Proses kejadian manusia

4
Penghayatan Islam (ISL 1012) Bab 4 Ensiklopedik Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu : PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “ Sperma Sperma menembusi ovum Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. PERINGKAT KEDUA : ‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam ©kpmsi/isl1012/jan-jun12

description

bab 4 : Ensiklopedik

Transcript of Proses kejadian manusia

Page 1: Proses kejadian manusia

Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu

pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana

firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang

bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana

itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit

yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.

Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti

percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah

sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air

mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,

tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah

lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan

akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari

ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di

©kpmsi/isl1012/jan-jun12

Page 2: Proses kejadian manusia

Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik

dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini

mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda

yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa

maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat

pacat atau lintah

suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di

dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.

Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj

ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-

anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang

tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung

bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir

dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang

secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh

ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.

Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami

membalutkan Izam dengan daging”

©kpmsi/isl1012/jan-jun12

Page 3: Proses kejadian manusia

Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik

Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada

tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.

Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung

dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar,

hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih

sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan

mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan

lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan ,

beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi

sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah

terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan

keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi

dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi

sahaja.

©kpmsi/isl1012/jan-jun12

Page 4: Proses kejadian manusia

Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik

Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan

bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya

sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas

terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka

telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan

mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun

mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana

yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti

roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian

insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses

kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-

mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui

asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri

dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Rujukan : http://lailizah.tripod.com/

©kpmsi/isl1012/jan-jun12