PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Transcript of PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains...

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan
Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

HUBUNGAN PASUKAN KERJA BERKESAN DENGAN PRESTASI KERJA

KETUA PANITIA SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH

DAERAH PONTIAN, JOHOR

MOHD YUSUF BIN HJ ANDRES

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

ii

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kesyukuran kupanjatkan Atas segala kurniaan-Nya

Yang tidak terhingga sepanjang usiaku

Yang Teristimewa & Paling Disayangi... Ayahanda & Bonda (Hj Andres Hj Mohd Montama & Nesah Makling)

Segala pengorbanan kalian berdua Mengasuh, mendidik & membesarkan Anakanda

Perhatian, nasihat serta bantuan kalian Menjadi pendorong buat Anakanda untuk meneruskan perjuangan ini

Anakanda sentiasa berdoa moga kalian Dipanjangkan usia dan dimurahken rezeki

Serta sentiasa di bawah lindungan Allah Taala Pohonkan kejayaan Anakanda dalam pelayaran ilmu

Tiada apa yang dapat Anakanda hadiahkan melainkan Pastinya segulung Ijazah dari Anakanda

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi hidup Anakanda

Yang Tercinta & Dihormati... Kekandaku (Ricky, Latifah, Noraisah, Ayub, Emmilia,

Normina & Harun) Setiap apa yang Adinda lakukan

Pasti Adinda lakukan dengan yang terbaik Sekalung penghargaan atas jasa dan bantuan kalian

Serta perhatian yang telah diberikan Untuk Adindamu ini sepanjang pengajianku

Yang Tersayang & Dikasihi..

Adindaku (Mohd Rauf & Mohd Firdaus) Kini...langkah pertama telah Kekanda lalui

Kalian Kekanda harap menyusul seketika nanti Semoga kita semua menjadi kebanggaan Ayahanda & Bonda

Yang Teristimewa & Diingati..

Arliana Bte Maril Kehadiranmu membakar semangatku Dalam menempuh liku-liku hidup ini Ucapan terima kasih khas buatmu

Ikhlas dariku

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi

junjungan, Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat. Syukur ke hadrat Allah S.W.T

kerana dengan izin-Nya, dapat juga akhirnya penulis menyiapkan projek sarjana

muda ini.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

projek sarjana muda, Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Rahman atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.

Banyak input yang diberikan kepada penghasilan projek sarjana muda ini. Tanpa

tunjuk ajar beliau, penulis tidak mampu untuk menyiapkan projek penyelidikan ini.

Ribuan terima kasih kepada ketua-ketua panitia Sains dan Matematik di

daerah Pontian, Johor atas kerjasama yang telah diberikan dan kesudian mereka

menjawab soalselidik kajian ini. Penglibatan mereka amat bermakna dan sangat

dihargai.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang disayangi atas sokongan

dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, penulis sukar untuk menyiapkan kajian

ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau hubungan pasukan

kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan

seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan jantina. Selain

itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap pasukan kerja berkesan dan tahap

prestasi kerja disamping mengenalpasti elemen-elemen pasukan kerja berkesan

mengikut keutamaan. Seramai 40 orang ketua panitia Sains dan Matematik dari 12

buah sekolah menengah gred A daerah Pontian, Johor telah terlibat dalam kajian ini.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada 47 item

berdasarkan ‘Inventori Penilaian Pasukan’ yang dibangunkan oleh Elledge dan

Philips (1994) dan ‘Indeks Pernyataan Prestasi’ yang dibentuk oleh Abdul Hadi

(1996). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.764. Analisis

secara statistik deskriptif dan statistik inferensi telah digunakan untuk menganalisis

data dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

13.0 For Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap pasukan kerja berkesan

berada pada tahap tinggi. Elemen komunikasi merupakan elemen paling penting

manakala elemen penyelesaian masalah merupakan elemen terendah dalam sebuah

pasukan kerja berkesan. Tahap prestasi pula berada pada tahap yang tinggi dan

mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi dengan pasukan kerja

berkesan manakala tidak terdapat perbezaan prestasi kerja ketua panitia Sains dan

Matematik.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive research is to seek the relationship between

effective teamwork with work performance of Science and Mathematic panel’s and

also want to detect if there is a difference of work performance by gender. Beside

that, it is also aims to look at the effective teamwork’s level and work performance’s

level and also want to identify the element of effective teamwork by priorities. 40

panels of Science and Mathematic department from 12 grade A Secondary Schools

in Pontian district, Johor were involved in this research. The instrument of this

research is questionnaire containing with 47 items based on ‘Team Assessment

Inventory’ designed by Elledge and Phlips (1994) and ‘Performance Statement

Index’ designed by Abdul Hadi (1996) and the reliability value was α = 0.764. The

data has been analyzed using descriptive statistics and inference statistics by

Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 For Windows. The results of the

study show that effective teamwork is at high level. Communication is the most

important element whereby problem solving is the lowest element in effective

teamwork. The performance level is also at high level and the study found that there

is a significant relationship between performance and effective teamwork whereby,

there is no difference of work performance by gender among Science and

Mathematic Panel’s.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Rasional Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Skop dan Batasan Kajian 9

1.10 Kerangka Kajian 10

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

viii

1.11 Definisi Termonologi 10

1.11.1 Pasukan Kerja 10

1.11.2 Kepimpinan 11

1.11.3 Penglibatan dalam Membuat 11

Keputusan

1.11.4 Penyelesaian Masalah 11

1.11.5 Komunikasi 11

1.11.6 Matlamat yang Jelas 12

1.11.7 Hubungan Interpersonal 12

1.11.10 Prestasi Kerja 12

1.12 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pengurusan Bidang Mata Pelajaran di Sekolah 14

2.3 Pasukan Kerja 16

2.4 Elemen Pasukan Kerja Berkesan 21

2.4.1 Kepimpinan yang Efektif 21

2.4.2 Matlamat yang Jelas 23

2.4.3 Komunikasi 25

2.4.4 Penglibatan dalam Membuat Keputusan 28

2.4.5 Penyelesaian Masalah 30

2.4.6 Tanggungjawab yang Jelas 32

2.4.7 Hubungan Interpersonal 34

2.5 Prestasi Ahli Pasukan Kerja 37

2.6 Kajian-Kajian Lepas Berhubung Dengan 39

Pasukan Kerja Di Sekolah

2.7 Penutup 42

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Populasi dan Sampal Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 44

3.5 Kajian Rintis 46

3.6 Prosedur Kajian 47

3.7 Kaedah Manganalisis Data 47

3.8 Penutup 49

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Latar Belakang Responden 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Bangsa 51

4.2.3 Pengalaman Mengajar 52

4.2.4 Pengalaman Menjadi Ketua Panitia 52

4.3 Persoalan Kajian Pertama 53

4.3.1 Kepimpinan yang Efektif 54

4.3.2 Matlamat yang Jelas 55

4.3.3 Komunikasi 56

4.3.4 Penglibatan dalam Membuat Keputusan 57

4.3.5 Penyelesaian Masalah 58

4.3.6 Tanggungjawab yang Jelas 59

4.3.7 Hubungan Interpersonal 61

4.4 Persoalan Kajian Kedua 62

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 63

4.6 Hipotesis Kajian 64

4.6.1 Hipotesis Kajian Pertama 65

4.6.2 Hipotesis Kajian Kedua 67

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

x

4.7 Penutup 67

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 69

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 71

5.3.1 Tahap Pasukan Kerja Berkesan Ketua 71

Panitia Sains dan Matematik

5.3.2 Elemen Pasukan Kerja Berkesan Ketua 72

Panitia Sains dan Matematik Mengikut

Keutamaan

5.3.3 Tahap Prestasi Kerja Ketua Panitia 75

Sains dan Matematik

5.3.4 Hubungan Pasukan Berkesan Dengan 76

Prestasi Kerja Ketua Panitia Sains dan

Matematik

5.3.5 Perbezaan Prestasi Ketua Panitia Sains 78

Dan Matematik Berdasarkan Jantina

5.3.6 Kesimpulan Perbincangan 79

5.4 Cadangan Kajian 80

5.4.1 Cadangan Tindakan 80

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.5 Penutup 82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN 88

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis Kategori Simbolik dan Peratus 26

Maklumat yang Boleh Diperolehi

3.1 Taburan Item Soal Selidik Berdasarkan 46

Fokus Kajian

3.2 Tahap Analisis Min 48

3.3 Nilai Korelasi dan Interpretasi daripada Rowntree 48

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 52

Mengajar

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 52

Menjadi Ketua Panitia

4.5 Tahap Pasukan Berkesan 53

4.6 Item-Item Kepimpinan Efektif 54

4.7 Item-Item Matlamat yang Jelas 55

4.8 Item-Item Komunikasi 56

4.9 Item-Item Penglibatan Dalam Membuat 58

Keputusan

4.10 Item-Item Penyelesaian Masalah 59

4.11 Item-Item Tanggungjawab yang Jelas 60

4.12 Item-Item Hubungan Interpersonal 61

4.13 Elemen Pasukan Berkesan Mengikut Keutamaan 62

4.14 Item Prestasi Kerja Ketua Panitia Sains dan 64

Matematik

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

xii

4.15 Analisis Korelasi Antara Pasukan Kerja Berkesan 65

Dengan Prestasi Kerja

4.16 Analisis Korelasi Setiap Elemen Pasukan Kerja 66

Berkesan Dengan Prestasi Kerja

4.17 Ujian-T Terhadap Perbezaan Prestasi Kerja 67

Berdasarkan Jantina

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 10

2.1 Kedudukan Ketua Panitia Sains dan 15

Matematik dalam Organisasi Sekolah

2.2 Perbezaan Berkerja secara Individu 17

Dengan Berpasukan

2.3 Teras Tanggungjawab Pemimpin 22

2.4 Perbezaan Individu Yang Bekerja Tanpa 24

Arah Dengan Individu Bekerja Dengan Arah

2.5 Model 6 Langkah Komunikasi 26

2.6 Proses Komunikasi 27

2.7 Model Membuat Keputusan Pasukan 29

2.8 Penetapan Tanggungjawab 33

2.9 Aisberg Pencapaian Pasukan 35

2.10 Kaitan antara Motivasi dengan Pencapaian 38

2.11 Model Path untuk Kepuasan Kerja dan 39

Prestasi Kerja

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran daripada Kementerian 88

Pendidikan Malaysia

B Surat Pengesahan Diri daripada Fakulti 89

Pendidikan

C Borang Soal Selidik 90

D Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 96

E Hasil Analisis Kajian Dengan SPSS 99

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam dunia hari ini yang dipenuhi dengan warna-warni cabaran, organisasi-

organisasi yang berjaya banyak memberi tumpuan yang tinggi kepada kerja

berpasukan atau ‘teamwork’ dan ‘teambuilding’ (Mohd Azraai, 2004). Ini kerana

mereka percaya kewujudan semangat kerja berpasukan yang tinggi boleh membawa

pelbagai faedah dan kebaikan kepada kualiti dan prestasi diri yang tinggi seterusnya

menyumbang kepada peningkatan pencapaian organisasi. Agama Islam sendiri

banyak memberi penekanan terhadap kerja berpasukan melalui penganjuran dalam

ayat Al-Quran dan Hadith untuk kita bekerja secara jama’i atau kolektif. Misalnya

dalam Surah Al-Maaidah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa”.

(Al-Maaidah: 2)

Seruan itu juga di anjurkan dalam ibadah solat di mana Islam menganjurkan

umatnya mengerjakan solat secara berjemaah kerana banyak hikmah dan keberkatan

yang boleh diperolehi dengan mengerjakannya berbanding solat bersendirian. Sesuai

dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

2

“Solat berjemaah itu adalah lebih baik dari solat bersendirian dengan dua

puluh tujuh darjat”

(Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, pendekatan kerja secara berpasukan mula digunakan secara

meluas dalam syarikat-syarikat perniagaan di Amerika pada awal tahun 1990.

Sejarah ringkasnya bermula apabila pihak syarikat membentuk satu kumpulan kecil

pekerja pada tahun 1970 untuk melihat sejauhmana proses pembuatan dan

penghasilan dapat dilakukan lebih efisyen. Kemudian pada tahun 1980, pihak

pengurus syarikat terpaksa mencari jalan alternatif dengan menghasilkan kuantiti

pengeluaran yang sama tetapi dengan bilangan pekerja yang sedikit akibat

ketidakstabilan ekonomi pada ketika itu. Ini telah mendorong mereka untuk

menggunakan kumpulan-kumpulan pekerja untuk pengoperasian (Keen, 2003). Ini

membuktikan bahawa kerja secara berpasukan dengan usaha dan kerjasama yang

padu dapat menjana hasil yang cepat dan memuaskan.

Menurut Mohd Azraai (2004) lagi, isu penting dalam kerja berpasukan ialah

mewujudkan campuran kemahiran yang padu bagi memastikan input dan output

yang menyeluruh. Ia bukan sahaja bermaksud kemahiran profesional yang berbeza,

ia juga bermaksud personaliti dan abiliti yang berbeza. Sesetengah orang kreatif,

yang lain jenis praktikal, ada yang objektif, ada yang idealistik, sesetengah adalah

pemacu (drivers) dan ada juga yang suka menyendiri. Satu campuran kemahiran,

personaliti dan pandangan yang baik adalah penting untuk menghasilkan kerja

berpasukan yang kreatif. Satu pasukan yang dipimpin dengan baik akan komited

kepada visi dan misinya, lantas memiliki satu perkongsian tujuan. Setiap ahli akan

bersedia untuk mengenepikan sedikit daripada perasaan individunya dan

bekerjasama dengan penuh suasana kegembiraan.

Slogan yang dilaung-laungkan oleh perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi yang berbunyi “Bekerja dengan saya, bukannya bekerja

untuk saya” menunjukkan konsep kerjasama dan semangat kerja pasukan yang perlu

disubur, disemai dan dibudayakan di kalangan rakyat Malaysia dalam sesuatu

organisasi atau jabatan kerajaan mahupun swasta. Semangat kerja berpasukan ialah

unsur penting yang menyatupadukan semua staf dalam menjayakan peningkatan

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

3

kualiti perkhidmatan sesuatu organisasi. Usaha untuk memastikan adanya

peningkatan kualiti perkhidmatan tidak boleh diserahkan kepada individu tertentu

sahaja. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah kompleks dan

melibatkan pelbagai bahagian. Secara lazimnya masalah tersebut adalah di luar

kemampuan individu. Oleh itu, semangat kerja berpasukan adalah perlu supaya

kekuatan dari sumber yang ada dalam organisasi itu dapat digemblengkan

sepenuhnya. Melalui penyertaan ahli dalam kerja berpasukan, ahli akan mempunyai

peluang yang luas untuk bertukar pengalaman, pengetahuan, maklumat dan idea

dengan rakan sekerja serta yakin dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Menurut Blake, Mouton dan Allen dalam Safiah (2001), membina pasukan

bermakna sengaja mengambil langkah untuk mengenalpasti dan menghapuskan

halangan dan menggantikan tingkahlaku yang tidak baik dengan yang boleh

mengarah kepada pencapaian superlatif. Pasukan kerja tidak wujud begitu sahaja tapi

ia perlu dibentuk serta diberi tumpuan. Menurut Mohd Azraai (2004), ahli pasukan

perlu dipilih dengan baik, dipupuk dan diserasikan. Mereka perlu diberitahu natijah

yang dikehendaki, diberi latihan dan selalu berlatih. Seterusnya mereka perlu diberi

masa untuk maju dan meningkat. Selepas semua itu barulah teamwork akan

menghasilkan pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kejayaan sesebuah organisasi itu mencapai matlamatnya bergantung kepada

kerjasama dan semangat berpasukan dikalangan pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kerjasama dan semangat berpasukan ini mempunyai kaitan yang kuat dan rapat

antara satu sama lain dan menjadi kunci ke arah kelicinan pengurusan dan

pentadbiran sesebuah organisasi. Bekerjasama secara umumnya bermaksud saling

menolong untuk kebaikan. Oleh kerana hampir semua jenis tugas dalam sesebuah

organisasi memerlukan kerjasama, maka semangat tolong menolong ini amat

diperlukan. Kerja yang berat menjadi lebih ringan melalui kerjasama. Tugas yang

memakan masa lama jika dilakukan secara bersendirian akan menjadi lebih cepat

melalui kerja berpasukan. Sifat kerjasama juga dapat membentuk unit hubungan

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

4

yang erat (Spiegel dan Torres, 1994) antara anggota organisasi dari pengemblengan

tenaga dan ini juga dapat mewujudkan konsensus iaitu persetujuan sebulat suara

dikalangan ahli untuk membentuk sinergi (Resnick, 1995) yang amat penting kepada

peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah pasukan. Pekerja yang mempunyai

sifat kerjasama senang melaksanakan sesuatu tugas secara berkumpulan. Mereka

percaya kerja berpasukan dapat menjana idea yang lebih bernas dan jitu serta banyak

masalah yang boleh diselesaikan secara pasukan.

Begitulah sifat kerjasama yang perlu disuburkan dikalangan anggota dalam

organisasi pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Apabila kita masuk ke dalam

dunia pendidikan, kita masih terasa kehangatan isu pengajaran Sains dan Matematik

menggunakan bahasa Inggeris. Rombakan yang baru ini memerlukan

pengemblengan usaha dan tenaga bagi mencapai tujuan tersebut. Jika dahulunya,

mata pelajaran tersebut diajar menggunakan bahasa melayu, kini transformasi kepada

bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran menjadi agenda utama kepada dunia

pendidikan khasnya golongan pendidik. Ini sudah tentu memerlukan integrasi

kerjasama dikalangan guru panitia Sains dan Matematik di sekolah. Harapan baru

agar kemajuan dan prestasi pelajar dapat dicapai dengan baik perlulah direka dan

dirancang dengan teliti seterusnya dilaksanakan selari dengan harapan tersebut.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh Rohaty dalam Pushpalata (2003) yang

mengatakan jika pendidik tidak berganjak menurut paradigma yang lebih mencabar,

maka ahli pendidik akan ketinggalan zaman dan tidak boleh berfungsi dengan

berkesan. Inilah yang kita katakan sebagai dunia semakin mencabar dan tidak

ketinggalan masyarakat dalam bidang pendidikan terasa akan tempias cabaran-

cabaraan tersebut dan perlu diatasi secara padu dan berkesan dikalangan anggota

masyarakatnya. Seperti kita sedia maklum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sendiri

menuntut agar melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tanggungjawab para pendidik

sebagai enjin penggerak dan pelaksana dalam usaha merealisasikan impian tersebut.

Walaubagaimana pun, usaha ini tidak akan terlaksana jika dilakukan secara

bersendirian. Sikap seperti inilah yang membantut dan melambatkan pencapaian

sesuatu matlamat organisasi. Selari dengan kenyataan Senge (1990) yang

menyatakan masalah yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah guru yang

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

5

berperanan secara individu lebih mengasingkan diri daripada yang lain dan berusaha

secara bersendirian untuk memajukan anak didikan mereka dan ini akan memberi

masalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kenyataan Senge ini disokong oleh Pushpalata (2003) dalam kajiannya

menyatakan ahli-ahli panitia mata pelajaran jarang mengamalkan tabiat kerja secara

kolektif dan kolaboratif. Mereka suka bekerja secara individu daripada bergerak

secara pasukan. Kajian oleh Subberi (1998) dalam meninjau persepsi guru terhadap

faktor penentu kejayaan kerja berpasukan dalam organisasi sekolah di daerah Kulim,

Kedah mendapati bahawa walaupun terdapat kesedaran dikalangan guru tentang

perlunya pasukan, namun hanya responden dari kumpulan pengurusan sahaja yang

mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang perlaksanaan kerja berpasukan di

sekolah dan pasukan kerja berkesan pula belum lagi wujud di sekolah.

Safiah (2001) pula berpendapat kumpulan atau pasukan kerja yang wujud di

sekolah adalah berbentuk pasukan fungsi yang diwujudkan kerana memenuhi

tuntutan struktur organisasi seperti panitia mata pelajaran, bidang mata pelajaran atau

dalam bentuk jawatankuasa, unit mahupun majlis. Dalam hubungan ini, amalan

pengurusan yang berpusatkan kepada pasukan kerja tidak dapat digunakan

sepenuhnya kerana kewujudannya juga adalah untuk memenuhi tuntutan struktur

hirarki tradisional berpusatkan pengetua. Beliau menambah, walaupun majoriti guru

mempunyai persepsi bahawa peranan kepimpinan ketua panitia adalah pada tahap

tinggi, masih terdapat guru yang menyatakan peranan mereka (ketua panitia) adalah

pada tahap sederhana dan rendah. Ketidakjelasan tentang peranan, tugas serta

tanggungjawab ketua panitia menyukarkan mereka untuk menjalankan kewajipan

dengan berkesan.

Selain itu kajian oleh Shukor (2000) yang menyatakan kurangnya penglibatan

daripada kakitangan organisasi merupakan antara halangan kepada peningkatan

motivasi dan prestasi kerja guru di sekolah Menengah Teknik Muar. Maka

penglibatan ahli dalam pasukan membentuk suatu keadaan yang boleh mendorong

dan meningkatkan prestasi kerja guru sekolah. Sementara kajian Chin (2004) ke atas

ahli panitia KHB di Kuala Langat Selangor mendapati bahawa tahap prestasi kerja

responden pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, pengaruh kerja berpasukan

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

6

terhadap prestasi adalah pada tahap yang sederhana dan lemah. Oleh demikian,

kajian ini perlu dijalankan bagi meninjau permasalahan tersebut di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan secara umumnya melihat bagaimana ketua panitia Sains

dan Matematik ini bekerja sebagai suatu pasukan di sekolah. Secara khususnya untuk

melihat apakah elemen yang paling dominan yang menjadikan panitia Sains dan

Matematik ini sebagai sebuah pasukan kerja berkesan dan tahap pasukan kerja

berkesan dikalangan mereka dalam jabatan Sains dan Matematik. Dalam sesebuah

organisasi juga, prestasi ahli adalah amat penting kepada kelangsungan dan

peningkatan kualiti organisasi. Maka, kajian ini akan melihat tahap prestasi kerja

ketua panitia Sains dan Matematik di samping melihat hubungannya (prestasi)

dengan pasukan kerja berkesan.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:-

1.4.1 Melihat tahap panitia Sains dan Matematik sebagai sebuah pasukan kerja

berkesan

1.4.2 Mengenalpasti elemen pasukan berkesan dalam panitia Sains dan Matematik

mengikut keutamaan

1.4.3 Melihat tahap prestasi ketua panitia Sains dan Matematik.

1.4.4 Melihat hubungan pasukan kerja berkesan (keberkesanan pasukan) dengan

prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) · 2006. 4. 23. · kerja berkesan dengan prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik dan seterusnya melihat jika terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan

7

1.4.5 Melihat jika terdapat perbezaan prestasi ketua panitia Sains dan Matematik

berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian berkait rapat dengan objektif kajian adalah seperti

berikut:-

1.5.1 Apakah tahap panitia Sains dan Matematik sebagai pasukan kerja berkesan

1.5.2 Apakah elemen pasukan berkesan dalam panitia Sains dan Matematik

mengikut keutamaan?

1.5.3 Apakah tahap prestasi ketua panitia Sains dan Matematik?

1.5.4 Apakah hubungan pasukan kerja berkesan (keberkesanan pasukan) dengan

prestasi kerja ketua panitia Sains dan Matematik

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan prestasi ketua panitia Sains dan Matematik

berdasarkan jantina?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis nol, H0 yang diuji di dalam kajian ini adalah seperti berikut:

H01: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pasukan kerja berkesan

dengan prestasi kerja panitia Sains dan Matematik.

H02: Tidak terdapat perbezaan prestasi ketua panitia Sains dan Matematik

berdasarkan jantina