Protokol Kyoto

3
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang Tujuh Fakta Mengenai Protokol Kyoto Apa itu Protokol Kyoto? Protokol Kyoto merupakan satu pakatan oleh negara-negara semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kyoto pada tahun 1997 untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Sasaran pengurangan gas rumah hijau ini akan bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Jika tahap pelepasan masih tinggi, maka mereka perlu memperdagangkan pelepasan (emissions trading). Perjanjian ini akan tamat pada tahun 2012. 1 2 Prinsip Protokol Kyoto Negara maju (kaya) dipertanggung- jawabkan ke atas pengurangan gas rumah hijau kerana mereka dianggap sebagai penyebab peningkatan gas ini. Mereka dikehendaki mengurangkan pelepasan gas-gas tersebut sekurang-kurangnya 5% di bawah tahap pelepasan tahun 1990. 3 Objektif Protokol Kyoto Untuk menstabilkan gas rumah hijau di dalam atmosfera (hasil daripada aktiviti manusia) kepada tahap yang tidak akan menjejaskan sistem iklim. Gas rumah hijau: Karbon Dioksida (CO2), Metana (CH4), Nitrus Oksida (N2O), Sulfur Heksaflurida (SF), Hidroflorokarbon(HFCs) dan Perflurokarbon (PFCs). 4 Negara yang Menjadi Ahli Setakat Jun 2007, sebanyak 174 negara telah pun menandatangan dan mengesahkan perjanjian (ratifikasi) kecuali Amerika Syarikat dan Australia. Amerika Syarikat menolak pakatan tersebut dengan alasan perjanjian ini akan memudaratkan negara itu. Malaysia telah meratifikasikan perjanjian pada September 2002. Adakah semua ahli akan patuh? Tidak. Hanya 35 negara maju telah bersetuju untuk mencapai sasaran 2008- 2012. China dan India dikecualikan. 5 Bagaimanakah negara-negara ahli dapat memenuhi kepatuhan? Persatuan Europah akan mengurangkan pelepasan sebanyak 8%. Industri dan stesen janakuasa diberi kuota karbon dioksida. Jika terlebih, mereka dibenarkan “membeli” di pasaran atau dikenakan bayaran penalti. Jika terkurang mereka dibenarkan “menjual”. Negara- negara membangun termasuk Malaysia dikecualikan kerana mereka dianggap sebagai bukan penyebab peningkatan gas rumah hijau. Walaubagaimanapun mereka masih terikat dengan komitmen kearah mengurangkan gas rumah hijau. 6 Apa jadi selepas 17 tahun ratifikasi? Berikut adalah perubahan pelepasan gas rumah hijau oleh beberapa negara- negara ahli: 7 http://en.wikipedia.org/wiki/Kyoto_Protocol Sumber : Tengku Hanidza Ismail Emel : [email protected]

description

Tujuh Fakta Mengenai Protokol Kyoto

Transcript of Protokol Kyoto

Page 1: Protokol Kyoto

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM

EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Tujuh Fakta Mengenai

Protokol Kyoto

Apa itu Protokol Kyoto? Protokol Kyoto merupakan satu pakatan

oleh negara-negara semasa Persidangan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kyoto

pada tahun 1997 untuk mengurangkan

pelepasan gas rumah hijau. Sasaran

pengurangan gas rumah hijau ini akan

bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Jika

tahap pelepasan masih tinggi, maka

mereka perlu memperdagangkan

pelepasan (emissions trading). Perjanjian

ini akan tamat pada tahun 2012.

1

2 Prinsip Protokol Kyoto Negara maju (kaya) dipertanggung-

jawabkan ke atas pengurangan gas rumah

hijau kerana mereka dianggap sebagai

penyebab peningkatan gas ini. Mereka

dikehendaki mengurangkan pelepasan

gas-gas tersebut sekurang-kurangnya 5% di

bawah tahap pelepasan tahun 1990.

3 Objektif Protokol Kyoto Untuk menstabilkan gas rumah hijau di

dalam atmosfera (hasil daripada aktiviti

manusia) kepada tahap yang tidak akan

menjejaskan sistem iklim. Gas rumah

hijau: Karbon Dioksida (CO2), Metana

(CH4), Nitrus Oksida (N2O), Sulfur

Heksaflurida (SF), Hidroflorokarbon(HFCs)

dan Perflurokarbon (PFCs).

4 Negara yang Menjadi Ahli Setakat Jun 2007, sebanyak 174 negara

telah pun menandatangan dan

mengesahkan perjanjian (ratifikasi)

kecuali Amerika Syarikat dan Australia.

Amerika Syarikat menolak pakatan

tersebut dengan alasan perjanjian ini

akan memudaratkan negara itu. Malaysia

telah meratifikasikan perjanjian pada

September 2002.

Adakah semua ahli akan patuh? Tidak. Hanya 35 negara maju telah

bersetuju untuk mencapai sasaran 2008-

2012. China dan India dikecualikan.

5

Bagaimanakah negara-negara

ahli dapat memenuhi

kepatuhan? Persatuan Europah akan mengurangkan

pelepasan sebanyak 8%. Industri dan

stesen janakuasa diberi kuota karbon

dioksida. Jika terlebih, mereka

dibenarkan “membeli” di pasaran atau

dikenakan bayaran penalti. Jika terkurang

mereka dibenarkan “menjual”. Negara-

negara membangun termasuk Malaysia

dikecualikan kerana mereka dianggap

sebagai bukan penyebab peningkatan gas

rumah hijau. Walaubagaimanapun mereka

masih terikat dengan komitmen kearah

mengurangkan gas rumah hijau.

6

Apa jadi selepas 17 tahun

ratifikasi? Berikut adalah perubahan pelepasan gas

rumah hijau oleh beberapa negara-

negara ahli:

7

http://en.wikipedia.org/wiki/Kyoto_Protocol

Sumber : Tengku Hanidza Ismail Emel : [email protected]

Page 2: Protokol Kyoto

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM

EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

a Protokol Madrid

1. Malaysia menyertai Protokol Perlindungan Alam Sekitar bagi Triti Antartika di Madrid pada tahun 1991.

2. Protokol ini dikenali sebagai Protokol Madrid.

3. Melalui triti dan Protokol Madrid ini membolehkan Malaysia melaksanakan kajian saintifiknya sendiri

tanpa perlu menyertai ekspedisi-ekspedisi dari negara lain.

4. Penyertaan Malaysia dalam Triti Antartika memberi cabaran besar dalam melakukan penyelidikan dan

mendapat hak yang sama untuk membangunkan pusat penyelidikan khas di benua Antartika seperti

negara-negara Eropah yang lain.

5. Semua penemuan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan akan didaftar dan dipaten agar tidak ditiru

oleh negara lain.

6. Malaysia menyertai Triti Antartika sebagai negara pihak bukan perunding (Non-Consultative Party – Non

ATCP), bertujuan menjadi negara pihak perunding pada masa hadapan walaupun tindakan Malaysia akan

dianggap sebagai saingan kepada negara Eropah.

7. Penyertaan ini membolehkan Malaysia menyuarakan pendapat dan membuat keputusan tentang sains dan

teknologi.

8. Kementerian Luar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

serta Pejabat Peguam Negara berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perunding untuk

membangunkan sains dan teknologi.

9. Penyertaan Malaysia dalam Triti Antartika membuktikan kesungguhan dan komitmen negara terhadap

kepentingan penyelidikan saintifik.

b Protokol Montreal

1. Protokol Montreal ialah perjanjian antarabangsa yang diwujudkan pada tahun 1987 untuk mengawal

pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan yang boleh menipiskan lapisan ozon seperti CFCs, Halon dan

Menthyl Bromide.

2. Dalam perjanjian di London (1990), Copenhagen (1992), di Vienna (1995), Montreal (1997) dan Beijing

(1999), satu kesepakatan telah diambil untuk melindungi lapisan ozon daripada terus nipis.

3. Dalam protokol ini, negara dunia diminta mengurangkan pengeluaran elemen-elemen yang boleh

menyebabkan penipisan lapisan ozon.

4. Malaysia telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai salah sebuah negara yang begitu komited

dalam memulihara alam sekitar global terutama sekali berkaitan dengan pemuliharaan lapisan ozon

global.

5. Protokol Montreal dianggap sebagai salah satu undang-undang alam sekitar antarabangsa yang berjaya.

6. Protokol Montreal telah berjaya mendapat kerjasama antarabangsa dengan melibatkan hampir semua

negara di dunia termasuk Malaysia dalam menangani masalah penipisan lapisan ozon global.

c Protokol Cartagena

1. Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh Malaysia akibat pembangunan sains dan

teknologi ialah penanganan dan pemanfaatan suatu organism yang hidup

disebabkan bioteknologi moden (OHMG).

2. Kesan bioteknologi moden ini berbahaya jika tidak digunakan dengan baik.

3. Oleh itu, protokol ini dipersetujui untuk memberi sumbangan dan perlindungan

dalam bidang pemindahan, perlakuan dan pemanfaatan yang aman dari

organism hasil ubah suai bioteknologi moden.

4. Kerajaan Malaysia mengambil berat tentang kesan bioteknologi untuk menjaga

jangka hayat hidup masyarakat.

5. Kerajaan mengambil berat terhadap kemajuan sains dengan memastikan

perlindungan terhadap alam sekitar dan jangka hayat masyarakat.

Protokol Cartagena

diterima oleh

negara anggota

pada tahun 2000

sebagai antara

perjanjian kepada

Konvensyen

kepelbagaian

Biologi (CBD)

Info MINDA

Page 3: Protokol Kyoto

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM

EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

STPM Penggal 3 Isu dan Cabaran

Soalan Latihan Intensif

Protokol Kyoto, Protokol Madrid, Protokol Montreal, dan Protokol Cartagena

1.

Penyataan di atas merujuk kepada

A Protokol Kyoto

B Protokol Montreal

C Protokol Cartagena

D Konvensyen Vienna

S.20 STPM 2009

2. Yang manakah berkaitan dengan matlamat

Protokol Kyoto?

A Membuat kajian mendalam mengenai

perkembangan industri negara maju

B Merancang strategi mengatasi masalah

kemiskinan di Kyoto

C Merancang mengawal pengeluaran gas

rumah hijau di atmosfera

D Membuat perjanjian dengan negara maju

mengenai peningkatan komoditi utama

Soalan Ramalan ADABI Gaya Pos. Pilihan 1. STPM 2009 (Cikgu SEZALI DIN)

3.

Penyataan di atas merujuk kepada

A Protokol Kyoto

B Deklarasi Putrajaya 2005

C Deklarasi Langkawi 1989

D Protokol Montreal

4.

Protokol X merujuk kepada

A Protokol Montreal

B Konvensyen Bio Malaysia 2005

C Konvensyen Vienna

D Protokol Cartagena

5. Yang manakah benar mengenai matlamat Protokol Montreal?

A Mengatasi masalah hidrokarbon halogen

yang menjadi punca penipisan lapisan ozon

B Memperolehi hak penyelidikan saintifik

sama rata di Antartika

C Mengurangkan masalah pelepasan gas

rumah kaca secara kolektif

D Mengurangi kesan negatif daripada

bioteknologi

6.

Yang manakah padanan yang betul antara protokol dengan matlamatnya.

P Q R

A I II III

B II I III

C II III I

D III I II

7.

Matlamat protokol di atas merujuk

A Mengawal pengeluaran bahan pencemaran

udara

B Melindungi pengguna daripada kesan-kesan

bioteknologi

C Mengambil langkah memulihara lapisan

ozon

D Melaksanakan kajian saintifik dan

penyelidikan sains dan teknologi di

Antartika

Persetujuan oleh negara-negara perindustrian

untuk mengurangkan pembebasan gas rumah

kaca secara kolektif

Rangka kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PPB) mengenai pengurangan

perlepasan gas rumah hijau.

Malaysia telah meratifikasikan perjanjian

pada September 2002

Konvensyen kepelbagaian Biologi (CBD)

Melindungi pengguna kesan daripada

bioteknolgi

Protokol X

Protokol Matlamat

P Kyoto

I Menangani masalah penipisan ozon secara global

Q Cartagena

II Mengurangkan pembebasan gas rumah kaca secara kolektif

R Montreal

III Melindungi pengguna kesan daripada bioteknologi

Protokol Cartagena

Cikgu SEZALI DIN

1991~2013

28hb Ogos 2013 (21 Syawal 1434)

”....kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa

dua patah perkataan....USAHA GIGIH!” .

7