psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

24
Pengenalan Sejarah seni adalah satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang telah berlaku pada masyarakat terdahulu.Ianya melibatkan kehidupan,budaya,aktiviti,tempat,situasi dan masa.Dalam proses mempelajari sejarah seni ini ianya tidak akan lari daripada melibatkan faktor-faktor uatam seperti masa,budaya,tempat dan situasi.Selain daripada faktor-faktor tersebut,sudah semestinya melibatkan tokoh dan karya yang telah mereka hasilkan.Michelenglo misalnya terkenal dengan hasil karyanya seperti Madonna and Child,Adam Creation dan banyak lagi hasil seninya yang masih lagi menjadi rujukan sejarah dan juga pelukis serta pereka pada masa kini. Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang perkembangan seni pada awal penemuan hinggalah sekarang amat penting sekali.Daripada situlah kita dapat mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti dan perkembangan sesuatu masyarakat itu.Contohnya pada zaman Impressionist, karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John Constable,Monet boleh dikatakan menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman keindahan alam semula jadi yang begitu natural sekali digambarkan.Begitu juga dengan catan gua batu yang terawal ditemui di Lascaux Cave di kawasan selatan Perancis.Catan gua dipercayai dihasilkan di antara 15,000-10 000 tahun sebelum Masihi iaitu di penghujung zaman Paleolitik.catan ini adalah gambaran sekumpulan lembu yang sedang bergaduh,yang berukuran kira-kira 18 kaki tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan batu di atas permukaan gua tersebut. Andy Warthol misalnya dalam hasil-hasil karyanya begitu optimis sekali

description

karya dari pelbagai budaya dan pengenalan dari setiap budaya mengenai sejarah seni

Transcript of psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Page 1: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Pengenalan

Sejarah seni adalah satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang

telah berlaku pada masyarakat terdahulu.Ianya melibatkan

kehidupan,budaya,aktiviti,tempat,situasi dan masa.Dalam proses

mempelajari

sejarah seni ini ianya tidak akan lari daripada melibatkan faktor-faktor

uatam

seperti masa,budaya,tempat dan situasi.Selain daripada faktor-faktor

tersebut,sudah semestinya melibatkan tokoh dan karya yang telah

mereka

hasilkan.Michelenglo misalnya terkenal dengan hasil karyanya seperti

Madonna

and Child,Adam Creation dan banyak lagi hasil seninya yang masih lagi

menjadi

rujukan sejarah dan juga pelukis serta pereka pada masa kini.

Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang

perkembangan seni pada awal penemuan hinggalah sekarang amat

penting

sekali.Daripada situlah kita dapat mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti

dan

perkembangan sesuatu masyarakat itu.Contohnya pada zaman

Impressionist,

karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John Constable,Monet boleh

dikatakan

menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman keindahan alam

semula jadi

yang begitu natural sekali digambarkan.Begitu juga dengan catan gua

batu yang

terawal ditemui di Lascaux Cave di kawasan selatan Perancis.Catan gua

dipercayai dihasilkan di antara 15,000-10 000 tahun sebelum Masihi iaitu

di

Page 2: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

penghujung zaman Paleolitik.catan ini adalah gambaran sekumpulan

lembu

yang sedang bergaduh,yang berukuran kira-kira 18 kaki tinggi yang

dihasilkan

dengan menggunakan batu di atas permukaan gua tersebut.

Andy Warthol misalnya dalam hasil-hasil karyanya begitu optimis

sekali

menggambarkan tentang pop dan kontemporari imej.Beliau juga boleh

dikatakan

sebagai pelukis yang amat Berjaya dalam zaman Pop Art ini.Imej-imej

seperti

Elvis Presley dan Marilyn Monroe dijadikan sebagai subjek yang utama

bagi

menghasilkan karya-karyanya.Beliau jiga telah mengeksploitasikan imej-

imej

tersebut secara maksimum.Dari lewat hasil karya beliau boleh dijadikan

kesimpulan bahawa unsur-unsur persekitaran dan imej-imej yang popular

di

zaman itu juga sangat kuat dalam mempengaruhi perkembangan dan

penghasilannya.

Seni Pada Zaman Pra Sejarah

Menurut Sarah P dan Duane,P (1995) di dalam buku mereka memberikan

tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah merupakan rakaman peristiwa

tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau.Rakaman peristiwa

dan aktiviti yang berlaku itu

terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang berbeza.Zaman Pra Sejarah

ini

terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman Peleolitik(35 000-

8000

Page 3: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

sebelum Masihi),Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi) dan

Zaman

Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).

Pada zaman Paleolitik,mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri

dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk

digantungkan di leher dan di telinga.Di samping itu juga mereka juga mula

melakar dan melukis di dinding-dinding gua batu sebagai ritual

kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti

pemburuan.Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui

adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian

Selatan

Perancis.Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang terawal ditemui

juga di

Gua Altamira di Utara Sepanyol.

Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini

ialah bison,mammoth,ibex dan kuda.Terdapat juga imej figura manusia

digunakan tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja

berbanding dengan subjek-subjek utama.Selain daripada catan pada

zaman ini

juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan

batubatu

dan juga tulang-tulang binatang.Contoh arca yang terawal ditemui ialah

“Venus of Villendorf”.

Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua

yang mereka diami.Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama

dengan zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.Pada zaman

Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun

terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-

catan yang dihasilkan menggunakan warna.Mereka telah mula

menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan

Page 4: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

galian.Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan

arca-arca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk.

wanita.Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi

kepercayaan

mereka.Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat

binaan

yang bersaiz besar.Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu

peringatan.

Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain,Wiltshire di

England.

Seni Pada Zaman Renaissance

Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula

seni dari zaman Yunani dan zaman Rumawi.Seni dari zaman Renaissanse

ini juga

merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman

Pertengahan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini

melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam

Bibble(keagamaan), mitologi, seja rah ,potret dan juga tubuh badan

manusia.Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu

Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan Renaissance, dan Zaman

Akhir Renaissance.Pada zaman awal Renaissance,Giotto di Bonde adalah

perintis serta pembawa laluan kebankitan ini.Beliau juga merupakan

seorang pelukis yang menghasilkan karya berdasarkan kepada perasaan

dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku manusia.Di dalam karya-

karyanya beliau banyak menggunakan unsur

cahaya,ruang,mood suasana semula jadi yang realistic.

Dalam karyanya yang berjudul ‘ Lantation’ yang dilukiskan pada

dinding di

Page 5: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Padua Arena Chapel,Itali pada sekitar tahun 1305.Dia menggunakan

fresco.Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan.Pelukis lain yang

terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi

ataupundikenali sebagai Sandro Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai

Master of Mythology .Di antara karyanya yang terkenal ialah ‘The Birth of

Venus’ yangdihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya

adalah kanvas linen. Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah

merupakan zaman kemuncak seni di Itali.Pada zaman ini,corak

persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman

kebangkitannya.Namun,pada zaman ini,pengkaryanya begitu

memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan

kesempurnaan.

Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman

kegemilangan Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau

meruakan seorang seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau

juga

dikenali sebagai ahli sains,pengarca,pereka,penganalisis dan arkitek.Tidak

hairan beliau juga dikenali sebagai “uomo universal” kerana

kepintarannya dan

selain itu dikenali sebagai “Master of All Sciences”.Beliau juga adalah

merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali.Di antara

karyanya

yang terkenal ialah Mona Lisa.

Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan,arca,dan seni

bina menjadi fokusutama dalam zaman ini berdasarkan kepada

keagamaan,mitologi dan potret.Di segi penggunaan bahan dan

bahantaranya juga masih sama iaitu cat minyak,kanvas linen,fresco dan

marble bagi penghasilan karya.Pelukis dan pengarca yang terkenal pada

zaman ini ialah Michengelo Buonarroti.Di antara karya-karyanya yang

terkenal ialah ‘The Creation of Adam’ yang dihasilkan dengan

Page 6: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

menggunakan fresco.Catan ini berbentuk mural yang dilukiskan oleh

beliau pada siling gereja .Selain itu beliau juga menghasilakan arca

menggunakan teknik pahatan(carving).Di antara arcanya adalah bertajuk

‘David’ yang menggambarkan tentang seorang lelaki

gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian.

Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang

seni yang sma pentingnya.Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh

gaya zaman Gothik.Dalam reka bentui terikat kepada peraturan

matematik di mana ketepatan dan juga keseimbangan amat diberi

perhatian.Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah yang

bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini.Contohnya juga seperti

Villa Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang dibina pada tahun

1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah merupakan satu reka

bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya Roman dan Greek

dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada zaman

tersebut. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman

Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada keunikan dalam

sejarah seni barat.Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan

sejarah seni yang terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya.

Sejarah Seni Oriental

China

Seni Tembikar China

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud

sejakpada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri

chinamerupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar.

Kebanyakantembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri

tersebut. Jelasnya,negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang

Page 7: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

merupakan antara yangterbaik di dunia. Pada awalnya, kebanyakan

tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila

beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasumasih kekal tetapi ciri-

ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagaicontoh, tembikar

zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahandengan

perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan

glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Seterusnya, tembikar

ZamanWangsa Han, menggunakan Glaze kelabu kekuningan yang

diperbuat dari timahhitam dan copper oxide.

Seni Tembaga China

Seni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa

Shang.Kebanyakan kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan

rumah danperalatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-

bentuk tembikar. Padaakhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan

bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana

berasaskan bentuk binatang yanglazim digunakan adalah untuk kegunaan

harian dan istiadat keagamaan.Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori

iaitu Ding, alat untuk mengisi arak,alat untuk mengisi makanan, alat untuk

mengis air, alat muzik, senjata untukpeperangan, pengukur, cermin

gangsa dan peranti yang lain. Salah satu polayang paling umum dari

gangsa, adalah ³taotie´, juga dikenali sebagai wajahhaiwan seperti naga,

harimau, rusa, burung dan lain-lain lagi. Tembaga jugadigunakan dalam

ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah sepertilampu,

peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.

Catan China

Catan ChinaSebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan

dikembangkan dari 4000sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini

dijangka telah dikembang.

Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran diata

Page 8: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

s kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya,

catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi

dankebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme

danConfucianisme.Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang

berunsurkankeagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga

cerita daripadakehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut.

Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri

pemandangan untuk menghasilkanlukisan-lukisannya. Sebagai contohnya,

lukisan bunga dan burung telahdipisahkan untuk membentuk sebuah

genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-

9. Pelukis kerap menggunakan  bunga , buah- buahan, seranggadan ikan

sebagai subjek matter.Catan Cina biasanya menggunakan media seperti

berus dan kerta China.Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri yang

tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih kurang sama dengan

berus biasa yang digunakan olehpelukis untuk lukisan cat air di negara

barat yang lain. Berus China ini pulamempunyai bulu yang lebih halus

berbanding dengan berus barat pada masa itu.

Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan oleh para

pelukis iaitu,Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus

cakar dan saiznyakecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan

bunga-bunga. Lan YuChu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan

juga buluh. Media lain iaitu,kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri

seperti lertas itu dicipta dandiperbuat daripada pelbagain bahan seperti

kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan.Sebenarnya, kertas yang berbeza

mutu menghasilkan keputusan yang berbeza.Kertas yang kasar menyerap

air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat menyerap

air dan dakwat. kertas China biasa dikenali sebagai ‘ricepaper´ dalam

bahasa Inggeris.

Dalam penggunaan warna pula, carapenggunaan warna di China

berbeza berbanding dengan cara penggunaanwarna di Barat. Warna yang

Page 9: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

digunakan di negara China biasanya pudar sahaja.Hal ini kerana tujuan

warna yang digunakan pada masa itu bukan digunakanuntuk

menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan

untukmenunjukkan ciri-ciri objek tersebut.Di samping itu, terdapat banyak

perlambangan dalam catan China.Perlambangan dan falsafah ini

mempunyai makna yang tersendiri danmerupakan perlambangan bagi

setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan gunung, Qi, atmosfera dan hsing,

bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul

dalam sesebuah catan Cina.Gunung berlambangkan kesuburan,

keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan

dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. 

Awan cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap

menimbulkan suasana kemuraman. Pokok besar seperti ru dan  pine

membawa

maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh pula

melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu

menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim

luruh manakala pokok plum blossom

melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan pula melambangkan

pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan

status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya biasa sahaja.

Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai  pula

melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses

penghasilan catan China, terdapat beberapa falsafah dalam

penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud,

mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi mempertingkatkan mutu

catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan

berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus

cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya.Falsafah seterusnya

adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai. Falsafah inibermaksud

sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta

Page 10: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

Jikasetiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka

sendiri,maka,lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.

India

Kebanyakan hasil karya dari India adalah bermotifkan figura manusia serta

ada unsur-unsur flora dan fauna. Zaman perkembangan seni oriental Indai dapat

dibahagikan kepada empat peringkat iaitu zaman tamadun Harappa, zaman vedik,

zaman awal Buddha dan seterusnya zaman india islam. Seni India biasanya

mempunyai kaitan dengan agama  dan dikatakan mampu menyumbang kepada

pembangkitan spiritual, intelektual melalui proses meditasi yang mampu mengawal

pemikiran jiwa dan tubuh badan.

Tamadun Harappa merupakan Tamadun India yang tertua berdekatan dengan

Sungai Ravi di utara India. Selain daripada itu tamadun India juga mempunyai

tamadun lain selain tamadun Harappa iaitu Mohenjo daro.Tamadun Harappa

terkenal dengan arcanya. Contohnya seperti acuan cap kerajaan Harappa yang

berukuran 2 inci diperbuat daripada batu yang diukir. Kemudian corak-corak Harappa

yang lain-lain hasilkan melalui tanah liat yang diukir. Selain itu arca yang diperbuat

daripada kuprum, berbentuk  perempuan juga dibina yang melambangkan tuhan ibu

yang dianggap membawa kesuburan.

Kisah Zaman Vedik bermula iaitu pada tahun 1750 harappa didatangi oleh

pendatang Nomad dari Iranian. Kaum ini dipanggil kaum Aryan. Era kaum Aryan ini

dipanggil zaman vedik. Pada zaman ini munculnya kitab kaum Aryan yang dipanggil

kitab veda.Kedudukan kaum Aryan terbahagi mengikut kasta dan peraturan juga

digubal bagi menjaga keharmonian dan keamanan.Kaum Aryan percaya kepada

hukum karma.

Pada Zaman agama hindhu Buddha, hasil seni tampak yang terkenal ialah

arca. Arca hindu Buddha yang terkenal ialah loving couple yang menunjukkan

pasangan kekasih yang penuh dengan sifat-sifat yang mempamerkan kasih sayang.

Selain itu arca patung Buddha juga diperbuat dalam keadaan duduk dan berdiri.

Page 11: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Kedudukan ini bergantung kepada kepercayaan pengganut Buddha iaitu apabila

patung itu dalam keadaan berdiri ia memberi makna rehat yang membawa

ketenangan. Manakala apabila patung itu dalam keadaan duduk ia membawa

kepada meditasi. Posisi tangan Buddha amat penting ia membawa kepada maksud

rehat dan ketenangan. Selain itu seni bina stupa juga terlihat pada zaman ini. Antara

stupa yang terkenal ialah great stupa di sanchi.

Zaman Hinduisme Mempunyai hasil seni yang berkaitan dengan dewa-dewa

seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Mengikut keprcayaan hindu Brahma dianggap

pencipta, Vishnu sebagai pemulihara dan siva sebagai pemusnah. Kebiasaannya

dewa Vishnu dijadikan sumber inspirasi untuk karya seni  kaum hindu dan dipuja

ketika upacara sembahyang dan berdoa.  Dipercayai dewa Vishnu mempunyai isteri

bernama Sri Lakhsmi. Kuil hindu banyak dibina hasil dari ilmu seni dan seni bina. 

Contohnya seperti kuil durga dan Kandariya Mahadeva

Apabila agama Islam mula tersebar, banyak penganut agama hindu yang

telah memeluk islam. Pada masa itu ada perbalahan antara kaum muslim dan

penganut hindu. Oleh itu putera hindu telah mengurangkan kuil-kuil utara india.

Oleh sebab ini banyak penganut hindu yang memeluk islam dan menjadi india

muslim. Karya-karya berteraskan Islam juga turut dihasilkan. Tetapi masih

mempunyai unsur-unsur seni india. Contoh seni bina pada zaman ini ialah Taj Mahal

yang telah dibina oleh Shah Jahan khas untuk isterinya yang tercinta iaitu Muntza

Mahal. Taj Mahal ini telah banyak menerapkan unsur seni islam dan juga seni india

(Mughal) Di pintu masuk Taj Mahal dihiasi dengan ayat Quran dan corak-corak

arabes. Karya seni Mungal/Mughal juga dapat dilihat pada zaman ini.  Datuk kepada

Shah Jahan ialah orang yang pertama menghasilkan karya seni mungal. Seni

mungal lebih kepada 2 dimensi dan tidak menitik beratkan fom yang boleh

menjadikan sesuatu karya itu seperti rupa sebenar. Catan manuskrip agama hindu

yang telah terhasil pada zaman ini dipanggil rajput. Ia lebih kepada abstract. Ia

bermotifkan kerajaan yang berdikari dan mempunyai peraturan yang mengawal

rakyat.

Sejarah Seni Di Malaysia Sebelum Dan Selepas Merdeka

Page 12: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan

Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina

atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora

dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-

lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat

Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan

genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner

dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah

terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan

pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,

Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan

Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang

telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah

berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima

pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Pada mulanya

penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus

tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam

kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik

mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi

pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang

Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan

Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang

mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah

pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He

Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan

Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.

Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan

laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis

tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat

Page 13: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Peniagaan Eropah. Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh

1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri

daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa

Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis

tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua

orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung

dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan

beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang

jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis

Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan

mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di

Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang

pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis

pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus

Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata

pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek

Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat

bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan Pelajaran yang

digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi

tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan

menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke

dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga.

Buku teks yang digunakan ialah ’Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr.

W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih

membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya.

Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya

adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja

yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola

tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih

untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat. Pada

Page 14: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni

Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan

Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-

pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksanaan pameran karya-

karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis Hong Kong dan Cina. Pelukis

tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan

mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada

tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi

Seni Halus Nanyang. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh

pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan

memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan

paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga

pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen

Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke

Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy.

Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam

perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti

mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam

hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng

Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic

Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis

tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-

pelukis lain. Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah

pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di

antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong

Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi

keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan

Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan

Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran

Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina

Page 15: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk

menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang

mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni

Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan

memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang

Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua.

Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi

pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew,

pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika

peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara

waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai.

Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941.

Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa

ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library,

Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis

Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu

Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang

guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan

aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti

seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira

bangsa dan darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih

beberapa pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat

air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada

golongan pelukis generasi ini. Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis

Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di

Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja

sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan

Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik

sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.

Page 16: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti

kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-

kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab

Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada

tahun 1945 kesenian di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan

Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau

Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama

yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art.

Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis

Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting,

Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni

Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut

terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis.

Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di

Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala

Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan

menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal. Pada tahun 1952, Majlis Pendidik

Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai

pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan,

Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah

aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United

Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat

seni lukis tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His

dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan

pameran bertajuk ’Empat Pelukis Kembali’ yang menyebabkan penciptaan susuk

tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah

mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke

Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi

sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni

dengan bantuan kerajaan. Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang

Page 17: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang

ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat

sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua

pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli

mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta

pelukis luar negara yang membuat lawatan.

Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur

oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di

Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan

dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan

estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan

yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan

beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli

Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly

Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat

dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi

Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada

hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif,

lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya

dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada

tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk mengumpul serta

menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat

mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak

dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd

Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah

dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang

dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada

Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William

K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas

Page 18: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang kemerdekaan seni telah

menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi

masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah

(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar

kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang

pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia

kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan

para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara di 109,

Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada

27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His,

Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin,

Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara

yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard,

Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan

Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi. Balai Seni Lukis

Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang

menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil

kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut

ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan

dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang

dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah

meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni

halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.

Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan

Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Page 19: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Tahun 1960an, Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan

semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai

kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan

gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis.

Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah

perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara

seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni,

ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang

kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang

berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh

masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk

melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni

telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan

akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal,

Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan

peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Institusi Senilukis

yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi

persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang

Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan

tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni

tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts

(Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics,

Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan

menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture,

Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil

alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza

Page 20: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan

lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan

ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang

berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan

masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain

aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika

dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge

yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam

Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal

1970an.

APRESIASI KARYA SENI PELBAGAI BUDAYA

Seni Barat

Claude Monet

Impression Sunrise (1872)

Oil on canvas (48 cm × 63 cm)

Page 21: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan karya agung

bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan pemandangan landskap

sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini kelihatan seperti berkabus tetapi

dipancarkan oleh terik matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di

dayung. Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian hadapan dan bot belakang

agak kabur.  Di belakang karya ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang

tersusun di pinggir laut tetapi dikaburi oleh kabus pagi.

          Warna  yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap berpegang pada

prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren

kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar. Warna oren yang mewakili

matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut  yang

kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang romantis pada karya

tersebut.  Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti

dan keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada

permukaan air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah

jingga telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat

impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis.

Garisan dalam karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya pada

bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala garis halus dilakar untuk

menunjukkan objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus

pagi. Jalinan terhasil melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada

bahagian langit dan permukaan air.

              Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di waktu

pagi dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian.

Warna terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita

bahawa setiap hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti

seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan

kebersihan dan ketenangan alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat

menghirup udara yang segar.  

Page 22: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

              Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untuk

menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit.  Namun yang lebih

penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dan cantik.

Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri. Karya ini

dapat menyedarkan individu bahawa bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan

semulajadi daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat

Impresionisme yang mahu merakamkan  kesan visual dari realiti. Ada pergerakan,

cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan

secara realiti.

Page 23: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Karya Seni Catan Malaysia

Sebelum Merdeka

Tay Hooi Keat

Fishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman

Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini

menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki.

Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-

impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya

yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan

penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan

menimbulkan keindahan apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna,

karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni

sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang

pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya

beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang

mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan

yang dihasilkan dengan warna garang.

Page 24: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

 

Tajuk : Gadis Penumbuk Padi

Tahun : 1959

 Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas

Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” di atas memberi

gambaran wanitaatau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu

di kampung. Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan

jatidiri yang ada pada seorang isteriatau anak gadis dalam membantu mencari

nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.Lukisan ini juga pada

saya,menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang

menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian

yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan

Page 25: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan

masyarakatdan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini, pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat

utama dalam menghasilkan nukilannya. Lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas

lukisan.Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya

tersebut.Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita

bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya

menampakkan suatu suasana tradisi yang dapatkita gambarkan akan budaya

disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengangelap terang

garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula, saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini

kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada

dalam masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari

segi jalinan pula, dalam karya ini lebihmenjurus kepada jalinan tampak pada catan

yang dihasilkan.Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik

sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang

terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.Dalam karya

yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang

dihasilkan.

Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.Dari

segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna

yangagak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak

gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang

dihasilkan lebih menarik.

Page 26: psv 3110 sejarah dan apresiasi seni

Perbandingan Karya Catan Malaysia Dan Catan Barat