pts

6
berlainan. Perhatikan senarai nombor yang ada dalam jadual di atas. Apakah yang dapat anda perhatikan? Bila kita melihat senarai ke bawah, suatu set baru akan mengandungi semua set nombor di atasnya. Sebagai contoh ,Nombor bulat mengandungi nombor asli di dalamnya. Hakikatnya, suatu set nombor bulat mengandungi semua nombor asli bersama satu nombor baharu iaitu sifar. Jika kita terus lihat senarai ke bawah, nombor menjadi lebih “rumit”.

description

pts

Transcript of pts

Page 1: pts

Nombor nyata boleh diklasifikasikan di bawah set nombor yang berlainan.

Perhatikan senarai nombor yang ada dalam jadual di atas.

Apakah yang dapat anda perhatikan?

Bila kita melihat senarai ke bawah, suatu set baru akan mengandungi semua

set nombor di atasnya. Sebagai contoh ,Nombor bulat mengandungi

nombor asli di dalamnya. Hakikatnya, suatu set nombor bulat mengandungi

semua nombor asli bersama satu nombor baharu iaitu sifar.  Jika kita terus

lihat senarai ke bawah, nombor menjadi lebih “rumit”.

Page 2: pts

Pecahan diperkenalkan  sebagai sebahagian daripada satu yang

menyeluruh. Pada masa yang sama, bila kita belajar mengenai

hutang dan nombor negatif, kita mula menggunakan integer. 

Daripada penerangan di atas, tentang set yang berlainan yang

terdapat dalan sistem nombor nyata, kita boleh lihat bagaimana

suatu set nombor mempunyai hubungan antara satu sama lain dan

diklasifikasikan secara progresif.

Page 3: pts

Hubungan antara set nombor ditunjukkkan dalam gambarajah venn di bawah.

Page 4: pts

Selain menggunakan set notasi untuk mewakili pelbagai jenis nombor

nyata, kita juga boleh menggunakan abjad atau huruf untuk

mewakilkan set nombor nyata.

Nama bagi set

nombor

Simbol yang mewakili set

Nombor asli N

Nombor Bulat W

Integer Z

Nombor Nisbah Q

Nombor Bukan

Nisbah

Q'

Nombor Nyata R

Perwakilan Nombor

Page 5: pts

•Nombor nyata juga boleh diwakilkan menggunakan garisan nombor.

•Menulis nombor pada garisan nombor memudahkan kita untuk mengenal

pasti nombor yang kecil dan yang besar.

•Susunan nombor nyata adalah secara tertib pada garisan nombor.

•Titik disusun secara tertib supaya nombor yang besar terletak di sebelah

kanan sifar dan nombor kecil berada di sebelah kiri, seperti yang

ditunjukkan di bawah.

Page 6: pts

Nombor di sebelah kanan lebih besar daripada nombor di sebelah kiri. 8 lebih besar daripada 5 1 lebih besar daripada -1 Tetapi perhatikan bahawa -8 lebih kecil daripada -5