Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

5
Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap Ramai yang saya jumpa akan bertanya tentang proses jual beli rumah di Malaysia. Bukan sahaja dari pihak pemilik hartanah, malah dari pihak pembeli juga turut bertanya. Sebagai perunding hartanah yang berdaftar (selepas ini dipanggil ejen hartanah), saya perlu menjelaskan secara terperinci kepada client (penjual/pembeli) tentang proses jual beli rumah supaya kedua-dua pihak jelas dan faham proses tersebut. Ini kerana, menjadi tanggungjawab seorang ejen hartanah bagi memastikan client mendapat maklumat yang jelas dan terperinci agar tidak keliru dalam proses jual beli rumah. Jangan risau, saya bantu anda! Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia : Siapakah Pihak Yang Terlibat ? Untuk menjalankan proses jual beli rumah di malaysia ada beberapa pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Pihak yang terlibat antaranya ialah pihak penjual iaitu pemilik hartanah (dipanggil sebagai vendor), pihak pembeli (dipanggil sebagai purchaser), perunding hartanah (jika dilantik), peguam, pihak bank, jurunilai, pejabat tanah, LHDN dan sebagainya. Setiap pihak memainkan peranan masing-masing, sudah tentu peranan ejen hartanah adalah bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar serta menjaga hak dan kepentingan semua pihak. Walaupun lantikan ejen hartanah tidak wajib tapi hakikatnya ia membantu proses berjalan dengan lancar. 12 Langkah Asas Dalam Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Contohnya ini adalah proses bagi rumah berstatus freehold (pegangan bebas/pegangan selamanya), mempunyai individual title (geran individu), rumah subsale (second hand) dan membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank (masih ada outstanding). Kenapa perlu dinyatakan maklumat di atas? Kerana setiap status yang ada pada hartanah akan melibatkan proses yang berlainan serta mengambil tempoh yang mungkin lebih pendek atau lebih panjang untuk diuruskan. Malah dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dan kos juga turut terkesan.

Transcript of Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

Page 1: Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

Ramai yang saya jumpa akan bertanya tentang proses jual beli rumah di Malaysia. Bukan sahaja dari

pihak pemilik hartanah, malah dari pihak pembeli juga turut bertanya.

Sebagai perunding hartanah yang berdaftar (selepas ini dipanggil ejen hartanah), saya perlu

menjelaskan secara terperinci kepada client (penjual/pembeli) tentang proses jual beli rumah

supaya kedua-dua pihak jelas dan faham proses tersebut.

Ini kerana, menjadi tanggungjawab seorang ejen hartanah bagi memastikan client mendapat

maklumat yang jelas dan terperinci agar tidak keliru dalam proses jual beli rumah.

Jangan risau, saya bantu anda!

Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia : Siapakah Pihak Yang

Terlibat ?

Untuk menjalankan proses jual beli rumah di malaysia ada beberapa pihak yang terlibat sama ada

secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Pihak yang terlibat antaranya ialah pihak penjual iaitu pemilik hartanah (dipanggil sebagai vendor),

pihak pembeli (dipanggil sebagai purchaser), perunding hartanah (jika dilantik), peguam, pihak bank,

jurunilai, pejabat tanah, LHDN dan sebagainya.

Setiap pihak memainkan peranan masing-masing, sudah tentu peranan ejen hartanah adalah bagi

memastikan urusan berjalan dengan lancar serta menjaga hak dan kepentingan semua pihak.

Walaupun lantikan ejen hartanah tidak wajib tapi hakikatnya ia membantu proses berjalan dengan

lancar.

12 Langkah Asas Dalam Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia

Contohnya ini adalah proses bagi rumah berstatus freehold (pegangan bebas/pegangan selamanya),

mempunyai individual title (geran individu), rumah subsale (second hand) dan membuat pinjaman

perumahan dengan pihak bank (masih ada outstanding).

Kenapa perlu dinyatakan maklumat di atas? Kerana setiap status yang ada pada hartanah akan

melibatkan proses yang berlainan serta mengambil tempoh yang mungkin lebih pendek atau lebih

panjang untuk diuruskan. Malah dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dan kos juga turut

terkesan.

Page 2: Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

#1 Penjual melantik ejen hartanah yang bertauliah

Melantik ejen hartanah tidak wajib tapi amat digalakkan bagi memudahkan urusan dan menjaga

kepentingan penjual dan pembeli. Penjual perlu mengisi borang lantikan ejen yang disediakan oleh

pihak agensi hartanah.

Pastikan ejen hartanah tersebut mempunyai nombor pendaftaran seperti REN, PEA dan sebagainya

boleh rujuk dari laman web Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) (klik sini).

Lantikan ejen hartanah ada dua (2) jenis iaitu lantikan exclusive dan lantikan ad-hoc (akan dijelaskan

dalam artikel akan datang)

#2 Serahan dokumen kepada ejen hartanah

Setelah melantik ejen hartanah, penjual perlu sediakan beberapa dokumen penting seperti salinan

geran, salinan SPA (Sale and Purchase Agreement), Hak Milik Strata, Sijil CF, Resit Pembayaran Cukai

Tanah & Taksiran terkini dan Kad Pengenalan.

Boleh ke kalau diserah selepas terdapat pembeli? Ye, boleh. Tapi bagi mempercepatkan proses jual

beli, ejen hartanah perlu periksa dan sahkan status hartanah tersebut. Sudah pasti dokumen

tersebut penting untuk dijadikan panduan kepada ejen hartanah.

Dan yang lebih utama dapat serahkan dengan cepat kepada pembeli untuk permohonan

pembiayaanpinjaman perumahan. Jelas?

#3 Pengiklanan oleh ejen hartanah

Ejen hartanah akan membuat pengiklanan untuk penjualan hartanah tersebut. Pentingnya surat

lantikan yang dipersetujui dan ditandatangani adalah untuk membenarkan pengiklanan rumah

tersebut serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam borang tersebut.

Fasa pengiklanan adalah antara fasa yang agak struggle buat ejen hartanah. Kos percetakan banner

& flyer, iklan melalui online marketing serta duit transport perlu ditanggung oleh ejen hartanah.

Malah sistem filter pembeli turut dipraktikkan agar pembeli yang datang untuk view/inspect rumah

adalah genuine buyer bukan untuk window shopping.

Betapa pentingnya peranan ejen hartanah ye.

Baca: 5 Tips Penting Ketika Viewing Rumah Yang Hendak Dibeli

Page 3: Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

#4 Bayaran booking oleh pembeli

Selepas proses viewing, sekiranya terdapat pembeli yang berminat, pembeli perlu membayar

booking fee. Booking fee akan dibayar kepada Agensi Hartanah (biasanya dalam 3.18% dari harga

jualan hartanah).

Owner jangan risau, kerana booking fee tersebut akan dimasukkan ke dalam client account agensi

hartanah iaitu akaun bukan keuntungan, atau dipanggil dengan istilah hold / transit booking fee

sahaja.

Di sini pentingnya memilih ejen hartanah berdaftar supaya wang tersebut tidak hilang serta selamat.

Booking fee akan dianggap sebahagian dari duit muka (downpayment) pembelian hartanah tersebut.

Nota: Dalam booking form (yang disediakan oleh ejen hartanah) akan dinyatakan bahawa sekiranya

loan buyer tidak lepas, booking tersebut akan dipulangkan semual (refund). Turut dinyatakan

method pembayaran baki deposit serta jenis pinjaman yang dibuat. Ini bagi memastikan semua

pihak jelas dengan prosedur yang dipersetujui.

#5 Pembeli membuat pinjaman perumahan dengan bank

Proses di sini menunjukkan komitmen yang tinggi oleh pembeli. Pembeli perlu sediakan dokumen

yang lengkap bagi memudahkan urusan pihak bank. Antara dokumen yang diperlukan ialah salinan

IC, slip gaji ( 3 atau 6 bulan), laporan CCRIS (dapatkan di Kiosk Bank Negara), salinan SPA (daripada

owner), booking form dan sebagainya (nanti artikel khas berkaitan ini saya akan sediakan).

Serahan dokumen perlu disegerakan agar proses jual beli rumah tidak tergendala. Ini kerana,

kebiasaan tempoh yang diberikan kepada pembeli adalah 14 atau 21 hari hari bekerja (bermula

tarikh pembayaran booking) untuk selesaikan urusan pinjaman serta menandatangani SPA .

#6 Tandatangan Sale and Purchase Agreement (SPA or S&P)

Bagi proses jual beli rumah di Malaysia, pihak pembeli perlu membayar segera baki 6.82% dari harga

jualan hartanah sebagai downpayment kepada pihak penjual. Bayaran tersebut adalah melalui

peguam bagi menyelesaikan caj khidmat peguam. Bagi kes pembayaran melalui akaun 2 EPF, masa

yang diambil lebih kurang dua (2) minggu untuk diuruskan, namun bergantung kepada persetujuan

dari pihak owner untuk menerima urusan tersebut.

Nota: Bayaran baki deposit melalui pengeluaran EPF perlu dimaklumkan kepada owner pada awal

pertemuan iaitu sebelum membayar booking fee.

Page 4: Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

#7 Bayaran khidmat profesional ejen hartanah

Bayaran khidmat profesional ejen hartanah akan dilakukan selepas tandatangan SPA. Tugas ejen

Hartanah selesai disini dan diganti dengan tugas dari peguam. Namun, bagi seorang ejen hartanah

bertauliah, tugasan membantu dalam proses penjualan rumah tetap diteruskan sehingga urusan jual

beli ini selesai.

Mencari Hartanah Di Nilai, Negeri Sembilan. KLIK DI SINI

#8 Tempoh 3 bulan diberikan kepada pihak pembeli untuk

membayar full amount

Tempoh 3 bulan diberikan kepada pihak pembeli untuk membayar full amount baki pinjaman bank

pihak owner (seandainya hartanah penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank).

Bayaran tersebut adalah melalui pinjaman bank yang dimohon oleh pembeli.

Seandainya melebihi tempoh 3 bulan, maka tempoh tambahan sebanyak 1 bulan akan diberikan

namun penalti akan dikira secara harian dalam tempoh ini. Proses detail dalam tempoh 3 bulan

dijelaskan pada proses di bawah.

#9 Pihak bank penjual menerima bayaran dari pihak bank pembeli

Dalam tempoh tigas (3) bulan ini juga, peguam yang uruskan pinjaman pembelian rumah bagi

penjual akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam bagi pihak pembeli.

Pihak bank pembeli akan menjelaskan dahulu baki pinjaman penjual (Discharge of charge) melalui

pembayaran kepada bank (yang dibuat pinjaman oleh penjual). Fasa ini dikenali sebagai 1st

disbursement.

#10 Pihak peguam menyelesaikan / mendaftar pemindahan nama

geran di pejabat tanah

Bank pembeli seterusnya akan membuat pembayaran kedua bagi menyelesaikan baki bayaran

kepada pemilik. Kebanyakkan bank akan memastikan hakmilik telah bertukar antara penjual dan

pembeli sebelum bank menjelaskan wang baki tersebut.

Fasa ini dikenali sebagai 2nd Disbursement. Baki yang diterima adalah Balance Purchase Price (BPP)

iaitu bermaksud jumlah outstanding (baki pinjaman) ditolak dengan 10% dari deposit pembelian

rumah oleh pembeli.

Page 5: Proses jual beli rumah di malaysia lengkap

#11 Pihak penjual perlu menyerahkan kunci

Pihak penjual akan menyerahkan kunci ‘hand over key’ (status vacant possession) setelah menerima

wang baki penjualan rumah dari pihak pembeli. Simbolik pertukaran antara cek dengan kunci rumah.

#12 Pembeli akan menerima kunci rumah

Setelah pembeli menerima kunci rumah, urusan selesai.

___________________________________

Nota: Sila maklum bahawa penjualan hartanah dibawah tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian,

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT) akan

dikenakan kepada penjual. Peratus yang dikenakan adalah berubah setiap tahun bergantung

kepadan Pembentangan Bajet oleh kerajaan.

Nota: Bagi kes pinjaman perumahan kerajaan, tandatangan SPA dilakukan terlebih dahulu sebelum

permohonan pinjaman dilakukan

Nota: Penjual perlu pastikan hartanah yang hendak dijual adalah bebas dari kaveat. Pastikan

dokumen penting seperti geran dan SPA adalah dan lengkap.

Adakah anda jelas dengan penerangan ini? Untuk bacaan lebih lanjut klik link ini Proses Jual

Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

Sebarang persoalan berkaitan proses jual beli rumah boleh diutarakan kepada saya melalui

whatsapp, call, sms 013-3440625 atau emel ke [email protected]

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah

Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)

: HP: 013 344 0625 (whatsapp/call/SMS)

: EMEL: [email protected]

: WEB: www.hartanahwow.com

: FB: Hartanah Wow