pspn

18
BBP41402-Perkembangan Kurikulum Dalam PTV (Tn. Hj.Ramlan B.Zainal Abidin!- Isu dalam pelaksanaan kurikulum-isu kefahaman guru terhadap kurikulum, latihan guru, kemudahan fizikal dan peralatan, kemudahan bahan, peruntukan kewangan, peruntukan w pengajaran, medium pengajaran, Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengukuran, penaksiran dan penilaian dalam PLTV. 1.0 Pengenalan . Guru merupakan aset penting dalam melahirkan generasi ang berilmu dan berwaw Tanggungjawab sebagai se!rang guru bukanlah suatu tugas ang mudah, iana mem k!mitment ang tinggi dalam merealisasi harapan negara. Guru Pendidikan Teknik dan V!kasi!nal "PTV# di $alasia adalah tulang belakang negara dalam melahirkan pelajar b!leh dan berupaa menjadi pemimpin dalam masarakat. Pendidikan teknik dan %!kasi!nal "PTV# merupakan satusistem pendidikan ang menediakan latihan kursus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahira lain. V!kasi!nal membawa maksud usaha sesebuah !rganisasi itu bagi melahirkan pel mempunai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk pekerja mahir pada suatu hari nanti "Laught&Lillis, '())#. *ntuk memastikan matlamat ini ter+apai guru-guru PTV mesti memahami kurikulum teknik dan %!kasi!nal. aurgia dengan ini, matlamat serta +ita-+ita ang diduku sistem pendidikan di $alasia dapatdilaksanakan dengan jaana. $elahirkan se!rang pendidikan bagi masa hadapan memerlukan kefahaman matlamat pendidikan ang jelas d 1

description

y

Transcript of pspn

BBP41402-Perkembangan Kurikulum Dalam PTV (Tn. Hj.Ramlan B.Zainal Abidin):-Isu dalam pelaksanaan kurikulum-isu kefahaman guru terhadap kurikulum, latihan guru, kemudahan fizikal dan peralatan, kemudahan bahan, peruntukan kewangan, peruntukan waktu pengajaran, medium pengajaran, Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengukuran, penaksiran dan penilaian dalam PLTV.

1.0 Pengenalan.Guru merupakan aset penting dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah suatu tugas yang mudah, ianya memerlukan komitment yang tinggi dalam merealisasi harapan negara. Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia adalah tulang belakang negara dalam melahirkan pelajar serba boleh dan berupaya menjadi pemimpin dalam masyarakat. Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan kursus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laught&Lillis, 1988).Untuk memastikan matlamat ini tercapai guru-guru PTV mesti memahami kurikulum teknik dan vokasional. Sayurgia dengan ini, matlamat serta cita-cita yang didukung dalam sistem pendidikan di Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melahirkan seorang pendidikan bagi masa hadapan memerlukan kefahaman matlamat pendidikan yang jelas dengan bertonggakkan kepada penghayatan terhadap kefahaman falsafah yang baik. Situasi sama terjadi bagi seorang guru PTV. Era globalisasi pada abad ke 21 ini banyak mendedahkan guru PTV dengan pelbagai cabaran yang dapat dihadapi dan diatasi segera melalui penghayatan falsafah yang baik. Bahkan, rasional untuk menggabungkan falsaah ke dalam program latihan perguruan adalah untuk persiapkan guru berkualiti untuk abad ke 21 (Spooner-Lane, Curtis, dan Mergler,2010).Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) adalah terdiri daripada dua komponen yang berbeza. Komponen yang terkandung di dalam PTV adalah pendidikan teknikal (teknik) dan pendidikan vokasional. Pendidikan teknik adalah pendidikan sebarang bentuk pelajaran yang berbentuk persediaan praktikal, teori di semua peringkat dalam bidang penghasilan dan perkhidmatan manakala pendidikan vokasional adalah sebahagian daripada pelajaran teknik yang direka khas untuk menyediakan pelajar untuk sesuatu bidang pekerjaan (Wan Zulkhairi et.al,2011).Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan salah satu aliran yang diiktiraf atau dikenali sebagai satu sistem yang berperanan untuk membentuk individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seperti yang diingini oleh industri pada masa kini. Ia juga adalah merupakan satu langkah untuk menyokong dan mempergiatkan lagi usaha kerajaan bagi memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran lain. Pendidikan yang mencukupi perlu diberikan kepada golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang kejuruteraan (Lis Christopher et.al,2011 ; Yahya Buntat et.al, 2008)2.0 Misi Pendidikan Teknik dan VokasionalMemperkasa pendidikan teknik dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

3.0Objektif Pendidikan Teknik dan Vokasional(Portal rasmi bahagian pendidikan teknik dan vokasional, 2014)Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan.4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

4.0Sejarah Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia(Khairul Anwar Sharin & Anas Syafik Zulkifli, 2011) Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikankepada lima peringkat iaitu:i. Pendidikan Rendah ii.Pendidikan Menengahiii. Latihan Perguruaniv Pendidikan Teknik dan Vokasionalv. Pendidikan tinggiPenubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah SekolahTeknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknikdi Jabatan Kerja Raya, Jabatan keretapi dan Tanah Melayu dan Jabatan Ukur.

Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buahsekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untukmata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajaran menjadi teras iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga( Khairul Anwar Bin Sharin dan Anas Ayafik Bin Zulikifli, 2011). Pendidikan teknik dan vokasional ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awalnya penubuhan bahagian adalah berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Bahagian teknik dan vokasional telah dinaik taraf dan bertukar nama sebagai jabatan pendidikan teknikal pada 1995.

5.0Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional MalaysiaAtan Long (1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu dipertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah dari segi kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran social bagi membolehkan pelajar untuk berkomunikasi secara positif. Selain daripada itu, Atan juga menekankan aspek vokasional dalam pembentukan kurikulum yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja yang bersesuaina dengan kehendak tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Daripada kedua-dua aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu usaha untuk membentuk pemimpin dikalangan generasi-generasi muda seterusnya memacu kepada pembangunan Negara melalui kemahiran yang dikuasai.Pendidikan teknik dan vokasional merupakan Antara salah satu alternatif dalam sistem pendidikan di Negara kita. PTV bukan sahaja menerapkan kemahiran teknikal namun kemahiran lain yang perlu bagi membentuk pelajar yang lebih berkualiti. Asas kepada perlaksanaan sistem PTV ini adalah pendidikan sepanjang hayat di mana sistem ini juga dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh mahir yang memenuhi rancangan pembangunan perindustrian Negara Kurikulum masa depan seharusnya kearah membebaskan individu kepada kongkongan mata pelajaran sebagai sumber ilmu utama, serta melengkapkan diri dengan kemahiran kognitif, interpersonal dan kecekapan yang tinggi (Ahmad Johari dan Jawi, 2011). Halatuju transformasi program pendidikan teknik dan vokasional ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan penilaian menengah rendah (PMR) yang memperolehi keputusan kurang cemerlang dari segi akademik tetapi berminat untuk menyambung sesi persekolahan dalam bidang vokasional. (Noor Azlina, 2012).

Menurut Aziz Deraman, Syahrul Fahmy M.Naim Yaakub dan A.Aziz Jemain (2002)pendidikan vokasional menyediakan pendidikan yang khusus dan program latihan kepada pelajaruntuk memiliki kemahiran tertentu. Pernyataan ini dipersetujui oleh Nwagwu (2003), semuasistem pendidikan di dunia memberi keutamaan kepada pendidikan vokasional. Pendidikanvokasional dibentuk bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asasvokasional dan teknikal. Objektif penubuhan sekolah vokasional adalah supaya kurikulumsekolah lebih responsif terhadap keperluan guna tenaga dalam pasaran buruh terutama gunatenaga mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin dan Hamdan MohdAli, 2003). Lankard dan Bettina (1994) pula menyatakan kebanyakkan tinjauan mendapatimajikan amat puas dengan graduan yang berlatar belakang teknik vokasional. Sependapatdengan itu, Abdul Hakim (2006) pula menyatakan peluang kerjaya begitu cerah kerana bidangkemahiran sama ada separa mahir ataupun mahir dalam menawarkan bidang pekerjaan yangmenarik, mencabar dan memberi pulangan gaji yang lumayan.

6.0Matlamat Pendidikan teknik dan vokasionalMatlamat pendidikan teknik dan vokasional yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) adalah seperti berikut :i.Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar secara hands-on yang berterusan.ii.Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan industry.iii.Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.iv.Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.v.Menerapkan dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. (Sumber : KPM 2011) Menurut Aziz Deraman, Syahrul Fahmy M.Naim Yaakub dan A.Aziz Jemain (2002)pendidikan vokasional menyediakan pendidikan yang khusus dan program latihan kepada pelajaruntuk memiliki kemahiran tertentu. Pernyataan ini dipersetujui oleh Nwagwu (2003), semuasistem pendidikan di dunia memberi keutamaan kepada pendidikan vokasional. Pendidikanvokasional dibentuk bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asasvokasional dan teknikal. Objektif penubuhan sekolah vokasional adalah supaya kurikulumsekolah lebih responsif terhadap keperluan guna tenaga dalam pasaran buruh terutama gunatenaga mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin dan Hamdan MohdAli, 2003). Lankard dan Bettina (1994) pula menyatakan kebanyakkan tinjauan mendapatimajikan amat puas dengan graduan yang berlatar belakang teknik vokasional. Sependapatdengan itu, Abdul Hakim (2006) pula menyatakan peluang kerjaya begitu cerah kerana bidangkemahiran sama ada separa mahir ataupun mahir dalam menawarkan bidang pekerjaan yangmenarik, mencabar dan memberi pulangan gaji yang lumayan.7.0Cabaran-cabaran sebagai guru Pendidikan teknik dan vokasionalCabaran 1: Penyediaan dan Latihan Guru PTV yang mencukupiCabaran utama adalah untuk mendapatkan tenaga pengajar yang mencukupi, berkelayakan danberpengalaman bagi melaksanakan program PAV secara berkesan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan mungkin terbengkalai begitu sahaja. Guru menjadi tunjang kepada sistem pendidikan, pelaksana segala dasar, dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Justeru , bidang perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah Negara. Guru menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran dalam pendidikan formal (Saedah & Mohmammed Sani, 2012)

Cabaran 2: Proses Pengajaran dan Pembelajaran PTV Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan yang boleh membawa kepada perubahan seseorang individu. Pada zaman moden ini guru bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guru memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi dengan rapi untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya (Yahya & Lailinanita, 2011). Pengajaran kemahiran social dan nilai-nilai social (kemahiran bukan kognitif) perlu diterapkan kepada pelajar di sambaing kurikulum yang sedia ada, supaya mereka jelas pengintegrasian dalam tugasan teknikal di samping kerja amaliPengajaran kemahiran sosial dan nilainilai bagi membolehkan mereka membuat jangkaan terhadap kerjaya masa depan sepertimana diutarakan Ramlee dan Rohana (2013). Melaui strategi pengajaran, pelajar digalakkan untuk memahami, menemui, menganalisis, mensintesis isu-isu atau cabaran (Krathwohl, 2002)Guru-guru pendidikan vokasional perlu memberi tumpuan kepada program PTV. Ini adalah kerana menurut laporan rasmi dari bank dunia dan UNESCO, mendapati guru-guru vokasional di Negara-negara membangun , terutamanya di rantau ini Southeat Asian, sering tidak memenuhi tuntutan dunia kerja. Mereka kekurangan kemahiran pedagofi pemindahan pengetahuan yang berkesan. Oleh itu, sebahagian besar pembelajaran pelajar menjadi pasif, tidak membantu dalam meningkatkan kecekapan profesionalismenya (Dadang Kurnia & Ilhamdaniah, 2013). Ini selari dengan pandangan Derek Cheung (2001); dan Zohar, Degani dan Vaaknin (2001) menyatakan bahawa banyak percubaan dalam perubahan pendidikan telah gagap kerana aspek penguasaan terhadap kandungan subjek yang diajar, strategi pengajaran di bilik darjah dan kemahiran dalam penguasaan alatan teknologi dalam kalangan guru tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Cabaran 3: Penyediaan Sumber, Bahan dan Peralatan PTV PTV tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran secara teori sahaja tetapi melibatkan aktiviti amali. Aktiviti amali dijalankan di bengkel/bilik-bilik khas kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu proses aktiviti amali (Nor Azeania & Supli Effendi, 2010). PTV perlukan suasana pembelajaran yang kondusif dan lengkap dengan peralatannya serta bengkel/bilik-bilik khas. Pihak pentadbiran sekolah dan guru PTV perlu memastikan keadaan bengkel /bilik-bilik khas adalah kondusif serta selamat sepanjang proses pdp berlaku.Menurut Azizi dan Jesmin (2008), peralatan dan kemudahan fizikal adalah faktor penting yang perlu dititikberatkan dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin. Jika sesebuah pusat kemahiran tidak mempunyai fizikal yang lengkap, ini turut mempengaruhi keberkesanan program-program yang dijalankan. Keberkesanan sesuatu program turut tergendala atau terganggu kerana persekitaran dan suasana yang tidak selesa dan tidak teratur. Oleh itu kepentingan aspek kemudahan dalam proses pembelajaran memainkan peranan yang utama bagi keberkesanan. Kelengkapan bengkel merangkumi alatan tangan dan mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal yang mempunyai jangka hayat tertentu. Bengkel dan peralatan merupakan elemen penting dalam pdp bercorak latihan kemahiran terutamanya yang melakukan kerja amali (Siti Atiqah, 20018). Ia selari dengan pandangan Nurasyikin dan Norja Khairayarani, (2011) bahawa bengkel yang diuruakan dengan baik dan sistematik akan membantu proses pdp. Ia bersesuaian dengan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pdp.

Cabaran 4: Sistem Penilaian dan Pentaksiran PTVPendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, keterampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan ini berupaya berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azreen, 2011). Kesan perubahan kurikulum baru, membawa kepada peningkatan latihan dalam institusi pendidikan KPM perlu menyediakan satu ruangan untuk para guru meningkatkan profesionalisme di samping meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan sistem pentaksiran yang baru. Perubahan ketara dalam melaksanakan pentaksiran PTV tanpa SPM memperlihatkan satu lagi inovasi dalam pendidikan. Justeru, pentaksiran untuk pdp mestilah secara berterusan bagi memastikan setiap pelajar memahami dan menterjemahkan kehendak tugasan. Melalui pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik (Reeves, 2000; Noor Azreen & Sulaiman, 2012; & Ramli Rashidi, 2013).

8.0Kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kepentingan pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk membantu pelajar bagi menghadapi masalah pekerjaan setelah tamat persekolahan. Malah didapati kemampuan bekerja bekas pelajar vokasional lebih baik berbanding dengan individu yang tidak mempunyai latihan vokasional. Ini kerana latihan vokasional yang diterima dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu bekerja (Ramli et.al,2007).Transformasi Pendidikan Vokasional kini banyak memberi penumpuan secara mendalam berkaitan sesuatu kemahiran bersesuaian bagi tujuan memahirkan pelajar di samping akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Latihan industri juga diperkenalkan pada beberapa peringkat pengajian, iaitu asas pendidikan berasaskan pengeluaran selama sebulan, diikuti tambahan tiga hingga enam 6 bulan untuk praktikal di syarikat industr memenuhi keperluan dari segi keupayaan intelek, minat dan cita rasa pelajar. Keadaan ini menyebabkan tahap kecekapan, mutu dan kemampuan yang mereka perolehi mampu memberi keyakinan kepada bakal majikan untuk menerima mereka bekerja. Kurikulum Pendidikan kini juga menekankan bidang komunikasi dan pengurusan kerana kajian menunjukkan bahawa bekas pelajar bermasalah pembelajaran memiliki tahap kemahiran komunikasi dan motivasi yang rendah yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan. Kegagalan berkomunikasi dengan adalah berpunca daripada kegagalan mereka untuk berkomunikasi dalam masyarakat di samping ketidakupayaan melakukan tugas dengan berkesan seperti orang normal (Ramlee et al. 2007; McConkey 2001; Dayang 1997; Smith 1995; White 1992).Salah satu fakta berhubung pengangguran yang harus diberi penekanan di sini ialah: 60 peratus daripada jumlah penganggur di Malaysia terdiri daripada mereka yang berpendidikan menengah, manakala peratusan penganggur yang berpendidikan tertiari pula merekodkan 27.3 peratus.

Pada tahun 2012, terdapat 7.3 juta (7,321,900) tenaga buruh berpendidikan menengah di pasaran buruh, iaitu 55.8 peratus manakala 3.2 juta (3,197,600) tenaga buruh berpendidikan tertiari. Dengan meneliti trend sejak tahun 2002 sehingga 2012, biarpun telah menjejak tahun millennium, bilangan tenaga buruh yang berpendidikan menengah sentiasa mendahului tenaga buruh yang berpendidikan tertiari. Fakta ini bukan sahaja menggariskan realiti bahawa pendidikan penggajian tinggi masih tidak berleluasan berbanding pendidikan menengah dalam Negara ini, malahan membayangkan ketidakmampuan pihak kerajaan dalam mengekalkan dan menarik bakat tempatan, mahupun bakat asing untuk menyumbang kepada tanah air.

Sebagai jalan penyelesaiannya, KPRU berpendapat, pendidikan vokasional dan teknik, khususnya pada peringkat pengajian tinggi harus diumumkan dan dipopularkan bagi melahirkan golongan yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja yang cemerlang dalam akademik. Pengamatan KPRU mendapati bahawa Negara ini memerlukan lebih banyak tenaga buruh yang berkemahiran tinggi lagi profesional, bukan hanya bagi memenuhi permintaan pasaran tetapi sebagai pendorong bagi memacukan pembangunan Negara menghala kepada wawasan Negara berpendapatan tinggi.

Dukacitanya, Malaysia ketinggalan dari segi enrolmen pendidikan vokasional di perungkat global, walaupun menyaksikan perubahan pendidikan vokasional semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional dilancarkan pada 6 Januari 2012, di mana 15 sekolah menengah vokasional dinaik taraf kepada Kolej Vokasional. Transformasi Pendidikan Vokasional ini dikatakan bertujuan merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada, dengan meliputi Pendidikan Asas Vokasional (PAV), Kolej Vokasional (KV) serta Pendidikan Teknikal (PT).[5]

(Kajian Politik Untuk Perubahan,2014) Menurut maklumat dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat sejumlah 78 buah kolej vokasional, 9 buah Sekolah Menengah Teknik, dan 4 buah Institut Latihan Kemahiran Swasta di seluruh Negara. Namun, bilangan institusi-institusi vokasional ini jelasnya tidak dapat menampung permintaan masyarakat, apatah lagi menyumbang untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar agar menjadi tenaga mahir, dan sejurusnya menyelesaikan masalah pengangguran belia. Hal ini turut diakui Timbalan Perdana Menteri, Yan Sri Muhyiddin Yassin yang turut merangkap jawatan Menteri Pendidikan, bahawa langkah segera perlu diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 yang dikatakan bercita-cita tinggi masih gagal meletakkan tumpuannya pada meningkatkan status pendidikan vokasional dan teknik. Pada pendapat KPRU, usaha utama sekali yang harus diambil adalah memasukkan pendidikan vokasional ke dalam sistem pendidikan arus utama, bukan sekadar sebagai sistem pendidikan alternatif. Kepentingan pendidikan vokasional harus diiktirafkan dan dikenali sebagai institusi pengajian mustahak dalam melahirkan tenaga mahir. Dengan ini, persepsi masyarakat terhadap sekolah teknik atau vokasional bahawa ia hanya bagi pelajar yang tidak cemerlang atau sederhana dalam akademik dapat diperbetulkan.9.0Halatuju PTVCabaran sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) pada hari ini adalah cukup besar. Masyarakat telah meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada institusi-institusi pendidikan berteraskan PTV untuk melahirkan bukan sahaja individuberilmu malah menguasai teknologi dan pelbagai kemahiran generik, serta berkebolehanuntuk bersaing di peringkat global. Realitinya, impak globalisasi terhadap sistempendidikan negara telah membawa kepada transformasi dan tuntutan baru dalam sistemPTV. Mohamed Rashid (2002) mengakui bahawa PTV pada masa kini akan berhadapandengan cabaran globalisasi baru yang memerlukan paradigma dan perubahan yang lebihberinovasi agar mampu melahirkan modal insan berminda kelas pertama (Mohd Zul Fadly et.al, 2011). Transformasi PTV memerlukan hala tuju yang jelas bagi memastikankesempurnaan pelaksanaanya sebagai proses berterusan dalam menjana intelek, akhlakdan potensi individu yang mempunyai keperibadian luhur dari segi jasmani dan rohani.Penetapan misi dan visi menerusi pelan strategik PTV memerlukan proses transformasi pendidikan yang dirancang secara lebih berfokus, berinovasi, serta mengaplikasikanpendekatan yang bersifat sejagat. Pendekatan bersepadu dan menyeluruh ini perlu mengimplimentasikan konsep pendidikan seperti yang diutarakan oleh Tajul Ariffin(1993). Menurut beliau, pembinaan pendidikan perlu berpaksikan kepadakesinambungan yang lebih bermakna ke arah mewujudkan insan yang kamil denganmenggabungkan penghayatan ilmu, iman dan amal. Perkara ini seterusnya mampumencetuskan pemikiran yang membawa manusia kepada mengenal dan semakinmendekati Tuhan yang menciptanya. Melihat kepada kepentingan transformasi pendidikan yang meruanglingkupkandimensi kerohanian sebagai intipati dalam memperkasa institusi pendidikan, maka alternatif dua teras dan satu destinasi dijadikan sebagai wadah dalam proses merancang pelan transformasi strategik PTV ke arah pembangunan sejagat. Dua teras yangditekankan adalah teras spiritual yang mendasari falsafah ketuhanan serta teras kognitif yang berpaksikan kepada intelektual dan praktikaliti. Implimentasi kedua-dua teras iniakan membentuk sistem PTV yang universal dan mampu membimbing manusia untuk mengenal hakikat diri ( self-actualization) . Potensi mengenal hakikat diri ini akan menjadi asas kepada proses pembangunan manusia secara menyeluruh (Rohana, 2010).Pendidikan aliran vokasional kini semakin diminati dan menjadi asas kepada pelajar menceburi bidang kemahiran tinggi seiring hasrat Negara menyediakan 40 peratus pekerja mahir dalam industry menjelang 2020. Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak jun tahun lalu dan pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa, pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat. Persepsi terhadap pendidikan aliran vokasional dalam kalangan ibu bapa dan pelajar juga berubah kepada positif dengan transformasi itu. Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di Kolej Vokasional semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya yang baik (Berita Harian, 2013)

10.0PenutupDalam merealisasikan Negara maju 2020, peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional amat penting. Tenaga mahir akan dapat dilahirkan di Negara kita , tetapi ianya memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam menjayakan sistem pendidikan teknik dan vokasional. Usaha ni tidak akan berjaya kalau pihak guru dan belajar tidak bersungguh dan merebut peluang tersebut. Guru PTV juga mesti memiliki tekad untuk mengajar para pelajar dengan baik dan berkesan, agar pelajar yang dibentuk nanti akan menjadi pelajar cemerlang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang berkualiti . Justeru , Negara akan menjadi sebuah negara yang unggul di mata dunia.

RujukanAbd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai Nilai Murni dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan.Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1986).Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi kedua. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang. Azlan Loti (2003). Masalah Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Tawau.Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Badrul Hisham Md. Noh (2003). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Pencapaian Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Pelajar di Sekolah Menengah Harian Berbanding Sekolah Menegah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), Buku Penerangan Kurikulum BersepaduSekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Laporan Jawatankuasa PusatPerkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.Zainuddin (2004). Tahap Masalah Dalam Pelaksanaan Mata Pelajaran Membuat Perobot Sekolah Menengah Akademik Terpilih Bagi Negeri Johor , Melaka Dan Negeri Sembilan Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda1