Psikolinguistik n Sosiolinguistik

9
Pengenalan Psikolinguistik ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi (Jos. Daniel Parera, 1986: 77). Dalam erti kata lain, bidang ini mengkaji perkara yang berlaku terhadap akal budi seseorang apabila ia memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Secara lahiriahnya, manusia tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menguasai bahasa ibunda mereka sendiri. Hal ini merupakan satu fenomena yang tidak dapat lari daripada fitrah kehidupan manusia sejak zaman lagi. Bahasa ibunda merupakan bahasa yang penting dalam sesebuah masyarakat tutur. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama masyarakat bahkan ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah masyarakat. Selain itu, psikolinguistik juga merupakan kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Terdapat juga yang berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian bahasa dari pada sudut psikologi. Sosiolinguistik merupakan salah satu cabang dalam bidang ilmu pengkajian bahasa. Menurut Arbak Othman (1984: 102), sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejala dalam masyarakat. Selain itu, sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai subdisiplin linguistik yang mempelajari bahasa dalam hubungan pemakaiannya dengan masyarakat (Abdul Chaer,1995: 16). Pada pandangan Noriah Mohamed (2003: 4), gabungan daripada definisi sosiologi bahasa 1

description

Psikolinguistik ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi (Jos. Daniel Parera, 1986: 77). Dalam erti kata lain, bidang ini mengkaji perkara yang berlaku terhadap akal budi seseorang apabila ia memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Secara lahiriahnya, manusia tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menguasai bahasa ibunda mereka sendiri.

Transcript of Psikolinguistik n Sosiolinguistik

PengenalanPsikolinguistik ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi (Jos. Daniel Parera, 1986: 77). Dalam erti kata lain, bidang ini mengkaji perkara yang berlaku terhadap akal budi seseorang apabila ia memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Secara lahiriahnya, manusia tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menguasai bahasa ibunda mereka sendiri. Hal ini merupakan satu fenomena yang tidak dapat lari daripada fitrah kehidupan manusia sejak zaman lagi. Bahasa ibunda merupakan bahasa yang penting dalam sesebuah masyarakat tutur. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama masyarakat bahkan ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah masyarakat. Selain itu, psikolinguistik juga merupakan kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Terdapat juga yang berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian bahasa dari pada sudut psikologi.Sosiolinguistik merupakan salah satu cabang dalam bidang ilmu pengkajian bahasa. Menurut Arbak Othman (1984: 102), sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejala dalam masyarakat. Selain itu, sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai subdisiplin linguistik yang mempelajari bahasa dalam hubungan pemakaiannya dengan masyarakat (Abdul Chaer,1995: 16). Pada pandangan Noriah Mohamed (2003: 4), gabungan daripada definisi sosiologi bahasa dan sosiolinguistik ialah mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat. Manakala menurut Abdul Chaer et al dalam bukunya Sosiolinguistik: Perkenalan Awal, sosiolinguistik ialah cabang ilmu lingustik yang bersifat interdisiplin dengan ilmu sosiologi, dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam kalangan masyarakat penutur (1995: 5). Pada prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada hubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam masyarakat yang tertentu. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza disebabkan oleh perbezaan status individu-individu dalam sebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta yang penting dalam sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu.

Kepentingan Pengetahuan Sosiolinguistik dan Psikolinguistik Terhadap GuruDalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pengetahuan tentang disiplin sosiolinguistik amat perlu untuk guru bagi melahirkan pelajar yang berupaya memanipulasi kemahiran yang dipelajari dan mewujudkan interaksi sosial yang berkesan. Guru perlu menyedari bahawa mengajarkan bahasa bukan sekadar mengajarkan bahasa yang kaku dan statik sifatnya dalam erti kata bebas daripada faktor-faktor sosial yang melingkarinya. Berdasarkan tulisan ramai ahli bahasa, sosiolinguistik ialah nama yang sering diberikan terhadap kajian tentang siapa yang berkata (atau menulis) kepada siapa, bila, di mana, bagaimana, dan mengapa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa secara formal, guru dapat mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan pelajar berkenaan dengan beberapa aspek penelitian sosiolinguistik melalui aktiviti lisan, bacaan, dan tulisan. Misalnya, sewaktu mengadakan aktiviti lisan, guru dapat memberikan pendedahan yang meluas kepada pelajar tentang sistem panggilan dalam bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim, dalam bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri berkait rapat dengan bahasa sapaan. Bahasa sapaan didefinisikan sebagai kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang tertentu untuk menunjukkan kedudukan sosialnya. Pengetahuan dan penguasaan yang baik tentang sistem kata ganti nama bahasa Melayu bukan sahaja melambangkan seseorang itu berbudi bahasa dan berhemah, tetapi menguasai pengendalian pelbagai kategori sosial dalam struktur masyarakat, yang turut dimanifestasikan melalui pelbagai bentuk bahasa. Selain bentuk sapaan, para guru dapat mengajar pelajarnya tentang pantang larang dalam bahasa. Terdapat banyak perkara yang tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya, terutamanya di khalayak ramai. Antaranya ialah berkenaan dengan seks, fungsi badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis. Perkataan dan ungkapan yang ada hubungan dengan topik ini tidak boleh diucapkan dengan sesuka hati, dan tidak boleh ditulis, terutamanya dalam wacana sopan. Malah, sesetengah kamus juga tidak menyenaraikan perkataan dan ungkapan ini. Kepentingan memberikan huraian dan penerangan yang berpada kepada pelajar akan menjadikan mereka lebih bersopan, mengerti dan akhirnya matlamat dan falsafah pendidikan bahasa akan tercapai sekiranya dijadikan amalan yang dipupuk setiap masa.Di samping itu, laras bahasa perlu diterangkan kepada pelajar kerana laras bahasa merupakan fenomena yang penting dan mendidik pelajar untuk menghayati situasi yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Menurut Nik Safiah dalam Laras Bahasa (1989), laras bahasa ialah satu gaya bahasa atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Pengetahuan tentang laras bahasa akan memberikan panduan dan pilihan yang tepat untuk pelajar menentukan laras yang sepatutnya mengikut situasi yang sesuai agar pelajar berupaya dan berkemampuan menggunakan bahasa secara teratur yang menggambarkan kepekaan mereka terhadap situasi sosial yang berlainan. Malahan, kecekapan berbahasa juga merujuk kepada penggunaan berbagai-bagai variasi bahasa yang bersesuaian dengan masyarakat di sekitarnya. Guru sewajarnya menerapkan disiplin ini untuk melahirkan warga pelajar yang bukan sahaja berkemahiran menggunakan bahasa dalam komunikasi, malah dapat membantu pelajar semasa menghadapi peperiksaan.Seterusnya, daripada segi psikolinguistik pula pemerolehan bahasa pertama pelajar mendominasi pemerolehan bahasa kedua pelajar. Dalam erti kata yang lain, bahasa ibunda pelajar lebih berperanan dan digunakan sepenuhnya apabila bersama kelompok masyarakat. Mungkin masalah yang paling besar ialah, bahasa Malaysia yang diajarkan itu adalah formal, dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan sehari-hari, sehingga para pelajar terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka praktiskan di luar bilik darjah. Masalah itu dihadapi baik oleh pelajar Melayu atau bukan Melayu. Dengan kata lain, bahasa itu diajarkan dalam suatu ruang yang tertutup dan tidak ada lingkungan budayanya. Jika diperhatikan hal ini, sememangnya pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa itu, hendaklah dilakukan dalam konteks budaya dan sosial yang hidup. Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia oleh pelajar bukan Melayu itu, hendaklah dengan menggunakan dialek yang hidup supaya mereka dapat menggunakannya di luar bilik darjah dengan serta-merta.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajarkan oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa. Hal ini demikian kerana persepsi pelajar terhadap linguistik bahasa ibunda masing-masing telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Kesannya, apabila para pelajar menggunakan bahasa Melayu akan berlaku kesalahan terhadap kosa kata bahasa Melayu tersebut (Arbak Othman, 1984). Oleh yang demikian, terdapat beberapa jenis gangguan bahasa dalam proses pembelajaran bahasa kedua pelajar-pelajar. Sesetengah pelajar kerap menggunakan dialek dalam penulisan karangan dan pembinaan ayat dalam bahasa Melayu. Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar menggunakan bahasa kedua mereka pada masa dan keadaan yang sesuai. Latihan akan membentuk tabiat. Walau bagaimanapun, tabiat juga dapat terbentuk tanpa latihan, lebih-lebih lagi dalam kes pembelajaran bahasa kandung. Pelajar mungkin dapat dibimbing menggunakan latihan dengan lebih berkesan.Pengetahuan yang terperinci dan menyeluruh tentang bahasa yang diajarkan itu mestilah sudah wujud, iaitu tentang sifat-sifatnya, tatabahasanya, dan segala macam ciri bahasa itu perlulah diberi pertimbangan. Perbezaan sifat-sifat bahasa itu dengan bahasa kandung pelajar hendaklah dijelaskan selengkap-lengkapnya dan harus disampaikan melalui kaedah yang berkesan oleh guru bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku dalam konteks budaya bahasa yang diajarkan dan bukan dalam keadaan budaya kosong. Dalam hal ini, guru perlu memahami budaya persekitaran pelajar dan mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaannya hendaklah disesuaikan dengan segala macam kemungkinan perkembangan, mengikut latar belakang pelajar, iaitu rancangan tersebut hendaklah hidup dan anjal untuk diterima oleh pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang dan perbezaan perseorangan yang pelbagai itu. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berkesan perlu berlaku dalam masyarakat yang penuh simpati dan menggalakkan, pendek kata tidak ada halangan daripada segi sosial untuk belajar dan pendedahan kepada bahasa itu mudah berlaku.Kaedah pengajaran guru perlu dapat mengatasi segala macam masalah psikologi dan sebarang tekanan serta kebosanan tidak harus timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran bahasa juga harus berlaku dalam suasana yang memberi dorongan kepada pelajar serta dapat memberi dorongan atau rangsangan yang penuh untuk membolehkan pelajar menyerap pengajaran itu mengikut kadar kemampuan sendiri. Dalam hal ini, guru perlu menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran bahasa Melayu. Penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat serta perhatian pelajar perlu digunakan dengan sebaiknya. Guru yang mempunyai pengetahuan ilmu psikolinguistik akan dapat menyampaikan pengajaran dalam suasana yang tidak mengandungi tekanan dan sebarang masalah psikologi. Mereka hendaklah sentiasa mendorong dan bertutur dalam bahasa Melayu yang betul dan formal. Oleh yang demikian, pelajar tidak menanggung sebarang beban sosial atau persendirian yang boleh mengganggu proses pembelajarannya.Kadangkala dengan perancangan yang serba lengkap pelajar masih lagi gagal mencapai kemahiran yang diharapkan itu. Sebenarnya, perancangan untuk pengajaran dan pembelajaran, walau bagaimana baik sekalipun, hanya menjadi panduan untuk mempelajari bahasa itu sahaja dan bukannya sesuatu yang menjamin akan tumbuhnya tabiat baharu dalam bahasa baharu itu. Kebanyakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu berhasil kerana pelajarnya lebih daripada apa yang diajarkan secara formal. Sekiranya pelajar tidak berusaha lebih daripada apa yang diajarkan secara formal atau kembali ke rumah dan menyambung pembelajaran maka pembelajaran bahasa itu mungkin tidak berhasil. Begitulah keadaannya dengan bahasa Melayu. Biasanya kegagalan mencapai objektif pembelajaran bahasa Melayu itu disebabkan ketiadaan minat atau usaha yang gigih daripada pelajar.Melalui pengetahuan dalam ilmu psikolinguistik ini, guru akan menjadikan proses pembelajaran itu dapat berjalan dalam suasana yang mementingkan individu, latar belakangnya, serta menurut kesanggupannya. Tetapi dalam sesebuah kelas di sekolah-sekolah di Malaysia, yang terdiri daripada 40 orang pelajar, maka tumpuan kepada individu itu amat sukar dilakukan. Masalah ini bertambah berat lagi jika difikirkan pula bahawa para pelajar itu mungkin terdiri daripada tiga, empat, atau lima jenis kaum yang berlainan di samping keperluan yang berbeza antara pelajar bahasa kandung atau bahasa pertama dengan pelajar bahasa kedua, dalam mempelajari bahasa Melayu. Secara umumnya, guru akan memperkenalkan item-item bahasa sasaran yang dipilih sebelum memulakan pengajaran dan hal ini seterusnya mengehadkan situasi spontan. Dalam erti kata lain, kurikulum terancang dapat dipatuhi dan guru akan cuba sebaik mungkin untuk menyempurnakan objektif-objektif yang mendasari pelajaran bahasa Melayu pada waktu itu agar tercapai. Dalam pembelajaran terancang bahasa Melayu juga, rumus nahu turut dipaparkan. Bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran bahasa Melayu, guru mungkin akan menggunakan bahasa pertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa Melayu (Danny D. Steinberg,1990: 234). Jadi, pelajar dikehendaki memahami, menghayati dan menerapkan rumus abstrak yang dipelajarinya itu. Kriteria pembelajaran terancang bahasa kedua yang seterusnya ialah wujud keadaan yang dibuat-buat dan terhad. Keadaan penggunaan bahasa Melayu dalam bilik darjah adalah keadaan yang terhad dari segi kepelbagaiannya dan ruang lingkupnya jika dibandingkan dengan keadaan pembelajaran di luar bilik darjah. Keterbatasan kepelbagaian pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas menjadikan kaedah pengajaran lebih cenderung bersifat simulasi. Di samping itu, alat bantuan pendidikan dan tugasan turut menjadi ciri penting dalam pengajaran terancang bahasa Melayu. Penggunaan alat bantuan pendidikan dan tugasan ini adalah bertujuan untuk membantu pengajaran dan melaksanakan matlamat guru dalam pengajaran bahasa Melayu. Manakala tugasan yang diberikan pula perlu disiapkan oleh pelajar di bilik darjah atau di rumah. Justeru, pengembangan pemerolehan bahasa Melayu akan menunjukkan perbezaan bergantung kepada jenis pembelajaran yang digunakan (Danny D. Steinberg,1990: 235). Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran bahasa kedua. Antaranya ialah kaedah nahu-terjemahan, kaedah terus dan kaedah sugestopedia (Zulkifley Hamid,1994: 88,89,90).

Kesimpulanmengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Pengetahuan tentang kedua-dua disiplin ilmu ini dapat membantu guru memahami keperluan pelajar terutamanya dalam menguasai bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam usaha membaiki kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan lebih berkesan sekiranya kesalahan bahasa dapat dikurangkan. Pengaplikasian ilmu sosiolinguistik dan psikolinguistik dalam kehidupan seharian sangat praktikal dan penting. Hal ini memandangkan fungsi komponen bahasa itu yang berperanan penting sebagai alat perhubungan dan perantaraan sesama manusia.Secara umumnya, disiplin ilmu sosiolinguistik dan psikolinguistik amat penting bagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

6