peserta yang terlibat perlu terdiri dari individu yang berpengalaman dalam tugasan yang
diberikan. Sesi sumbang saran yang mengambil masa dalam 30 hingga 45 minit ini
memerlukan seseorang yang dapat merekod dan mengumpulkan idea semasa sesi
sumbang saran.
Memandangkan sumbang saran direka untuk kreativiti berkumpulan, sesi
penjanaan idea secara individu dapat dijadikan sebagai teknik kreativiti menjana idea
sokongan kepada sesi berkumpulan. Osborn dipengaruhi oleh idea Wallas (1926) yang
memperkenalkan terma penyediaan, pengeraman (incubation), pencerahan dan
pengesahan sebagai aspek utama proses kreatif.
81
b) Penyediaan Dan Latihan Sebelum Menggunakan Sumbang Saran.
Osborn telah mencadangkan penyediaan berlaku pada dua peringkat.
Peringkat pertama adalah jenis masalah yang perlu diselesaikan dan peserta sumbang
saran perlu diorientasikan terlebih dahulu atau semasa sesi dijalankan. Masalah
seharusnya perlu dinyatakan dengan jelas dan fokus.
2.25.1 Halangan Kepada Sumbang Saran
Melalui kajian literatur, terdapat tiga kategori utama yang menjadi halangan kepada
prestasi sumbang saran berkumpulan seperti berikut:
i. Berlaku penilaian/kritikan semasa sesi menjana idea dijalankan ii. Peserta pasif yang tidak menyumbang idea iii. Struktur interaksi (komunikasi) yang kurang berkesan
2.25.2 Penilaian Awal Semasa Menjana Idea
Beberapa kajian telah mendapati berlakunya penilaian/kritikan semasa sesi
menjana idea. Ini bertentangan dengan prinsip yang diketengahkan oleh Osborn iaitu
penilaian dan kritikan idea perlu ditangguhkan. Produktiviti sumbang saran
berkumpulan boleh dipengaruhi oleh kebimbangan peserta kepada penilaian kritikal,
menyebabkan mereka merasa selamat dengan mengikut sahaja idea yang dominan.
Terdapat beberapa kajian oleh Dunette, Campbell dan Jaastad (1963) yang mendapati
kekurangan penyertaan oleh peserta dipengaruhi oleh ketakutan penilaian oleh peserta
lain dalam kumpulan. Kajian seterusnya yang dapat mengesahkan hal ini adalah dari
Camacho dan Paulus (1995) yang mendakwa ketakutan kepada penilaian telah
menghalang penjanaan idea secara produktif. Takut untuk dinilai dan tekanan untuk
menyokong idea yang dijana telah memberi kesan ke atas prestasi sumbang saran
berkumpulan
82
2.25.3 Peserta Pasif Yang Tidak Menyumbang Idea
Henningsen, Cruz, dan Miller (2000) membincangkan terdapat beberapa sebab
individu pasif dalam sumbang saran berkumpulan. Dalam kajian mereka berkenaan
peserta sumbang saran berkumpulan, gejala seperti menumpang idea, melepak sosial
(social loafing) dan kesan parasit merupakan halangan yang merendahkan motivasi dan
usaha kolektif dalam kumpulan. Latane, Williams dan Harkin (1979) bersetuju apabila
halangan ini terjadi, sinergi berkumpulan berada pada tahap yang sangat minimum.
2.26 Strategi Sumbang Saran Dalam Pendidikan Reka Bentuk
Satu penyelidikan yang dijalankan oleh Nathan Mentzer, Shawn Farrington
dan Jason Tennenhouse (2015) dari Kolej Universiti Teknologi Purdue, Amerika
Syarikat berkenaan proses reka bentuk. Penyelidikan ini memperkenalkan strategi enam
teknik yang dibangunkan dalam persekitaran berasaskan industri dan diperhalusi dalam
tempoh tiga tahun melibatkan lebih dari 3000 pelajar kolej dalam kursus reka bentuk.
Proses reka bentuk ini melibatkan dua projek yang memerlukan pelajar melakukan
sumbang saran 25 idea secara berkumpulan melalui enam teknik sumbang saran yang
dikelolakan oleh seorang pakar reka bentuk industri, Jason Tennenhouse.
Enam teknik yang digunakan adalah:
i. Divergen/Konvergen
ii. Penguraian (decomposition)
iii. Input
iv. Prop
v. Dek Kad
vi. Relaksasi
Pensyarah dan pakar industri Jason Tennenhouse telah membangunkan enam
teknik yang membolehkan kumpulan kolaboratif menjana idea dalam jumlah 100
83
hingga 200 idea dalam sehari. Untuk kursus TECH 120, pelajar dikehendaki
menyumbang idea dalam kumpulan, meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk dua
masalah reka bentuk yang berkaitan. Kumpulan-kumpulan pelajar diminta utuk
menonton video berkenaan enam teknik yang dicadangkan oleh Jason Tennenhouse,
seterusnya melakukan sumbang saran 25 idea menggunakan sekurang-kurangnya lima
teknik. Jason mencadangkan sesi sumbang saran dilakukan dalam masa 30 minit dan
disambung semula selepas rehat.
2.26.1 Teknik Divergen Dan Konvergen
Kaedah Divergen dan Konvergen bersifat kumpulan fokus untuk mewujudkan
kriteria penyelesaian reka bentuk dengan membangunkan idea-idea wild dalam siri
kitaran berulang. Kriteria boleh dilihat sebagai satu aras standard yang perlu dicapai
dalam sesuatu reka bentuk. Dengan membangunkan kriteria reka bentuk, sesebuah
kumpulan fokus dapat menjana idea kriteria sebagai penyelesaian kepada masalah reka
bentuk. Dengan menyediakan senarai idea wild membolehkan sesebuah kumpulan fokus
meneroka kreativiti dan memanfaatkan imaginasi kolektif yang boleh membawa kepada
sesuatu yang belum terfikir sebelumnya.
Setelah kriteria telah dikenal pasti, kumpulan fokus perlu menghalusi senarai
idea-idea wild yang memenuhi keperluan kriteria (konvergen). Setelah senarai idea
telah diperhalusi, kumpulan fokus sekali lagi perlu mengembangkan senarai idea-idea
yang memenuhi keperluan kriteria tanpa menggunakan idea yang sedia ada atau
berulang. Ini bertujuan untuk memberi fokus pada kriteria reka bentuk yang baharu.
Proses ini boleh diulang seberapa banyak kali yang perlu bagi mendapatkan
penyelesaian yang lebih berfungsi.
84
2.26.2 Teknik Penguraian (Decomposition)
Teknik Penguraian bertujuan mengenal pasti fungsi objek secara individu
yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah. Setelah semua fungsi objek telah
dikenal pasti, kumpulan fokus memulakan sesi sumbang saran idea alternatif yang
berkaitan dengan setiap fungsi. Sebagai contoh sebuah penukul. Selain memikirkan cara
baharu untuk mencipta tukul baharu, sumbang saran bertumpu pada apakah yang boleh
dilakukan oleh penukul dari aspek fungsinya seperti mengetuk paku, mengetuk objek
lain, mencabut paku atau membelah objek.
Kumpulan sumbang saran kemudiannya membangunkan idea bagi
penyelesaian yang berpotensi untuk setiap fungsi penukul dengan membentuk soalan
“Bagaimanakah lagi cara untuk mengetuk paku, mengetuk objek lain, mencabut paku
dan membelah objek”? Dengan membangunkan semua fungsi penukul, kumpulan
sumbang saran dapat menggabungkan idea unik dan asli secara efektif dengan
menggunakan pemetaan bagi pemahaman hubungan idea di antara konsep yang sama.
2.26.3 Teknik Input
Untuk teknik Input ini, kumpulan sumbang saran diminta untuk memerhatikan
persekitaran di sekeliling mereka samada dalam ruangan tertutup atau terbuka. Inspirasi
boleh tercetus melalui objek yang dilihat seperti televisyen, ruang bilik itu sendiri,
kereta yang diletakkan di tepi jalan, orang yang berjalan. Teknik ini menjana idea
melalui rangsangan persekitaran yang dapat mempengaruhi inspirasi pelajar dalam
menyelesaikan masalah reka bentuk. Kaedah ini juga mempunyai persamaan dengan
kaedah Prop yang menggunakan teknik pemikiran divergen dalam mejana idea.
85
2.26.4 Teknik Prop/Objek
Teknik Prop memerlukan kumpulan sumbang saran menjana idea melalui
objek harian yang terdapat di sekeliling/persekitaran (found object). Pada peringkat
awal, teknik ini lebih berkesan apabila idea yang dijanakan tidak berkaitan dengan
masalah yang ingin diselesaikan. Melalui penjanaan idea menggunakan objek, inspirasi
dapat dibentuk dan dikembangkan melalui fungsi objek seterusnya cuba dikaitkan
dengan menyelesaikan masalah reka bentuk yang sedia ada.
Melalui teknik ini, sejumlah besar idea bersifat am dapat dijanakan tanpa
menumpukan pada idea khusus bagi menyelesaikan isu/masalah reka bentuk. Teknik ini
juga mempunyai persamaan dengan teknik divergen dengan mengutamakan idea/konsep
dalam perspektif yang lebih luas. Oleh yang demikian, pelajar dapat mempraktikkan
kepelbagaian informasi seterusnya dapat mensintesis dan menilai objek yang berkaitan
sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu dalam reka bentuk.
2.26.5 Teknik Kad Dek (Deck Of Cards)
Teknik Dek Kad ini memerlukan pelajar mewujudkan satu set kad yang
mempunyai fungsi untuk elemen tertentu masalah reka bentuk. Fungsi teknik kad ini
adalah dengan menjana idea tambahan selepas sesuatu produk dihasilkan. Ini dilakukan
dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu/masalah yang dinyatakan dalam kad tersebut
(diwujudkan sebelum penghasilan produk), kemudian menjana semula isu/masalah
yang mungkin terdapat selepas produk dihasilkan melalui kad. Teknik ini lebih
cenderung kepada proses inovatif yang memberi penambahbaikan ke atas prototaip
produk sebelum produksi yang sebenar. Setiap helaian kad merupakan pencetus kepada
inspirasi idea dalam menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Kuantiti kad mewakili
jumlah isu/masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar.
86
2.26.6 Teknik Relaksasi
Teknik sumbang saran terakhir ini dinamakan Relaksasi. Teknik ini
dibangunkan melalui konsep bawah sedar yang dapat merangsang pemikiran inovatif di
kalangan pereka/pelajar. Menurut teknik ini, idea direkodkan dalam buku nota sebaik
sahaja seseorang pereka/pelajar terjaga dari minda bawah sedar (aktiviti
relaksasi/istirahat). Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk aktiviti sumbang saran
berkumpulan, namun bersesuaian dengan sesi di luar kelas mengikut masa
pereka/pelajar. Secara umumnya, pelajar mendapati teknik ini amat menarik kerana
tidak terikat dengan peraturan sumbang saran. Bagi memastikan teknik ini dilaksanakan
dengan berkesan, satu sistem perlu diwujudkan bagi membenarkan pelajar terjaga
dengan cepat selepas aktiviti relaksasi/istirahat.
2.27 Rumusan Teknik Yang Diperkenalkan
Enam teknik penjanaan idea yang telah diperkenalkan oleh Nathan Mentzer,
Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) ini pada asasnya menggunakan
konsep sumbang saran yang diperkenalkan oleh Osborn (1956). Namun begitu, konsep
sumbang saran ini telah diberikan sedikit pengubahsuaian melalui enam teknik yang
berbeza. Kuantiti idea masih menjadi satu keutamaan dalam penjanaan idea, namun
teknik yang diperkenalkan ini telah menetapkan seorang pelajar menjana 25 idea
melalui setiap satu daru enam teknik yang dilaksanakan.
Oleh yang demikian, pelajar diminta untuk menghasilkan sebanyak 150 idea
dalam satu sesi. Teknik ini terbukti berkesan dalam penetapan kuantiti idea yang tetap
dan terus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk di Kolej
Universiti Teknologi Purdue, Amerika Syarikat. Nathan Mentzer, Shawn Farrington dan
Jason Tennenhouse (2015) percaya sumbang saran adalah satu kemahiran penting yang
87
boleh dibangunkan sebagai teknik penjanaan idea untuk membantu pelajar
menyelesaikan masalah dalam reka bentuk.
2.28 Penyelidikan Di Dalam Proses Reka Bentuk
Penyelidikan reka bentuk muncul sebagai bidang kajian yang diiktiraf pada
tahun 1960 yang pelopori oleh pengamal seperti Bruce Archer dan John Christopher
Jones. Archer (1960) mengkategorikan penyelidikan reka bentuk dalam dua cara yang
berbeza iaitu:
i. menjalankan penyelidikan ke dalam proses reka bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan prestasi.
ii. penyelidikan dijalankan dalam proses reka bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan kreativiti, penyelesaian masalah dan atau membuat keputusan dalam reka bentuk. Sejak tahun 1960, skop dan bentuk penyelidikan reka bentuk terus berkembang
dan menjadi satu keperluan dalam aspek komunikasi, produk dan perkhidmatan.
Aktiviti penyelidikan reka bentuk yang berkaitan terus berkembang dan merangkumi
pelbagai aktiviti penyelidikan seperti:
2.29 Kajian Proses Reka Bentuk
Salah satu dari cabaran yang dihadapi oleh pereka tekstil ialah untuk
mendapatkan idea baharu bagi memenuhi keperluan cita rasa semasa pengguna. Ini
secara khususnya akan melibatkan usaha penyelidikan yang menekankan kepada kajian
cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi menghasilkan reka bentuk yang bersifat trend
semasa, kombinasi kreativiti serta kecekapan dalam mengawal selia proses reka bentuk
sangat diperlukan. Chapman, Bahill dan Wymore (1992) merumuskan proses reka
bentuk yang dikawal selia dengan cekap akan memberikan kelebihan, kerana ia
membantu proses reka bentuk secara sistematik bagi mencapai prestasi optimum.
88
Lawson (2006) mentakrifkan reka bentuk sebagai proses sintesis corak. Beliau juga
telah menyatakan bahawa objektif seseorang pereka adalah untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pendekatan yang lebih objektif dan praktikal ke atas
sesuatu yang boleh atau harus dikaji. Darke (1979) pula menyifatkan pereka sebagai
penjana utama bagi menyelesaikan masalah dan mencadangkan jenis penyelesaian yang
difikirkan perlu. Herbert A. Simon (1969) menghuraikan lebih lanjut tentang proses
reka bentuk yang dapat menyelesaikan isu penggunaan masa dan sumber yang lebih
efektif. Strategi ini juga terdapat dalam kajian tingkah laku reka bentuk yang lain,
termasuk beberapa tokoh jurutera (Marples, 1960), arkitek (Eastman, 1970) dan pereka
landskap (Levin, 1966).
Kelebihan serta manfaat pengaplikasian proses reka bentuk telah dibuktikan di
dalam industri. Proses-proses reka bentuk yang digunakan dalam bidang seni bina dan
alam sekitar, kejuruteraan, reka bentuk produk industri dan reka bentuk fesyen sering
dijadikan bahan kajian serta rujukan semula oleh ahli-ahli teori reka bentuk, penyelidik
dan pengamal. Kajian proses reka bentuk daripada bidang-bidang ini mendedahkan tiga
peringkat utama termasuk definisi masalah dan penyelidikan, penerokaan kreatif, dan
pelaksanaan.
2.30 Reka Bentuk Pakaian
John Carr (1992) dalam Yuhan (2010) menyatakan reka bentuk merupakan
keseluruhan proses inovasi dan pembangunan produk sehingga ke tahap
pengeluarannya. Kebiasaannya setiap pereka akan mendapat idea untuk reka bentuk
melalui inspirasi atau motivasi melalui elemen-elemen fesyen serta reka bentuk
fabriknya. Walau bagaimanapun, inspirasi atau motivasi ini boleh dimanipulasikan serta
digabungkan mengikut keperluan seseorang pereka. Terdapat beberapa kaedah untuk
menjana inspirasi serta idea seperti yang dinyatakan oleh Jared Diamond (1997),
89
bahawa buku-buku trend reka bentuk semasa dapat memberikan cetusan idea kepada
pereka mengenai mood, warna, cetakan, dan bayang (silhouette) sebelum sesuatu
musim itu bermula. Selain itu, bahan-bahan seperti fabrik sering juga dijadikan sebagai
sumber inspirasi untuk gaya tertentu. Ramalan trend termasuk warna dan ramalan reka
bentuk fabrik adalah penting bagi seseorang pereka untuk belajar tentang trend fabrik
terkini, selain dari penyesuaian warna dan motif mengikut bidang fesyen dan tekstil.
Salah satu dari cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh seseorang pereka
ialah keperluan kepada idea-idea kreatif bagi merangsang imaginasi mereka untuk
menghasilkan idea-idea yang sedia digunakan untuk pelbagai keperluan. Pamela
Stecker (1996) mendakwa bahawa idea inspirasi boleh dijana melalui eksplorasi media,
aktiviti melancong, dan sumber alam semula jadi, manakala Carr (1992) pula
berpendapat, gaya hidup juga boleh digunakan sebagai inspirasi untuk idea-idea pakaian
baharu. Ann Marie Fiore (1997) menegaskan bahawa imaginasi individu boleh
mempengaruhi inspirasi reka bentuk. Inspirasi untuk reka bentuk pakaian juga boleh
diperolehi daripada ciri-ciri formal dari pelbagai sumber.
Fiore juga mengesyorkan bahawa pereka harus menggabungkan semua elemen-
elemen reka bentuk ke dalam setiap rekaan untuk pakaian, termasuk garisan, warna,
fabrik, dan bentuk. Warna adalah elemen penting yang utama dari elemen-elemen
rekaan yang lain. Setiap pengguna mempunyai cita rasa dalam membuat keputusan
untuk memilih atau menolak sesuatu rekaan pakaian berdasarkan pada warnanya. Chan
Yin Ching, (2001) pula menyatakan bahawa reka bentuk fesyen pada asasnya sebagai
arca dalam bentuk fabrik yang berhubung dengan badan, oleh itu fabrik dianggap
sebagai medium seni kepada pereka untuk berkarya.
Lima tokoh yang diterangkan di atas didapati mengutamakan aspek inspirasi
sebagai sebahagian daripada proses kreatif dalam reka bentuk pakaian. Inspirasi
terbentuk melalui pelbagai kaedah seperti yang diterangkan oleh Carr (1992) yang
90
menekankan elemen fesyen dan reka bentuk fabrik sebagai pencetus kepada idea baharu
untuk sesuatu reka bentuk. Inspirasi ini pula boleh dimanipulasikan mengikut keperluan
pereka mengikut cita rasa pelanggan.
Pandangan beliau ini berbeza sedikit dengan pandangan yang diutarakan oleh
Diamond (1997) yang lebih menekankan aspek inspirasi melalui bahan rujukan seperti
buku trend reka bentuk semasa. Menurut beliau, melalui bahan rujukan terkini, pereka
mendapat cetusan idea awal melalui mood, warna cetakan dan bayang (sillhoutte)
sebelum sesuatu musim bermula. Sumber inspirasi oleh dua tokoh ini dilihat sebagai
satu keperluan yang penting dalam proses penjanaan idea reka bentuk pakaian kerana
elemen fesyen dan reka bentuk fabrik seharusnya digabungkan dengan sumber bahan
rujukan trend terkini bagi membolehkan seseorang pereka sentiasa peka dengan
perkembangan fesyen, cita rasa dan keperluan semasa pelanggan.
Pandangan Stacker (1996) pula jauh berbeza berkenaan sumber inspirasi reka bentuk
pakaian. Menurut beliau, sumber inspirasi bukan sekadar aspek formal reka bentuk,
malahan inspirasi boleh dijana melalui eksplorasi media fesyen dan fabrik. Eksplorasi
ini melibatkan eskperimentasi pola, corak dan susunan ke atas sesuatu reka bentuk
pakaian.
Beliau percaya dengan cara ini dapat merangsang proses kreatif reka bentuk
pakaian. Selain dari itu, beliau juga menegaskan bahawa sumber inspirasi reka bentuk
juga boleh dijanakan melalui pengalaman seseorang pereka dengan melancong ke
tempat menarik dan menjadikan alam semula jadi sebagai salah satu dari objek kajian.
Fiore (1997) menyokong pendapat Carr (1992) iaitu inspirasi melalui imaginasi dan
ciri-ciri formal reka bentuk pakaian. Ciri formal yang dipersetujui ini merangkumi
elemen reka bentuk pakaian seperti warna, bentuk, dan fabrik yang seterusnya
digabungkan menjadi satu konsep kepada sesuatu reka bentuk. Perbezaan di antara dua
tokoh ini terletak pada pendekatan imaginasi sebagai proses kreatif dalam reka bentuk.
91
Menurut Fiore lagi, seseorang pereka memerlukan imaginasi yang tinggi bagi
menggalakkan proses kreatif penghasilan idea dan reka bentuk pakaian.
Berbeza pula halnya dengan Chan (2001). Pandangan beliau ini lebih kepada
praktik seni halus yang menjadikan seseorang pereka itu sebagai pengarca melalui
medium fabrik. Melalui pendekatan ini, proses kreatif penghasilan reka bentuk pakaian
terbentuk melalui sentuhan dan ideologi seseorang pereka melalui beberapa siri
eksperimentasi ke atas bahan dan bentuk. Menurut beliau lagi, proses reka bentuk
pakaian adalah manifestasi kendiri seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu
produk pakaian.
Reka bentuk merupakan satu proses kreatif, di mana pereka juga mempunyai
cara yang tersendiri untuk menghasilkan reka bentuk mengikut tahap kreativiti mereka.
Oleh kerana terdapat perbezaan kaedah, satu rangka kerja yang sistematik adalah
diperlukan bagi membantu untuk menyediakan satu proses pelaksanaan yang lebih
cekap dan berkesan dalam reka bentuk. Oleh kerana bahan penerbitan yang terhad
dalam proses reka bentuk tekstil, penyelidik menggunakan kajian literatur berkenaan
proses reka bentuk dalam bidang-bidang yang lain sebagai rujukan yang terdekat. Ini
adalah perlu bagi mencari persamaan dalam perbezaan setiap bidang serta isu-isu yang
kritikal dalam sesuatu teori atau model.
2.31 Model Reka Bentuk Seni Bina
Model proses reka bentuk dalam seni bina merupakan salah satu dari model-
model reka bentuk yang masih digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang reka
bentuk yang bertunjangkan kepada teori pemikiran kreatif. Model proses reka bentuk
ini sering dicadangkan dan digunakan dalam bidang reka bentuk yang lain terutamanya
bidang kejuruteraan kerana prinsip-prinsip dalam model ini terbukti dapat diadaptasi
92
dengan berkesan. Model proses reka bentuk dalam seni bina dan reka bentuk
kejuruteraan ditemui dan diringkaskan seperti berikut:
2.31.1 Reka Bentuk Dan Proses Penyelesaian Masalah Kreatif Koberg Dan
Bagnall
Don Koberg dan Jim Bagnall (1973) mencadangkan satu proses reka bentuk
yang menekankan kepada dua domain iaitu kreatif dan membina. Ia adalah satu usaha
dalam aktiviti yang bercadang untuk memperbaiki keadaan atau isu yang sedia ada.
Menurut mereka lagi, reka bentuk diklasifikasikan sebagai proses penyelesaian masalah
secara kreatif. Proses reka bentuk menerangkan satu siri peristiwa, peringkat, fasa dan
kemajuan yang mesti dialami sebelum melengkapkan perjalanan keseluruhan.
Koberg dan Bagnal telah menstrukturkan kaedah penyelesaian masalah secara kreatif
dalam proses reka bentuk. Kelebihan proses ini boleh dilihat dalam pelbagai cara seperti
linear, kitaran, maklum balas dan format berstruktur. Ia boleh mencadangkan
perancangan reka bentuk yang sistematik untuk pereka bagi tujuan membangunkan
proses reka bentuk. Struktur yang diperkenalkan ini diubahsuai dan dicipta mengikut
urutan normal dan logik seperti yang dinyatakan dalam tujuh peringkat proses reka
bentuk di bawah.
93
Jadual 2.2: Proses Reka Bentuk Dan Penyelesaian Masalah Kreatif Koberg Dan Bagnal
2.32 Model Reka Bentuk Kejuruteraan Industri
Berbanding model proses reka bentuk untuk semua bidang reka bentuk yang
digunakan, proses reka bentuk perindustrian adalah yang paling berkaitan dengan reka
bentuk tekstil dan fesyen. Kedua-dua bidang reka bentuk menekankan kepentingan
penyelesaian berfokuskan proses reka bentuk serta konsep hasil penilaian yang diterima.
Model proses reka bentuk dalam reka bentuk perindustrian telah menyumbang kepada
pemahaman tentang peranan keperluan reka bentuk dan struktur terperinci untuk
menyelesaikan masalah. Proses kognitif utama mereka telah dicadangkan dan
berdasarkan konsep analisis - penjanaan idea - penilaian. Tiga model utama dalam
proses reka bentuk dalam reka bentuk perindustrian diringkaskan seperti berikut:
Tahap Penerangan 1. Terima Pereka harus memahami dan peka dengan keperluan
situasi masalah. 2. Teroka Memahami dan mengetahui lebih lanjut mengenai
masalah. 3. Menentukan Penentuan masalah adalah proses yang tidak
berkesudahan daripada memberikan makna semua kepada realiti.
4. Membentuk pengertian Mencari segala cara dan kaedah untuk mencapai matlamat.
5. Memilih Memilih idea-idea yang terbaik untuk memenuhi keperluan matlamat
6. Melaksanakan Pelaksanaan/membuat tindakan 7. Menilai Untuk membandingkan awal dengan akhir, untuk
mengesan kelemahan dan penemuan, dan akhir sekali untuk menentukan makna, kemajuan atau nilai yang membentuk keseluruhan proses.
94
2.32.1 Model Proses Reka Bentuk Archer
Bruce Archer (1965) mengkategorikan proses reka bentuk ke dalam tiga
peringkat iaitu analitikal, kreatif, dan eksekutif. Fasa analisis melibatkan pemerhatian,
pengukuran, dan penaakulan induktif. Fasa kreatif melibatkan penilaian, penghakiman,
penaakulan deduktif, dan keputusan, manakala fasa eksekutif melibatkan terjemahan
deskriptif dan penghantaran idea untuk proses produksi.
Archer menggambarkan fasa analisis sebagai satu proses sistematik dengan
aktiviti pasukan berpandukan kepada penyelidikan empirikal yang menyediakan asas
untuk membuat keputusan. Archer menyatakan bahawa lompatan kreatif fasa kedua
boleh membawa kepada penyelesaian yang boleh dilaksanakan tetapi produk mesti
tertakluk kepada ujian. Archer (1984) menekankan bahawa hampir mana-mana
penyelesaian reka bentuk merupakan satu hipotesis berdasarkan bukti yang tidak
sempurna dan ia perlu tertakluk sama ada untuk ujian pasaran atau beberapa analisis
tidak langsung.
Rajah 2.7: Model Proses Reka Bentuk Archer (1984)
• Pemerhatian • Pengukuran • Penaakulan Induktif
Analitikal
• Penilaian • Penghakiman • Penaalukan Deduktif • Keputusan
Kreatif • Terjemahan Diskriptif
• Penghantaran Idea Untuk Proses Produksi
Eksekutif
95
Model Archer ini kemudiannya telah diperkembangkan oleh John Chris Jones
(1963) dengan menekankan kepada tiga peringkat iaitu perbezaan - transformasi -
penumpuan. Jones menegaskan bahawa pereka mesti mendisiplinkan diri secara aktif
dalam menyelidik masalah secara konklusif sebelum membuat sesuatu keputusan. Jones
(1981) membuat kesimpulan bahawa proses reka bentuk adalah bersifat kitaran dan
membenarkan fleksibiliti pereka melalui proses yang berulang kali. Proses reka bentuk
Jones ini menyumbang kepada pendekatan berfikiran terbuka kepada penjanaan idea
reka bentuk yang banyak dengan penekanan kepada penyelidikan sebagai ciri penting
dalam proses reka bentuk.
2.32.2 Model Proses Reka Bentuk Jones
Model proses reka bentuk seni bina adalah bertunjangkan kepada teori
pemikiran kreatif yang dijadikan sebagai rujukan kepada model proses reka bentuk
dalam bidang lain. Ini disebabkan oleh modus operandinya mempunyai matlamat yang
jelas melalui prinsip model ini dalam menyelesaikan masalah reka bentuk. Salah satu
model yang menjadi rujukan adalah dari model proses reka bentuk yang diperkenalkan
oleh Koberg dan Bagnall (1973) yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan atau
masalah yang sedia ada. Melalui dua domain proses reka bentuk iaitu kreatif dan
membina, model mereka ini kemudiannya dijadikan rujukan dalam proses reka bentuk
kejuruteraan industri.
Melalui kajian literatur ini terdapat dua model reka bentuk kejuruteraan industri
yang merujuk pada proses reka bentuk seni bina. Model Archer (1965) memberi
penekanan kepada tiga aspek utama dalam proses reka bentuk iaitu analitikal, kreatif
dan eksekutif. Model Archer ini mengikut proses sistematik yang menjadikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai pelaksanaan dalam proses reka bentuk.
Model proses reka bentuk yang diperkenalkan oleh Jones (1963) pula memberi tumpuan
96
pada proses penyelidikan yang menganggap proses reka bentuk melibatkan kitaran.
Proses kitaran dalam reka bentuk memerlukan usaha pereka untuk melaksana,
memantau dan menilai melalui proses yang berulang kali. Model Jones ini juga
menggunakan pendekatan pemikiran divergen dengan mengutamakan kuantiti idea yang
banyak.
Jadual 2.3: Model Proses Reka Bentuk Jones
2.33 Model Reka Bentuk Fesyen
Sebagai pereka fesyen/tekstil yang terlibat dalam proses reka bentuk, aspek
kreativiti sentiasa diberi penekanan untuk meningkatkan aktiviti reka bentuk. Fiore dan
Kimle, (1997) menyatakan bahawa proses kreatif adalah istilah yang digunakan untuk
menggambarkan langkah-langkah konsep yang terlibat dalam pembangunan
penyelesaian inovatif untuk permasalahan. Rangka kerja proses reka bentuk dalam
fesyen telah dicadangkan dan ia berdasarkan kepada konsep ‘analisis - sintesis –
penilaian’. Kincade, Regan, dan Sheldon (1998) menyatakan teori fesyen telah
Tahap Proses 1. Analisis -Senarai rawak faktor
-Klasifikasi faktor -Sumber maklumat -Interaksi di antara faktor-faktor -Spesifikasi pencapaian -Mendapatkan persetujuan
2. Sintesis -Pemikiran kreatif -Penyelesaian separa -Had -Penyelesaian gabungan -Penyelesaian merancang
3. Penilaian -Kaedah penilaian -Penilaian operasi
97
dibangunkan dengan gabungan kerjasama jurutera produk, arkitek dan ahli teori
psikologi tingkah laku.
Walau bagaimanapun, sifat masalah dalam bidang fesyen biasanya agak berbeza
dari sifat praktikal dan fungsi yang berorientasikan seni bina dan kejuruteraan. Reka
bentuk fesyen berkaitan dengan suatu perkara yang tidak pasti, sejagat dalam skop,
tertakluk syarat-syarat tertentu atau keadaan tertentu. Oleh itu, proses reka bentuk
adalah berbeza mengikut peringkat. Tumpuan atau penekanan bagi setiap proses juga
berbeza-beza bergantung kepada bidang reka bentuk. Tiga model utama dalam proses
reka bentuk dalam reka bentuk fesyen ditemui dan diringkaskan di bawah:
2.33.1 Model Proses Reka Bentuk Watkins
Susan Murray Watkins (1988) dan Lambs dan Kallal (1992) dalam kajian mereka telah
merujuk kepada model Koberg dan Bagnal (1981) sebagai asas untuk pembangunan
model bagi reka bentuk pakaian. Model Watkins (1988) mengadaptasikan pendekatan
tujuh langkah yang sama daripada proses reka bentuk termasuk;
i) penerimaan ii) analisis iii) definisi iv) penjanaan idea v) pemilihan vi) pelaksanaan vii) penilaian
Dalam model Watkins, pereka perlu motivasi yang tinggi dan mencari rasional
untuk menumpukan masa dan usaha dalam menyelesaikan setiap masalah di samping
perlu mengetahui semua aspek reka bentuk melalui pengamatan. Pada peringkat definisi
pula, pereka perlu meneliti data dan idea-idea yang dikumpulkan di peringkat analisis
proses dan menentukan elemen-elemen yang paling penting mengikut keutamaan.
Peringkat penjanaan idea adalah bahagian kreatif dalam proses reka bentuk iaitu pereka
98
boleh mengembangkan seberapa banyak kaedah yang mungkin untuk menyelesaikan
masalah.
Hasilnya, pereka boleh membuat keputusan mengenai idea yang terbaik dan
mereka dikehendaki untuk melaksanakan cara yang dibangunkan untuk membuat
keputusan dan mencuba idea yang terbaik. Dan peringkat penilaian adalah langkah
terakhir untuk menganalisis apa yang berlaku apabila sesuatu tindakan diambil.
Jadual 2.4: Model Proses Reka Bentuk Watkins
Tahap Penerangan 1. Penerimaan Mendapat motivasi dan mencari sebab-sebab kepada masalah
reka bentuk. 2. Analisis Mengetahui semua aspek keadaan reka bentuk. 3. Definisi Menentukan elemen-elemen yang paling penting. 4. Penjanaan Idea Menjana idea dan perkara-perkara kreatif. 5. Pemilihan Memilih idea yang terbaik. 6. Pelaksanaan Mengambil tindakan dan mencuba idea yang terbaik. 7. Penilaian Menganalisis apa yang berlaku apabila tindakan diambil
2.33.2 Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal
Model Jane M. Lamb dan M. Jo Kallal ini telah dibangunkan dari model Hanks
dan model Koberg dan Bagnal yang spesifik mengenai proses reka bentuk. Selain dari
model Jones dan model Koberg dan Bagnal, model proses reka bentuk Hanks (1977)
menyediakan alat visual untuk memeriksa peranan pereka dan hubungan mereka kepada
reka bentuk. Mereka membentuk proses model reka bentuk enam langkah untuk reka
bentuk mudah hingga kompleks termasuk 1) mengenal pasti masalah, 2) idea-idea awal,
3) penghalusan reka bentuk, 4) menganalisis, 5) keputusan dan 6) pelaksanaan. Mereka
mencadangkan bahawa pereka harus melihat ke hadapan dalam proses reka bentuk
secara berterusan. Maklum balas dan perubahan reka bentuk hendaklah digunakan
untuk masalah reka bentuk.
99
Berdasarkan model Hanks dan model Koberg dan Bagnal ini, satu rangka kerja reka
bentuk generik menggabungkan fungsi, ekspresif dan estetik (FEE) telah dibangunkan
oleh Lamb dan Kallal (1992). Proses reka bentuk ini telah membuat pindaan pada
model Hanks dan model Koberg dan Bagnal dengan urutan bermula dari:
i) Mengenal pasti masalah ii) Idea-idea awal iii) Penghalusan reka bentuk iv) Pembangunan prototaip akhir v) Pelaksanaan
Peringkat pertama mengenal pasti masalah melibatkan pembangunan koleksi
untuk sasaran pasaran yang telah ditetapkan. Idea-idea awal dihasilkan untuk mencapai
matlamat. Penghalusan reka bentuk menerangkan bahawa sebahagian daripada proses di
mana idea-idea awal adalah tertakluk kepada penelitian. Pada peringkat Pembangunan
Prototaip, idea-idea yang baik akan diaplikasikan. Prototaip ini boleh berbentuk sampel
pakaian atau sampel komponen pakaian. Penilaian prototaip adalah untuk penilaian
produk mengikut kriteria yang ditetapkan di peringkat mengenal pasti masalah.
Peringkat terakhir pelaksanaan menyebut FEE (fungsi, ekspresif dan estetika) diberi
pertimbangan sebagai kriteria reka bentuk utama.
100
Rajah 2.8: Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal (1992)
2.33.3 Model Proses Reka Bentuk DeJonge
Proses reka bentuk Pakaian Berfungsi yang dibangunkan dari model DeJonge
(1984) telah diadaptasikan daripada model proses reka bentuk Jones (1963). Model
DeJonge ini menetapkan kaedah yang jelas dan sistematik untuk membahagikan rangka
kerja reka bentuk ke dalam tujuh langkah seperti berikut;
i) Idea awal ii) Eksplorasi hala tuju reka bentuk iii) Menentukan matlamat reka bentuk iv) Membangunkan penyelidikan reka bentuk untuk spesifikasi v) Membangunkan kriteria reka bentuk vi) Pembangunan prototaip vii) Penilaian prototaip
Beliau menekankan bahawa idea awal merupakan langkah yang paling penting
dalam proses reka bentuk untuk mengenal pasti isu dan arah tuju proses yang seterusnya.
Menurut model DeJonge, pereka perlu meneroka seberapa banyak hala tuju yang
Mengenal Pasti Masalah
Idea-Idea Awal
Penghalusan Rekaan
Pembangunan Prototaip
Penilaian Prototaip
Pelaksanaan
101
mungkin bagi membolehkan kemungkinan pendefinisian semula masalah yang terdapat
dalam reka bentuk itu sendiri. Selepas matlamat untuk penyelidikan telah jelas, pereka
meneruskan penyelidikan yang lebih mendalam kepada faktor-faktor lebih spesifik yang
mempengaruhi reka bentuk. Kriteria reka bentuk adalah digunakan untuk kedudukan
dan pemberatan dalam penilaian prototaip.
Rajah 2.9: Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984)
2.34 Sintesis Model-Model Proses Reka Bentuk
Melalui penelitian yang dijalankan, penyelidik dapat merangka satu kerangka
kerja proses reka bentuk hasil dari sintesis setiap model reka bentuk yang dikenal pasti
mempunyai persamaan dengan proses reka bentuk tekstil yang diamalkan di jabatan
Seni Reka Tekstil. Aspek-aspek penting dan konsep reka bentuk dikategorikan seperti
susunan berikut:
2.34.1 Maklumat Reka Bentuk
Maklumat reka bentuk merupakan proses penyelidikan kreatif yang melibatkan
rakaman maklumat untuk membina kefahaman kreatif dan inovatif secara mendalam.
Permintaan Awal Eksplorasi Hala Tuju Rekaan
Menentukan Matlamat Rekaan
Membangunkan Penyelidikan Rekaan
Untuk Spesifikasi MembangunkanKriteria
Rekaan Pembangunan Prototaip
Penilaian Prototaip
102
Proses ini terdiri daripada gabungan kemahiran menganalisis dan teknikal yang
melibatkan kreativiti serta pengetahuan lanjutan seseorang mengenai sesuatu produk
dan kemahiran teknikal bagi mencapai matlamat reka bentuk. Rujukan literatur yang
melibatkan peringkat analitikal dalam proses reka bentuk boleh dirujuk pada model
yang telah diterangkan iaitu model reka bentuk Archer (1984) dan Jones (1984).
2.34.2 Objektif Reka Bentuk
Kebanyakan proses-proses reka bentuk yang dirujuk di atas, mempunyai
langkah atau ketetapan yang menentukan sesuatu matlamat. Salah satu dari langkah
yang mempunyai matlamat reka bentuk adalah seperti yang diperkenalkan oleh Jones
(1970) iaitu penekanan kepada struktur bagaimana sesuatu maklumat itu diterima dan
ditransformasikan. Langkah ini termasuk menyatakan objektif untuk sesuatu projek reka
bentuk. DeJonge (1984) pula menggambarkan proses model reka bentuk bermatlamat
bermula dengan permintaan awal (initial request) sebagai langkah pertama dalam
proses reka bentuk untuk mengenal pasti isu dan arah tuju proses yang seterusnya.
Model dan rangka kerja reka bentuk yang diperkenalkan oleh Lamb dan Kallal
(1992) pula bertujuan untuk membantu pereka mendekati masalah-masalah reka bentuk
untuk semua peringkat pengguna sasaran. Mengenal pasti masalah dalam reka bentuk
merupakan proses pertama yang digunakan dalam model Lamb dan Kallal yang
memberi penekanan kepada matlamat untuk sesesuatu reka bentuk. Oleh yang demikian,
model Jones (1970), DeJonge (1984) dan Lamb dan Kallal ini mempunyai modus
operandi yang sama iaitu mengenal pasti masalah reka bentuk pada peringkat awal dan
penetapan matlamat untuk sesuatu reka bentuk.
103
2.34.3 Penghalusan Reka Bentuk (Design Refinement)
Tema biasanya akan terbentuk melalui proses penghalusan reka bentuk ini
dengan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh seseorang pereka. Selepas proses
analisis dan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan masalah, pereka akan
meneruskan proses penyelesaian masalah mengikut perancangan yang ditetapkan.
Kebiasaannya proses penyelesaian masalah dilaksanakan menggunakan kemahiran
kognitif memperhalusi idea reka bentuk yang juga dinamakan pemikiran kritis.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendefinisian kepada masalah yang perlu
diselesaikan mengikut perancangan dapat memberikan fokus awal untuk kerja reka
bentuk seseorang pereka (Lamb & Kallal, 1992; Jones 1970, 1992).
2.34.4 Kriteria Reka Bentuk
Merujuk pada terma yang digunakan oleh DeJonge (1984), pemilihan kriteria
reka bentuk merupakan unsur-unsur penting yang dimasukkan ke dalam kerangka kerja
reka bentuk. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria reka bentuk umum dan elemen
reka bentuk yang berkaitan. Kriteria reka bentuk umum boleh ditakrifkan sebagai tahap
kreativiti, penampilan estetik atau pemilihan warna yang bersesuaian, manakala unsur
reka bentuk pula terdiri daripada bayang, bentuk, warna, jalinan, saiz dan potongan.
Pereka perlu memberi keutamaan kepada unsur-unsur reka bentuk sebagai sumber
utama dalam proses reka bentuk.
2.34.5 Pemilihan Reka Bentuk
Melalui rujukan yang dijalankan, penyelidik mendapati peringkat pemilihan
reka bentuk adalah merujuk kepada model Watkins, Koberg dan Bagnall. Mereka
berpendapat bahawa peringkat ini tidak kurang juga pentingnya kerana pemilihan idea
104
yang terbaik adalah salah satu kriteria yang dapat memenuhi sesuatu matlamat reka
bentuk yang dirancang.
2.34.6 Pelaksanaan Reka Bentuk
Ini merupakan peringkat penerimaan kepelbagaian idea awal yang telah
dikumpulkan. Idea awal ini biasanya dibangunkan dan diperkembangkan sehingga
seseorang pereka berpuas hati dan kemudiannya dijadikan sebagai cadangan untuk
memenuhi keperluan awal. Di dalam kajian literatur yang dijalankan, penyelidik
mendapati terdapat beberapa model yang melibatkan peringkat pelaksanaan reka bentuk
(Koberg & Bagnall, 1981), Watkins (1984) dan Lamb & Kallal (1992). Beach
Johansson (1998) menyatakan pereka pakaian tekstil membina sesuatu projek dengan
menggunakan kaedah yang berbeza untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.
Pelaksanaan proses reka bentuk ini juga bergantung kepada tahap kreativiti dan
kebolehan seseorang pereka dalam merancang seterusnya melaksanakan kerja-kerja
reka bentuk sesuai dengan peruntukan masa dan kos yang dirancang.
2.34.7 Penilaian Reka Bentuk
Peringkat penilaian reka bentuk ini juga merupakan salah satu dari kerangka
kerja yang penting dalam proses reka bentuk. Peringkat ini melibatkan penilaian kritikal
terhadap prototaip yang dihasilkan serta penambahbaikan terhadap kelemahan yang
terdapat dalam proses reka bentuk itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu
prototaip itu dikritik dan ditolak, maka ia akan memberi ruang kepada proses
memperhalusi semula idea dan pelaksanaannya. Proses penilaian dan memperhalusi
semula yang dilakukan berulang kali akan menghasilkan prestasi yang berterusan
daripada proses reka bentuk.
105
2.35 Pemikiran Reka Bentuk IDEO
IDEO merupakan firma reka bentuk global yang berpangkalan di Palo Alto
California, Amerika Syarikat. Firma yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini
menggunakan kaedah pemikiran reka bentuk untuk mereka bentuk produk,
perkhidmatan, persekitaran dan pengalaman digital (Bloomberg Businessweek, 2011).
Firma ini memberi penekanan kepada Reka Bentuk Berpusatkan Manusia (Human
Centered Design) untuk membantu organisasi awam dan sektor swasta menambah baik
perkhidmatan seterusnya berkembang dan berdaya saing.
Tim Brown (1999) menyatakan pemikiran reka bentuk sebagai satu proses
hubungan dan kefahaman tentang keperluan manusia secara mendalam. Proses ini
dilihat sebagai satu proses komprehensif dalam menyelesaikan masalah reka bentuk
produk, perkhidmatan dan persekitaran berbanding amalan penyelesaian masalah
konvensional yang sedia ada. Pemikiran reka bentuk bergantung kepada keupayaan
individu atau kumpulan untuk menjadi intuitif mengenali corak, idea yang bermakna,
berfungsi dan untuk menyatakan ekspresi diri individu atau kumpulan melalui cara
selain dari perkataan dan simbol.
Proses pemikiran reka bentuk digambarkan sebagai sistem ruang bertindih dan
bukannya mengikut urutan langkah-langkah yang teratur. Terdapat tiga ruang yang
utama iaitu:
i. Inspirasi – Inspirasi adalah masalah atau peluang yang mendorong usaha mencari penyelesaian.
ii. Penjanaan Idea – Penjanaan idea adalah proses menjana, membangun dan menguji idea.
iii. Pelaksanaan – Pelaksanaan adalah laluan dari peringkat projek ke kehidupan orang ramai.
Di bawah sistem ini, IDEO menggunakan dua alat analisis dan teknik generatif
untuk membantu pelanggan melihat bagaimana operasi baharu atau sedia ada mereka di
masa depan. Kaedah IDEO terdiri daripada prototaip model perniagaan, visualisasi data,
106
strategi inovasi, reka bentuk organisasi, penyelidikan kualitatif dan kuantitatif serta
harta intelek.
2.36 Model Pemikiran Reka Bentuk IDEO
Pada tahun 2001, IDEO telah membangunkan model pemikiran reka bentuk
dalam konteks inovasi sosial yang berkonsepkan Inspirasi, Idea dan Pelaksanaan.
Konsep asal pemikiran reka bentuk oleh IDEO ini dikembangkan menjadi satu model
komprehensif yang terdiri daripada lima peringkat reka bentuk. Model ini dinamakan
Pemikiran Reka Bentuk Untuk Pendidik (Design Thinking For Educators Toolkit).
Rajah 2.10: Model Proses Reka Bentuk IDEO Untuk Pendidik (2015)
2.36.1 Peringkat Penemuan (Discovery)
Penemuan membina asas yang kukuh untuk idea-idea dengan mencipta
penyelesaian yang bermakna kepada pelajar, ibu bapa, guru, rakan-rakan dan pentadbir
bermula dengan pemahaman yang mendalam untuk keperluan mereka. Penemuan juga
bermaksud membuka peluang baharu, dan mendapatkan inspirasi untuk mencipta idea-
idea baharu. Dengan persediaan yang betul, peringkat penemuan ini memberikan satu
perspektif dan pemahaman yang baik tentang sesuatu cabaran reka bentuk.
Peringkat penemuan terdiri daripada tiga langkah seperti berikut:
107
i. Memahami cabaran sesuatu isu/masalah reka bentuk. ii. Penyediaan untuk penyelidikan. iii. Mengumpulkan inspirasi.
2.36.2 Peringkat Tafsiran (Interpretation)
Tafsiran mentransformasikan idea ke dalam pandangan bermakna. Melalui
pemerhatian, lawatan lapangan dan perbualan yang mudah dapat menjana inspirasi
yang besar. Namun begitu, proses pencarian makna dan menjadikannya satu peluang
untuk tindakan ke atas masalah reka bentuk bukan satu tugas yang mudah. Ia
melibatkan penceritaan, pemahaman dan penyusunan informasi sehingga menemui satu
hala tuju yang jelas untuk penjanaan idea.
Peringkat tafsiran terdiri daripada tiga langkah seperti berikut:
i. Penceritaan. ii. Mencari dan memahami makna. iii. Merangka peluang.
2.36.3 Peringkat Penjanaan Idea (Ideation)
Penjanaan idea bermaksud menjana idea dalam kuantiti yang besar. Salah satu
daripada teknik kreativiti menjana idea yang berkesan adalah teknik sumbang saran.
Melalui teknik sumbang saran ini, individu atau kumpulan dapat menjana idea tanpa
sekatan. Sumbang saran ini berfungsi sebagai teknik yang dapat merangsang kebolehan
kognitif dalam menjana dan mengembangkan idea baharu melalui set peraturan yang
jelas.
Peringkat penjanaan idea terdiri daripada dua langkah seperti berikut:
i. Menjana idea. ii. Menghalusi idea.
108
2.36.4 Peringkat Eksperimen (Experimentation)
Peringkat eksperimen ini menterjemahkan idea yang dijanakan ke dalam bentuk
visual dan prototaip produk. Membina prototaip bermaksud merealisasikan idea, belajar
sambil membina prototaip dan berkongsi pandangan mengenainya bersama orang lain.
Melalui prototaip produk ini, individu dan kumpulan dapat mempelajari sesuatu
kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada prototaip yang dihasilkan melalui
pandangan orang lain serta membuka ruang untuk penambahbaikan untuk produk akhir.
Peringkat eksperimen terdiri daripada dua langkah seperti berikut:
i. Membina prototaip produk. ii. Mendapatkan maklum balas.
2.36.5 Peringkat Evolusi (Evolution)
Evolusi merupakan peringkat pembangunan konsep dari masa ke masa yang
melibatkan perancangan untuk langkah seterusnya, berkomunikasi idea untuk orang
yang boleh membantu, dan mendokumentasikan proses. Perubahan yang sering berlaku
dari masa ke masa dan setiap perubahan merupakan satu aspek yang perlu diambil kira
sebagai proses pembaharuan sesuatu konsep mengikut peredaran masa.
Peringkat evolusi terdiri daripada dua langkah seperti berikut:
i. Trek pembelajaran. ii. Maju ke hadapan.
Model proses reka bentuk oleh IDEO ini berorientasikan proses sistematik
berasaskan matlamat khusus pada setiap peringkat. Model ini juga memberi penekanan
khusus kepada masalah yang sering dihadapi oleh manusia seterusnya dapat mencari
penyelesaian melalui pemahaman yang mendalam tentang isu dan cabaran yang
dihadapi. Melalui pelaksanaan proses reka bentuk IDEO ini juga melibatkan penyertaan
109
pelanggan untuk tujuan maklum balas. Usaha ini jelas menunjukkan komitmen
seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk dengan mengambil kira
maklum balas pelanggan.
Model proses reka bentuk oleh IDEO yang dirujuk ini banyak mempengaruhi
penambahbaikan proses reka bentuk tekstil yang sedia ada terutamanya pada peringkat
menjana dan menghalusi idea. Peringkat menjana dan menghalusi idea ini termasuk
dalam kategori kemahiran kognitif ‘mencipta’ di peringkat tertinggi mengikut
Taksonomi Bloom yang disemak semula (Revised Bloom Taxonomy). Kemahiran
mencipta ini melibatkan aspek kreativiti iaitu komponen yang paling berkaitan dengan
fungsi kognitif.
2.37 Ringkasan Kajian Literatur
Melalui pemerolehan informasi kajian literatur ini, penyelidik berjaya
mengumpulkan bahan rujukan, membuat ulasan dan sintesis pada teori, model, teknik
dan amalan yang secara konsep dan pelaksanaannya telah terbukti berkesan melalui
kajian dan penyelidikan yang pernah dijalankan oleh penyelidik yang terdahulu. Usaha
ini bertujuan sebagai asas pembinaan dan pengayaan pengetahuan (knowledge
enrichment) kepada penyelidik tentang bidang yang dikaji secara spesifik.
Melalui rujukan dokumen rasmi Program Seni Reka Tekstil, penyelidik dapat melihat
kronologi silibus dari tahun awal penubuhannya (1974) sehingga yang terkini (2015).
Evolusi silibus program Seni Reka Tekstil ini didapati tidak banyak menyentuh
tentang kandungan dan modus operandi pengendalian kursus-kursus reka bentuk tekstil.
Setelah lebih dari tiga dekad (1974-2015), bidang pengkhususan utama reka bentuk
tekstil seperti percetakan fabrik, tenunan dan batik/resis masih dikekalkan sebagai
subjek teras bagi mengekalkan identiti dan ciri eksklusif reka bentuk tekstil itu sendiri.
Beberapa siri perubahan sistem kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian
110
Tinggi (KPT) dilihat memberikan satu pendekatan inovasi dengan penekanan kepada
beberapa kemahiran penting yang bersesuaian di peringkat pengajian tinggi.
Pengenalan kepada sistem Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based
Education) pada tahun 2008 telah mengubah paradigma pengajaran, pembelajaran dan
penilaian menjadi satu hala tuju pendidikan yang jelas berasaskan pencapaian pelajar
yang boleh diukur. Impak positif dari sistem ini telah membuktikan penerapan KBAT di
peringkat pelaksanaan pengajaran membuka ruang kepada pelajar untuk menguasai
kemahiran penting dalam menyelesaikan masalah.
Penerapan KBAT ini sedikit sebanyak telah mengubah struktur kursus reka
bentuk tekstil menjadi kursus yang bermatlamatkan kemahiran kognitif berbanding
potensi kreativiti penghasilan yang diamalkan sebelum tahun 2008. Walau
bagaimanapun, mengikut analisis dokumen yang dibuat oleh penyelidik, isu utama yang
dikenal pasti adalah pelaksanaan pengajaran yang masih mengekalkan pendekatan dan
tradisi lama yang tidak selari dengan objektif kurikulum Pendidikan Berasaskan Hasil.
Keperluan penyelidikan berteraskan inovasi memerlukan rujukan dari teori dan
model pelaksanaan yang telah terbukti signifikan agar dapat diaplikasikan ke dalam PdP
dan proses reka bentuk. Usaha ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada
konsep dan pelaksanaan yang sedia ada. Melalui rujukan teori, model dan teknik yang
berkaitan, penyelidik telah menemukan konsep dan pelaksanaan dalam PdP dan proses
reka bentuk secara kolektif. Teori dalam pendidikan ini pula diterjemahkan melalui
beberapa siri strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran kognitif dan
kreativiti sebagai pelengkap kepada literatur penyelidikan ini. Strategi kognitif dan meta
kognitif merupakan asas utama KBAT yang telah diberikan keutamaan.
Penyelidik mendapati strategi kognitif dan meta kognitif adalah sangat
diperlukan dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil secara praktikal. Ini adalah kerana
strategi ini adalah selari dengan keperluan KBAT yang memerlukan pelajar menguasai
111
kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta. Dalam proses reka bentuk juga
memerlukan pelajar menganalisis, menilai dan menghasilkan idea kreatif dan unik.
Strategi kognitif dan meta kognitif ini juga berperanan sebagai panduan yang jelas
dalam menentukan sesuatu matlamat dalam proses reka bentuk tekstil.
Penguasaan kemahiran kreatif dalam proses reka bentuk adalah sebahagian dari
keperluan strategi kognitif yang meletakkan aspek kreativiti pada peringkat tertinggi
dalam hierarki Taksonomi Pembelajaran Bloom yang di semak semula (revised).
Rujukan teori kreativiti dalam literatur ini memfokuskan aspek kreativiti yang lebih
khusus dalam bidang seni dan reka bentuk. Oleh yang demikian, landasan teori
kreativiti ini dijadikan sebagai sebahagian dari konsep utama dalam pembentukan
konsep proses reka bentuk tekstil yang dibangunkan.
Strategi sumbang saran dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil pula
merupakan strategi utama dalam penambahbaikan PdP dan proses reka bentuk tekstil itu
sendiri. Sumbang saran adalah salah satu dari alat-alat kreativiti yang terbukti
keberkesanannya dalam penjanaan idea dan menyelesaikan masalah pelbagai bidang.
Oleh yang demikian, aplikasi alat kreativiti ini dilihat sebagai satu usaha bagi
menginovasi teknik penjanaan idea kreatif dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil.
Akhir sekali rujukan model proses reka bentuk dari bidang lain. Rujukan kepada
model reka bentuk ini adalah penting bagi mengenal pasti kelebihan yang terdapat pada
konsep pelaksanaan yang tidak terdapat pada model proses reka bentuk tekstil yang
sedia ada. Ini dipaparkan melalui modus operandi proses reka bentuk terutamanya
dalam bidang kejuruteraan yang dilihat amat menepati sebagai konsep yang dapat
diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk tekstil.
Model proses reka bentuk dari IDEO pula dilihat seiring dengan matlamat
silibus reka bentuk tekstil yang mengetengahkan pemikiran divergen dan konvergen
pada peringkat penjanaan idea. Oleh yang demikian, hasil dari sintesis teori, model, dan
112
alat kreativiti yang dirujuk dalam kajian literatur ini telah membuka ruang inovasi
penambahbaikan PdP dan proses reka bentuk tekstil secara kolektif yang akhirnya
menghasilkan satu konsep pelaksanaan yang komprehensif.
113
BAB 3: KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan
Bab ini memberi tumpuan kepada reka bentuk penyelidikan dalam bidang yang
dikaji. Kaedah penyelidikan ini merujuk kepada pendekatan yang sesuai dan praktikal
serta menentukan prosedur yang efektif bagi menjawab soalan penyelidikan. Bagi
melaksanakan penyelidikan ini secara efektif, kaedah penyelidikan yang dirangka ini
melibatkan pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan populasi dan
pemilihan sampel dan kaedah menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Reka bentuk kajian merujuk kepada strategi keseluruhan yang dipilih oleh
seseorang penyelidik untuk mengintegrasikan komponen pengajian yang berbeza
dengan cara yang jelas dan logik (De Vaus, 2001). Objektif reka bentuk penyelidikan
adalah untuk memastikan masalah kajian dapat diselesaikan dengan membentuk pelan
tindakan untuk pengumpulan, pengukuran dan analisis data.
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kajian Tindakan berorientasikan
Reka Bentuk Kaedah Campuran Serentak (Mixed Method Concurrent Embedded
Design) yang mengintegrasikan kaedah kualitatif dan kuantitatif ke dalam satu kerangka
kerja pelaksanaan. Kaedah kualitatif digunakan untuk eksplorasi terhadap isu melalui
instrumen pemerhatian dan temu bual. Kaedah kuantitatif yang digunakan pula adalah
reka bentuk Pra Eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan (One group pre-test
post-test) melalui pengujian hipotesis untuk melihat perubahan pencapaian pelajar
menjana idea sebelum dan selepas intervensi sumbang saran. Reka bentuk Pra
Eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan ini hanya melibatkan satu kumpulan
disebabkan saiz sampel yang kecil.
114
Reka Bentuk Serentak (Concurrent Embedded Design) ini meletakkan kaedah
kualitatif sebagai dominan dan kuantitatif sebagai sokongan dengan pemberatan 70%
kualitatif dan 30% kuantitatif. Kaedah ini saling memerlukan di antara satu sama lain
dan bukannya diinterpretasikan secara berasingan. Hasil data kuantitatif digunakan
sebagai sokongan kepada pembentukan kefahaman yang diperoleh melalui data
kualitatif. Proses ini seterusnya perlu melalui interpretasi (refleksi) dalam bentuk
kualitatif semula bagi melengkapkan proses kaedah campuran Concurrent Embedded
Design ini.
Rajah 3.0: Diagram Proses Reka Bentuk Penyelidikan
3.3 Kaedah Kualitatif Kajian Tindakan
Kaedah kualitatif untuk penyelidikan ini adalah berpandukan kepada pendekatan
kajian tindakan dengan menggunakan instrumen pemerhatian peserta, nota lapangan
dan temu bual kumpulan fokus. Pemerhatian peserta adalah sesuai untuk pengumpulan
data berkaitan tingkah laku yang berlaku secara semula jadi, manakala temu bual
kumpulan fokus dapat memberikan maklumat tentang pelbagai idea dan perasaan ke
RekaBentukKaedahCampuran
(MixedMethodConcurrentEmbeddedDesign)
Kualitatif Kuantitatif
Pemerhatian&Temubual
UjianKreativiti
PengujianHipotesis
InterpretasiTeks
Deskripsi&Refleksi
TriangulasiData
115
atas isu-isu yang dibincangkan serta menerangkan perbezaan pandangan setiap ahli
dalam kumpulan.
Rajah 3.1: Diagram Proses Reka Bentuk Kualitatif
3.4 Kaedah Kuantitatif Pra-Eksperimen (Ujian Pra dan Pasca Satu
Kumpulan)
Reka bentuk ujian pra dan pasca satu kumpulan adalah salah satu daripada siri-
siri pra-eksperimen. Ciri pra-eksperimen menekankan kepada hanya satu kes di mana
pemerhatian dilihat pada dua masa yang berbeza, satu sebelum rawatan dan satu lagi
selepas rawatan. Jika rawatan (treatment) mendatangkan kesan sebab dan akibat, maka
intervensi pasca akan mempunyai tahap dan slop yang berbeza daripada intervensi pra.
O X O
Pemerhatian (Ujian pra)
Rawatan (Intervensi)
Pemerhatian (Ujian pasca)
Rajah 3.2: Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan
Pemilihan reka bentuk eksperimen siri masa ini berdasarkan kepada dua perkara seperti
berikut:
i. Sifat kajian tindakan
ii. Jumlah sampel
KaedahKualitatifKajianTindakan
PemerhatianPeserta
TemuBualKumpulanFokus
NotaLapangan
InterpretasiTeks
116
Kajian tindakan bersifat iteratif bergantung kepada objektif tindakan itu sendiri.
Oleh kerana proses kajian tindakan ini memerlukan perancangan, pelaksanaan,
pengumpulan data, analisis dan refleksi, maka setiap intervensi perlu dinilai
keberkesanannya. Sekiranya intervensi yang dijalankan masih belum berkesan
menyelesaikan masalah, maka satu siri intervensi yang seterusnya perlu dirancang.
Begitulah seterusnya proses kitaran ini dilaksanakan sehingga masalah yang dikenal
pasti berjaya diselesaikan. Oleh yang demikian, pemilihan reka bentuk eksperimen siri
masa ini adalah bertepatan dengan proses iteratif kajian tindakan yang menggunakan
beberapa siri intervensi bagi menyelesaikan masalah.
Jumlah sampel pula adalah aspek penting dalam reka bentuk eksperimen.
Jumlah sampel yang kecil tidak memungkinkan penyelidik memilih reka bentuk
eksperimen quasi ujian pra dan ujian pasca menggunakan kumpulan eksperimen dan
kawalan. Jumlah minimum untuk satu kumpulan adalah 30 orang pelajar, maka
penyelidik memerlukan sekurang-kurangnya 60 orang pelajar untuk ke dua-dua
kumpulan. Sampel untuk penyelidikan ini hanya berjumlah 8 orang pelajar dan
penentuan sampel ini dibuat melalui pensampelan bukan kebarangkalian yang bersifat
Sampel Bertujuan (Purposive Sampling). Oleh yang demikian, pemilihan reka bentuk
Ujian Pra dan Ujian Pasca Satu Kumpulan ini adalah bertepatan dengan kajian tindakan
yang bersifat reflektif kepada isu.
3.5 Justifikasi Reka Bentuk Kaedah Campuran
Justifikasi pemilihan reka bentuk kaedah campuran ini dilakukan dengan mengambil
kira beberapa faktor penting iaitu:
i. Proses reka bentuk kajian tindakan ini memerlukan data preskriptif dan
deskriptif.
ii. Objektif penyelidikan terdiri daripada interpretasi teks dan analisis nombor
(skor/markah).
117
iii. Menyediakan hujah pelbagai sudut melalui pendekatan kuantitatif dan
kualitatif yang menyediakan gambaran berbeza terhadap fenomena/isu.
iv. Pembuktian yang kukuh dapat memperkukuhkan sesuatu hujah. Gabungan
kaedah kualitatif dan kuantitatif dapat menyediakan lebih banyak justifikasi.
3.6 Pendekatan Penyelidikan: Kajian Tindakan
Pendekatan penyelidikan utama yang digunakan untuk penyelidikan yang
dihuraikan di dalam tesis ini adalah kajian tindakan. Dalam perenggan yang berikutnya
penyelidik memberi gambaran tentang definisi kajian tindakan serta ciri dan model
kajian tindakan yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Pendekatan penyelidikan ini
juga memaparkan beberapa prinsip teras penyelidikan di dalam kelas seperti yang
dicadangkan oleh Angelo dan Cross (1993) dan Cross dan Steadman (1996). Penyelidik
berpendapat, prinsip yang menyokong pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan
adalah sama seperti yang dicadangkan dalam pendekatan penyelidikan di dalam kelas.
Dalam bahagian-bahagian berikutnya, penyelidik menerangkan pendekatan dan
metodologi penyelidikan.
3.6.1 Definisi Kajian Tindakan
Walaupun pendekatan kajian tindakan diperakui dalam bidang penyelidikan,
namun tiada definisi yang tepat kerana konsepnya diterjemahkan dalam pelbagai cara.
McMillan dan Schumacher (2001) menerangkan kajian tindakan sebagai variasi kepada
penilaian penyelidikan. Mereka menegaskan penilaian penyelidikan menilai merit dan
nilai amalan tertentu di lapangan yang disediakan dan kajian penilaian memberikan
maklumat kegunaan segera sebagai amalan yang dibangunkan dan dilaksanakan.
Cohen, Manion dan Morisson (2000) menerangkan gabungan tindakan dan
penyelidikan telah menarik minat para penyelidik untuk menjalankan kajian dan skop
kajian tindakan sebagai kaedah yang impresif. Cohen dan Manion (1994) mentakrifkan
118
kajian tindakan sebagai intervensi berskala kecil kepada realiti sebenar dan potensi
kajian secara mendalam kepada intervensi tersebut. Mereka juga menerangkan kajian
tindakan sebagai satu prosedur situasi semasa yang direka bagi menangani masalah
konkrit yang berlaku pada situasi tersebut. Proses ini sentiasa dipantau dari masa ke
semasa seterusnya mendapatkan maklum balas yang boleh diterjemahkan ke dalam
bentuk pengubahsuaian, penyesuaian, perubahan arah, serta memberi suatu takrif
baharu.
Zuber Skerritt (2001) menerangkan kajian tindakan adalah merupakan satu
proses kitaran kepada tindakan dan refleksi. Melalui refleksi, seseorang penyelidik
membina konsep dan generalisasi perkara yang berlaku melalui tindakan. Seterusnya
dapat mengkaji dalam situasi baharu sama ada konsep yang aplikasikan itu adalah betul
dengan berusaha untuk mencari bukti yang sah ataupun sebaliknya.
Kemmis dan McTaggart (1988) mendefinisikan Kajian Tindakan sebagai satu
siasatan reflektif kendiri yang berbentuk kolektif . Kajian ini dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik Kajian Tindakan dalam situasi sosial yang berusaha untuk
meningkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau amalan pendidikan mereka
sendiri. Kemmis dan McTaggart (1992) membezakan kajian tindakan daripada kajian
tindakan pengajaran harian kerana lebih sistematik dan bukan semata-mata bertujuan
untuk menyelesaikan masalah tetapi adalah didorong oleh usaha untuk meningkatkan
dan penambahbaikan amalan.
3.6.2 Definisi Penyelidikan Kelas
Menurut Pat Cross dan Mimi Harris Steadman, (1996), Penyelidikan Kelas
boleh ditakrifkan sebagai siasatan intelektual yang berterusan dan kumulatif oleh guru-
guru kelas ke dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka
sendiri. Yang terbaik, penyelidikan kelas perlu memberi manfaat kepada guru dan
119
pelajar secara aktif dengan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran kerjasama
(collaborative learning) kerana berlaku setiap hari dalam konteks tertentu di dalam
kelas mereka sendiri. Pendidik belajar bagaimana untuk menjadi model peranan (role
model) yang lebih berkesan, dan pelajar belajar bagaimana untuk menjadi lebih pelajar
yang berkesan. Kajian tindakan dan penyelidikan kelas mempunyai ciri-ciri yang sama
iaitu melibatkan komitmen untuk meningkatkan amalan pengajaran.
3.6.3 Model Kajian Tindakan Yang Relevan Bagi Penyelidikan Ini
Asas pendekatan Kajian Tindakan yang digunakan dalam penyelidikan ini
berasal dari Model Kemmis dan McTaggart (1981) yang kemudiannya dibangunkan
oleh Zuber-Skerritt (1997). Ortrun Zuber-Skerritt merupakan Pengarah OZI (Ortrun
Zuber International P/L) dan beliau merupakan seorang pakar dalam Tindakan
Pembelajaran dan Kajian Tindakan, Program Kepimpinan, Latihan Pasca siswazah
Penyelidikan dan Pengawasan, dan Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Beliau juga
merupakan Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan di Universiti Griffith (Brisbane) dan
Profesor Pembangunan Profesional dan Organisasi di Pusat Pengurusan Antarabangsa
(IMC).
120
Rajah 3.3: Kitaran Kajian Tindakan Zuber Skerritt (1997)
Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah pun menggunakan beberapa kaedah
pengumpulan data yang bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu ujian kreativiti,
pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus.
3.7 Kerangka Kerja Teori dan Cadangan Model Konseptual
Informasi dari kajian teori dan model kajian-kajian lepas banyak membantu
penyelidik dalam membangunkan rangka kerja teori. Rangka kerja teori ini juga dirujuk
sebagai model konseptual bagaimana sesebuah teori dapat dihubungkaitkan dengan
beberapa faktor yang dikaji secara spesifik (Sakaran, 2003). Kerangka kerja teori ini
dibincangkan dan membantu pembangunan soalan kajian dan hipotesis untuk lebih
memahami sesuatu isu.
Rangka kerja teori bertindak untuk mengenal pasti hubungan konstruk
(pemboleh ubah) serta membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang
konstruk (pemboleh ubah). Menurut Cooper dan Schindler (2003), pemboleh ubah
Merancang
BerGndak
MemerhaGAnalisis
Reflek
Merancang
BerGndak
MemerhaGAnalisis
Reflek
1
2
3
121
merupakan simbol yang boleh direpresentasikan dengan angka atau nilai yang
membolehkan pemerhatian dan pengukuran.
3.7.1 Pemboleh Ubah Kajian
Variabel atau pemboleh ubah adalah sifat atau ciri-ciri sesuatu subjek yang boleh
diukur. Kajian ini terbahagi kepada dua jenis pemboleh ubah seperti berikut:
3.7.2 Pemboleh Ubah Bebas
Pemboleh ubah bebas untuk kajian ini merujuk kepada model pengukuran kreativiti
Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (Torrence Test of Creative Thinking). Pemboleh ubah
ini terbahagi kepada tiga kategori konstruk seperti berikut:
i. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai.
ii. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan perspektif yang berbeza.
iii. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa.
3.7.3 Pemboleh Ubah Bersandar
Pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini merujuk kepada pencapaian pelajar
melalui kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Pencapaian ini diukur melalui Ujian
Kreativiti Menjana dan Menghalusi Idea menggunakan format Ujian Pemikiran Kreatif
Torrence.
122
Kerangka teori penyelidikan dibina berasaskan andaian-andaian berikut:
i. Teknik sumbang saran berkumpulan dalam pengajaran reka bentuk
tekstil dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di
kalangan pelajar.
ii. Teknik sumbang saran berkumpulan dalam PdP melibatkan pelajar
secara aktif mengaplikasikan pengetahuan ke dalam situasi baru.
Rajah 3.4: Cadangan Model Konseptual Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
3.8 Soalan Penyelidikan
Penyelidikan ini terdiri daripada empat soalan yang berdasarkan dari objektif
umum dan khusus. Soalan penyelidikan adalah bersifat eksplorasi dalam membentuk
kefahaman terhadap fenomena yang dikaji. Oleh yang demikian, penyelidik telah
menyediakan empat soalan penyelidikan seperti berikut:
iv. Bagaimanakah peranan sumbang saran membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam proses reka bentuk tekstil?
v. Apakah keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil?
PenjanaanIdeaRekaBentukTekstil
(SumbangSaranBerkategori)
Pencapaian
Pelajar(Kuantiti
H1
H2
H3
Kelancaran
Fleksibiliti
Keaslian
TTCT
123
vi. Apakah bentuk integrasi teknik sumbang saran yang menyumbang kepada prosedur reka bentuk tekstil?
vii. Adakah penggunaan integrasi teknik sumbang saran berkategori dapat mempertingkatkan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil?
Dengan terbentuknya soalan penyelidikan ke empat ini, penyelidik dapat
merangka hipotesis khusus berdasarkan kepada andaian samada terdapat peningkatan
kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran
berkategori.
3.8.1 Hipotesis Kajian
H0 Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
kuantiti dan kualiti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea
sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan integrasi teknik
sumbang saran.
3.9 Populasi Dan Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada dua kategori iaitu dua orang pensyarah yang
mengajar kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil dan lapan orang pelajar
semester satu yang mengikuti kursus ini. Penyelidik mengambil inisiatif dengan
menghubungi Pegawai Eksekutif Akademik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR)
bagi mendapatkan informasi responden Jabatan Seni Reka Tekstil semester satu bagi
sesi pengajian September 2013 - Januari 2014. Atas kapasiti staf yang cuti belajar,
maklumat ini mudah diperoleh. Penyelidik berjaya mendapatkan senarai nama lapan
orang pelajar semester satu. Kriteria pemilihan ini dibuat mengikut keperluan
penyelidikan di mana ke semua pelajar ini adalah lepasan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) yang berada pada semester satu. Sampel yang digunakan ini adalah
pensampelan bukan kebarangkalian dinamakan Pensampelan Bertujuan (Purposive
124
Sampling). Penyelidik juga membuat beberapa analis jumlah keseluruhan responden
lepasan STPM di jabatan ini. Jumlah keseluruhan responden ini adalah disenaraikan
pada jadual berikut:
Jadual 3.0: Taburan Jumlah Keseluruhan Responden Lepasan STPM Semester Mac 2013- September 2013
Semester Pelajar Siswa Pelajar Siswi Jumlah
Semester 01 0 8 8
Semester 02 0 9 9
Semester 03 3 8 11
Semester 04 1 9 10
Semester 05 1 9 10
Semester 06 3 8 11
3.10 Rasional Pemilihan Sampel
Universiti Teknologi MARA merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) tunggal yang menawarkan program khusus Reka Bentuk Tekstil di peringkat
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian). Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) juga menawarkan program reka bentuk tekstil,
tetapi dalam paradigma dan hala tuju yang berbeza. Program reka bentuk tekstil di
UNIMAS berobjektifkan penyelidikan manakala di UMK berobjektifkan warisan.
Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan kepada keperluan penyelidikan yang
memfokuskan kepada pelajar-pelajar semester satu Program Reka Bentuk Tekstil di
Universiti Teknologi MARA. Semua pelajar-pelajar ini merupakan lepasan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM). Semester satu ini sangat penting kerana pada tahap inilah
asas ilmu dan pengetahuan reka bentuk tekstil mula diperkenalkan melalui kursus teori
dan amalan.
125
Pelajar-pelajar semester satu lepasan STPM ini pada dasarnya tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk tekstil. Sebaik sahaja mereka
mendaftar dalam pengajian reka bentuk tekstil ini, terdapat dua isu utama yang perlu
dihadapi. Pertama, jurang kemahiran dan pengalaman dibandingkan dengan lepasan
diploma reka bentuk tekstil dari cawangan. Pelajar-pelajar lepasan diploma ini jauh
lebih berpengetahuan dan berkemahiran kerana telah mengikuti kursus reka bentuk
tekstil yang telah dipelajari selama 30 bulan di peringkat diploma. Manakala pelajar-
pelajar lepasan STPM memulakan pengajian peringkat asas seni lukis dan seni reka
pada semester satu. Jurang ini menyebabkan pelajar-pelajar lepasan STPM ini jauh
ketinggalan dari aspek kemahiran dan pengalaman.
Isu yang kedua, kekangan tempoh pengajian tiga tahun untuk lepasan STPM
dilihat masih belum mencukupi bagi mereka untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran secara konklusif. Ini adalah kerana mereka perlu menjalani kursus asas seni
lukis dan seni reka selama dua semester. Dalam tempoh ini, tiada kursus teras reka
bentuk tekstil ditawarkan. Kursus teras reka bentuk hanya ditawarkan pada semester
tiga. Hakikatnya, agak mustahil kefahaman dalam reka bentuk tekstil ini dapat dikuasai
dalam tempoh dua tahun sahaja. Jumlah sampel lapan responden mewakili 15 peratus
dari populasi 52 orang pelajar lepasan STPM yang berada pada semester dua hingga
semester enam di jabatan ini.
Oleh yang demikian, satu kaedah praktikal perlu dilaksanakan seperti yang
dirancang oleh penyelidik dengan mengetengahkan integrasi penjanaan idea sumbang
saran dan kemahiran melukis/melakar sebagai pemangkin bagi mengimbangi jurang
pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar ini.
126
3.11 Instrumen Kajian
Menurut John W. Creswell (2009), sumber yang paling biasa pengumpulan data
dalam penyelidikan kualitatif adalah temu bual, pemerhatian, dan kajian semula
dokumen-dokumen. Kaedah ini dirancang dan diuji sebelum kajian dijalankan. Creswell
(2003) meletakkan prosedur mengumpul data kepada empat kategori: pemerhatian,
temu bual, dokumen-dokumen dan bahan-bahan audio visual.
Di dalam bab ini juga, penyelidik menerangkan secara sistematik prosedur dan
instrumen yang digunakan sejajar dengan objektif penyelidikan. Pengumpulan data ini
adalah salah satu dari komponen penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik semasa
berada di lapangan. Kerja lapangan ini di reka bentuk sejajar dengan kaedah kajian
tindakan kelas yang bersifat kaedah campuran. Proses pengumpulan data ini melalui
beberapa kaedah yang telah ditetapkan. Penyelidik menggunakan kaedah temu bual,
pemerhatian dan ujian kreativiti menjana idea.
Secara umumnya, instrumentasi adalah perkakas yang digunakan oleh
penyelidik untuk memperolehi maklumat. Pada dasarnya, penyelidik merupakan
instrumen dominan dengan memanipulasikan perkakas bagi tujuan pemerolehan
maklumat dan data secara lebih tepat. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah
menentukan instrumentasi yang digunakan seperti berikut:
3.12 Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif
Walaupun kajian tindakan mempunyai prosedur pengumpulan datanya yang tersendiri,
namun ia masih menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif konvensional seperti
berikut:
127
3.12.1 Pemerhatian
Pemerhatian digunakan secara meluas dalam kajian oleh ahli psikologi,
antropologi, sosiologi, dan penilai program. Pemerhatian langsung mengurangkan
penyelewengan antara pemerhati dan apa yang diperhatikan yang boleh dihasilkan oleh
alat seperti soal selidik. Hal ini berlaku dalam persekitaran semula jadi, yang bukan
bersifat eksperimen makmal atau dikawal. Di dalam penyelidikan ini, pemerhatian
merupakan instrumen yang utama selain dari penilaian hasil kerja pelajar dan temu
bual. Kidder (1981) menjelaskan pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila
memenuhi empat syarat berikut:
i. Digunakan untuk mencapai tujuan kajian
ii. Dirancang dengan rapi
iii. Direkodkan secara sistematik
iv. Diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya
Kerlinger (1973), menegaskan terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu
kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan
ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhatikan dan direkodkan manakala Mohd. Majid
Konting (2000), menyatakan pemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan
merekod peristiwa dan tingkah laku dalam bidang yang dikaji. Walaupun penyelidik
mengikuti tingkah laku subjek, pengkaji tidak mempengaruhi responden kajian ke arah
tingkah laku tertentu. Dengan penghayatan tersebut, pengkaji mempunyai persepsi yang
benar mengenai maklumat yang dikumpulkan.
Instrumen pemerhatian ini adalah penting kepada penyelidik kerana dapat
digunakan secara efektif sebagai salah satu alat untuk menjawab kepada semua soalan-
128
soalan kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan instrumen iaitu
pemerhatian responden.
3.12.2 Pemerhatian Turut Serta (Participant Observation)
Pemerhatian responden adalah satu kaedah pemerhatian di mana penyelidik atau
pemerhati menjalankan dan merekod pemerhatian individu atau kumpulan dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Individu atau kumpulan yang sedang
diperhatikan mengetahui tentang kewujudan pemerhati sebagai orang luar yang terlibat
secara langsung kepada mereka. Dalam erti kata lain, penyelidik mengambil bahagian
aktif sebagai responden dalam aktiviti di bawah pemerhatian dan statusnya sebagai
penyelidik di ketahui oleh responden lain. Seperti yang diterangkan oleh James
P.Spradley (1980), penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian responden ini
mempunyai dua tujuan iaitu:
i) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi. ii) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek
berkenaan.
Pemerhatian responden ini digunakan pada sesi tutorial. Penyelidik merekodkan
aktiviti tingkah laku pada ke dua sesi ini dengan menggunakan nota lapangan. Semasa
sesi tutorial, penyelidik terlibat secara langsung bersama responden dalam setiap aktiviti
studio. Aktiviti-aktiviti studio yang dimaksudkan antaranya adalah aktiviti
perbincangan secara individu dan berkumpulan selain dari kerja-kerja studio seperti
proses visualisasi dan perkembangan idea serta cadangan komposisi reka bentuk.
Dengan menggunakan kaedah pemerhatian responden ini, penyelidik secara
langsung dapat merekodkan respons yang jujur dari responden tentang hal-hal yang
berkaitan kerja studio dan hal yang berbangkit. Penyelidik juga menggunakan nota
lapangan bagi merekodkan respons pelajar semasa sesi penjanaan idea.
129
Hal ini hanya dapat diperoleh apabila tahap penerimaan dan kepercayaan
responden terhadap penyelidik tinggi. Penyelidik terlebih dahulu berusaha untuk
mendapatkan kepercayaan ini dengan membina hubungan yang baik di kalangan pelajar
dengan menggunakan kaedah pengajaran kolaboratif dan penyertaan. Kaedah
pengajaran ini menekankan kepada penerimaan idea dan pandangan pelajar sebagai satu
usaha yang konstruktif dan perlu diberi keutamaan. Bagi tujuan merekod aktiviti-
aktiviti pelajar ini, penyelidik menggunakan nota lapangan.
Nota ini merupakan diari aktiviti studio yang merekodkan suasana, tingkah laku,
kejadian, perkara-perkara berbangkit, permasalahan dan kaedah penyelesaian. Catatan
nota lapangan ini terbahagi kepada dua kategori catatan iaitu bentuk deskriptif dan
bentuk reflektif. Bentuk deskriptif menerangkan perincian aktiviti di dalam studio,
perlakuan, bilangan, kekerapan, dan perkara teknikal, manakala catatan bentuk reflektif
merupakan pertimbangan kritikal penyelidik terhadap respons yang diterima.
3.12.3 Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur
Kaedah temu bual yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah temu bual
kumpulan fokus separa berstruktur. Kaedah temu bual ini adalah salah satu bentuk
penyelidikan kualitatif yang menetapkan responden-responden dalam satu kumpulan.
Responden diminta untuk memberikan persepsi dan pendapat tentang sesuatu isu.
3.12.4 Rasional Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur
Temu bual kumpulan fokus adalah perbincangan berkumpulan ke atas topik
spesifik yang dikelolakan oleh penyelidik (Kitzinger, 1994). Temu bual kumpulan fokus
berkongsi ciri-ciri yang sama dengan kaedah temu bual yang tidak berstruktur.
Pengumpulan maklumat dilakukan melalui perbincangan topik spesifik oleh
sekumpulan responden sekali gus (tiga orang responden dalam satu kumpulan).
130
Rasional pemilihan kaedah temu bual kumpulan fokus ini terletak pada
kesesuaian aktiviti pembelajaran dalam kelas itu sendiri. Perbincangan dalam kumpulan
menghasilkan satu jawapan yang lebih jujur dan tepat kerana temu bual yang dijalankan
dalam situasi santai tanpa tekanan. Responden bebas memberikan pandangan dan
pendapat mengenai pengalaman mereka selepas melalui siri intervensi yang telah
dijalankan. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati temu bual kumpulan fokus ini
adalah kaedah pemerolehan maklumat yang berkesan berbanding temu bual yang
dijalankan secara individu.
Rasional pemilihan soalan temu bual separa berstruktur adalah berdasarkan
pelaksanaannya yang lebih fleksibel kerana soalan temu bual boleh disesuaikan dan
berubah bergantung kepada jawapan responden. Kaedah temu bual separa berstruktur
ini juga dapat menghasilkan data kualitatif dengan menggunakan soalan terbuka (open
ended questions). Ini membolehkan responden bebas mengulas dan bercakap dalam
konteks yang lebih mendalam yang akhirnya membolehkan penyelidik memahami
perasaan sebenar ke atas kefahaman dan situasi responden. Oleh itu, kaedah temu bual
kumpulan fokus separa berstruktur memberikan fleksibiliti melalui prosedur
pelaksanaannya. Hasil dari prosedur yang fleksibel ini, penyelidik dapat mengumpulkan
data dengan lebih berkesan melalui jawapan yang jujur dan tepat.
Soalan-soalan temu bual adalah bersifat interaktif di mana responden-responden
boleh berbincang bersama ahli-ahli kumpulan yang lain. Temu bual kumpulan fokus ini
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
i. Responden (tiga orang pelajar untuk setiap kumpulan) ii. Pensyarah Kanan Reka Bentuk Tekstil (dua orang pensyarah kanan)
Soalan temu bual yang ajukan kepada responden ini adalah berdasarkan kepada
keputusan pencapaian ujian kreativiti penjanaan idea. Penyelidik memerlukan
kefahaman tentang strategi intervensi yang telah dilaksanakan bagi mengenal pasti
131
kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu, pembentukan soalan temu bual kumpulan fokus
yang seterusnya adalah bergantung kepada isu samada berjaya atau tidak berjaya
diselesaikan. Melalui maklumat semua responden ini, penyelidik mengambil sesuatu
tindakan dengan merancang semula strategi pengajaran yang seterusnya.
Temu bual kumpulan fokus untuk pensyarah pula dilakukan serentak melalui
dua orang pensyarah kanan reka bentuk tekstil. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan
pengalaman yang luas mengajar kursus reka bentuk tekstil. Soalan temu bual kumpulan
fokus ini adalah berdasarkan pandangan mereka terhadap teknik sumbang saran yang
diperkenalkan oleh penyelidik dan cadangan penambahbaikan pengajaran proses reka
bentuk tekstil. Temu bual direkodkan bagi tujuan analisis data.
3.13 Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif
Walaupun kajian tindakan mempunyai prosedur pengumpulan datanya yang tersendiri,
namun ia masih menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif seperti berikut:
3.13.1 Ujian Kreativiti Menjana Idea
Ujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga komponen yang berkait rapat antara
satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hari Yuliarto
(2003), ujian adalah instrumen atau alat yang digunakan untuk memperoleh informasi
tentang individu atau objek. Ujar beliau, sebagai alat pengumpul informasi atau data,
ujian harus dirancang secara khusus. Kekhususan ujian dibentuk melalui jenis ujian
digunakan, jenis pertanyaan, rumusan pertanyaan yang diberikan, dan pola jawapannya
harus dirancang menurut kriteria yang telah ditetapkan. Waktu untuk menjawab dan
pelaksanaannya juga harus dirancang secara khusus. Selain itu, aspek ujian juga
terbatas, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
132
Ujian kreativiti penjanaan idea yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah
berdasarkan kepada Torrence Test for Creative Thinking (TTCT). Ujian ini berbentuk
aktiviti studio di mana responden diminta untuk menjana idea dengan menggunakan
beberapa teknik sumbang saran. Teknik yang telah diaplikasikan adalah:
i) Sumbang saran individu – Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan secara bersendirian.
ii) Sumbang saran berkumpulan - Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan yang disumbangkan oleh ahli kumpulan.
iii) Brainwriting – Satu teknik alternatif untuk sumbang saran yang menggalakkan penyertaan yang lebih seragam dalam kumpulan. Teknik ini direka bentuk untuk menjana idea yang banyak dalam masa yang singkat.
Kaedah ini dijadikan strategi intervensi di mana sebelum ini kaedah penjanaan
idea melalui konsep sumbang saran tidak pernah diamalkan dan diterapkan di dalam
mana-mana kursus di jabatan ini.
Penyelidik telah menyediakan borang ujian yang mengandungi atribut ujian
kreativiti menjana idea berdasarkan kepada TTCT. Ujian ini terdiri daripada tiga
konstruk utama iaitu:
d. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai.
e. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan pandangan yang berbeza.
f. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa.
Ujian kreativiti menjana idea ini terdiri daripada sembilan soalan yang
distrukturkan kepada tiga aras pemikiran iaitu Kelancaran (Fluency), Fleksibiliti
(Flexibility) dan Keaslian (Originality). Konstruk instrumen ini diperoleh dari model
pengukuran kreativiti Torrence yang terdiri dari tiga konstruk utama iaitu Kelancaran,
Fleksibiliti dan Keaslian. Sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina melalui
133
konstruk Kelancaran (Fluency), sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina
melalui konstruk Fleksibiliti (Flexibility) dan sepuluh soalan ujian kreativiti yang dibina
melalui konstruk Keaslian (Originality). Penilaian adalah berdasarkan kepada skor
kuantiti penjanaan idea yang dihasilkan oleh responden.
Skor untuk ujian kreativiti menjana idea bagi kategori fleksibiliti dan keaslian
ditetapkan dalam jumlah skor maksimum 50 idea. Penetapan ini dilakukan kerana
kategori fleksibiliti dan keaslian idea merupakan proses deduktif serta melibatkan
proses persetujuan skor antara dua penilai. Jumlah penghasilan idea pada kategori ini
secara signifikan akan berkurangan tertakluk kepada penilaian subjektif dua penilai.
Untuk tujuan pengumpulan dan analisis data, penyelidik menggunakan skala
satu hingga lima sebagai pengukuran kepada ujian kreativiti menjana idea. Skala ini
digunakan pada tiga ujian kreativiti iaitu sumbang saran individu, sumbang saran
berkumpulan dan brainwriting. Melalui konstruk kelancaran, kebolehan menjana idea
yang banyak ini untuk mengetahui kuantiti idea yang dihasilkan. Sehubungan itu,
proses ini juga dinamakan pemikiran divergen. Fleksibiliti pula merujuk kepada
kebolehan menghasilkan idea dalam kategori yang berbeza. Ini juga melibatkan proses
memperhalusi idea-idea yang telah dijanakan untuk menguji kebolehan responden
dalam menapis idea-idea yang tidak relevan bagi mendapatkan hasil idea yang lebih
fokus kepada tema projek. Proses ini dinamakan pemikiran konvergen. Pemikiran ini
bersifat kritis yang lebih fokus dan terarah.
Kebolehan menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain ini bertujuan
untuk menguji kebolehan responden dalam mengenal pasti idea yang ada hubungan di
antara satu sama lain. Ini dilakukan supaya responden dapat memberi satu justifikasi
yang kuat tentang perhubungan antara satu idea ke idea yang lain. Konstruk keaslian
pula merujuk kepada kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea
134
biasa. Konstruk ini menguji tahap kreativiti responden menyelesaikan masalah dalam
reka bentuk.
Kebolehan menyusun idea mengikut keutamaan ini pula bertujuan untuk
menguji kebolehan responden dalam memberikan keutamaan idea-idea bermula dari
sangat penting hingga kurang penting. Ini juga merupakan kebolehan membuat kategori
idea mengikut keutamaan. Kebolehan membuat keputusan ke atas idea-idea akhir
bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat penilaian ke atas idea-idea akhir di
samping dapat memberi justifikasi dengan penuh yakin.
3.13.2 Aktiviti Ujian Kreativiti Menjana dan Menghalusi Idea
Untuk mengukur kreativiti menjana dan menghalusi ini, Ujian TTCT Lisan
Borang A dan Borang B digunakan. Ujian ini mengandungi lima aktiviti seperti berikut:
i. Aktiviti 1: Menjana Idea. (Responden diminta untuk menjana seberapa
banyak idea yang mungkin mengenai tema projek iaitu Perayaan di
Malaysia).
ii. Aktiviti 2: Menyusun idea mengikut kategori. (Responden diminta untuk
menyenaraikan dan menyusun idea yang telah dihasilkan mengikut kategori).
iii. Aktiviti 3: Menghubungkan idea di antara kategori (Responden diminta
untuk menghubungkan sebanyak mungkin idea di antara kategori yang
ditetapkan).
iv. Aktiviti 4: Menghalusi idea. (Responden diminta untuk menyenaraikan
idea-idea yang terbaik untuk diketengahkan melalui rasionalisasi idea)
v. Aktiviti 5: Idea unik. (Responden diminta untuk menyenaraikan sebanyak
yang mungkin idea, imej, identiti dan unsur-unsur bagi membentuk tema
projek akhir).
Kesahan konstruk instrumen ini telah diperakukan oleh dua orang pensyarah
psikologi seni dan seorang pensyarah reka bentuk. Kesemua mereka bersetuju dan
135
mengesahkan setiap item adalah untuk tujuan mengukur kemahiran spesifik. Dari aspek
kebolehpercayaan pula, Cronbach Alpha telah dijadikan sebagai indeks
kebolehpercayaan instrumen yang diaplikasikan pada sampel perintis yang terdiri
daripada dua puluh orang pelajar. Hasil dari ujian konsistensi dalaman ini mendapati
bacaan 0.81 untuk instrumen secara keseluruhan. Kebolehpercayaan instrumen untuk
tiga tahap kemahiran pula adalah antara 0.76 dan 0.88. Nilai-nilai ini memberi
pengukuran yang baik terhadap nilai kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.
3.14 Prosedur Mengumpul Data
Prosedur pengumpulan data ini adalah berdasarkan kepada proses kitaran
tindakan yang dijalankan yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
i. Kitaran 1 ii. Kitaran 2 iii. Kitaran 3
Setiap kitaran terdiri daripada proses standard yang ditetapkan mengikut aturan
kitaran tindakan yang bermula dari mengenal pasti masalah, merancang tindakan,
melaksanakan tindakan, mengumpul dan menganalisis data dan seterusnya membuat
refleksi terhadap keputusan. Instrumen pengumpulan data digunakan pada proses
melaksanakan tindakan.
136
Rajah 3.5: Carta Alir Proses Pengumpulan Data
Melalui Kitaran Tindakan
Instrumen pengumpulan data digunakan secara sistematik berdasarkan kaedah
campuran Reka Bentuk Serentak (Concurrent Embedded Design). Terlebih dahulu
penyelidik memerlukan data preskriptif dari ujian kreativiti penjanaan idea bagi
menentukan tahap pencapaian pelajar. Melalui tahap pencapaian pelajar ini, seterusnya
penyelidik membuat refleksi dan eksplorasi fenomena melalui kaedah kualitatif.
3.15 Analisis Data
Analisis data dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitattif.
Analisis kualitatif ini memberikan penekanan kepada pengecaman pola perkataan yang
diterjemahkan melalui kaedah pembinaan dan pengkategorian tema. Analisis data
kuantitatif pula dilaksanakan bagi menjana keputusan signifikasi terhadap intervensi
yang dijalankan.
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
Kitaran1 Kitaran2 Kitaran3
137
3.15.1 Analisis Data Pemerhatian, Nota Lapangan dan Temu bual
Data-data pemerhatian dan temu bual dianalisis melalui kaedah pengekodan
transkrip untuk membentuk tema kandungan dari transkrip temu bual dan nota lapangan
yang diperoleh. Ini adalah proses penting dalam analisis data kualitatif kerana
melibatkan interpretasi makna yang bersifat subjektif. Dalam mengembangkan analisis
data-data kualitatif ini, penyelidik memberi tumpuan kepada perbezaan antara data
pemerhatian peserta dengan data dari sumber temu bual.
Ini dilakukan sebagai salah satu dari kaedah untuk mengenal pasti kenapa data-
data ini berbeza dan apakah implikasi terhadap perbezaan ini. Dengan kaedah inilah
kebanyakan isu memuncul (emerging issue) diperoleh. Analisis ini dilakukan dengan
bantuan perisian interpretasi teks Atlas.Ti versi 7. Kod dibahagikan kepada pengekodan
terbuka, pengekodan berpaksi dan pengekodan terpilih.
Rajah 3.6: Carta Proses Analisis Data Kualitatif
Melalui pemerhatian peserta, penyelidik menganalisis tingkah laku responden melalui
senarai semak. Seterusnya analisis ini diinterpretasikan ke dalam satu penyataan ringkas
bagi memudahkan proses refleksi ke atas pemerhatian peserta ini. Nota lapangan pula
merupakan jurnal refleksi ke atas pemerhatian persekitaran yang melibatkan aktiviti
kelas, acara, suasana, tindakan, maklum balas responden dan beberapa isu memuncul
(emerging issues). Analisis nota lapangan ini kebanyakannya dari isu memuncul yang
SoalanPenyelidik
an
TemuBualKumpulanFokus
NotaLapangan
PemerhatianPeserta
AnalisisTingkahlaku
RefleksiKendiri
PengecamanTema/Isu
InterpretasiTeks&RefleksiKendiri
138
diperoleh dari aktiviti pengumpulan data kualitatif. Analisis temu bual kumpulan fokus
dilakukan melalui kaedah pengecaman perkataan, pembentukan tema dan mengenal
pasti isu yang dibincangkan bersama responden. Transkrip temu bual kemudiannya
diinterpretasikan menjadi satu penyataan yang membantu dalam proses refleksi ke atas
isu memuncul.
3.15.2 Analisis Data Ujian Kreativiti Menjana Idea
Data ujian kreativiti penjanaan idea dianalisis dengan kaedah pengujian
hipotesis melalui ujian-t. Ini dilakukan dengan membandingkan keputusan ujian pra dan
ujian pasca bagi melihat perubahan pencapaian pelajar setelah intervensi dilaksanakan.
3.16 Kebolehpercayaan dan Kesahan
Tujuan kebolehpercayaan adalah untuk memastikan dapatan dan kesimpulan
yang dibuat oleh penyelidik adalah sama dengan dapatan dan kesimpulan yang dibuat
oleh penyelidik lain dengan menjalankan proses yang sama. Menurut Robert K.Yin
(2003), objektif ini adalah untuk mengurangkan kesilapan dan berat sebelah dalam
kajian.
Kesahan boleh dibahagikan kepada kesahihan dalaman dan luaran. Kesahan
dalaman memperkatakan persoalan bagaimana hasil penyelidikan dapat disesuaikan
dengan realiti. Menurut Merriam Sharan B (2001, ms.201), terdapat enam strategi asas
untuk meningkatkan kesahan dalaman. Salah satu daripadanya adalah penyegitigaan
(triangulation). Menurut beliau lagi, kesahan luaran pula berkaitan dengan sejauh mana
hasil sesuatu kajian itu boleh digunakan untuk situasi lain iaitu bagaimanakah
keputusan kajian itu dapat digeneralisasikan. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah
mengambil langkah yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan kebolehpercayaan dan
kesahan. Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan prosedur kesahan dalam kajian
139
tindakan yang dinyatakan oleh Othman Lebar (2012). Beliau menyatakan prosedur ini
terdiri daripada tujuh perkara yang perlu diberi perhatian. Prosedur tersebut adalah:
3.16.1 Penyegitigaan Data (Data Triangulation)
Penyegitigaan (triangulation) merupakan prosedur kesahan di mana penyelidik
menggunakan sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori
dalam sesuatu kajian (Othman Lebar, 2012). Lisa A. Guion (2002) menyatakan
penyegitigaan terbahagi kepada lima jenis iaitu penyegitigaan data, penyegitigaan
penyelidik, penyegitigaan teori, penyegitigaan kaedah dan penyegitigaan persekitaran.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan penyegitigaan data yang
terdiri daripada ujian kreativiti menjana idea pelajar, temu bual kumpulan fokus pelajar
dan pensyarah, pemerhatian turut serta, penilaian hasil kerja pelajar dan
perbincangan/penilaian pakar. Bagi mewujudkan kesahan berintegriti, penyelidik telah
menganalisis kesemua data-data yang telah dikumpulkan dan setelah dibuat
perbandingan, didapati kesimpulan kepada setiap dapatan dari data-data tersebut adalah
sama (synchronized conclusions).
3.16.2 Refleksiviti Penyelidik
Prosedur ini membolehkan penyelidik menjelaskan dan melaporkan andaian,
kepercayaan, nilai dan bias yang mempengaruhi penyelidikan ini. Penyelidik telah
memaklumkan perkara ini pada awal proses penyelidikan bagi membolehkan pembaca/
pemeriksa memahami kedudukan dan langkah yang diambil untuk menyekat dan
mengurangkan bias penyelidik dalam proses kajian seterusnya.
140
3.16.3 Verifikasi Data Pemerhatian Oleh Pensyarah
Bagi membina kredibiliti dan dapatan kajian, Yvonna S. Lincoln, Egon G. Guba
(1985) menerangkan prosedur pemeriksaan oleh responden merupakan teknik yang
paling penting. Prosedur ini melibatkan data dan interpretasi dirujukkan semula kepada
responden untuk dikaji dan diperiksa bagi membolehkan mereka mengesahkan
ketepatan dan kebenaran maklumat dan laporan kajian. Oleh yang demikian, penyelidik
telah menjalankan beberapa prosedur pemeriksaan pada instrumen temu bual pelajar
dan pensyarah. Rakaman audio temu bual telah ditranskripsikan ke dalam bentuk
perkataan dan dicetak dengan menggunakan kertas bersaiz A4. Transkripsi ini
berbentuk dialog di antara penyelidik dan responden.
Transkripsi ini kemudiannya diberikan kepada responden iaitu pensyarah dan
pelajar bagi tujuan pengesahan kandungan temu bual yang telah dijalankan. Proses yang
ke dua pula ialah, penyelidik telah menterjemah transkripsi ini dalam bentuk deskriptif
dan reflektif. Sekali lagi terjemahan ini diberikan semula kepada responden untuk
mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat dan laporan kajian.
3.16.4 Kolaborasi
Kolaborasi membawa maksud penglibatan responden dalam kajian sebagai
rakan penyelidik. Usaha secara tidak langsung akan cuba membina pandangan
responden ke dalam kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik mengambil pendekatan
terbuka dengan memberi peluang responden memberi input kepada penyelidik dengan
membantu dalam pengumpulan data. Kolaborasi ini berlaku semasa sesi tutorial di
mana penyelidik bukan sahaja menjadi pemerhati, malahan penyelidik juga menjadi
perunding kepada idea dan reka bentuk setiap individu Kolaborasi ini disebabkan oleh
kaedah pembelajaran yang diperkenalkan iaitu pembelajaran kolaboratif antara pelajar
dan pelajar dan antara pelajar dan pensyarah. Penyelidik tidak menghadapi masalah
141
bagi mendapatkan bantuan dari responden sebagai rakan penyelidik kerana penyelidik
terlebih dahulu membina hubungan yang baik dengan mereka.
3.16.5 Deskripsi Tebal Dan Terperinci
Menurut Norman K. Denzin (1989) deskripsi yang tebal adalah deskripsi yang
mendalam dan terperinci. Deskripsi ini juga perlulah mempunyai ciri seperti berikut;
i. deskripsi memberikan konteks sesuatu tindakan
ii. deskripsi menyatakan niat dan makna ke atas tindakan tersebut
iii. deskripsi mengesan evolusi dan pembangunan tindakan tersebut
iv. deskripsi menyediakan tindakan itu sebagai teks yang kemudiannya boleh
ditafsirkan
Keterangan nipis hanya melaporkan fakta, bebas daripada niat atau keadaan
yang mengelilingi sesuatu tindakan. Deskripsi yang tebal dan mendalam juga
membolehkan pembaca membuat keputusan tentang kebolehgunaan dapatan kepada
latar lain atau konteks yang serupa (Othman Lebar, 2012). Oleh yang demikian,
penyelidik mengambil langkah dengan menggunakan kaedah penyegitigaan dari semua
sumber data-data yang diperoleh bagi mendapatkan deskripsi tebal. Kombinasi data-
data yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian, penilaian pelajar dan ujian
kreativiti menjana idea.
3.16.6 Penilaian Rakan Sekerja
Penyelidik sering menitik beratkan penilaian rakan sekerja dengan banyak
merujuk perkara-perkara berkaitan dengan proses penyelidikan dan aktiviti-aktiviti
studio. Penyelidik meminta rakan sekerja untuk memberi kritikan dan komen bagi
membolehkan penyelidik mengubah suai serta membuat penambahbaikan proses
penyelidikan dan proses pengajaran dan pembelajaran.
142
3.17 Ringkasan Kaedah Penyelidikan
Bab ini merangkumi dua aspek penting dalam prosedur penyelidikan iaitu
kaedah penyelidikan dan pengumpulan data. Kajian tindakan merupakan salah satu dari
paradigma penyelidikan konvensional yang sedia ada. Pada asasnya, kajian tindakan
adalah bersifat kualitatif yang bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena serta
menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, penglibatan
kaedah penyelidikan kualitatif ini akan dilengkapkan dengan data kuantitatif melalui
reka bentuk kaedah campuran. Hal ini biasanya tidak dapat dielakkan memandangkan
kajian tindakan kelas secara asanya juga melibatkan ujian dan penilaian bagi mengukur
pencapaian pelajar. Kebanyakan kajian tindakan kelas bersifat pengujian sesuatu
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijadikan sebagai intervensi kepada model
yang sedia ada.
Kajian eksperimen seperti Quasi Experimental merupakan reka bentuk
penyelidikan kuantitatif yang popular di kalangan penyelidik guru. Kecenderungan
kajian adalah berdasarkan pengujian sesuatu modul yang ingin diperkenalkan melalui
beberapa siri strategi intervensi. Kaedah ini dijalankan melalui dua kumpulan pelajar
iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (treatment/experiment).
Penentuan kepada kaedah penyelidikan ini sebenarnya adalah bergantung
kepada isu serta objektif penyelidikan yang dijalankan. Dalam hal ini, penyelidik
memberi keutamaan kepada pembinaan kefahaman melalui proses induktif dengan
meneroka fenomena yang berlaku. Penglibatan ujian dan penilaian dalam penyelidikan
ini adalah salah satu dari tujuan eksplorasi kepada fenomena. Hasil ujian dan penilaian
dijadikan sebagai data preskriptif yang membantu proses induktif dalam penyelidikan
yang dijalankan. Kedua-dua data ini saling memerlukan antara satu sama lain bagi
menyelesaikan isu yang dikenal pasti. Data diperoleh dari pelbagai instrumen
penyelidikan yang telah ditetapkan. Memandangkan proses kajian tindakan kelas ini
143
mempunyai prosedurnya yang tersendiri, maka prosesnya juga dianggap rumit mengikut
kitaran yang telah ditetapkan. Instrumen penyelidikan telah digunakan secara berulang
kali mengikut kitaran kajian tindakan samada instrumen kualitatif dan kuantitatif.
144
BAB 4: HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN DAPATAN
PENYELIDIKAN
4.1 Pengenalan
Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, penyelidik
menerangkan secara sistematik prosedur pengumpulan data. Bahagian kedua,
penerangan kepada prosedur analisis data dan bahagian ke tiga adalah dapatan
penyelidikan dan perbincangan. Terlebih dahulu penyelidik perlu menerangkan kajian
tindakan mempunyai prosedur yang tersendiri dan perlu mengikut kronologi yang
bermula dari mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan pelan
tindakan, mengumpulkan /menganalisis data dan refleksi ke atas tindakan dan hasil.
Pelaporan kajian tindakan memerlukan penyelidik melaporkan semua proses secara
konklusif.
4.2 Pengumpulan Data
Pengumpulan data untuk penyelidikan ini adalah mengikut kitaran proses kajian
tindakan yang dilaksanakan sebanyak tiga kitaran yang berbeza. Terdapat sedikit
perbezaan dengan kaedah pengumpulan data konvensional. Melalui kajian tindakan ini,
pengumpulan dan analisis data dilaksanakan mengikut kronologi proses tindakan.
Kitaran ini pula dijalankan mengikut tiga strategi intervensi sumbang saran yang
berbeza Setiap data yang diperoleh mempunyai kaedah tersendiri untuk dianalisis.
Sebelum data dianalisis, penyelidik menerangkan prosedur pengumpulan data yang
mengikut kitaran tindakan yang telah dijalankan. Sejumlah tiga kitaran tindakan.
Prosedur pengumpulan data ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
i. Prosedur pengumpulan data kualitatif
ii. Prosedur pengumpulan data kuantitatif
145
Rajah
Rajah 4.0: Carta Alir Proses Pengumpulan Data Melalui Kitaran Tindakan.
Pada bahagian ini, penyelidik menerangkan jenis-jenis data yang dikumpulkan
bagi tujuan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Data-data terdiri daripada refleksi
dari nota lapangan, temu bual kumpulan fokus, tugasan kursus, pemerhatian peserta
dan ujian kreativiti menjana idea. Data-data yang dikumpulkan ini terdiri daripada data
kualitatif dan kuantitatif yang kemudiannya dianalisis dan dibentuk melalui carta
triangulasi sebagai kaedah pembinaan kefahaman melalui pelbagai sumber data. Di
akhir bab ini, penyelidik membincangkan perbezaan persepsi penyelidik tentang
tindakan-tindakan yang diambil untuk menangani isu ketandusan idea-idea reka bentuk
tekstil yang dihadapi oleh responden.
4.3 Pengumpulan Data Kualitatif
Penyelidik telah mengumpulkan sejumlah 157 muka surat nota lapangan yang
telah digunakan sebagai jurnal refleksi kendiri ke atas pemerhatian persekitaran yang
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
Kitaran1 Kitaran2 Kitaran3
146
dijalankan selama lima bulan. Kandungan nota lapangan ini banyak memfokuskan
kepada perbualan dan temu bual bersama rakan pensyarah dan pelajar. Pemerhatian di
dalam studio juga banyak dilakukan dengan menulis apa yang berlaku, soalan-soalan
bagaimana hendak menyelesaikan isu dan luahan bagaimana kesukaran penyelidik
menjalankan kajian tindakan bagi mencapai objektif penyelidikan. Di samping itu,
penyelidik juga merekodkan tingkah laku responden serta perubahan sikap mereka
secara berperingkat. Segala aduan dan maklum balas responden direkodkan untuk
tujuan mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini
banyak bergantung kepada kefahaman mereka terhadap tugasan yang diberikan. Selain
dari itu, penyelidik banyak merekodkan tentang maklum balas responden terhadap
teknik-teknik sumbang saran yang dijalankan.
Melalui nota lapangan ini, penyelidik dapat mengingati perkara penting yang
berlaku terutama di dalam studio seperti tiga sesi sumbang saran yang dijalankan di
mana terdapat pelbagai reaksi responden terhadap kaedah penjanaan idea yang tidak
pernah mereka lakukan sebelum ini. Ternyata, nota lapangan ini adalah instrumen yang
penting terutama untuk kajian tindakan kerana penyelidik dapat membuat refleksi
kendiri terhadap sesuatu isu dan refleksi ini dijadikan sebagai salah satu data untuk
menjawab soalan penyelidikan.
Untuk pengumpulan data temu bual, sejumlah 78 muka surat transkrip temu bual
telah dikumpulkan melalui kumpulan fokus ke atas dua kategori responden iaitu
pensyarah kanan dan pelajar (responden). Soalan temu bual adalah berkaitan dengan
isu-isu berbangkit pada setiap kitaran. Soalan-soalan temu bual yang bersifat eksplorasi
dan terbuka membolehkan penyelidik meneroka keperihalan sesuatu isu secara lebih
mendalam. Temu bual dijalankan sebanyak tiga kitaran tindakan yang direkodkan
dengan perakam suara. Data suara ini kemudiannya melalui proses dengar semula
rakaman temu bual dan direkodkan ke dalam transkrip temu bual. Transkrip ini
147
kemudiannya diserahkan semula kepada responden untuk tujuan pengesahan kandungan
temu bual. Temu bual kumpulan fokus adalah salah satu instrumen yang sangat
diperlukan oleh seseorang penyelidik kualitatif terutama untuk kajian tindakan kerana
penyelidik dapat memahami sesuatu isu melalui pembentukan isu memuncul (emerging
issue) pada setiap sesi temu bual.
4.4 Pengumpulan Data Kuantitatif
Pengumpulan data kuantitatif ini terdiri dari ujian kreativiti menjana idea yang
dilakukan mengikut kitaran tindakan dengan merekod skor yang dihasilkan oleh
responden. Melalui ujian kreativiti ini, skor dikumpulkan mengikut format Ujian
Pemikiran Kreatif Torrance yang memfokuskan kepada tiga konstruk utama iaitu
Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian idea. Skor ini direkodkan berdasarkan kepada dua
sesi ujian kreativiti menjana idea seperti berikut:
i. Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra)
ii. Ujian Kreativiti Menjana Idea Berstruktur (Ujian Pasca)
Ujian diagnostik dilaksanakan sebagai ujian pra penjanaan idea tanpa intervensi.
Sebelum strategi intervensi dilaksanakan, terlebih dahulu responden-responden telah
diminta untuk menjalani ujian kreativiti penjanaan idea berdasarkan kepada konstruk
kelancaran, fleksibiliti dan keaslian. Setiap konstruk terdiri dari 10 item. Masa yang
diperuntukkan untuk menjawab 30 soalan adalah 45 minit. Selepas masa tamat, kertas
ujian pra ini dikumpulkan dan skor setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti
idea yang dihasilkan.
Fasa strategi pelaksanaan bermula seminggu selepas responden-responden
menjalani ujian pra menjana dan menghalusi idea. Sesi pembelajaran seterusnya
mengambil masa 12 minggu dengan peruntukan masa pembelajaran tiga jam setiap
minggu. Responden-responden menjalani proses pembelajaran serta aktiviti
148
berkumpulan dengan menggunakan teknik sumbang saran berkategori. Kategori yang
disediakan ini bertindak sebagai panduan dalam proses menjana idea. Kategori ini juga
terdiri daripada unsur-unsur dan prinsip-prinsip reka bentuk. Sebanyak tiga teknik
sumbang saran berkategori iaitu sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan
dan brainwriting telah digunakan sebagai intervensi sebelum ujian pasca dilaksanakan.
Pada minggu ke 13, responden-responden telah diminta sekali lagi untuk
menjalani ujian kreativiti penjanaan idea (ujian pasca) berdasarkan pada konstruk dan
item yang sama seperti ujian pra. Peruntukan masa untuk ujian pasca ini juga adalah
sama iaitu 45 minit. Selepas masa tamat, kertas ujian pasca ini dikumpulkan dan skor
setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan.
4.5 Analisis Data
Analisis data dijalankan melalui dua kaedah penyelidikan iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Melalui kaedah kualitatif, analisis data adalah mengikut kitaran tindakan. Kitaran
tindakan mengutamakan analisis dan refleksi ke atas tindakan dan hasil yang diperoleh
pada setiap kitaran.
4.5.1 Analisis Data Kualitatif
Analisis dilakukan melalui sintesis dari data pemerhatian, temu bual kumpulan fokus
dan nota lapangan yang kemudiannya distrukturkan melalui tiga siri analisis ke atas
tindakan seperti berikut:
i. Analisis Tindakan Kitaran
ii. Analisis Strategi Intervensi
iii. Analisis Nota Lapangan Kitaran Satu
iv. Analisis Keberkesanan Intervensi
149
v. Analisis Maklum Balas Responden (Temu bual)
Untuk tujuan analisis data kualitatif ini, penyelidik telah menggunakan kod
untuk mengenal pasti isu-isu penting, pengecaman pola dan tema melalui analisis
perkataan demi perkataan (verbatim). Untuk tujuan ini, penyelidik telah menstrukturkan
kod-kod kualitatif seperti berikut:
Jadual 4.0: Struktur Kod Kualitatif
Penggunaan kod ini bertujuan untuk memudahkan penyelidik mengenal pasti
sumber yang dirujuk dari nota lapangan dan temu bual bagi membentuk kombinasi
fakta yang berkaitan untuk menjawab soalan penyelidikan. Nota lapangan dilabelkan
dengan kod NL, kitaran tindakan dilabelkan dengan K, perenggan
dilabelkan P dan baris dilabelkan B. Kombinasi semua kod ini disusun menggunakan
perisian pengurusan dan interpretasi teks Atlas.ti versi 7.
4.5.2 Analisis Data Kuantitatif
Analisis dilakukan melalui pengujian hipotesis terhadap tiga konstruk utama
TTCT yang terdiri daripada Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian. Data dari ujian
kreativiti dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS
versi 21). Data ujian diagnostik dijadikan sebagai ujian pra manakala data dari ujian
kreativiti sumbang saran berkategori dijadikan ujian pasca. Perbandingan keputusan
JenisData Kod Kitaran Perenggan Baris Contoh
Kod
NotaLapangan NL K1 P5 B12 NLK1P5B12
TemuBual TB K3 P4 B7 TBK3P4B7
150
dari dua ujian ini menghasilkan satu perubahan yang signifikan melalui intervensi yang
dilaksanakan.
4.6 Prosedur Kajian Tindakan
Proses pengumpulan dan penganalisisan data kajian tindakan ini adalah
berbeza dengan kaedah konvensional kajian sains sosial yang lain. Ini adalah kerana
kajian tindakan mementingkan analisis reflektif terhadap tindakan yang dilaksanakan
dan hasil yang diperoleh. Oleh yang demikian, penyelidik melaporkan proses
pengumpulan dan analisis data ini mengikut tiga kitaran yang berbeza kerana pada
setiap kitaran mempunyai prosedur mengumpul dan menganalisis data yang telah
ditetapkan. Semua prosedur ini perlu dilaporkan di dalam penulisan sebagai proses
pelaporan kajian tindakan.
Untuk tujuan ini, penyelidik telah menyediakan carta alir bagi memudahkan
pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan. Kajian tindakan ini adalah proses iteratif
yang melibatkan pengenalpastian isu/masalah, merancang, memerhati (mengumpul
data) dan menganalisis dan refleksi. Proses ini bersifat kitaran berulang yang
melibatkan refleksi kendiri ke atas tindakan yang telah diambil. Dalam penyelidikan ini,
penyelidik telah menjalankan sebanyak tiga kitaran kajian tindakan yang melibatkan
proses yang disenaraikan seperti rajah 4.1 berikut:
151
Rajah 4.1: Carta Alir Kitaran Kajian Tindakan
Penyelidik memulakan proses mengumpul data ini dengan mengendalikan
kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil untuk sesi 1 semester
September 2013 – Januari 2014. Pengendalian kursus ini adalah berpandukan kepada
silibus asal kursus ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pengubahsuaian pada
perancangan pengajaran yang terkandung di dalam informasi kursus asal (course
information) yang dirancang oleh jabatan sebelum ini. Pengubahsuaian ini bagi
membolehkan penyelidik menyediakan perancangan untuk dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, tanpa menjejaskan objektif asal kursus Eksplorasi
Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ini. Penyelidik mengambil inisiatif dengan
menghasilkan rancangan pengajaran kursus untuk proses pengajaran dan pembelajaran
studio. Rancangan pengajaran ini dirancang untuk satu semester iaitu dalam tempoh 14
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
MelaksanakanTindakan
Mengumpul&
MenganalisisData
MembuatRefleksi
MerancangTindakan
MengenalPastiMasalah
Kitaran1 Kitaran2 Kitaran3
152
minggu. Penyelidik telah menjalankan sebanyak tiga strategi intervensi sebagai rawatan
dalam tempoh ini.
Permasalahan pra (awal) yang telah dikenal pasti semasa kajian rintis dahulu adalah:
i. Responden tidak dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang banyak dan
pelbagai.
ii. Responden tidak dapat menghalusi idea yang telah dihasilkan.
Permasalahan awal ini diperoleh hasil dari refleksi penyelidik semasa
menjalankan kajian rintis (pilot study). Kajian tindakan merupakan kajian situasi yang
berlaku pada suatu masa dan tempat secara tetap serta penyelidik terlibat secara
langsung di dalam kelas/studio. Ini bermakna, dapatan dari kajian rintis yang telah
dijalankan pada awal September 2012 lalu tidak relevan dengan kajian sebenar kerana
berlaku dua perkara iaitu masa dan responden yang berbeza.
Rajah 4.2: Carta Alir Ujian Diagnostik Menjana Idea
Dalam carta alir ujian diagnostik ini tidak disertakan pelan intervensi. Ini
bertujuan untuk mendapatkan keputusan ujian di dalam penetapan piawai pengajaran
dan pembelajaran studio yang diamalkan. Sejam sebelum ujian dijalankan, penyelidik
telah memberi syarahan berkenaan kemahiran berfikir dan beberapa teknik penjanaan
idea kreatif. Objektif syarahan pada minggu pertama ini bertujuan untuk memberi
MULA
(TAKLIMATPROJEK)
PERAYAAANDIMALAYSIA
PENGETAHUANPRA
AKTIVITIPENGUMPULANMAKLUMAT
10MINITMASAAKTIVITI
MENGAMBILKEPUTUSAN
MENGANALISAKEPUTUSAN
MEMBUATREFLEKSI
153
pendedahan kepada responden tentang reka bentuk tekstil serta bidang-bidang yang
berkaitan. Di samping itu, penyelidik memberi penerangan berkenaan dengan
kepentingan kemahiran berfikir di dalam bidang seni visual serta beberapa pendedahan
tentang teknik-teknik penjanaan idea.
Selepas syarahan, ujian diagnostik dijalankan bagi mengenal pasti masalah
pelajar. Ujian dimulakan dengan memberikan taklimat projek. Tema projek untuk
semester ini adalah Perayaan di Malaysia. Penetapan tema ini adalah melalui
perbincangan bersama pensyarah kursus ini dan keputusan bersama telah diputuskan
sebelum bermula sesi kuliah. Sebagai amalan biasa pada setiap semester, taklimat
projek merupakan prosedur wajib di mana pensyarah memberi taklimat secara verbal
dan bercetak di hadapan pelajar. Semasa taklimat ini, sesi perbincangan dibuka dan
pelajar boleh bertanya atau memberi pendapat. Ini merupakan proses interpretasi tema
yang membincangkan tentang pencarian makna, nilai, pengalaman, isu, peluang serta
kemungkinan dari tema ini.
Langkah yang seterusnya adalah, tanpa menggunakan bahan rujukan, responden
diminta untuk membuat senarai idea apa yang mereka faham tentang perayaan di
Malaysia di atas sehelai kertas. Skop perayaan di Malaysia ini masih lagi dalam konteks
am. Responden ini diberikan masa sepuluh minit untuk menyenaraikan apa yang
mereka faham tentang tema. Setelah masa yang diberikan tamat, pensyarah meminta
pelajar menyerahkan hasil penyenaraian yang telah dibuat.
Seterusnya penyelidik meminta responden membentangkan hasil senarai yang
dihasilkan secara individu. Responden juga diminta untuk menerangkan secara rasional
setiap idea yang disenaraikan. Penyelidik juga meminta agar idea yang tidak berkaitan
disingkirkan. Proses ini dibantu oleh responden lain yang mengkritik kerelevanan idea
yang dihasilkan.
154
4.7 Analisis Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra)
Jadual 4.1: Skor Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra)
Jadual 4.1 menggambarkan keputusan ujian diagnostik penjanaan idea (ujian pra) yang
telah dijalankan. Melalui keputusan ujian pra ini, jumlah maksimum kelancaran idea
adalah 24 dan minimum adalah 13. Fleksibiliti dan keaslian idea dinilai oleh dua orang
pensyarah kanan Jabatan Reka Bentuk Tekstil. Jumlah maksimum fleksibiliti idea
adalah 13 dan minimum adalah 6. Jumlah maksimum keaslian idea adalah 10 dan
minimum 3. Melalui jumlah maksimum dan minimum idea yang dihasilkan ini jelas
menunjukkan pencapaian yang lemah dalam kreativiti menjana dan menghalusi idea
oleh semua responden. Analisis seterusnya kaedah perbandingan means menggunakan
Ujian-t Satu Sampel ke atas Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian Idea ujian pra dan
pasca. Hasil keputusan ujian-t ini dilaporkan pada bahagian dapatan penyelidikan.
Responden
Kelancaran
Idea pada
Ujian Pra
Fleksibiliti
Idea pada
Ujian Pra
Keaslian
Idea pada
Ujian Pra
P1 P2 P1 P2
Responden 1 14 8 6 3 3
Responden 2 18 15 13 6 5
Responden 3 14 9 8 5 6
Responden 4 17 11 10 6 8
Responden 5 14 8 9 4 5
Responden 6 24 17 15 8 5
Responden 7 13 6 10 5 6
Responden 8 15 7 10 6 5
155
4.8 Refleksi
Refleksi merupakan satu bentuk inkuiri kendiri yang bertujuan bagi
meningkatkan kefahaman tentang amalan di mana penyelidik berperanan sebagai agen
perubahan yang sentiasa berusaha membuat perubahan untuk tujuan penambahbaikan.
Schon (1983) mengklasifikasikan refleksi kepada dua kategori iaitu refleksi dalam
tindakan (reflection in action) dan refleksi ke atas tindakan (reflection on action).
Refleksi dalam tindakan merupakan eksperimentasi berterusan yang membantu
seseorang guru mencari kaedah penyelesaian yang praktikal. Refleksi ke atas tindakan
pula merupakan proses penilaian ke atas tindakan yang telah diambil.
Penyelidik memulakan refleksi dengan melihat kepada sistem pengajaran
pembelajaran yang sedia ada. Hasil dari ujian diagnostik ini merupakan justifikasi
kepada salah satu kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
Hasil dari ujian ini juga telah mengesahkan isu yang sama dalam dapatan awal (pra)
semasa penyelidik menjalankan kajian rintis yang lalu. Yang pertama, informasi kursus
Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ini masih dilihat sebagai informasi am
di mana modus operandi kepada pelaksanaannya adalah sama seperti silibus-silibus
kursus reka bentuk tekstil yang lain.
Perancang silibus seharusnya membezakan di antara kursus berbentuk
penyelidikan dan teras reka bentuk serta proses. Ke dua sifat kursus ini adalah berbeza
dari aspek paradigma. Kursus Eksplorasi Reka Bentuk Tekstil memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kemahiran berfikir bagi meneroka isu,
peluang dan kemungkinan yang berlaku semasa proses penyelidikan. Manakala kursus
teras reka bentuk memberi fokus kepada amalan dalam proses reka bentuk.
Penyelidik mendapati terdapat beberapa kelemahan yang ketara dari aspek
perancangan dan pelaksanaan pengajaran kursus oleh pensyarah. Kegagalan responden
untuk menjana idea dalam kuantiti yang banyak ketiadaan teknik penjanaan idea dalam
156
proses PdP yang tidak sama sekali mengaplikasikan kemahiran berfikir serta teknik-
teknik penjanaan idea yang sistematik. Pensyarah kursus juga merupakan faktor
penyumbang kepada masalah ini di mana pensyarah tidak berinisiatif merangka strategi
untuk memperbaiki amalan pengajaran. Metodologi pengajaran yang sedia ada tidak
berorientasikan kemahiran berfikir. Proses perubahan ini memerlukan anjakan
paradigma di kalangan pensyarah bagi membuka ruang kepada penambahbaikan dalam
amalan pengajaran.
Kebolehan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea adalah isu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Di sini, penyelidik menggunakan ujian sebagai salah satu
dari instrumen untuk mengukur pencapaian responden melalui strategi intervensi yang
dijalankan. Ini adalah kerana objektif umum penyelidikan ini adalah untuk membina
integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil secara komprehensif.
Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan campuran
bagi tujuan kajian tindakan ini. Pengumpulan data dalam penyelidikan ini adalah hasil
dari analisis isu, kefahaman penyelidik tentang isu, perancangan tindakan, pemerhatian
perubahan tingkah laku, merekod, menganalisis data kualitatif/kuantitatif dan membuat
refleksi ke atas tindakan yang diambil. Proses ini dinamakan analisis reflektif.
4.8.1 Masalah Yang Telah Dikenal Pasti
Hasil dari refleksi penyelidik, isu-isu yang dikenal pasti selepas ujian diagnostik
penjanaan idea terdiri daripada empat faktor seperti berikut:
4.8.1.1 Latar Belakang Pendidikan Pelajar
Semua responden merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Semasa persekolahan, responden ini pernah didedahkan dengan kaedah kemahiran
berfikir dan teknik penjanaan idea, tetapi tidak digunakan secara meluas. Kemahiran
berfikir ini hanya digunakan pada beberapa subjek seperti pengajian am, sejarah dan
157
geografi. Oleh yang demikian, pembudayaan kemahiran dan teknik ini tidak diamalkan
sepenuhnya oleh responden. Penyelidik melihat kepada satu keperluan khusus bagi
mengaplikasikan kemahiran dan teknik penjanaan idea di dalam kurus Eksplorasi
Penyelidikan Reka bentuk tekstil. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
memberi penekanan kepada kemahiran kognitif sebagai asas kepada kursus Eksplorasi
Rekaan Tekstil ini.
4.8.1.2 Pemahaman Tema Dan Konsep
Walaupun pada peringkat awal, penyelidik telah memberikan tema projek secara
verbal, hasil dari pemerhatian, responden amat kurang berkomunikasi dengan
menanyakan soalan yang berkaitan dengan pelaksanaan ujian tersebut. Komunikasi di
antara mereka juga didapati kurang dipraktikkan. Berkemungkinan hal ini terjadi kerana
sesi suai kenal (ice breaking) belum dilakukan. Responden didapati kurang faham
tentang tema. Ini dapat dilihat semasa sesi pembentangan di mana kebanyakan idea
yang dihasilkan adalah bersifat stereotaip. Cadangan untuk mengatasi masalah ini
adalah dengan mengadakan sesi suai kenal bagi membolehkan responden membiasakan
diri dengan rakan dan persekitaran. Di samping itu juga penyelidik perlu memupuk
budaya soal jawab di antara pelajar dan penyelidik. Diharapkan dengan adanya usaha
ini dapat merapatkan lagi jurang kejanggalan di kalangan responden agar mereka dapat
berkomunikasi di dalam studio tanpa ada perasaan takut dan segan.
4.8.1.3 Kuantiti idea
Responden tidak berkebolehan menjana idea dalam kuantiti yang besar. Ini
disebabkan oleh beberapa faktor seperti aras pemikiran pelajar yang masih rendah. Ini
dilihat semasa ujian dijalankan, responden menyenaraikan idea dengan hanya
menggunakan pengetahuan pra (pre knowledge) berdasarkan pengalaman semata-mata.
158
Oleh yang demikian, kebolehan responden dalam menjana idea amat terbatas dari aspek
kuantiti idea yang dihasilkan. Idea yang paling maksimum dihasilkan adalah sebanyak
24 idea. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengubah suai
perancangan pengajaran mingguan dengan mengaplikasikan strategi intervensi
berasaskan penjanaan idea yang sistematik.
4.8.1.4 Kualiti idea
Hasil dari keputusan ujian diagnostik, kualiti idea yang dihasilkan tidak
memuaskan. Kebanyakan idea tersebut berbentuk stereotaip dengan aras pemikiran dan
budaya responden. Hampir semua responden memilih perayaan Hari Raya Aidil Fitri
sebagai tema projek sedangkan skop perayaan ini boleh diperkembangkan dengan lebih
luas lagi. Senarai-senarai idea juga hampir sama di antara satu sama lain. Antara idea
yang banyak digunakan adalah seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Ketupat, Rendang,
Dodol dan sebagainya. Idea ini hanya terhenti di sini tanpa perkembangan. Ini
membuktikan satu pola pemikiran yang bersifat umum yang memerlukan latihan bagi
memperkembangkan kemahiran berfikir melalui latihan dan teknik penjanaan idea yang
sistematik. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan juga dengan
mengaplikasikan strategi intervensi berasaskan kemahiran menaakul kepada responden.
4.8.1.5 Isu Memuncul (Emerging Issue)
Pada asasnya, penyelidikan ini hanya menumpukan kepada kemahiran kognitif
menjana dan menghalusi idea, namun setelah melalui pemerhatian, penyelidik
mendapati hampir semua responden mengalami masalah komunikasi terutamanya
semasa sesi pembentangan hasil ujian diagnostik. Responden tidak dapat bercakap di
hadapan audiens. Rentetan dari masalah ini, penyelidik juga mendapati tahap keyakinan
responden juga rendah terutama dalam mempertahankan idea yang telah dijanakan.
Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberikan latihan pengucapan
159
awam kepada responden. Proses ini dilihat sebagai proses yang berterusan dari masa ke
masa.
4.8.2 Latar Belakang Pensyarah
Majoriti 11 dari 13 orang pensyarah Program Reka Bentuk Tekstil berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil dan Sarjana Reka Bentuk Tekstil dari dalam dan
luar negara (maklumat dari direktori staf Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti
teknologi MARA Malaysia 2012). Kelulusan ini menjurus kepada kesarjanaan dalam
bidang reka bentuk tekstil berasaskan praktis. Oleh yang demikian, berdasarkan temu
bual kajian rintis yang dijalankan pada tahun 2012, mereka tidak mempunyai kepakaran
dalam bidang kurikulum dan pedagogi secara formal, seterusnya kurang
berpengetahuan terhadap pembangunan silibus. Pembangunan silibus adalah
berdasarkan kepada kurikulum yang sedang dipraktikkan.
Setiap silibus kursus pula memerlukan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi
seperti tiga domain utama pendidikan dalam taksonomi Bloom iaitu kognitif,
psikomotor dan afektif. (Keperluan kurikulum pendidikan berasaskan hasil 2008).
Antara tiga domain ini, domain kognitif amat diberi penekanan kerana melibatkan
proses berfikir. Kelemahan terhadap proses reka bentuk tekstil ini dikenal pasti pada
kaedah pengajaran yang tidak menekankan kepada kemahiran kognitif. Seharusnya
kemahiran kognitif dan psikomotor ini digabungkan bagi memantapkan lagi sesuatu
kursus secara komprehensif. Justeru gabungan dua domain ini dapat memenuhi objektif
kursus untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.
(Kementerian Pengajian Tinggi, 2008).
4.8.3 Paradigma Tradisional
Faktor ideologi dalam pengajaran merupakan antara faktor yang kuat
mempengaruhi sikap pensyarah terhadap sesuatu perubahan atau pembaharuan samada
160
sistem atau kaedah yang telah, sedang dan akan diperkenalkan (temu bual kajian rintis
2012). Sesuatu pembaharuan mengambil masa yang agak lama untuk diterima. Sebagai
contoh, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based
Education) yang diperkenalkan pada 2008 telah mendapat reaksi berbeza dari
pensyarah. Sebahagian besar pensyarah kanan masih mengekalkan kaedah pengajaran
tradisional mereka kerana berpendapat tidak ada kekurangan atau kelemahan dengan
paradigma yang sedia ada. Ini merupakan konflik penerimaan sesuatu pembaharuan
yang dilihat sebagai satu keterpaksaan yang perlu dilaksanakan. Oleh kerana sikap dan
cara pemikiran yang sedemikian, maka terhalangnya satu usaha untuk
mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ke arah penambahbaikan
berterusan kursus reka bentuk tekstil secara menyeluruh.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama proses dalam reka bentuk tekstil
ini sudah melangkaui empat dekad. Kaedah ini juga bersifat ilmu yang diwarisi oleh
pensyarah senior dan kemudiannya diamalkan pula oleh generasi pensyarah baharu
(temu bual kajian rintis 2012) tanpa mengambil inisiatif ke arah pelaksanaan yang lebih
praktikal mengikut kesesuaian sistem kurikulum semasa dan mengambil kira keperluan
pelajar masa kini.
Penyataan di atas adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dokumentasi silibus
program yang telah dianalisis oleh penyelidik sendiri (analisis silibus Program Diploma
dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian). Dari analisis yang dijalankan pada 2012,
penyelidik mendapati hampir semua silibus kursus teras reka bentuk mempunyai
prosedur pengoperasian yang sama dari aspek pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dan proses reka bentuk itu sendiri. Analisis yang dijalankan juga
merangkumi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (kepujian).
161
4.8.4 Inisiatif Dan Motivasi Ke Arah Pembaharuan
Faktor ini dilihat dari perspektif kepekaan pensyarah terhadap apa yang berlaku
di persekitarannya. Pensyarah secara peribadinya dilihat kurang memberi respons
terhadap perubahan sistem dan kaedah baharu yang diperkenalkan. Setiap perubahan
menuntut kepada tindakan yang bersifat relevan bagi memastikan kesinambungan
kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak terkesan dengan perubahan tersebut. Ini
tidak berlaku sebaliknya pensyarah dilihat tidak menunjukkan inisiatif yang tinggi bagi
memperbaiki serta mempertingkatkan amalan pengajaran agar kekal relevan dengan
tuntutan perubahan. Penyelidik tidak melihat satu usaha baharu bagi memperbaharui
amalan pengajaran di kalangan pensyarah kerana mereka merasakan senang berada di
zon selesa seperti sekarang. Gabungan tiga faktor ini kuat mempengaruhi usaha
penambahbaikan amalan pengajaran serta pelaksanaan sesuatu kaedah yang berpotensi
untuk membantu pelajar menguasai kemahiran kognitif secara komprehensif.
4.9 Kitaran Tindakan 1
Rajah 4.3 Proses Reka Bentuk Peringkat 1 Tema Penyelidikan (Bahan Kajian)
Tema penyelidikan merupakan proses pertama dalam reka bentuk tekstil. Pada
peringkat ini, responden dikehendaki membuat pemilihan bahan kajian berdasarkan
tema yang ditetapkan oleh pensyarah. Kesinambungan dari peringkat pemilihan bahan
kajian ini akan menghubungkan kepada proses reka bentuk yang seterusnya seperti
penyelidikan visual, perkembangan idea dan cadangan reka bentuk.Di peringkat ini,
TemaPenyelidikan(bahankajian)
PenyelidikanVisual(rekodfoto,lakaran,
lukisan,eksperimentasi)
PengembanganIdea(modifikasi,simplifikasi,skemawarna,susunatur,cadanganrekabentuk)
CadanganRekabentuk(aplikasicadanganrekabentuk2dan3dimensi)
162
kemahiran kognitif diberikan penekanan sebagai kaedah memahami tema dan menjana
idea yang sesuai untuk pemilihan bahan kajian. Modus operandi pelaksanaan yang sedia
ada hanya menggunakan pengetahuan pra responden di samping mengehendaki
responden mencari maklumat bahan kajian melalui media cetak, elektronik dan sumber
Internet. Dua kaedah ini dilihat tidak mengaplikasikan kemahiran kognitif secara
maksimum. Peringkat ini memerlukan 80% strategi pengajaran berteraskan kemahiran
kognitif dan 20% psikomotor.
Isu utama yang sering dihadapi oleh pensyarah pada peringkat ini adalah bahan
kajian yang dipilih oleh responden bersifat stereotaip dan pengulangan. Responden
merasa selesa mengemukakan cadangan bahan kajian yang berada di dalam ruang
lingkup pengetahuan dan pengalaman mereka. Sungguhpun dibantu oleh rujukan dari
media cetak dan elektronik sebagai sumber idea, namun ini tidak membuka minda
responden dalam memilih bahan kajian yang jauh lebih kreatif dan inovatif.
Setelah mengenal pasti permasalahan pada sesi ujian diagnostik, penyelidik
telah merancang untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan merangka strategi
bagi memudahkan tindakan seperti carta alir tindakan berikut :
163
Rajah 4.4: Carta Alir Proses Tindakan Satu
Rajah 4.5: Carta Alir Operasi Sumbang Saran Individu Kitaran Satu.
Masalah/Isu
IdeaterhadpadapengetahuanpraIdeabersifatstereotaip
PenghasilanIdeadalamKuantitiKecilPenghasilanIdeaTidakBerkualiti
PelanTindakan(Perancangan)
KemahiranKognitif 80%KemahiranPsikomotor20%
KemahiranKognitif
SumbangSaranIndividu
PengkategorianIdea
KemahiranPsikomotor
KemahiranTeknologi
MaklumatMendapatkan
SumberRujukan
InstrumenPemerolehanData
UjianKreativitiPenjanaanIdea
PemerhatianTurutSerta(NotaLapangan)
AnalisisData
UjianKreativiti
NotaLapangan
RefleksiKepadaTindakan
Kelebihan/KekuranganSumbangSaranIndividu
PencapaianRespondenMenjana/MenghalusiIdea
Adaptasi/MaklumbalasRespondenterhadapstrategiyangdijalankan(Afektif)
MengenalpastiSemulaMasalah/Isu
MENGENALPASTIMASAALAH
MERANCANGTINDAKAN
SESIORIENTASI.AKTIVITIINDIVIDUDANKUMPULAN(ICEBREAKING)
MENGAJARTEKNIKBERFIKIRDAN
PENJANAANIDEAMETAKOGNITIF
MENGAJARKONSEP/PRAKTIKSUMBANGSARAN
INDIVIDU
LATIHANTEKNIKSUMBANGSARAN
INDIVIDU
20MINITMASALATIHAN
MENGAMBILKEPUTUSAN
UJIANKEBOLEHANKOGNITIF
SUMBANGSARANINDIVIDU
10MINITMASAUJIAN
(PEMERHATIAN)
10MINITMASAMENGHALUSIIDEA
MENGUMPULKEPUTUSAN
MENGANALISAKEPUTUSAN
(PEMERHATIAN)
MEMBUATREFLEKSIKEATAS
TINDAKAN
164
Kitaran tindakan satu dimulakan selepas mengenal pasti masalah di peringkat
ujian diagnostik. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan
permasalahan dengan perancangan seperti berikut:
4.10 Merancang Tindakan
Perancangan kepada tindakan ini merujuk kepada permasalahan di peringkat ujian
diagnostik yang telah dijalankan. Penyelidik merancang melalui strategi sumbang saran
individu iaitu:
4.10.1 Strategi Sumbang Saran Individu
Sumbang saran individu merupakan kaedah individu mengawal penuh terhadap
proses kreatif, dan membolehkan individu tersebut bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas segala keputusan yang dibuat. Dalam konteks penyelidikan ini, sumbang saran
individu berperanan sebagai teknik penjanaan idea oleh responden untuk meneroka
bahan kajian yang berasaskan kemahiran kognitif. Strategi ini juga dibantu oleh
pengkategorian idea yang telah disediakan agar proses percambahan idea dapat
dikembangkan semaksimum yang mungkin.
Objektif: Menerapkan teknik sumbang saran individu sebagai teknik menjana
idea reka bentuk tekstil.
Strategi ini bertujuan melatih responden untuk menguasai kemahiran menjana
idea secara individu. Sumbang saran digunakan dalam menyelesaikan masalah tingkah
laku dan menyemai kemahiran berfikir secara kritis di kalangan responden. Walaupun
sumbang saran pada asalnya dibangunkan untuk digunakan dalam kumpulan, prinsip
yang sama boleh digunakan untuk individu. Beberapa kajian telah menunjukkan
individu yang sering melakukan sumbang saran dapat menghasilkan idea yang lebih
kreatif daripada sumbang saran dalam kumpulan. Perincian kepada strategi ini
diterangkan di dalam modul pengajaran.
165
4.11 Pelaksanaan Tindakan Kitaran 1
Pelaksanaan tindakan kitaran 1 ini berdasarkan refleksi dan perancangan yang
dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pada peringkat awal.
4.11.1 Strategi Sumbang Saran Individu
Strategi ini dilaksanakan dalam proses pengajaran. Berdasarkan permasalahan
yang dikenal pasti, penyelidik mendapati responden tidak mempunyai teknik khusus
dalam menjana idea. Oleh yang demikian, responden diajar teknik sumbang saran
secara individu. Bagi membolehkan responden menjana idea dalam kuantiti yang besar,
penyelidik telah menyediakan satu kaedah mudah dalam menjana idea dengan membuat
beberapa kategori idea seperti:
i. Makanan dan minuman
ii. Pakaian
iii. Identiti kaum
iv. Perasaan
v. Elemen warna, bentuk, tekstur
vi. Seni bina
Penambahan kategori ini bertujuan untuk menstrukturkan pola pemikiran dalam
membantu responden menjana idea dalam kerangka kategori yang disediakan. Oleh
yang demikian, responden dapat menjana sesuatu idea itu dalam perspektif yang lebih
luas dengan cara memperkembangkan lagi idea seterusnya dengan merujuk kepada
kategori yang disediakan. Pelaksanaan ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea ini
dijalankan sebaik sahaja responden menjalani sesi latihan dan pembelajaran teknik
sumbang saran individu. Penyelidik juga telah membuat garis panduan berkenaan
sumbang saran individu ini seperti:
166
i. Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti yang dihasilkan
ii. Penjanaan idea mengikut panduan kategori
Strategi ini juga menekankan kepada kemahiran menghalusi idea walaupun telah
diaplikasikan ke dalam strategi meta kognitif. Responden dilatih menguasai kemahiran
menghalusi idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama sepuluh minit. Sebaik
sahaja proses menjana idea selesai, responden diberikan masa selama sepuluh minit lagi
untuk menghalusi idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta
kognitif. Oleh yang demikian, strategi sumbang saran individu ini merangkumi dua
komponen utama iaitu menjana dan menghalusi idea. Strategi ini diaplikasikan sebelum
ujian kreativiti menjana idea dijalankan.
4.11.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu
Ujian ini adalah pengukuran keberkesanan strategi sumbang saran individu yang
dilaksanakan, bukan sahaja ujian kepada kreativiti menjana idea, malahan bertujuan
membina rasional kepada idea yang dihasilkan. Ujian ini dijalankan setelah pelaksanaan
semua strategi intervensi yang dirancang pada kitaran tindakan satu. Pelaksanaan
kitaran tindakan satu ini mengambil masa satu minggu.
Format ujian ini adalah sama seperti ujian diagnostik. Perbezaannya di sini
adalah intervensi yang dilakukan sebelum ujian. Ujian dimulakan pada minggu ke dua.
Responden dikehendaki untuk duduk secara individu seperti penetapan piawai kelas.
Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap kumpulan terdiri
dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk pengagihan tema
ujian yang berbeza. Walaupun berkumpulan, ujian yang diberikan masih dalam bentuk
individu dan responden tidak dibenarkan berbincang sesama sendiri. Peralatan alat tulis
yang diperlukan adalah sehelai kertas bersaiz A3 dan pen/pensel. Responden dari
167
kumpulan A diberikan tema perayaan Deepavali, kumpulan B tema perayaan Tahun
Baharu Cina dan kumpulan C tema perayaan Hari Raya Aidil Fitri.
Soalan ujian dan juga soalan sumbang saran “ Apakah imej-imej yang dapat
menggambarkan suasana perayaan”? Responden perlu menyenaraikan seberapa banyak
idea yang relevan dengan tema yang kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan
berpandukan kepada strategi sumbang saran individu yang telah diajar, responden boleh
merujuk kepada panduan kategori seperti berikut:
i. Makanan dan minuman
ii. Pakaian
iii. Identiti kaum
iv. Perasaan
v. Elemen warna, bentuk, tekstur
vi. Seni bina
Masa yang diberikan adalah sepuluh minit. Dalam masa sepuluh minit ini
penyelidik menandakan senarai semak berkenaan reaksi responden menjana idea.
Setelah masa menjana idea tamat, responden diberikan masa sepuluh minit lagi untuk
menghalusi idea yang telah dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam
strategi meta kognitif dan sumbang saran individu. Dalam masa ini juga penyelidik
mencatat nota lapangan reaksi responden menghalusi idea. Setelah masa yang diberikan
tamat, penyelidik meminta pelajar menyerahkan hasil penyenaraian yang telah
dihasilkan.
Seterusnya penyelidik meminta responden membentangkan hasil penyenaraian
idea yang dihasilkan secara individu. Responden juga diminta untuk menerangkan
rasional setiap idea yang disenaraikan, dan menyingkirkan idea yang tidak relevan
dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh responden yang lain dengan membuat
kritikan membina terhadap kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan
168
disingkirkan. Keputusan ujian ini diterangkan di dalam laporan keputusan ujian
kreativiti menjana idea.
4.12 Analisis Tindakan Kitaran Satu
Terlebih dahulu penyelidik ingin memaklumkan analisis ke atas tindakan yang
dijalankan ini adalah sebahagian dari proses kitaran tindakan. Oleh sebab kajian
tindakan memerlukan proses analisis pada setiap kitaran, maka dengan ini penyelidik
hanya membincangkannya secara am. Analisis merupakan satu lagi proses penting
dalam kajian tindakan selepas pengumpulan data yang berkaitan.
Dalam hal ini, penyelidik menggunakan dua instrumen bagi tujuan pengumpulan
data ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta
dan yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana idea. Instrumen pemerhatian
peserta dan bukan peserta ini menggunakan nota lapangan yang dicatat sendiri oleh
penyelidik semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti menjana idea.
Penyelidik menggunakan dua kaedah untuk menganalisis strategi intervensi
yang dijalankan iaitu kaedah induksi analitis dan perbandingan. Kaedah induksi analitis
merupakan salah satu dari kaedah analisis di dalam kajian tindakan. Kaedah ini
dilaksanakan dengan merujuk kepada nota lapangan, senarai semak dan keputusan ujian
kreativiti. Pada tindakan kitaran satu ini, kaedah analisis perbandingan ini hanya boleh
dilakukan pada ujian kreativiti menjana idea. Ini adalah kerana strategi intervensi yang
dijalankan belum boleh dibandingkan dengan keputusan yang terdahulu. Kaedah
analisis perbandingan ini akan dijelaskan di dalam kitaran dua.
4.12.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Individu
Strategi ini merupakan intervensi yang pertama diaplikasikan bagi membantu
responden memahami teknik penjanaan idea berkategori. Isu yang dikenal pasti semasa
169
ujian diagnostik memperlihatkan ketidakbolehan responden menjana idea dalam
kuantiti yang banyak serta menghalusi idea yang telah dihasilkan. Melalui latihan dan
pemerhatian yang dijalankan, didapati dengan adanya kategori idea serta garis panduan
yang disediakan, responden dapat mengadaptasi intervensi ini dengan cepat. Penyediaan
kategori berstruktur banyak membantu responden berfikir dengan lebih terbuka lantas
dapat menghasilkan idea berdasarkan bantuan kategori yang disediakan.
Selain dari itu, garis panduan aktiviti sumbang saran yang mengutamakan
kuantiti dari kualiti idea sangat membantu responden menjana idea tanpa perlu
memikirkan salah atau betulnya idea tersebut. Dari aspek masa yang ditetapkan,
kebanyakan responden memohon perlanjutan masa dari sepuluh ke lima belas minit
kerana masa yang diberikan tidak mencukupi. Responden merasakan satu tekanan bagi
menyenaraikan idea dalam tempoh singkat. Masa merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan tetapi, mengikut konsep sumbang
saran, masa yang diambil terlalu lama mengurangkan fungsi kognitif seseorang kerana
setiap kreativiti memerlukan dorongan dan tekanan untuk mencapai sesuatu matlamat.
4.12.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu
i. Responden Pertama
Tema sumbang saran individu untuk responden 1 adalah perayaan Hari Raya
Aidil Fitri. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 38 idea dalam masa sepuluh
minit. Jumlah idea yang berjaya dikategorikan selepas sesi kritik adalah berjumlah 29
idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan.
Kategori makanan merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti
penghasilan idea yang unik pula, responden pertama hanya menghasilkan sepuluh idea.
Hasil ujian juga mendapati responden pertama kurang berjaya mengaitkan antara satu
idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden pertama berjaya menyusun idea
170
mengikut keutamaan. Kebolehan responden pertama untuk menggabungkan dari satu
idea ke idea yang lain juga didapati kurang berjaya.
ii. Responden Kedua
Tema sumbang saran individu untuk responden kedua adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 37 idea dalam masa
yang ditetapkan iaitu sepuluh minit. Semasa proses menghalusi idea, responden kedua
berjaya mengkategorikan idea beliau kepada 28 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini
merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan, pakaian dan warna
merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea
yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan sepuluh idea. Hasil dari ujian
ini mendapati responden kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam
menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut
keutamaan, ujian mendapati responden kedua menunjukkan peningkatan sederhana
berjaya. Selain dari itu, responden kedua juga didapati tidak berjaya menggabungkan
dari satu idea ke idea yang lain.
iii. Responden Ketiga
Tema sumbang saran individu untuk responden ketiga adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden ketiga menjana sebanyak 33 idea yang berkaitan dengan
tema. Masa yang diberikan juga sepuluh minit. Proses mengkategorikan idea dilihat
sebagai satu proses yang agak sukar di mana responden ketiga dapat menghasilkan
hanya 27 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 33 idea. Kebanyakan idea
yang dihasilkan melalui kategori makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang,
lemang dan kuih muih tradisional. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik
pula, responden ketiga berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil dari ujian ini mendapati
responden ketiga ini berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain.
Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana
171
berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping sederhana berjaya
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
iv. Responden Keempat
Tema sumbang saran individu untuk responden keempat adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden keempat berjaya menghasilkan 39 idea yang
berkaitan dengan tema dalam masa sepuluh minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi
29 setelah melalui proses mengkategorikan idea yang relevan. Kebanyakan idea ini
terhasil dari kategori warna, pakaian dan buah-buahan. Dari aspek kreativiti penghasilan
idea yang unik pula, responden keempat berjaya menghasilkan 14 idea yang dinilai
sebagai idea unik. Responden empat ini juga dikategorikan sebagai kurang berjaya
dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti
kitaran satu ini juga mendapati terdapat sedikit peningkatan dari aspek penyusunan idea
mengikut keutamaan dan walau bagaimanapun, responden keempat tidak berjaya untuk
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
v. Responden Kelima
Tema sumbang saran individu untuk responden kelima adalah perayaan Tahun
Baharu Cina. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 41 idea dalam
tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi
kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 31 idea. Dari aspek
kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelima berjaya menghasilkan 12
idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai kurang
berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun
idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati kurang berjaya menyusun.
Responden kelima juga disifatkan juga sebagai tidak berjaya dalam menggabung dari
satu idea ke idea yang lain.
vi. Responden Keenam
172
Tema sumbang saran individu untuk responden keenam adalah perayaan Tahun
Baharu Cina. Responden enam berjaya menjana sebanyak 41 idea dalam tempoh yang
diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 34 idea setelah melalui proses
mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini
berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buah-
buahan adalah yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea
yang unik pula, responden keenam berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil keputusan ujian
mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea
yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga
diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati
responden keenam sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
vii. Responden Ketujuh
Tema sumbang saran individu untuk responden ketujuh adalah perayaan
Deepavali. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 33 idea semasa sesi
penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 26 idea selepas proses
mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada
pakaian, warna dan pelita. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula,
responden ketujuh berjaya menghasilkan 16 idea Responden ketujuh didapati kurang
berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan
ujian ini juga mendapati responden ketujuh kurang berjaya untuk menyusun idea
mengikut keutamaan tema di samping tidak berjaya dalam menggabungkan dari satu
idea ke idea yang lain.
viii. Responden Kelapan
Tema sumbang saran individu untuk responden kelapan juga khusus perayaan
Deepavali. Responden kelapan menghasilkan 30 idea semasa awal sesi dalam masa
sepuluh minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses mengkategorikan idea dan
173
sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 30 ke 24 idea. Dari aspek kreativiti
penghasilan idea yang unik pula, responden kelapan berjaya menghasilkan 12 idea.
Hasil dari ujian kreativiti kitaran satu ini, responden kelapan didapati kurang berjaya
dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan
idea, responden kelapan didapati juga kurang berjaya dalam menyusukan idea mengikut
keutamaan. Di samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran satu ini juga
mendapati responden kelapan kurang berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea
yang lain mengikut kerelevanan dan logik tema projek.
4.12.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran Satu
Penyelidik menggunakan nota lapangan bagi merekodkan aktiviti yang berlaku
semasa tutorial dan latihan teknik sumbang saran individu. Berbeza dengan senarai
semak, nota lapangan ini tidak mengkhususkan atribut tertentu untuk diperhatikan,
malah proses pemerhatian ini bersifat eksplorasi dan tidak berstruktur bagi merekodkan
fenomena baharu yang mungkin berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penemuan kepada isu baharu ini dinamakan ‘isu baharu muncul’ (emerging issue). Isu
baharu muncul terbentuk melalui proses penyelidikan bersifat induktif yang juga
merupakan salah satu terma terpenting di dalam penyelidikan kualitatif.
Penyelidik juga mendapati salah satu kelebihan pemerhatian turut serta ini adalah
responden tidak berasa kekok apabila penyelidik turut serta dalam proses pengajaran
dan pembelajaran khususnya aktiviti latihan teknik sumbang saran individu yang
dijalankan. Ini membolehkan komunikasi dua hala di antara penyelidik dan responden
berlaku dalam situasi santai. Maklum balas dan jawapan yang diberikan oleh responden
juga lebih terbuka dan jujur.
Pada kitaran satu ini penyelidik mendapati kajian tindakan kelas mempunyai satu
kelebihan iaitu kawalan ke atas responden. Maksudnya di sini, responden yang juga
merupakan pelajar patuh kepada arahan yang diberikan dan mereka bersedia menerima
174
arahan seterusnya. Oleh yang demikian, perancangan dan pelaksanaan strategi sumbang
saran individu dapat berjalan dengan baik.
Semasa sesi tutorial, kebanyakan responden dilihat masih bersikap tunggu dan
lihat sambil menantikan arahan seterusnya dari penyelidik. Oleh kerana terdapat tiga
kumpulan yang telah dibahagikan, sesi tutorial juga dijalankan secara perbincangan
berkumpulan. Melalui perbincangan kumpulan ini, responden dilihat sudah mula
berkomunikasi sesama rakan kumpulan. Kaedah perbincangan kumpulan semasa sesi
tutorial ini diteruskan pada dua kumpulan yang lain. Hasil dari kaedah perbincangan ini,
penyelidik cuba merumuskan kaedah perbincangan berkumpulan dapat mengatasi
masalah komunikasi antara responden.
Melalui pemerhatian ini juga, penyelidik mendapati terdapat responden yang
agak pendiam dan kurang berbincang. Ini mungkin kerana mereka masih belum dapat
membiasakan diri dengan tempat, suasana dan ahli dalam kumpulan. Kumpulan A yang
bertemakan perayaan Hari Raya Aidil Fitri dilihat rancak berbincang berbanding
kumpulan B dan C.
4.13 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Satu
Refleksi terhadap tindakan kitaran satu ini dibantu oleh dua instrumen utama
iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti pelajar kitaran satu. Melalui pemerhatian
peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara yang berlaku
semasa proses pengajaran, pembelajaran dan ujian kreativiti pelajar. Refleksi dilakukan
ke atas tiga perkara iaitu :
i. Kelebihan/kekurangan teknik sumbang saran individu di peringkat tema
ii. Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran satu
iii. Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu
175
4.13.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Individu
Tindakan membuat penambahbaikan ke atas kandungan silibus eksplorasi
penyelidikan reka bentuk tekstil ini membuka ruang bagi pengaplikasian strategi yang
dirancang seterusnya dilaksanakan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang
dihadapi. Walau bagaimanapun penambahbaikan ke atas silibus ini tidak menjejaskan
kandungan silibus asal kerana strategi yang diaplikasikan tersebut digunakan sebagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam studio. Pelaksanaan strategi
dilaksanakan mengikut keperluan pengajaran yang dirancang. Oleh yang demikian,
kursus eksplorasi reka bentuk ini sedang melalui proses pembaharuan dan
penambahbaikan melalui pendekatan yang dilaksanakan.
Percubaan pertama ke atas strategi mendapat respons yang baik dari responden.
Ini berikutan panduan kategori berstruktur yang telah ditetapkan seterusnya penumpuan
dalam penjanaan idea lebih terarah kepada objektif mengikut klasifikasi. Penetapan
menjana idea melalui kategori berstruktur ini perlu diperkembangkan lagi kepada
beberapa sub-kategori yang lebih terperinci. Dari aspek masa dalam proses sumbang
saran juga perlu dibuat eksperimen untuk menentukan kuantiti idea yang dihasilkan.
Oleh yang demikian, penyelidik mengambil keputusan untuk meneruskan lagi strategi
sumbang saran kategori berstruktur pada perancangan pengajaran dan pembelajaran
pada minggu-minggu yang seterusnya. Penyelidik merumuskan satu kaedah penjanaan
idea yang berkesan adalah dengan berpandukan kepada struktur serta masa yang
mencukupi.
4.13.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu
Pada ujian kreativiti kitaran satu ini, penyelidik menggunakan format yang sama
dengan ujian diagnostik. Perbezaannya terletak pada strategi sumbang saran individu
yang dijalankan bagi melihat perubahan yang berlaku hasil dari perancangan dan
176
tindakan yang diambil. Ujian ini juga dijadikan sebagai instrumen pengumpulan data
bagi menjawab kepada persoalan kajian satu dan dua. Keputusan ujian mendapati
terdapat sedikit peningkatan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan oleh responden
berbanding dengan keputusan ujian diagnostik menjana idea yang terdahulu.
Penyelidik juga mendapati kefahaman terhadap tema juga merupakan faktor
penyumbang bagi kuantiti idea yang dihasilkan. Kenyataan ini adalah berdasarkan
kepada tiga kategori tema yang telah ditetapkan. Tiga responden yang bertemakan
perayaan Hari Raya Aidil Fitri dilihat dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang
banyak jika dibandingkan dengan tema perayaan yang lain. Tiga responden ini
mempunyai satu kelebihan kerana mempunyai pengetahuan pra dan pengalaman
terhadap tema tersebut.
Bagi tema perayaan Tahun Baharu Cina pula, tiga responden dapat
menghasilkan idea dalam kuantiti yang sederhana, walau bagaimanapun kuantiti idea
yang dihasilkan pada ujian ini jauh lebih banyak dari ujian diagnostik yang terdahulu.
Ini disebabkan kekurangan sumber idea dan pengalaman bagi perayaan yang bukan
disambut oleh mereka. Begitu juga dengan tema perayaan Deepavali. Kuantiti idea
yang dihasilkan juga pada tahap sederhana. Oleh itu, penyelidik merumuskan dengan
adanya pengetahuan dan pengalaman tentang sesuatu tema akan mempengaruhi kuantiti
idea yang dihasilkan.
Bagi kualiti idea yang dihasilkan pula, penyelidik mendapati idea yang
dihasilkan ini masih di tahap sederhana. Kebanyakan idea yang dihasilkan adalah
melalui kategori yang ditetapkan. Untuk tema perayaan Hari Raya Aidil Fitri, idea
yang biasa dihasilkan berbentuk makanan dan minuman dan pakaian. Ke tiga-tiga
responden dilihat tidak berani untuk menyenaraikan idea selain daripada kategori yang
ditetapkan. Responden juga masih dilihat tidak dapat menguasai kemahiran menghalusi
idea walaupun latihan telah diberikan sebelum ujian ini.
177
Untuk perayaan Tahun Baharu Cina pula, penyelidik mendapati responden
dalam kumpulan ini juga masih menghasilkan idea mengikut kategori yang ditetapkan.
Idea dari kategori makanan dan minuman serta pakaian merupakan idea yang paling
biasa dihasilkan. Dari aspek kualiti, idea ini dilihat sebagai sederhana. Begitu juga
dengan tema perayaan Deepavali yang menyaksikan kualiti idea di tahap sederhana.
Kebanyakan kategori idea juga sama seperti tema Tahun Baharu Cina di antaranya
adalah makanan, minuman dan pakaian.
Penyelidik mendapati strategi ini masih terdapat kekurangan dari segi
perancangan dan pelaksanaan. Dengan menetapkan kategori sebagai panduan untuk
menjana idea ternyata menjadikan responden terikat dengan kerangka kategori tanpa
berani untuk berfikir di luar kerangka yang ditetapkan. Walaupun strategi ini
menunjukkan terdapat perubahan dari aspek kuantiti dan kualiti, namun masih tidak
mencapai tahap yang diharapkan kerana dua sebab. Sebab yang pertama ialah
kefahaman tentang sesuatu tema dan ke dua ialah ketidakbolehan responden dalam
menguasai kemahiran rasionalisasi terhadap idea yang dihasilkan.
Oleh yang demikian, penyelidik merumuskan satu kaedah yang efektif dalam
menjana idea adalah dengan memberikan pendedahan yang mendalam terhadap sesuatu
tema dan menyediakan latihan intensif kepada responden untuk menguasai kemahiran
rasionalisasi terhadap idea yang dihasilkan. Selain dari itu, kategori idea yang
ditetapkan perlu diperluaskan bagi membantu responden berfikir secara terbuka tanpa
dikongkong oleh kategori yang ditetapkan.
4.14 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Individu
Oleh kerana modus operandi peringkat tema ini memerlukan lapan puluh peratus
kemahiran kognitif, teknik sumbang saran individu ini dilihat sebagai rangsangan teknik
berfikir berstruktur. Penyelidik mendapati teknik sumbang saran ini berjaya membantu
178
responden menjana idea asli, iaitu idea responden itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh
idea responden lain. Keaslian idea juga dikategorikan juga sebagai salah satu objektif
kursus Reka Bentuk Tekstil. Sumbang saran individu ini bersifat percambahan idea
melalui idea yang sedia ada. Keupayaan responden untuk mencambahkan idea pula
bergantung kepada beberapa faktor seperti pengetahuan pra, pengalaman, sumber
rujukan dan kategori idea.
Penyelidik juga mendapati responden dapat mengembangkan idea kepada
beberapa rangkaian idea yang lain dengan bantuan kategori idea yang disediakan.
Seterusnya, teknik sumbang saran individu ini tidak terikat dengan masa yang
ditetapkan. Oleh itu, responden boleh mempraktikkan teknik ini di mana sahaja. Tahap
kreativiti seseorang berbeza mengikut masa samada pagi, petang, malam atau semasa
aktiviti santai, melancong, menonton wayang dan sebagainya. Responden juga dilihat
berani menjana idea tanpa berasa malu kerana teknik ini dilakukan secara individu.
Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan
teknik ini, walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan pada teknik sumbang
saran individu yang membentuk gaya pembelajaran individualistik yang kurang
menggunakan komunikasi di antara mereka. Sesungguhnya terdapat perbezaan jumlah
idea yang dihasilkan pada sesi ujian diagnostik dan ujian kreativiti menjana idea satu.
Ini membuktikan pengaplikasian teknik sumbang saran menyumbang kepada kuantiti
idea yang dihasilkan.
4.15 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Individu
Maklum balas responden ini adalah hasil dari analisis temu bual kumpulan fokus
yang telah dijalankan. Maklumat yang diperoleh dari responden (pelajar) ini telah
ditafsir dan disintesiskan menjadi satu fakta naratif terhadap teknik dan intervensi yang
diperkenalkan. Sumbang saran individu merupakan proses kreatif individu menjana idea
secara perseorangan tanpa melibatkan pengaruh dari responden lain. Proses kognitif
179
yang berlaku semasa aktiviti ini adalah stimulasi aktiviti mental aras tinggi iaitu proses
sintesis pengetahuan pra, bahan rujukan dan kategori idea yang telah disediakan.
Pengetahuan pra dan bahan rujukan seperti bahan cetak, elektronik dan sumber
maklumat dari Internet berperanan sebagai stimulasi kepada inspirasi tema, manakala
pengkategorian idea berperanan sebagai pencetus kepada idea baharu. Oleh yang
demikian, percambahan idea baharu terhasil dari aktiviti berfikir secara berstruktur dan
sistematik melalui pengkategorian idea yang sedia ada. Kemahiran mensintesiskan tiga
atribut ini dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan latihan yang intensif
melalui aktiviti khusus kemahiran kognitif seperti sumbang saran ini. Penyelidik
mendapat maklum balas dari responden yang mengatakan teknik penjanaan idea melalui
sumbang saran individu ini memberikan mereka kebebasan menjana idea tanpa terikat
dengan masa yang khusus, namun setiap responden mempunyai tahap kreativiti yang
berbeza bergantung kepada pengetahuan pra, pengalaman serta dan input yang diterima.
Latihan merupakan isu utama dalam teknik sumbang saran ini kerana belum pernah
dipraktikkan ke dalam proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah.
4.16 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran Satu
Proses ini merupakan gabungan analisis dan refleksi ke atas tindakan yang
dijalankan. Masalah yang dikenal pasti ini dapat dikategorikan seperti berikut:
4.16.1 Kelemahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Perancangan dan pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran meta
kognitif yang dilaksanakan pada kitaran satu dilihat masih belum menampakkan hasil
yang positif berdasarkan refleksi yang dilaksanakan. Responden masih belum
sepenuhnya dapat menghalusi idea yang dijanakan seperti membeza, mengkategori,
menganalisis, menghubung dan mengutamakan idea. Proses ini memerlukan keupayaan
berfikir secara kritis. Di dalam pedagogi, berfikir secara kritis ini merupakan salah satu
180
cabang meta kognitif yang menuntut rasionalisasi terhadap sesuatu perkara. Oleh yang
demikian, penyelidik membuat perancangan bagi mengatasi masalah ini.
4.16.2 Kuantiti Idea
Seperti yang telah dibincangkan, kuantiti idea melalui kaedah sumbang saran
individu ini masih di tahap sederhana. Walaupun strategi sumbang saran individu
berkategori dapat membantu dalam proses penjanaan idea, dari aspek teknikal, strategi
ini masih bersifat individu yang terbatas keupayaannya. Hasil dari keputusan ujian
kreativiti menjana idea kitaran satu mendapati empat faktor yang mempengaruhi
kuantiti idea yang dihasilkan. Faktor yang pertama adalah kekurangan sumber rujukan
terhadap tema kajian. Ini adalah kerana responden hanya menggunakan pengetahuan
pra serta pengalaman mereka dalam menjana idea. Responden yang mempunyai
pengetahuan pra serta pengalaman terhadap sesuatu perkara dapat menghasilkan
kuantiti idea yang banyak.
Faktor yang ke dua pula adalah kekurangan latihan sumbang saran semasa sesi
tutorial. Ini menyebabkan responden tidak dapat mempraktikkan kaedah ini secara
maksimum. Faktor yang ke tiga berkenaan dengan kategori idea yang agak kaku.
Kategori ini perlu diperkembangkan lagi bagi membuka minda responden untuk
meneroka kemungkinan yang tidak dijangkau oleh fikiran. Faktor yang ke empat pula
berkenaan dengan masa yang ditetapkan semasa menjana idea. Dari maklum balas yang
diterima, responden memerlukan tambahan masa semasa menjana idea.
4.16.3 Kualiti idea
Kualiti idea ditentukan oleh idea terbaik yang relevan dengan tema. Untuk
menghasilkan idea yang berkualiti, responden perlu mempunyai kemahiran menghalusi
idea (kreativiti). Kemahiran inilah yang memerlukan pemikiran konvergen serta kritis
untuk tujuan membeza, mengkategori, menganalisis, menghubung dan mengutamakan
idea. Melalui pemerhatian serta keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran satu,
181
penyelidik mendapati responden masih belum boleh menguasai kemahiran ini.
Pemikiran konvergen serta kritis perlu diberi penekanan intensif melalui latihan-latihan
yang kerap.
182
4.17 Kitaran Tindakan Dua
Rajah 4.6: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran Dua.
Kitaran tindakan satu memperlihatkan masalah yang masih wujud selepas
strategi kitaran satu dijalankan. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah
penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi intervensi bagi mendapatkan hasil yang
diharapkan pada kitaran tindakan dua ini. Oleh yang demikian, penyelidik telah
merancang intervensi ke dua dalam kitaran tindakan dua ini. Berikut merupakan carta
alir perancangan dan pelaksanaan intervensi seterusnya.
TemaPenyelidikan(bahankajian)
PenyelidikanVisual(rekodfoto,lakaran,
lukisan,eksperimentasi)
PengembanganIdea(modifikasi,simplifikasi,skemawarna,susunatur,cadanganrekabentuk)
CadanganRekabentuk(aplikasicadanganrekabentuk2dan3dimensi)
Masalah/Isu
PenghasilanIdeaMasihDalamKuantitiKecil
PenghasilanIdeaMasihTidakBerkualiti
PelanTindakan(Perancangan)
KemahiranKognitif 80%KemahiranPsikomotor20%
KemahiranKognitif
SumbangSaranBerkumpulan
Pembelajaran
PengkategorianIdea
KemahiranPsikomotor
KemahiranTeknologi
Maklumat
Mendapatkan
SumberRujukan
SSBerkumpulanbertindaksebagaipenambahbaikankepadaSSIndividu
InstrumenPemerolehanData
UjianKreativitiPenjanaanIdea
PemerhatianTurutSerta(NotaLapangan)
PemerhatianTidakTurutSerta(SenaraiSemak)
Foto/VideoAktivitiStudio
AnalisisData
UjianKreativitiKitaran2
NotaLapangan
SenaraiSemak
RefleksiKepadaTindakan
Kelebihan/KekuranganSumbangSaranBerkumpulanDiPeringkatTemapenyelidikan(bahankajian)
PencapaianRespondenMenjana/MenghalusiIdea
Adaptasi/ResponsRespondenterhadapstrategiyang
dijalankan(Afektif)
MengenalpastiSemulaMasalah/Isu
183
Rajah 4.7: Carta Alir Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Kitaran Dua.
Kitaran tindakan dua dimulakan selepas mengenal pasti masalah kitaran
tindakan satu. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah
dengan perancangan seperti berikut:
4.18 Merancang tindakan
Perancangan kepada tindakan ini merujuk kepada permasalahan kitaran tindakan
satu yang telah dijalankan. Penyelidik merancang dengan melakukan pengubahsuaian
dan penambahbaikan strategi yang sedia ada. Perancangan ini juga hasil dari
perbincangan dengan pensyarah kursus reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, setiap
perancangan dan tindakan yang dijalankan adalah di bawah pengetahuan pensyarah
kursus. Ini bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan berada pada landasan yang
betul. Perancangan ini juga telah mengambil kira beberapa maklum balas dari
responden selain dari refleksi penyelidik sendiri.
4.18.1 Sumbang Saran Berkumpulan
Sumbang saran berkumpulan merupakan proses kreatif untuk menjana idea serta
penyelesaian melalui perbincangan intensif dan bebas secara berkumpulan. Setiap
MENGENALPASTIMASAALAH
MERANCANGTINDAKAN
MENGAJARPENJANAAN/
MENGHALUSIIDEAMETAKOGNITIF
MENGAJARKONSEP/PRAKTIKSUMBANG
SARANBERKUMPULAN
LATIHANTEKNIKSUMBANGSARANBERKUMPULAN
20MINITMASALATIHAN3KALILATIHAN
MENGAMBILKEPUTUSAN
UJIANKEBOLEHANKOGNITIFSUMBANG
SARANBERKUMPULAN
12MINITMASAUJIAN
(PEMERHATIAN)
12MINITMASAMENGHALUSIIDEA
MENGUMPULKEPUTUSAN
MENGANALISAKEPUTUSAN
(PEMERHATIAN)
MEMBUATREFLEKSIKEATASTINDAKAN
Proses
TindakanStrategiIntervensi
Sesi
Latihan/Aktiviti
184
peserta adalah digalakkan untuk berfikir dengan bebas dan mencadangkan idea
sebanyak yang mungkin, aneh atau pelik. Selain dari itu, tujuan sumbang saran
berkumpulan adalah untuk memanfaatkan pemikiran kolektif dalam kumpulan secara
dengan penglibatan peserta antara satu sama lain, mendengar, membina seterusnya
memperkembangkan idea lain.
Objektif: Memastikan idea dapat dijanakan dalam kuantiti yang besar melalui
pengkategorian idea dan kerjasama dalam kumpulan.
Strategi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dari strategi sumbang saran
individu yang telah dijalankan. Oleh sebab strategi sumbang saran individu kurang
menjana hasil yang diharapkan, penyelidik mengubah kepada kaedah sumbang saran
berkumpulan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berdasarkan permasalahan yang
dikenal pasti di peringkat kitaran tindakan satu, penyelidik mendapati bekerja secara
individu tidak dapat meningkatkan produktiviti penghasilan idea. Oleh yang demikian,
responden diperkenalkan dengan teknik sumbang saran berkumpulan.
Perancangan strategi sumbang saran berkumpulan ini mempunyai persamaan
dengan strategi sumbang saran individu. Bezanya di sini adalah aktiviti dijalankan
secara berkumpulan. Bagi membolehkan responden menjana idea dalam kuantiti yang
besar, penyelidik masih mengekalkan tiga kumpulan yang telah dibentuk di dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif. Strategi ini menekankan kerja sama
responden dalam kumpulan bagi mengumpulkan seberapa banyak idea atau maklumat
berkaitan dengan kategori idea yang disediakan seperti berikut:
i. Makanan dan minuman
ii. Pakaian
iii. Identiti kaum
iv. Perasaan
185
v. Elemen warna, bentuk, tekstur
vi. Seni bina
Senarai ini adalah sama seperti di dalam strategi sumbang saran individu.
Perbezaannya terletak pada pelaksanaan yang dijalankan secara berkumpulan.
Objektifnya masih sama iaitu bertujuan untuk menstruktur pola pemikiran dalam
membantu responden menjana idea dalam kerangka kategori yang disediakan. Oleh
yang demikian, responden dapat menjana sesuatu idea itu dalam perspektif yang lebih
luas. Pelaksanaan ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea ini dijalankan sebaik
sahaja responden memahami konsep sumbang saran berkumpulan. Penyelidik juga telah
membuat garis panduan berkenaan sumbang saran berkumpulan ini seperti:
a. Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti yang dihasilkan
b. Penjanaan idea mengikut panduan kategori
c. Setiap responden perlu bekerjasama menyumbang idea
d. Idea hendaklah dibangunkan melalui idea yang telah terbentuk
e. Tidak dibenarkan membuat kritikan tentang idea yang dijana.
Strategi ini juga menekankan kepada kemahiran menghalusi idea walaupun telah
diaplikasikan ke dalam strategi meta kognitif. Responden dilatih menguasai kemahiran
menghalusi idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama sepuluh minit. Sebaik
sahaja proses menjana idea selesai, responden diberikan masa selama sepuluh minit lagi
untuk menghalusi idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta
kognitif. Oleh yang demikian, strategi sumbang saran individu ini merangkumi dua
komponen utama iaitu menjana dan menghalusi idea. Strategi ini diaplikasikan sebelum
ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea dijalankan sebagai latihan intensif.
Penyelidik meletakkan sasaran kuantiti 100 idea bagi setiap kumpulan dan 60 idea
setelah melalui proses menghalusi idea.
186
4.18.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua
Strategi sumbang saran individu yang telah dilaksanakan pada kitaran satu
dilihat terdapat kelemahan dari aspek penghasilan idea. Aktiviti yang dijalankan secara
individu ternyata tidak dapat memenuhi objektif seperti yang diharapkan. Oleh yang
demikian, penyelidik menjalankan ujian kreativiti menjana idea untuk kali yang ke dua.
Pada kitaran dua ini, ujian kreativiti menjana dan menghalusi idea ini dilakukan secara
berkumpulan.
Format ujian ini adalah sama seperti ujian kreativiti menjana idea ujian kreativiti
menjana idea kitaran satu. (sila rujuk lampiran). Perbezaannya di sini adalah intervensi
yang dilakukan sebelum ujian. Ujian dimulakan pada minggu ke tiga. Pada ujian kali
ini, responden dikehendaki untuk duduk secara berkumpulan seperti yang telah
ditetapkan.
Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap
kumpulan terdiri dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk
pengagihan tema ujian yang berbeza. Responden dibenarkan berbincang sesama sendiri.
Peralatan alat tulis yang diperlukan adalah sehelai kertas bersaiz A1 dan pena marker
tiga warna. Setiap responden di dalam kumpulan dibekalkan sebatang pena marker yang
berlainan warna. Warna yang digunakan ialah merah, biru dan hijau. Objektif
penggunaan pena marker yang berlainan warna ini ialah untuk memudahkan penilaian
hasil kerja individu. Selain dari itu, penggunaan pena marker berlainan warna ini dapat
mengelakkan responden pasif yang kurang menyumbangkan idea.
Kertas bersaiz A1 tersebut dilekatkan ke atas dinding bagi memudahkan ahli
kumpulan melihat dan menyenaraikan idea. Berbeza dari tema pada kitaran 1, ujian
pada kitaran 2 ini agak berbeza kerana setiap kumpulan diberikan tema perayaan yang
berbeza dari tema ujian kitaran satu. Responden dari kumpulan A pula diberikan tema
187
perayaan Hari Raya Aidil Fitri, kumpulan B tema perayaan Deepavali dan kumpulan
C tema perayaan Tahun Baharu Cina.
Soalan ujian dan juga soalan sumbang saran “Apakah imej-imej yang dapat
menggambarkan suasana perayaan”? Responden perlu menyenaraikan seberapa banyak
idea yang relevan dengan tema yang kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan
berpandukan kepada strategi sumbang saran individu yang telah diajar, responden boleh
merujuk kepada panduan kategori seperti berikut:
i. Makanan dan minuman
ii. Pakaian
iii. Identiti kaum
iv. Perasaan
v. Nilai masyarakat
vi. Simbol
vii. Filem/Muzik
viii. Elemen warna, bentuk, tekstur
ix. Seni bina
Penyelidik memperuntukkan tambahan masa dari sepuluh ke dua belas minit.
Dalam masa dua belas minit ini penyelidik mencatat nota lapangan berkenaan reaksi
responden menjana idea secara berkumpulan. Setelah masa menjana idea tamat,
responden diberikan masa dua belas minit lagi untuk menghalusi idea yang telah
dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam strategi meta kognitif dan
sumbang saran individu. Dalam masa ini juga penyelidik mencatat nota lapangan reaksi
responden menghalusi idea. Setelah masa yang diberikan tamat, penyelidik meminta
setiap kumpulan menyerahkan hasil penyenaraian yang telah dihasilkan.
Seterusnya penyelidik meminta setiap kumpulan membentangkan hasil
penyenaraian idea yang dibuat secara berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan telah
188
diberikan tugasan membentang hasil kerja secara adil dan saksama. Setiap ahli dalam
kumpulan juga diminta untuk menerangkan rasional setiap idea yang disenaraikan, dan
menyingkirkan idea yang tidak relevan dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh
responden dari kumpulan yang lain dengan membuat kritikan membina terhadap
kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan disingkirkan. Keputusan ujian ini
diterangkan di dalam laporan keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua.
4.19 Analisis Tindakan Kitaran Dua
Seperti yang telah diterangkan di kitaran tindakan satu, penyelidik menggunakan
dua instrumen bagi tujuan pengumpulan data ini. Instrumen yang pertama adalah
melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta dan yang ke dua adalah melalui ujian
kreativiti menjana idea. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini
menggunakan nota lapangan yang dicatat sendiri oleh penyelidik semasa sesi tutorial
dan ujian kreativiti menjana idea.
Kaedah menganalisis tindakan yang dijalankan ini bersifat induksi analitis dan
perbandingan. yang dilaksanakan dengan merujuk kepada nota lapangan dan keputusan
ujian kreativiti menjana idea. Pada tindakan kitaran dua ini, kaedah analisis
perbandingan ini boleh dilakukan pada ujian kreativiti menjana idea pelajar. Ini adalah
kerana strategi intervensi yang dijalankan boleh dibandingkan dengan keputusan
kitaran tindakan satu. Kaedah analisis perbandingan ini dijelaskan di dalam kitaran dua
seperti berikut.
4.19.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Berkumpulan
Strategi ini merupakan penambahbaikan yang diaplikasikan bagi membantu
responden menjana idea secara berkumpulan. Idea dapat dikembangkan melalui idea
yang dihasilkan sebelumnya. Dengan berbantukan kategori idea serta garis panduan
yang disediakan, setiap kumpulan dapat melaksanakan tugasan dengan efisien. Ini
189
adalah kerana banyak idea terhasil melalui perbincangan kumpulan. Faktor yang
mempengaruhi keberkesanan strategi ini di dalam kelas adalah terbahagi kepada tiga,
iaitu:
i. Penyediaan kategori idea berstruktur
ii. Garis panduan sumbang saran berkumpulan
iii. Perbincangan di dalam kumpulan
Penyediaan kategori idea berstruktur banyak membantu responden di dalam
kumpulan berfikir dengan lebih terarah lantas dapat menghasilkan idea berdasarkan
bantuan kategori yang disediakan. Garis panduan aktiviti sumbang saran berkumpulan
yang mengutamakan kuantiti dari kualiti idea sangat membantu responden menjana idea
tanpa perlu memikirkan salah atau betulnya idea tersebut. Kelebihan yang terdapat pada
strategi ini ialah perkembangan dari satu idea ke idea yang lain berdasarkan kerjasama
responden menyumbang idea di dalam kumpulan.
Dari aspek masa yang ditetapkan, penambahan masa dari sepuluh ke dua belas
minit dilihat masih tidak dapat memuaskan hati responden. Pada mereka, masa dua
belas minit ini tidak jauh bezanya dengan strategi sumbang saran individu yang telah
dijalankan. Mereka memerlukan perlanjutan masa sekurang-kurangnya 15 minit. Seperti
yang pernah penyelidik bincangkan sebelum ini, masa merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan tetapi, mengikut konsep sumbang
saran, masa yang diambil terlalu lama mengurangkan fungsi kognitif seseorang kerana
setiap kreativiti memerlukan dorongan dan tekanan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Strategi ini dilihat jauh lebih berkesan dari strategi sumbang saran individu kitaran satu.
Namun begitu, strategi sumbang saran berkumpulan ini juga mempunyai
beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat ialah semasa
penjanaan idea dijalankan, terdapat beberapa responden pasif yang kurang
190
menyumbang idea kerana terlalu bergantung dan banyak mengharapkan idea dari rakan
kumpulan.
4.19.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua
i. Responden Pertama (Kumpulan A)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden pertama adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 35 idea dalam
masa dua belas minit. Jumlah idea selepas sesi kritik adalah berjumlah 29 idea.
Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori
makanan dan pakaian merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Hasil ujian juga
mendapati responden pertama berjaya mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain.
Responden pertama juga berjaya menyusun idea mengikut keutamaan. Kebolehan
responden pertama untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati
menunjukkan peningkatan dan beliau berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea
yang lain.
ii. Responden Kedua (Kumpulan A)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kedua adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 32 idea dalam masa
yang ditetapkan iaitu 12 minit. Semasa proses menghalusi idea, responden kedua
berjaya mengekalkan idea beliau kepada 28 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini
merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan, pakaian dan warna
merupakan idea yang paling banyak dihasilkan Hasil dari ujian ini mendapati responden
kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu
idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati
responden kedua menunjukkan peningkatan berjaya menghubung. Selain dari itu,
191
responden kedua juga didapati sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea
yang lain.
iii. Responden Ketiga (Kumpulan A)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden ketiga adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden ketiga menjana sebanyak 31 idea yang berkaitan
dengan tema. Masa yang diberikan juga dua belas minit. Proses menghalusi idea dilihat
sebagai satu proses yang agak mencabar di mana responden ketiga dapat mengekalkan
hanya 29 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 38 idea. Kebanyakan idea
yang dihasilkan melalui kategori pakaian, simbol dan warna. Hasil dari ujian ini
mendapati responden ketiga ini dikategorikan sebagai sederhana berjaya dalam
menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden
ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana berjaya dalam menyusun idea
mengikut keutamaan di samping tidak berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea
yang lain.
iv. Responden Keempat (Kumpulan B)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden keempat adalah perayaan
Deepavali. Responden empat berjaya menghasilkan 30 idea yang berkaitan dengan
tema dalam masa dua belas minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi 22 setelah
melalui proses menghalusi idea. Kebanyakan idea ini terhasil dari kategori warna,
pakaian dan makanan. Responden keempat ini juga dikategorikan sebagai berjaya
dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti
menjana idea kitaran dua ini juga mendapati terdapat sedikit peningkatan dari aspek
penyusunan idea mengikut keutamaan dan responden keempat berjaya untuk
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
192
v. Responden Kelima (Kumpulan B)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kelima adalah perayaan
Deepavali. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 28 idea dalam
tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik,
idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 21 idea. Hasil dari ujian ini
mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai sederhana berjaya dalam
menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut
keutamaan, responden kelima didapati berjaya menyusun. Responden kelima juga
disifatkan juga sebagai sederhana berjaya dalam menggabung dari satu idea ke idea
yang lain.
vi. Responden Keenam (Kumpulan B)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden keenam adalah perayaan
Deepavali. Responden keenam berjaya menjana sebanyak 31 idea dalam tempoh yang
diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 24 idea setelah melalui proses
menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini berpandukan
kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buah-buahan
adalah yang paling banyak dihasilkan Hasil keputusan ujian mendapati responden
keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Dari aspek
menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga diklasifikasikan sebagai
sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden keenam
sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
vii. Responden Ketujuh (Kumpulan C)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden ketujuh adalah perayaan
Hari Raya Aidil Fitri. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 43 idea semasa sesi
penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 30 idea selepas proses
menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada pakaian,
193
warna dan makanan. Responden ketujuh didapati berjaya dalam menghubung kait
antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden
ketujuh berjaya untuk menyusun idea mengikut keutamaan tema di samping sederhana
berjaya dalam menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
viii. Responden Kelapan (Kumpulan C)
Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kelapan juga khusus
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden kelapan menghasilkan 34 idea semasa awal
sesi dalam masa sepuluh minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses menghalusi
idea dan sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 34 ke 28 idea. Hasil dari ujian
kreativiti menjana idea kitaran 1 ini, responden kelapan didapati berjaya dalam
menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan idea,
responden kelapan didapati juga berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan. Di
samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran satu ini juga mendapati
responden kelapan berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain mengikut
kerelevanan dan logik tema projek.
4.19.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran Dua
Sesi tutorial pada kitaran dua ini berbeza dari aspek pelaksanaan. Responden
dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C. Segala aktiviti dilakukan secara
berkumpulan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat
perubahan interaksi responden bersama rakan kumpulan. Sikap tunggu dan lihat
responden didapati berkurangan apabila mereka mula dilihat berkomunikasi sesama
rakan kumpulan.
Penyelidik juga menyedari perubahan ini berpunca dari keserasian komunikasi
sesama rakan senegeri. Pembahagian tiga kumpulan yang dilakukan, secara kebetulan
telah meletakkan sebahagian besar responden dalam kumpulan negeri yang sama.
194
Responden yang berasal dari pantai timur iaitu Kelantan telah mendominasi dua dari
tiga kumpulan. Kumpulan B dilihat lebih bermotivasi dari dua kumpulan lain walaupun
bahan kajian mereka bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina.
Melalui pemerhatian ini juga, penyelidik menyedari seorang responden dari
kumpulan A dan seorang responden dari kumpulan C dilihat agak pendiam. Walau
bagaimanapun masih terlalu awal untuk penyelidik membuat kesimpulan mengatakan
mereka ini kurang motivasi. Penyelidik mengharapkan agar dua responden ini dapat
berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan mereka.
4.20 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Dua
Refleksi terhadap tindakan kitaran dua ini dibantu oleh dua instrumen utama
iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua. Melalui
pemerhatian peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara
yang berlaku semasa proses pengajaran, pembelajaran dan tutorial manakala senarai
semak digunakan untuk pemerhatian pada ujian kreativiti menjana idea pelajar. Refleksi
dilakukan ke atas tiga perkara iaitu :
i. Kelebihan/kekurangan teknik sumbang saran berkumpulan di peringkat tema
ii. Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran dua
iii. Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu
4.20.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Berkumpulan
Pengekalan panduan kategori berstruktur, kedudukan meja serta aktiviti
berkumpulan telah memberikan satu perubahan besar ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran studio. Responden sudah mula berkomunikasi dan bekerjasama dalam
menjana idea mengikut kategori dan garis panduan yang ditetapkan. kuantiti idea yang
dihasilkan juga meningkat. Perubahan ini dilihat jauh berbeza dari strategi sumbang
195
saran individu yang dijalankan dahulu. Namun begitu, penyelidik mendapati masih
terdapat beberapa kekurangan pada strategi ini. Semasa aktiviti menjana idea
dijalankan, terdapat beberapa responden kurang menyumbang idea kerana hanya
mengharapkan idea dari rakan dalam kumpulan. Dari aspek masa dalam proses
sumbang saran juga perlu dibuat eksperimen untuk menentukan kuantiti idea yang
dihasilkan. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati antara faktor yang menyumbang
kepada keberkesanan strategi sumbang saran berkumpulan ini ialah:
i. Kategori Idea berstruktur
ii. Latihan berterusan
iii. Kerjasama dalam kumpulan
iv. Tambahan masa menjana idea
4.20.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua
Format ujian kreativiti menjana idea kitaran dua ini tidak berubah. Seperti yang
telah dijelaskan pada refleksi kitaran tindakan satu, perbezaan ujian ini terletak pada
strategi intervensi yang dijalankan bagi melihat perubahan yang berlaku hasil dari
perancangan dan tindakan yang diambil. Ujian ini juga dijadikan sebagai instrumen
pengumpulan data bagi menjawab kepada persoalan kajian satu dan dua. Keputusan
ujian mendapati terdapat peningkatan yang drastik dari aspek kuantiti dan kualiti idea
yang dihasilkan oleh responden berbanding dengan keputusan ujian kreativiti menjana
idea kitaran dua.
Pertukaran tema perayaan mengikut kumpulan didapati memberi kesan dari
aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik mendapati kumpulan C yang
bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri menghasilkan kuantiti idea yang lebih
banyak berbanding dua tema perayaan yang lain. Pengetahuan pra tentang tema
perayaan ini memberikan kelebihan pada kumpulan ini menjana idea. Berbanding
196
dengan kumpulan A dan B, tidak dinafikan, kuantiti idea pada ujian ini meningkat,
tetapi penyelidik mendapati kekurangan bahan rujukan dan informasi ke atas tema
perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali menyebabkan usaha menjana idea amat
terbatas. Responden dari kumpulan B dan C terdiri dari bangsa Melayu yang
mempunyai kurang pengalaman dan maklumat tentang tema perayaan yang tidak
pernah disambut oleh mereka.
Peningkatan kuantiti idea yang dihasilkan ini dilihat melalui perbandingan
dengan kuantiti idea dari ujian kreativiti menjana idea kitaran satu yang telah
dijalankan. Ternyata strategi sumbang saran berkumpulan ini sangat membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Efektif di sini membawa maksud
penjimatan penggunaan masa menjana idea dan kerjasama dalam kumpulan yang dapat
memaksimumkan potensi berfikir secara divergen. Namun begitu, kuantiti idea yang
dihasilkan oleh setiap kumpulan masih belum mencapai kuantiti yang disasarkan.
Seperti yang tertera pada perancangan strategi sumbang saran berkumpulan, penyelidik
menyasarkan sebanyak 100 idea bagi setiap kumpulan. Hakikatnya, min kuantiti idea
yang dihasilkan oleh semua kumpulan adalah sejumlah 73 idea.
Kualiti idea yang dihasilkan oleh responden juga mengalami peningkatan hasil
dari pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meta kognitif kitaran satu dan dua.
Penerapan strategi ini membolehkan responden menghalusi idea yang dijana dengan
memberi rasional kepada idea mereka. Secara tidak langsung, strategi ini melatih
responden menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen. Melalui
pemerhatian penyelidik, responden sudah mula menguasai kemahiran menghalusi idea
ini. Ini merupakan petanda yang positif terhadap strategi yang dirancang dan
dilaksanakan. Usaha ini sememangnya perlu diteruskan untuk sesi studio yang
berikutnya. Keberkesanan strategi ini juga ditentukan oleh faktor seperti berikut:
197
i. Latihan berterusan
ii. Kategori Idea berstruktur
iii. Kerjasama dalam kumpulan
iv. Tambahan masa menjana idea
4.21 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan
Penekanan lapan puluh peratus kemahiran kognitif pada peringkat ini telah
direalisasikan melalui teknik sumbang saran berkumpulan. Penyelidik mendapati teknik
sumbang saran berkumpulan ini mempromosikan gaya pembelajaran dan kerja sama
dalam kumpulan. Berbeza dengan teknik sumbang saran individu, matlamat teknik
sumbang saran berkumpulan ini memfokuskan kepada kuantiti idea yang dihasilkan
bersama. Hal ini dapat diperhatikan melalui jumlah idea yang dihasilkan setiap
kumpulan. Dengan bantuan kategori idea yang disediakan, responden dapat
memperkembang dan mencambahkan idea dengan lebih efisien.
Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada
keberkesanan teknik ini, walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan pada teknik
sumbang saran berkumpulan iaitu perbezaan kuantiti idea yang disumbangkan oleh
setiap responden adalah berbeza. Responden yang agak pendiam didapati kurang
menyumbang idea manakala responden yang aktif mendominasi sesi sumbang saran
berkumpulan yang dijalankan.
4.22 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Berkumpulan
Sumbang saran berkumpulan merupakan proses kreatif menjana idea secara
berkumpulan dengan menyumbang dan memperkembangkan idea berdasarkan idea dari
rakan kumpulan. Proses kognitif yang berlaku semasa aktiviti ini adalah stimulasi
aktiviti mental aras tinggi iaitu proses sintesis pengetahuan pra, bahan rujukan dan
198
kategori idea yang telah disediakan. Proses sintesis ini pula dibantu oleh aktiviti
penjanaan idea berkumpulan yang dilihat sebagai faktor pelengkap kepada
keberkesanannya dalam meletakkan kuantiti idea sebagai keutamaan.
Kebanyakan responden menganggap sumbang saran berkumpulan sebagai
teknik mudah dalam menjana idea. Ini berikutan tiada kekangan dalam menyatakan idea
malahan idea pelik juga diterima tanpa kritikan oleh rakan kumpulan. Oleh yang
demikian, responden tidak perlu merasakan malu atau rendah diri apabila idea mereka
ditolak kerana matlamat sumbang saran berkumpulan ini mengutamakan kuantiti idea
yang dapat dihasilkan.
4.23 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran Dua
Proses ini merupakan gabungan analisis dan refleksi ke atas tindakan yang
dijalankan. Masalah yang dikenal pasti ini dapat dikategorikan seperti berikut:
4.23.1 Kuantiti Idea
Walaupun keberkesanan strategi sumbang saran berkumpulan ini membuahkan
hasil, namun kuantiti idea yang dihasilkan oleh setiap kumpulan masih belum mencapai
kuantiti yang disasarkan. Melalui analisis dan refleksi penyelidik, hal ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti berikut:
i. Kekurangan pengetahuan khusus kepada tema kajian
ii. Komitmen responden
iii. Keserasian responden bersama kumpulan
Kekurangan pengetahuan khusus ini disebabkan oleh pertukaran tema yang
berbeza mengikut kumpulan semasa ujian kreativiti menjana idea kitaran 2 dijalankan.
Responden masih menggunakan pengetahuan pra terhadap tema perayaan yang
diberikan dan menjana idea mengikut apa yang diketahui mereka sahaja. Oleh yang
199
demikian, kumpulan C yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri dilihat sebagai
satu kelebihan kerana perayaan ini memang sinonim dengan pengetahuan dan
pengalaman mereka. Dengan kelebihan ini, kumpulan C menjana lebih banyak idea
dari dua kumpulan lain.
Aktiviti di dalam kumpulan memerlukan kerjasama dan persefahaman bagi
mencapai matlamat yang optimum. Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit
kekurangan apabila aktiviti di dalam kumpulan dijalankan. Penyelidik mendapati dua
orang responden yang dilihat kurang memberi komitmen menjana idea. Responden ini
banyak bergantung pada idea rakan kumpulan. Besar kemungkinan faktor keserasian
yang menjadikan mereka kurang memberi komitmen di dalam kumpulan. Walau
bagaimanapun, hal ini melibatkan dua orang responden sahaja.
4.23.2 Kualiti idea
Pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif satu dan dua
bertujuan memupuk kemahiran responden untuk menghasilkan idea yang berkualiti
serta menguji potensi individu melalui kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen.
Setelah tindakan dan analisis strategi dilaksanakan pada kitaran dua ini, penyelidik
mendapati responden sudah mula menguasai kemahiran menaakul seperti membeza,
mengkategori, menganalisis, menghubung dan mengutamakan idea yang dihasilkan.
Namun begitu, penyelidik masih belum berpuas hati kerana jumlah idea selepas proses
menghalusi idea tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Penyelidik menganggap ini
satu masalah yang boleh diatasi dengan melaksanakan latihan berterusan sehingga
responden dapat memaksimumkan kemahiran kognitif ini.
200
4.24 Kitaran Tindakan Tiga
Rajah 4.8: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran Tiga
Kitaran tindakan dua memperlihatkan masalah yang masih wujud selepas
beberapa strategi intervensi dijalankan. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah
penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi intervensi bagi mendapatkan hasil yang
diharapkan pada kitaran tindakan tiga ini. Oleh yang demikian, penyelidik telah
merancang intervensi ke tiga dalam kitaran tindakan tiga ini. Berikut merupakan carta
alir perancangan dan pelaksanaan intervensi seterusnya.
TemaPenyelidikan(bahankajian)
PenyelidikanVisual(rekodfoto,lakaran,
lukisan,eksperimentasi)
PengembanganIdea(modifikasi,simplifikasi,skemawarna,susunatur,cadanganrekabentuk)
CadanganRekabentuk(aplikasicadanganrekabentuk2dan3dimensi)
Masalah/Isu
PenghasilanIdeaMasihTerbatasPenghasilanIdeaMasihTidak
BerkualitiRespondenPasifTidak
Menyumbang
PelanTindakan(Perancangan)
KemahiranKognitif 80%KemahiranPsikomotor20%
KemahiranKognitif
TeknikBrainwriting
Pembelajaran
PengkategorianIdea
KemahiranPsikomotor
KemahiranTeknologi
MaklumatMendapatkan
SumberRujukan
BrainwritingbertindaksebagaipenambahbaikanSSberkumpulanuntukmenjanaideamengikuttemayangberpandukan
kategoriidea
InstrumenPemerolehanData
UjianKreativitiPenjanaanIdea
PemerhatianTurutSerta(NotaLapangan)
AnalisisData
UjianKreativitiKitaran3
NotaLapangan
SenaraiSemak
RefleksiKepadaTindakan
Kelebihan/KekuranganTeknikBrainwriting
PencapaianRespondenMenjana/MenghalusiIdea
Adaptasi/ResponsRespondenterhadapstrategiyangdijalankan(Afektif)
EmergingIssue
201
Rajah 4.9: Carta Alir Strategi Intervensi Kitaran Tiga
Kitaran tindakan tiga ini dimulakan selepas mengenal pasti masalah kitaran
tindakan dua. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan
permasalahan dengan perancangan seperti berikut:
4.25 Merancang Tindakan
Perancangan untuk kitaran tindakan tiga ini dilakukan dengan merujuk kepada
masalah yang dikenal pasti di kitaran tindakan dua. Penyelidik telah membuat beberapa
penambahbaikan strategi dengan merancang semula strategi ini untuk tujuan mencapai
objektif yang diharapkan. Beberapa strategi yang dijalankan sebelum ini telah berjaya
mengatasi masalah yang berbangkit seperti strategi pengucapan awam. Pada kitaran
tindakan tiga ini, penyelidik hanya mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran
meta kognitif dan mengubahsuai strategi sumbang saran berkumpulan menjadi strategi
brainwriting.
MENGENALPASTIMASAALAH
MERANCANGTINDAKAN
MENGAJARPENJANAAN/
MENGHALUSIIDEAMETAKOGNITIF
MENGAJARKONSEP/PRAKTIKTEKNIKBRAINWRITING
LATIHANTEKNIKBRAINWRITING
20MINITMASALATIHAN3KALILATIHAN
MENGAMBILKEPUTUSAN
UJIANKEBOLEHANKOGNITIF
BRAINWRITING
15MINITMASAUJIAN
(PEMERHATIAN)
15MINITMASAMENGHALUSIIDEA
MENGUMPULKEPUTUSAN
MENGANALISAKEPUTUSAN
(PEMERHATIAN)
MEMBUATREFLEKSIKEATASTINDAKAN
ProsesTindakan
StrategiIntervensi
Sesi
202
4.25.1 Brainwriting Berkumpulan
Brainwriting merupakan teknik pembelajaran yang melalui kaedah penulisan.
Brain bererti otak dan write bererti menulis. Oleh yang demikian, pengertian
brainwriting terletak pada prosedur amalan iaitu menulis sesuatu yang terlintas di otak.
Modus operandi teknik ini adalah dengan meminta responden menulis idea mereka di
atas kertas dan bukannya mengumumkan idea tersebut seperti kaedah sumbang saran
berkumpulan. Kaedah brainwriting 6-3-5 merupakan teknik kreativiti berkumpulan
yang digunakan di dalam pemasaran, pengiklanan, reka bentuk, penulisan, dan
pembangunan produk. Teknik ini dibangunkan oleh Bernd Rohrbach pada tahun 1968.
Objektif: Memastikan penglibatan semua responden menyumbangkan idea dalam
jumlah yang ditetapkan.
Berdasarkan pada konsep brainwriting, matlamat teknik brainwriting 6-3-5
adalah untuk menjana 108 idea dalam masa 30 minit. Penekanannya juga terletak pada
kuantiti idea yang dihasilkan. Menurut teknik ini, seramai enam responden ditempatkan
dalam satu kumpulan yang diselia oleh moderator. Setiap responden perlu menyediakan
tiga idea pada setiap lima minit. Idea ditulis di atas kertas, kemudiannya diserahkan
pada responden seterusnya.
Setelah itu, setiap responden membacakan idea tersebut supaya dapat digunakan
sebagai inspirasi pencetus idea baharu. Responden digalakkan untuk
memperkembangkan idea melalui idea yang sedia ada sebagai inspirasi lantas dapat
merangsang proses kreatif. Selepas lengkap satu pusingan dalam masa 30 minit,
hasilnya kumpulan ini berjaya menjana 108 idea. Ini merupakan modus operandi teknik
brainwriting 6-3-5.
Teknik Brainwriting ini merupakan usaha penambahbaikan dari teknik sumbang
saran berkumpulan yang telah dijalankan. Penyelidik mendapati masih terdapat
kelemahan pada teknik sumbang saran berkumpulan iaitu kuantiti idea yang dihasilkan
203
masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan sesi sumbang saran didominasi oleh
responden yang aktif, manakala responden pasif kurang menyumbang idea.
4.25.2 Prosedur Teknik Brainwriting 3-6-5
Perancangan strategi brainwriting ini mempunyai persamaan dengan strategi
sumbang saran berkumpulan. Bezanya di sini adalah aktiviti brainwriting ini
menggunakan kaedah menulis idea di atas kertas berbanding sumbang saran yang
memerlukan idea diumumkan secara terus. Bagi membolehkan responden menjana idea
dalam kuantiti yang besar, penyelidik masih mengekalkan tiga kumpulan yang telah
dibentuk di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif. Strategi ini
menekankan kerja sama responden dalam kumpulan bagi mengumpulkan seberapa
banyak idea atau maklumat berkaitan dengan visual dan imej dalam kategori idea yang
disediakan seperti berikut:
i. Makanan dan minuman
ii. Pakaian
iii. Identiti kaum
iv. Perasaan
v. Elemen warna, bentuk, tekstur
vi. Seni bina
Penyelidik perlu mengubah aturan yang ditetapkan pada teknik brainwriting 6-
3-5 kerana kekangan jumlah responden. Formulasi 6-3-5 diubah menjadi 3-10-5 iaitu
tiga responden untuk setiap kumpulan, setiap responden menghasilkan sepuluh idea
dalam masa lima minit. Masa yang diberikan adalah 30 minit untuk menjana idea
sekurang kurangnya 180 idea. Penjanaan idea melalui teknik brainwriting ini juga
mempunyai garis panduan yang ditetapkan seperti berikut :
i. Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti idea yang dihasilkan
204
ii. Penjanaan idea mengikut panduan kategori
iii. Setiap responden diwajibkan menyumbang idea
iv. Idea hendaklah dibangunkan melalui idea yang telah terbentuk
Selain dari menjana idea, responden juga dilatih dengan kemahiran menghalusi
idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama 15 minit. Sebaik sahaja proses
menjana idea selesai, responden diberikan masa selama 15 minit lagi untuk menghalusi
idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta kognitif. Oleh yang
demikian, strategi brainwriting ini merangkumi dua komponen utama iaitu menjana dan
menghalusi idea.. Penyelidik meletakkan sasaran kuantiti 100 idea bagi setiap kumpulan
dan 70 idea setelah melalui proses menghalusi idea.
Keperluan asas untuk aktiviti penjanaan idea melalui brainwriting ini adalah
lebih ringkas dari keperluan peralatan sumbang saran. Peralatan alat tulis yang
diperlukan adalah pena dan borang penyenaraian idea. (sila rujuk lampiran)
4.26 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Tiga
Kajian tindakan merupakan proses iteratif yang sentiasa berulang sehingga
objektif sesuatu strategi itu tercapai. Setiap kelemahan yang dikenal pasti pada strategi
sebelumnya akan diberikan penambahbaikan berterusan seterusnya digunakan pada
strategi yang berikutnya. Begitu juga dengan ujian kreativiti menjana idea. Ujian ini
dijadikan sebagai pengukur keberkesanan strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran studio.
Strategi sumbang saran berkumpulan yang telah dilaksanakan pada kitaran dua
masih dilihat mempunyai sedikit kelemahan dari aspek penghasilan idea. Kekurangan
bahan rujukan dan kebergantungan kepada pengetahuan pra merupakan faktor yang
mempengaruhi kuantiti idea yang dihasilkan. Pada kitaran tindakan tiga ini, ujian
205
kreativiti menjana dan menghalusi idea ini dilakukan secara berkumpulan dengan
menggunakan teknik brainwriting.
Format ujian ini adalah sama seperti ujian kreativiti menjana idea kitaran satu
dan dua. (sila rujuk lampiran). Pengekalan format ini penting bagi memastikan data-
data yang diperoleh adalah seragam dan memudahkan proses perbandingan di antara
tiga kitaran tindakan yang dijalankan.
Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap
kumpulan terdiri dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk
pengagihan tema ujian yang berbeza. Responden dibenarkan berbincang sesama sendiri.
Kertas bersaiz A4 digunakan sebagai medium diletakkan di atas meja setiap kumpulan.
Tema untuk ujian ini menggunakan penetapan yang sama seperti strategi pengajaran
dan pembelajaran meta kognitif.
Soalan ujian dan juga tugasan brainwriting:
i. Apakah imej-imej yang dapat menggambarkan suasana perayaan?
ii. Apakah unsur reka bentuk yang terdapat pada tema perayaan?
iii. Apakah perasaan anda tentang suasana perayaan? (mengikut kumpulan)
Setiap responden perlu menulis enam idea yang relevan dengan soalan yang
kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan berpandukan kepada teknik penjanaan idea
melalui brainwriting, responden oleh merujuk kepada panduan kategori seperti berikut:
a. Makanan dan minuman
b. Pakaian
c. Identiti kaum
d. Suasana
e. Nilai masyarakat
f. Simbol
g. Filem/Muzik
206
h. Elemen warna, bentuk, tekstur
i. Seni bina
Terdapat tiga responden dalam satu kumpulan. Semua responden dikehendaki
menulis sepuluh idea dalam masa lima minit melalui borang yang disediakan. Setelah
masa lima minit tamat, borang senarai idea perlu diserah dan ditukarkan kepada rakan
kumpulan yang lain mengikut pusingan. Responden pertama menyerahkan borang
senarai idea kepada responden kedua, responden kedua menyerahkan borang senarai
idea kepada responden tiga yang seterusnya menyerahkan kembali borang senarai idea
kepada responden pertama. Ini dilakukan dengan mengikut pusingan.
Melalui senarai idea yang diterima, setiap responden perlu memperkembangkan
enam lagi idea yang terdapat pada senarai idea tersebut. Setelah tamat masa 5 minit,
responden sekali lagi menyerahkan borang tersebut kepada rakan kumpulan yang lain.
Proses kitaran ini berlaku sebanyak enam pusingan sehingga masa 30 minit tamat. Oleh
yang demikian, kuantiti idea yang dihasilkan adalah 108 idea dengan mengikut
perkiraan tiga responden, enam idea dan lima minit setiap pusingan.
Dalam masa 30 minit ini penyelidik menandakan senarai semak berkenaan
reaksi responden menjana idea melalui teknik brainwriting secara berkumpulan. Setelah
masa menjana idea tamat, responden diberikan masa untuk mengkategori dan
menghalusi idea yang telah dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam
strategi meta kognitif dan sumbang saran individu. Setelah masa yang diberikan tamat,
penyelidik meminta setiap kumpulan menyerahkan hasil yang telah dibuat.
Seterusnya penyelidik meminta setiap kumpulan membentangkan hasil
penyenaraian idea yang dibuat secara berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan telah
diberikan tugasan membentang hasil kerja secara adil dan saksama. Setiap ahli dalam
kumpulan juga diminta untuk menerangkan rasional setiap idea yang disenaraikan, dan
menyingkirkan idea yang tidak relevan dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh
207
responden dari kumpulan yang lain dengan membuat kritikan membina terhadap
kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan disingkirkan.
Penilaian ujian dilakukan selari dengan sesi pembentangan. Penyelidik
menggunakan borang ujian dan menilai hasil kerja individu. Walaupun ujian ini
dijalankan secara berkumpulan, namun penilaian individu dapat dijalankan melalui
perbezaan warna pen marker.
4.27 Analisis Tindakan Kitaran Tiga Yang Dijalankan.
Penyelidik masih mengekalkan dua instrumen utama untuk tujuan pengumpulan
data pada kitaran tindakan tiga ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian
peserta dan bukan peserta, yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana dan
menghalusi idea. Untuk kitaran tindakan tiga ini, penyelidik menggunakan teknik
penjanaan idea brainwriting. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini
menggunakan nota lapangan dan senarai semak yang dicatat sendiri oleh penyelidik
semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti.
Kaedah menganalisis tindakan yang dijalankan ini bersifat induksi analitis dan
perbandingan. dengan merujuk kepada nota lapangan, temu bual dan keputusan ujian
kreativiti menjana idea. Pada tindakan kitaran tiga ini, kaedah analisis perbandingan
boleh dilakukan pada ujian kreativiti pelajar. Ini adalah kerana strategi intervensi yang
telah dijalankan kini boleh dibandingkan dengan keputusan kitaran tindakan satu dan
dua. Kaedah analisis induksi analitis ini dijelaskan di dalam kitaran tiga seperti berikut:
4.27.1 Analisis Strategi Brainwriting Berkumpulan
Teknik brainwriting berkumpulan ini merupakan strategi alternatif dan
mempunyai prosedur yang berbeza dengan teknik sumbang saran. Brainwriting
208
merupakan teknik penjanaan idea melalui kaedah penulisan yang bersifat kolektif
dengan menulis, membangun dan memperkembangkan idea.
Penyelidik mendapati terdapat empat faktor utama yang banyak mempengaruhi
kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan
strategi ini di dalam studio ini terbahagi kepada empat iaitu:
i. Penyediaan kategori idea berstruktur
ii. Penerapan unsur reka bentuk
iii. Komitmen penuh responden
Konsep brainwriting ini menekankan kepada teknik menulis idea serta
penglibatan penuh semua responden dalam aktiviti ini. Salah satu kelebihan teknik ini
adalah untuk menggalakkan responden pasif turut serta menjana idea secara adil dan
saksama. Pada masa yang sama, aktiviti penjanaan idea tidak lagi didominasi oleh
responden yang aktif.
Melalui penyediaan kategori idea berstruktur, responden dapat memberi fokus
penjanaan idea dalam lingkungan item yang diberikan. Ini bertujuan agar penjanaan
idea terarah kepada matlamat tema. Penerapan unsur reka bentuk yang telah diajar
dilihat membantu responden mengenal pasti unsur reka bentuk yang bersesuaian dengan
tema.
Oleh kerana modus operandi teknik brainwriting berbeza dengan teknik
sumbang saran individu dan berkumpulan, setiap responden dilihat berperanan penuh
dalam menyumbang idea tanpa bergantung kepada sesetengah responden yang
dominan. Ini kerana responden tidak merasakan rendah diri apabila idea mereka ditolak.
Dari aspek masa yang ditetapkan, responden tidak merasakan stres kerana mempunyai
masa yang cukup untuk menjana enam idea dalam masa lima minit. Oleh yang
demikian, kuantiti idea yang dihasilkan juga berada pada tahap yang memuaskan.
209
4.27.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Tiga
Keperluan teknik brainwriting ini membolehkan responden menjana idea
dengan kuantiti yang tetap. Oleh yang demikian, seorang responden berjaya menjana
sekurang-kurangnya 60 idea dalam masa 30 minit. Idea yang terhasil ini dibangunkan
sepenuhnya melalui satu idea ke idea yang lain. Perbezaannya di sini adalah jumlah idea
yang diterima selepas proses menghalusi idea.
i. Responden Pertama (Kumpulan A)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden 1 adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 75 idea
dalam masa 30 minit. Kuantiti idea selepas sesi kritik dan pengkategorian idea adalah
berjumlah 60 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang
diberikan. Kategori makanan dan pakaian merupakan idea yang paling banyak
dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden pertama
berjaya menghasilkan 22 idea Hasil ujian juga mendapati responden pertama berjaya
mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain. Responden pertama juga berjaya
menyusun idea mengikut keutamaan. Kebolehan responden pertama untuk
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati menunjukkan
peningkatan dan beliau berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
ii. Responden Kedua (Kumpulan A)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kedua adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 70 idea
dalam masa yang ditetapkan iaitu 30 minit. Semasa proses mengkategorikan idea,
responden kedua berjaya mengekalkan idea beliau kepada 53 idea. Kebanyakan
penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Dari aspek kreativiti
penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan 24 idea.
210
Kategori makanan, pakaian dan warna merupakan idea yang paling banyak
dihasilkan. Hasil dari ujian ini mendapati responden kedua ini menunjukkan
peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain.
Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati responden kedua
menunjukkan peningkatan berjaya menghubung. Selain dari itu, responden kedua juga
didapati berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
iii. Responden Ketiga (Kumpulan A)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden ketiga adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden ketiga menjana sebanyak 72 idea yang
berkaitan dengan tema. Masa yang diberikan juga 30 minit. Proses mengkategorikan
idea dilihat sebagai satu proses yang agak mencabar di mana responden ketiga dapat
mengekalkan hanya 59 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 72 idea.
Kebanyakan idea yang dihasilkan melalui kategori pakaian, simbol dan warna. Dari
aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya
menghasilkan 24 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden ketiga ini dikategorikan
sebagai sederhana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain.
Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana
berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping sederhana berjaya
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
iv. Responden Keempat (Kumpulan B)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden keempat adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Responden keempat berjaya menghasilkan 78 idea
yang berkaitan dengan tema dalam masa 30 minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi
61 setelah melalui proses mengkategorikan idea. Kebanyakan idea ini terhasil dari
kategori warna, pakaian, makanan flora dan fauna. Dari aspek kreativiti penghasilan
idea yang unik pula, responden keempat berjaya menghasilkan 25 idea Responden
211
keempat ini juga dikategorikan sebagai berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke
idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti kitaran tiga ini juga mendapati terdapat
peningkatan dari aspek penyusunan idea mengikut keutamaan dan responden keempat
berjaya untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
v. Responden Kelima (Kumpulan B)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kelima adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan
sebanyak 78 idea dalam tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses
mengkategorikan idea dan sesi kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah
sebanyak 61 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden
kelima berjaya menghasilkan 23 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima
ini dikategorikan sebagai berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang
lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati
berjaya menyusun. Responden kelima juga disifatkan juga sebagai sederhana berjaya
dalam menggabung dari satu idea ke idea yang lain.
vi. Responden Keenam (Kumpulan B)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden keenam adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Responden keenam berjaya menjana sebanyak 71 idea
dalam tempoh yang diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 60 idea setelah
melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini
berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buah-
buahan adalah yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea
yang unik pula, responden keenam berjaya menghasilkan 23 idea Hasil keputusan ujian
mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea
yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga
212
diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati
responden keenam berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
vii. Responden Ketujuh (Kumpulan C)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden ketujuh adalah
perayaan Deepavali. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 69 idea semasa sesi
penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 31 idea selepas proses
mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada
pakaian, warna, seni bina dan makanan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang
unik pula, responden ketujuh berjaya menghasilkan 22 idea. Responden ketujuh
didapati berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil
keputusan ujian ini juga mendapati responden ketujuh berjaya untuk menyusun idea
mengikut keutamaan tema di samping sederhana berjaya dalam menggabungkan dari
satu idea ke idea yang lain.
viii. Responden Kelapan (Kumpulan C)
Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kelapan juga
khusus perayaan Deepavali. Responden kelapan menghasilkan 67 idea semasa awal sesi
dalam masa 30 minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses mengkategorikan idea
dan sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 67 ke 40 idea. Dari aspek kreativiti
penghasilan idea yang unik pula, responden kelapan berjaya menghasilkan 20 idea.
Hasil dari ujian kreativiti kitaran tiga ini, responden kelapan didapati berjaya dalam
menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan idea,
responden 8 didapati juga berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan. Di
samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran tiga ini juga mendapati
responden kelapan berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain mengikut
kerelevanan dan logik tema projek.
4.28 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Tiga
213
Refleksi terhadap tindakan kitaran tiga ini dibantu oleh dua instrumen utama
iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti pelajar kitaran tiga. Melalui pemerhatian
peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara yang berlaku
semasa proses pengajaran, pembelajaran dan tutorial manakala senarai semak
digunakan untuk pemerhatian pada ujian kreativiti pelajar. Refleksi dilakukan ke atas
tiga perkara iaitu :
i. Kelebihan/kekurangan teknik brainwriting di peringkat tema
ii. Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran dua
iii. Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu
4.28.1 Refleksi Ke Atas Strategi Brainwriting Berkumpulan
Strategi brainwriting ini mendapat reaksi yang menggalakkan dari responden.
Penyelidik mendapati responden dapat bekerjasama dalam satu kumpulan dan
berkomunikasi dalam menjana idea mengikut kategori dan garis panduan yang
ditetapkan. kuantiti idea yang dihasilkan juga meningkat. Perubahan ini dilihat jauh
berbeza dari strategi sumbang saran berkumpulan yang dijalankan dahulu. Pengekalan
panduan kategori berstruktur, kedudukan meja serta aktiviti berkumpulan terbukti
memberikan perubahan besar ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
studio. Penyelidik mendapati responden selesa dan mudah menjana idea tanpa
mengumumkan idea mereka seperti yang berlaku pada teknik sumbang saran
berkumpulan. Fenomena ini berikutan mereka tidak merasa takut atau rendah diri
sekiranya idea mereka ditolak. Kaedah menulis ini memberikan mereka kebebasan dan
keberanian untuk menjana idea dalam kuantiti yang ditetapkan. Penetapan kuantiti idea
melalui teknik ini dilihat sebagai satu kaedah yang bersifat objektif di mana setiap
kumpulan menghasilkan 180 idea dalam masa 30 minit.
214
Walaupun ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif, namun faktor
masa menjadikan responden terlalu fokus dan serius dalam memenuhi keperluan 10
idea dalam masa 5 minit. Menurut maklum balas yang diterima, teknik ini memberi
tekanan kepada responden. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati formulasi teknik
ini boleh diubah mengikut keperluan dan antara faktor yang menyumbang kepada
keberkesanan strategi brainwriting berkumpulan ini ialah:
i. Kategori Idea berstruktur
ii. Pemahaman unsur reka bentuk
iii. Kuantiti idea yang tetap
iv. Kepatuhan kepada masa yang ditetapkan
4.28.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Kitaran Tiga
Pertukaran tema perayaan mengikut kumpulan didapati memberi kesan dari
aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik mendapati kumpulan A yang
bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri menghasilkan kuantiti idea yang lebih
banyak berbanding dua tema perayaan yang lain.
Peningkatan kuantiti idea yang dihasilkan ini dilihat melalui perbandingan
dengan kuantiti idea dari dua ujian yang telah dijalankan. Ternyata strategi brainwriting
berkumpulan ini sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
efektif. Efektif di sini membawa maksud penjimatan penggunaan masa menjana idea
dan kerjasama dalam kumpulan yang dapat memaksimumkan potensi berfikir secara
divergen. Namun begitu, kuantiti idea yang dihasilkan oleh setiap kumpulan masih
belum mencapai kuantiti yang disasarkan. Seperti yang tertera pada perancangan
strategi brainwriting berkumpulan, penyelidik menyasarkan sebanyak 120 idea bagi
setiap kumpulan. Ternyata hasil dari ujian terakhir ini, responden berjaya menjana lebih
dari kuantiti sasaran yang ditetapkan.
215
Kualiti idea yang dihasilkan oleh responden juga mengalami peningkatan hasil
dari pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meta kognitif kitaran satu dan dua.
Penerapan strategi ini membolehkan responden menghalusi idea yang dijana dengan
memberi rasional kepada idea mereka. Secara tidak langsung, strategi ini melatih
responden menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen. Melalui
pemerhatian penyelidik, responden sudah mula menguasai kemahiran menghalusi idea
ini. Ini merupakan petanda yang positif terhadap strategi yang dirancang dan
dilaksanakan. Usaha ini sememangnya perlu diteruskan untuk sesi studio yang
berikutnya. Keberkesanan strategi ini juga ditentukan oleh faktor seperti berikut:
i. Latihan berterusan
ii. Kategori Idea berstruktur
iii. Kerjasama dalam kumpulan
iv. Penetapan masa
v. Pemahaman unsur reka bentuk
4.29 Kelebihan Teknik Brainwriting Berkumpulan
Aplikasi teknik brainwriting ini dilihat sebagai alternatif kepada teknik sumbang
saran berkumpulan namun mempunyai kelebihan dan kekurangan. Oleh yang demikian,
kombinasi teknik ini dilihat dapat mengatasi kelemahan yang terdapat pada dua teknik
ini. Sumbang saran berkumpulan menekankan kepada penjanaan idea secara kolektif
melalui pengembangan dari idea yang sedia ada dan kemudiannya di catat di ke atas
kertas. Teknik brainwriting pula berorientasikan penulisan idea individu dan
kemudiannya idea tersebut diperkembangkan melalui rakan dalam kumpulan. Teknik
ini secara jelasnya tidak mengumum dan mempamerkan idea dijana secara umum.
Kelebihan tenik Brainwriting yang seterusnya adalah, semua responden tidak berkecuali
menyumbang idea kerana jumlah idea yang perlu dihasilkan adalah tetap.
216
Penyelidik mendapati teknik Brainwriting berkumpulan ini melibatkan
komitmen yang penuh pada setiap responden sebagai satu pasukan. Berbeza dengan
teknik sumbang saran berkumpulan, matlamat teknik Brainwriting berkumpulan ini
memfokuskan kepada kuantiti idea yang telah ditetapkan. Komitmen seseorang
responden adalah bergantung kepada kuantiti idea yang telah ditetapkan untuknya.
Dengan bantuan kategori idea yang disediakan, responden dapat memperkembang dan
mencambahkan idea melalui idea yang telah terbentuk sebelumnya.
Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada
keberkesanan teknik ini, namun adalah menjadi satu kelebihan sekiranya teknik
sumbang saran berkumpulan ini dapat digabungkan bersama teknik Brainwriting
khususnya untuk tujuan menjana idea.
4.30 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Brainwriting Berkumpulan
Teknik brainwriting berkumpulan merupakan proses kreatif menjana idea secara
berkumpulan dengan menyumbang dan memperkembangkan idea berdasarkan idea dari
rakan kumpulan. Maklum balas responden terhadap teknik ini amat menggalakkan
terutama responden pasif. Melalui teknik ini, kekhuatiran responden terhadap penolakan
sesuatu idea berkurangan kerana kaedah brainwriting ini hanya menulis idea di atas
kertas tanpa menyebutkannya di khalayak ramai. Oleh yang demikian, responden amat
selesa dengan teknik ini yang dianggap penjanaan idea secara senyap.
4.31 Temu Bual Pensyarah Kursus Reka Bentuk Tekstil
Temu bual pakar merupakan instrumen terakhir yang digunakan di dalam
penyelidikan ini yang melibatkan pandangan dan rekomendasi pensyarah Jabatan Seni
Reka Tekstil ke atas aplikasi sumbang saran dan peta minda ke dalam dua proses
berasingan seperti berikut:
217
i. Proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Proses penyelidikan reka bentuk tekstil
Temu bual ini dijalankan oleh dua orang pensyarah kanan yang dilantik oleh penyelidik
berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman mereka di dalam penyelidikan,
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk tekstil.
Temu bual ini dilakukan secara kumpulan fokus selepas tamat tempoh 14
minggu kuliah. Dua orang pensyarah kanan berbincang dengan merujuk kepada carta
alir proses reka bentuk yang dipadankan dengan 14 minggu rancangan pengajaran.
Penyelidik berperanan sebagai pemerhati yang turut serta di dalam perbincangan
tersebut. Langkah ini dirasakan perlu kerana penyelidik sendiri terlibat secara langsung
kepada proses PdP dan penyelidikan reka bentuk. Penyelidik telah menyediakan
rakaman suara serta nota lapangan bagi merekod perbincangan ini.
Perbincangan dimulakan dengan merujuk dan mengkaji semula proses PdP dan
penyelidikan reka bentuk yang sedia ada. Penyelidik telah menyediakan dua carta alir
iaitu proses yang sedia ada dan cadangan. Penyediaan carta alir proses ini bertujuan
untuk kajian perbandingan. Dua pensyarah kanan ini mengakui terdapat beberapa
kelemahan yang ketara pada proses yang sedia ada. Berikut merupakan inti pati
perbincangan yang telah rekodkan.
4.32 Kelemahan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sedia Ada
Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mengenal pasti kelemahan
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.
218
4.32.1 Pensyarah Kanan A
Proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada agak kaku tanpa
pembaharuan dari aspek pedagogi. Pensyarah dilihat masih mengekalkan kaedah PdP
lama yang berteraskan kepada pembelajaran berpusatkan pensyarah. Penetapan dan
susunan meja studio yang sedia ada tidak menggalakkan suasana pembelajaran
kolaboratif. Kandungan silibus subjek penyelidikan reka bentuk juga tidak menekankan
kepada kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, responden tidak dapat
mengeksperimenkan kemahiran yang ada secara maksimum.
4.32.2 Pensyarah Kanan B
Responden yang mengambil subjek penyelidikan reka bentuk ini terdiri dari
lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka tidak didedahkan tentang
suasana pembelajaran khusus reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, pensyarah
seharusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan studio sebagai satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berbeza dari persekitaran
pembelajaran konvensional. Persekitaran ini memerlukan satu sistem pembelajaran
kolaboratif di antara responden agar maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama.
Belajar berkumpulan merupakan kaedah yang terbaik untuk kursus yang berteraskan
penyelidikan reka bentuk.
4.33 Kelemahan Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Yang Sedia Ada
Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mengenal pasti kelemahan
proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada.
4.33.1 Pensyarah Kanan A
219
Proses reka bentuk tekstil memerlukan pendekatan sistematik yang melibatkan
penyelidikan, sumber idea, perkembangan idea dan cadangan reka bentuk. Proses ini
memerlukan kefahaman yang jelas oleh responden bagi memastikan setiap proses
dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat beberapa kelemahan dalam proses
penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada. Responden tidak diajar kaedah yang
betul dalam merancang, melaksana, menilai dan merefleksi ke atas semua tindakan
yang dijalankan. Sebagai contoh, setiap projek reka bentuk perlu ada perancangan masa
dan kos. Sesuatu kerja akan hilang arah sekiranya tiada perancangan yang betul. Ini
akan merugikan masa, tenaga dan kos. Ini merupakan salah satu isu utama di dalam
proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada.
4.33.2 Pensyarah Kanan B
Penyelidikan merupakan teras utama di dalam sesuatu proses reka bentuk.
Proses yang diamalkan pada masa ini sudah ketinggalan zaman. Banyak manfaat dari
teknologi yang boleh dijadikan alat untuk membuat penyelidikan seperti kamera digital,
rangkaian media sosial seperti instagram, blog reka bentuk khusus dan sumber atas
talian yang memudahkan sesuatu maklumat dicari. Pensyarah perlu memanfaatkan
media ini sebagai satu paradigma penyelidikan bagi menambah baik proses
penyelidikan yang sedia ada. Kelemahan ini juga dilihat sebagai satu masalah yang
berulang pada setiap semester. Responden banyak bergantung sumber idea dari buku
yang terdapat di dalam perpustakaan.
4.34 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Teknik Sumbang
Saran Dan Brainwriting.
Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mendapatkan maklum balas
teknik sumbang saran dan brainwriting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
220
4.34.1 Pensyarah Kanan A
Efektif boleh membawa maksud kecekapan dari aspek penyampaian kandungan
kuliah, penerimaan ilmu oleh responden secara maksimum, penjimatan masa, tenaga
dan kos. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk reka bentuk
tekstil, kaedah sumbang saran dan brainwriting boleh dijadikan sebagai pemangkin
kepada kaedah menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir menjadi satu tuntutan yang utama di dalam bidang seni dan reka
bentuk ini.
Penyampaian kandungan kuliah yang efektif perlu melalui beberapa proses dan
persediaan awal sebelum memulakan kuliah oleh pensyarah. Penyampaian kuliah perlu
disertakan dengan keperluan seperti berikut:
i. Objektif kuliah pada setiap minggu
ii. Alat bantuan mengajar
iii. Persediaan dan perancangan pengajaran (contoh hasil kerja pelajar)
iv. Strategi pengajaran dan motivasi
v. Gerak kerja studio
vi. Perincian aktiviti
vii. Penilaian
Pensyarah boleh membuat penilaian pada setiap keperluan yang dinyatakan di atas bagi
menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Sumbang saran dan peta minda pula merupakan kaedah penjanaan dan
penyelesaian masalah yang biasanya dijalankan secara berkumpulan. Pensyarah boleh
menetapkan pembelajaran secara berkumpulan untuk mendapatkan hasil yang
maksimum. Belajar secara berkumpulan ini juga dapat menggalakkan beberapa proses
kemahiran berfikir. Selain dari itu, penerapan pengajaran dan pembelajaran meta
kognitif dilihat sebagai satu usaha bagi satu anjakan paradigma kaedah khusus di dalam
221
kursus eksplorasi penyelidikan reka bentuk tekstil. Selain dari itu, pensyarah juga perlu
memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi kepada pelajar.
4.34.2 Pensyarah Kanan B
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Salah satu faktor ialah pensyarah yang berpengalaman
serta mempunyai kepakaran khusus di dalam sesuatu bidang. Seharusnya pensyarah
mengaplikasikan teknik yang menggalakkan kepada pembinaan kreativiti kepada
pelajar mengikut gaya pembelajaran terkini. Pelajar kini terdedah dengan dunia
teknologi maklumat yang telah menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka. Sekiranya
pensyarah masih mengekalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran lama, dikhuatiri
tidak dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan komunikasi yang efisien
di antara pelajar dan pensyarah dan pelajar sesama pelajar. Oleh yang demikian, kaedah
yang terbaik adalah dengan belajar secara kumpulan. Walaupun terdapat kelemahan,
pensyarah harus proaktif untuk mengatasinya. Kaedah sumbang saran biasanya
digunakan oleh Jabatan Reka Bentuk Grafik dan Reka Bentuk Perindustrian. Tidak
menjadi satu kesalahan sekiranya diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Tekstil. Isu yang ketara di sini ialah inisiatif pensyarah yang tidak
memperkenalkan kaedah baharu yang relevan dengan situasi terkini.
4.35 Proses Reka Bentuk Tekstil Menggunakan Kaedah Sumbang Saran Dan
Brainwriting.
Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mendapatkan maklum balas
teknik sumbang saran dan brainwriting dalam proses Reka Bentuk Tekstil.
222
4.35.1 Pensyarah Kanan A
Persoalan ini mempunyai persamaan dengan proses pengajaran efektif.
Pensyarah perlu mengaplikasikan kaedah penyelidikan yang sistematik bagi
memudahkan responden memahami perbezaan pada setiap peringkat penyelidikan yang
dijalankan. Pelajar juga perlu mengetahui rasional pada setiap perancangan dan
tindakan yang diambil. Ini bagi memastikan mereka menjiwai tema dan bahan kajian
yang dipilih. Pensyarah juga perlu membawa pelajar ke kerja lapangan dengan
membuat lawatan sambil belajar ke tempat yang berkaitan dengan tema projek.
Proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang efektif dapat menjimatkan masa,
tenaga dan kos. Untuk mencapai ke tahap proses yang efektif, jabatan memerlukan satu
prosedur operasi piawai (standard operational procedure) pada setiap kursus yang
melibatkan penyelidikan dan reka bentuk tekstil. Prosedur ini perlu diseragamkan dan
dijadikan satu prosedur yang dapat diikuti oleh semua pensyarah Jabatan Reka Bentuk
Tekstil.
Aplikasi sumbang saran dan peta minda dilihat sebagai satu penambahbaikan
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Konsep ini akan lebih
berkesan sekiranya dijalankan secara berkumpulan. Aplikasi ini juga boleh dipraktikkan
ke dalam beberapa peringkat penyelidikan reka bentuk tekstil dan berikut merupakan
cadangan carta alir proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang berteraskan konsep
sumbang saran dan brainwriting.
223
Rajah 4.10: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan
Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan A
4.35.2 Pensyarah Kanan B
Proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang lengkap haruslah mempunyai satu
proses yang sistematik. Pelajar perlu memahami setiap peringkat penyelidikan kerana ia
merupakan asas kepada reka bentuk tekstil. Proses ini merupakan kombinasi kepada
kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Amalan proses penyelidikan yang efektif
juga perlu ada sesi kritik pada pengakhiran setiap peringkat penyelidikan.
Kaedah sumbang saran dan peta minda dilihat membantu dalam dua proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan penyelidikan reka bentuk. Oleh yang demikian,
kaedah ini perlu dijadikan sebagai panduan kepada kursus reka bentuk tekstil yang lain.
Berikut merupakan cadangan carta alir proses penyelidikan reka bentuk tekstil
berteraskan konsep sumbang saran dan brainwriting.
Tema
SumberIdea
Penjanaan/MenghalusiIdea
PemilihanBahanKajian PenyelidikanVisual
ProsesMelakar/Melukis
PengembanganIdea(modifyandsimplify)
PenyelidikanProduk/Material
ProsesMenggubah/MenyusunMotif
CadanganRekaBentuk
Proses
sumbang
saran dan
224
Rajah 4.11: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan
Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan B
4.36 Ujian Kreativiti Menjana Idea Berkategori (Ujian Pasca)
Ujian kreativiti Menjana Idea Berkategori ini merupakan Ujian Pasca setelah
melalui tiga intervensi teknik-teknik sumbang saran. Ujian ini dijalankan pada minggu
ke 13 dengan menggunakan soalan ujian kreativiti yang sama pada sesi ujian diagnostik
(Ujian Pra). Responden-responden telah diminta sekali lagi untuk menjalani ujian
kreativiti penjanaan idea berkategori berdasarkan kepada konstruk kelancaran,
fleksibiliti dan keaslian. Setiap konstruk terdiri dari 10 item. Masa yang diperuntukkan
untuk menjawab 30 soalan adalah 45 minit. Selepas masa tamat, kertas ujian pasca ini
dikumpulkan dan skor setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti idea yang
dihasilkan.
Tema
SumberIdea
PenyelidikanVisual
ProsesMelakar/Melukis SesiKritik
PengembanganIdea(modifyandsimplify)
SesiKritik
ProsesMenggubah/MenyusunMotif SesiKritik
CadanganRekaBentuk
SesiKritik
225
Jadual 4.2: Skor Ujian Kreativiti Menjana Idea (Ujian Pasca)
Jadual 4.2 menggambarkan keputusan ujian kreativiti menjana idea berkategori
(ujian pasca) yang telah dijalankan. Melalui keputusan ujian pasca ini, jumlah
maksimum kelancaran idea adalah 41 dan minimum adalah 33. Fleksibiliti dan keaslian
idea dinilai oleh dua orang pensyarah kanan Jabatan Reka Bentuk Tekstil. Jumlah
maksimum fleksibiliti idea adalah 34 dan minimum adalah 23. Jumlah maksimum
keaslian idea adalah 14 dan minimum 10. Melalui jumlah maksimum dan minimum
idea yang dihasilkan ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti
idea berbanding pencapaian ujian pra. Analisis seterusnya adalah kaedah perbandingan
means menggunakan Ujian-T Satu Sampel ke atas Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian
Idea ujian pra dan pasca. Hasil keputusan Ujian-T ini dilaporkan pada bahagian dapatan
penyelidikan.
Responden
Kelancaran
Idea pada
Ujian Pasca
Fleksibiliti
Idea pada
Ujian Pasca
Keaslian
Idea pada
Ujian Pasca
P1 P2 P1 P2
Responden 1 38 29 24 7 13
Responden 2 37 30 25 10 13
Responden 3 33 28 26 13 14
Responden 4 39 31 26 16 12
Responden 5 41 32 29 14 12
Responden 6 41 34 34 15 12
Responden 7 33 25 21 11 14
Responden 8 30 24 23 11 13
226
4.37 Dapatan Penyelidikan
Dapatan penyelidikan ini berdasarkan pada analisis data yang terdiri daripada
dua sumber iaitu interpretasi teks dan keputusan ujian kreativiti yang dijalankan.
Dapatan dari penyelidikan ini dibentuk melalui kaedah penyegitigaan (triangulasi)
data pemerhatian, temu bual, keputusan ujian kreativiti dan refleksi penyelidik terhadap
tindakan yang diambil berdasarkan objektif serta soalan penyelidikan yang telah
ditetapkan. Berikut merupakan dapatan yang diperoleh yang secara langsung menjawab
kepada persoalan penyelidikan.
4.38 Peranan Sumbang Saran Membantu Pelajar Menjana Dan Menghalusi
Idea Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil
(Berdasarkan kepada soalan penyelidikan pertama: Bagaimanakah peranan sumbang
saran membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam proses reka bentuk
tekstil?)
Soalan ini berbentuk eksplorasi ke atas teknik sumbang saran dalam membantu
pelajar menjana dan menghalusi idea. Data-data yang diperlukan untuk menjawab
soalan ini adalah berdasarkan kepada data pemerhatian, temu bual dan keputusan ujian
kreativiti menjana idea seperti diagram triangulasi pada rajah 4.6.
227
Rajah 4.12: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 1
Sumbang saran merupakan teknik kreativiti yang boleh dilaksanakan
bersendirian atau berkumpulan. Kaedah berkumpulan memerlukan pelajar
mengutarakan idea untuk sesuatu isu dan berkongsi dengan ahli kumpulan yang lain.
Bagi memastikan kejayaan menjana idea, aktiviti sumbang saran memerlukan tumpuan
sepenuhnya tanpa gangguan. Ini melibatkan lokasi dan masa aktiviti yang dijalankan
memerlukan suasana yang kondusif.
Aplikasi kemahiran berfikir divergen dan konvergen telah menjadikan teknik
sumbang saran sebagai pelengkap kepada proses penjanaan idea dan penyelesaian
masalah. Ini adalah kerana proses berfikir secara divergen bersifat penyelesaian abstrak
atau baru yang mempunyai banyak jawapan, penyelesaian atau hasil. Melalui proses
berfikir divergen ini, pelajar digalakkan untuk mencari jawapan kepada isu/masalah
melalui pelbagai kaedah yang dirasakan sesuai. Melalui teknik sumbang saran, pelajar
tidak terhalang untuk mengutarakan idea, sebaliknya menggalakkan mereka menjana
idea unik yang lain dari idea kebanyakan. Proses berfikir konvergen pula bersifat
penyelesaian masalah dengan mencari jawapan yang betul dan tepat. Ia diaplikasikan
Peranan Sumbang
Saran
KeputusanUjian
Kreativiti
Kod:CT1(A)CT2(A)
CT3(A)
DataNotaLapangan
Kod: NL32(A)
NL49(C)
NL33(A)
NL53(C)
NL63(A)
INTERPRETASI/REFL
DataTemuBual
Kod: TB11(A)
TB28(C)
TB22(A)
TB31(B)
TB40(A)
INTERPRETASI/REFL
LAPORANSTATISTIK
228
selepas proses pemikiran divergen melalui teknik sumbang saran. Melalui proses
berfikir konvergen ini, pelajar mencari jawapan dengan mendapatkan fakta yang tepat
dan logik.
Sumbang saran di dalam kelas bertindak sebagai alat kreativiti untuk
memotivasikan pelajar agar bebas meluahkan idea dan pendapat tentang sesuatu subjek.
Oleh kerana peraturan sumbang saran yang tidak menolak apa jua idea yang
disumbangkan, maka proses kreatif dalam menjana dan menghubungkan di antara satu
idea ke idea yang lain adalah amat menggalakkan. Proses pemikiran kritis pula berlaku
pada peringkat menghalusi idea. Peringkat menghalusi idea ini juga dibantu oleh
strategi pembelajaran meta kognitif yang dilaksanakan. Hasilnya, usaha ini dapat
memupuk seterusnya pelajar dapat menguasai dua kemahiran tersebut.
Dalam konteks penjanaan idea, pengetahuan pra ini dapat dikembangkan
melalui beberapa siri intervensi iaitu satu proses stimulasi minda seperti latihan
kemahiran berfikir, pembelajaran berkumpulan dan perkongsian pengalaman. Sumbang
saran merupakan salah satu daripada aktiviti kognitif yang dapat mengaktif,
merangsang dan memaksimumkan fungsi kognitif yang dapat membentuk pola dan
struktur pemikiran individu.
Aktiviti sumbang saran tidak lengkap tanpa digabungkan bersama beberapa
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lain. Ini terbukti apabila beberapa teknik
sumbang saran yang diaplikasikan bersama strategi pembelajaran berkumpulan banyak
membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam kuantiti dan kuantiti yang
memuaskan. Strategi sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan didapati lebih
berkesan kerana proses penjanaan idea adalah bersifat kolektif. Idea dibangunkan dan
dikembangkan melalui idea yang sudah terbentuk. Salah satu faktor yang menyumbang
kepada kejayaan strategi sumbang saran berkumpulan ini adalah semua idea yang
dijana, tidak ditolak, malah menggalakkan lagi idea baharu di luar dari idea biasa.
229
Aktiviti sumbang saran juga berkesan apabila digabungkan dengan strategi
pembelajaran meta kognitif terutama semasa proses menghalusi idea. Proses
menghalusi idea memerlukan kemahiran berfikir secara kritis. Kaedah penyoalan
“Kenapa dan Bagaimana” terbukti dapat mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam
menghalusi idea dengan menghasilkan idea yang jauh lebih relevan dan berkualiti.
Aktiviti sumbang saran juga dilihat berkesan melalui gabungannya bersama
penyediaan kategori idea yang disediakan pada peringkat awal. Penyediaan kategori ini
disediakan apabila penyelidik mendapati paradigma pelajar masih lagi memerlukan
suapan informasi yang perlu disediakan oleh pensyarah. Melalui pengkategorian idea
ini, pelajar dilihat lebih fokus membangun dan mengembangkan idea. Jumlah idea yang
dihasilkan juga berada pada tahap yang memuaskan.
Selain dari itu, sumbang saran berperanan dalam memperkasa kebolehan pelajar
menguasai disiplin yang penting dalam reka bentuk iaitu unsur dan prinsip reka bentuk.
Dengan penyediaan atribut unsur dan prinsip reka bentuk yang digabungkan bersama
aktiviti sumbang saran, jumlah dan kualiti idea yang dihasilkan oleh pelajar juga berada
pada tahap yang sangat memuaskan. Pelajar hanya perlu mengaitkan mana-mana atribut
unsur atau prinsip reka bentuk yang bersesuaian dengan tema projek mereka.
4.38.1 Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Meta Kognitif
Meta kognitif merujuk kepada kebolehan berfikir aras tinggi yang melibatkan
kawalan aktif ke atas proses berfikir dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini termasuk
kesedaran automatik pelajar tentang pengetahuan mereka sendiri dan keupayaan mereka
untuk memahami, mengawal dan memanipulasi proses kognitif. Sumbang saran dan
meta kognitif mempunyai matlamat yang sama dari aspek pelaksanaan iaitu stimulasi
berfikir secara kritis ke atas idea yang telah dijanakan dengan memberikan rasionalisasi
mengapa idea tersebut dipilih.
230
Menurut K.D. Tanner (2012), aktiviti meta kognitif ini terbahagi kepada tiga
tugasan melibatkan perancangan kepada tugasan pembelajaran yang diberikan,
pemantauan terhadap pelaksanaan yang dijalankan dan penilaian terhadap hasil
keputusan. Melalui tiga tugasan ini, penyelidik mendapati matlamat sesuatu tugasan
dapat dirancang, dilaksanakan dan dinilai secara efektif. Proses ini dilengkapkan lagi
melalui sumbang saran menghalusi idea yang secara khususnya menggunakan
kemahiran berfikir kritis sepenuhnya.
Untuk strategi pembelajaran meta kognitif ini, sumbang saran berperanan
sebagai pencetus kepada aktiviti pemikiran kritis terutama semasa sesi tutorial
dijalankan. Pelajar dilatih berfikir secara kritis terhadap sesuatu idea yang
disumbangkan dengan kaedah bertanyakan tentang rasional pemilihan sesuatu idea, dan
mengapa idea itu dipilih. Semua idea yang terhasil dari proses menghalusi idea ini telah
menjalani proses meta kognitif yang dilakukan secara berkumpulan. Idea yang terhasil
dari proses menghalusi idea ini kemudiannya dapat dihubungkan mengikut klasifikasi
yang berkaitan di antara satu sama lain. Pembentukan ini juga memerlukan kebolehan
berfikir secara kritis melalui kaedah meta kognitif.
4.38.2 Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Pembelajaran Koperatif
Modus operandi sumbang saran secara amnya bersifat aktiviti berkumpulan.
Oleh yang demikian, sumbang saran dilihat sebagai teknik pelengkap kepada strategi
pembelajaran koperatif. Strategi pembelajaran koperatif pula dilihat sebagai satu
langkah yang sangat berkesan bagi mencapai sesuatu matlamat dalam proses reka
bentuk tekstil. Keberkesanan yang dimaksudkan oleh penyelidik meliputi aspek kuantiti
dan kualiti idea yang dihasilkan oleh pelajar melalui teknik sumbang saran
berkumpulan. Berbeza dari strategi pembelajaran individu, aktiviti penjanaan idea yang
dilakukan secara berkumpulan berjaya mencapai kuantiti dan kualiti yang diharapkan.
231
Pengukuran pencapaian ini dinilai melalui perbandingan pencapaian penjanaan idea
pelajar melalui dua kaedah iaitu :
i. Hasil pemerhatian dari kajian rintis terdahulu
ii. Hasil dari ujian diagnostik penjanaan dan menghalusi idea terdahulu
Hasil pemerhatian dari kajian rintis yang dijalankan, kuantiti idea yang
dihasilkan oleh seorang pelajar adalah dalam anggaran maksimum 10 hingga 22 idea
sahaja, manakala keseluruhan kualiti idea yang dihasilkan tersebut amat tidak
memuaskan kerana idea yang dipilih oleh pelajar secara amnya bersifat pengulangan
dari idea yang telah dihasilkan oleh pelajar terdahulu. Penyelidik mendapati terdapat
dua faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini. Faktor tersebut adalah
ketiadaan pelaksanaan aktiviti penjanaan idea yang menekankan kepada pendekatan
kemahiran kognitif dan kaedah pembelajaran bersifat individu. Setelah melalui
beberapa siri strategi intervensi, masalah ini telah berjaya diselesaikan. Oleh yang
demikian, modus operandi sumbang saran adalah selari dengan matlamat pembelajaran
koperatif dan telah terbukti sebagai teknik yang banyak membantu pelajar menjana dan
menghalusi idea.
Penyelidik mendapati terdapat perubahan yang signifikan di antara keputusan
dari ujian diagnostik penjanaan dan menghalusi idea dengan tiga strategi intervensi
yang telah dijalankan. Melalui kaedah pembelajaran individu, pelajar didapati tidak
berjaya merangsang kebolehan kognitif mereka dengan menjana dan mengembangkan
idea. Ini disebabkan oleh faktor keterbatasan pengetahuan dan kekurangan motivasi
untuk proses menjana idea.
Berbeza pula halnya kaedah penjanaan idea melalui pembelajaran koperatif.
Setelah diperkenalkan dengan teknik sumbang saran berkumpulan dan brainwriting,
aktiviti penjanaan dan menghalusi idea dilihat amat menggalakkan kerana sesuatu idea
dapat dikembangkan melalui sumbangan idea ahli dalam kumpulan sehingga
232
menghasilkan kuantiti dan kualiti idea yang jauh lebih baik berbanding jumlah
idea pada ujian diagnostik terdahulu. Sesungguhnya sumbang saran telah memainkan
peranan yang penting dalam mempromosikan aktiviti berkumpulan selari dengan
kaedah pembelajaran koperatif. Dalam erti kata lain, kombinasi teknik sumbang saran
dan pembelajaran kognitif sangat diperlukan untuk kursus reka bentuk tekstil.
4.39 Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Teknik Sumbang
Saran Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil.
(Berdasarkan kepada soalan penyelidikan ke dua: Apakah keperluan yang menyumbang
kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil?)
Rajah 4.13: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 2
KEPERLUANSUMBANGSARAN
KEPUTUSANUJIAN
KREATIVITI
Kod:CT1(A)CT2(A)
CT3(A)
DATANOTALAPANGAN
Kod:NL18(A)NL22(C)
NL25(A)NL40(C)
NL81(A)NL55(C)
NL85(A)
INTERPRETASI/REFLEKS
DATATEMUBUAL
Kod:TB15(A)TB35(C)
TB29(A)TB34(B)
TB33(A)TB66(B)
TB48(A)
INTERPRETASI/REFLEKS
233
Jadual 4.3: Keperluan Menjana Dan Menghalusi Idea
Keperluan yang dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan
teknik sumbang saran ini berdasarkan kepada informasi semasa proses induktif kajian
tindakan yang jalankan. Berikut merupakan atribut yang disenaraikan:
4.40 Keperluan Penjanaan Idea
Keperluan penjanaan idea ini terdiri daripada lapan atribut yang terdiri daripada
kemahiran, aktiviti dan unsur dan prinsip reka bentuk.
4.40.1 Taklimat Projek Reka Bentuk
Untuk kategori penjanaan idea, taklimat projek merupakan dokumen bertulis,
bercetak atau verbal berkenaan informasi sesuatu projek reka bentuk yang akan
dilaksanakan. Ia melibatkan ringkasan kepada peringkat projek dan reka bentuk konsep
hasil maklumat dari perundingan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan dan
pembangunan reka bentuk berterusan. Melalui informasi ini, pelajar mendapat satu
pencerahan tentang konsep serta ciri reka bentuk yang perlu di beri fokus. Taklimat
Penjanaan Idea Menghalusi Idea
i Taklimat Projek Reka Bentuk
i Kemahiran Meta Kognitif
ii Bahan Rujukan
ii Aktiviti Berkumpulan
iii Aktiviti Berkumpulan iii Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan
iv
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur
iv Pengurusan Masa
v
Pengkategorian Idea
v
Papan Idea (Mood board, Concept, Board, Idea Board)
vi Unsur dan Prinsip Reka Bentuk
vii Pengurusan Masa
viii Kemahiran Psikomotor
234
projek reka bentuk ini juga bersifat reka bentuk berpusatkan keperluan manusia (human
centered design) dengan mengambil kira apakah yang diperlukan oleh pelanggan.
Melalui taklimat reka bentuk ini, pelajar juga dapat membuat perancangan ke
atas proses reka bentuk termasuk kos dan masa. Oleh yang demikian, taklimat projek
reka bentuk ini juga berperanan sebagai garis panduan yang bersifat objektif agar
pelaksanaan proses reka bentuk dapat dilaksanakan secara sistematik. Penyelidik
mendapati dengan adanya taklimat reka bentuk ini, pelajar lebih fokus dan bermatlamat
untuk melaksanakan projek reka bentuk mereka. Ini berdasarkan kepada perancangan
berbentuk jadual harian, mingguan dan bulanan tentang sasaran kerja yang perlu
dicapai.
Penentuan kepada sesuatu projek reka bentuk terlebih dahulu perlu melalui
perbincangan bersama pensyarah yang mengajar kursus reka bentuk tekstil dari
semester satu hingga empat. Perbincangan ini bertujuan untuk membuat penyelarasan
agar tema sesuatu projek itu berbeza mengikut semester. Tindakan ini perlu bagi
memastikan kesinambungan projek reka bentuk tekstil pada semester yang seterusnya
dapat dilaksanakan dengan sistematik. Maksudnya di sini adalah. Projek penyelidikan
pada semester satu akan diteruskan pada semester dua. Semester dua lebih
memfokuskan kepada penghasilan produk tekstil mengikut perancangan projek yang
telah dilaksanakan pada semester satu.
4.40.2 Bahan Rujukan
Bahan rujukan merupakan keperluan ke dua yang terbukti menyumbang kepada
keberkesanan menjana idea. Amalan proses reka bentuk yang sedia ada hanya
memfokuskan bahan rujukan ini ke dalam bentuk visual sahaja. Contoh bahan rujukan
yang biasa digunakan adalah dari sumber media cetak dan elektronik seperti buku,
majalah, fotografi, akhbar dan yang paling popular adalah carian dari sumber Internet.
235
Teknik pembelajaran meta kognitif yang dilaksanakan dilihat memberi kesan yang
positif di mana pelajar bukan sahaja dapat mengumpulkan bahan visual, malahan dapat
memberi justifikasi ke atas setiap rujukan visual yang dikumpulkan.
Bahan rujukan ini juga berperanan sebagai penyedia maklumat tambahan
kepada pengetahuan pra pelajar di samping dapat merangsang fungsi kognitif.
Maklumat ini kemudiannya akan melalui satu proses pengembangan dan penghubungan
melalui aktiviti sumbang saran individu atau berkumpulan. Amalan yang sedia ada
hanya menjadikan bahan visual sebagai rujukan melakar atau melukis manakala strategi
yang dilaksanakan oleh penyelidik meliputi tiga perkara utama iaitu bahan rujukan
dijadikan sebagai alat untuk merangsang fungsi kognitif untuk menjana idea,
memberikan justifikasi ke atas setiap rujukan visual yang dikumpulkan dan sebagai
bahan rujukan melakar dan melukis.
Seterusnya, bahan rujukan berbentuk objek. Bahan rujukan tidak tertakluk
kepada bahan media cetak dan elektronik semata-mata. Sekiranya bahan rujukan terlalu
bergantung kepada bahan media cetak, dikhuatiri pelajar tidak akan berusaha untuk
memahami sifat sebenar objek yang dikaji. Sebagai contoh, objek bunga raya yang
dipetik dari pokok adalah lebih tulen sifatnya dari objek bunga raya yang diambil dari
majalah. Melalui objek sebenar ini juga, pelajar dapat membuat pemerhatian tiga
dimensi yang membuka ruang eksplorasi objek yang lebih realistik untuk tujuan lakaran
dan melukis. Oleh yang demikian, dua sumber rujukan ini perlu dalam proses penjanaan
idea reka bentuk tekstil.
4.40.3 Aktiviti Berkumpulan
Keperluan seterusnya untuk proses penjanaan idea ialah aktiviti pembelajaran
dan sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan
menyediakan peluang untuk pelajar bekerjasama antara satu sama lain dalam menjana
dan menghubungkan idea serta menyelesaikan masalah. Kemahiran interpersonal yang
236
diterapkan dalam pembelajaran dilihat dapat mempertingkatkan kebolehan komunikasi
di antara pelajar, seterusnya dapat menyelesaikan beberapa persoalan hasil
permuafakatan ahli dalam kumpulan. Dalam erti kata yang lain, setiap tindakan dan
keputusan dilakukan secara kolektif.
Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati aktiviti sumbang
saran yang dilakukan secara berkumpulan juga dilihat berjaya memupuk satu kerjasama
di kalangan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea. Berbanding dengan aktiviti
sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dilihat lebih bermatlamat kerana
setiap pelajar mempunyai sasaran tugasan yang perlu dicapai. Ini merupakan keperluan
yang penting dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Penyelidik yakin dengan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan sebegini akan mempertingkatkan kecekapan
produktiviti dan kreativiti ke tahap yang diharapkan.
4.40.4 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur
Pembentangan merupakan suatu bentuk komunikasi satu hala bertujuan untuk
menyampaikan maklumat. Sekiranya maklumat itu berjaya disampaikan dengan
berkesan, bererti pembentangan itu diklasifikasikan sebagai pembentangan yang baik.
Komunikasi satu hala pula bermaksud, seseorang yang menyampaikan maklumat,
bukannya menerima maklumat. Hasil dari dapatan penyelidikan ini mendapati, strategi
kemahiran komunikasi pembentangan lisan ini amat signifikan dalam melatih pelajar
membentang, menjustifikasi dan mempertahankan idea yang dihasilkan. Pembentangan
berstruktur yang diperkenalkan membolehkan pelajar merancang isi kandungan
pembentangan agar pembentangan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan
bermatlamat. Selain dari itu, dapatan kajian ini juga mendapati keyakinan pelajar
semasa membentang berada pada tahap yang tinggi.
237
4.40.5 Pengkategorian Idea
Penyediaan kategori idea sebelum aktiviti sumbang saran dilihat sebagai satu
langkah yang berkesan dalam memberi informasi awal kepada pelajar tentang senarai
subjek yang lebih fokus untuk dihubung dan dikembangkan. Penyelidik meletakkan
pengkategorian idea ini sebagai satu keutamaan sebelum aktiviti sumbang saran atas
faktor ketidakbolehan pelajar menstrukturkan subjek untuk dikembangkan kepada idea
yang lain. Meskipun dibantu dengan bahan rujukan dari media cetak dan elektronik,
pengetahuan pelajar terutama semester satu ini masih terbatas kepada pengetahuan am
terhadap subjek.
Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati pengkategorian idea
ini amat perlu terutama pada pelajar semester satu. Ini adalah kerana, pada aras
semester satu, pelajar masih baharu dalam disiplin dan persekitaran reka bentuk tekstil.
Kebanyakan pelajar masih belum dapat memahami bagaimanakah bentuk kategori yang
dimaksudkan serta perkaitannya di antara satu sama lain. Usaha ini memerlukan latihan
khusus yang sudah tentu akan memakan masa yang lama. Hasil dapatan dari
penyelidikan ini juga mendapati pelajar masih belum boleh berdikari mencari sumber-
sumber kategori idea. Mereka ini dilihat masih memerlukan suapan informasi dari
pensyarah (spoon feed) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Dengan adanya pengkategorian idea ini, aktiviti sumbang saran dilihat lebih
berkesan bila pelajar aktif menyumbang idea. Penyediaan kategori idea ini juga
memberi motivasi kepada pelajar agar mereka dapat melengkapkan tugasan penjanaan
idea khusus kepada kategori yang telah disenaraikan. Setelah sejumlah idea dari
kategori ini dihasilkan, proses pengembangan idea pula dilaksanakan. Ini melibatkan
kemahiran mengembang dan menghubungkan idea dari idea yang bersifat am hingga
terperinci.
238
4.40.6 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk
Unsur dan Prinsip (UdP) reka bentuk merupakan disiplin utama dalam sesebuah
reka bentuk. Keperluan ini pada hakikatnya diaplikasikan pada setiap kursus yang
berteraskan reka bentuk tekstil. Namun begitu, penekanannya dalam proses reka bentuk
tekstil didapati tidak menyeluruh. Amalan pengajaran yang sedia ada hanya
mengkhususkan UdP ini pada proses pengembangan idea reka bentuk. Kekurangan ini
dilihat sebagai satu peluang kepada penyelidik bagi meneroka penggunaan UdP reka
bentuk ke atas tema penyelidikan, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. UDP
ini dijadikan sebagai sebahagian daripada kandungan pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, ia bukan dianggap sebagai satu strategi tambahan. Penyelidik
hanya mengembangkan potensinya ke atas tiga peringkat proses reka bentuk tekstil.
Hasil dari dapatan penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati
penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting
bukan sahaja pada proses pengembangan idea, malah pada setiap proses reka bentuk
tekstil. Proses yang dimaksudkan ialah tema penyelidikan, penyelidikan visual,
pengembangan idea dan cadangan reka bentuk.
Pada proses tema penyelidikan, unsur dan prinsip reka bentuk berperanan
sebagai panduan kepada rasionalisasi bahan kajian seperti bahan kajian yang
mempunyai tekstur, bentuk, garisan, warna, tona, keseimbangan, pengulangan, kontra,
harmoni dan dominan. Bahan kajian yang baik biasanya akan memenuhi kriteria unsur
dan prinsip reka bentuk seperti yang telah dinyatakan.
Pada proses penyelidikan visual, unsur dan prinsip reka bentuk juga berperanan
sebagai panduan kepada proses lakaran dan lukisan. Ini dilakukan degan merujuk
kepada unsur yang terdapat pada bahan kajian seperti garisan, tekstur, bentuk dua dan
tiga dimensi, warna, tona dan prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, kadar banding,
239
pengulangan, kontra, harmoni dan dominan. Lakaran dan lukisan yang baik biasanya
akan memenuhi kriteria unsur dan prinsip reka bentuk seperti yang dinyatakan.
Pada proses pengembangan idea, unsur dan prinsip reka bentuk berperanan
sebagai rujukan kepada pelajar untuk proses kreatif simplifikasi dan modifikasi lakaran
dan lukisan yang dihasilkan. Proses ini juga boleh dilakukan melalui kombinasi unsur
reka bentuk bersama lakaran yang telah dimodifikasi menjadi sesuatu motif dalam reka
bentuk. Proses pengembangan idea ini juga melibatkan susun atur motif (motif
arrangements) yang juga menggunakan unsur dan prinsip reka bentuk sebagai
pelengkap kepada susun atur motif. Susun atur motif yang dibuat secara berulang-ulang
akhirnya akan menghasilkan cadangan satu reka bentuk permukaan (surface design)
yang akhirnya akan dapat diaplikasikan ke dalam reka bentuk tekstil.
Pada proses cadangan reka bentuk tekstil, unsur dan prinsip reka bentuk
berperanan sebagai panduan kepada aplikasi reka bentuk yang telah dihasilkan semasa
proses pengembangan idea ke atas sesuatu produk tekstil yang difikirkan sesuai.
Panduan kepada aplikasi yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira susun atur
yang sesuai untuk sesuatu produk. Sebagai contoh, saiz motif dan gaya susun atur untuk
produk kemasan lembut (soft furnishing) seharusnya tidak terlalu penuh dengan motif-
motif bersaiz besar dan warna yang terlalu terang. Seharusnya reka bentuk untuk
kategori kemasan lembut ini memerlukan motif dan susun atur yang mudah mengikut
kesesuaian ruang.
4.40.7 Pengurusan Masa
Pengurusan masa juga merupakan salah satu daripada keperluan-keperluan
penting dalam proses penjanaan idea. Melalui pengurusan masa, pelajar dapat
merancang aktiviti menjana idea dam memastikan masa yang diambil tidak terlalu cepat
atau lama. Melalui teknik sumbang saran, masa yang diperuntukkan dalam anggaran
sepuluh hingga lima belas minit untuk sesi penjanaan idea manakala sepuluh hingga
240
lima belas minit untuk sesi menghalusi idea. Penetapan masa ini bertujuan untuk
memastikan proses stimulasi penjanaan dan menghalusi idea tersebut berada pada tahap
maksimum kerana dikhuatiri sekiranya masa yang diperuntukkan ini melebihi dari15
minit, momentum stimulasi akan mula menurun. Ini akan mengakibatkan ketepuan
dalam mengembang dan menghubung kaitkan idea.
4.40.8 Kemahiran Psikomotor Melakar dan Melukis
Kemahiran psikomotor yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran melakar dan
melukis. Keperluan kemahiran ini bertujuan sebagai pelengkap kepada proses
penjanaan idea melalui teknik sumbang saran. Gabungan dua kemahiran ini perlu bagi
melengkapkan kaedah penjanaan idea yang seimbang dari aspek psikomotor dan
kognitif. Pelajar diajar secara intensif kaedah melakar dan melukis menggunakan media
kering dan basah serta teknik-tekniknya. Ini juga dilakukan dengan bantuan unsur reka
bentuk seperti penggunaan garisan, tekstur, tona, bentuk dan warna. Salah satu dari
cabaran-cabaran sukar yang dihadapi oleh penyelidik adalah melatih pelajar yang tiada
asas membuat lakaran dan lukisan. Usaha ini memerlukan masa dan tenaga penyelidik
dalam memberikan latihan intensif dari aspek eksplorasi bahan serta eksperimentasi ke
atas permukaan yang pelbagai.
Dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan gabungan kemahiran psikomotor
dan kognitif telah menghasilkan satu kaedah penjanaan idea secara inklusif. Ini
dibuktikan dengan perbezaan penghasilan idea oleh pelajar sebelum dan selepas strategi
intervensi dijalankan. Kuantiti idea yang hanya dilaksanakan melalui kemahiran
melukis semata-mata didapati 60 peratus kurang berbanding kuantiti idea melalui
kaedah gabungan kemahiran psikomotor dan kognitif.
Salah satu faktor penyumbang kuantiti kaedah gabungan ini adalah, idea yang
telah dihasilkan melalui teknik sumbang saran telah dihubung dan dikembangkan
241
melalui lakaran dan lukisan secara terperinci. Sebagai contoh, 50 idea yang dihasilkan
melalui kaedah sumbang saran telah dikembangkan kepada 120 idea melalui kaedah
lakaran. Pengembangan idea ini adalah melalui perincian terhadap sifat, unsur dan
prinsip reka bentuk yang terdapat pada bahan kajian itu sendiri. Oleh yang demikian,
keperluan kemahiran melakar dan melukis disifatkan keperluan wajib yang perlu
digandingkan dengan kemahiran kognitif menjana idea dalam proses reka bentuk
tekstil.
4.41 Keperluan Menghalusi Idea
Keperluan menghalusi idea ini terdiri daripada lima atribut yang terdiri daripada
kemahiran, aktiviti dan pengurusan masa dan persembahan.
4.41.1 Kemahiran Meta Kognitif
Hasil dapatan dari penyelidikan ini mendapati aplikasi kemahiran meta kognitif
amat signifikan dalam proses penjanaan dan menghalusi idea. Kekurangan yang
terdapat pada amalan yang sedia ada ialah, tiada penekanan kepada proses pemikiran
kritis dalam proses reka bentuk tekstil. Pengaplikasian pemikiran kritis ini membuka
ruang dan peluang kepada pelajar mengeksploitasi keupayaan berfikir yang menjurus
kepada aturan logik, fakta, ketepatan, keterperincian, justifikasi dan penaakulan. Proses
pemikiran kritis ini dinamakan juga dengan pemikiran konvergen.
Pelajar terlebih dahulu dilatih dengan kaedah intrapersonal yang sentiasa
bertanyakan pada diri sendiri tentang rasional terhadap sesuatu tindakan atau pilihan.
Ternyata kaedah ini berjaya memupuk satu budaya pemikiran kritis di kalangan pelajar
terutama pada proses menghalusi idea. Proses menghalusi memerlukan keupayaan
kognitif pelajar untuk menapis idea yang kurang berkaitan, dan memilih hanya idea
berkualiti.
242
4.41.2 Aktiviti Berkumpulan (Menghalusi Idea)
Keperluan seterusnya untuk proses menghalusi idea ialah aktiviti pembelajaran
dan sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan juga
sama seperti keperluan menjana idea iaitu dengan menyediakan peluang untuk pelajar
bekerjasama antara satu sama lain dalam menapis, menghubung dan memberi rasional
terhadap idea yang dihasilkan agar lebih berkualiti. Dalam erti kata yang lain, setiap
tindakan dan keputusan adalah dilakukan secara kolektif.
Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati aktiviti menghalusi
idea yang dilakukan secara berkumpulan juga dilihat berjaya memupuk satu kerjasama
di kalangan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea. Berbanding dengan aktiviti
sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dilihat lebih bermatlamat kerana
setiap pelajar mempunyai sasaran tugasan yang perlu dicapai. Ini merupakan keperluan
yang penting dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Penyelidik yakin dengan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan sebegini akan mempertingkatkan kecekapan
produktiviti dan kreativiti ke tahap yang diharapkan.
4.41.3 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur
Seperti keperluan penjanaan idea, hasil dari dapatan penyelidikan ini mendapati
kemahiran komunikasi pembentangan lisan berstruktur ini juga diperlukan untuk proses
menghalusi idea. Terdapat sedikit perbezaan di mana, pada sesi menghalusi idea ini,
pembentang turut bersedia menjawab soalan yang ditanya oleh ahli kumpulan lain
seperti apakah kaitan antara idea A dan idea B?. Secara tidak langsung, pembentang
mempelajari dua kemahiran iaitu:
i. Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan (KKPL).
ii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menghubung dan mensintesis dari
satu idea ke idea yang lain.
243
4.41.4 Pengurusan Masa
Seperti keperluan penjanaan idea, pengurusan dan perancangan masa khusus
untuk aktiviti menghalusi idea ini juga penting bagi memastikan masa yang diambil
tidak terlalu cepat atau lama. Rasional terhadap penetapan masa aktiviti menghalusi
idea bertujuan agar proses stimulasi rasionalisasi, menghubung dan menapis idea berada
pada tahap yang segar dan berkualiti. Dapatan penyelidikan ini mendapati masa yang
diambil terlalu lama untuk proses menghalusi idea telah mempengaruhi produktiviti dan
kualiti yang lebih rendah berbanding peruntukan masa piawai sepuluh hingga dua belas
minit. Oleh yang demikian, keperluan pengurusan masa melalui teknik sumbang saran
adalah signifikan dalam proses reka bentuk tekstil kerana dengan adanya pengurusan
masa ini membolehkan pelajar merancang dan memantau aktiviti sumbang saran dalam
kerangka masa yang ditetapkan.
4.41.5 Papan Konsep (Mood Board, Concept Board)
Papan konsep merupakan alat yang digunakan untuk membantu pereka
mendapatkan idea mengikut permintaan pelanggan. Pada asasnya, papan idea adalah
teknik kolaj foto, lakaran, imej, keratan akbar, teks, sampel fabrik dan warna. Untuk
sesi menghalusi idea, papan konsep ini dijadikan sebagai keperluan penting representasi
idea pada peringkat akhir menghalusi idea. Idea atau imej yang terhasil disusun
mengikut keutamaan di atas papan konsep. Penyusunan ini juga mengikut tiga susunan
iaitu latar belakang, tengah dan hadapan. Latar belakang biasanya terdiri dari warna-
warna dominan berkaitan bahan kajian. Latar tengah pula terdiri daripada objek utama
bahan kajian manakala latar hadapan terdiri daripada objek perincian bahan kajian
seperti aksesori pelengkap bahan kajian. Dapatan penyelidikan ini membuktikan pelajar
dapat memahami konsep tema melalui rasionalisasi serta gabungan imej dan unsur reka
244
bentuk. Dengan menggunakan papan idea ini juga, pelajar dapat membentangkan
konsep tema dengan lancar dan yakin.
4.42 Integrasi Teknik Sumbang Saran Yang Menyumbang Kepada Prosedur
Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif.
(Berdasarkan kepada soalan penyelidikan ketiga: Apakah bentuk integrasi sumbang
saran yang menyumbang kepada prosedur reka bentuk tekstil secara efektif?)
Formulasi ini membincangkan tentang modus operandi ke atas empat peringkat
reka bentuk tekstil yang mempunyai keperluan kemahiran yang berbeza. Melalui
gabungan beberapa teknik sumbang saran, keperluan proses reka bentuk dan strategi
pembelajaran yang telah dijalankan, penyelidik telah mensintesis seterusnya
merumuskan prosedur penjanaan dan menghalusi idea ke tahap optimum bagi
mengatasi kelemahan-kelemahan prosedur reka bentuk tekstil yang terdahulu. Terlebih
dahulu, formulasi ini telah menjalani peringkat validasi prosedur dan kandungan oleh
dua orang pensyarah kanan selaku pakar bidang reka bentuk tekstil.
4.42.1 Peringkat Tema Penyelidikan
Tema penyelidikan merupakan peringkat yang paling utama dalam proses reka
bentuk tekstil. Peringkat ini memberi penekanan 80% kemahiran kognitif penjanaan
idea melalui aktiviti individu dan berkumpulan. Penekanan 20% lagi diperuntukkan
untuk kemahiran psikomotor menyusun dan membuat kompilasi dokumen secara
sistematik. Kombinasi aktiviti ini dilengkapkan dengan tiga teknik sumbang saran yang
menjadi teras kepada pendekatan pembelajaran studio yang dijalankan. Berikut
merupakan turutan formulasi/rumusan mengikut keutamaan untuk empat peringkat reka
bentuk tekstil.
245
4.42.2 Taklimat Projek Reka Bentuk
Rasional kepada keperluan taklimat projek reka bentuk ini adalah maklumat dan
arahan yang tepat dapat memastikan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek reka
bentuk berjalan lancar. Taklimat projek reka bentuk ini untuk menetapkan objektif
perancangan dan pelaksanaan projek reka bentuk. Peringkat ini banyak bergantung
kepada pengetahuan pra berdasarkan pengalaman individu. Pengetahuan pra ini
berpotensi untuk dikembangkan melalui aktiviti kognitif samada individu atau
berkumpulan. Penekanan 80% kemahiran kognitif pada proses ini dilaksanakan melalui
kombinasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Selepas
taklimat projek reka bentuk diberikan, proses seterusnya adalah untuk memastikan
pelajar memahami sepenuhnya keperluan projek reka bentuk. Taklimat ini menyediakan
informasi tentang tema, spesifikasi, jangkaan, teknikal dan kerangka masa projek.
Melalui informasi ini, pelajar kemudiannya diminta untuk mencari maklumat berkenaan
tema yang ditetapkan.
4.42.3 Bahan Rujukan
Rasional kepada keperluan bahan rujukan ini adalah pengetahuan pra terhadap
sesuatu situasi atau subjek adalah tidak mencukupi tanpa bantuan bahan rujukan visual
dan teks. Idea yang berkualiti terhasil melalui gabungan pra pengetahuan tentang objek
tersebut dan pengalaman visual sebagai inspirasi. Oleh yang demikian, bahan rujukan
dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi menjana selain dari aktiviti kognitif
menjana idea dan lakaran. Pengetahuan pra pelajar amat terhad terhadap sesuatu objek.
Oleh yang demikian, satu usaha untuk menambah dan memperkembangkan lagi
pengetahuan terhadap sesuatu objek yang dikaji adalah penting bagi mengelakkan
terhasilnya idea yang tidak berkualiti. Objektif utama bahan rujukan ini adalah sebagai
246
sumber visual dan fakta untuk merangsang dan menambahkan informasi terhadap bahan
kajian.
Pelajar diminta untuk membuat penyelidikan melalui bahan rujukan dari sumber
bahan cetak dan elektronik seperti buku, majalah, akhbar, foto dan sumber informasi
atas talian. Sumber ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan fakta bertulis.
Rujukan visual adalah sumber dominan dalam disiplin reka bentuk kerana kekuatan
seseorang pelajar reka bentuk adalah berdasarkan kepada kebolehannya menterjemah
visual sebagai penyataan reka bentuk. Kategori ke dua pula dijadikan sebagai
kefahaman dalam bentuk fakta. Sebagai contoh, perayaan Hari Raya Aidilfitri diraikan
oleh semua bangsa yang beragama Islam, tidak spesifik kepada bangsa Melayu sahaja.
Fakta ini adalah sokongan kepada visual yang dikumpulkan. Kombinasi dua kategori ini
bertujuan bukan sahaja menterjemahkan visual sebagai penyataan reka bentuk, malahan
dapat memberi rasionalisasi ke atas setiap rujukan visual yang diperoleh. Tempoh
tugasan yang ditetapkan adalah dalam masa satu minggu. Pada minggu seterusnya,
pelajar diminta untuk membawa sumber rujukan yang berkaitan dengan tema
penyelidikan melalui sumber media cetak, elektronik atau Internet.
Bahan rujukan ini juga bukan sahaja memberi penekanan terhadap sumber
visual, malahan pelajar diminta untuk mencari informasi dalam bentuk fakta terhadap
bahan kajian. Ini bertujuan untuk memperlengkapkan pelajar melalui pengetahuan
visual dan fakta.
4.42.4 Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk
Rasional kepada keperluan penyediaan Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk adalah
setiap reka bentuk yang efektif memerlukan perancangan dan pelaksanaan teliti dan
sistematik agar prosesnya mudah dipantau dan dinilai. Jadual ini terbahagi kepada dua
kategori iaitu jadual kerja khusus pada setiap peringkat proses reka bentuk dan jadual
kerja umum untuk keseluruhan projek. Rasional kepada penyediaan jadual ini bagi
247
membolehkan pelajar membuat perancangan masa, kos dan merangka tindakan yang
akan diambil. Satu semester bersamaan dengan 14 minggu waktu kuliah. Setiap minggu
pula diperuntukkan lima jam waktu kuliah. Menurut sistem Pendidikan Berasaskan
Hasil (Outcome Based Education, 2012), pembelajaran terbahagi kepada dua kategori
iaitu bersemuka (face to face) dan bukan bersemuka (non face to face).
Pembelajaran bersemuka memperuntukkan satu jam syarahan dan empat jam
tutorial seminggu untuk kursus penyelidikan reka bentuk ini. Jumlah keseluruhan
pembelajaran dan aktiviti studio adalah lima jam seminggu. Pembelajaran dan aktiviti
studio melibatkan tutorial empat peringkat proses reka bentuk terdiri daripada aplikasi
kemahiran kognitif penjanaan idea, menghalusi idea, membuat komposisi, susunan imej
serta kemahiran psikomotor melakar, mewarna dan melukis. Pembelajaran bukan
bersemuka pula adalah peruntukan masa pembelajaran kendiri di luar waktu kuliah.
Mengikut perkiraan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berasaskan hasil,
setiap lima jam kuliah seminggu perlu penambahan 90 minit untuk pembelajaran
kendiri yang dilaksanakan di luar waktu kuliah pada minggu yang sama. Melalui dua
kategori pembelajaran ini, pelajar dapat merancang strategi pembelajaran mereka
mengikut keutamaan. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran
bukan bersemuka, pelajar dapat mengisi masa tersebut dengan pembelajaran atas talian
melalui portal i-learn yang sediakan oleh universiti, mesej telegram atau whatsapp
berkumpulan atau sumbang saran individu menggunakan perisian yang spesifik.
Setiap jadual yang dirancang perlulah mengemukakan objektif harian, mingguan
dan bulanan berserta keperluan bahan dan kos. Perancangan ini kemudiannya akan
dinilai dan direflek semula bagi menguji sejauh mana keberkesanan perancangan dan
tindakan yang diambil. Oleh yang demikian, pelajar tertakluk kepada disiplin masa
yang dirancang oleh mereka sendiri. Keperluan jadual pelaksanaan reka bentuk ini pada
hakikatnya dilaksanakan di organisasi atau syarikat industri kreatif, namun aplikasi ke
248
atas proses pembelajaran juga memberikan satu pengalaman langsung industri kreatif
yang melatih pelajar pengalaman sebenar dunia pekerjaan.
4.42.5 Sumbang Saran Berkumpulan
Rasional kepada keperluan sumbang saran berkumpulan ini adalah peringkat
tema penyelidikan amat memerlukan 80% kemahiran kognitif menjana dan menghalusi
idea. Aktiviti berkumpulan dapat merangsang keupayaan berfikir dan membuat
keputusan secara kolektif. Dalam konteks penjanaan idea, tujuan sumbang saran
berkumpulan adalah untuk mendapatkan kuantiti idea yang banyak dan kualiti idea
yang bermutu secara kolektif. Aktiviti ini dilaksanakan sebaik sahaja taklimat projek
reka bentuk diberikan. Pelajar perlu terlebih dahulu mengumpulkan maklumat
berbentuk visual dan bertulis berkenaan bahan kajian yang ditetapkan. Pelaksanaan
teknik ini dilakukan berkumpulan untuk menjana seberapa banyak idea yang mungkin
terhadap bahan kajian. Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati idea yang
terbentuk melalui teknik ini mempunyai kuantiti dan kualiti yang memuaskan.
Melalui aktiviti sumbang saran berkumpulan ini, kebanyakan idea
dikembangkan melalui idea yang sedia ada sehingga terhasilnya kumpulan-kumpulan
idea lebih terperinci yang tidak terfikir sebelumnya. Teknik sumbang saran
berkumpulan ini juga mengeksploitasi kebolehan kognitif pelajar ke arah pemikiran dan
konvergen yang seharusnya diaplikasikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda ini.
4.42.6 Kategori Idea
Rasional kepada keperluan kategori idea ini adalah manusia akan lebih mudah
mengingati dan memahami apabila berfikir mengikut pola dan struktur. Kategori idea
dijadikan bagai struktur kepada responden untuk menjana idea mengikut panduan
kategori idea yang disediakan. Dalam erti kata yang lain, pelajar dapat menjana idea
249
dengan lebih berkesan dengan adanya panduan idea berstruktur. Panduan ini disediakan
oleh pensyarah. Sebagai contoh, tema Perayaan Hari Raya Aidilfitri, pelajar dengan
mudah dapat mengkategorikan idea seperti kategori makanan, minuman, warna,
peralatan, hiasan, pakaian, suasana, perasaan dan sebagainya. Idea ini berkembang
dalam kuantiti yang lebih besar apabila dilaksanakan secara berkumpulan.
Rasional kepada keperluan brainwriting adalah kuantiti idea ditentukan oleh
jumlah peserta yang menyumbang. Seperti kaedah yang telah diterangkan dalam bab
tiga, teknik brainwriting ini terbukti sebagai teknik yang paling efektif berbanding
sumbang saran individu dan berkumpulan. Memandangkan konsep brainwriting ini
melibatkan komitmen semua responden menyumbangkan idea, maka terdapat
perbezaan ke atas kuantiti idea yang dihasilkan. Hasil dari penyelidikan ini mendapati
apabila sesebuah kumpulan diminta untuk menyumbang idea untuk kumpulan dari
subjek yang berbeza, mereka secara langsung menunjukkan komitmen dan motivasi
yang tinggi kerana cuba bersaing bagi menjana kuantiti idea yang lebih baik dari
kumpulan sebelumnya. Proses percambahan idea berlaku dengan pesat melalui idea
yang sedia ada. Oleh yang demikian, kuantiti idea yang dihasilkan untuk setiap
kumpulan meningkat.
4.42.7 Sumbang Saran Individu
Rasional kepada keperluan sumbang saran individu adalah kemahiran kognitif
menjana idea bukan sahaja dapat dilakukan secara berkumpulan, malahan ia juga dapat
dilakukan secara individu melalui bantuan aplikasi perisian spesifik sumbang saran.
Idea dapat dijana dan dikembangkan melalui teknik dan alat yang sesuai walaupun
dilakukan bersendirian. Oleh yang demikian, sumbang saran individu digunakan
sebagai teknik penjanaan idea tambahan yang dilaksanakan di luar waktu studio. Ini
250
membolehkan pelajar menambah dan memperkembangkan lagi idea yang telah dijana
semasa aktiviti berkumpulan di dalam studio.
Sumbang saran individu ini boleh dilakukan menggunakan perisian sumbang
saran dan peta minda XMIND versi 6. Melalui perisian ini, pelajar dapat menjana idea
dengan menjawab kepada soalan yang telah ditetapkan. Soalan ini boleh diakses melalui
forum portal pelajar. Dapatan penyelidikan mendapati sumbang saran individu terbukti
membantu pelajar mempersiapkan diri untuk sesi sumbang saran berkumpulan yang
dilaksanakan di dalam studio. Ini adalah kerana lebih banyak maklumat dan idea
diperoleh sebelum sesi sumbang saran berkumpulan dijalankan.
4.42.8 Persembahan Idea Melalui Papan Konsep/Idea
Rasional kepada keperluan persembahan idea melalui papan konsep/idea ini
adalah kemahiran kognitif bukan sahaja dilakukan melalui teknik penjanaan dan
menghalusi idea, malah ia juga melibatkan kemahiran mentafsir dan menterjemah
perkataan ke dalam bentuk visual/gambar. Penyelidikan ini mendapati idea berbentuk
visual lebih mudah dicerna berbanding verbatim. Papan konsep ini merupakan idea
awal seseorang pereka bagi menggambarkan arah tuju serta inspirasi sesuatu reka
bentuk.
Papan konsep atau idea ini merupakan satu lagi kemahiran kognitif bagi
menzahirkan perkataan dalam bentuk gambar/visual. Dalam hal ini, setiap individu
mempunyai tahap kreativiti yang berbeza dari aspek pemahaman, penterjemahan dan
pemilihan gambar/visual. Gambar/visual ini dijadikan sebagai representasi idea, warna,
objek, mood dan hala tuju sesuatu reka bentuk. Melalui papan konsep ini, pelajar juga
bukan sahaja mempelajari penyusunan tiga lapis gambar/visual, malah dapat melatih
kemahiran komunikasi membentang papan konsep dengan penuh yakin.
251
4.42.9 Sesi Kritik Tema Penyelidikan
Rasional kepada keperluan sesi kritik ini adalah penekanan kepada kemahiran
meta kognitif amat diperlukan dalam proses tema penyelidikan. Kemahiran meta
kognitif diaplikasikan melalui proses berfikir dan mencari rasional idea yang
dibentangkan. Ciri idea yang baik memerlukan maklum balas dari orang lain. Sesi kritik
yang dimaksudkan di sini adalah komen rakan lain terhadap papan konsep yang
dihasilkan. Objektif sesi kritik ini komunikasi dua hala untuk membolehkan seseorang
pelajar menerima maklumat dari rakan lain, manakala rakan lain bebas memberi
pandangan dan maklumat berkenaan hasil kerja seseorang pelajar. Secara tidak
langsung, sesi ini mempromosikan kemahiran kognitif menjana, memberi idea kepada
rakan di samping pelajar yang sedang dikritik pula dapat mempertahankan idea yang
dihasilkan dengan memberi rasional kenapa idea yang dipilih itu perlu dipertahankan.
4.43 Peringkat Penyelidikan Visual
Penyelidikan visual merupakan peringkat ke dua dalam proses reka bentuk
tekstil. Proses ini memberi penekanan 70% kemahiran psikomotor melakar dan melukis
bahan kajian yang telah dipilih dan 30% kemahiran kognitif penjanaan idea dan
penyelesaian masalah. Pecahan peratusan ini dibuat hasil dari dapatan penyelidikan
yang mencadangkan kemahiran melakar dan melukis dijadikan sebagai salah satu dari
teknik penjanaan idea selain dari teknik sumbang saran. Kemahiran melakar dan
melukis memerlukan latihan intensif yang berterusan kerana bukan semua responden
berkebolehan untuk berbuat demikian. Peranan teknik sumbang saran pada peringkat ini
adalah untuk menjana idea penggunaan dan eksplorasi bahan, teknik melukis dan
melakar, mengenal pasti unsur dan prinsip reka bentuk yang berkaitan dengan bahan
kajian dan beberapa proses penyelesaian masalah reka bentuk.
252
4.43.1 Kemahiran Melakar/Melukis
Rasional kepada keperluan kemahiran psikomotor melakar dan melukis ini
adalah perlunya 70% kemahiran melakar/melukis bagi mengimbangi kemahiran
kognitif kemahiran berfikir. Penjanaan idea reka bentuk tekstil memerlukan dua
kemahiran ini. Penyelidik telah meletakkan limitasi penyelidikan yang hanya
menyentuh kemahiran kognitif menjana dan menghalusi idea pada setiap peringkat
proses reka bentuk. Oleh yang demikian, penyelidik tidak memberi penekanan secara
terperinci tentang kemahiran psikomotor melakar/melukis ini. Menurut pemerhatian
yang dijalankan, lima dari lapan responden tidak berkebolehan untuk melukis.
Walau bagaimanapun, penyelidik telah menyediakan latihan intensif kepada
responden melalui latihan melakar dan melukis seperti berikut:
a) Lakaran
i. Teknik Hatching
ii. Teknik Cross Hatching
iii. Teknik Smooth Shading
iv. Teknik Tona Terang/Gelap
b) Melukis
i. Teknik Outline dan Line Variety
ii. Teknik Lukisan Realistik
iii. Teknik Lukisan Terperinci
iv. Teknik Sudut Pandangan Kreatif
Pada hakikatnya, teknik-teknik yang tertera di atas merupakan satu tugasan yang
sangat mencabar kepada penyelidik kerana, untuk memahirkan responden dengan
kemahiran melakar dan melukis sesungguhnya memerlukan masa yang lama. Bukan
dalam masa enam bulan, malah kemahiran ini memerlukan latihan intensif dari masa ke
253
masa. Bahkan, kemahiran melakar dan melukis untuk penjanaan idea ini boleh
dijadikan sebuah penyelidikan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah.
4.43.2 Papan Konsep/Idea
Rasional penggunaan papan konsep/idea untuk peringkat penyelidikan visual ini
adalah sesuatu inspirasi perlu wujud dalam bentuk visual. Untuk peringkat penyelidikan
visual ini, perkara yang paling utama yang perlu diberi perhatian adalah kefahaman
responden terhadap bahan kajian yang dipilih. Responden perlu memahami secara jelas
tentang sifat fizikal dan semula jadi bahan kajian. Papan konsep/Idea ini memberikan
gambaran secara umum tentang arah tuju sesuatu reka bentuk yang melibatkan imej,
teks, warna, suasana, mood dan sifat fizikal bahan kajian.
4.43.3 Bahan Rujukan
Rasional penggunaan bahan rujukan ini adalah perincian terhadap sesuatu bahan
kajian memerlukan rujukan visual sebagai sokongan. Pra pengetahuan responden
terhadap bahan kajian amat terhad berdasarkan pengalaman individu. Oleh yang
demikian, bahan rujukan visual dari media cetak, elektronik dan foto amat diperlukan
untuk tujuan melakar dan melukis.
4.43.4 Sumbang Saran Berkumpulan
Penggunaan sumbang saran berkumpulan pada peringkat penyelidikan visual ini
adalah sebagai teknik penjanaan idea untuk perincian bahan kajian yang lebih spesifik,
penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk untuk lakaran dan lukisan, pemilihan
peralatan serta teknik yang sesuai untuk melakar dan melukis. Dengan wujud idea yang
banyak dapat menambahkan kuantiti lakaran dan kualiti lukisan yang bermutu.
254
4.43.5 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk
Penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk untuk peringkat penyelidikan visual
ini adalah perlu terutama untuk tujuan melakar dan melukis idea. Ia dijadikan sebagai
panduan berstruktur agar responden dapat memberi fokus kepada unsur yang terdapat
pada bahan kajian mereka seperti garisan, tekstur, bentuk, rupa, ruang dan warna.
Responden dapat mengenal pasti unsur ini pada setiap bahan kajian mereka. Selain dari
itu, prinsip reka bentuk juga dapat dijadikan panduan seperti harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Dapatan
penyelidikan mengesyorkan unsur dan prinsip reka bentuk dijadikan sebagai panduan
berstruktur untuk tujuan melakar dan melukis bahan kajian.
4.43.6 Buku Lakaran / Diari Visual
Penggunaan buku lakaran atau diari visual merupakan satu kemestian kepada
pelajar seni dan reka bentuk. Rasional kepada keperluan ini adalah kemahiran
psikomotor dibangun dan dikembangkan melalui proses pemerhatian dan kemudiannya
dizahirkan melalui amalan melakar di atas medium seperti kertas lukisan atau buku
lakaran. Buku lakaran mempunyai beberapa kepentingan seperti satu amalan atau usaha
yang berterusan merekodkan apa yang dilihat dan difikirkan. Selain dari itu, ia juga
dijadikan sebagai amalan dan tabiat yang bermanfaat kepada responden. Ia juga
dijadikan sebagai refleksi visual ke atas karakter, kualiti dan sikap individu yang juga
bertujuan untuk merekodkan pemikiran seseorang pereka di samping mencari
kemungkinan idea yang berpotensi untuk dibangunkan.
4.43.7 Sesi Kritik Penyelidikan Visual
Tujuan sesi kritik ini adalah untuk memberi penekanan kepada kemahiran
kognitif membuat kritikan terhadap lakaran dan lukisan yang dihasilkan. Pada peringkat
255
penyelidikan visual ini, maklum balas oleh responden melalui kritikan dapat
memperbaiki persepsi responden yang dikritik, manakala responden yang mengkritik
pula dapat memupuk budaya kritik dalam konteks reka bentuk. Begitu juga sebaliknya
di mana proses kritik ini berterusan pada setiap responden. Penyelidik juga mendapati
sesi kritik ini dianggap sebagai proses penilaian skala kecil yang perlu pada setiap
peringkat proses reka bentuk. Terdapat dua kemahiran yang praktikal di sini iaitu
kemahiran kognitif dan komunikasi dua hala.
4.44 Peringkat Pengembangan Idea
Pengembangan idea merupakan peringkat ke tiga selepas penyelidikan visual.
Peringkat ini juga merupakan peringkat penting dalam proses reka bentuk kerana
kefahaman responden teruji melalui kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan
proses mensintesis, menilai dan menghasilkan sesebuah rekaan. Peringkat ini memberi
penekanan 50% kemahiran kognitif mensintesis dan menghasilkan karya dan 50%
kemahiran psikomotor menggubah, menyusun dan mengkoordinasi warna. Berikut
merupakan formulasi keperluan pengembangan idea mengikut keutamaan.
4.44.1 Modifikasi dan Simplifikasi Lakaran dan Lukisan
Modifikasi dan simplifikasi hasil lakaran dan lukisan merupakan proses kreatif
yang mengehendaki responden mengubah sifat atau bentuk asal bahan kajian tanpa
menghilangkan ciri asal objek tersebut. Simplifikasi pula bermaksud meringkaskan lagi
perincian unsur reka bentuk yang terdapat pada lakaran dan lukisan seperti garisan,
tekstur, bentuk dan warna supaya kelihatan lebih mudah dan ringkas.
Proses ini biasanya akan menghasilkan atribut seperti motif, ikon, teks, tekstur
dan kombinasi warna yang disusun dan digubah menjadi reka corak. Pembentukan reka
corak dihasilkan melalui proses kreatif menyusun dan menggubah atribut yang
256
dihasilkan. Keperluan ini membolehkan responden menguasai kemahiran berfikir aras
tinggi dengan mensintesis dan menghasilkan gubahan dan susunan reka bentuk tekstil.
4.44.2 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk
Unsur dan prinsip reka bentuk pada peringkat perkembangan idea ini dijadikan
sebagai teras dalam proses reka bentuk. Peranan unsur dan prinsip reka bentuk ini juga
dijadikan sebagai panduan kepada responden untuk menggunakannya dalam membuat
komposisi dan susun atur reka corak. Pada peringkat ini juga, unsur dan prinsip reka
bentuk saling bekerja sama dengan proses kreatif membuat komposisi dan susun atur
pada reka corak.
4.44.3 Komposisi Dan Susun Atur
Komposisi dan susun atur menggabungkan enam unsur reka bentuk seperti
garisan, warna, rupa, ton, tekstur dan bentuk. Unsur ini kemudiannya dimanipulasikan
bersama prinsip reka bentuk utama seperti imbangan simetri, asimetri, ruang,
kepelbagaian, kedalaman dan pengulangan. Ini juga melibatkan proses kreatif
komposisi serta memerlukan masa untuk responden menguasai kemahiran ini. Proses
ini membolehkan responden menguasai dua kemahiran iaitu psikomotor melukis,
melakar dan mewarna serta kognitif yang melibatkan proses kreativiti menghasilkan
komposisi reka bentuk tekstil.
4.44.4 Sumbang Saran Berkumpulan
Untuk peringkat perkembangan idea ini, sumbang saran berkumpulan
berperanan dalam dua tujuan iaitu yang pertama sebagai penjanaan bentuk motif,
aplikasi tekstur dan koordinasi warna yang bersesuaian dengan tema. Idea
disumbangkan oleh ahli dalam kumpulan dapat membantu rakan memilih motif, bentuk,
257
tekstur dan koordinasi warna yang dapat diaplikasikan dalam projek reka bentuk
mereka.
Tujuan ke dua sumbang saran berkumpulan adalah untuk penjanaan idea
komposisi dan penyusunan motif agar menjadi cadangan reka corak yang bersesuaian
dengan bahan kajian. Komposisi dan penyusunan reka corak ini mengambil kira unsur
dan prinsip reka bentuk seperti ruang, tekstur, ritma, pengulangan dan penegasan.
Penyelidik mendapati peranan sumbang berkumpulan ini sangat penting sebagai kaedah
perbincangan berkumpulan yang terbukti dapat membantu responden menjana idea,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
4.44.5 Sesi Kritik Pengembangan Idea
Tujuan sesi kritik ini adalah untuk memberi penekanan kepada kemahiran
kognitif responden mengkritik terhadap modifikasi, simplifikasi dan komposisi reka
corak yang dihasilkan. Pada peringkat pengembangan idea ini, maklum balas oleh
responden melalui kritikan dapat memberi input tentang kekurangan yang ada. Begitu
juga sebaliknya di mana proses kritik ini berterusan pada setiap responden. Penyelidik
juga mendapati sesi kritik ini dianggap sebagai proses penilaian skala kecil yang perlu
pada setiap peringkat proses reka bentuk. Terdapat dua kemahiran yang diamalkan di
sini iaitu kemahiran kognitif dan komunikasi dua hala.
4.45 Peringkat Cadangan Produk Reka Bentuk
Cadangan reka bentuk merupakan peringkat ke empat dalam proses reka bentuk
tekstil. Proses ini memberi penekanan 50% kemahiran psikomotor melakar, melukis dan
mewarna cadangan produk reka bentuk yang telah dipilih dan 50% kemahiran kognitif
memanipulasikan reka corak ke atas permukaan produk. Pecahan peratusan ini dibuat
hasil dari dapatan penyelidikan yang mencadangkan kemahiran yang seimbang di antara
258
psikomotor dan kognitif pada peringkat cadangan produk reka bentuk ini. Proses ini
juga melibatkan aspek spesifikasi teknikal ukuran dan ketepatan design placement ke
atas produk yang dicadangkan.
Cadangan produk reka bentuk tekstil ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu fesyen, kemasan lembut dan kraftangan. Responden boleh memilih salah satu dari
tiga kategori produk untuk dibangunkan. Walau bagaimanapun, peringkat cadangan
reka bentuk ini hanya membataskan kepada cadangan reka bentuk yang dizahirkan
melalui representasi visual sahaja. Ia tidak melibatkan proses produksi untuk semester
ini. Proses prototaip produk akan di lakukan pada semester akan datang.
4.45.1 Kategori Produk Berasaskan Tekstil
Terdapat pelbagai jenis produk yang berasaskan tekstil, namun kategori yang paling
kerap digunakan terbahagi kepada tiga iaitu;
i. Kategori Fesyen
ii. Kategori Kemasan Lembut
iii. Kategori Kraftangan
4.45.2 Kategori Fesyen
Kategori ini memberi fokus kepada pakaian formal dan kasual lelaki dan wanita
serta aksesorinya. Responden yang memilih kategori ini diberikan template lakaran
figura lelaki dan wanita sebagai panduan membuat reka bentuk pakaian serta cadangan
reka letak motif dan reka corak. Jumlah cadangan reka bentuk untuk kategori fesyen ini
adalah dua pasang untuk pakaian kasual dan formal yang dipersembahkan dalam bentuk
visual. Di samping itu, responden juga membuat penambahan aksesori fesyen yang
berkaitan seperti beg tangan wanita, selendang panjang, kasut gelang tangan, anting-
anting dan headgear.
259
4.45.3 Kategori Kemasan Lembut
Kategori ini memberi fokus kepada produk gunaan seperti langsir, alas meja,
hamparan meja (table runner), cadar, sarung bantal dan hamparan tilam (bed runner).
Responden yang memilih kategori ini diberikan spesifikasi teknikal berkaitan ukuran
dan reka letak motif dan reka corak. Jumlah cadangan bagi kategori ini adalah satu set
produk kemasan lembut yang dipersembahkan dalam bentuk visual. Di samping itu,
responden boleh membuat penambahan aksesori yang lain seperti kertas dinding,
gambar berbingkai, napkin dan coaster.
4.45.4 Kategori Kraftangan
Kategori ini memberi fokus kepada produk kraftangan seperti aksesori fesyen,
alat tulis, permainan dan pembungkusan kreatif. Responden yang memilih kategori ini
diberikan spesifikasi teknikal berkaitan ukuran, reka letak motif dan reka corak.
Responden boleh memilih salah satu dari jenis produk yang disenaraikan di atas.
Jumlah cadangan bagi kategori ini adalah satu set produk kraf yang dipersembahkan
dalam bentuk visual sebagai cadangan reka bentuk.
4.45.5 Sumbang Saran Berkumpulan
Peranan sumbang saran pada peringkat ini adalah menjana idea untuk produk
yang dikenal pasti berpotensi untuk dihasilkan dan aspek teknikal (design placement)
reka corak ke atas produk yang dicadangkan. Terbukti kaedah sumbang saran
berkumpulan ini lebih efektif berbanding diskusi berkumpulan dari aspek komitmen
responden. Penyelidik mendapati dengan menggunakan kaedah sumbang saran
berkumpulan ini, responden mencuba sedaya upaya untuk menjana idea, pandangan,
cadangan dan penyelesaian dalam kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, kaedah
260
sumbang saran berkumpulan amat diperlukan terutama pada peringkat cadangan produk
reka bentuk ini.
4.45.6 Komposisi dan Pemetaan Reka Corak (Composition and Design Pattern
Mapping)
Keperluan ini merupakan kesinambungan dari proses pengembangan idea yang
terdahulu di mana pada peringkat ini, fokus diberikan lebih kepada kemahiran teknikal
memilih komposisi dan pemetaan reka corak ke atas permukaan produk mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Proses ini membolehkan responden menguasai kemahiran
teknikal yang berkaitan dengan nisbah skala, ukuran dan ketepatan pemetaan reka
corak. Objektif proses ini adalah untuk menghasilkan cadangan reka corak dan
menyediakan spesifikasi teknikal ke atas produk. Cadangan produk reka bentuk ini
kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk visual dan perlu dibentangkan.
4.45.7 Sesi Kritik Cadangan Reka Bentuk
Sesi ini membuka ruang kepada responden untuk menguji kemahiran mengkritik
cadangan reka bentuk produk yang dihasilkan oleh responden lain. Untuk tujuan ini,
beberapa garis panduan telah ditetapkan agar sesi kritik ini tidak tersasar dari matlamat
asal. Kritikan perlu mengambil kira unsur dan prinsip reka bentuk seperti kesesuaian
reka corak dan produk, kesesuaian warna, komposisi, saiz, imbangan dan potensi
produk untuk dipasarkan. Responden yang dikritik pula mendapat input yang dapat
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada cadangan reka bentuk mereka.
4.45.8 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur
Seperti dapatan penyelidikan yang diterangkan sebelum ini, kemahiran
membentang hasil idea atau karya amat diperlukan terutama pada peringkat tema
penyelidikan dan cadangan reka bentuk produk. Pada peringkat ini, setiap responden
261
diminta untuk membuat pembentangan hasil cadangan reka bentuk yang telah siap.
Pembentangan ini dilakukan secara berstruktur bagi memudahkan proses pembentangan
oleh responden. Struktur kandungan pembentangan perlu menyentuh tentang;
i. Tema Projek
ii. Bahan Kajian
iii. Unsur dan prinsip reka bentuk
iv. Rasional pemilihan bahan kajian
v. Perkaitan di antara bahan kajian dengan produk
vi. Rasional komposisi dan pemetaan reka corak pada permukaan produk
vii. Potensi produk untuk dikomersialkan.
Dengan adanya struktur ini, responden lebih bersedia untuk membentangkan
cadangan reka bentuk mereka dengan lebih yakin kerana mempunyai masa yang
mencukupi untuk berlatih sebelum pembentangan.
4.46 Peningkatan Kuantiti Dan Kualiti Idea Reka Bentuk Tekstil Melalui
Intervensi Teknik Sumbang Saran Berkategori
Berdasarkan kepada hipotesis penyelidikan:
Hipotesis 1: Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
kuantiti kelancaran idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea
sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran.
Jadual 4.4 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap
p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan.
Ujian-T berjumlah (8.123) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik yang
menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik sumbang
saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati perbezaan
yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=16.13, SD=3.603) dan Ujian Kreativiti
262
Pasca (M=36.5, SD=4.071), t(8.123)=-10.5, p=0.015. Penyelidikan ini telah berjaya
menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat peningkatan
yang ketara secara statistik ke atas kuantiti kelancaran idea kumpulan eksperimen pada
ujian kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang saran.
Jadual 4.4: Keputusan Ujian-T Untuk Kuantiti Kelancaran Idea Ujian Pra Dan Pasca
Hipotesis 2: Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
fleksibiliti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan
selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran.
Jadual 4.5 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap
p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan.
Ujian-T berjumlah (9.071) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik yang
menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik sumbang
saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati perbezaan
yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=10.25, SD=3.196) dan Ujian Kreativiti
Pasca (M=27.88, SD=3.563), t(9.071)=-12.5, p=0.019. Penyelidikan ini telah berjaya
menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat peningkatan
yang ketara secara statistik ke atas fleksibiliti idea kumpulan eksperimen pada ujian
kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang saran.
N Mean SD t df Sig. (2 tailed)
Ujian Pra 8 16.13 3.603 1.235 7
.0015 Ujian Pasca 8 36.5 4.071 8.123 7
263
Jadual 4.5: Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Fleksibiliti Idea Ujian Pra Dan Pasca
Hipotesis 3: Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
keaslian idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan
selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran.
Jadual 4.6 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap
p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan.
Ujian-t berjumlah (12.689) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik
yang menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik
sumbang saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati
perbezaan yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=5.75, SD=1.282) dan Ujian
Kreativiti Pasca (M=12.75, SD=.389), t(12.689)=-13.5, p=0.004. Penyelidikan ini telah
berjaya menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat
peningkatan yang ketara secara statistik ke atas kuantiti keaslian idea kumpulan
eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang
saran.
Jadual 4.6: Keputusan ujian-t untuk perbandingan kuantiti keaslian idea Ujian Pra dan Pasca
N Mean SD t df Sig. (2 tailed)
Ujian Pra 8 10.25 3.196 9.071 7
.0019 Ujian Pasca 8 27.88 3.563 22.127 7
N Mean SD t df Sig. (2 tailed)
Ujian Pra 8 5.75 1.282 12.689 7
.0004 Ujian Pasca 8 12.75 1.389 25.968
264
4.47 Kesimpulan
Analisis data dan dapatan penyelidikan dalam bab ini merupakan kombinasi
analisis pengukuran pencapaian dan interpretasi teks melalui data pemerhatian dan temu
bual. Ini merupakan gabungan analisis lengkap bagi menjawab soalan penyelidikan
melalui kaedah penyegitigaan (triangulation) data. Secara khususnya, proses analisis
data kajian tindakan berbeza dari aspek pelaksanaan kerana analisis data dilaksanakan
pada setiap kitaran tindakan. Ini bermakna, proses kitaran Kajian Tindakan mempunyai
prosedur analisisnya tersendiri bagi melengkapi proses kitaran yang bermula dari
mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpulkan
data, menganalisis data dan membuat refleksi terhadap tindakan yang dijalankan.
Pada pandangan penyelidik, Penyelidikan Kaedah Campuran (Mixed Method
Research) membolehkan data dianalisis melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Keputusan dari analisis ini saling bergantung di antara satu sama lain dan bukannya
diinterpretasikan secara berasingan. Data kuantitatif yang digambarkan ke dalam nilai
skor dijadikan sebagai dapatan preskriptif bagi membolehkan fenomena diteroka dalam
bentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Oleh yang demikian,
gabungan analisis dari dua data ini menjadikan dapatan yang komprehensif.
Prosedur pengumpulan data telah diterangkan secara sistematik melalui tiga
proses kitaran tindakan yang dijalankan. Data-data ini terdiri daripada skor ujian
kreativiti menjana idea, pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus pelajar dan
pensyarah. Data-data yang diperoleh ini distrukturkan terlebih dahulu melalui kaedah
pemadanan soalan kajian bertujuan membentuk penyegitigaan (triangulation) untuk
menjawab soalan kajian yang memerlukan lebih dari satu data.
Prosedur analisis data juga telah diterangkan secara sistematik melalui tiga
proses kitaran tindakan yang dijalankan. Data skor ujian kreativiti menjana idea
dianalisis menggunakan IBM Statistical Package For Social Science (SPSS ver21).
265
Hasil dari analisis ini menjanakan laporan statistik deskriptif melalui skor min idea
(mean), skor minimum, maksimum dan sisihan piawai (standard deviation). Melalui
laporan statistik deskriptif ini, penyelidik telah melaporkan keputusan mengikut soalan
kajian yang berkenaan, seterusnya laporan ini direflek dan dibincangkan.
Begitu juga data pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus. Analisis data yang
bersifat kualitatif ini dijalankan dengan menstruktur, mengkategorikan teks dan
kemudiannya ditafsirkan menjadi fakta-fakta naratif. Pentafsiran teks dilakukan dengan
kaedah pemadanan tema seterusnya distrukturkan semula untuk menjawab kepada
soalan kajian. Pembentukan kefahaman terhadap kelebihan, kekurangan dan keperluan
membina model penjanaan idea tekstil pada dasarnya diperoleh dari analisis data
pemerhatian dan temu bual ini. Konsep penyegitigaan (triangulation) data digunakan
bagi memperkuatkan sesuatu hujah dengan menggabungkan analisis data pemerhatian,
temu bual dan keputusan ujian kreativiti menjana idea. Gabungan analisis data-data ini
membentuk satu deskripsi terperinci bagi menjawab soalan kajian melalui pelbagai
aspek.
266
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik membincangkan kesimpulan dari penyelidikan yang
dijalankan serta cadangan bagi membolehkan hasil dari penyelidikan integrasi
penjanaan idea ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan perancangan, pelaksanaan,
penilaian dan pembentukan silibus reka bentuk tekstil yang lebih komprehensif.
Kesimpulan penyelidikan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
i. kesimpulan kepada matlamat penyelidikan
ii. kesimpulan kepada objektif penyelidikan
iii. kesimpulan kepada kaedah penyelidikan tindakan
iv. kesimpulan kepada strategi intervensi yang dilaksanakan
5.2 Kesimpulan Kepada Matlamat Penyelidikan
Matlamat penyelidikan ini adalah untuk membina model empirikal penjanaan
idea di dalam proses reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran. Ini bertujuan
sebagai penambahbaikan proses penjanaan idea melalui kaedah sedia ada yang dilihat
mempunyai kelemahan dari aspek kemahiran kognitif. Penekanan kemahiran berfikir
aras tinggi melibatkan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian yang juga
adalah keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Secara keseluruhan, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa
penyelidikan kajian tindakan ini telah menemukan satu paradigma baru dalam hala tuju
dan pelaksanaan penjanaan idea reka bentuk tekstil iaitu mengaplikasikan pemikiran
reka bentuk berpusatkan keperluan manusia (Human Centered Design) bagi
menggantikan proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Penjanaan idea reka bentuk
tekstil yang sedia ada ini adalah berdasarkan bahan kajian yang diolah melalui kreativiti
267
penghasilan dan seterusnya hanya dijadikan produk gunaan semata-mata. Ini dilihat
tidak memberi implikasi terhadap isu/masalah yang dihadapi oleh manusia/pengguna itu
sendiri. Konsep reka bentuk yang komprehensif seharusnya berpusatkan keperluan-
keperluan manusia, seterusnya dilaksanakan melalui proses kreatif dan inovatif bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, proses reka bentuk
sebegini dilihat lebih bermatlamat dan praktikal sekiranya paradigma ini dapat diterima
dan dilaksanakan.
Kesimpulan yang dapat dibuat melalui matlamat penyelidikan ini adalah konsep
pelaksanaan komprehensif penjanaan dan menghalusi idea ini telah berjaya
dibangunkan melalui gabungan teknik sumbang saran, kaedah pembelajaran dan
keperluan penting unsur, prinsip reka bentuk dan kemahiran komunikasi. Asas utama di
peringkat awal adalah pemahaman responden tentang objektif setiap peringkat reka
bentuk tekstil. Pemahaman yang jelas dapat membentuk hala tuju yang lebih
bermatlamat melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian seseorang pereka.
Penekanan kemahiran berfikir pula merupakan proses berterusan yang
memerlukan masa dan latihan intensif khusus dalam reka bentuk tekstil. Perancangan
pengajaran akan datang perlu melihat keperluan kemahiran berfikir divergen dan
konvergen sebagai salah satu dari kaedah penjanaan idea. Kesimpulan ke dua yang
dapat dibuat melalui matlamat penyelidikan ini adalah pembinaan pelaksanaan reka
bentuk tekstil melalui konsep sumbang saran. Ini memerlukan dua kemahiran penting
iaitu kognitif dan psikomotor.
Gabungan dua kemahiran ini telah menghasilkan tahap pemahaman yang jelas
oleh responden lantas membentuk satu kaedah mantap untuk teknik penjanaan dan
menghalusi idea. Objektif Umum penyelidikan ini adalah untuk membina model
penjanaan idea reka bentuk tekstil yang komprehensif dengan memberi penekanan
kepada aspek kemahiran kognitif penjanaan dan menghalusi idea kepada pelajar
268
Program Reka Bentuk Tekstil semeter satu. Penekanan aspek kemahiran kognitif
ini diberikan kerana tiada pelaksanaan yang diterapkan sebelum ini. (pemerhatian kajian
rintis 2012). Melalui objektif umum ini, penyelidik membuat kesimpulan bahawa tugas
memperbaiki amalan pengajaran sebenarnya terletak pada inisiatif, kesedaran dan
tanggungjawab pensyarah kursus kerana mereka dianggap sebagai pakar bidang kursus
itu sendiri. Merujuk kepada dapatan kajian rintis yang dilaksanakan terdahulu, sikap
pensyarah yang tidak melakukan perubahan dalam amalan pengajaran telah dikenal
pasti sebagai faktor penyumbang kepada ketiadaan pelaksanaan teknik dan kaedah
alternatif dalam pengajaran yang berpotensi untuk diaplikasikan.
Pelaksanaan ke atas sesuatu strategi pengajaran baharu adalah satu tugas yang
mencabar kerana melibatkan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi terhadap
strategi yang dilaksanakan. Untuk melihat keberkesanannya pula memerlukan beberapa
siri eksperimen yang sudah pastinya berhadapan dengan beberapa kekurangan,
kesilapan dan kegagalan. Tambahan pula, proses ini mengambil masa yang agak lama.
Situasi ini berbeza dengan penggunaan modul pengajaran yang telah direka bentuk oleh
orang lain. Oleh kerana ketiadaan rujukan modul khusus aplikasi sumbang saran
sebagai teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil, penyelidik telah melaksanakan
beberapa strategi pengajaran berasaskan teknik sumbang saran ini sebagai inisiatif
untuk memperkenalkan teknik dan kaedah alternatif dalam penjanaan idea reka bentuk
yang sedia ada.
Penekanan kepada aspek kemahiran berfikir ini pula sebenarnya sudah
termaktub sebagai salah satu daripada keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) untuk aras Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan
swasta yang menetapkan keperluan kemahiran berfikir aras tinggi pada setiap kursus
teras program reka bentuk. Pelaksanaan dan penekanan kemahiran berfikir ke atas
kursus eksplorasi penyelidikan reka bentuk tekstil ini telah membuka lembaran baharu
269
inisiatif pembaharuan kaedah pengajaran dan pembelajaran selari dengan keperluan
yang ditetapkan oleh KPT. Pengenalan kepada kaedah pemikiran konvergen dan
divergen terbukti berkesan dalam aktiviti menjana dan menghalusi idea. Ini
membuktikan sesuatu usaha untuk pembaharuan berjaya dilaksanakan seperti frasa yang
selalu diungkapkan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Faktor yang paling
utama adalah inisiatif pensyarah untuk membuat perubahan dan pembaharuan.
5.2.1 Anjakan Paradigma
Sesuatu pembaharuan sebenarnya bukan mudah untuk dilaksanakan dan
diterima oleh sebahagian besar pensyarah-pensyarah kursus reka bentuk tekstil,
tambahan pula mereka yang sudah terbiasa dengan kaedah pengajaran yang diwarisi
melalui generasi pensyarah yang terdahulu. Mereka ini dilihat berada di dalam zon
selesa dengan hanya memenuhi keperluan yang tertulis di dalam silibus kursus sahaja.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk, namun
usaha minoriti untuk mengubah cara pemikiran majoriti dilihat sebagai satu usaha sukar
dan memerlukan rombakan total (total revamp) silibus kursus, objektif dan kaedah
pengajaran. Implikasi teknologi juga memberi manfaat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran juga seharusnya perlu terbuka
kepada pendekatan teknologi yang dapat mempercepat dan mempermudahkan proses di
samping memenuhi gaya pembelajaran pelajar generasi “Y” ini.
Seorang pensyarah reka bentuk yang sensitif kepada perubahan dan keperluan
semasa seharusnya mempunyai pemikiran reflektif terhadap masalah, keperluan,
cabaran dan kaedah untuk menyelesaikannya. Ini adalah kerana, setiap pelajar
mempunyai tahap pemikiran dan kebolehan yang berbeza dari masa ke masa. Pelajar
kini lebih berfikiran kritis dalam menerima sesuatu informasi yang memerlukan
kemahiran komunikasi dua hala di antara pensyarah dan pelajar. Kesediaan pensyarah
270
untuk menerima dan membuat perubahan dari aspek pemikiran dan kaedah pengajaran
adalah perkara asas yang memerlukan satu usaha dan tanggungjawab kolektif dan
bukannya usaha segelintir individu yang melihat kepentingan anjakan paradigma ini.
Anjakan paradigma ini juga melibatkan pelajar-pelajar khususnya Bumiputera
Melayu yang dilihat kurang bermotivasi dan mengharapkan suapan informasi
(spoonfeed) dari pensyarah terutamanya semasa proses pembelajaran. Pelaksanaan
strategi pembelajaran kolaboratif yang digandingkan bersama teknik sumbang saran
berkumpulan telah didapati banyak membantu mengatasi kebergantungan pelajar
kepada pensyarah. Seterusnya strategi pembelajaran koperatif ini juga adalah selari
dengan falsafah pendidikan konstruktivism sosial. Sebagai kesimpulan, tanggungjawab
untuk membuat sesuatu pembaharuan adalah dari pensyarah sendiri bagi mengubah set
pemikiran yang terdahulu kepada set pemikiran yang pro aktif.
5.3 Kesimpulan Kepada Objektif Penyelidikan
Objektif khusus untuk penyelidikan ini berdasarkan kepada dua tujuan
penyelidikan yang diterangkan iaitu pembinaan konsep penjanaan idea reka bentuk
tekstil dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,
kesimpulan penyelidikan ini juga berdasarkan kepada enam objektif khusus yang
disusun mengikut susunan seperti berikut:
5.3.1 Meneroka Penggunaan Teknik Sumbang Saran Dalam Membantu Pelajar
Menjana Dan Menghalusi Idea Reka Bentuk Tekstil.
Terminologi meneroka dalam penyelidikan ini merujuk kepada proses eksplorasi
teknik sumbang saran sebagai instrumen menjana dan menghalusi idea ke atas empat
proses reka bentuk tekstil. Proses ini melibatkan eksperimentasi percubaan dan
kesilapan (trial and error) untuk mencari kaedah yang paling sesuai dan efektif.
271
Penerokaan ini melibatkan beberapa implikasi yang terbentuk semasa proses induktif.
Berikut merupakan implikasi dan kesimpulan kepada objektif penyelidikan ini:
5.3.2 Teknik Sumbang Saran Individu
Konsep sumbang saran secara amnya merujuk kepada aktiviti berkumpulan
dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah. Namun begitu, konsep ini juga tidak
membataskan hanya untuk aktiviti berkumpulan, malah terdapat beberapa teknik
sumbang saran individu yang terbukti lebih berkesan dari teknik sumbang saran
berkumpulan. Menurut Alex Faickney Osborn (1953), aktiviti sumbang saran adalah
lebih berkesan daripada aktiviti yang dilakukan secara individu dalam menjana idea.
Namun begitu, terdapat beberapa penyelidikan terkini yang mempertikaikan kesimpulan
beliau (Stroebe, W. 1991).
Penyelidik tidak bermaksud untuk mempertikaikan kelebihan dan kekurangan
yang terdapat pada teknik sumbang saran seperti didakwa oleh sarjana dan penyelidik
yang terdahulu kerana terdapat beberapa faktor yang melibatkan situasi dan paradigma
yang berbeza. Sebagai penyelidik, dapatan dari sarjana dan penyelidik yang terdahulu
hanya dijadikan sebagai rujukan literatur untuk menampung jurang pengetahuan yang
berpotensi untuk diteroka. Untuk tujuan penyelidikan ini, penyelidik banyak bergantung
pada data dari keputusan ujian kreativiti menjana idea, pemerhatian dan temu bual.
Penyelidik tidak menafikan terdapat kekurangan pada teknik sumbang saran
individu kerana kebolehan kognitif individu adalah terhad kepada pengetahuan pra dan
proses merangsang kognitif tidak aktif dan berkembang. Ini memberi kesan kepada
kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik tidak sesekali melihat kelemahan
teknik ini sebagai usaha penutup untuk menggantikannya dengan teknik lain. Pada
pandangan penyelidik, teknik ini memerlukan strategi gabungan dan tidak perlu terlalu
terikat dengan panduan sumbang saran yang diketengahkan oleh Osborn.
272
Dengan mengetahui kelemahan teknik yang ada, penyelidik telah mengubah suai
teknik ini dengan menggabungkannya dengan teknik peta minda dan penggunaan
perisian khusus untuk sumbang saran individu. Kaedah gabungan ini sebenarnya telah
mengubah teknik penjanaan idea dengan mengeksploitasi teknologi melalui aplikasi
perisian khusus sumbang saran dan peta minda yang sebelum ini dilakukan secara
manual. Penyelidik mendapat maklum balas positif dari responden tentang
keberkesanannya. Hasilnya, teknik ini dapat juga dijadikan sebagai teknik tambahan
yang menampung kelemahan teknik sumbang saran berkumpulan. Tambahan pula,
gabungan teknik sumbang saran individu ini dapat dijadikan amalan terutama di luar
waktu studio pada bila-bila masa. Kelebihan teknik ini dilihat dari aspek tiada had masa
menjana idea yang dapat dimanfaatkan oleh responden tanpa memerlukan penglibatan
peserta lain.
Untuk peringkat pembangunan tema projek, teknik ini dilihat dapat
dimanfaatkan sebagai teknik sokongan kepada sumbang saran berkumpulan dengan
melakukan terlebih dahulu aktiviti sumbang saran individu sebagai persediaan sebelum
sesi sumbang saran berkumpulan. Ini bermaksud, responden telah menyediakan idea-
idea asas lebih awal agar sesi sumbang saran seterusnya berjalan lancar dan produktif.
Aktiviti sumbang saran individu ini adalah sesuai digunakan pada peringkat
penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk.
Sebagai kesimpulan, teknik sumbang saran individu ini tidak boleh dijadikan
teknik tunggal penjanaan idea tanpa digabungkan dengan teknik peta minda dan
aplikasi sumbang saran berkomputer. Teknik ini masih tetap relevan sebagai teknik
penjanaan idea kendiri yang secara langsung dapat digunakan juga dalam empat
peringkat proses reka bentuk tekstil. Gabungan kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai sesungguhnya dapat memanfaatkan potensi sumbang saran
273
individu ini sebagai salah satu dari teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil untuk
perancangan silibus kursus di masa akan datang.
5.3.3 Teknik Sumbang Saran Berkumpulan
Aktiviti sumbang saran berkumpulan merupakan konsep asal sumbang saran
yang memerlukan lebih dari satu peserta. Menurut Osborn (1953), jumlah maksimum
sumbang saran berkumpulan ini di antara enam hingga lapan peserta bagi memastikan
hasil penjanaan idea yang optimum. Melalui teknik ini, proses penjanaan idea menjadi
lebih produktif dengan penglibatan aktif semua responden. Ini berikutan prinsip
sumbang saran yang tidak menolak malahan menerima apa sahaja lontaran idea yang
disuarakan oleh responden. Oleh yang demikian, proses penjanaan idea berkumpulan ini
menjadi lebih produktif serta dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang lebih besar
berbanding teknik sumbang saran individu.
Penyataan di atas bukan bertujuan untuk bersetuju atau menafikan dapatan
penyelidik lain, malah penyelidik telah membuktikan sendiri keberkesanannya ke atas
penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui beberapa sesi sumbang saran yang telah
dilaksanakan. Kebanyakan kajian yang sedia ada memberi fokus teknik sumbang saran
ini untuk tujuan inovasi, sedangkan dapatan penyelidikan ini membuktikan teknik
sumbang saran berkumpulan dapat digunakan pada setiap proses reka bentuk dalam
pembangunan konsep, penyelidikan visual, pengembangan idea dan kreativiti cadangan
reka bentuk. Ini bermaksud, teknik sumbang saran berkumpulan ini adalah versatil ke
atas semua peringkat proses reka bentuk tekstil.
Dari aspek penggunaan masa, melalui panduan sumbang saran yang ditetapkan,
responden-responden berjaya merancang dan mematuhi masa menjana dan menghalusi
idea mengikut ketepatan masa yang bersesuaian. Ini bermaksud, masa menjana dan
menghalusi idea berjaya disingkatkan dalam masa satu jam sahaja berbanding lima jam
274
pada amalan penjanaan idea yang terdahulu. Kecekapan penggunaan masa ini juga
dijadikan sebagai salah satu penemuan yang memberi signifikan yang tinggi untuk
keseluruhan proses reka bentuk tekstil.
Untuk peringkat pembangunan tema projek, sumbang saran berkumpulan ini
dilihat sebagai teknik dominan untuk penjanaan dan menghalusi idea. Tema projek
merupakan proses pertama untuk membentuk kefahaman tentang pemilihan bahan
kajian, fakta, ciri-ciri dan sifat bahan kajian yang dipilih. Oleh kerana kebolehan
kognitif individu amat terbatas dengan pengetahuan pra, maka sumbang saran
berkumpulan ini sesungguhnya mempraktikkan konsep Osborn iaitu, stimulasi proses
kognitif menjadi lebih aktif melalui aktiviti penjanaan idea yang dilakukan secara
berkumpulan berbanding individu (Osborn, 1953). Secara langsung, teknik sumbang
saran berkumpulan ini mempromosikan gaya pembelajaran koperatif di kalangan
responden.
Idea untuk pemilihan bahan kajian pada peringkat ini berbentuk verbatim
melalui sumbangan idea-idea oleh peserta dalam kumpulan. Terdapat tiga implikasi
yang terbukti signifikan hasil dari teknik sumbang saran berkumpulan ini iaitu:
i. Teknik ini berjaya membentuk satu kaedah penjanaan dan menghalusi
idea alternatif dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil.
ii. Tahap kefahaman yang mendalam oleh responden tentang bahan kajian
melalui kepelbagaian maklumat yang diperoleh.
iii. Peningkatan kebolehan asosiasi responden menzahirkan kefahaman
verbatim ke dalam bentuk visual.
5.4 Kelemahan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan
Dapatan dari penyelidikan ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan pada
teknik sumbang saran berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini terdiri daripada
275
responden yang berbeza latar belakang dan personaliti. Penyelidik mengkategorikan
responden-responden ini ke dalam tiga kategori iaitu:
5.4.1 Peserta Aktif
Peserta aktif merupakan responden yang dilihat mendominasi aktiviti menjana idea
melalui penghasilan idea yang banyak dan aktif berkomunikasi. Oleh kerana panduan
sumbang saran berkumpulan ini tidak menolak idea yang disumbangkan, maka proses
penjanaan idea menjadi lebih aktif dan produktif sekiranya dalam sesuatu kumpulan itu
mempunyai peserta aktif.
5.4.2 Peserta Sederhana Aktif
Peserta sederhana aktif disifatkan sebagai responden yang mengikut sifat majoriti dalam
kumpulan. Sekiranya sesebuah kumpulan itu aktif, maka responden kategori ini akan
cuba untuk menjadikan diri mereka relevan untuk bersama-sama menyumbang idea,
walaupun pada hakikatnya mereka kekurangan idea. Begitu juga sebaliknya, responden
dalam kategori ini dilihat kurang bermotivasi apabila berada dalam kumpulan pasif.
5.4.3 Peserta Pasif
Peserta pasif ini terdiri daripada responden yang kurang berkomunikasi serta bersifat
pendiam. Semasa sesi sumbang saran berkumpulan, peserta dari kategori ini dilihat
kurang menyumbang serta terlalu bergantung dan mengharapkan idea dari peserta
dalam kategori aktif dan sederhana. Motivasi yang rendah dan kemahiran
berkomunikasi merupakan faktor penyumbang kepada kelemahan teknik sumbang saran
berkumpulan ini.
276
Sebagai kesimpulan, teknik sumbang saran berkumpulan pada konsepnya
kelihatan mudah untuk dilaksanakan, namun pada hakikatnya memerlukan beberapa
persediaan dan latihan yang mantap bagi memastikan peserta bersedia mental dan
fizikal agar kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan berada pada tahap yang optimum.
Masa menjana dan menghalusi idea juga perlu mengikut kesesuaian tema dan bahan
kajian. Bahan kajian yang rumit memerlukan masa menjana yang panjang.
5.5 Teknik Brainwriting
Peranan utama teknik ini adalah untuk memperkembangkan idea yang sedia ada
secara menulisnya mengikut kuantiti yang ditetapkan. Brainwriting ini dilihat sebagai
teknik penjanaan idea yang dapat menutup kelemahan teknik sumbang saran
berkumpulan. Walaupun teknik ini dilihat ke arah kaedah konvensional, namun
objektifnya dapat memastikan semua responden menjana dan menghalusi idea dalam
kuantiti dan kualiti yang sama. Oleh yang demikian, peserta pasif secara tidak langsung
perlu menjana idea dalam kuntiti yang telah ditetapkan. Namun begitu, teknik ini juga
sama seperti teknik sumbang saran individu iaitu tidak boleh dijadikan sebagai teknik
tunggal kerana modus operandinya masih bersifat individu. Brainwriting ini dijadikan
prosedur ke dua selepas sesi sumbang saran berkumpulan. Teknik ini sangat berpotensi
untuk diaplikasikan dalam proses reka bentuk terutama pada proses penjanaan dan
menghalusi idea.
Dari aspek komitmen, responden berjaya memenuhi keperluan teknik
brainwriting ini dengan mengembangkan idea dalam kuantiti yang ditetapkan. Dari
aspek penggunaan masa, teknik ini mempunyai persamaan dengan sumbang saran
berkumpulan iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesi menjana dan menghalusi idea
dapat dikawal mengikut kesesuaian tema dan bahan kajian. Kebanyakan prosedur
penjanaan idea khususnya dalam bidang reka bentuk ini menggunakan kemahiran
277
psikomotor melakar dan melukis untuk menjanakan idea, namun kombinasi teknik
sumbang saran sesungguhnya dapat memperlengkapkan teknik penjanaan dan
menghalusi idea sebagai kaedah komprehensif dalam proses reka bentuk tekstil.
Sebagai kesimpulan, usaha penyelidik untuk mendapatkan teknik yang paling
berkesan untuk penjanaan idea reka bentuk tekstil ini sesungguhnya telah
mengeksperimenkan beberapa teknik yang telah terbukti keberkesanannya dalam
bidang lain dan bukannya dari bidang reka bentuk tekstil. Namun begitu, kesesuaian
teknik yang telah dieksperimenkan ini perlu disesuaikan dengan disiplin reka bentuk
tekstil yang banyak merujuk kepada visual, proses kreatif pengolahan dan komposisi,
pembentukan motif, reka corak dan proses kreatif penghasilan produk reka bentuk itu
sendiri. Terma teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil ini digunakan
bukan sahaja untuk tujuan penghasilan produk, malahan kesesuaian teknik ini meliputi
keseluruhan proses reka bentuk tekstil itu sendiri bermula dari tema, penyelidikan
visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk produk tekstil.
Oleh itu, eksplorasi sumbang saran pada proses reka bentuk tekstil ini
menemukan satu kaedah kognitif penjanaan idea di samping kombinasinya bersama
kaedah penjanaan idea melalui psikomotor yang sedia ada. Kombinasi dua kaedah
penjanaan idea ini telah memperlengkapkan teknik penjanaan idea secara konklusif.
5.6 Mengenal Pasti Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan
Teknik Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil Secara Holistik.
Usaha untuk mengenal pasti keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan
teknik penjanaan idea ini melibatkan proses induktif penyelidikan kualitatif. Induktif
merupakan proses penyelesaian dari perkara khusus ke umum yang bermula dari
pemerhatian. Strategi penyelidikan induktif menekankan keadaan realiti sosial di mana
setiap pengetahuan yang dihasilkan adalah melalui pengumpulan data dan pembentukan
278
kesimpulan umum. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tonggak
utama yang berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi
penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan
pengukuran yang teliti dan objektif serta analisis data yang tepat bagi menghasilkan
penemuan saintifik.
Hampir 60% pembentukan keperluan penjanaan idea ini adalah melalui
penemuan baharu (emerging issue) selebihnya merupakan keperluan yang telah sedia
ada. Pembelajaran berkumpulan dan kemahiran komunikasi merupakan dua penemuan
signifikan dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Atribut keperluan ini
disusun mengikut turutan berdasarkan peringkat proses reka bentuk itu sendiri.
Pembelajaran berkumpulan memainkan peranan penting dalam merealisasikan
objektif sumbang saran berkumpulan. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan telah
menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek kefahaman dan produktiviti dan
kuantiti idea yang dihasilkan. Ini berbeza dengan teknik sumbang saran individu yang
hanya menjana tetapi tidak sampai peringkat menghubung dan mensintesis idea.
Dari aspek kemahiran komunikasi pula, komunikasi interpersonal merupakan
keperluan yang sama penting bagi memastikan proses pembelajaran dan sumbang saran
berkumpulan berjalan lancar serta mencapai objektifnya. Howard Gardner (1983)
memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind
sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam
berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran
interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang
lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang
lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi
motivasi kepada orang lain.
279
Kemahiran ini perlu terutama dalam aktiviti berkumpulan. Interaksi, persefahaman dan
kerjasama merupakan aspek penting bagi menjayakan sesuatu matlamat. Tanpa
kemahiran komunikasi interpersonal ini, aktiviti berkumpulan menjadi statik dan tidak
produktif. Melalui latihan komunikasi interpersonal yang dijalankan, penyelidik
mendapati strategi ini memberi kesan positif kepada pelajar melalui persembahan
berstruktur yang memudahkan pelajar-pelajar merancang isi kandungan pembentangan
lisan.
Ini dilakukan melalui persefahaman dan kerjasama yang baik di antara ahli
kumpulan. Perancangan ini banyak dibantu oleh atribut unsur dan prinsip reka bentuk
yang dijadikan sebahagian dari kandungan pengucapan awam. Pelajar dilihat dapat
mempersembahkan idea mereka dengan lancar dan yakin dengan adanya strategi
kemahiran komunikasi ini. Oleh yang demikian, penyelidik membuat kesimpulan
bahawa kemahiran komunikasi interpersonal perlu diberi penekanan kerana tiada
gunanya responden menguasai kemahiran menjana idea sekiranya mereka tidak
berkebolehan untuk berkomunikasi serta membentangkan hasil kerja.
5.7 Mengintegrasikan Teknik Sumbang Saran dan Atribut Penyumbang
Kepada Prosedur Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif.
Terma integrasi dalam penyelidikan ini adalah perbuatan membuat atau
menggabungkan dua atau tiga teknik sumbang saran yang sesuai untuk setiap peringkat
reka bentuk tekstil. Integrasi ini diperoleh hasil dari penelitian dan refleksi terhadap
strategi intervensi yang telah dijalankan. Integrasi ini juga menggabungkan teknik
sumbang saran bersama atribut penyumbang dalam proses reka bentuk tekstil yang
ditemukan. Proses integrasi penjanaan idea ini memerlukan perancangan sistematik bagi
memastikan keberkesanan optimum teknik sumbang saran. Perancangan untuk
membentuk integrasi dalam proses reka bentuk tekstil ini mengambil kira beberapa
280
faktor penting seperti implikasi kognitif dan psikomotor pada setiap peringkat reka
bentuk, keperluan bahan rujukan visual dan fakta, unsur dan prinsip reka bentuk,
strategi pembelajaran, kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan lisan.
Pada hakikatnya, sesebuah formulasi teknik penjanaan idea reka bentuk adalah
bersifat subjektif dan bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh seseorang yang
dipertanggungjawab melaksanakannya seperti pensyarah atau penyelidik reka bentuk.
Setiap pelaksana mempunyai formulanya tersendiri dan agak mustahil formulasi yang
dicadangkan ini dapat dipersetujui oleh semua pihak yang berkaitan. Seperti resipi
dalam sesuatu masakan, selera manusia adalah berbeza mengikut cita rasa. Kesesuaian
formula pula banyak bergantung pada situasi semasa yang mengambil kira tahap
kemahiran pelajar, gaya pembelajaran dan implikasi teknologi. Oleh yang demikian,
integrasi teknik penjanaan idea yang direka bentuk ini bersifat fleksibel dan dinamik
agar prosedur reka bentuk dapat menerima penambahbaikan berterusan dari masa ke
masa.
Sebagai kesimpulan, integrasi teknik penjanaan idea reka bentuk harus seiring
dengan perkembangan dan gaya pembelajaran semasa. Ini banyak menuntut usaha
penambahbaikan oleh pensyarah bagi memastikan kaedah yang dilaksanakan itu kekal
relevan sehingga semakan kurikulum yang baharu. Usaha untuk penambahbaikan pula
haruslah melalui pengalaman reflektif pengajaran dan pembelajaran kerana melalui
kaedah kajian tindakan ini pensyarah dapat mengenal pasti masalah, merancang pelan
tindakan, melaksanakan pelan tindakan, memerhati, menganalisis dan akhirnya
membuat refleksi terhadap proses kitaran yang dijalankan.
281
5.8 Menentukan Samada Terdapat Peningkatan Kuantiti Dan Kualiti Idea
Reka Bentuk Tekstil Melalui Intervensi Teknik Sumbang Saran Berkategori.
Objektif ini berkaitan dengan perbezaan purata skor penghasilan yang dianalisis
melalui kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan ujian-t sampel berpasangan.
Keperluan dua analisis ini difikirkan perlu kerana terdapat dua objektif analisis yang
berbeza. Statistik deskriptif hanya membincangkan tentang purata skor satu ujian pra
dan tiga ujian pasca. Perbezaan min skor ini kemudiannya dipersembahkan dalam
peratusan peningkatan kuantiti idea secara keseluruhan.
Sampel Ujian-T pula adalah kaedah untuk mendapatkan nilai aras signifikan
yang biasa digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Nilai signifikan <.05 membawa
maksud aras yakin (level of confident) 95% yang bermaksud tiga strategi intervensi
yang dijalankan mempunyai nilai signifikan yang tinggi. Dapat disimpulkan, strategi
intervensi yang dilaksanakan amat memberi kesan yang positif ke atas pencapaian
responden. Langkah menjadikan DIAGTEST sebagai ujian pra merupakan tanda aras
pencapaian responden selepas melalui tiga intervensi sebelum ujian pasca.
Pengukuran pencapaian yang berasaskan skor ini lebih mudah dinilai
berbanding interpretasi teks data kualitatif. Perbezaan pencapaian diukur melalui dua
kaedah iaitu peratusan dan aras signifikan. Peningkatan peratusan yang tinggi pada
setiap intervensi membuktikan keberkesanan strategi intervensi ke atas pencapaian
responden menghasilkan idea dalam kuantiti yang besar dan kualiti yang bermutu. Aras
signifikan akan dibincangkan pada kesimpulan seterusnya.
Sebagai kesimpulan, terdapat perbezaan min skor penghasilan idea yang tinggi
di antara ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan. Perbezaan peningkatan ini
membuktikan strategi intervensi yang dilaksanakan telah menyumbang kepada
keberkesanan penjanaan dan menghalusi idea reka bentuk tekstil secara praktikal.
Namun begitu, pencapaian ini bergantung juga pada inisiatif dan dedikasi pensyarah
282
kursus bagi memastikan penyertaan dan komitmen yang tinggi oleh responden dalam
mengaplikasikan konsep dan teknik sumbang saran ini.
5.9 Perbezaan Signifikan Kuantiti Dan Kualiti Idea Pada Setiap Ujian Kognitif
Yang Dijalankan.
Objektif ini pada mulanya ingin mengetahui samada terdapat signifikan terhadap
kuantiti dan kualiti idea pada setiap ujian. Melalui keputusan ujian, peningkatan
peratusan yang tinggi penghasilan idea telah membuktikan pencapaian yang baik dan
konsisten. Seperti objektif min skor penghasilan idea, perbezaan signifikan ini
dianalisis melalui kaedah yang berbeza iaitu ujian-t sampel berpasangan. Analisis ini
mengukur aras signifikan melalui perbezaan min skor setiap ujian yang digambarkan
dalam perpuluhan yang kecil (95% level of confident). Aras signifikan yang efektif
adalah dalam lingkungan 0.01 hingga 0.05. Lagi kecil nilai ini, bererti lebih signifikan
keputusan ujian yang dijalankan.
Sebagai kesimpulan, pengukuran saintifik seperti ujian-t sampel berpasangan ini
sememangnya akan memberikan satu keputusan mengikut piawai yang ditetapkan. Aras
signifikan merujuk kepada angka dalam bentuk perpuluhan yang mewakili perbezaan
ujian pra dan pos. Signifikan untuk penyelidikan ini adalah termasuk dalam kategori
yang mempunyai nilai signifikan yang tinggi dan strategi intervensi berlandaskan teknik
sumbang saran telah berjaya membantu responden mencapai objektif dengan
menghasilkan idea yang besar dan bermutu.
5.10 Pencapaian Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil.
Objektif ini pada asasnya untuk melihat kesan intervensi sumbang saran
terhadap markah penilaian projek samada menunjukkan kemajuan atau sebaliknya. Ia
berkaitan dengan pencapaian skor penilaian projek reka bentuk tekstil. Keperluan
analisis ini adalah untuk mendapatkan min skor penilaian yang dinilai oleh dua orang
283
pensyarah. Pencapaian responden dinilai melalui skor akhir yang juga mewakili markah
untuk projek reka bentuk tekstil untuk semester ini. Kesimpulan yang dapat dibuat
melalui objektif ini adalah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat
membentuk kefahaman dan memupuk kemahiran berfikir dalam melaksanakan tugasan
dan menyelesaikan masalah. Setiap peringkat reka bentuk tekstil mempunyai
cabarannya tersendiri yang menuntut usaha ke arah perancangan, pelaksanaan, penilaian
dan refleksi ke atas strategi yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, strategi
pembelajaran yang efektif akan menyumbang kepada pencapaian responden untuk
memperolehi markah penilaian projek yang cemerlang.
5.11 Kesimpulan Kepada Kaedah Penyelidikan Tindakan
Pemilihan reka bentuk penyelidikan tindakan (classroom action research) ini
adalah bertepatan untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dikenal pasti dalam
penjanaan idea reka bentuk tekstil. Sifat penyelidikan tindakan mengehendaki
penyelidik terlibat secara berhadapan dengan isu dan situasi yang memerlukan
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, analisis dan refleksi untuk tujuan
menyelesaikan masalah dalam tempoh tertentu.
Dalam proses penyelidikan tindakan ini, penyelidik memainkan dua peranan
utama iaitu sebagai penyelidik dan pensyarah. Penglibatan aktif sebagai pensyarah
membolehkan penyelidik menjalankan perancangan dan strategi intervensi untuk
menguji keberkesanan kaedah penjanaan dan menghalusi idea menggunakan teknik
sumbang saran.
Apa yang boleh dirumuskan mengenai penyelidikan tindakan ini adalah ia
merupakan reka bentuk penyelidikan yang sangat praktikal terutama dalam bidang
pendidikan. Praktikal yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kaedah penyelesaian
masalah dalam waktu yang singkat. Ini adalah kerana prinsip penyelidikan tindakan itu
284
sendiri yang menuntut penyelidik untuk terlibat aktif dalam mengenal pasti masalah,
merancang tindakan, melaksanakan tindakan, melakukan pemerhatian, menganalisis
dan membuat refleksi.
Dari aspek penggunaan masa, sesungguhnya kaedah penyelidikan tindakan ini
sangat memenatkan memandangkan penyelidik perlu merancang dan membahagikan
masa mengikut perancangan mingguan. Proses kitaran yang mengambil masa yang
lama mengakibatkan perancangan pengajaran tidak mengikut silibus. Begitu juga
sebaliknya, proses kitaran yang terlalu singkat mengakibatkan isu berbangkit tidak
dapat diselesaikan secara berkesan. Pengabaian kepada dua situasi ini pula
mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu bergantung pada tempoh
kitaran tindakan.
Penyelidik dan pensyarah yang menjalankan penyelidikan tindakan ini juga
perlu bersedia dengan kemungkinan proses kitaran mengambil masa yang lama. Ini
mungkin disebabkan oleh dua perkara iaitu perancangan dan pelaksanaan yang tidak
bersesuaian dengan isu dan faktor kompetensi pelajar. Seseorang penyelidik atau
pensyarah juga sesungguhnya memerlukan pembantu yang terdiri dari pensyarah reka
bentuk untuk tujuan validasi data.
5.12 Kesimpulan Kepada Strategi Intervensi Yang Dijalankan.
Setiap strategi yang dilaksanakan telah melalui proses pengenalpastian kepada
isu, refleksi dan perancangan yang sewajarnya untuk dilaksanakan. Peringkat
perancangan ini merupakan peringkat yang terpenting kerana kegagalan merancang
memberikan implikasi terhadap proses tindakan seterusnya. Sebagai kesimpulan,
strategi intervensi yang dirancang perlu seiring dengan objektif kursus dan perancangan
skema kerja mingguan. Komponen strategi intervensi pula perlu ringkas dan
bermatlamat memandangkan keterbatasan masa untuk melaksanakannya.
285
Kemahiran kognitif terutamanya kemahiran berfikir merupakan komponen yang
wajib dalam membentuk sesuatu strategi kerana hampir semua kandungan kursus reka
bentuk tekstil berteraskan kreativiti penghasilan dan penyelesaian masalah. Kreativiti
penghasilan termasuk dalam kemahiran berfikir aras tinggi seperti yang dinyatakan
dalam taksonomi Bloom (1956). Oleh yang demikian, kemahiran berfikir adalah teras
kepada sesuatu strategi yang bangunkan bersama kemahiran psikomotor dan
komunikasi. Dalam konteks reka bentuk tekstil, kreativiti penghasilan merujuk pada
penghasilan idea dalam kuantiti yang besar dan pelbagai serta kualiti idea yang
bermutu. Selain dari itu, kreativiti penghasilan ini juga merujuk pada setiap proses yang
melibatkan aktiviti gubahan, susun atur, reka corak dan cadangan reka bentuk.
Kemahiran psikomotor pula merupakan komponen pelengkap kepada strategi
intervensi yang diaplikasikan bersama kemahiran kognitif. Penjanaan idea menjadi
lebih lengkap dan efektif apabila dua kemahiran ini bergabung. Tidak dapat dinafikan,
penghasilan idea terbentuk melalui pelbagai sumber formal dan tidak formal. Namun
begitu, pola pemikiran manusia memerlukan struktur agar proses berfikir menjadi lebih
terancang dan bermatlamat. Aplikasi kemahiran psikomotor melakar dan melukis juga
menjadi lebih efektif setelah melalui proses penjanaan idea melalui teknik sumbang
saran. Sumber verbal dapat diterjemahkan ke dalam bentuk visual dengan mudah kerana
strategi gabungan ini telah menekankan kepada pola pemikiran berstruktur.
Kemahiran komunikasi merupakan salah satu dari tiga kemahiran yang perlu ada
pada setiap strategi intervensi. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran
interpersonal dan kemahiran pembentangan lisan. Penguasaan kemahiran kognitif dan
psikomotor yang baik tidak lengkap apabila responden tidak dapat berkomunikasi
secara efektif. Penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal membolehkan
responden berkomunikasi dengan lebih baik dengan memahami perasaan dan hasrat
rakan-rakan di samping dapat mempraktikkan sikap toleransi dalam pembelajaran
286
berkumpulan. Kemahiran pembentangan lisan juga tidak kurang pentingnya kerana ia
mencerminkan personaliti responden serta kebolehannya meyakinkan orang lain melalui
sesi pembentangan hasil kerja.
5.13 Implikasi Terhadap Amalan / Praktikal
Dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa teknik sumbang saran individu,
berkumpulan dan brainwriting berpotensi untuk diintegrasikan dalam pengajaran reka
bentuk tekstil dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kemahiran komunikasi,
psikomotor melakar dan melukis serta meta kognitif. Kombinasi kemahiran ini dilihat
sebagai pelengkap kepada teknik sumbang saran yang diperkenalkan ke dalam proses
reka bentuk tekstil.
5.14 Implikasi Terhadap Teori Dan Kaedah
Dapatan penyelidikan ini terbukti dapat memantapkan lagi teori dan pengukuran
kreativiti (TTCT) yang diperkenalkan oleh Paul Torrence apabila teknik penjanaan idea
sumbang saran telah dapat diukur dan berpotensi mempertingkatkan kreativiti pelajar-
pelajar dalam kelancaran, fleksibiliti dan keaslian idea yang selama ini menjadi isu
dalam mendapatkan idea reka bentuk tekstil. Kategori kelancaran, fleksibiliti dan
keaslian idea telah membentuk struktur khusus kreativiti penghasilan idea yang
meletakkan aspek penciptaan pada peringkat tertinggi kemahiran kognitif yang
diperkenalkan oleh Anderson (2001), dalam Revised Bloom Taxonomy.
Teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Piaget pula telah
memberi implikasi bagaimana pelajar mencapai keseimbangan mental (equilibrium)
melalui teknik sumbang saran berkumpulan seterusnya dapat membangunkan struktur
kognitif mereka. Teori Sosio Budaya yang diperkenalkan oleh Vygotsky memberi
implikasi bagaimana pensyarah dapat membantu pelajar-pelajar untuk membangunkan
kebolehan untuk berfikir kreatif, kritis dan menyelesaikan masalah.
287
Sumbang saran yang diperkenalkan oleh Alex Frickney Osborn adalah kaedah kreativiti
penjanaan idea generik namun dapat diaplikasikan ke dalam pelbagai bidang reka
bentuk terutamanya reka bentuk tekstil. Teknik ini terbukti mempertingkatkan kreativiti
pelajar-pelajar dalam menghasilkan idea dan menyelesaikan masalah berkaitan reka
bentuk. Sumbang saran dilihat telah membentuk satu budaya pembelajaran individu dan
berkumpulan di kalangan pelajar serta mewujudkan jaringan komunikasi di antara
pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah memberikan nilai tambah kepada
regulasi sumbang saran yang digariskan oleh Osborn. Penambahan konstruk kategori
unsur dan prinsip reka bentuk ke dalam empat regulasi sumbang saran telah membantu
pelajar menjana idea dalam kategori yang ditetapkan lantas menghasilkan kuantiti dan
kualiti idea reka bentuk yang lebih baik.
5.15 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pelajar
Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa pelajar harus diberikan penekanan
kemahiran kognitif dengan cara mempraktikkan teknik berfikir divergen dan konvergen.
Dua teknik berfikir ini merupakan prinsip asas sumbang saran berkumpulan yang
dijadikan sebagai kaedah penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Kemahiran ini
memberi kesan motivasi dan kesedaran tentang kepentingan bekerjasama dengan
pelajar lain kerana pencapaian kumpulan bergantung pada komitmen dan kerja sama
semua ahli. Implikasi seterusnya, memupuk sikap bertanggungjawab pelajar ke atas
objektif tugasan dan kumpulan. Setiap keputusan yang dibuat adalah bersifat kolektif
yang mengambil kira idea dari semua pelajar. Pelajar-pelajar dilihat tidak lagi bersikap
individualistik dengan membuat keputusan tanpa merujuk dan berbincang bersama
rakan kumpulan. Walaupun kadangkala keputusan individu diperlukan pada waktu
288
tertentu, namun keputusan yang dibuat secara kolektif dapat mengurangkan kesilapan
untuk membuat sesuatu keputusan.
5.16 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pensyarah Kursus.
Dapatan dari penyelidikan ini memberikan implikasi yang positif kepada pensyarah
melalui kaedah kemahiran kognitif. Implikasi ini terbahagi kepada dua kategori iaitu;
i. Kaedah pengajaran dan pembelajaran. ii. Penjanaan idea reka bentuk tekstil.
Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran, penekanan kemahiran kognitif ini telah
melengkapkan lagi struktur kandungan pengajaran yang sebelum ini tidak dilaksanakan.
Ini dilakukan dengan membuat konsolidasi dan penstrukturan semula rancangan
pengajaran dengan memformulasikan kemahiran berfikir, psikomotor, komunikasi dan
pembelajaran kolaboratif. Melalui penstrukturan ini, kaedah pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif dari aspek pencapaian pelajar, penggunaan masa,
kos dan tenaga.
Implikasi terhadap proses reka bentuk tekstil pula adalah melalui
penambahbaikan prosedur penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang lebih efektif
berbanding kaedah yang terdahulu. Sumbang saran mempromosikan teknik berfikir
divergen dan konvergen di mana teknik ini berjaya membentuk pemikiran pelajar
menjadi lebih generatif dan kritis. Penjanaan idea reka bentuk tekstil memerlukan
kombinasi pemikiran generatif, kritis dan kreatif sebagai modus operandi dan
pelaksanaannya untuk mencapai objektif sesuatu projek reka bentuk. Selain dari itu,
penjanaan idea reka bentuk tekstil yang berkesan mengambil kira aspek penggunaan
masa, kos dan tenaga yang minimum untuk mendapatkan hasil yang optimum.
289
5.17 Sumbangan-Sumbangan Penyelidikan Terhadap Ilmu Pengetahuan Reka
Bentuk Tekstil (Research Contributions To Textile Design Body Of Knowledge).
Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk membina konsep pelaksanaan
yang komprehensif penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran.
Melalui rujukan literatur, kebanyakan penyelidikan ke atas sumbang saran
memfokuskan bidang psikologi, kejuruteraan, pentadbiran, pendidikan, perkhidmatan,
pengurusan, jualan dan pemasaran manakala dalam bidang reka bentuk, hanya reka
bentuk industri dan grafik multimedia yang menggunakan sumbang saran sebagai
kaedah penyelesaian masalah, penambahbaikan dan inovasi.
Sumbangan ilmu pengetahuan khusus dalam reka bentuk tekstil diperoleh
melalui hasil dapatan penyelidikan yang merangkumi kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Dua kaedah ini cukup kuat untuk memberi justifikasi terhadap keberkesanan sumbang
saran melalui dapatan yang memformulasikan sumbangan penyelidikan seperti berikut.
5.17.1 Penyelidikan Ini Menyediakan Kerangka Kerja Untuk Tujuan
Perbincangan Ke Atas Kaedah Pelaksanaan Reka Bentuk Tekstil.
Kebiasaannya apabila membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
reka bentuk tekstil, terdapat kecenderungan pensyarah untuk mengutamakan kaedah
mereka sendiri berdasarkan kepada kepakaran bidang dan pengalaman mengajar. Ini
adalah fenomena universal kerana setiap individu mempunyai kaedah dan pendekatan
tersendiri mengendalikan kursus reka bentuk. Sebaik sahaja penyelidikan ini tamat,
terdapat empat orang pensyarah bersetuju dengan penekanan kemahiran kognitif
sebagai teras dalam penjanaan idea reka bentuk. Ini berdasarkan pada fakta di mana
sebahagian besar pelajar-pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil melaksanakan kaedah reka
bentuk dengan bersandarkan pada kemahiran psikomotor melakar dan melukis sahaja.
290
Perubahan persepsi ini menggambarkan penerimaan kaedah alternatif yang berpotensi
diaplikasikan bagi menambah baik kaedah penjanaan idea yang sedia ada. Namun
begitu, terdapat perdebatan mengenai kaedah dan teknik sumbang saran yang
diperkenalkan dalam kerangka kerja. Menurut mereka, teknik ini kurang berkesan
kerana pelajar perlu menghadapi dua proses iaitu penjanaan idea verbatim dan
penterjemahan perkataan dalam bentuk visual. Ini merupakan satu proses yang
dianggap sukar untuk pelajar tahun satu.
Menurut mereka lagi, pelajar yang sudah mempunyai asas reka bentuk tekstil
berkemungkinan tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan dua proses ini,
manakala ia menjadi isu pada pelajar tahun satu yang tidak mempunyai asas reka
bentuk. Ini adalah kerana mereka belum cukup memahami komponen utama seperti
unsur dan prinsip reka bentuk dan sesi kritik.
Kerangka kerja yang berkesan memerlukan input dari tenaga pakar supaya
pelaksanaannya dapat digunakan oleh pensyarah dan pelajar. Keberkesanan kerangka
kerja dinilai melalui kecekapan penggunaan masa, tenaga dan kos di samping
menyediakan panduan yang praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian
pelajar merupakan matlamat akhir kerangka kerja yang berkesan dalam menyalurkan
ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, kerangka kerja ini boleh dipertingkatkan
dengan membuat penambahbaikan berterusan ke atas kaedah dan komponen melalui
perbincangan dan saranan oleh pakar-pakar bidang.
291
Rajah 5.0: Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan Ke Atas Pelaksanaan Proses
Reka Bentuk Tekstil.
KemahiranKognitif 80%
KemahiranPsikomotor20%
KemahiranKognitif 30%
KemahiranPsikomotor70%
KemahiranKognitif 50%
KemahiranPsikomotor50%
KemahiranKognitif 60%
KemahiranPsikomotor40%
IdeaKitarSemulaStereotaipIdeaTerhad
IdeaKuantitiKecilIdeaTidakBerkualiti
TidakBolehMelukisTidakBolehMelakar
IdeaTerhadIdeaKuantitiKecilIdeaTidakBerkualiti
TidakBerkebolehanMengubahBentuk
/CadanganRekaBentukTidakKreatifMenggubah
TidakKreatifMembuatKomposisi
TiadaKepelbagaianBentuk
IdeaKitarSemulaStereotaipIdeaTerhad
IdeaKuantitiKecilIdeaTidakBerkualiti
PELANPERBINCANGAN
KemahiranKognitif
SSIndividuSSKumpulanBrainWritingStarburstingRoundRobin
PetaMindaBerkumpulan
KemahiranPsikomotor
Kemahiran TeknologiMaklumat MendapatkanSumberRujukan
KemahiranKognitif
SSKumpulan
KemahiranPsikomotor
LatihanMelakar/MelukisEksperimentasiBahanKajianMelaluiUnsurdanPrinsipRekaBentuk
EksperimentasiPerincianVisualBahanKajian
KemahiranKognitif
BrainWritingStarburstingPMKumpulan
KemahiranPsikomotor
LatihanModifikasi,
SimplifikasiIdeaLakaranLatihanMembuatSusunAtur,KomposisidanCadanganRekaBentuk
KemahiranKognitif
SSKumpulanBrainWritingRoundRobinPMKumpulan
KemahiranPsikomotor
LatihanVisualisasi
ProdukLatihanMelakar2
DimensiLatihanMelakar3
DimensiEksperimentasiWarna
Produk
TemaPenyelidikan(bahankajian)
PenyelidikanVisual(rekodfoto,lakaran,
lukisan,eksperimentasi)
PengembanganIdea(modifikasi,simplifikasi,skemawarna,susunatur,cadanganrekabentuk)
CadanganRekabentuk(aplikasicadanganrekabentuk2dan3dimensi)
292
5.17.2 Penyelidikan Ini Menyediakan Model Berasaskan Isu Yang Boleh
Digunakan Untuk Membangunkan Kaedah Integrasi Penjanaan Idea Dan
Penyelesaian Masalah Untuk Semua Kursus Reka Bentuk Tekstil.
Dapatan konklusif dari penyelidikan ini menyatakan pensyarah-pensyarah reka
bentuk tekstil bersetuju dengan keperluan dan penekanan kemahiran kognitif dalam
kursus berteraskan reka bentuk tekstil. Model integrasi penjanaan idea yang berteraskan
sumbang saran ini mempunyai komponen-komponen yang terdiri dari tiga kemahiran
iaitu kognitif, psikomotor dan komunikasi. Oleh itu, model yang berasaskan isu ini
sesuai diaplikasikan ke dalam mana-mana kursus seperti reka bentuk, teori dan aplikasi
reka bentuk berkomputer. Perbezaannya di sini hanyalah setiap kursus mempunyai
pemberatan kemahiran yang berbeza. Oleh yang demikian pensyarah boleh
menyesuaikan model integrasi penjanaan idea ini mengikut penekanan kemahiran yang
sesuai untuk sesuatu kursus yang dikendalikan.
Model berasaskan isu direka bentuk khas untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi pada setiap proses reka bentuk. Melalui integrasi tiga kemahiran, model ini
dilihat dapat membantu pensyarah dan pelajar menyelesaikan setiap isu dalam proses
reka bentuk. Secara langsung, model ini terbentuk melalui pembelajaran berasaskan
projek seperti konsep yang dibincangkan pada sorotan literatur. Oleh itu, model ini
perlu dibangunkan sebagai modul integrasi penjanaan idea yang bukan sahaja dapat
digunakan untuk kursus reka bentuk, malah semua kursus dalam Program Reka Bentuk
Tekstil peringkat diploma, ijazah Sarjana Muda mahupun di peringkat Sarjana.
Penyelidik telah membentuk satu konsep dan satu model empirikal penjanaan
idea reka bentuk tekstil. Salah satu dari model tersebut memfokuskan keperluan
pengguna. Model penjanaan idea reka bentuk yang dihasilkan ini telah menjalani proses
kesahan dan verifikasi oleh dua orang pensyarah kanan reka bentuk tekstil. Ini adalah
kerana, pembentukan model integrasi penjanaan idea ini adalah melalui temu bual
293
bersama mereka yang banyak memberi informasi yang penting untuk membentuk
model pelaksanaan ini.
Rajah 5.1: Konsep Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
Rajah 5.1 di atas merupakan konsep divergen dan konvergen penjanaan idea
reka bentuk tekstil yang dibina melalui dapatan penyelidikan dan sintesis model-model
reka bentuk dari pelbagai bidang. Konsep yang dihasilkan ini juga adalah
penambahbaikan yang lebih komprehensif dari kaedah penjanaan idea reka bentuk
tekstil yang sedia ada. Sesuatu konsep penjanaan idea reka bentuk memerlukan konsep
penjanaan idea (ideate) dan penghalusan idea (refine). Peringkat pertama adalah dengan
memberikan penekanan kepada pemahaman tentang subjek kajian dan pembangunan
tema. Ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan integrasi teknik sumbang saran
individu, berkumpulan dan brainwriting. Penjanaan idea pada peringkat ini bertujuan
untuk mendapatkan jumlah idea yang besar, manakala penghalusan idea adalah proses
mencari makna yang tepat untuk pembentukan tema reka bentuk.
Proses seterusnya adalah konsep divergen dan konvergen dalam pembangunan
idea reka bentuk. Idea, imej, unsur, tema dan identiti subjek yang telah dikenal pasti
pada peringkat pemahaman sekali lagi menjalani proses integrasi teknik sumbang saran
menjana idea reka bentuk. Peringkat ini berbeza dari peringkat pemahaman kerana
menggabungkan kemahiran psikomotor dengan memanipulasikan motif melalui kaedah
Tema
Subjek
Pemahaman
Menjana
Menghalusi
Divergen Konvergen
PembangunanIdeaRekaBentuk
Menjana
Menghalusi
Divergen Konvergen
PrototaipProduk
Menjana
Menghalusi
Divergen Konvergen
ProdukAkhir
294
simplifikasi dan modifikasi. Seterusnya, hasil dari manipulasi motif ini melalui proses
percambahan idea dari rakan kumpulan di mana setiap individu dalam kumpulan
menyumbangkan idea melalui lakaran motif. Proses ini juga dikenali sebagai
brainsketching iaitu percambahan idea melalui lakaran. Lakaran idea-idea hasil
sumbangan rakan kumpulan seterusnya dijadikan cadangan reka bentuk tekstil iaitu ke
dalam bentuk visual dan spesifikasi produk di atas kertas bersaiz A1 (23.39 inci x 33.11
inci).
Proses terakhir integrasi penjanaan idea ini adalah pembangunan prototaip
produk tekstil yang masih mengekalkan konsep konvergen dan divergen dalam
penjanaan idea. Spesifikasi produk telah ditetapkan pada peringkat pembangunan idea
reka bentuk terdahulu, oleh itu integrasi penjanaan idea sumbang saran diaplikasikan
untuk tujuan rasionalisasi produk secara praktikal. Ahli dalam kumpulan
menyumbangkan idea melalui aspek teknikal (saiz), bentuk (estetik dan fungsi) dan
kegunaan.
5.17.3 Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
Rajah 5.2: Cadangan Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
Rajah 5.1 merupakan cadangan model integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil yang
dibina melalui dapatan penyelidikan dan sintesis model-model reka bentuk dari pelbagai
bidang. Model penjanaan idea ini adalah integrasi teknik yang digunakan ke atas empat
PembangunanIdeaRekaBentuk
Modifikasi
SimplifikasiTema
Isu
Pemahaman
SSIndividu
AnalisisTema
SSBerkumpulan
SSIndividu
SSBerkumpulan
BrainsketchingSubjek
SSBerkategori
SSBerstruktur
P1
P2
P3
P4
295
proses reka bentuk tekstil sedia ada dengan menggabungkan pembangunan tema dengan
pembangunan idea reka bentuk. Gabungan dua proses ini dilihat sebagai satu keperluan
untuk tujuan penjanaan idea melalui kemahiran kognitif dan psikomotor melalui teknik
sumbang saran berkategori dan brainsketching.
Proses pertama penjanaan idea bermula dari konstruk pemahaman yang terdiri
daripada pemahaman terhadap isu, tema dan subjek kajian. Selepas taklimat projek
diberikan, pelajar-pelajar diminta untuk menjana idea melalui teknik sumbang saran
individu yang boleh dilakukan di luar waktu kuliah/studio. Tujuan sumbang saran
individu ini adalah untuk persediaan idea sebelum aktiviti sumbang saran berkumpulan.
Pelajar-pelajar boleh merujuk pada media cetak, elektronik dan sumber dari Internet
sebagai sumber rujukan dan inspirasi. Pada peringkat ini, pelajar-pelajar sudah dapat
mengumpulkan sejumlah idea-idea awal melalui penyenaraian idea di atas kertas.
Proses ke dua penjanaan idea adalah melalui aktiviti sumbang saran
berkumpulan. Idea-idea yang diperoleh dari sumbang saran individu digunakan sebagai
cetusan idea-idea yang dapat dijana dan dibangunkan semula bersama ahli dalam
kumpulan. Tujuan sumbang saran berkumpulan ini adalah untuk menjana idea dalam
kuantiti yang besar dan menghalusi idea dalam kualiti yang diharapkan.
Proses ke tiga adalah analisis tema projek hasil dari penjanaan idea sumbang
saran. Analisis tema projek ini bertujuan untuk memastikan imejan, unsur, prinsip dan
identiti bahan kajian adalah bertepatan dengan tema projek. Analisis tema dilaksanakan
melalui kerangka kerja matriks yang bertujuan untuk mencari padanan perkataan dalam
membina makna (semantik). Setelah tema dibentuk dan difahami, proses penjanaan idea
seterusnya perlu melalui kombinasi sumbang saran berkumpulan dan kemahiran
melakar. Untuk konstruk Pembangunan Idea Reka Bentuk, penjanaan idea melibatkan
dua kemahiran iaitu kognitif dan psikomotor. Peringkat pertama penjanaan idea
bermula dengan sumbang saran individu ke atas imejan-imejan terpilih yang dibentuk
296
melalui tema projek. Setelah itu, pelajar-pelajar dikehendaki melakar seberapa banyak
motif-motif yang berkaitan dengan tema, seterusnya akan dikembangkan lagi semasa
akiviti sumbang saran berkumpulan. Objektif sumbang saran berkumpulan pada
peringkat ini adalah untuk mengembangkan lagi idea dan motif-motif pelajar yang
dijanakan melalui teknik sumbang saran individu. Peringkat penjanaan idea akhir
adalah melalui teknik brainsketching yang mengkehendaki pelajar-pelajar menjana idea
melalui lakaran secara berkumpulan. Idea dan motif dikembangkan melalui lakaran
berbanding perkataan yang digunakan dalam teknik sumbang saran.
5.17.4 Penyelidikan Ini Menyediakan Kerangka Kerja Untuk Membangunkan
Kaedah Penjanaan Idea Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain.
Salah satu dari sumbangan-sumbangan penyelidikan yang signifikan adalah
apabila kerangka kerja yang telah dibangunkan dapat digeneralisasikan kegunaannya
dalam bidang lain. Ini adalah kerana konsep sumbang saran itu sendiri bersifat sejagat
yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Gabungan idea, konsep dan reka
bentuk yang membentuk kerangka kerja ini merupakan struktur yang dilihat memenuhi
keperluan sesuatu silibus reka bentuk. Konsep pembelajaran berasaskan projek juga
dilihat sebagai kaedah yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka
bentuk dalam bidang reka bentuk lain seperti Fesyen, Seramik, Logam Halus, Grafik
dan Reka Bentuk Perindustrian.
Oleh kerana sifat pembelajaran ini memerlukan proses berfikir divergen dan
konvergen, maka sumbang saran dilihat sebagai teknik penjanaan idea yang bertepatan
untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah reka bentuk.
Seperti model khusus reka bentuk tekstil yang telah dibincangkan, kerangka kerja ini
adalah bersifat fleksibel untuk usaha penyelarasan, penyesuaian dan tetapan yang
bersesuaian dengan objektif sesuatu kursus. Oleh yang demikian, kerangka kerja ini
297
dilihat dapat diaplikasikan untuk kursus-kursus reka bentuk dari bidang lain secara
praktikal kerana mempunyai persamaan dari aspek modus operandi dan objektif kursus.
Rajah 5.3: Kitaran Reka Bentuk Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain
Rajah 5.3 di atas merupakan model proses reka bentuk secara am yang boleh
diaplikasikan ke dalam bidang reka bentuk yang lain. Model ini terdiri daripada tiga
kategori iaitu:
5.17.4.1 Idea
Kategori Idea terdiri daripada tiga atribut iaitu konteks idea, penerokaan idea
dan mentafsir idea ke konsep. Konteks dan penerokaan idea merupakan proses
penjanaan idea, manakala mentafsir idea ke reka bentuk merupakan proses kreativiti
menghalusi idea. Tiga atribut ini memerlukan teknik kreativiti sumbang saran bagi
penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan
dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5 (rujuk muka surat 298).
5.17.4.2 Konsep
Implikasi teknik sumbang saran pada atribut Konsep terletak pada proses kaji
selidik dan kreativiti penghasilan idea (keaslian idea). Setiap kaji selidik boleh
IDEA
KonteksIdea TerokaIdea TafsirIdeaKeKonsep
KONSEP
TafsirSemula
KeaslianIdea
KajiSelidik
Refleksi&
Soalan
Kenalpasti
Mencipta
MembuatKeputusan
Membangun
REKA
BENTUK
KitaranReka
Bentuk
298
menggunakan teknik sumbang saran bagi menjana pengetahuan tentang bahan kajian
dan tema projek, manakala pembentukan konsep juga boleh menggunakan teknik
sumbang saran bagi memastikan konsep yang dibentuk merupakan idea asli. Implikasi
teknik sumbang saran ditandakan dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5
(rujuk muka surat 298).
5.17.4.3 Reka Bentuk
Untuk kategori reka bentuk pula, teknik sumbang saran boleh diaplikasikan
melalui proses mencipta semula reka bentuk. Ini bertujuan untuk proses inovasi produk
berasaskan penambahbaikan produk yang sedia ada. Proses seterusnya, adalah
mengenal pasti beberapa cadangan reka bentuk yang berpotensi untuk dibangunkan.
Sumbang saran dilihat dapat membantu proses mengenal pasti cadangan reka bentuk
yang terbaik dengan mengambil kira beberapa aspek penting sebelum proses
membangunkan reka bentuk itu sendiri. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan
dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5 (rujuk muka surat 298).
5.17.5 Penyelidikan Ini Menyediakan Garis Panduan Untuk Tujuan Penilaian
Pelajar Dan Pensyarah.
Sumbangan seterusnya berbentuk rujukan atau garis panduan untuk penilaian
penjanaan idea reka bentuk tekstil. Kaedah yang sedia ada hanya memfokuskan
penilaian pentakrifan hasil kerja pelajar di penghujung sesuatu proses reka bentuk.
Kaedah penilaian sedia ada ini dilihat terlalu umum dan kurang berkesan untuk
mengukur pencapaian pelajar secara khusus. Melalui garis panduan penilaian yang
disediakan ini, pengukuran pencapaian pelajar dapat dibuat dengan lebih terperinci lagi
melalui aspek kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif (etika).
Garis panduan ini juga membentuk kaedah penilaian formatif di mana setiap kemajuan
pelajar dapat dipantau dengan lebih berkesan. Melalui penambahan kriteria penilaian
299
khusus ini, kaedah penilaian reka bentuk tekstil bukan sahaja tertumpu pada
penghasilan malah ia merangkumi kriteria yang selama ini terabai seperti pengukuran
kemahiran kognitif, psikomotor dan komunikasi.
Garis panduan ke dua adalah penilaian kaedah pengajaran pensyarah itu sendiri.
Pensyarah boleh merujuk garis panduan ini untuk menilai keberkesanan strategi
pengajaran melalui objektif yang ingin dicapai. Setiap minggu diperuntukkan satu
objektif di mana pensyarah perlu membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran yang
dilaksanakan untuk minggu tersebut. Amalan reflektif ini sangat dituntut kerana hanya
pensyarah yang mengajar sahaja mengetahui kelemahan dan kekurangan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
5.18 Cadangan Hasil Dari Penyelidikan
Cadangan penyelidikan ini adalah berdasarkan pada dapatan dan kesimpulan yang
diperoleh. Cadangan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu;
i. Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran ii. Cadangan penambahbaikan proses reka bentuk tekstil iii. Cadangan model pelaksanaan reka bentuk tekstil iv. Cadangan untuk penyelidikan masa hadapan
5.19 Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
Cadangan penambahbaikan ini bermula dari isu dasar penyelidikan iaitu pelaksanaan.
Paradigma tradisional sebahagian besar pensyarah merupakan salah satu dari cabaran
dan halangan ke arah proses inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian mengikut peredaran masa. Penerimaan sesuatu pembaharuan inilah yang
dikenal pasti sebagai halangan yang merencatkan usaha untuk penambahbaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, penyelidik telah menyediakan
beberapa cadangan yang berpotensi untuk mengatasi isu berbangkit.
300
5.19.1 Sangkutan Akademia-Industri / NGO / Agensi Kerajaan
Pensyarah boleh mempertingkatkan ilmu pengetahuan dengan menjalani latihan
sangkutan industri, NGO atau agensi kerajaan seperti kemudahan yang disediakan oleh
Universiti Teknologi MARA. Sangkutan di Industri / NGO / Agensi Kerajaan adalah
satu bentuk skim pembangunan kapasiti bagi kakitangan akademik yang berkonsepkan
pembangunan profesionalisme seperti berikut:
i. Memberi kemudahan bagi memenuhi keperluan kursus profesional bidang
masing-masing.
ii. Membuka peluang pemindahan dan/atau pertukaran ilmu dan teknologi.
iii. Menambah dan meluaskan pengalaman pensyarah supaya dapat
menjalankan tugas pengajaran dan penyelidikan yang lebih berkesan bagi
menepati kehendak industri.
Sangkutan latihan industri / NGO / agensi kerajaan ini adalah bertujuan untuk;
a. Memperolehi pengalaman kerja bagi mendapatkan kelayakan profesional di
dalam sesuatu bidang seperti perakaunan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-
lain.
b. Memperolehi pengalaman kerja di industri / NGO / agensi kerajaan bagi ahli
akademik daripada lain-lain bidang misalnya sains sosial, ekonomi, sains &
teknologi dan pengajian Islam.
c. Memahami dengan lebih mendalam tentang keperluan dan operasi sesebuah
organisasi/industri atau sesuatu bentuk perniagaan yang dapat diaplikasikan
dalam proses pengajaran kepada pelajar.
Melalui objektif ii dan iii, pensyarah boleh memilih universiti terkemuka yang
menawarkan program reka bentuk tekstil. Ini bertujuan untuk mengadaptasi dan
mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran dari pensyarah dan suasana yang
berbeza. Selain dari itu, pensyarah juga boleh mengkaji struktur kurikulum dan silibus
fakulti agar ia boleh diadaptasikan ke dalam silibus reka bentuk tekstil di Jabatan Seni
Reka Tekstil. Pensyarah yang menjalani sangkutan latihan ini berperanan sebagai
301
pembantu pensyarah atau fasilitator bagi membolehkan mereka meneroka dan menimba
pengalaman sebagai tenaga pengajar dan peserta turut serta (participant observer).
Pemilihan universiti untuk tujuan latihan ini juga penting kerana, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) hanya mengiktiraf universiti yang terdapat dalam senarai sahaja.
Melalui sangkutan latihan industri ini, diharapkan pensyarah dapat pengalaman
dan ilmu baharu yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain dari itu, pensyarah juga diharapkan dapat menyumbang idea
menambah baik silibus kursus reka bentuk yang sedia ada. Apa yang lebih utama lagi
keperluan anjakan paradigma pensyarah agar membuka ruang inovasi terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
5.19.2 Kursus Reka Bentuk Kurikulum dan Pembangunan Silibus
Keperluan kepada kursus reka bentuk kurikulum dan pembangunan silibus ini
dilihat sebagai keperluan wajib kepada pensyarah-pensyarah jabatan seni reka tekstil.
Berdasarkan kepada dapatan kajian rintis, pengetahuan majoriti pensyarah tentang
kurikulum dan silibus berada pada tahap yang rendah. Pembentukan sesuatu kurikulum
adalah berdasarkan kepada dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
khas untuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Penetapan kurikulum ini akan
berubah mengikut keperluan semasa.
Dengan adanya kursus reka bentuk kurikulum ini, diharapkan agar pensyarah-
pensyarah lebih memahami tentang sistem dan struktur kurikulum. Aras yang disyorkan
untuk pemahaman ini hanya menyentuh tentang teori asas, kepentingan, struktur, atribut
dan pelaksanaan kurikulum. Begitu juga dengan pembangunan silibus. Proses ini
dianggap paling mencabar kerana perancang silibus merangkap pensyarah kursus masih
belum mahir untuk menstruktur kandungan sukatan pelajaran mengikut keperluan dan
kemahiran. Ini terbukti melalui analisis silibus kursus yang dijalankan mendapati
302
struktur kandungan dan pemberatan aspek kemahiran untuk setiap kursus reka bentuk
tekstil tidak seimbang.
Dengan adanya kursus pembangunan silibus ini, diharapkan pensyarah kursus
dapat memahami bagaimana untuk menstruktur dan membangunkan silibus dengan
betul mengikut aras, keperluan dan kemahiran tertentu.
5.19.3 Kursus Pengajaran Berkala
Kursus pengajaran berkala ini dicadangkan bertujuan untuk memberikan latihan
pengajaran berterusan agar pensyarah kursus dapat menyesuaikan kaedah pengajaran
mereka secara fleksibel mengikut keperluan semasa. Dengan usaha ini, pensyarah dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, orientasi pelajar cenderung ke arah gaya
pembelajaran kineaesthetic. Oleh yang demikian, satu usaha untuk memenuhi keperluan
pembelajaran masa kini, pensyarah perlu kreatif mengaplikasikan pendekatan
pengajaran yang berbeza.
Kursus pengajaran ini juga melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian
pengajaran mengikut standard yang ditetapkan. Untuk memastikan kesinambungan,
kursus pengajaran berkala ini boleh ditetapkan setiap tiga tahun perkhidmatan agar
dalam tempoh itu, kaedah pengajaran akan dapat berkembang dan diaplikasikan
mengikut kesesuaian. Penyedia perkhidmatan iaitu Institut Kepimpinan Pengurusan &
Kualiti (ILQAM) dicadangkan mengeluarkan sijil kursus pengajaran berkala ini
seterusnya kursus ini menjadi kursus wajib untuk staf akademik bertujuan untuk
menjaga kualiti pengajaran di Universiti Teknologi MARA.
303
5.20 Cadangan Penambahbaikan Proses Reka Bentuk Tekstil
Cadangan penambahbaikan proses reka bentuk tekstil menekankan keperluan
yang sangat diperlukan sebagai kaedah baharu menggantikan kaedah sedia ada. Oleh
yang demikian, penyelidik telah mencadangkan empat kategori penambahbaikan yang
dapat mempertingkatkan keberkesanan proses reka bentuk secara komprehensif.
5.20.1 Matlamat Reka Bentuk
Perkara dasar yang perlu ditukar adalah matlamat reka bentuk yang sedia ada.
Ini berdasarkan pemerhatian di mana matlamat reka bentuk yang sedia ada hanya untuk
tujuan eksplorasi dan potensi. Matlamat ini perlu diubah kepada objektif reka bentuk
yang lebih fokus dan bermatlamat. Sebagai contoh, pensyarah seharusnya boleh
menggunakan konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah (problem based learning)
dengan meletakkan sesuatu isu sebagai masalah pusat yang perlu diselesaikan. Isu
dalam reka bentuk tekstil biasanya berkait rapat dengan keperluan manusia seperti
persepsi, cita rasa, penampilan, kesesuaian dan praktikal.
Penyelidik mencadangkan matlamat reka bentuk seharusnya berpusatkan
keperluan manusia (human centered) bagi memastikan setiap proses reka bentuk yang
dilaksanakan mempunyai matlamat khusus menyelesaikan isu pengguna. Sesuatu reka
bentuk perlu menepati keperluan dan cita rasa pengguna. Cita rasa pengguna pula
adalah sesuatu perkara yang subjektif untuk diinterpretasikan. Oleh yang demikian, ciri-
ciri reka bentuk yang menepati adalah dengan meletakkan diri seseorang pereka di
tempat pengguna agar pereka lebih empati tentang masalah yang dihadapi oleh
pengguna.
Program Reka Bentuk Tekstil memerlukan modus operandi reka bentuk baharu
dalam kursus-kursus yang ditawarkan agar lebih berdaya saing dengan kursus reka
bentuk tekstil yang ditawarkan oleh universiti lain. Melalui sorotan literatur yang
304
dijalankan, penyelidik banyak merujuk pada model-model reka bentuk terkini yang
mengetengahkan konsep Reka Bentuk Berpusatkan Keperluan Manusia (Human
Centered Design). Salah satu dari rujukan literatur yang mempunyai signifikan yang
tinggi adalah dari model proses reka bentuk IDEO. Garapan dari model ini membuka
ruang untuk pembaharuan proses reka bentuk tekstil sedia ada dengan mengaplikasikan
pemikiran reka bentuk sebagai teras utama.
5.20.2 Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking)
Pemikiran reka bentuk boleh digunakan untuk mencari penyelesaian inovatif,
menyeluruh dan jangka panjang kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah
pengguna. Kaedah pemikiran reka bentuk ini membawa kepada punca masalah tersebut.
Ini dilakukan dengan mengkaji dan mendalami keperluan pengguna yang menyebabkan
berlakunya masalah. Terdapat pelbagai model pemikiran reka bentuk yang berpotensi
diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk tekstil. Terma yang sebelum ini tidak pernah
didengari dan difahami seperti empati, kreatif, inovatif, idea, kepelbagaian dan prototaip
akan membentuk pemikiran reka bentuk tekstil melalui aplikasi model pemikiran reka
bentuk. Penyelidik kuat mencadangkan model pemikiran reka bentuk dari IDEO kerana
memenuhi kriteria proses reka bentuk tekstil melalui persamaan modus operandi.
Pemikiran reka bentuk juga diharapkan dapat mengubah cara pemikiran
pensyarah dan pelajar dalam proses reka bentuk bagi menggantikan kaedah yang sedia
ada. Penguasaan pemikiran reka bentuk ini membolehkan pelajar-pelajar berdaya saing
dengan program reka bentuk yang lain kerana pemikiran reka bentuk ini bersifat
universal iaitu boleh diaplikasikan ke dalam bidang reka bentuk yang lain.
305
Rajah 5.4: Proses Reka Bentuk IDEO (2012)
Rajah 5.4 merupakan lima fasa dalam proses reka bentuk yang diperkenalkan
oleh IDEO. Fasa ini disusun mengikut peringkat reka bentuk yang bermula dari
mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk menghadapi isu dan cabaran. Fasa ke dua
pula adalah kefahaman dan interpretasi berkaitan isu yang dihadapi. Ini diikuti fasa ke
tiga iaitu penjanaan idea. Penjanaan idea merupakan proses kreatif untuk menyelesaikan
masalah melalui pelbagai kaedah dan teknik. Fasa ke empat berkaitan eksperimentasi,
penghasilan cadangan reka bentuk dan prototaip.
5.20.3 Teknik Kreativiti Berkumpulan
Proses reka bentuk tekstil yang sedia ada memerlukan satu mekanisme baharu
dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran dan komunikasi. Untuk
memantapkan lagi proses, kemahiran psikomotor yang sedia ada perlu digabungkan
bersama dua kemahiran ini. Jika kaedah pelaksanaan reka bentuk sebelum ini
berorientasikan usaha individu, penyelidik kuat mencadangkan kaedah dan teknik
kreativiti berkumpulan sebagai modus operandi proses reka bentuk tekstil yang akan
datang. Keberkesanan melalui teknik sumbang saran berkumpulan dapat dilihat melalui
pencapaian pelajar dalam menjana idea kreatif dan menyelesaikan masalah. Oleh yang
306
demikian, gabungan tiga kemahiran ini perlu dilaksanakan pada setiap peringkat reka
bentuk tekstil.
5.20.4 Khidmat Pensyarah Pelawat Dari Industri
Terma pensyarah pelawat dari industri dalam cadangan ini ialah ahli bukan
akademik yang dijemput samada dari industri atau agensi kerajaan lain untuk
menyampaikan kuliah atau praktikal dalam bidang kepakaran mereka. Oleh kerana reka
bentuk tekstil ini bercirikan praktikal studio, maka pensyarah pelawat yang ditawarkan
khidmat ini mestilah terdiri dari tokoh atau pereka tekstil yang mempunyai kewibawaan
dan pengalaman yang luas dalam bidangnya. Usaha ini bertujuan untuk proses
pemindahan ilmu pengetahuan khusus proses reka bentuk tekstil melalui perspektif
industri. Dengan pendekatan khidmat pensyarah pelawat ini, adalah diharapkan agar
proses reka bentuk tekstil menjadi lebih fleksibel dan dinamik mengikut peredaran
masa.
5.21 Cadangan Model Pelaksanaan Penjanaan Idea Ke Dalam Proses Reka
Bentuk Tekstil.
Penyelidik mencadangkan tiga model pelaksanaan integrasi penjanaan idea reka
bentuk tekstil menggunakan teknik sumbang saran, hasil dari informasi yang diperoleh
serta sintesis pelbagai proses reka bentuk dari bidang lain. Cadangan konsep
pelaksanaan ini diketengahkan sebagai model pelaksanaan dengan mengambil kira
beberapa faktor penting seperti proses reka bentuk berpusatkan pengguna, kemahiran
berfikir kreatif dan kritis serta penekanan prinsip-prinsip reka bentuk. Tiga model
cadangan ini telah melalui proses validasi dan verifikasi dua orang pensyarah kanan
program reka bentuk tekstil. Ini adalah kerana model pelaksanaan ini dibentuk melalui
informasi dari mereka.
307
5.21.1 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk A
Rajah 5.5: Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk A
Cadangan model pelaksanaan reka bentuk A ini telah diterangkan pada
perenggan sumbangan ilmu pengetahuan reka bentuk tekstil sebelum ini. Model ini
bersifat satu kitaran yang mengandungi proses penting dalam reka bentuk. Implikasi
sumbang saran ditekankan pada peringkat kreatif penjanaan idea bertujuan untuk
mengenal pasti kriteria yang diperlukan oleh pengguna. Proses ini seterusnya perlu
melalui cadangan reka bentuk (visual), pembinaan prototaip seterusnya pengujian
terhadap prototaip bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangannya. Proses ini sekali
lagi melibatkan pemikiran konvergen menghalusi kriteria reka bentuk sebelum
penghasilannya. Proses terakhir adalah maklum balas dari pelanggan yang menyediakan
informasi terhadap produk. Informasi ini diperlukan untuk tujuan penambahbaikan
(inovasi).
MengenalpastiMasalah
SumbangSaranMenjanadan
MenghalusiIdea
MengenalpastiKriteriadanKekangan
MenerokaKemungkinan
SumbangSaranMenjanadan
MenghalusiIdeaMemilih
PendekatanMembina
CadanganRekaBentuk
MembinaModelatauPrototaip
MengujidanMenilaiPrototaip
SumbangSaranMenjanadan
MenghalusiIdeaProduksiProduk
Tekstil Re_leksi
308
5.21.2 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk B
Rajah 5.6: Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk B
Cadangan model pelaksanaan reka bentuk tekstil B ini juga merupakan satu
kitaran proses yang bermula dari mengenal pasti masalah. Seperti cadangan model
proses reka bentuk A, penekanan kepada proses mengenal pasti masalah telah dijadikan
sebagai salah satu proses-proses penting dalam kitaran ini. Berbeza dari model proses
reka bentuk tekstil yang sedia ada, cadangan model ini mengaplikasikan teknik
sumbang saran sebanyak empat peringkat yang bermula dari peringkat penyelidikan,
pengembangan idea, proses reka bentuk dan pembangunan prototaip. Kelebihan pada
cadangan proses reka bentuk ini juga terletak pada peringkat pembinaan konsep reka
bentuk yang juga dihasilkan melalui teknik sumbang saran serta penyediaan
dokumentasi reka bentuk sebagai rujukan utama.
Melalui cadangan model pelaksanaan reka bentuk B ini, pelajar dikehendaki
untuk mengenal pasti sesuatu isu atau masalah pengguna dengan mengadakan beberapa
sesi perbincangan bersama pengguna. Ini dilakukan bagi memahami secara mendalam
kehendak pengguna. Setelah itu, pelajar menjalankan penyelidikan mencari informasi
1• MengenalpastiMasalah
2• Penyelidikan(InformasidanVisual)
3• PembinaanKonsep
3• ProsesRekaBentuk
4• PengembanganIdea
5• DokumentasiRekaBentuk
6• PembangunanPrototaip
7• Produksi
8• Penilaian
309
dan aspek visual sebagai rujukan. Teknik sumbang saran dilihat dapat menjana idea
dalam membentuk konsep reka bentuk yang dikehendaki. Melalui proses reka bentuk
dan pengembangan idea, teknik sumbang saran sekali lagi dijadikan alat untuk menjana
idea-idea yang berpotensi dikembangkan dan dibangunkan menjadi produk. Proses ini
didokumentasikan secara sistematik melalui dokumentasi reka bentuk yang bertujuan
untuk melihat dan menilai semula sesuatu proses seandainya terdapat kesilapan atau
perubahan.
Pembangunan prototaip dianggap penting sebagai model awal. Tujuan utama
prototaip adalah untuk melibatkan pengguna menguji idea-idea reka bentuk dan
mendapatkan maklum balas mereka di peringkat awal pembangunan pada masa yang
sama dapat mengurangkan masa dan kos. Ia menyediakan cara yang lengkap dan
berkesan untuk memperbaiki dan mengoptimumkan reka bentuk melalui perbincangan,
penerokaan dan pengujian. Proses seterusnya adalah produksi produk tekstil yang
dihasilkan melalui dapatan perbincangan dan maklum balas pengguna. Spesifikasi yang
dikehendaki diterjemahkan melalui penghasilan produk reka bentuk tekstil yang terdiri
dari produk gunaan seperti kemasan lembut, fesyen, upholsteri dan kraf. Proses terakhir
adalah maklum balas pengguna terhadap produk yang digunakan agar setiap maklum
balas dapat dijadikan panduan untuk reka bentuk masa hadapan.
310
5.21.3 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk C
Rajah 5.7: Cadangan Model Proses Reka Bentuk C
Cadangan model proses reka bentuk tekstil C merupakan penambahbaikan
daripada model proses reka bentuk yang sedia ada, namun terdapat beberapa perbezaan
dari aspek pelaksanaan dan aplikasi sumbang saran untuk proses penjanaan idea dan
penyelesaian masalah. Cadangan model ini terdiri daripada lima peringkat yang
bermula dari taklimat reka bentuk sebagai idea awal untuk mendefinisikan isu/masalah
serta menentukan hala tuju proses reka bentuk.
Proses ke dua adalah peringkat penyelidikan yang melibatkan mengumpulkan
informasi dan koleksi visual berkaitan fenomena yang dikaji. Ini dilakukan dengan
mendapatkan informasi melalui media cetak dan elektronik seperti jurnal, buku,
majalah, foto dan sumber Internet. Proses ini melibatkan teknik sumbang saran yang
dilihat dapat membantu pelajar-pelajar dalam menjana idea dan memperolehi maklumat
melalui perkongsian pengetahuan yang terdapat pada setiap pelajar. Informasi ini
kemudiannya dikumpulkan sebagai dokumentasi reka bentuk. Implikasi teknik sumbang
saran ditandakan dengan segi empat berwarna merah pada rajah di atas. Proses ke tiga
adalah mereka bentuk dan mengembangkan idea. Proses reka bentuk dilaksanakan
terlebih dahulu sebelum dikembangkan menjadi reka corak yang pelbagai. Proses ini
TaklimatRekaBentuk
PenyelidikanVisual
MerekaBentukPengembangan
Idea
ProduksiRekaBentuk
Analisis/PenilaianProduk
MendefinisikanMasalah
MenentukanHalaTujuRekaBentuk
RujukanVisualSumbangSaran
PengalamanPenyelidikan
IntuisiImaginasiSumbang
Saran
ModelPrototaipProduk
KaryaSeniSumbangSaran
RefleksiHasilRekaBentukdanAktivitiProduksi
311
melibatkan kreativiti pembuatan serta imaginasi seseorang pelajar dalam mengolah dan
mengembangkan idea reka bentuk menjadi produk. Pada proses ini juga, sumbang saran
dilihat sangat membantu proses menjana idea kreatif pemilihan motif, reka corak,
komposisi dan penentuan produk akhir. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan
dengan segi empat berwarna merah pada rajah 5.8 (rujuk muka surat 311).
Proses ke empat adalah penghasilan prototaip reka bentuk produk tekstil setelah
melalui proses pengolahan dan pengembangan idea. Prototaip merupakan idea awal
produk sebelum penghasilan produk sebenar. Ini dilaksanakan bagi mendapatkan
maklum balas pengguna terhadap spesifikasi yang diharapkan. Sekiranya persetujuan
tercapai, maka proses seterusnya dapat dilaksanakan. Proses prototaip ini juga
melibatkan sumbang saran bagi mendapatkan idea yang lebih meyakinkan tentang
produk yang ingin dihasilkan. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan segi
empat berwarna merah pada rajah 5.7. Proses terakhir adalah maklum balas pengguna
terhadap produk yang digunakan agar setiap maklum balas dapat dijadikan panduan
untuk reka bentuk masa hadapan.
5.22 Cadangan Untuk Penyelidikan Di Masa Hadapan.
Dapatan penyelidikan ini menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan
kajian lanjut. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan samada penyelidik telah
mengisi jurang pengetahuan terhadap isu yang dikaji. Ini adalah kerana penyelidikan
inovatif adalah bersifat mencipta potensi subjek kajian yang memerlukan kajian
lanjutan.
312
Untuk cadangan penyelidikan akan datang, terlebih dahulu penyelidik
membincangkan limitasi penyelidikan ini yang merangkumi dua kategori iaitu;
i. penyelidikan tindakan kelas sebagai reka bentuk penyelidikan. ii. sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea dan penyelesaian masalah.
Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk membentuk model empirikal
integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil. Penyelidik telah mengenal pasti atribut
penyumbang keberkesanan penjanaan idea reka bentuk tekstil, seterusnya boleh
dijadikan sebagai pemboleh ubah bersandar untuk tujuan penyelidikan ekperimen. Isu
yang berpotensi untuk kaji adalah pengukuran keberkesanan strategi sumbang saran
pada kumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan kawalan dikendalikan menggunakan
kaedah standard proses reka bentuk tekstil. Ke dua-dua sampel boleh diambil dari
semester tiga di Kampus Shah Alam dan Cawangan Kelantan.
Penyelidikan kuantitatif yang dicadangkan adalah eksperimental kuasi yang
melibatkan dua kumpulan iaitu kawalan (control) dan rawatan (treatment). Eksperimen
adalah satu kajian di mana penyelidik memanipulasi tahap beberapa pemboleh ubah
bebas dan kemudian mengukur hasilnya. Ia juga merupakan teknik yang kuat untuk
menilai hubungan sebab dan akibat.
5.23 Bidang Yang Berpotensi Untuk Dikaji
Penyelidikan yang telah dijalankan ini memberi fokus kepada proses kognitif
penjanaan idea dan penyelesaian masalah dalam reka bentuk tekstil. Terdapat isu
berbangkit selain dari kemahiran kognitif ini. Melalui penyelidikan yang dijalankan,
penyelidik mendapati, enam dari lapan responden tidak berkemahiran melukis dan
melakar. Ini berikutan pengambilan calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) tidak mengambil kira keperluan dan kemahiran melukis. Oleh yang demikian,
penyelidik mencadangkan satu penyelidikan ke atas kemahiran psikomotor melukis dan
313
melakar ini sebagai subjek yang perlu diberi perhatian. Reka bentuk penyelidikan
tindakan dilihat sebagai kaedah yang tepat untuk cadangan penyelidikan seterusnya
kerana lebih praktikal dan efektif.
Proses reka bentuk tekstil mempunyai empat peringkat yang bermula dari tema
penyelidikan, penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk.
Melalui penyelidikan ini, penyelidik banyak memfokuskan pada peringkat tema
penyelidikan sedangkan masih ada tiga peringkat reka bentuk yang masih belum diberi
perhatian. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan penyelidikan yang dapat
menumpukan pada peringkat reka bentuk seterusnya.
5.24 Kesimpulan
Bab ini merupakan bab terakhir tesis di mana penyelidik telah membuat semua
kesimpulan berkaitan matlamat, objektif, kaedah penyelidikan tindakan dan strategi
intervensi yang dijalankan. Kesimpulan yang dibuat ini banyak memberikan signifikan
terhadap strategi intervensi sumbang saran yang dilihat berjaya membantu pelajar
menyelesaikan masalah dalam proses reka bentuk serta membentuk satu budaya
kreativiti berkumpulan.
Matlamat penyelidikan yang memberikan inovasi terhadap proses reka bentuk
tekstil telah berjaya dibentuk dengan terhasilnya model reka bentuk tekstil berasaskan
teknik sumbang saran. Model ini dilihat sebagai pelengkap kepada dua kemahiran
utama iaitu kognitif dan psikomotor yang memberi penekanan kepada penjanaan idea,
penyelesaian masalah dan kemahiran melakar/melukis. Diharapkan agar model ini juga
dapat dijadikan sebagai panduan untuk membentuk silibus kursus reka bentuk tekstil
yang akan datang memandangkan modus operandi model ini merangkumi aspek yang
lengkap melalui matlamat dan pelaksanaannya. Penyelidikan ini telah berjaya
menjawab kepada semua soalan kajian yang spesifik terhadap isu yang diutarakan.
314
Jawapan kepada soalan kajian ini diperoleh melalui kaedah pengumpulan dan
penganalisisan data secara sistematik mengikut kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Melalui kaedah kuantitatif, ujian kreativiti yang dijalankan telah memberi satu
kefahaman kepada penyelidik bahawa setiap strategi intervensi yang dijalankan telah
mendatangkan kesan pencapaian yang berbeza. Tahap kreativiti penghasilan didapati
meningkat dari satu kitaran ke kitaran seterusnya. Melalui kaedah kualitatif pula,
penerokaan terhadap fenomena yang berlaku telah memberikan satu kefahaman tentang
kelemahan pendekatan pengajaran dan keperluan-keperluan yang perlu diberi perhatian
dalam membentuk model pelaksanaan proses reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian,
gabungan enam objektif-objektif ini telah membentuk satu model pelaksanaan proses
reka bentuk tekstil yang komprehensif.
Pemilihan penyelidikan tindakan merupakan kaedah yang bertepatan dengan
paradigma penyelidikan ini yang menekankan kepada pendekatan yang menilai teori
dan kepercayaan melalui orientasi praktis. Tugas seorang pensyarah bukan hanya
setakat mengajar kursus yang ditugaskan, malah budaya reflektif terhadap permasalahan
studio/kelas adalah diperlukan pada setiap masa bagi memastikan sesuatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran tetap relevan dengan keperluan semasa. Kajian Tindakan
Kelas ini pada asasnya bersifat kualitatif yang membuka peluang kepada pensyarah
untuk meneroka fenomena yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, isu dan objektif kajian ini yang akhirnya menentukan kaedah
kajian. Penyelidikan Kaedah Campuran (Mixed Method Research) dilihat lebih
berkesan kerana melibatkan pengukuran pencapaian pelajar dan eksplorasi fenomena
yang dihadapi di dalam kelas secara serentak. Kombinasi pengukuran dan penerokaan
terhadap fenomena ini mempromosikan reka bentuk penyelidikan reflektif yang
lengkap berbanding reka bentuk kajian kes tunggal (single case study design), reka
315
bentuk eksperimentasi quasi (quasi experimental design) dan reka bentuk kajian
korelasi (correlational study design).
Strategi intervensi yang dijalankan pula adalah berdasarkan kepada refleksi dari
kitaran tindakan yang telah dijalankan sebelumnya. Strategi intervensi ini membuktikan
bahawa perancangan dan pelaksanaan teknik sumbang saran seharusnya dibantu oleh
beberapa kaedah pembelajaran yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, meta
kognitif dan pembelajaran kolaboratif. Teknik sumbang saran tidak mendatangkan
kesan yang optimum apabila dijalankan bersendirian.
Dari aspek implikasi teori dan kaedah yang digunakan, teori perkembangan
kognitif Jean Piaget membuktikan idea-idea hasil dari teknik sumbang saran adalah
merupakan proses yang diperoleh melalui struktur skema, asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan. Teori sosio budaya Lev Seminovich Vygotsky pula membuktikan
bahawa pengetahuan pra pelajar adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruh
sosial yang membentuk pemikiran seseorang pelajar.
Teknik sumbang saran telah mempromosikan pembelajaran melalui interaksi
sosial yang memerlukan sokongan (scaffolding) membentuk budaya pembelajaran
koperatif. Teori Victor Lowenfeld merumuskan bahawa kreativiti terbahagi kepada
kategori Kelancaran (Fluency), Fleksibiliti (Flexibility) dan Keaslian (Originality). Tiga
kategori ini adalah bertepatan dengan objektif sumbang saran yang mengutamakan
kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan.
Hasil dari penyelidikan ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembinaan
model reka bentuk tekstil. Model ini pula berpotensi bukan sahaja di dalam proses reka
bentuk tekstil, malah dapat digunakan dalam pelbagai bidang reka bentuk yang lain.
Penyelidik meletakkan harapan yang tinggi agar hasil penyelidikan ini akan tetap
relevan untuk masa hadapan dan dapat menyumbang untuk pembangunan ilmu
pengetahuan terutamanya dalam bidang reka bentuk tekstil.
316
RUJUKAN Amer Shakir Zainol. (2010). Factors influencing group brainstorming performance in industrial design practices. (Doctoral thesis) Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Anderson, L. W., & Krathwohl, D. A. (2001) A Taxonomy for Learning, Teaching
and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Boston: Allyn & Bacon.
Archer, L. B. (1965). The structure of design process (Doctoral thesis). Royal College of Art, London. Archer, L. B. (1984). Systematic Method for Designers. In N. Cross (Ed.). Developments in Design Methodology. Chichester: John Wiley & Sons Ltd. Ausbel, D. P. (1967). Learning Theory and Classroom Practice. Toronto: Ontario
Institute for Studies in Education.
Baker, S., Gersten, R., & Scanlon, D. (2002). Procedural facilitators and cognitive strategies: Tools for unravelling the mysteries of comprehension and the writing process, and for providing meaningful access to the general curriculum. Learning Disabilities: Research and Practice, 17, 65-77.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). The psychology of written composition.
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Billie J. C., Martin J. B., & Phyllis G. (2009). Understanding Textiles. Saddle River, N.J: Pearson Prentice Hall.
Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, the classification of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain. New York: McKay.
Boud, D., Cohen, R., & Sampson, J. (2001). Peer learning and assessment. In D. Boud,
R. Cohen., & J. Sampson (Eds.). Peer learning in higher education (pp 67-81) London: Kogan Page.
Brager, J., & Johnson, K. (1993). Adult learning: New research on continuous learning in the business environment; Atlanta, GA: American Society for Training and Development.
Bruner, J. S. (1966). Toward a Theory of Instruction. Cambridge, MA: Belkapp
Press. Bushe, G. R., & Marshak, R. J. (Eds.). (2015). Dialogic organization development: The
theory and practice of transformational change. Oakland, CA: Berrett-Koehler.
317
Butler, D. L., & Kline, M. A. (1998). Good versus creative solutions: A comparison of brainstorming, hierarchical and perspective-changing heuristics. Creativity Research Journal, 11, 325-331.
Buzan, T. (1974). Use your head. London: BBC Books. Camacho, L. M., & Paulus, P. B. (1995). The role of social anxiousness in group
brainstorming. Journal of Personality and Social Psychology, 68, 1071-1080.
Canas, A. J., Carff, R., Hill, G., Carvalho, M., Arguedas, M., & Eskridge, T. (2005). Concept maps: Integrating knowledge and information visualization. In S. O. Tergan., & T. Keller (Eds.). Knowledge and information visualization: Searching for synergies (pp. 205-219). Heidelberg/NY: Springer Lecture Notes
in Computer Science. Carr, H., & Pomeroy, J. (1992). Fashion Design and Product Development. London: Blackwell Scientific Publications. Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and
Action Research. Basingstoke: Falmer Press.
Chapman, L. H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace Javanovich. Chapman, W. L., Bahill, A. T., & Wymore, A. W. (1992). Engineering modelling and
design. Florida: Boca Raton CRC Press. Chan, Y. C. (2001). A Conceptual Model of Intimate Apparel Design: An Application
to Bra Design. (Master thesis, Institute of Textiles and Clothing, Hong Kong). Retrieved from https://www.polyu.edu.hk/itc/en/
Cheng, V. M. Y. (2011). Infusing creativity into Eastern classrooms: Evaluations
from student perspectives. Thinking Skills and Creativity, 6(1), 67-87.
Chua Yan Piaw. (2010) Building a test to assess creative and critical thinking Simultaneously. Procedia Social and Behavioral Sciences, 2 (2010) 551-559.
Chua Yan Piaw. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.
Cohen, L., & Manion, L. (1994). Research Methods in Education (4th ed.). London: Routledge.
Collier, B.J., Bide, M., & Tortora, P.G. (2009). Understanding Textiles (7th ed.). New York: Prentice Hall.
Cross, K. P., & Steadman, M. H. (1996). Classroom Research: Implementing the scholarship of teaching. San Francisco: Jossey Bass. Crowl, T. K., Kaminsky, S., & Podell, D. M. (1997). Educational psychology:
Windows on teaching. Madison, WI: Brown and Benchmark.
318
Darke, J. (1979). The primary generator and the design process. Design Studies, 1(1), 36-44.
DeJonge, J. O. (1984). The design process. In S. Watkins, Clothing the portable Environment. IA: Iowa State University Press. Denzin, N. K. (1989). Handbook of Qualitative Research (2nd ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage.
Dewey, J. (1933) How We Think. A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. (Revised ed.). Boston: D. C. Heath. Diamond, J., & Diamond, E. (1997). The World of Fashion (2nd ed.). USA: Fairchild
Publication. Di Mascio, R., Kalyuga, S., & Sweller, J. (2016). The Effect of Wording and Placement
of Task Instructions on Problem-Solving Creativity. The Journal of Creative Behavior, 16, 45-49.
Dunette, M. D., Campbell, J., & Jaastad, K. (1963). The effect of group participation
on brainstorming effectiveness for two industrial samples. Journal of Applied Psychology, 47, 30-37.
Fiore, A. M., & Kimle, P. A. (1997). Understanding aesthetics for the merchandising and design professional. New York: Fairchild Publication. Fisher, R. (1990). Teaching Children Thinking. New York: W. H. Freeman. Fletcher, K. (2008). Sustainable Fashion and Textiles: Design Journey. London:
Earthscan.
Fletcher, K., & Grose, L. (2012). Fashion and Sustainability: Design for Change. London: Laurence King Publishing Ltd.
Frings, G. S. (1999). Fashion: From Concept to Consumer (6th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. .
Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of Cognitive developmental inquiry. American Psychologist, 34, 906-911.
Flavell, J. H. (1987). Speculations about the nature and development of
metacognition. In F. E. Weinert & R. H. Kluwe (Eds.), Metacognition, Motivation and Understanding (pp. 21-29). Hillside, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Gardner, H. (1994). Frame of Mind. New York: Harper & Row. Gardner, H. (2000). The Disciplined Mind. New York: Penguin Book. Graham, D., & Bachmann, T. (2004). Ideation: The Birth and Death of Ideas. Hoboken,
N.J: John Wiley & Sons Inc.
319
Guilford, J.P. (1967). The Nature of Human Intelligence. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
Gagne, R.M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction (4th ed.).
New York: CBS College Publishing. Gagne, R.M., & Briggs, L.J. (1979). Principles of Instructional Design (2nd ed.). New
York: Holt, Rinehart, & Winston, Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning. New York: Holt Rinehart & Winston.
Gagne, R., Briggs, L., & Wager, W. (1988). Principles of Instructional Design. New York: Holt, Reinhart.
Gagne, R., Briggs, L., & Wager, W. (1992). Principles of Instructional Design (4th ed.). Fort Worth, TX: HBJ College Publishers.
Gardner, M. J. (1985). Cognitive psychological approaches to instructional task
analysis. In E. Gordon, (Ed.). Review of Research in Education 12, 157-96. Gultepe, B., & Coskun, H. (2016). Music and cognitive stimulation Influence idea generation. Psychology of Music, 44, 3-14.
Harrow, A.J. (1972). A Taxonomy of the Psychomotor Domain. New York: David
McKay Co.
Hanks, K., Belliston, L., & Edwards, D. (1997). Design yourself. Los Altos, California: William Kaufmann Inc. Henningsen, D, D., Cruz, M. G., & Miller, M. L. (2000). Role of social loafing in
predeliberation decision making. Group Dynamics: Theory, Research and Practice, 4, 168-175.
Jacobs, G.M. (1998) Cooperative learning or just grouping students: The difference makes a difference, Paper presented at the RELC Seminar, Singapore.
James, P, T. (1997) Creative Education in Industry and Higher Education, 11(5), 106-115. Jonson, B. (2005). Design Ideation: The Conceptual Sketch in the Digital Age, Design
Studies, 26, 613-624.
Jonassen, D.H. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Columbus, OH: Prentice Hall.
Jones, J. C., & Thornely, J. C. (1963). A method of systematic design. New York: The Macmillan Company. Jones, J. C. (1970). Design Methods: Seeds of Human Futures. New York: Wiley
Interscience.
320
Jones, J. C. (1981). Design methods: Seeds of human futures. New York: John Wiley & Sons.
Jones, J. C. (1984). A method of systematic design. New York: John Wiley.
Kahneman, D., & Tversky, A. (1982). The psychology of preferences. Scientific
American, 246(8), 160-173. Kanneth, B. K. (2013). New Product Planning. New Delhi: Sage Publication. Kauchak, D., & Eggen, P.D. (1998). Learning and teaching: research-based
methods (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1981). The action research planner (3rd ed.).
Victoria: Deakin University.
Krathwohl, D.R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (Eds.) (1964). Taxonomy of Educational Objectives: Handbook II, Affective Domain. New York: David McKay Co.
Koberg, D., & Bagnall, J. (1973). The University Traveller: A companion for those on problem-solving journeys. Los Altos, CA: William Kaufmann.
Lamb, J. M., & Kallal, M. J. (1992). A conceptual framework for apparel design.
Clothing and Textiles Research Journal, 10, 42-47. Latane, B., Williams, K., & Harkins, S. (1979). Many hands make light the work: The
causes and consequences of social loafing. Journal of Personality and Social Psychology, 37, 823-832.
Lawson, B. (2006). How designers think: the design process demystified (4th ed.).
Oxford, Burlington, MA: Elsevier. Levine, J. M., Alexander, K. M., Wright, A. G. C., & Higgins, E. T. (2016). Group
brainstorming: When regulatory nonfit enhances performance. Group Processes & Intergroup Relations, 19, 257-271.
Lowenfeld, V. (1975). Creative and Mental Growth (7th ed.). New York: Mac Millan. McDavitt, D. S. (1993). Teaching for understanding: Attaining higher order learning
and increased achievement through experiential instruction. Retrieved from http://eric.ed.gov/?id=ED374093
McMillan, J, H., & Schumacher, S. (2001). Research in education: A conceptual
introduction (5th ed.). New York: Longman. Medland, A. J. (1992). The computer-based design process (2nd ed.). London: Chapman and Hall.
321
Mohan Rathakrishnan, & Balan Rathakrishnan. (2009). Kesan Penggunaan Peta Minda Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Jurnal Kemanusiaan Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia 07, 14-18. Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Novak, J. D., & Gowin, D. B. (1984). Learning How to Learn. New York: Cambridge University Press.
Novak, J. D. (1990). Concept maps and Vee diagrams: Two metacognitive tools for science and mathematics education. Journal of Instructional Science, 19, 29-52. Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Orlich, M. (2004). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction (10th ed.). Boston, MA:CengageLearningPress.
Osborn, A. F. (1957). Applied imagination. New York: Scribner's. Paulus, P. B., Korde, R. M., Dickson, J. J., Carmeli, A., & Cohen-Meitar, R. (2015).
Asynchronous Brainstorming in an Industrial Setting Exploratory Studies. Human Factors: The Journal of the Human Factors and Ergonomics Society, 44(6), 21-28. doi:10.1177/0018720815570374
Piaget, J. (1981). Intelligence and affectivity: Their relation during child
development. Palo Alto, CA: Annual Reviews.
Piaget, J. (1968). Genetic epistemology. New York: W. W. Norton & Co. Paget, J. (1929). The child conception of the world. London: Routledge & K. Paul. Presseisen, B. Z. (1985). Thinking skills: Means and models. In Arthur L. Costa (Ed.),
Minds: A resource book for teaching thinking. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Pressley, M., & Woloshyn, V. (1995). Cognitive strategy instruction that really improves children’s academic performance. Cambridge: Brookline Books.
Regan, C. L., Kincade, D. H., & Shelden, G. (1998). Applicability of the engineering
design process theory in the apparel design process. Clothing and Textiles Research Journal, 16(1), 36-46.
Rosenshine, B. (1997). Advances in research on instruction. In E. J. Lloyd, E. J. Kameanui & Chard, D. (Eds.). Issues in Educating Students with Disabilities (pp. 197-221). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
Gilbert, S. (1980). Principles of Educational and Psychological Measurement and
Evaluation (2nd ed.). Belmont: Wadsworth Publishing Company.
322
Saylor, J., Galen, M., & William M. (1974). Planning curriculum for schools. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Schon, D. (1982). The Reflective Practitioner: How Professionals Think in Action. New York, NY: Basic Books.
Schon, D. (1987). Educating the Reflective Practitioner. San Francisco, CA: San Francisco Press. Seels, B., & Glasgow, Z. (1990). Exercises in Instructional Design. Columbus Ohio:
Merrill Publishing Co. Shih, W.H., & Jyh, R.C. (2003). A creativity-based design process for innovative
product design. International Journal of Industrial Ergonomics, 34(9), 421–443.
Simpson, J. S. (1966). The classification of educational objectives, psychomotor domain. Office of Education Project No. 5-85-104. Urbana, IL: University of Illinois.
Starko, A. J. (2009). Creativity in the classroom: Schools of curios delight (4th ed.). New York: Routledge Falmer.
Stecker, P. (1996). The Fashion Design Manual. Australia: Macmillan Education Pty.
Ltd. Spradley, J. P. (1980). Participant observation. New York: Holt, Rinehart &
Winston. Stroebe, W., Nijstad, B.A., & Rietzcshel, E. F. (2010). Beyond productivity loss in
brainstorming groups: The evolution of question. Advances in experimental social psychology, 43(9) 157-203.
Taylor, C. W. (1968). Cultivating new talents: A way to reach the educationally
deprived. The Journal of Creative Behavior, 2(5), 83-90. Twitchell, D. (Ed.) (1990). Robert M. Gagne & M. David Merrill in conversation. Educational Technology, 30(7), 34-39. Unin, N., & Bearing, P. (2016). Brainstorming as a way to approach student-centered learning in the ESL Classroom. Procedia for Social and Behavioral Sciences 224(2016), 605-612. Vernon, D., Hocking, I., & Tyler, T. C. (2016). An evidence-based review of creative
problem solving tools: a practitioner’s resource. Thinking Skills and Creativity, 19(2016), 153-159.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society. The development of higher psychological processes. Cambridge: Harvard University Press.
Wallas, G. (1926). The Art of Thought. New York: Harcourt Brace.
323
Wan Norashikin Abdullah. (2009). Kesan Strategi Peta Minda Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi Asas Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. (Master thesis, Open University Malaysia, Malaysia). Retrieved from http://library.oum.edu.my/repository/742/1/kesam.pdf
Wang, H. C., Li, T. Y., Rose, C. P., Huang, C. C., & Chang, C. Y. (2006). VIBRANT:
A Virtual Brainstorming Agent for Computer Supported Creative Problem Solving. Paper presented at the 8th International Conference on Intelligent Tutoring Systems (ITS 2006).
Watkins, S. M. (1984). Clothing: The portable environment. Ames, IA: Iowa State Press.
Watkins, S. M. (1988). Using the design process to teach functional apparel design.
Clothing and Textiles Research Journal, 7(1), 10-14.
West, C., Farmer, J., & Wolff, P. (1991). Instructional design: Implications from cognitive science. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Wiley, S. S. (2008). Definition of Textile Designing. Ames, IA: John Wiley & Sons Inc. Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Yuhan, A., & Raymond, A. (2010). A Development of Theoretical Framework of Ultimate Fashion-Textile Design Process Model. Paper presented at Taiwan IFFTI 2010 (pp. 345-348). Taiwan: Department of Textile & Clothing, Catholic University. Zuber, S. O. (2001). Action Research in Higher Education. London: Kogan.
324
Lampiran A Lampiran A1: Surat Kebenaran Mengumpul Data (Dekan FSSR) Lampiran A2: Surat Persetujuan Responden Untuk Turut Serta Dalam Penyelidikan Lampiran A3: Surat Lantikan Sebagai Penilai Projek Reka Bentuk
325
326
327
328
329
330
331
Lampiran B Lampiran B1: Borang Ujian Kreativiti Menjana Idea Lampiran B2: Borang Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Oleh Pensyarah
332
333
334
335
Lampiran C Lampiran C1: Taklimat Projek Reka Bentuk (Project Brief)
Lampiran C2: Rubrik Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil
Lampiran C3: Contoh Nota Lapangan (Catatan Kuliah)
Lampiran C4: Soalan Temubual Pensyarah Dan Pelajar
Lampiran C5: Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Mac 2013 – Julai 2013 Lampiran C6: Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Sept 2013 – Feb 2014 Lampiran C7: Pelan Pengajaran Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Lampiran C8: Contoh Informasi Kursus Reka Bentuk Tekstil
336
337
338
339
340
341
342
343
344
345
346
347
348
349
350
351
SENARAI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Rainal Hidayat Wardi, Muhamad Firdaus Ramli, Mohammad Mubarrak Mohd Yusof, Dr. Sabzali Musa Kahn, Paper (2013) Title: AN ADAPTATION OF GROUP BRAINSTORMING FOR TEXTILE DESIGN THINKING. The International Conference on Social Sciences Research 2013 (ICSSR 2013, WORLD CONFERENCES RESOURCES. 4th & 5th June 2013, at Equatorial Hotel, Penang, Malaysia. Maithreyi Subramaniam, Rainal Hidayat Wardi, Rusmawati Ghazali, Jafrri Hanafi, Sabzali Musa Kahn, Suhaila Zaki. The Need of New Model for Art Appreciation Directed to Visual Communication At Tertiary Level: A Conceptual Framework.(ISBN (978-969-9347-15-3)).International Colloquium of Art and Design Education Research (i- cader 2014).Organized by IEEE Industrial Electronics & Industrial Applications Joint Chapter of Malaysia. in conjuction with Advancing Technology for Humanities Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn, Jaffri Hanafi, Muhamad Firdaus Ramli. 2014.Isu dan Cabaran Bidang Seni Visual Dalam membina Jati Diri Melayu Masa Kini. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu. Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya. 2-3 Disember 2014, Atlanta East, Tingkat 3. Hotel Armada Petaling Jaya, Selangor. Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn, 2015. Strategi Pengajaran Bagi Mengatasi Kelemahan Pelajar Melayu Dari Aspek Kreativiti Menjana Idea Reka Bentuk Tekstil Di Universiti Teknologi MARA MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rusmawati Ghazali, Hema Zulaika Hashim, Rusmadiah Anwar, Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn. Interaction Textile Design: Aesthetic Eco-Friendly Material. International Symposium Of Research Of Arts, Design and Humanities (2014), Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club, Kota Kinabalu, Sabah MALAYSIA.
352
353