PSS

download PSS

of 5

Transcript of PSS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGANTAR SAINS SOSIAL (AT 10103)

SOALAN: APA ITU KAJIAN KUANTITATIF? ADAKAH KAJIAN KUANTITATIF LEBIH SAINTIFIK DARIPADA KAJIAN KUALITATIF?

TUTOR: CIK NOOR ZAIMAH BINTI ADNAN

NAMA 1.BADRUL HISHAM BIN JUHARI

NO. MATRIK BA1160547

APA ITU KAJIAN KUANTITATIF? -Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). -ialah usaha membentuk prinsip dan peraturan yang umum. Kuantitatif mengandaikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atu tidak berkaitan dengan individu. Istilah lain nomothetic. Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angkaangka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Bagaimana menjalankan penyelidikan kuantitatif?

-Dalam kaedah ini, penyelidik kerap mengumpul data daripada sejumlah besar individu. Tinjauan akan dilakukan kepada sejumlah besar individu atau menggunakan jadual temu bual berstruktur. -Terdapat dua jenis data yang akan anda dapat dalam kajian ini, iaitu datu primer dan data sekunder. Data primer ialah data asli yang dikumpulkan untuk menjawab soalan penelidikan. Ia juga kerap dikumpulkan sebagai data mentah (raw data) sebelum ianya dikumpulkan, dianalisis, dan ditafsir. Data sekunder pula ialah data lain yang dikumpulkan bagi tujuan menjawab soalan penyelidikan yang lain. Penggunan data sekunder perlu bagi menjimatkan masa kerja dan kos penyelidikan.

Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif:

1. Kategori pemboleh ubah boleh dilabelkan dan terkandung dalam nilai angka.

2. Penyelidik menggunakan deductive approach atau pendekatan berdasarkan pertimbangan dalam merangkan satu penyelidikan. 3. Kerap menggunakan sejumlah sampel yang besar dalam soal selidik serta mudah dikendalikan. -Keputusan hasil kajian dipersembahkan dengan kuantiti atau statistik. KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF.

a) Penyelidikan Tinjauan Penyelidikan tinjauan adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Persoalan dalam kajian tinjauan sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan, dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan mungkin memerlukan pendapat atau sesuatu yang sensitif. Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang besar. Ia melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung, temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk mendapatkan satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan. Dengan yang demikian, strategi penyelidikan tinjauan adalah lebih sesuai apabila kajian bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai ciri ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan melalui satu sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang populasi yang dikaji.

b) Persampelan -Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak langsung. -Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok. Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji" dan sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi. Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel berkelompok. c) Eksperimen Dalam eksperimen saintifik, subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai satu uji kaji. Kelompok uji kaji itu menerima rawatan' dan keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan. Dalam dunia sebenar, sering kali mungkin tidak menjalankan penyelidikan uji kaji yang sebenar kerana kesukaran untuk mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan syaratsyarat kunci pembolehubah (seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan sebagainya). Sebaliknya, rekabentuk separa-eksperimen digunakan oleh penyelidik. Contohnya, terpaksa mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-sampel yang rawak. ADAKAH KAJIAN KUANTITATIF LEBIH SAINTIFIK DARIPADA KAJIAN KUALITATIF? Bagi pendapat saya, kajian kuantitatif lebih saintifik berbanding kajian kualitatif. Hal ini adalah kerana kajian kuantitatif mengutamakan ketepatan dan ketilitian dalam membuat kaji selidik yang mana bersesuaian dengan maksud saintifik itu sendiri.

Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel kajian. Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai. Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.