Psikologi

5
7.1 PENGENALAN TEORI MOTIVASI Motivasi adalah merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah lakunya. Ia adalah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minit (Bernard H.W 1965) dalam buku yang di tulis oleh Saedah Siraj,1996.Menurut Saedah Siraj dalam suatu pengajaran dan pembelajaran , ia dianggap sebagai satu unsur penting membolehkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Motivasi yang baik akan mewujudkan satu dorongan yang kuat dan mantap di kalangan pelajar-pelajar untuk terus berminat dengan pelajaran yang disampaikan. Menurut Saedah Siraj(1996),motivasi memerlukan rangsangan-rangsangan yang kuat. Biasanya ia melibatkan dua perkara penting, iaitu insentif dan motif penggerak.Insentif merupakan unsur-unsur yang memberangsangkan seseorang untuk bertindak. Ia sering disampaikan secara ekstrintik. Gaji atau upah adalah insentif kepada para pekerja. Dalam keadaan seperti pengajaran dan pembelajaran, insentif diberikan bentuk markah, gred, penghargaan, tanda-tanda bintang, wang,

Transcript of Psikologi

Page 1: Psikologi

7.1 PENGENALAN TEORI MOTIVASI

Motivasi adalah merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat

mempengaruhi tingkah lakunya. Ia adalah penggerak yang melibatkan proses membangkit,

mengekal dan mengawal minit (Bernard H.W 1965) dalam buku yang di tulis oleh Saedah

Siraj,1996.Menurut Saedah Siraj dalam suatu pengajaran dan pembelajaran , ia dianggap

sebagai satu unsur penting membolehkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif

disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang bermakna,

berfaedah dan menyeronokkan. Motivasi yang baik akan mewujudkan satu dorongan yang

kuat dan mantap di kalangan pelajar-pelajar untuk terus berminat dengan pelajaran yang

disampaikan.

Menurut Saedah Siraj(1996),motivasi memerlukan rangsangan-rangsangan yang kuat.

Biasanya ia melibatkan dua perkara penting, iaitu insentif dan motif penggerak.Insentif

merupakan unsur-unsur yang memberangsangkan seseorang untuk bertindak. Ia sering

disampaikan secara ekstrintik. Gaji atau upah adalah insentif kepada para pekerja. Dalam

keadaan seperti pengajaran dan pembelajaran, insentif diberikan bentuk markah, gred,

penghargaan, tanda-tanda bintang, wang, hadiah,ganjaran,pujian dan sebagainya. Dalam

sistem pendidikan kini, hal-hal seperti ini sering dilibatkan. Walau bagaimanapun,

penyalahgunaan insentif boleh membawa kesan negatif dalam pembelajaran murid-murid.

Mereka mungkin tertumpu kepada hasrat untuk mendapatkan insentif dan bukan menghayati

pembelajaran yang sebenar. Mereka akan sentiasa merasai bahawa pendidikan itu seolah-olah

tiada bezanya dengan usaha untuk mendapatkan gred, unit, agreget, sijil, ijazah atau diploma

dan sebagainya.

Page 2: Psikologi

Saedah Siraj(1996), motif adalah kecenderungan untuk bertindak melakukan sesuatu. Ia

merupakan keinginan-keinginan yang lahir secara semuka jadi dalam diri murid-murid dan

merupakan faktor penggerak yang kuat dalam kegiatan pembelajaran. Motif penggerak ini

dipenggaruhi oleh banyak kemungkinan keinginan dan idaman yang bertugas sebagai kuasa

pendesak gerakerja hidup seseorang itu. Menurut beliau lagi, banyaknya kepuasan atau

gangguan yang dialaminya dalam sebarang situasi ditentukan oleh setakat mana dorongan

dan minatnya dipenuhi atau dihalangi. Motif yang timbul daripada dorongan semula jadi atau

minat yang diperolehi adalah kuasa dinamis yang mempengauhi pemikiran,emosi dan tingkah

laku.

Motivasi untuk belajar juga ditakrifkan sebagai kecendrungan pelajar untuk mendapati

aktiviti akademik yang bermakna dan berbaloi dan cuba mendapatkan manfaat akademik

sebenar daripada aktiviti oleh Jere Brophy (1988) dalam buku yang telah diterjemah oleh

(Norma Saad, Sarimah Shaik Abdullah, Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, Wan Zalina Wan

Din,2012). Banyak unsur yang membentuk motivasi untuk belajar. Ini termasuklah

perancangan,penumpuan kepada matlamat, kesedaran metakognitif terhadap perkara yang

mahu dipelajari dan cara anda merancang untuk mempelajarinya,pencarian aktif maklumat

baharu, tanggapan jelas terhadap maklum balas, rasa bangga dan kepuasan terhadap

pencapaian, dan tiada rasa takut akan kegagalan (Johson & Johson ,1985). Oleh itu,menurut

penterjemah buku psikologi pendidikan, motivasi untuk belajar adalah lebih daripada

kemahuan atau keinginan untuk belajar. Ia juga mencakupi kualiti usaha mental pelajar.

Contohnya, membaca sehingga 10 kali mungkin menandakan kegigihan, tetapi motivasi

untuk belajar juga bermakna lebih banyak berfikir, strategi belajar yang aktif seperti

membunat ringkasan, menghurai idea asas, membuat rangka kerja dengan kata anda sendiri,

melukis peta minda yang menunjukkan perkaitan utama dan sebagainya (Brophy,1988).

Page 3: Psikologi

Memang menyeronokkan jika pelajar kita semuanya bermotivasi untuk belajar tetapi

hakikatnya tidak begitu. Dan, jikapun mereka bermotivasi,kerja sekolah mungkin masih lagi

suatu yang membosankan atau tidak penting bagi sesetengah pelajar. Sebagai guru, kita

mempunyai tiga matlamat utama. Pertama ialah melibatkan pelajar secara produktif dalam

tugasan di kelas ; dengan kata lain membentuk satu keadaan motivasi untuk belajar. Kedua

dan juga merupakan matlamat jangka panjang adalah membentuk satu ciri dalam diri pelajar

yang membuatkan mereka bermotivasi untu belajar supaya mereka berupaya “mendidik diri

mereka sepanjag hayat” (Bandura, 1993, hlmn.136)dalam buku pendidikan psikologi yang

telah diterjemah . Ketiga, kita mahu pelajar kita menjadi terlibat secara kognitif. Supaya

berfikir secara mendalam apa yang mereka pelajari. Dengan kata lain kita mahu mereka

banyak berfikir.

Page 4: Psikologi

RUJUKAN

Saedah Siraj (1996),Motivasi dalam Pendidikan, percetakan cergas(m) sdn.bhd.Kuala

Lumpur

Wollfolk,Anita E ; penterjemah Norma Saad, Sarimah Shaik Abdullah, Sharifah Fazliyaton

Shaik Ismail, Wan Zalina Wan Din (2012), Psikologi Pendidikan, Edisi kelapan