Proses Artistik Laura Chapman

14

description

Pengajarn & Pembelajaran

Transcript of Proses Artistik Laura Chapman

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    1

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    1.0. Pengenalan 2

    2.0. Proses Pengajaran dan Pembelajaran 3

    3.0. Rancangan Pengajaran Harian 4

    4.0. Langkah Pengajaran 5 -6

    5.0. Unsur-Unsur Kreatif dan Ciri-Ciri Skemata Tampak Kanak-Kanak 7

    Dan Perkembangan Artistik.

    6.0. Refleksi Kemahiran Berfikir Kanak-Kanak Dalam Pengajaran dan 8 - 9

    Pembelajaran Kreatif Menggunakan Proses Artistik Laura Chapman.

    7.0. Kepentingan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Dalam 10

    Pendidikan Seni Visual.

    8.0. Kesimpulan. 11

    9.0. Rujukan. 12

    10.0. Lampiran Peta Minda Penghasilan Karya Menggunakan

    Media Kering.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    2

    1.0. Pengenalan

    Pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan kecemerlangan modal

    insan. Keilmuan yang diperolehi adalah hasil dari pengajaran yang diperolehi melalui

    proses pembelajaran. Dapatlah diperkatakan pendidikan adalah suatu proses

    penghasilan produk, merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran, pendidikan

    bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar, kesannya adalah berlaku

    pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara

    berfikir seseorang. Manakala dari aspek sosiologi, pendidikan dilihat satu proses

    sosialisasi, iaitu di mana ahli masyarakat, terutamanya generasi muda diajar dan

    diasuh secara formal ataupun tidak formal untuk menerima pengetahuan,

    kemahiran, norma dan nilai sosial.

    Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam satu ruang masa yang sama.

    Konsep pengajaran dapatlah dikaitkan dengan peranan seorang guru, manakala

    pembelajaran diwakili oleh murid. Pengajaran yang disampaikan adalah proses

    pembentukkan pengetahuan, yang pada kenyataannya sentiasa berubah.

    Pembelajaran terbentuk apabila seseorang itu terlibat dalam penyelesaian masaalah

    dalam memperolehi pengetahuan. Guru perlu merancang untuk pengajaran dengan

    membuat penelitian dan pentafsiran terhadap kurikulum kebangsaan, sukatan

    pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas yang sedang

    berkuatkuasa. Kandungan sukatan pelajaran perlu disesuaikan mengikut tahap

    pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar serta berlaku secara bersepadu.

    Selain daripada itu, pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan serta

    menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap

    pencapaian, potensi dan kemajuan pelajar.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    3

    2.0. Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif.

    Pengajaran adalah cara yang digunakan dalam menyampaikan bahan yang hendak

    diajar. Hasilan daripada pengajaran itu akan berlaku pemahaman dan perubahan

    tingkah laku atau pemerolehan pengetahuan hasil dari pembelajaran yang

    diperolehi. Melalui mata pelajaran pendidikan seni visual, perkembangan kreativiti

    seseorang itu akan dapat dibentuk melalui aktiviti-aktiviti seni yang dijalankan.

    Kreativiti adalah proses yang melibatkan kemahiran berfikir. Dengan itu dalam

    aktiviti seni kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan dapat dibentuk melalui

    proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini perlu dibangunkan dikalangan

    pelajar diperingkat awal persekolahan, agar mereka dapat mengetahui kebolehan

    dan mencetuskan potensi diri mereka yang tersembunyi.

    Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perancangan bagi

    memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif atau matlamat,

    berkesan dalam waktu tempoh pengajaran dan dapat menarik perhatian dan tidak

    membosankan pelajar dalam sesi pembelajarannya. Sebelum melaksanakan

    pengajaran seorang guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.

    Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program

    pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata

    pelajaran yang akan diajar. Perkara ini adalah menjadi keutamaan kerana melalui

    perancangan pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan guru;

    Menentukan objektif pembelajaran supaya guru tidak terpesong dari apa yang

    dirancang.

    Memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.

    Merancang strategi pengajaran yang sesuai isi pelajaran, peringkat, kebolehan

    dan minat pelajar.

    Mengingati urutan bahan pengajaran yang akan disampaikan

    Mengawal bilik darjah dengan baik.

    Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa

    pengajaran.

    Merancang bagaimana enam tunjang KSSR dapat diterapkan dalam langkah

    penyampaian pengajaran atau aktiviti pembelajaran.

    Peka kepada fungsi setiap komponen RPH dan hubungkait antaranya supaya

    terdapat kesinambungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    4

    0.3. Rancangan Pengajaran Harian.

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    DUNIA SENI VISUAL

    TAHUN 4

    Standard

    Pembelajaran

    : 1.1 Persepsi Estetik.

    1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1, 1.1.1.2,

    1.1.1.3, 1.1.1.4.

    1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1, 1.1.2.2

    1.2 Aplikasi Seni. 1.2.1 Media diguna

    1.2.1.1, 1.2.1.2

    1.2.2 Mengetahui mengguna

    media dan

    teknik dalam

    menghasil

    karya (Lukisan)

    1.3 Ekspresi Kreatif.

    Mengaplikasi

    pengetahuan dan

    kefahaman

    1.3.1 , 1.3.2, 1.3.3

    1.4 Apresiasi

    Seni.

    Memberi tumpuan

    bahasa seni visual

    1.4.1, 1.4.2

    Objektif

    Pembelajaran :

    Pada akhir pembelajaran murid dapat; (Rujuk standard kandungan mengikut tajuk).

    1. Mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 2. Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya. 3. Menghasilkan lukisan yang menarik dengan menggunakan bahan yang disediakan. 4. Dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.

    Aktiviti P&P :

    1. Guru menunjukkan contoh lukisan dan bersoal jawab dengan murid. 2. Guru menunjukkan cara menghasilkan lukisan buah epal menggunakan pensel.

    Kemudian menggunakan lukisan pensel warna dan akhir sekali lukisan oil pastel.

    3. Guru menunjuk cara dan membimbing murid. 4. Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru. 5. Murid mempamerkan dan menyatakan hasil karya mereka.

    EMK :

    Kreativiti , Keusahawanan (EK1 EK5) TMK dan nilai murni

    Bahan Bantu

    Mengajar :

    1. Contoh: Gambar hasil lukisan menggunakan pensel, pensel warna dan oil pastel 2. Media: Kertas lukisan, pensel, pensel warna dan oil pastel

    Penilaian P&P :

    Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat lukisan alam semulajadi atau objek

    buatan manusia berdasarkan empat standard kandungan.

    Refleksi :

    Pada akhir pembelajaran 24 murid dapat mencapai objektif yang diterapkan dan 6 murid

    tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran akan datang.

    Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual Masa : 60 minit

    Kelas : 4 Amanah Bil Murid : 30 Pelajar

    Bidang : Menggambar

    Unit 1 Lukisan

    Tema dan

    Tajuk

    : Alam Semulajadi

    Buah Epal

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    5

    0.4 Langkah Pengajaran

    LANGKAH ISI

    KANDUNGAN

    LANGKAH PENGAJARAN CATATAN

    AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

    Set Induksi ( 10 Minit )

    Memahami unsur seni bentuk, garisan, warna dan ruang. Mengenal prinsip rekaan imbangan dan kepelbagaian.

    Guru menunjukkan buah epal dan beberapa contoh lukisan mennggunakan pelbagai media kering Guru mengukur pengetahuan sedia ada murid dengan bersoal jawab tentang lukisan buah epal dalam bahasa seni visual. Guru menyatakan difenisi lukisan

    Murid memberi respon terhadap contoh lukisan yang diberikan Murid menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru

    Unsur seni

    Prinsip rekaan

    Sesi soal jawab antara guru dan murid Memperlihatkan contoh lukisan buah-buahan yang menggunakan media kering

    Langkah 1 Perkembangan

    (20 Minit)

    Mengenal jenis-jenis media, alat dan bahan Mengetahui penggunaan media dan teknik garisan

    Guru memperkenalkan media yang akan digunakan Guru menunjukkan cara melakar menghasilkan lukisan buah epal menggunakan

    Pensel

    Pensel warna

    Oil pastel Teknik penghasilan karya memberi penekanan kepada ruang dan imbangan

    Murid mengambil perhatian dan mencatat (peta minda)

    Memperlihatkan contoh media kering dalam penghasilan karya seni

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    6

    LANGKAH ISI KANDUNGAN LANGKAH PENGAJARAN

    CATATAN AKTIVITI GURU

    AKTIVITI MURID

    Langkah 2 (25 Minit)

    Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam Memilih dan

    memanipulasi bahan secara kreatif

    Menghasilkan karya seni dalam bahasa seni visual

    Mengaplikasi proses dan teknik sesuai dalam penghasilan karya

    Guru menunjukkan cara mewarna lakaran dengan menggunakan ton warna untuk menimbulkan bentuk

    Murid melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru Murid menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan lukisan yang kreatif.

    Menjana idea kreatif contoh lukisan yang dipaparkan

    Penutup (5 Minit)

    Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan Mempamerkan

    karya yang dihasilkan

    Menghargai dan dapat menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

    Guru menilai kefahaman pelajar menggunakan bahasa seni visual menerusi karya dihasilkan. Guru memuji dan memberi penghargaan di atas penghasilan karya murid

    Murid mempamerkan karya masing-masing Murid menceritakan karya sendiri dan juga karya rakan. Dapat menilai karya dalam bahasa seni visual

    Sesi soal jawab

    Guru dan murid

    Sesama murid

    Membuat rumusan dan penilaian

    Refleksi

    Hasilan akhir daripada pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pada akhir pembelajaran 24 murid dapat mencapai objektif yang diterapkan dan 6 murid tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran akan datang. Mendapati murid dapat mengenal persepsi estetik menerusi unsur seni dan prinsip rekaan. Di samping itu juga melalui aplikasi seni murid dapat mengenal jenis media dan teknik dalam proses penghasilan karya seni. Dengan adanya kefahaman murid melalui pembelajaran, murid dapat menzahirkan idea mereka melalui kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui penghasilan karya seni. Kefahaman mereka dapat dilihat juga melalui apresiasi seni melalui karya yang mereka hasilkan melalui penceritaan karya sendiri dan memahami dan dapat menilai karya seni sendiri dan rakan lain.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    7

    5.0. Unsur Kreatif dan Ciri-Ciri Skemata Tampak Kanak-Kanak dan Perkembangan

    Artistik.

    Skemata adalah merujuk kepada perkembangan kemahiran dalam

    penghasilan kerja-kerja seni. Melalui kegiatan seni yang dijalankan kemahiran dan

    kebolehan kanak-kanak akan dapat dilihat, sama ada menacapai tahap kesamaan

    ataupun hampir kesamaan karya dengan keadaan objek sebenar melalui

    pengamatan. Penilaian ini akan dapat dibuat melalui kerja seni tampak kanak-kanak.

    Kegiatan aktiviti seni yang dijalankan akan dapat memperkembangkan kebolehan

    kreativiti yang semulajadi ada dalam diri setiap kanak-kanak. Skemata pengamatan

    tampak kanak-kanak mempunyai beberapa pemeringkatan. Menurut Laura

    Chapman (1978), pemeringkatan skemata terbahagi kepada tiga iaitu; (1).

    Pemeringkatan Manipulatif (awal usia kanak-kanak hingga 5 tahun). (2). Peringkat

    membuat simbol (6 tahun hingga 9 tahun) dan (3). Peringkat Praremaja (10 tahun

    hingga 13 tahun).

    Sehubungan dengan tajuk pengajaran yang dijalankan dalam mata pelajaran

    Dunia Seni Visual Tahun 4. Bidang: Menggambar. Unit 1: Lukisan. Tema: Alam

    Semulajadi dan Tajuk: Buah Epal. Menerusi pembelajaran yang telah dijalankan, kita

    telah dapat melihat bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan dalam melakarkan

    objek-objek melalui pengamatan yang dilakukannya. Berdasarkan kepada kegiatan

    aktiviti seni yang dijalankan iaitu melukis buah epal mereka telah dapat

    mengaplikasikan unsur seni dalam karya seni mereka. Unsur seni yang dapat

    diaplikasikan dalam lukisan, karya mereka dengan menggunakan media kering

    seperti garisan, rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna.

    Kebolehan mereka dalam melakarkan garisan nipis, tebal dan silang pangkah

    telah menghasilkan rupa, jalinan, bentuk dan ton dalam menghasilkan visual sebiji

    buah epal, menggunakan pensel, pensel warna dan oil pastel. Rupa geometri pada

    sebiji buah epal terbentuk apabila garisan luar sesuatu objek terhasil melalui

    pertemuan titik hujung dengan titik mula sesuatu garisan. Begitu juga dengan bentuk

    dan jalinan tampak yang menggambarkan permukaan kulit buah epal, sesuatu yang

    dapat dirasai melalui sentuhan. Kemahiran berfikir secara kreatif dapat dilihat

    apabila pelajar dapat menggunakan kepelbagaian lakaran garisan dalam

    menghasilkan karya. Penggunaan bayang-bayang berhampiran objek menampakkan

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    8

    pengamatan mereka secara terperinci. Melalui pengajaran dan pembelajaran ini,

    modul proses kreatif terarah telah digunakan. Antara ciri proses kreatif terarah

    adalah, menggabungkan konsep pelbagai pemikiran kreatif yang ada sebelum ini.

    6.0. Refleksi Kemahiran Berfikir Kanak-Kanak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Kreatif Menggunakan Proses Artistik Laura Chapman.

    Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan

    suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan

    penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-

    kanak dengan cara yang positif. Proses berfikir akan sentiasa berlaku dalam

    kehidupan manusia. Melalui pengamatan naluri ingin tahu mencetuskan pemikiran

    apakah objek yang kita pandang. Menyoal diri sendiri itu meletakkan diri seseorang

    dalam proses berfikir. Proses berfikir melibatkan tiga interaksi antaranya; (1)

    Pengetahuan merujuk persoalan apa yang anda tahu tentang objek itu. (2)

    Kemahiran menyoal diri sendiri tentang objek itu dan (3) Sikap ataupun nilai

    keinginan untuk mengetahui tentang objek itu. Proses kemahiran berfikir

    membolehkan wujudnya pemikiran kreatif dan pendidikan seni visual adalah ruang

    yang boleh merangsang kemahiran berfikir secara kreatif. Penggiatnya akan dapat

    mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang

    lebih menarik dan ianya dikatakan kreatif.

    Artistik adalah proses penghasilan karya. Menurut Laura Chapman terdapat

    tiga fasa dalam proses artistik iaitu proses Penjanaan Idea (Inception of Idea), proses

    Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) dan proses Kemahiran

    Menggunakan Bahan (Execution in a Medium). Dalam melahirkan individu mahupun

    masyarakat yang kreatif dan inovatif, karya dalam pendidikan seni visual mampu

    memperkembangan pemikiran kreatif tersebut. Seni dapat membimbing dan

    mendidik masyarakat dalam mencintai nilai-nilai keindahan.

    Melalui kegiatan seni yang telah dijalankan, mencapai objektif pengajaran

    adalah menjadi keutamaan proses pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian dan

    persediaan awal beberapa krekteria telah diambil kira, antaranya tahap kebolehan

    pelajar, penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa,

    pemeringkatan isi serta pemilihan sumber. Sepanjang aktiviti kegiatan seni

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    9

    dijalankan pelajar Tahun 4 Amanah dapat melukis objek buah epal dan

    mengaplikasikan unsur seni dalam karya seni mereka. Pengamatan serta

    pengalaman sedia adanya telah menggalakkan perkembangan ideanya. Pengolahan

    unsur seni dapat diaplikasikan seperti garisan, rupa, jalinan, bentuk, ruang dan

    warna, dalam lukisan mereka dengan menggunakan media kering. Selain itu juga

    mereka dapat menggunakan bahan dengan teknik yang sesuai melakarkan garisan

    nipis, tebal dan silang pangkah dalam menghasilkan visual sebiji buah epal,

    menggunakan pensel, pensel warna dan oil pastel.

    Proses pembelajaran yang dilalui juga menampakkan pemerolehan

    pengetahuan dengan perubahan sikap dan tingkah laku. Dimana pelajar dapat

    mengetahui kaedah penghasilan karya seni dengan menggunakan bahan dan teknik

    yang sesuai. Pelajar dapat menamakan unsur seni, prinsip rekaan, media dan

    fungsinya dalam penghasilan karya seni. Sesi pembelajaran dalam bilik darjah telah

    dibahgikan kepada tiga kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili sepuluh orang

    pelajar. Melalui pembelajaran secara berkumpulan ini, memberikan pelajar peluang

    berkongsi pandangan dan mengwujudkan kejasama dalam kumpulan bagi

    membincangkan tajuk pembelajaran yang diberikan dengan melakarkan peta minda.

    Pengalaman sedia ada mereka telah dikongsikan dengan memberikan dan

    menyenaraikan beberapa jenis buah epal, warna, bentuk, saiz dan kelebihan buah

    epal. Pelajar juga diminta membuat nota menggunakan peta minda bagi memberi

    kefahaman dan menggalakan kreativiti pelajar.

    Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan

    pembelajaran, pelajar dapat memahami sesuatu hasil dari pembelajarannya melalui

    penglibatan cara kerja kegiatan seni itu dihasilkan dan juga penglibatan dalam

    perbincangan kumpulan. Perkembangan dari kefahaman pengetahuan yang mereka

    perolehi hasil dari pembelajaran mereka, juga dapat dilihat dan dinilai melalui sesi

    soal jawab yang dijalankan. Pada akhir pembelajaran 24 murid dapat mencapai

    objektif yang diterapkan dan 6 murid tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan

    khas dalam sesi pembelajaran akan datang.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    10

    7.0. Kaitan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dengan ekspresi dan kreativiti

    kanak-kanak dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

    Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan

    kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan

    sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk

    mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil

    melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Perkembangan kemahiran berfikir

    secara kreatif akan menghasilkan idea baru, cara lain dari kebiasaannya dan

    memudahkan cara dalam menerangkan sesuatu perkara. Dengan itu, akan dapat

    menjana kepelbagaian idea dalam membuat sesuatu penyelesaian dalam aktiviti

    kegiatan seni. Kepelbagaian idea yang ada akan membuatkan seseorang itu dapat

    membuat inferens, iaitu kesimpulan awal berdasarkan maklumat daripada

    pemerhatian. Pengetahuan ini boleh digunakan dalam menghubungkaitkan dalam

    mencari corak perhubungan.

    Kreativiti sesebuah masyarakat akan dapat dikembangkan melalui kemahiran

    berfikir secara yang lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu penghasilan

    karya. Kemahiran berfikir ini bukan sahaja dalam menghasilkan karya seni tetapi juga

    dalam kepelbagaian disiplin ilmu yang lain. Melalui pendidikan seni pelajar akan

    dididik ke arah pembinaan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif serta belajar

    menghargai karya seni rakan dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Melalui aktiviti seni yang dijalankan murid-murid akan berpeluang untuk

    memperkembangkan daya persepsi, membuat penilaian estetik dan membuat

    penakulan terhadap alam sekitar dan sosial. Kemhiran berfikir secara kreatif dan

    kritis dalam pendidikan seni visual juga menggalakan penampilan sahsiah yang

    seimbang dan bersistematik serta penuh dengan peneraapan nilai-nilai yang positif,

    yang dapat memajukan diri pelajar, masyarakat dan negara dalam konteks sejagat.

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    11

    8.0. Kesimpulan.

    Kreativiti adalah anugerah yang dimiliki oleh setiap pelajar, namun tidak

    semua orang boleh menjadi individu yang kreatif. Pemikiran kreatif dapat

    dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan pelajar melalui proses pengajaran

    dan pembelajaran. Institusi persekolahan memainkan peranan penting dalam

    membangunkan daya kreativiti murid dalam mencapai objektif pembelajaran

    berkaitan dengan kreativiti dan inovasi. Guru perlu menyediakan aktiviti yang dapat

    meningkatkan minat dan mengalakan pemikiran kreatif pelajar. Pelajar juga perlu

    disediakan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka

    membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif

    mereka. Pendidikan seni dalam masyarakat adalah satu hubungan simbolik untuk

    digabungkan sebagai satu kurikulum integrasi yang dapat menyumbang kebaikan

    dan pembangunan dalam kepelbagaian bidang.

    Guru berperanan penting dalam menyampaikan pengalaman relevan, kreatif

    dan menyeronokan dalam pendidikan seni. Pengajaran dan pembelajaran berlaku

    dalam satu ruang masa yang sama. Konsep pengajaran dapatlah dikaitkan dengan

    peranan seorang guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Melalui

    pengajaran proses pembentukkan pengetahuan akan terbina, manakala melalui

    proses pembelajaran akan terhasil pengetahuan. Pembelajaran terbentuk apabila

    seseorang itu terlibat dalam penyelesaian masaalah dalam memperolehi

    pengetahuan.

    Guru perlu merancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kandungan

    sukatan pelajaran perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan

    kemajuan pelajar serta berlaku secara bersepadu. Oleh itu pendekatan, kaedah dan

    teknik harus dipelbagaikan dengan menggunakan bahan-bahan sokongan yang

    relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan pelajar.

    Kaedah pengajaran yang terbaik ialah bukan mengajar murid apa yang perlu

    difikirkan, sebaliknya dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dalam

    diri mereka. Dengan itu melalui mata pelajaran pendidikan seni visual di sekolah

    rendah, unsur-unsur kreativiti dan proses kreatif pelajar itu akan dapat dibentuk

    melalui galakan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam

  • MSL 3123 KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

    12

    perkembangan artistik dan ekspresi yang dapat diterapkan dalam kegiatan aktiviti

    karya seni.

    9.0. Rujukan.

    1. Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (2002). Bahagian

    Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. Kreativiti dan Inovasi: Elemen Merentas Kurikulum (2012). Bahagian Pembangunan

    Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Nor Tholiha Ali & Zamri Mohd Noor (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

    Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kuala Lumpur.

    4. Buku Panduan Kreativiti. Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran &

    Pembelajaran (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    5. Dasar Industeri Kreatif Negara (DIKN). Kementerian Penerangan Komunikasi dan

    Kebudayaan.

    6. Buku Kemahiran Menaakul (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

  • - Garisan - Rupa - Jalinan - Bentuk - Ruang - Warna

    Pensil

    Oli pastel

    Pensil Warna

    - Mengawal berat badan

    - Mengawal ostoprosis

    - Mengawal kanser - Mengurangkan

    kencing manis - Mengurangkan

    kolestrol - Mengeluarkan

    toksik - Mengaktifkan

    bakteria baik

    - Harmoni - Kepelbagaian - Imbangan - Ritma

    - Garis Silang Pangkah

    - Penjanaan Idea - Pengolahan dan

    Pemurnian - Kemahiran

    Menggunakan Bahan

    LAMPIRAN: PETA MINDA PENGHASILAN KARYA MENGGUNAKAN MEDIA KERING

    Media

    Kering

    Media

    Unsur Seni

    Prinsip

    Rekaan

    Teknik

    Artistik

    Khasiat Epal