PT-bahagian 5[1]

10

Click here to load reader

description

kajian tindakan murid autisme

Transcript of PT-bahagian 5[1]

Page 1: PT-bahagian 5[1]

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang pelaksanaan prosedur

intervensi ke atas subjek sasaran. Pengkaji akan menjalankan satu kitaran iaitu

Kitaran Model Kurt Lewin mengikut modul Kajian Tindakan PISMP (rujuk Rajah

1) menjadi sandaran kepada pengkaji untuk pelaksanaan intervensi bagi setiap

kitaran. Model Kurt Lewin terdiri daripada 4 peringkat iaitu perancangan, tindakan,

pemerhatian dan refleksi (modul Kajian Tindakan modul PISMP). Berdasarkan

model Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan yang

dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research

Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam

pembelajaran mengenai apa yang akan dikaji.

Dalam langkah yang pertama ialah pengkaji memeriksa idea dan mencari

fakta. Pelan keseluruhan tentang bagaimana mencapai objektif yang

diharapkan.Langkah seterusnya: Merancang, melaksanakan apa yang dirancang

pada langkah pertama, mencari fakta bagi tujuan menilai dapatkan kajian, dan

menyediakan asas untuk langkah ketiga. pada fasa ini juga modifikasi kajian masih

boleh dilakukan.

Rajah 1 : Proses penyelidikan tindakan (Adaptasi dari Lewin 1946

dalam Buku Kajian Tindakan Untuk PISMP)

18

Tindakan

Perancangan

Pengumpulan data

Refleksi

Kitaran seterusnya

Mengenal pasti

Page 2: PT-bahagian 5[1]

6.1. Merancang

Sebagai langkah utama, pengkaji telah merancang untuk membuat satu tinjauan awal

bagi melihat apakah aktiviti yang biasa dijalankan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia. Semua hasil kerja murid terdahulu disemak dan

dibuat analisis.

Langkah kedua, pengkaji telah memilih seorang murid sebagai subjek yang

menghadapi masalah pertuturan .

Pengkaji juga menjalankan pemerhatian terhadap subjek sepanjang proses PdP yang

dijalankan.

Pengkaji telah merancang untuk menggunakan satu bahan bantu belajar dalam

pengajaran Bahasa Malaysia terhadap subjek. Sebagai langkah pertama, pengkaji

telah merancang untuk menggunakan bahan bantu belajar iaitu boneka sarung tangan

berunsurkan haiwan semasa aktiviti bercerita dalam setiap pengajaran Bahasa

Malaysia.

6.2 Tindakan

Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan

mengenalpasti hasil dapatan. Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan boneka

dalam pengajarannya selama 1 jam.

Antara langkah-langkah yang akan dijalankan terhadap subjek pada peringkat ini

adalah :-

1. Pengkaji mengadakan aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita pendek

berunsurkan nasihat dan teladan dalam setiap sesi pengajaran Bahasa Malaysia yang

dijalankan terhadap subjek.

2. Seterusnya, pengkaji akan bercerita menggunakan intonasi dan nada yang betul

satu per satu supaya subjek lebih mudah faham serta menggunakan boneka mengikut

watak yang terdapat dalam cerita tersebut bagi menarik perhatian subjek dan

memastikan pengajaran lebih berkesan.

3. Kemudian, pengkaji akan menjalankan sesi soal jawab kepada subjek secara

individu. Subjek juga diberi peluang untuk menggunakan boneka sarung tangan

semasa menjawab dan memberikan pendapat terhadap kesemua soalan yang diajukan

.

19

Page 3: PT-bahagian 5[1]

4. Pengkaji juga akan meminta subjek untuk menjalani aktiviti lisan secara individu

dengan melakonkan watak-watak yang digemari berdasarkan cerita yang diperdengar

guru. Subjek turut diberikan boneka dan melakonkan watak yang dipilih

menggunakan dialog sendiri.

5. Semasa subjek melakukan aktiviti ini, pengkaji membuat rakaman dan mencatat

pada beberapa aspek yang ingin dikenal pasti daripada subjek di dalam senarai

semak.

6.3 Pemerhatian

Pada peringkat ini, pengkaji membuat pemerhatian terhadap subjek. Pengkaji hanya

memfokuskan beberapa aspek yang menjadi penyumbang terhadap kajian ini. Antara

aspek pemerhatian yang utama adalah :-

1. Minat subjek dalam pengajaran Bahasa Malaysia melalui kaedah bercerita

menggunakan boneka.

2. Pemahaman murid terhadap cerita pendek dalam pengajaran Bahasa Malaysia

dan kesan daripada aktivti bercerita menggunakan boneka.

3. Penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi berdasarkan respon dan

bilangan perkataan yang diujarkan oleh subjek semasa aktiviti soal jawab

menggunakan boneka.

4. Tingkah laku subjek sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia iaitu penglibatan subjek dalam aktivti

20

Page 4: PT-bahagian 5[1]

Kaedah Penggunaan Boneka Haiwan untuk Kitaran

Rajah 2. Carta Alir Kaedah Penggunaan Boneka Haiwan untuk Kitaran

21

Pengkaji tunjuk perkataan

Pengkaji menyebut perkataan tersebut menggunakan boneka haiwan dan subjek ikut

sebut perkataan

Subjek sebut perkataan secara latihtubi mengggunakan boneka tangan.

Subjek secara individu melaksanakan penggunaan boneka haiwan secara bebas dibawah

bimbingan pengkaji.

Subjek diberi pengukuhan latihan menyebut kendiri. (Subjek bercerita secara bebas)

Page 5: PT-bahagian 5[1]

6.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Berikut merupakan jadual pelaksanaan tindakan kajian.

Jadual 3 : Jadual pelaksanaan kajian

Bil Aktiviti Tarikh

Pelaksanaan

Catatan

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data 20 Jun –

25.Jun.2014

5 hari

2. Menulis proposal kajian 26 Jun 2014 1 hari

3. Merancang tindakan 27 Jun 2014 1 hari

4. Melaksanakan tindakan 1 Oktober 2014

– 15 Oktober

2014

15 hari

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan

16 Okt. 2014 -

18 Okt. 2014

2 hari

6. Refleksi kajian 1 1 hari

7. Menulis laporan 10 10 hari

8. Pembentangan dapatan kajian 2

22

Page 6: PT-bahagian 5[1]

Kos kajian

Jadual 4 merupakan anggaran kewangan yang digunakan.

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga

Seunit

Jumlah Kos

1. Kertas A4 1 rim x 13 RM 13

2. Printer cartridge 1 x RM 80 RM 80

3. Kamus dewan 1 x RM 60 RM 60

4. Upah fotostat 100 helai x 3 sen RM 30

5. Buku catatan dan alat tulis 2 x RM10 RM 20

Jumlah RM 203

6.5 Refleksi

Menghasilkan sesuatu kajian yang baik memerlukan pengkajinya merenung dan

muhasabah diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri yang dapat

meningkatkan sekaligus melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu kajian yang

dihasilkan. Setelah menghasilkan kajian dalam menangani masalah menyebut murid

Autistik kelas Aktif, saya mendapati kekuatan pertama saya dalam menghasilkan

kajian ini ialah memilih kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi

oleh murid-murid berkeperluan khas. Berdasarkan pengalaman mengajar murid-

murid bekeperluan khas, saya mendapati murid-murid suka belajar dengan

menggunakan pelbagai deria yang melibatkan mata, telinga dan sentuhan.Pendapat

ini sangat bertepatan dengan pandangan Jean Piaget (1980) dakam buku Murid dan

Alam belajar , iaitu proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu dan peringkat

yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut dengan bermakna.

Justeru itu pemilihan kaedah Penggunan Boneka haiwan sangatlah bertepatan

23

Page 7: PT-bahagian 5[1]

dengan masalah yang hendak diberi intervensi. Hasil perkongsian maklumat

bersama-sama pensyarah pembimbing, pensyarah yang mengajar saya, rakan

sekerja dan rakan sekuliah, saya telah memilih kaedah tersebut dengan

mengambilkira pandangan Robert M. Gagne (1975), yang mengutarakan bagaimana

seseorang manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran

bermula daripada ransangan-rangsangan yang diberikan sehingga kepada penstoran

dan pemprosesan maklumat yang diterima, memberi tindak balas kepada maklumat

tersebut dan akhirnya menerima peneguhan hasil daripada respon terhadap

maklumat yang diterima. Pandangan daripada Robert M. Gagne (1975), sangat

bersesuaian dengan langkah-langkah yang disarankan dalam kaedah Boneka

haiwan.

Akhir sekali, bagi menyahut seruan wawasan 2020 yang diwarwarkan oleh

Kerajaan Malaysia yang mahu membentuk sebuah negara maju mngikut acuan

sendiri, pendidikan haruslah maju kehadapan. Guru tidak boleh menganggap kaedah

Penggunaan Boneka Haiwan adalah membebankan mereka. Guru perlu memainkan

peranan yang besar agar murid-murid tidak terpesong daripada objektif pembelajaran

sebenar. Guru tidak boleh menganggap mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai

mata pelajaran yang tidak penting kerana ”Bahasa Melambangkan Bangsa.”

24