BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Sebelum perlaksanaan projek alat penabur baja butir ini...

32
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Baja berfungsi sebagai makanan kepada tumbuhan kerana ia membekalkan unsur- unsur penting untuk pertumbuhan. Baja merupakan antara faktor penting dalam tumbuhan untuk meningkatkan tahap kesuburan tumbuhan. Proses pembajaan bergantung kepada jenis baja dan jenis peralatan yang digunakan. Oleh itu, terdapat banyak jenis baja yang bertujuan memberi tumbuhan nutrien yang sesuai. Jumlah peratus nitrogen, fosforus dan kalium yang terkandung di dalam produk dilabel pada bungkusan baja. Label ini juga menunjukkan berat nutrien bagi setiap 100 g produk. Oleh itu, adalah penting jumlah baja yang bersesuaian diberikan kepada tumbuhan yang sedang tumbuh. Kelebihan utama baja butir ialah ia dapat bertindak sebagai kapsul masa yang membolehkan nutrien mengalir keluar dari masa ke masa dan bukannya dengan membanjiri tumbuh-tumbuhan dengan nutrien seperti baja cecair. Walau bagaimanapun, baja juga boleh hilang atau larut lesap apabila hujan lebat atau dalam keadaan saliran yang kurang memuaskan dan tumbuh-tumbuhan mungkin tidak akan mendapat manfaat baja sepenuhnya. Baja butir juga boleh menjadi sukar untuk diuruskan kerana ia perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelak kerosakan kepada tumbuh-tumbuhan. Pada masa kini, kelestarian alam sekitar menjadi kebimbangan utama penyelidikan pertanian di negara membangun termasuk Malaysia. Pelaksanaan teknologi dalam bidang pertanian bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi, tetapi juga sebagai kewajipan moral untuk meninggalkan persekitaran yang bersih. Cara pembajaan tradisional melibatkan tenaga buruh yang banyak dan baja perlu diletakkan di dalam baldiuntuk memudahkan proses membawanya dan kemudian akan ditabur

Transcript of BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Sebelum perlaksanaan projek alat penabur baja butir ini...

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Baja berfungsi sebagai makanan kepada tumbuhan kerana ia membekalkan unsur-

unsur penting untuk pertumbuhan. Baja merupakan antara faktor penting dalam tumbuhan

untuk meningkatkan tahap kesuburan tumbuhan. Proses pembajaan bergantung kepada jenis

baja dan jenis peralatan yang digunakan. Oleh itu, terdapat banyak jenis baja yang bertujuan

memberi tumbuhan nutrien yang sesuai. Jumlah peratus nitrogen, fosforus dan kalium yang

terkandung di dalam produk dilabel pada bungkusan baja. Label ini juga menunjukkan berat

nutrien bagi setiap 100 g produk. Oleh itu, adalah penting jumlah baja yang bersesuaian

diberikan kepada tumbuhan yang sedang tumbuh.

Kelebihan utama baja butir ialah ia dapat bertindak sebagai kapsul masa yang

membolehkan nutrien mengalir keluar dari masa ke masa dan bukannya dengan membanjiri

tumbuh-tumbuhan dengan nutrien seperti baja cecair. Walau bagaimanapun, baja juga boleh

hilang atau larut lesap apabila hujan lebat atau dalam keadaan saliran yang kurang

memuaskan dan tumbuh-tumbuhan mungkin tidak akan mendapat manfaat baja sepenuhnya.

Baja butir juga boleh menjadi sukar untuk diuruskan kerana ia perlu digunakan dengan

berhati-hati untuk mengelak kerosakan kepada tumbuh-tumbuhan. Pada masa kini, kelestarian

alam sekitar menjadi kebimbangan utama penyelidikan pertanian di negara membangun

termasuk Malaysia. Pelaksanaan teknologi dalam bidang pertanian bukan sahaja untuk

kepentingan ekonomi, tetapi juga sebagai kewajipan moral untuk meninggalkan persekitaran

yang bersih. Cara pembajaan tradisional melibatkan tenaga buruh yang banyak dan baja perlu

diletakkan di dalam baldiuntuk memudahkan proses membawanya dan kemudian akan ditabur

di atas tanah dengan tangan. Kaedah ini memerlukan petani bersentuhan dengan baja kimia

secara terus. Malangnya, tidak ramai di kalangan petani yang menggunakan sarung tangan

semasa proses pembajaan sebagai langkah-langkah keselamatan. Selain itu, petani merasa

rimas apabila memakai sarung tangan ketika melakukan proses pembajaan. Keadaan ini boleh

memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan untuk jangka masa yang panjang.

Kaedah tradisional juga memerlukan pengendali ketika pembajaan. Pengendali perlu

membongkok untuk menabur baja ke dalam poli beg dan akan mengakibatkan sakit belakang.

Kekerapan membongkok untuk pengendali akan mengakibatkan sakit belakang. Proses

pembajaan juga memerlukan masa yang mencukupi untuk membaja ke semua tanaman dalam

masa yang singkat. Kebiasaannya pengendali baja butir memerlukan banyak masa untuk

mengisi baja didalam baldi untuk menabur baja ke setiap tanaman dan perlu melakukan secara

berulang kali kerana baldi tidak dapat mengangkut kesemua baja untuk ke semua tanaman.

Bentuk muka bumi malaysia yang berbukit juga akan meletihkan pengendali baja dengan

cepat kerana Malaysia mempunyai sistem tanaman di kawasan lereng bukit.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan projek ini kami telah menetapkan beberapa objektif utama untuk

dicapai.Ini bertujuan supaya projek kami mengikut kriteria yang dikehendaki. Antara

objektif yang di kaji adalah seperti berikut :

i. Mereka satu bentuk alat yang dapat menyelesaikan masalah pembajaan.

ii. Membina satu alat yang dapat memudahkan kaedah pembajaan.

iii. Mengukur keberkesanan alat baja butir bergalas di nurseri.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sebelum perlaksanaan projek alat penabur baja butir ini dilakukan, proses

mengenal pasti masalah dilakukan terlebih dahulu. Ini bertujuan bagi memastikan segala

masalah yang timbul akan diselesaikan sebelum siapnya projek ini. Rekabentuk adalah

bertujuan untuk meyelesaikan sesuatu masalah yang terdapat pada produk atau

memberi imej baru kepadanya. Rekabentuk akan terhasil dari masalah yang dikenal

pasti. Hal ini bertujuan untuk mencari kriteria yang diperlukan pada projek untuk

menyelesaikan masalah yang timbul. Antara pernyataan masalah yang akan nyatakan ialah:

i. Cara pembajaan tradisional melibatkan tenaga buruh yang banyak dan baja perlu

diletakkan di dalam baldi untuk memudahkan proses membawanya dan kemudian

akan ditabur di atas tanah dengan tangan.

ii. Kaedah ini memerlukan petani bersentuhan dengan baja kimia secara terus.

Malangnya, tidak ramai di kalangan petani yang menggunakan sarung tangan semasa

proses pembajaansebagai langkah keselamatan.

iii. Masa yang singkat menghadkan proses pembajaan. Ini kerana, mereka perlu berulang-

alik untuk mengisi baja yang telah habis digunakan di dalam baldi.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian atau had projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap

perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan

projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu, projek Alat

Penabur Baja Butir ini mestilah tidak melebihi matlamat dan fungsinya. Antaranya:

i. Berat baja yang boleh ditampung dalam lingkungan 8-10 kg

ii. Sesuai untuk pembajaan dikawasan nurseri

iii. Dikendalikan oleh seorang pengendali

BAB 2

KAJIAN LITERASI

2.1 PENGENALAN

Baja merupakan makanan kepada tumbuhan.Kaedah pembajaan secara tradisional

dengan menabur dan menyukarkan untuk membaja di kawasan yang luas. Penggunaan baja

amat penting untuk meningkatkan tahap kesuburan tumbuhan. Penggunaan baja yang kerap

pada tumbuhan memerlukan kaedah yang lebih efisien untuk memudahkan ketika melakukan

pembajaan. Penggunaan baja di kawasan nuseri juga memerlukan kaedah yang efisien untuk

memudahkan untuk membaja. Masalah yang dihadapi ketika membaja ialah masalah untuk

membaja bagi setiapsatu pokok dengan menggunakan sukatan supaya kadar baja yang

diperlukan untuk pokok memerlukan kadar yang sesuai bagi mengelakkan pokok mati akibat

berlebihan baja. Selain itu, dengan mengunakan alat ini kaedah pembajaan lebih mudah

berbanding kaedah tradisional.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

2.2.1 Pembajaan

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok

yang di baja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya.

Pembajaan bertujuan memberikan garam yang sesuai serta memulihkan

kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya.

Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan

daun menjadi kuning serta menghasilkan bunga yang tidak sihat. Oleh itu, baja boleh

ditakrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk

membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan

melengkapkan edaran hidupnya. Unsur- unsur ini boleh di ketegorikan kepada tiga ketegori.

Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari air, udara dan

tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara. Manakala

unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organik dalam

tanah.

2.3 KAEDAH PEMBAJAAN

Pembajaan merupakan keperluan untuk meningkatkan nutrien pada tumbuhan. Baja

juga memberikan kepentingan dan memberikan pengeluaran hasil daripada baja. Kaedah

pembajaan memerlukan kaedah yang betul supaya kadar baja pada tumbuhan mencukupi.

Terdapat beberapa kaedah pembajaan yang digunakan untuk membaja. Seperti jadual 2.1

menunjukkan kaedah untuk membaja.

Jadual 2.1 Menunjukkan Kaedah Membaja

Kaedah

Penerangan

Taburan

Baja di tabur sama rata ke atas tanah dan perlu gaul dengan

tanah agar sebati dan tidak terdedah di permukaan tanah.

Selalu digunakan untuk tanaman jenis sayuran.

Jalur dan jajar (Band

/ row placement)

Baja di bubuh ke dalam tanah yang biasanya di sebelah

dan di bawah biji benih. Tetapi perlu berhati-hati semasa

membaja agar baja yang dibubuh tidak terlalu hampir

dengan biji benih. Cara ini digunakan pada tanaman yang

berbaris.

Baja permukaan

Baja di tabur semasa tanaman sedang membesar.Cara ini

juga di buat untuk tanaman berbaris,tanaman junjung dan

pokok-pokok.

Kaedah Pembajaan

berpoket

Diletakkan secara bertompok-tompok iaitu di lubang-

lubang dan kemudian ditimbus.Cara ini sering digunakan

untuk membaja pokokdengan cara meletakkan baja pada

lubang-lubang yang dikorek terlebih dahulu di keliling

pokok.

Penyemburan daun

Memberikan unsur pemakanan mikro kepada tanaman

dengan cara menyembur unsur makanan tersebut kepada

daun-daun.Sembur pada daun dan batang sehingga basah.

2.4 NURSERI

Nurseri adalah tempat di mana tumbuh-tumbuhan yang dibiakkan dan berkembang

kepada saiz yang boleh digunakan. Ia termasuk nurseri secara runcit yang menjual kepada

orang ramai, nuseri secara borong yang menjual hanya kepada perniagaan seperti nurseri lain

dan kepada tukang kebun komersial, dan nurseri swasta yang membekalkan keperluan

institusi atau estet swasta. Beberapa nurseri runcit dan borong menjual melalui pos.Nurseri

boleh membekalkan tumbuh-tumbuhan untuk taman-taman, pertanian, perhutanan dan

pemuliharaan biologi.

Sesetengah tapak semaian mengkhususan dalam satu fasa proses pembiakan,

berkembang, atau jualan runcit atau dalam satu jenis tumbuhan. Contohgroundcovers,

tumbuh-tumbuhan naungan atautumbuh-tumbuhan taman batu. Sesetengah menghasilkan stok

pukal, sama ada benih atau dicantumkan jenis tertentu untuk tujuan seperti pokok-pokok

buah-buahan untuk kebun, atau pokok-pokok kayu untuk perhutanan. Sesetengah

menghasilkan stok musim, siap pada musim bunga untuk dieksport ke kawasan sejuk di mana

pembiakan tidak boleh dimulakan begitu awal atau kawasan di mana perosak bermusim

mencegah menguntungkan berkembang pada awal musim.

Rajah 2.1 Nurseri Tanaman Hiasan

2.4.1 JENIS-JENIS NURSERI

a. Persemaian sementara

Jenis persemaian sementara biasanya berukuran kecil. Persemaian sementara ini

biasanya jangka masa lama hanya 5 tahun.

Kelebihan

i. Kos pengangkutan lebih murah.

ii. Kesuburan tanah tidak memberi masalah kerana pensemaian selalu berpindah tempat.

iii. Tenaga kerja sedikit

Kekurangan

i. Lokasi yang sukar sukar untuk melakukan pengawasan.

ii. Kekurangan tenaga kerja yang terlatih

Rajah 2.2 Persemaian Sementara

b. Nurseri tetap

Jenis persemaian ini biasanya berukuran (luasnya) besar dan lokasinya menetap di

suatu tempat, untuk penanaman yang luas.

Kelebihan

i. Kesuburan tanah dapat dipelihara.

ii. Pengawasan dan pemeliharaan lebih efisien.

iii. Pengurusan pekerja dengan lebih teratur.

iv. Produktiviti semaian lebih berkualiti dan pertumbuhan lebih seragam.

Kekurangan

i. Kos pengangkutan lebih mahal berbanding dengan jenis semaian sementara.

c. Black Shaded Nursery

Black Shaded Nursery ialah tumbuhan yang disemai di lindungi oleh Black

Shadedkerana tumbuhan yang disemai perlu dilindungi cahaya matahari untuk mengelakkan

berlaku kerosakan pada daun. Contoh jenis tanaman yang di tanam jenis sayuran. Tanaman

jenis sayuran ini perlu perlindungan daripada cahaya matahari.

Rajah 2.3Black Shaded Nursery

d. Open Nursery

Open Nusery ialah nuseri yang meletakkan tumbuhan pada kawasan terbuka. Tanaman

yang di semai pada kawasan terbuka memerlukan proses fotosintesis yang secukupnya.

Keadaan tanaman pada nuseri pada keadaan terbuka memerlukan kawasan yang tidak

dilindungi daripada cahaya matahari.

Rajah 2.4 Open Nusery

e. Permanant Nursery

Permanant Nursery ialah tapak semaian yang dibekalkan untuk membekalkan

tumbuhan nurseri untuk jangka masa yang lama secara kekal. Tujuan ialah untuk memenuhi

keperluan satu atau lebih julat.

Ciri – ciri

i. Kos untuk membina adalah tinggi. Untuk tujuan jangka panjang kos lebih murah.

ii. Tenaga kerja diperlukan besar. Memerlukan alat bantuan unutk melakukan kerja

iii. Digunakan unutk kerja – kerja penanaman semula hutan berskala besar.

iv. Pembajaan dilakukan secara berterusan.

Kelebihan

i. Jenis penanaman seperti keratan akar, lapisan tunas, benih polypot.

ii. Tempoh hayat perkhidmatan yang panjang dan kos pengeluaran berpatutan.

iii. Kos penyeliaan adalah rendah dan boleh dengan mudah diawasi.

iv. Pengangkutan mudah stok nurseri kerana berdekatan dengan jalan raya.

Kelemahan

i. Pengangkutan benih adalah sukar dan mahal.

ii. Kos penubuhan tinggi.

iii. Pembajaan perlu dilakukan dengan mengikut berkala.

iv. Memerlukan tenaga kerja yang besar.

Rajah 2.5 Parmenant Nursery

f. Nurseri runcit

Nurseri ini adalah tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan yang

diusahakan secara kecil-kecilan.Selain anak pokok, nursery ini juga menjual bahan-bahan lain

seperti pasu, baja, racun rumpai dan perosak.Anak pokok buah-buahan juga ada dijual di sini.

g. Nurseri borong

Nurseri borong mengusahakan, menyemai dan memasarkan bahan tanaman hiasan

dalam kuantiti yang besar. Nurseri borong memasarkan tanaman hiasan secara pukal kepada

nursery runcit dan kepada kontraktor landskap

h. Nurseri landskap

Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri. Ia mendapat

bekalan daripada nursery borong dan nursery runcit.Nurseri ini lebih memberi perkhidmatan

seperti menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja perlandskapan dan kerja-kerja

penyenggaraan kawasan landskap.

Rajah 2.6 Nuseri Landskap

2.5 JENIS – JENIS TANAMAN HIASAN

Pokok hiasan mempunyai pelbagai jenis rupa dan sifat yang berlainan. Berasaskan

kelainan ini boleh dikelompokan kepada beberapa jenis :

a. Pokok Palma

i. Pokok palma adalah pokok dari family palmae.

ii. Biasanya mempunyai satu batang yang diakhiri oleh sejambak daun.

iii. Contohnya Pinang raja (cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (cocos

nucifera). Contohnya jenis palma.

b. Pokok Teduhan

i. Pokok teduhan adalah pokok yang ditanam untuk dijadikan tempat teduhan.

ii. Ditanam di pinggir jalan atau di kawasan taman untuk berehat.

iii. Pokok – pokok ini boleh dibiakan melalui biji benih, keratan batang atau cantuman.

iv. Contohnya pokok tembusu (Fragrea fragrans ) dan pokok tulang dang (Milletia

atropurpurea) Pokok Tembesu.

c. Pokok Renek

Pokok yang mempunyai banyak batang tumbuh dari pangkal hingga keatas.

Mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. Pokok Renek dibahagian kepada 3

jenis.

i. Pokok renek berdaun

ii. Pokok renek berbunga

iii. Pokok pagaran

d. Pokok Renek Berdaun

i. Biasanya tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang

cantik.

ii. Contohnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida) dan pokok puding

(Codiaeum sp) .

e. Pokok Renek berbunga

i. Biasanya mempunyai bunga – bunga yang berwarna menarik atau berbau

harum.

ii. Boleh ditanam secara tunggal berkelompok.

iii. Contohnya bunga raya (Habiscus rose sinensis) dan pokok bunga kertas

(Bougainvillea sp).

f. Pokok Pagaran

i. Pokok renek yang ditanam rapat – rapat di dalam barisan.

ii. Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai

penghias.

iii. Pertumbuhan daun dan rantingnya rapat dan membentuk seperti pagar.

iv. Pokok pagaran boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau

boleh dipangkas mengikut bentuk topian.

v. Boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang atau cantuman.

2.6 JENIS-JENIS BAJA:

Baja merupakan unsur yang penting kepada tumbuhan–tumbuhan untuk menggalakkan

pertumbuhan. Baja diletakkan pada pangkal tumbuhan dan akar tumbuhan. Kaedah

penyemburan juga dilakukan pada daun-daun tumbuhan. Baja juga terbahagi kepada dua

bahagian baja asli dan baja kimia. Terdapat beberapa jenis – jenis baja ialah ;

i. Baja kimia kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan,

mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.

ii. Baja tak organik juga dikenali sebagai baja tiruan atau sintetik. Baja tak organik tidak

perlu satu masa yang tertentu terurai atau menguraisebelum penggunaan kerana ini

mengandungi nutrien bahawa boleh menyerap dengan sedia oleh tumbuh-tumbuhan.

iii. Baja kimia terbahagi kepada 3 jenis iaitu baja tunggal /terus(single dressing

fertilizer), baja campuran / (compound fertilizer) dan baja sebatian.

2.5.1 Baja Tunggal / terus (single dressing fertilizer)

Baja tunggal ialah baja yang mampu membekalkan 1 elemen unsur pemakanan. Baja

kimia jenis butiran ini boleh digunakan secara terus kepada tanaman seperti Urea (N), TSP-

Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2)

Jadual 2.1: kelebihan dan kelemahan baja tunggal

Kelebihan Kelemahan

Harga murah berbanding baja butir biasa Mudah hilang resap air

Boleh berikan nutrien khas ikut keperluan

pokok

Perlukan tenaga yang lebih untuk membaja

Kandungan nutrien tinggi Perlukan khidmat nasihat yang pakar

Biasanya baja tunggal digunakan oleh ladang-ladang besar sahaja.Pemilik kebun pula

sukar menggunakan baja tunggal.Ini kerana perlu mencampur pelbagai jenis baja untuk

mengaplikasinya.

2.5.2 Baja Campuran (Compound Fertilizer)

i. Baja yang dicampur secara fizikal untuk membekalkan 2 unsur makanan dan telah

diproses lengkap dengan pelbagai unsur.

ii. Baja campuran dibuat dengan mencampurkan beberapa jenis baja tunggal

secarafizikal.

iii. Baja sebatian dibuat menggunakan bahan-bahan baja bes, seperti NH3, fosfat

ammonium, urea, S , dan garam-garam K.

Rajah 2.7 Bahan Baja Campuran

2.5.3 Baja Sebatian

i. Baja yang dicampur secara kimia(kandungannya sebati secara kimia)

ii. Untuk membekalkan baja yang seimbang mengikut keperluan setiap pokok, baja

tunggal dan baja sebatian mempunyai kelebihan berbanding baja campuran kerana

baja campuran akan mengalami segregasi atau pengasingan

unsur kerana setiap jenis baja yang dicampurkan berbeza dari segi saiz, bentuk dan

ketumpatan.

2.5.4 Baja Urea

Baja urea adalah sejenis baja sebatian organik berasaskan nitrogen yang sangat penting

di dalam bidang tanaman dan ternakan. Baja urea juga dikenali dengan nama ‘carbamide’ dan

ianya merupakan baja mengandungi 46% N fungsinya menyerupai baja kompos dalam tanah.

Baja urea jenis berbutir dan berwarna putih serta berkristal apabila dikeluarkan daripada

dalam karung. Penghasilan baja urea kini dikomersialkan dengan cara sintetik dan berskala

besar-besaran dengan proses daripada bahan berasaskan petrolium iaitu Amonia dengan

karbon dioksida. Pengeluaran baja urea moden kini dibuat secara besar-besaran dengan

menghidrasi bahan kimia amonia carbamate dengan menggunakan tekanan dan suhu pada

ketinggian khusus. Kebanyakan bakteria dalam tanah menghasilkan enzim urease iaitu

memproses baja urea daripada bahan pereputan atau baja urea kepada amonia dan karbon

dioksida.

Rajah 2.8 Baja Urea

2.5.5 Baja NPK Hijau

Baja NPK hijau adalah baja sebatian kimia yang sering digunakan oleh pekebun dalam

pertanian. NPK hijau ini sesuai sebagai baja awal penanam tanaman dan untuk sayuran. Baja

ini tergolong dalam kategori baja kimia. Baja ini sangat sesuai digunakan untuk penanaman

sayur-sayuran. Baja ini boleh digunakan untuk penanaman dalam pasu. Batang pokok akan

melecur jika baja pokok terlalu dekat dengan batang pokok. Baja harus digunakan mengikut

jumlah yang ditetapkan. Jika penggunaan berlebihan medium tanah menjadi masin.

Seterusnya, tahap kesuburan pokok bertukar menjadi layu atau menyebabkan pokok menjadi

mati.

Rajah 2.9 Baja NPK Hijau

2.5.6 Jenis – Jenis Baja Organik

Baja organik diperbuat daripada tumbuhan yang ada dijual dipasaran. Baja berasaskan

tumbuhan adalah antara baja yang cepat terurai di dalam tanah berbanding baja – baja organik

yang lain. Sebagai contoh baja organik diperbuat daripada bahan material dari binatang,

tumbuhan atau mineral semulajadi. Untuk mendapatkan sumber organik yang berkualiti dan

berkesan pilih baja organik yang cukup pengomposan secara semula jadi. Baja organik juga

boleh diketegorikan kepada baja fellet , serbuk dan juga cecair. Baja organik tidak seperti baja

kimia di mana kesannya cepat bertindak kepada akar. Baja organik yang ditabur di batas atau

sekeliling pokok sesuatu tanaman memerlukan beberapa jenis mikroorganisma untuk

mengurainya sebelum disedut kepada akar. Tanaman mestilah menggunakan medium tanah

yang berkeadaan lembab untuk membolehkan miroorganisma tersebut melakukan proses

pengguraian.

a. Baja Organik Kompos

Kompos ialah baja yang diperbuat daripada tumbuhan seperti daun kering , rumput,

rumpai, sisa makanan dapur dan sebagainya yang dikumpul dan dikomposkan mengikut

tempoh-tempoh tertentu. Kompos yang ditabur pada batas berfungsi sebagai pembekal nutrisi,

medium menjadi subur, saliran udara dan air dalam medium baik. Kompos yang dicampurkan

dengan beberapa bahan lain bagi mendapatkan hasil medium yang berkualiti cukup zat nutrisi

dan bersaliran baik. Contohnya, semaian benih tanaman boleh menggunakan kompos sebagai

medium semaian, masukkan kompos ke dalam bekas semaian dan semai benih sayuran.

Penanaman sayuran di atas batas, kompos adalah asas utama yang perlu ditabur di atas batas.

Kadar penggunaan kompos ditabur di atas batas 5 inci atas permukaan barulah digaul sebati

supaya dapat memberikan pengudaraan dan saliran baik kepada tanah.

b. Pemgomposan secara semula jadi

Kaedah ini adalah kaedah tradisional di mana membiarkan longgokan bahan asas

tumbuhan tersebut diurai oleh mikroorganisma-mikroorganisma secara semula jadi di

sekitarnya. Hanya menutup bahan kompos tersebut dengan disiram sedikit air. Cara kompos

adalah lazim dibuat oleh pekebun untuk mendapatkan hasil kompos yang berkualiti, baik dan

bermanfaat.

c. Pengomposan bokashi

Kaedah ini adalah cata yang diamalkan di jepun dahulu di mana tumbuhan yang ingin

dikomposkan dilonggokkan di satu tempat dengan disembur serum EMI (EMI Microbial

Organism). Semburan serum EMI yang mengandungi bakteria baik tersebut akan bertindak

menguraikan bahan asas tumbuhan tersebut secara cepat dan pantas.

d. Pengomposan vermikompos

Kaedah pengomposan bahan tumbuhan dengan menggunakan cacing tanah sebagai

bahan bantu pengurai. Caranya tumbuhan dimasukkan ke dalam satu bekas yang selamat yang

telah diisi sedikit pasir atau tanah lalu dimasukkan ke dalam satu bekas yang selamat yang

telah diisi sedikit pasir atau tanah lalu dimasukkan sejumlah cacing tanah untuk proses

pengguraian atau pengomposan bahan tumbuhan tersebut. Kompos yang berkualiti dan

kandungan nutrisi yang banyak.

e. Baja Organik Alfalfa (Alfalfa meal)

Baja organik alfalfa adalah diperbuat dari tumbuhan alfalfa yang tumbuh meliar di

negara-negara tertentu. Pengomposan bijinya inilah yang digunakan sebagai baja pada

tanaman. Baik untuk saliran udara dan air dalam tanah selain dari membekalkan nutrisi

kepada tanaman. Baja ini sangat berkesan untuk memperbanyakkan bunga dan buah pada

sayuran dan bunga-bungaan. Namun baja organik alfalfa bersifat alkali dan tidak sesuai

ditambah ke tanah untuk pokok yang tumbuh sesuai pada tanah berasid. Cara penggunaan,

tabur 1 sudu besar dipermukaan pasu sayuran atau pokok bunga.

f. Molasses / gula molussa

Gula molussa diperbuat daripada gula tebu, ubi beet atau anggur. Molussa sangat baik

untuk tanah. Berfungsi untuk makanan kepada mikrobial dalam tanah untuk membebaskan

nutrisi yang diperlukan oleh tumbuhan. Molussa kaya dengan kalsium, magnesium-besi dan

potosium. Mengandungi sulfur campurkan molussa 2 tutup botol ke dalam 1 gallon baja

cecair organik.

g. Kelp Meal

Sejenis baja organik yang diperbuat daripada alga marin lautan. Baja ini dicampurkan

bahan ikan dan alga marin untuk kebaikan tanaman dari segi pembugaan dan pembuahan

yang baik dan berkualiti. Kaya dengan nitrogen, posforus dan potosium. Boleh diperolehi dari

beberapa jenis iaitu kelp meal serbuk dan kelp mealcecair. Baja ini berkesan untuk

menjadikan tanaman dan bunga menjadi subur, daun sihat dan buah dan bunga yang banyak.

h. Cottonseed meal / cotton meal

Baja organik yang diperbuat daripada benih kapas. Kaya dengan nitrogen, potash dan

posforus. Berfungsi untuk membekalkan nutrisi, membaikpulih tanah dan saliran udara dan

air yang baik dalam tanah.

i. Teh kompos

Teh kompos adalah baja organik cecair daripada kompos yang dicairkan mengikut

sukatan tertentu dan dioksigenkan bagi membiakkan mikroorganisma di dalamnya. Baja ini

disembur atau disiram pada tanaman berfungsi bagi mempercepatkan penguraian bahan dalam

tanah untuk nutrisi tanaman. Cara penggunaan, tambah 1 tutup botol kompos teh ke dalam 1

liter air dan sembur atau siram pada sayuran anda. Lakukan pada awal pagi atau lewat petang

untuk hasil yang baik.

j. Baja Kering

Baja kering mudah untuk disebarkan dan sesuai untukmeliputi kawasan yang luas.

Akan tetapi, baja kering mengambil masa untuk melepaskan nutrien air baik untuk membuat

mereka bermula untuk memberi hasil yang tahan lama.

2.5.7 Baja Organik Berasaskan Haiwan

Terhasil menerusi bahan haiwan sama ada tulang, tinja atau isinya. Antara baja

organik haiwan yang popular termasuklah:

a. Baja organik kompos tinja haiwan (manure)

Baja organik tinja haiwan merupakan baja yang terkenal dalam bidang pertanian. Tinja

ini akan direputkan dalam tempoh tertentu sebelum diguna. Baja ini kaya dengan nitrogen

yang diperlukan oleh tumbuhan. Antara baja organik tinja haiwan ialah tinja lembu, tinja

ayam, tinja kambing, tinja arnab dan tinja kelawar. Mempunyai aroma yang kurang

menyenangkan dan kadang-kadang menganggu keamanan sekeliling. Selain kompos (manure

green) boleh menaburkan kompos tinja haiwan pada batas sebelum menyemai atau menanam

benih. Tabur setinggi 5 inci secara menyeluruh pada batas. Bagi tanaman yang memerlukan

bilangan nutrisi yang tinggi (high feed plant) kompos tumbuhan dan kompos tinja binatang

perlu ditabur lebih sedikit untuk menjamin pokok tanaman tersebut tumbuh dengan baik.

b. Baja organik bone meal

Diperbuat daripada tulang binatang seperti tulang ikan, lembu dan sebagainya. Baja ini

telah mengalami penghancuran atau serbuk yang sesuai ditabur pada batas untuk kualiti bunga

dan buah yang banyak. Tabur 2 genggam pada batas untuk mendapatkan hasil buah yang

banyak.

c. Baja Organik Blood Meal / Baja Darah Haiwan

Salah satu jenis baja organik yang diperbuat daripada darah haiwan yang dikeringkan

dijadikan serbuk. Umumnya baja blood meal ini diambil dari darah lembu yang disembelih

tetapi ia juga boleh mengunakan apa-apa darah binatang yang disembelih.

Baja darah binatang sangat tinggi kandungan zat nitrogen yang diperlukan oleh

tumbuhan untuk tumbuh dengan baik. Tambah 1 sudu kecil baja darah ini ke dalam pasu

bunga atau sayuran atau tabur 2 cup baja ini di atas permukaan batas untuk hasil yang baik.

d. Baja cecair ikan / fish emulsion

Baja cecair ikan diperbuat dari penjerukan ikan dalam tempoh tertentu. Baik untuk

membaikpulih tanah dan membekalkan nutrisi cukup kepada tanaman. Baja cecair ikan boleh

dibuat sendiri di rumah.

Cara penggunaannya ialah tambah 2 sudu besar ke dalam 1 liter air dan gaul sebati.

Sembur atau siram pada sayuran. Lakukan di awal pagi atau lewat petang untuk hasil yang

baik.

2.5.8 Baja organik berasaskan mineral

a. Kapur pertanian

Kaya dengan zat kalsium dan magnesium. Berfungsi menurunkan nilai ph tanah yang

berasid. Kapur pertanian ditabur bersama kompos tumbuhan dan haiwan sebelum menanam.

b. Garam epsom

Berfungsi agar tanah tidak cepat menjadi padat. Namun garam epsom kurang

digunakan di negara kita. Ada pun yang menggunakannya hanya sebilangan sahaja. Namun

bahan mineral ini sangat disukai oleh pekebun mini di negara luar. Boleh menggunakan

epsom untuk mengurangkan kepadatan tanah anda.

Secara kesimpulannya, baja organik merupakan satu alternatif yang baik digunakan di

dalam kebun mini anda. Baja organik lebih sihat, bebas racun untuk tanaman tanam sendiri

anda di rumah. Walaupun ramai tidak mengemari baja organik kerana aromanya yang tidak

menyenangkan tetapi anda boleh membuat pilihan di mana memilih baja organik yang sudah

diproses (nyahbau) bagi mengurangkan risiko pencemaran bau.

2.6 KADAR PEMBAJAAN

Pembajaan baja butir kadar satu sudu teh bergantung pada jenis tanaman. Jika sayur daun

dan tanaman hiasan daun gunakan baja butir NPK 15-15-15 + te. Tanaman hiasan bunga dan

sayuran berbuah seperti cili gunakan NPK 12-12-17 + te. Manakala bagi tanaman rumput baja

yang baik dan berkesan adalah baja urea 46 %. Kadar pemberian yang disyorkan adalah 1-2

minggu sekali bergantung kepada usia dan pertumbuhan tanaman. Baja butir hendaklah

diletakkan pada jarak 5 ke 10 cm daripada pangkal pokok. Ini bagi menggelakkan pokok

terbakar akibat berlebihan baja.

Pemberian baja butir pada tanaman di pasu memberikan kesan yang sedikit lambat pada

tanaman. Ini kerana baja butir memerlukan air bagi mencairkan salutan atau coating baja butir

pecah atau larut barulah baja atau nutrien tersebut dapat diambil oleh tanaman. Pemberian

baja forliar dapat menunjukkan kesan yang cepat dan singkat kepada tanaman. Baja forliar

merupakan baja cecair yang diaplikasikan secara semburan pada daun. Semburan baja forliar

pada tanaman yang rimbun di dalam pasu juga disyorkan. Ini kerana kesukaran untuk

menabur baja butir di dalam pasu. Baja forliar disyorkan diberikan setiap tiga hari sekali atau

seminggu sekali bergantung pada jenis tanaman.Bagi tanaman sayur daun atau tanaman

hiasan daun, baja forliar yang mengandungi unsur kalium atau pottassium yang tinggi

disyorkan seperti 12-12-17 +te atau 12-12-21+te.

2.7 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Antara komponen-komponenyang dikaji dalam penghasilan projek adalah:-

2.7.1 Blower

Kipas emparan adalah alat mekanikal untuk menggerakkan udara atau gas lain. Dalam

istilah lain ialah "blower". Kipas meningkatkan kelajuan aliran udara dengan pendesak

berputar. Kipas emparan mempunyai roda terdiri daripada beberapa bilah kipas, atau rusuk,

dipasang sekitar hab.

Ia menggunakan tenaga kinetik pendesak atau bilah berputar untuk meningkatkan

tekanan aliran udara atau gas yang seterusnya menggerakkan mereka terhadap rintangan yang

disebabkan oleh saluran, peredam dan komponen lain. Kipas emparan mempercepatkan udara

radialy, menukar arah biasanya 90 ° daripada aliran udara. Ia adalah kukuh, tenang, boleh

dipercayai, dan mampu beroperasi atas pelbagai keadaan.

Kipas emparan adalah alat anjakan malar atau peranti isipadu malar, yang bermaksud

bahawa, pada kelajuan kipas yang berterusan, kipas emparan akan mengepam jumlah

berterusan udara bukannya jisim yang berterusan. Ini bermakna bahawa halaju udara di dalam

sistem yang ditetapkan walaupun kadar aliran jisim tidak melalui kipas. Kipas emparan

mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu apabila dibandingkan dengan peniup anjakan

yang lain.

Kipas emparan adalah salah satu kipas yang paling banyak digunakan. Ianya adalah

jenis yang paling lazim digunakan dalam industri HVAC hari ini. Mereka biasanya lebih

murah daripada kipas bersama paksi dan mudah dalam pembinaan. Ia digunakan dalam

mengangkutgas atau bahan-bahan dan dalam sistem pengudaraan untuk bangunan. Ia juga

sesuai untuk proses industri dan sistem kawalan pencemaran udara.

a. Jenis – jenis Blower

i. Axial fan

Beroperasi seperti propeler, yang menghasilkan aliran udara disepanjang

salurannya. Axial fan dapat dibagi menjadi 3 jenis, yaitu: tube-axial fan, vane axial fan

dan propeller fan, Tube-axial fan lebih efisien dari pada propeller fan dengan ciri

housing fan yang berbentuk silinder dipasang teapt pada radius hujung blade, dan

diaplikasikan untuk sistem pemanas, ventilasi, air conditioning dan industri, dengan

tekanan rendah dan jumlah volume udara yang dialirkan besar. Vane axial fan

merupakan axial fan dengan efisiensi tinggi dengan ciri housing fanyang

berbentuk silinder dipasang tepat pada radius blade, dan diaplikasikan untuk sistem

sistem pemanas,ventilasi, dan air conditioning yang memerlukan aliran lurus dan

efisiensi tinggi. Propeller fan merupakan dasar axial fan yang diaplikasikan untuk

tekanan rendah dan isipadu udarayang dialirkan sangat besar. Kipas jenis ini biasa

diaplikasikan untuk sistem ventilasi yang menembus tembok.

Jadual 2.2 Ciri-Ciri Axial Fan

Jenis kipas Kelebihan Kekurangan

Fan pipe axial

Diletakkan pada bahagian

berbentuk silinder

i. Dapat menampung

tekanan yang lebih

tinggi.

ii. Boleh digunakan

dengan tekanan

udara yang lebih

tinggi.

i. Kos tinggi

ii. Tidak mencukupi

tenaga

Kipas dengan bilah axial

i. Sesuai digunakan

dengan kuasa yang

tinggi

ii. Kelajuan boleh

dilaraskan

i. Kos tinggi

Contoh Axial fan:

Rajah2.10 Axial Fan

i. Centrifugal Fan

Centrifugal fan menghasilkan aliran udara dengan mempercepat arus udara

secara radial dan mengubah tenaga kinetik menjadi tekanan. Centrifugal fan dapat

menghasilkan tekanan tinggi dengan efisiensi tinggi, dan dapat dibuat dalam berbagai tingkat

keadaan operasi. Kipas jenis ini memiliki beberapa jenis bilah.

a. Jenis – jenis Centrifugal fan

i. Airfoil

ii. Backward Curve

iii. Backward

iv. Radial Black

v. Forward-Curve Radial

vi. Paddle-wheel

vii. Industrial

Contoh Centrifugal fan:

Rajah 2.11Centrifugal Fan

2.7.3 Paip PVC

Paip PVC digunakan untuk menghasilkan alat penabur baja. Paip PVC juga berfungsi

sebagai saluran daripada blower untuk menolak baja. Paip PVC digunakan kerana mempunyai

sifat yang ringan. Kos menggunakan paip PVC lebih rendah. Paip PVC mudah dipotong.

Rajah 2.12 Paip PVC

2.7.4 Flexible pipe

Paip jenis fleksibel ini mempunyai sifat yang mudah dilentur mengikut pelbagai

keadaan. Paip jenis ini dipilih kerana ringan dan mudah dilentur. Kegunaannya sebagai

saluran angin untuk menabur baja.

Rajah 2.13 Flexible Pipe

2.8 RUMUSAN BAB

Kesimpulannya, Kajian literatur amat penting kerana kajian ini melibatkan beberapa

bahagian yang penting seperti kajian yang penah di jalankan, kajian spesifikasi reka bentuk di

pasaran. Kajian komponen yang digunakandalam menentukan bahan yang digunakan bagi

membina Alat Penabur Baja.

Kajian literatur mengenai kajian yang pernah dijalankan adalah untuk memahami

konsep menggunakan angin untuk menabur baja untuk melakukan pembajaan. Selain itu,

mengkaji mengenai kajian kawasan dan jenis-jenis baja yang sesuai untuk tanaman bagi

setiap kawansan.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi adalah satu kaedah melalui kajian yang memberi penerangan

sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Pemilihan metologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting bagi

memastikan projek yang dibangunkan dapat dilaksanakan mengikut langkah secara

tersusun dan sistematik.

Perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia

penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia projek

mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas serta berkaitan dengan

projek dapat dilakukan serta mendapat sokongan daripada penyelia.

Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil

dalam penghasilan reka bentuk projek yang dilaksanakan. Selain itu, bab ini turut

dimuatkan juga penerangan secara terperinci tentang proses dan konsep reka bentuk

projek kami.

3.2 CARTA ALIR PROSES REKA BENTUK

Tidak tti

Ya

MULA

PENYATAAN MASALAH

KAJIAN LITERASI

REKAAN PRODUK

PEMILIHAN KOMPONEN

KOMPONEN MEKANIKAL

UJILARI

ANALISA DAN KEPUTUSAN

PENYELESAIAN

TAMAT

Rajah 3.1 Carta Alir proses reka bentuk