PTK PAIMAN DG52
-
Upload
hussinjaafar5882 -
Category
Documents
-
view
77 -
download
0
Transcript of PTK PAIMAN DG52
560325 – 01 - 6007
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan dalam era dan pasca globalisai kini terbawa-bawa ke
dalam arus perubahan paradigma tekno-ekonomi yang amat deras sehingga
boleh menimbulkan tekanan dan pada masa yang sama memberi kesan corak
kehidupan masyarakat pada hari ini. Elemen-elemen tekno-ekonomi, masyarakat
dan individu sering berinteraksi antara satu sama lain dalam satu networking
yang sangat kompleks dan tidak menentu (Desforges, 2001). Masyarakat
Malaysia sedang bergelut dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Demi
mencapai hasrat negara agar masyarakat Malaysia diiktiraf sebagai masyarakat
kelas pertama yang berdaya saing antara bangsa, khususnya dari segi ekonomi
global, maka strategi pembangunan itu haruslah bermula dari
pendidikan bertaraf dunia di mana Teknologi maklumat dan
Komunikasi (TMK) atau Information and Communication Technology
(ICT) menjadi teras utama untuk mewujudkan sistem sumber tenaga
manusia yang cekap, pantas, cepat dan jitu dalam pembangunan,
pengurusan dan penyebaran maklumat.
Dengan terlaksannya projek Multimedia Super Corridor (MSC), TMK
bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini bak kata
pepatah Inggeris “ a luxury of today is the essential of tomorrow”. Hal ini telah
ditegaskan oleh Azmi Zakaria, 2004 :
“……….It is thus not surprising to find increasing interest, attention and investment being put into the use of ICT in education all over the world.”
1
560325 – 01 - 6007
Penguasaan TMK telah menjadi satu nilai tambah kepada seluruh rakyat
dan masyarakat Malaysia yang berdaya maju dan bermaklumat (progressive and
knowledge based society). Sejak RMK-8 diimplementasikan pelbagai usaha
telah dijalankan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara yang
berdaya saing dengan rakyatnya berminda kelas pertama. Maka memang
sewajarnyalah ia menjadi satu nilai tambah kepada individu itu apabila ianya
memiliki kemahiran TMK terutamanya dalam pasaran pekerjaan dunia K-
ekonomi (e-economy) ini. Justeru itu, perubahan dari pendekatan pendidikan
bersifat konvensional atau tradisional berasaskan hubungan minda, kertas dan
pena perlukan segera kepada perubahan pembangunan pendidikan yang
berteknologi tinggi sesuai dengan zamannya. Perubahan dan kejayaan
menggunakan TMK ini adalah satu perkara yang patut disyukuri nikmatnya
bukan rasa rendah diri atau taksub dengan hasil persembahannya. Mengikut
Michael Fullen (1998) mana-mana institusi pendidikan tidak terpisah daripada
masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Atas dasar kesedaran
keperluan pasaran kerja (employment market) dan keperluan pembelajaran
bagi generasi hari ini dan akan datang, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah menyediakan infrastruktur seperti makmal komputer, perkakasan seperti
komputer, komputer riba, projector LCD dan pelayan (server) untuk
dimanfaatkan penggunaannya di merata sekolah dan institusi perguruan seluruh
negara.
2
560325 – 01 - 6007
Kita memerlukan gabungan kerjasama semua pihak dari masyarakat akar
umbinya iaitu bermula dari masyarakat pendidik taman asuhan kanak-kanak
hingga ke peringkat pengajian tinggi untuk membudayakan penggunaan TMK
sebagai satu cara hidup yang dinamik, kreatif dan inovatif khususnya pada
lapangan pedagogi dan maklumat Kemahiran Hidup.
Rumusannya, sebagai Ketua Jabatan Kemahiran Hidup (KH) di Institusi
Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru, Saya
memulakan dengan diri saya sendiri bahawa saya mempunyai gaya kepimpinan
ala demokratik terpimpin. Saya mempunyai kemahiran dan celik komputer serta
mempunyai kewibawaan untuk melatih orang lain dalam bidang integrasi TMK
dengan P&P. Seterusnya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan saya
sentiasa menggalakkan perkongsian maklumat, perancangan, pemantauan,
sistem mentor dan penilaian. Saya berwawasan bahawa bidang TMK
pendidikan guru di Malaysia berada di tengah-tengah barisan hadapan pelbagai
lapisan proses pembangunan tekno-ekonomi, institusi sosial dan modal insan.
Masyarakat hari ini seolah-olah menuntut agar diberi banyak lagi pendidikan
yang relevan beyond globalization, membangunkan universiti-universiti,
membestarikan instutisi-institusi perguruan, sekolah-sekolah dan guru-guru yang
kreatif, inovatif dan bertaraf dunia. Oleh yang demikian para pendidik guru kini
diiktiraf bukan sahaja sebagai agen perubahan tetapi juga sebagai eksekuitif
perubahan. Mereka diharapkan agar dapat memimpin dan membimbing ke arah
transformasi pendidikan kelas pertama dengan manfaatkan makmal komputer,
3
560325 – 01 - 6007
alat-alat perkakasan seperti komputer (desktop), komputer riba (laptop), projector
LCD dan pelayan (server). Dengan ini peranan saya bukan sahaja sebagai
pemimpin instruksional (instructional leader) tetapi juga yang lebih utama ialah
sebagai pemimpin pedagogi dan andragogi (pedagogical and adragogical
leader) yang berpendekatan tumpuan pelajar, khususnya di tempat saya
bekerja dengan misi meningkatkan penggunaan TMK yang berkesan dalam P&P
Kemahiran Hidup.
2.0 Visi, Misi dan Objektif Jabatan Kemahiran Hidup (KH) dengan TMK
2.1 Visi
Pengguna TMK Yang Berketrampilan dan Celik Komputer
2.2 Misi
Mempertingkatkan literasi informasi dari segi kepimpinan, pengetahuan,
keterampilan komputer dan kebolehan seseorang eksekuitif mengurus
maklumat yang relevan dengan Ilmu Kemahiran Hidup (KH), Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).
Berkemampuan berkongsi, bekerjasama dan berkolaborasi untuk
merancang, membangun, melaksana dan mengurus program
pengintegrasian TMK dengan pengajaran dan pembelajaran khususnya
subjek Kemahiran Hidup (KH) di peringkat jabatan.
Memberi sumbangan berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
KH dengan semua kemudahan TMK yang ada serta diintegrasikan
dengan pedagogi selaras dengan hasrat negara.
4
560325 – 01 - 6007
2.3 Matlamat / Objektif
Matlamat / Objektif peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang berkesan dalam organisasi saya iaitu khususnya di
Jabatan Kemahiran Hidup (KH), Institut Perguruan Kampus Temenggong
Ibrahim (IPTI), Johor Bahru adalah seperti berikut :
2.3.1 Menjelaskan konsep TMK / ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup (KH) di peringkat mesyuarat dan taklimat jabatan,
kursus dalaman pendidik guru KH, kursus dalam perkhidmatan (KDP)
dan kursus in-house jabatan demi literasi dan capaian TMK kepada
semua pelajar dan staf.
2.3.2 Menggunakan intergrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
KH untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan
sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran KH.
2.3.3 Mengaplikasikan penggunaan TMK dalam pengajaran tutorial,
eksploratori dan aplikasi perisian.
2.3.4 Merancang menyediakan bahan untuk membangunkan aplikasi
perisian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH).
2.4 Definisi Konsep
2.4.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
TMK merupakan sistem yang membolehkan pengumpulan,
pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam
pelbagai bentuk dengan menggunakan saluran elektronik offline atau
online (Trend, Davis, & Loveless, 1999).
5
560325 – 01 - 6007
TMK dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam
pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
(P&P) serta pendidikan sepanjang hayat (Panduan Pelaksanaan
Program Pengkomputeran di Sekolah,BTP, KPM. Julai 2002 ; UNESCO,
2000).
2.4.2 Celik Komputer
Celik komputer bermaksud kesedaran yang tinggi tentang
penggunaan komputer dapat mengurus banyak maklumat dengan cekap,
pantas dan cepat (Trend R., Davis, N.E. & Loveless, A. 1999)
2.4.3 Literasi Informasi
Memahami bagaimana mengguna maklumat pada setiap proses
menyelesaikan masalah, mendapatkan sumber maklumat dan bagaimana
berkongsi dengan orang lain (Eisenberg, Lowe & Spitzer, 2004).
2.4.4 Keterampilan Komputer
Keterampilan Komputer bermaksud rasa selesa mengguna sistem
komputer seterusnya bijak tentang perihal perkakasan dan perisiannya. Di
samping itu, ia boleh berinteraksi dengannya di ruang siber, faham akan
kesan komputer pada masyarakat kini dan akan datang dan sentiasa
mengikuti hal ewal perkembangan semasa dan akan datang (Trend R.,
Davis, N.E. & Loveless, A. 1999).
6
560325 – 01 - 6007
3.0 Peningkatan Penggunaan TMK Secara Berkesan
Kenyataan selanjutnya adalah berkaitan bagaimana saya sebagai
pengurus Jabatan Kemahiran Hidup dapat berusahasama dan berkolaboratif
dengan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi IPGKTI khususnya, dan
jabatan-jabatan lain amnya untuk memastikan penyelarasan seluruh kegiatan
yang berkaitan dengan TMK melalui penggabungan seluruh atau sebahagian
jawatankuasa yang ada untuk memudahkan pihak pengurusan IPGKTI
merancang dan memulakan operasi pembudayaan TMK di peringkat institusi
perguruan secara holistik, menyeluruh dan bersepadu. Dengan itu kami dapat
berkongsi kepemimpinan dan inovasi dalam meningkatkan literasi informasi
serta keterampilan komputer di kalangan warga institusi perguruan dengan
penggunaan TMK yang berkesan berdasarkan model-model yang dinamik
membarui proses pendidikan ala bestari.
3.1 Model Kepimpinan Dinamik Untuk Pendidikan Guru Dalam TMK
Model Kepimpinan Dinamik dalam menegaskan kegunaan TMK yang
berkesan dalam perancangan pendidikan misalnya, dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di Jabatan Kemahiran Hidup boleh dikategorikan
kepada tiga jenis iaitu dari segi struktur, instruksional dan pedagoginya.
(Yuen, Law, & Wong, 2003). Seorang pemimpin yang dinamik tidak boleh lari
dari tanggungjawabnya mempengaruhi ahli-ahlinya untuk mencapai matlamat.
7
560325 – 01 - 6007
Oleh itu saya berpendirian tegas untuk memilih model kepimpinan
penggunaan TMK yang dinamik bagi pendidikan guru Kemahiran Hidup. Kesan
penggunaannya tidak menimbulkan kehampaan dan kehuruharaan dalam
mencari solusi dan maklum balas yang terbaik. Model-model ini akan menjadi
panduan bagi membimbing para pensyarah, staf saya dan guru-guru pelatih
dalam proses membuat beberapa perubahan dan inovasi pendidikan dengan
TMK. Penyampaian isi kandungan kurikulum Kemahiran Hidup haruslah
diintegrasikan dengan TMK. Ia menjadi pendorong kepada meningkatkan kualiti
kerja dengan penuh kefahaman. Dalam masa yang terdekat ini saya telah
berusaha dan berjaya mempromosikan inovasi dan perubahan pendidikan
dengan menggunakan dua model penggunaan TMK yang dinamik yang saling
berinteraksi iaitu:
( i ) Model Penggunaan Dasar-Keprehatinan (Concerns-based
Adoption Model : CBAM) (National Academy of Sciences, 2002)
yang berkaitan dengan pembangunan modal insan dan indivIdu
profesional.
( ii ) Model Pembangunan Organisasi dari segi implementasi TMK
dalam Pengurusan yang menyentuh bidang kepimpinan instruksional
dan pedagogi seperti model penggunaan teknologi, model integrasi
dan model inovasi budaya (Laudon & Laudon, 1998; Nik Davis,
2002).
Dengan berpadndukan kedua-dua model penggunaan TMK di atas, saya
telah mengambil langkah yang drastik untuk mewujudkan celik komputer dan
literasi informasi tentang penggunaan TMK di jabatan saya. Oleh itu
8
560325 – 01 - 6007
sewajarnyalah semua kegunaan kemudahan, alat dan perkakasan TMK tidak
terbazir begitu sahaja . Bahkan bertambah lagi kelicinan perjalanan proses
asimilasi kurikulum KH dalam ruanglingkup yang lebih holistik dan bersepadu.
3.1.1 Model Penggunaan Dasar-Keprehatinan (CBAM).
Apa yang penting di sini ialah perubahan pendidikan yang menentukan
perubahan individu (rohani, jasmani, intelek, sosial, emosi) dari segi sikap
terhadap literasi TMK bersama modal insan guru dalam organisasi. Suatu bentuk
perubahan yang bermaksud seperti berikut :
“……change which is intricately linked with the concerns of the individual teacher educator or teacher.” (Desforges, C. 2001 ; Azmi Zakaria, 2004)
Para guru pelatih, pendidik guru dan staf jabatan saya telah
didedahkan secara asertif dengan penggunaan kemudahan, alat dan
perkakasan TMK. Maka tidak hairanlah wujudnya beberapa perubahan
yang amat membanggakan dari segi input, proses dan output sesuatu
inovasi pendidikan khususnya yang menyentuh pedagogi dari aspek
pengajaran dan pembelajaran Ilmu Kemahiran Hidup dan TMK. Saya
sendiri dapat melihat dari perspektif perubahan ini bahawa perubahan
dalam pendidikan di jabatan saya sedang mengalami perubahan
dalam mutu kerja mengikut peringkat-peringkatnya, di mana setiap
individu guru pelatih atau pendidik guru itu rela dan bersedia
bekerja dengan perkakasan dan peralatan TMK. Kuncinya ialah
bahawa peningkatan inovasi pendidikan di jabatan saya adalah
9
560325 – 01 - 6007
bergantung kepada peringkat-peringkat kesedaran, interaksi sosial
(kolaborasi) dan penglibatan TMK berasaskan Model CBAM seperti
dalam Rajah 1.
Kendiri (Self)Kesedaran; Informasi; Personal
TugasanPengurusan
Impak
Akibat; Kolaborasi; Memfokus
Rajah 1 : 7 Peringkat CBAM Dimudahcarakan Dalam Sistem yang Kompleks(Sumber : Diubahsuai daripada Desforges, C. (2001) Familiar Challenges and New Approaches: necessary advances in theory and methods in research on teaching and learning (BERA).
Di peringkat awal lagi saya telah mengambil kira segala keperluan
personal individu pelatih dan pendidik guru dalam jabatan bagi
memudahcarakan perubahan paradigma sama ada dari segi tugas yang
melibatkan Standard Operating Procedure (SOP) atau dari segi pengurusan
pendidikan yang melibatkan pemantauan perlakuan ahli yang berkaitan dengan
penggunaan TMK (Laudon and Laudon, 1998, p. 391). Hasilnya setiap daripada
ahli jabatan saya dapat disesuaikan dengan model CBAM di mana setiap ahli
yang berkenaan dapat menampilkan kepentingan diri masing-masing dengan
maklumat dan penggunaan TMK. Apa yang berlaku ialah mereka telah
disedarkan tentang penggunaan TMK sehinggakan mereka dapat melihat
sendiri dari perspektif mereka sendiri betapa besar impaknya TMK dalam
inovasi perubahan berkaitan dengan tugasan masing-masing. Akibatnya,
dengan kematangan berkolaborasi, individu-individu berkenaan dapat memberi
10
560325 – 01 - 6007
fokus kepada mengadaptasi serta membina kualiti kerja mereka dengan
penggunaan teknologi baru berasaskan pedagogi dan sistem kepercayaan
masing-masing. Di samping itu saya tidak ketinggalan juga menyediakan insentif
bagi pendidik-pendidik guru kemahiran hidup yang telah mengorbankan masa
dan tenaga untuk menjalinkan konektiviti TMK dengan kepentingan hidup yang
berwawasan perubahan yang sejahtera.
3.1.2 Model Pembangunan Organisasi
Model Pembangunan Organisasi dari segi modal manusia, struktur dan
infrastruktur yang disediakan juga menyentuh bidang penyuburan diri
kepimpinan instruksional dan pedagogi seperti mana yang disebutkan berikut:
“It is believed that the attitude reengineering approach is a valuable way ofrethinking the nature of school leadership and management to meet thechallenges of the twenty-first century.” ( Davis, 1996).
Ia berfokus kepada penyuburan diri bagaimana saya, para rakan
sejawat dan guru pelatih mengurus dan mengimplementasi TMK
apabila diberikan tugasan-tugasan yang melibatkan penyelesaian
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Ilmu Kemahiran Hidup
dengan inovasi semasa (Rajah 2). Sistem implementasi TMK ini juga
selaras dengan apa yang ditinjau oleh Telem (1996) tentang kerangka
implementasi sistem TMK yang kompleks. Ia melibatkan kepimpinan,
visi, misi, matlamat, isu-isu teknikal, struktur. psikososial, jaringan
kerjasama / kolaborasi, nilai konteks dan budaya, pengurusan
perubahan dan perancangan dengan kos yang minima.
11
Visi, Misi dan Kepimpinan
Isi Kandungan dan PedagogiIlmu Kemahiran Hidup
Isu-isu Sosial (Paradigmadan Sistem Kepercayaan)
PENDIDIKAN GURU
Isu-isuTeknikal TMK
JaringanKerja &
KolaborasiRajah 2 : Rangka holistik untuk penyelarasan TMK dalam Pendidikan Guru
(Sumber: Disesuaikan daripada The UNESCO holistic framework for ICT in teacher education (from UNESCO, 2000, In press).
560325 – 01 - 6007
Dari segi strateginya apa saja perubahan di peringkat organisasi
haruslah disebarkan kepada setiap ahli yang berkenaan dalam
organisasi itu. Penggunaan TMK seperti multimedia, projektor LCD,
komputer riba diaplikasikan dalam mesyuarat dan taklimat peringkat
jabatan. Malah perubahan dan pembangunan organisasi melibatkan
kursus dalaman/ seminar profesional. Intipati aktiviti dalam kursus
pembangunan staf ialah mempamerkan model-model P&P yang
berbantukan TMK (Computer Aided Learning, Computer Aided
Teaching). Kami juga mengadakan sistem mentor membina bahan-
bahan perisian / pengkalan data kemahiran hidup. Selain dari itu
hampir semua staf kami telah menyertai bengkel-bengkel informasi
mengenai kegunaan alat dan perkakasan TMK yang menyokong P&P.
Saya yakin bahawa dalam perkumpulan dan pertemuan ahli-ahli
organisasi yang dirancangkan pasti wujud interaksi rakan sejawat
menceritakan kekangan masing-masing mengenai TMK. Adalah
menjadi satu kebiasaan bagi rakan membantu rakan dalam usaha
mengadaptasi perubahan melalui demonstrasi TMK yang akur dengan
keperluan dan kepentingan individu. Walaupun sekali sekala wujudnya
12
560325 – 01 - 6007
penentangan atau sungutan tentang TMK daripada individu-individu
yang berbeza sistem kepercayaan yang melambatan proses inovasi,
tetapi dengan sokongan staf dari Jabatan Teknologi Maklumat, tenaga-
tenaga pakar dan bahan-bahan literatur yang generik dapatlah
meyakinkan para ahli organisasi saya tentang kemudahan-kemudahan
TMK. Kemudahan-kemudahan TMK yang disediakan dengan
peruntukan kewangan yang besar wajib disyukuri dengan membentuk
sikap adopt, adapt and develop sesuatu yang relevan dengan
kepentingan diri dan organisasi. Dengan demikian, di peringkat awal
ini, pihak jabatan saya telah memilih pendekatan menyokong gerakan
kumpulan, pendidik guru, staf atau guru pelatih memesrakan TMK
dengan mengusahakan bantuan kepakaran berdasarkan kekuatan dan
keperluan yang ada dalam bentuk mengadakan kursus dalaman atau
”in-house”. Perkara-perkara yang menjadi fokus dalam menyokong
pedagogi Kemahiran Hidup ialah :
(a)Membuat ”bench marking” antara jabatan-jabatan dan hubungan dengan organisasi luar seperti Universiti Terbuka Malaysia yang mempunyai sistem pembelajaran jarak jauh dengan sistem pengurusan TMK yang canggih seperti e-library.
(b)Mewujudkan Jawatankuasa Integrasi TMK dan P&P yang dianggotai oleh pendidik guru KH dan guru pelatih untuk menyelaraskan penggunaan TMK dan penjagaan alat, perisian dan perkakasan TMK. Contoh : Usahasama dengan unit pentadbiran elektronik induk yang mengendalikan hal-hal seperti pengurusan sistem maklumat (Learning Management System (LMS), Educational Management Information System (EMIS) dan sebagainya) serta membekalkan model / pendekatan terbaru pengajaran dan
13
560325 – 01 - 6007
pembelajaran yang berintegrasi dengan TMK seperti virtual learning environment (Vle)(Weller, M., 2007).
(c) Memantapkan kemahiran mengurus pangkalan data dan laman web jabatan di kalangan pengurus jabatan, pendidik guru, guru pelatih dan staf sokongan yang mengendalikan hal ehwal data dan maklumat di peringkat jabatan kemahiran hidup agar semua maklumat yang relevan bebas diakses dengan kata laluan yang diberikan.
(d) Memantapkan kemahiran mengurus dan menggunakan perkakasan dan perisian komputer misalnya perisian software Auto-CAD (yang di bawah kawalan dan akta ketulenan) bagi lukisan kejuruteraan / draf cara terkini di kalangan tenaga pengajar reka cipta, kerja logam dan kerja kayu.
(e) Menggalak dan mengiatkan kegunaan mel-elektronik (e-mail) sebagai alat komunikasi terpantas dan temurah.
(f) Menggalakkan pembangunan hompej, blog atau facebook sebagai wadah penyalur sumber maklumat terkini.
Saya memberikan perhatian kepada beberapa langkah pembaruan yang
memerlukan ubahsuai penggunaan TMK pertamanya, mengeksploitasi bahan-
bahan dan perisian TMK yang sedia ada secara persendirian. Misalnya, di
peringkat ini pihak jabatan saya hanya memberi kebebasan dan sokongan
kepada individu-individu yang berinisiatif melakukan secara persendirian adopt,
adapt and develop bahan-bahan dan perisian TMK untuk P&P masing-masing.
Keduanya, mengintegrasikan penggunaan TMK dengan Ilmu Kemahiran
Hidup peringkat dalaman. Oleh sebab banyak perkara yang berbangkit seperti
wujudnya desakan untuk mendapatkan bantuan teknik dan sumber dari pihak
14
560325 – 01 - 6007
jabatan, satu penyelarasan dan perancangan telah dibuat untuk
mengintegrasikan dengan mewujudkan jawatankuasa penyelaras integrasi TMK
dengan tugasan-tugasan tertentu di mana saya dilantik sebagai ko-ordinator
TMK dalam jabatan saya.
Ketiganya, mengkaji serta mereka semula proses penyampaian
pendidikan Ilmu Kemahiran Hidup berintegrasi dengan TMK. Perkara ini adalah
kesan dari tuntutan dasar pihak kementerian untuk menerapkan nilai
penggunaan TMK dalam proses P&P Kemahiran Hidup. Saya telah mengambil
satu inisiatif untuk merujuk dan mendapatkan bantuan dari Jabatan Teknologi
Maklumat institusi perguruan saya dan Bahagian Bimbingan Perguruan
Profesional TMK, Bahagian Pendidikan Guru. Oleh yang demikian saya telah
memilih, mengambil dan mengubahsuaikan satu model integrasi TMK dengan
P&P Kemahiran Hidup seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 berikut :
15
PENGETAHUAN TMK
KEMAHIRAN TMK
NILAI-NILAI BUDAYA
INTEGRASI TMK
DALAMP&P
ANJAKAN PARADIGMA & SISTEM KEPERCAYAAN
PengetahuanSubjek
Pedagogi dan Ilmu
Kemahiran Hidup
KemahiranP&P Berdasarkan
Humanisme, Konstruktivisme &
Pragmatisme
PENGGUNAAN BAHAN, PERKAKASAN & PERISIAN
DAN KEMUDAHANTMK
Bahan TMK + BahanBukan TMK
560325 – 01 - 6007
Rajah 3 : Penyelarasan dan Pengintegerasian TMK dengan P&P Kemahiran Hiudup.(Sumber: Diubahsuai daripada Bimbingan Perguruan Profesional dalam TMK, KPM 2005)
Keempatnya, meluaskan jaringan kolaborasi TMK dengan jabatan lain
melalui e-mail, forum board, dan e-benchmarking. Proses mengimplementasi
sistem TMK terkini telah menyebabkan pihak saya dan Jabatan Kemahiran
Hidup menjalin hubungan kolaborasi dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komuhikasi peringkat institusi perguruan, Sekolah-
sekolah Bestari di sekitar daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai serta Universiti Terbuka Malaysia di Stulang Laut, Johor Bahru, untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang inovasi TMK dengan P&P melalui e-mail,
LMS, Laman Web, Facebook dan Blog.
Kelimanya mengkaji semula kurikulum kemahiran hidup dengan merujuk
kepada tenaga pakar dan pihak Kementrian Pelajaran tentang ”educational
scope redefinition”. Di sini saya telah menarik perhatian ahli-ahli organisasi
peringkat institusi dan berkongsi pengalaman di persidangan peringkat zon
selatan (Gabungan institusi-institusi perguruan Hussin On, Temenggong Ibrahim
dan Raja Melewar) tentang bagaimana kita dapat manfaatkan implementasi dan
penyelarasan TMK berdasarkan maklumat hasil kajian kes. Hasil kajian kes
tersebut memberi gambaran yang jelas tentang model implementasi TMK di
sesebuah organisasi pendidikan (Rajah 4).
16
KONTEKSSumbangan BPG dan
Sumbangan Pihak, Sekolah, Universiti, Swasta
STRATEGIVisi,Misi,
Matlamat danPemantapan Budaya
HASILModel-model Perubahan
dalam Penggunaan
TMK Cara Berkesan
560325 – 01 - 6007
Rajah 4 : Model Implementasi TMK dalam Pengurusan Institusi Pendidikan
(Sumber : Diubahsuai daripada Yuen, H.K.A., Law, N., & Wong, K.C.(2003). ICT implemention and school leadership. Case Studies of ICT integration in teaching and learning. Journal of Educational Administration. 41(2), 159-170).
Rumusannya, apa yang wajar dilakukan ialah menyelaraskan seluruh
kegiatan kerjasama dan kolaborasi yang berkaitan dengan TMK melalui
penggabungan sebahagian atau seluruh jabatan di institusi perguruan yang
mempunyai kepentingan yang tersendiri. Dari segi impaknya walaupun berlaku
30 % kekangan dalam penggunaan TMK yang melibatkan kekurangan alat dan
perkakasan TMK, tetapi wujudnya peraturan-aturan baru jabatan untuk
mengatasi masalah dengan jalan pintas. Misalnya menggalakkan setiap pendidik
guru khasnya dan guru pelatih amnya memiliki sekurang-kurangnya komputer
riba yang tinggi kapasitinya atau high ends dengan peruntukan sendiri. Pihak
saya sedia maklum bahawa akibatnya timbullah keberatan di kalangan guru
pelatih dan pendidik guru mengambil teknologi tinggi terkini dengan beralaskan
sistem kepercayaan masing-masing. Walaupun demikian, tetapi ini tidak
bermakna dengan sistem implementasi TMK yang kompleks, promosi perubahan
yang lebih produktif tidak wujud. Oleh sebab kebanyakan para pendidik sentiasa
17
FAKTOR INTERVENINGHubungan Komuniti dan
Stakehoder
KATEGORI UTAMA
Kepemimpinan
FAKTOR PENYEBAB
Perlaksanaan Dasar
560325 – 01 - 6007
jahil tentang keseluruhan sistem terkini dalam TMK, saya pasti bahawa sikap
adragogi menunggu perubahan ”time will tell ” berdasarkan perkembangan
persekitaran, konteks, nilai budaya dan tuntutan-tuntutan masa kini akan
mengubah fikiran para pengguna TMK dengan mencuba menyesuai atau
mengadaptasi perubahan melalui interaksi gotong royong, sokongan serta
usahasama rakan sebaya dengan tunjuk ajar tentang TMK secara sinergi yang
akur dengan sistem kepercayaan masing-masing.
“………because andragogy recognises that the long history that comes with all adults needs to be addressed when designing learning experiences, including professional development with Information Technology.” (Cilliers, 1998)
.4.0 Penutup
Sebagai ahli jawatankuasa ko-ordinator TMK di bawah Jawatankuasa
Induk TMK peringkat Institusi Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim
(IPGKTI), saya telah mewakili Jabatan Kemahiran Hidup untuk memulakan
langkah dengan sikap berdaya saing memesrai TMK dengan lebih giat lagi
dalam kalangan pendidik guru KH, staf sokongan dan guru pelatih KH.
Penggunaan TMK di peringkat Jabatan Kemahiran hidup lebih berpegang
kepada visi ke arah “Pengguna TMK Yang Berketrampilan dan Celik Komputer”.
Dengan perkembangan teknologi maklumat yang amat pesat hari ini maka masih
banyak lagi yang perlu digarap untuk memaksimumkan penggunaan TMK ke
arah pembudayaannya dalam sistem pengurusan pendidikan guru. Apa yang
diperlukan sekarang adalah iltizam yang tidak berbelah bahagi menguasai TMK
dalam pendidikan secara total, sentiasa mengusahakan penambahbaikan dalam
pengurusan data dan informasi, serta menggembleng seluruh kepakaran yang
18
560325 – 01 - 6007
sedia ada untuk mempertingkatkan kualiti kerja yang produktif dengan
meningkatkan tahap penggunaan TMK cara berkesan.
Berikut adalah rumusan model-model penggunaan TMK yang digunapakai
bagi mengukuhkan kedudukan TMK khususnya di Jabatan Kemahiran Hidup
IPGKTI (Jadual 1). Dengan ketekalan penggunaan TMK pihak kami akan
merubah dari bentuk pendekatan passive consumer TMK kepada satu bentuk
pendekatan perekayasaan (active inventor) dengan anjakan paradigma bagi
meneruskan kelestarian atau sustainability institusi perguruan.
Jadual 1 – Ringkasan Ciri-ciri Model Penggunaan TMK dan Strategi Kepimpinan Di Jabatan Kemahiran Hidup, IPGKTI, Johor Bahru.
Model Strategi Kepimpinan Ciri-ciri Organisasi
Penggunaan Teknologi Pemimpin mengamalkan pengurusan ‘atas ke bawah’ untuk memastikan penguasaan minima ahli-ahli Jabatan Kemahiran Hidup (KH) dalam TMK
Memastikan ko-ordinator menjalankan tugas menyenggara dan menyampaikan kursus dalaman.
Memastikan penggunaan makmal komputer dipatuhi mengikut jadual
Memastikan bahan-bahan multimedia dan P&P sedia ada khas untuk penyampaian dan pembentangan digunakan sepenuhnya.
Memberi pengiktirafan kepada peningkatan kompetensi TMK. Menyediakan insentif untuk pendidik guru yang menyumbangkan tenaga dan kepakaran TMK dalam pengurusan maklumat guru-guru pelatih.
Menggalakkan perkongsian bahan-bahan multimedia sesama rakan sejawat.
Menekankan aspek kemahiran guru-guru pelatih menggunakan TMK.
19
560325 – 01 - 6007
Integrasi Pemimpin menggunakan pengurusan ”atas bawah” untuk memastikan penggunaan TMK secara menyeluruh oleh pendidik guru dan guru pelatih.
Mempunyai visi, misi dan matlamat yang jelas dalam mengimplementasi TMK dengan pendekatan konstruktivisme.
Menghubungi pihak kepakaran luar dan membuat ”bench marking” dan menjemput pihak universiti sebagai penceramah untuk memantapkan infrastruktur
Mengintegrasikan TMK dalam penyelesaian masalah pengurusan kurikulum Kemahiran Hidup.
Kursus perkembangan untuk staf dan pendidik guru untuk meningkatkan kemahiran TMK.
Model Strategi Kepimpinan Ciri-ciri Organisasi
Inovasi Budaya Pemimpin mempuynai visi, misi dan matlamat yang jelas.
Mengekalkan kesinambungan organisasi dengan memastikan semua ahli organisasi itu mendapat kemahiran asas TMK sebagai memenuhi tuntutan-tuntutan masa kini dengan amalan celik komputer.
Membangunkan staf dengan mengadakan kursus ”in-house”.
Menjalin hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan komuniti dan syarikat swasta yang mempunyai kepentingan bersama. Contoh :mengadakan expo-digital peringkat institusi pendidkan guru.
Memastikan polisi TMK dipatuhi oleh semua ahli dalam
TMK digunakan secara menyeluruh dalam P&P dan pengurusan Jabatan.
Guru-guru pelatih KH diberi kebebasan untuk mengakses maklumat, (gambar, video, fail, dokumen, atau sebagainya) dengan diberikan kata laluan dari server KH.
Semua pendidik guru pada tahap kemahiran TMK yang mantap dalam perkakasan, perisian dan rangakain internet.
Sistem rangkaian IPGKTI mantap dan komunikasi melalui e-mail menjadi amalan harian.
20
560325 – 01 - 6007
Jabatan Kemahiran Hidup. Keselamatan sistem- perlindungan, sistem dan perisian aplikasi pada komputer daripada rosak, ceroboh. kena godam.
Keselamatan data-kaedah simpan, sebar data dan kawalan akses maklumat
(Sumber : Di sesuaikan dari NIKI DAVIS (2002). Leadership of Information Technology for Teacher Education: a discussion of complex systems with dynamic models to inform shared leadership. Iowa State University, Ames, USA: Journal of Information Technology for Teacher Education, Vol. 11, No. 3, 2002, 253 : Yuen, H.K.A., Law, N., & Wong, K.C.2003)
Semoga model-model ini dapat menjadi panduan dan rujukan oleh saya
sendiri dan pemimpin-pemimpin institusi perguruan untuk mengimplementasikan
TMK dalam proses meningkatkan penggunaan dan pengurusan TMK yang
berkesan.
Azmi Zakaria. (2004). Pendidikan berkualiti: Isu dan cabaran masa kini. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Berkualiti di Institut Aminuddin Baki Genting
Highlands pada 29 - 30 November 2004.
Cilliers, P. (1998) Complexity and Postmodernism: understanding complexsystems. London and New York: Routledge.
Davis, B. (1996), “Re-engineering school leadership”, International Journal of Educational Management, Vol. 10 No. 2, pp. 11-16.strategic edge. Westport,CT: Greenwood Publishing
Desforges, C. (2001) Familiar Challenges and New Approaches: necessary advances in theory and methods in research on teaching and learning. British Educational Research Association (BERA) annual conference, Cardiff, August 2000. Nottingham: BERA.
Eisenberg, M., Lowe, C., & Spitzer, K. (2004). Information Literacy: Essential Skills for the Information Age. 2nd. edition. Libraries Unlimited.
Fullan, M. (1991). The New Meaning of Educational Change. New York, NY: Teacher College Press, Columbia University.
Kementrian Pelajaran Malaysia (2004). Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT).
Laudon, K. & Laudon, J. (1998). Management Information Systems: New Approach to Organization and Technology. New Jersey: Prentice Hall.
21
RUJUKAN
560325 – 01 - 6007
National Academy of Sciences (2002) The Concerns-based Adoption Model (CBAM): a model for change in individuals. New York: NASC
NIKI DAVIS (2002). Leadership of Information Technology for Teacher Education: a discussion
of complex systems with dynamic models to inform shared leadership. Iowa State University, Ames, USA: Journal of Information Technology for Teacher Education, Vol. 11, No. 3, 2002, 253
Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah,BTP, KPM. Julai 2002
Trend R., Davis, N.E. & Loveless, A. (1999) Information and CommunicationsTechnology. Letts QTS Series. London: Letts.
UNESCO, (2000). Information and Communication Technologies and Teacher Education. Paris: UNESCO, Inn Press.
Telem, M. (1996). MIS Implementation in Schools: A System Socio-technical Framework. Computers in Education. 272(2), 85-93.
UNESCO, (2003). BangkokFinal Report Experts’ Meeting on Teachers/Facilitators Training in Technology-Pedagogy Integration18-20 June 2003 . Bangkok, Thailand.
Weller, M. (2007). Virtual Learning Environments: Using, choosing and developing your VLE - London. Routledge.
Yuen, H.K.A., Law, N., & Wong, K.C.(2003). ICT implemention and school leadership. Case Studies of ICT integration in teaching and learning. Journal of Educational Administration. 41(2), 159-170).
RINGKASAN EKSEKUITIF
Sistem pendidikan dalam era beyond globalization dan informasi hari ini
terbawa-bawa ke dalam arus perubahan paradigma tekno-ekonomi sehingga
menimbulkan tekanan dan perubahan corak hidup masyarakat hari ini. Demi
mencapai hasrat negara menjadi negara maju pada tahun 2020 maka strategi
pembangunan itu harus bermula dari pendidikan bertaraf dunia di mana
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi teras utama untuk
mewujudkan sistem sumber yang jitu, cekap, pantas dan cepat dalam
penyebaran dan pengurusan maklumat. KPM telah menyediakan infrastruktur
teknologi untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga pendidikan. Kepimpinan
22
560325 – 01 - 6007
muncul sebagai kategori pertama dalam proses mengimplementasikan TMK di
institusi perguruan. Visi, misi dan objektif yang jelas Jabatan Kemahiran Hidup
(KH) dalam memantapkan penggunaan TMK merupakan strategi yang bersandar
kepada model-model perubahan yang dilakukan di Jabatan tersebut. Model
Penggunaan Dasar-Keprehatinan (Concerns-based Adoption Model :
CBAM) dan Pembangunan Organisasi adalah selaras dengan model-model
penggunaan teknologi, model integrasi dan model inovasi budaya. Dengan ini
penggunaan TMK dapat dirubah dari bentuk pendekatan passive consumer TMK
kepada satu bentuk pendekatan perekayasaan (active inventor) dengan anjakan
paradigma bagi meneruskan kelestarian atau sustainability institusi perguruan.
Semoga model-model ini dapat menjadi panduan dan rujukan oleh pemimpin-
pemimpin institusi perguruan untuk mengimplementasikan TMK dalam
meningkatkan penggunaan dan pengurusan maklumat yang berkesan.
23