Prosedur penubuhan persatuan

18
PROSEDUR TETAP PENUBUHAN PERSATUAN (Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan) 1. Penubuhan 1.1 Mesyuarat penaja. 1.2 Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 1 ) 1.3 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan. ( Rujuk Lampiran 2 ) 1.4 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 3 ) 1.5 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 ) 1.6 Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 5 ) 1.7 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 ) 1.8 Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi- agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk Lampiran 7A, 7B ) 2. Pelaksanaan 2.1 Perkara-perkara yang perlu ada dalam Takwim ( Rujuk Lampiran 8 ) a. Pendaftaran. b. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.

Transcript of Prosedur penubuhan persatuan

Page 1: Prosedur penubuhan persatuan

PROSEDUR TETAP PENUBUHAN PERSATUAN(Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan)

1. Penubuhan

1.1 Mesyuarat penaja.

1.2 Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 1 )

1.3 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan. ( Rujuk Lampiran 2 )

1.4 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 3 )

1.5 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 )

1.6 Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 5 )

1.7 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 )

1.8 Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi-

agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk Lampiran 7A, 7B )

2. Pelaksanaan

2.1 Perkara-perkara yang perlu ada dalam Takwim ( Rujuk Lampiran 8 )

a. Pendaftaran.

b. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.

c. Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.

d. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan bagi kali 1,2 ..,.

e. Rancangan aktiviti.

f. Hari Kokurikulum Sekolah.

g. Penilaian

h. Pelaporan.

Page 2: Prosedur penubuhan persatuan

2.2 Contoh Bentuk Format Takwim. ( Rujuk Lampiran 9 )

2.3 Surat permohonan mengutip derma untuk Pasukan Pakaian

Seragam,Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.(Rujuk Lampiran 10 )

2.4 Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua / Guru Besar dan contoh resit derma.( Rujuk Lampiran 11 )

2.5 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa / penjaga berkaitan penglibatan murid dalam Kokurikulum. ( Lampiran 12 )

2.6 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum. ( Rujuk Lampiran 13 )

3. Kandungan Fail dan Buku Pelaporan

3.1 Kandungan Fail Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan, Kelab Sukan / Permainan. ( Rujuk Pengurusan Fail )

3.2 Kandungan dalam buku pelaporan . ( Rujuk Lampiran I dan J )

4. Lawatan

4.1 Prosedur-prosedur lawatan. ( Rujuk Lampiran H )

Page 3: Prosedur penubuhan persatuan

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Per satuan Dan Kelab Sukan/Permainan

SK Alor Pongsu, Rujukan Tuan: 34300 Bagan Serai , Rujukan Kami: Perak Darul Ridzuan, Tarikh:

Guru Besar,SK Alor Pongsu,34300 Bagan Serai, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP

Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, NAZARI BIN NOORDIN berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK SAUJANA UTAMA mulai 3 hb.Januari , 2005.

2. Bersama-sama ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa .

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( )Guru Pemimpin Pengakap,SK Alor Pongsu,34300 Bagan Serai,PERAK.

s.k. PK KokurikulumS/U KokurikulumFail Pengakap

Page 4: Prosedur penubuhan persatuan

SK Alor Pongsu , Rujukan Tuan: 34300 Bagan Serai, Rujukan Kami : Perak Darul Ridzuan. Tarikh: 5 Januari 2016

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN _______________________________________________

Merujuk surat tuan ............................... bertarikh 12 Disember 2004 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan ............................................... SK Alor Pongsu ,34300 Bagan Serai, Perak adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai .......................................

2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( TN. HJ YEOP BIN MAT )Guru Besar Cemerlang,SK Alor Pongsu,34300 Bagan Serai, PERAK. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. GPK Kokurikulum3. S/U Kokurikulum4. Fail

Page 5: Prosedur penubuhan persatuan

SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan: Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami: 47000 Sungai Buloh , Tarikh: 2 Januari 2005SELANGOR.

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP

Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2005 hingga 31hb. Disember 2005.

a. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….( )Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh. SELANGOR.Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k. 1. Fail Peribadi 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah3. Fail Pengakap

Page 6: Prosedur penubuhan persatuan

Lampiran 4Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Passukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.

10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .

17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

Contoh Surat Penurunan Kuasa

Page 7: Prosedur penubuhan persatuan

Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Ahli Jawatankuasa

SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan :Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami :Saujana Utama, Tarikh: 47000 Sungai Buloh,SELANGOR

Melalui dan salinan:

Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

Saudara,

SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA

Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Pengakap SMK Saujana Utama, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2005.

2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudara.

3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….( )Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

s.k. 1. Fail Pengakap2. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin 3. S/U Kokurikulum

Page 8: Prosedur penubuhan persatuan

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

1. Pengerusi

1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang

diputuskan diambil tindakan sewajarnya.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan

tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa

2. Naib Pengerusi

2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

3. Setiausaha

3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru

Pemimpin.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

4. Penolong Setiausaha

4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa

ke semasa.

5. Bendahari

5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa

6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7. Pemeriksa Kira-Kira

7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.

7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

Page 9: Prosedur penubuhan persatuan

Contoh Surat Pendaftaran Pergerakan Pengakap SekolahDaripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia

SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan : Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami : 47000 Sungai Buloh, Tarikh:SELANGOR.

PesuruhjayaPersekutuan Pengakap Malaysia,Daerah Kuala Selangor,

, .

Melalui dan salinan:

Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

Tuan,

PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH

Berhubung perkara tersebut diatas, bersama-sama disertakan senarai ahli-ahli Kumpulan Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor dan juga senarai guru-guru penasihat yang akan mengendalikan kumpulan pengakap tersebut.

2. Semoga dengan pendaftaran tersebut pihak sekolah akan memperolehi segala berita pengakap semasa agar dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….( )Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

s.k. 1. Pengarah Pelajaran Selangor.2. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor.3. Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.4. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah5. Fail Pengakap

Page 10: Prosedur penubuhan persatuan

Contoh Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Takwim/Rancangan Pengakap

Bulan Minggu/Tarikh

Aktiviti Catatan/Tindakan

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Okotber

November

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Pendaftaran Kelab/Persatuan

Pendaftaran Ahli

Suai Kenal Antara Ahli Pengakap

Penyusunan Organisasi

Tanggungjawab Ahli

Dasar Berpengakap

Peraturan dan Undang-Undang

Bendara

Pemakaian Lencana

Lagu Kebaangsaan

Lagu Negeri

Simpulan dan Ikatan

Pengurusan

Perjumpaan Pek/Terup

Istiadat Perlantikan

Kemahiran Berpengakap

Mesyuarat Agung

Pertolongan Cemas

Membaca Peta

Pengembaraan

Kawad Kaki

Perkhemahan PerdanaHari Kokurikulum

Pengetua/GuruBesar/ GPK KOKO/Guru Penasihat

Page 11: Prosedur penubuhan persatuan

Contoh Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma,

SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan : Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami : Saujana Utama, Tarikh : 47000 Sungai Buloh,SELANGOR

Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

Tuan,

PERMOHONAN MEMUNGUT DERMA PERGERAKAN PENGAKAP

Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, ..................... berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Pergerakan Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor mulai 1 hb.Januari , 2005.

3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

3.1 Kutipan setiap minggu ialah RM ...........3.2 Kutipan setiap bulan ialah RM 1............3.3 Kutipan setahun ialah RM …………….

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( )Guru Pemimpin Pengakap,SMK Saujana Utama,Saujana Utama,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap

Page 12: Prosedur penubuhan persatuan

Lampiran 11

Contoh Surat Kelulusan Mengutip Derma, Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda

SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : SMKBB/7/P/2005( 15 ) Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(10)42700 Banting, Tarikh : 25 Januari 2005SELANGOR.

Encik Ramli bin Putih,Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR.

Tuan,

KELULUSAN MEMUNGUT DERMA PERGERAKAN PENGAKAP

Merujuk surat tuan SMKBBU/7/P/2003(15) bertarikh 25 Januarri 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai1 hb. Januari 2005.

2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap3. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin

Page 13: Prosedur penubuhan persatuan

Lampiran 12

Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Pengelibatan Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda

SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : Jalan Telekom, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(12) 42700 Banting, Tarikh : 28 Januari 2005SELANGOR.

Encik Putih bin Sulaiman,No. 21, Jalan Jelawat 3,Taman Sri Putra,42700 Banting,SELANGOR.

Tuan,

PENERIMAAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, telah diterima menjadi ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma Pergerakan Pengakap Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun. Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan Januari 2005.

2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap3. Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap

Page 14: Prosedur penubuhan persatuan

Lampiran 13Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Ketidakhadiran Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda

SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(25)42700 Banting, Tarikh : 3 Mac 2005SELANGOR

Encik Putih bin Sulaiman,No. 21, Jalan Jelawat 3,Taman Sri Putra,42700 Banting,SELANGOR.

Tuan,

KETIDAKHADIRAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, seorang ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat telah tidak hadir semasa latihan / perjumpaan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 hingga 11.00 pagi sepertimana tarikh-tarikh berikut:

Tarikh: 10 Januari, 17 Januari, 8 Februari 2005

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk mempastikan bahawa ketiidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap (En. Ramli bin Putih) untuk mendapat makluman selanjutnya.

2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting, SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Guru Pemimpin Pengerakan Pengakap.3. Fail Pengakap