PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

8
MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN MENGENDALI AKTIVITI BERKUMPULAN DENGAN MENGGUNAKAN MODEL “PIGAMA” BAGI MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS Noor Farzaana Nazilah dan Kartini Abdul Mutalib, PhD ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menambah baik kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains. Kajian ini melibatkan 26 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Gombak, Selangor. Tinjauan awal mendapati keadaan disiplin murid adalah tidak terkawal ketika di fasa penstrukturan idea. Data bagi kajian ini dikumpul melalui senarai semak pemerhatian, temu bual dan nota lapangan. Semua data dianalisis, diinterpretasi dan ditriangulasikan. Dapatan kajian menunjukkan penerangan dan arahan guru adalah jelas semasa pengendalian aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Secara tidak langsung aspek kawalan kelas dapat dipertingkatkan. Kajian ini menunjukkan, guru dapat menambah baik cara mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains. 1. PENDAHULUAN Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sering menggunakan kaedah penerangan berbantukan papan putih semata-mata. Jarang sekali saya menjalankan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar, khususnya model. Semasa cuba menjalankan pengajaran secara berkumpulan, arahan saya tidak begitu jelas dan saya tidak memberi maklumbalas diberikan apabila murid bertanyakan soalan berkenaan konsep Sains yang diajar. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, Murid kelihatan bosan dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan masing-masing. Suasana bilik darjah menjadi huru hara apabila murid cuba membantu menerangkan kepada rakan mereka isi

description

RANTAI MAKANAN, SIRATAN MAKANAN, GUNA MODEL "PIGAMA"

Transcript of PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

Page 1: PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN MENGENDALI AKTIVITI BERKUMPULAN DENGAN MENGGUNAKAN MODEL

“PIGAMA” BAGI MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Noor Farzaana Nazilah dan Kartini Abdul Mutalib, PhD

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menambah baik kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains. Kajian ini melibatkan 26 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Gombak, Selangor. Tinjauan awal mendapati keadaan disiplin murid adalah tidak terkawal ketika di fasa penstrukturan idea. Data bagi kajian ini dikumpul melalui senarai semak pemerhatian, temu bual dan nota lapangan. Semua data dianalisis, diinterpretasi dan ditriangulasikan. Dapatan kajian menunjukkan penerangan dan arahan guru adalah jelas semasa pengendalian aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Secara tidak langsung aspek kawalan kelas dapat dipertingkatkan. Kajian ini menunjukkan, guru dapat menambah baik cara mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains.

1. PENDAHULUAN

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sering menggunakan kaedah penerangan berbantukan papan putih semata-mata. Jarang sekali saya menjalankan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar, khususnya model. Semasa cuba menjalankan pengajaran secara berkumpulan, arahan saya tidak begitu jelas dan saya tidak memberi maklumbalas diberikan apabila murid bertanyakan soalan berkenaan konsep Sains yang diajar. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, Murid kelihatan bosan dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan masing-masing. Suasana bilik darjah menjadi huru hara apabila murid cuba membantu menerangkan kepada rakan mereka isi pelajaran yang tidak difahami. Apa yang mengecewakan saya, murid tidak dapat memahami konsep Sains yang disampaikan. Kelemahan saya dalam pengendalian aktiviti berkumpulan ini perlu diatasi dengan segera kerana minat murid terhadap subjek Sains akan berkurangan di alam sekolah rendah sehingga mereka dewasa.

2. FOKUS KAJIAN

Pengumpulan data awal melalui pemerhatian ketua panitia Sains dan refleksi kendiri telah membuktikan bahawa saya menghadapi masalah dalam mengendalikan aktiviti berkumpulan. Oleh itu, fokus kajian saya adalah menambah baik kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Ini bagi memastikan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid serta kawalan kelas lebih baik di samping menerapkan nilai murni dalam diri murid.

Page 2: PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menambah baik kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains. Objektif kajian saya akan menjawab persoalan berikut iaitu bagaimanakah kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan bagi konsep rantai makanan dan siratan makanan dapat ditambahbaik dengan menggunakan model “PIGAMA”? serta bagaimanakah penggunaan model “PIGAMA” dapat meningkatkan pembelajaran murid?.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 26 orang murid Tahun 5 T. Seramai 17 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan yang terlibat. Murid dalam kelas ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Murid-murid di kelas ini mempunyai prestasi akademik dan tahap penguasaan yang rendah berbanding murid-murid di kelas lain. Namun begitu, mereka aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

5. TINDAKAN DAN CARA PENGUMPULAN DATA

Tindakan ketika aktiviti berkumpulan di fasa penstrukturan idea dengan menggunakan model “PIGAMA” dapat dibahagikan kepada tiga langkah dan dijalankan selama tiga puluh minit seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1:

Langkah-langkah pelaksanaan penggunaan model “PIGAMA” ketika aktiviti berkumpulan

Langkah / Masa Aktiviti P&P Catatan

Fasa Penstrukturan Idea(30 minit)

1. Guru menerangkan tentang rantai makanan dan siratan makanan dengan menggunakan model “PIGAMA”.

2. Guru memberi arahan supaya murid-murid berada dalam 4 kumpulan dan membentuk bulatan untuk membolehkan penglibatan aktif murid.

3. Guru mengedarkan piramid rantai makanan (PI) dan sampul 1 kepada setiap kumpulan.

4. Guru memberi arahan supaya murid menyusun dan menampal gambar hidupan (GA) pada piramid rantai makanan (PI). Bimbingan diberi oleh guru kepada murid.

*bekerjasama

Page 3: PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

5. Guru meminta murid membina rantai makanan dengan menggunakan anak panah dan gambar yang disusun tadi. Bimbingan diberikan oleh guru kepada murid.

6. Guru meminta murid menulis rantai makanan yang telah dibina pada papan maklumat (MA). Bimbingan diberikan oleh guru kepada murid.

7. Guru memberi arahan supaya murid menulis rantai makanan tersebut di buku tulis.

8. Proses diulang bagi sampul 2. Guru membimbing murid semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.

9. Murid menulis jawapan kumpulan masing-masing di papan putih.

10. Guru memberi maklum balas terhadap jawapan murid.

11. Guru membuat penutup penerangan menggunakan bantuan ilustrasi untuk mengimbas kembali idea berkenaan topik pelajaran.

12. Guru memberikan peneguhan positif kepada jawapan murid.

* ilustrasi

*peneguhan positif

Cara pengumpulan data saya adalah melalui senarai semak pemerhatian, temu bual berstruktur dan nota lapangan guru. Pemerhatian dilakukan oleh seorang guru Sains di sekolah, temu bual dijalankan dengan lima orang murid manakala catatan nota lapangan telah dicatat oleh saya selepas tindakan dijalankan.

6. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Data yang diperolehi dianalisis dan diinterpretasikan bagi mengenal pasti terdapatnya penambahbaikan semasa saya mengendalikan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Data senarai semak pemerhatian menunjukkan sebelas kategori telah dikenalpasti. Kategori tersebut ialah penggunaan bahan konkrit, kejelasan penerangan guru, kesediaan guru memberi maklumbalas, penggunaan ilustrasi, membimbing murid, menggalakkan kerjasama murid, motivasi murid, interaksi sosial, aktiviti secara “hands-on” dan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman.

Page 4: PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

Seterusnya, daripada data temu bual berstruktur, saya juga dapat mengenal pasti aspek penambahbaikan yang telah dilakukan berdasarkan kategori yang telah diperolehi. Kategori tersebut ialah kejelasan penerangan guru, kesediaan guru memberi maklumbalas, penggunaan ilustrasi, membimbing murid, penerapan nilai murni, pemahaman dan tingkah laku sosial murid.

Daripada data nota lapangan, saya mendapati lapan aspek hasil daripada pengkategorian item-item berdasarkan catatan nota lapangan. Kategori yang dikenalpasti ialah kawalan kelas, kejelasan penerangan guru, penerapan nilai murni, kesediaan guru memberi maklumbalas, penggunaan ilustrasi, membimbing murid, pemahaman dan tingkah laku sosial murid.

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa saya telah dapat menambah baik beberapa aspek semasa pengendalian aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” berdasarkan kategori yang telah dibuat. Kategori tersebut ialah penerangan guru, kawalan kelas, maklumbalas guru, penerapan nilai murni, penggunaan bahan bantu mengajar serta pemahaman dan tingkah laku sosial murid.

7. DAPATAN KAJIAN

Satu triangulasi kaedah berjaya dihasilkan hasil daripada analisis ketiga-tiga kaedah pengumpulan data. Berdasarkan analisis dan interpretasi data yang telah dilakukan, dua tema telah dikenalpasti semasa pengendalian aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Tema tersebut ialah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Pengajaran guru yang ditambahbaik adalah dari aspek kawalan kelas, kejelasan, penerapan nilai murni, maklumbalas, ilustrasi dan bimbingan. Penerangan yang jelas dan teratur dapat membantu murid untuk memahami konsep Sains yang disampaikan oleh guru. Di samping itu juga, penggunaan model “PIGAMA” dapat membantu saya menerapkan nilai murni seperti bekerjasama dan hormat menghormati sesama murid. Selain itu juga, penggunaan model “PIGAMA” dapat membantu saya memberi maklumbalas kepada soalan serta pandangan murid. Penggunaan ilustrasi semasa penggunaan model “PIGAMA” juga dapat membantu saya menarik minat murid untuk memahami konsep Sains [1]. Saya dapat memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemudahcara dengan baik [2]. Aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” dapat membawa unsur keseronokan yang membantu menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Tema yang kedua ialah pembelajaran murid. Penambahbaikan yang dilakukan juga memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya perubahan dari aspek kognitif/ kefahaman dan tingkah laku sosial murid. Saya dapati murid lebih bermotivasi untuk belajar dan memahami konsep Sains semasa P&P dijalankan. Selain itu juga, aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” dapat mendorong murid untuk terlibat secara aktif [3]. Secara tidak langsung, murid dapat dipupuk untuk meminati subjek Sains.

Page 5: PROSIDING RANTAI MAKANAN,SIRATAN MAKANAN

8. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini menunjukkan bahawa saya telah dapat menambah baik kemahiran mengendali aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA”. Namun demikian, saya bercadang untuk menyediakan kad arahan bergambar supaya arahan yang diberikan lebih jelas dan mudah difahami oleh murid. Selain itu, saya bercadang untuk menggunakan sistem giliran ketika pelaksanaan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan model “PIGAMA” bagi memastikan kesempurnaan kawalan kelas. Saya juga bercadang untuk memperluaskan kajian ini terhadap murid lain. Akhir sekali adalah menjadi harapan saya untuk menjalankan lagi kajian yang baharu pada masa akan datang. Ini dilakukan agar saya dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

[1] Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran AsasMembaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. JurnalPenyelidikan IPBL, 8. 84-97.

[2] Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. & Wong K. W. (2010). Asas Kepimpinan dan PerkembanganProfesional Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

[3] Christidou, V. (2011). Interest, Attitudes and Images Related to Science: CombiningStudents’ Voices with the Voices of School Science, Teachers and Popular Science.International Journal of Environmental & Science Education, 6. 141-159.

Hubungi [email protected]