Proses Perlaksanaan Pemulihan

4

Click here to load reader

description

sada

Transcript of Proses Perlaksanaan Pemulihan

Proses Pelaksanaan PemulihanCarta Alir Proses Program Pemulihan

Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untukditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan bolehdilakukan oleh :

1.Guru KelasGuru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkanpencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerjamurid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

2. Guru Mata PelajaranGuru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkanmurid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkankepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasaikemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelaspemulihan.

3. Guru BesarGuru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kadlaporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

4. Ibu bapa / penjagaIbu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikutiprogram pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anakmereka.

Proses Pengumpulan Maklumat(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihanmemahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihanmembuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atautidak.(b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspekpenting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yangmungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam matapelajaran-mata pelajaran asas.(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :- (i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan murid.(e) Borang Rujukan mengandungi:- (i) kemahiran asas membaca dan menulis (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah

Proses Saringan

(a) Fungsi: Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadapkekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas olehmurid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program PemulihanKhas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukanbantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuanuntuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihankhas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yangtelah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itusenarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalamJadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akandilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akandirekodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkanbeberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi olehmurid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.(b) Instrumen Ujian Saringan: (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia (ii) (Arithmatics Screening Test)- MathematicsProses Diagnosis

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program PendidikanPemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khasmengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiapmurid.

(a) Fungsi:Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu gurupemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yangdihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentukobjektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilaiperingkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialamiketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasaisesuatu kemahiran.

(b) Instrumen Ujian DiagnostikSebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, GuruPemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan ProgramPemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan PendidikanKhas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untukmengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang sertamembina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteriayang dikehendaki.

Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberiinterpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusananalisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatanseseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerahkesukaran yang dihadapi.Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satuprogram pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satukumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahanujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerahkelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantuguru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran danpembelajaran.

Tindakan Susulan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akanmenjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuandan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru matapelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lainbagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula kekelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelasbiasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap muridtersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru matapelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Merekamesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar merekadapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan matapelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telahdipulihkan.

Kesimpulan

Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting kearah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategipelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untukmelaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itustrategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesanterhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca danmengira.