PSIKOLOGI SOSIAL persepsi sosial ; memahami orang lain
Transcript of PSIKOLOGI SOSIAL persepsi sosial ; memahami orang lain
PERSEPSI SOSIAL : MEMAHAMI ORANG LAIN
Persepsi sosial:
Proses bagaimana kita memahami orang lain
Satu proses yang kompleks – kadang kala telahan kita tepat, tetapi ada ketikanya kita gagal
memahami manusia
Bergantung kepada perlakuan dan aspek luaran untuk kita membuat telahan/jangkaan
Kunci kepada perlakuan dan pemikiran sosial
Sumber maklumat utama:
Untuk mengetahui perasaan dan emosi
a. bertanya secara terus – kurang tepat
b. komunikasi non-verbal – komunikasi bukan verbal antara individu yang merangkumi ekspresi wajah, kontak mata serta bahasa tubuh
Komunikasi non-verbal: Saluran Asas
1. Ekspresi wajah sebagai petunjuk emosi
Enam emosi asas – marah, takut, gembira, sedih, terkejut dan tidak suka (menyampah, meluat) (Izard, 1991; Rozin, Lowery & Ebert, 1994)
Tidak universal serta bergantung kepada situasi
Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
2. Kontak mata – pandangan dan renungan
Mata memberikan input tentang individu – aras pandangan, melihat mata, memandang ke atas atau ke bawah, cara renungan, mengelakan pandangan
Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
3. Bahasa tubuh – gestures, postur dan pergerakan
menyerlahkan keadaan emosi
pergerakan anggota tubuh serta postur – kebangkitan emosi
gestures – serlahkan perasaan
Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
4. Sentuhan – reaksi bila disentuh, maksud sentuhan
bergantung kepada siapa menyentuh (rakan, ahli keluarga, orang asing, jantina)
keadaan sentuhan (tempoh masa, lokasi sentuhan)
konteks sentuhan (dalam kelas, tempat awam, pemeriksaan perubatan)
mesej – simpati, ambil berat, marah, dominasi, sayang, keinginan seksual
Memberikan tumpuan kepada petunjuk non-verbal akan membantu kita untuk mengenal pasti tingkah laku kepura-puraan (deception)
Gabungan maklumat non-verbal akan memberikan maklumat yang lebih tepat berbanding hanya satu atau dua saluran sahaja
Wanita lebih cekap dalam menyampai dan mentafsir petunjuk non-verbal – gerak hati/naluri wanita (women’s intuition)
Untuk mengetahui dan memahami orang lain, kita melihat dan mengkaji tret, motif dan niat seseorang menerusi proses mengatribut - mengapa individu bertindak sedemikian….
Menurut Jones & Davis (1965), Theory of correspondent inference:
Penilaian tentang tret seseorang individu dibuat berdasarkan aspek perlakuan atau tindakan yang dipilih secara bebas/rawak mengenai individu tersebut serta kesan yang dihasilkan oleh satu faktor yang spesifik.
Teori Causal Attribution Kelley (1972):
perlakuan berpunca dari sebab dalaman atau luaran
dinilai berdasarkan consensus, consistency, and distinctiveness sesuatu perlakuan
Pendekatan Weiner (1985, 1995)- yang melihat dimensi kestabilan dan aspek kawalan
Kesilapan asas dalam proses mengatribut:
1. Bias perkaitan (correspondence bias)- kecenderungan menyimpulkan perlakuan berdasarkan tret individu, walaupun wujud penyebab yang lain yang berasaskan situasi
2. Kesan pelaku-pemerhati – atributkan perlakuan kita berdasarkan faktor situasi (luaran) dan perlakuan orang lain berdasarkan faktor individu (dalaman)
3. Self-serving bias – atribut hasil positif secara dalaman dan hasil negative secara luaran
Kepentingan memahami proses mengatribut:
1. Membantu individu yang menghadapi kemurungan – yang mempunyai corak atribut yang berlawanan dengan self-serving bias – atribut sesuatu yang positif kepada faktor luaran dan yang negatif kepada faktor dalaman
2. Mengurangkan gangguan seksual (sexual harassment)- melihat pelaku sebagai bersalah tanpa mengira jantina
Pembentukan dan pengurusan penampilan diri:- ramai orang mementingkan penampilan pertama
(first impressions) – meninggalkan kesan yang mendalam
- kajian mengesahkan tanggapan ini- membentuk penampilan perlu menjurus kepada
tret, nilai serta jati diri, dan bukannya kecekapan- Ramai mementingkan aspek pengurusan
penampilan diri
Dua aspek penampilan diri yang utama:
1. Penampilan kendiri – menampilkan diri agar dilihat hebat dan menarik
2. Penampilan orang lain – usaha untuk mengambil hati, memberikan kesan positif kepada orang lain. Perlu berhati-hati agar tidak keterlaluan
Pemahaman tentang beberapa perkara berkaitan persepsi sosial ini akan dapat membantu kita memahami individu lain di sekeliling kita, matlamat utama bidang psikologi sosial.