pUISI KEMERDEKAAN

6
UISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku. Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta. Terima kasih, hujan merdeka walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim. ZULKIFLI MOHD TOP Universiti Malaya

Transcript of pUISI KEMERDEKAAN

Page 1: pUISI KEMERDEKAAN

UISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA 

Di langit Ogosawan gembira mengkhabarkan

hujan merdeka turun lagiuntuk kesekian kalinya

membasahi bumi keramat inidinginnya merangkul perasaan nusasyahdunya menyelimuti hati pembela

damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. 

Telah kutemui mutiara yang tersembunyidalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan

kukecapi aroma pembangunankukucupi wangian pembebasan

dan telah kuwarnai kanvas jati dirimengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

 

Hujan merdeka turun lagititisnya menjelajahi hati srikandipertiwi tersenyum menerimamumemeluk janji yang termetarai

harapan yang terkotateguh mengepung cinta.

 

Terima kasih, hujan merdekawalau langit Ogos berlalu

titisnya membasahi sepanjang musim. 

ZULKIFLI MOHD TOPUniversiti Malaya

 

 

Page 2: pUISI KEMERDEKAAN

 

SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA 

Sambutannya berulang lagisaban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sinimenabur bakti ibu pertiwi.

 

Jalur gemilang berkibar megahsana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endahsatukan hati bukannya mudah.

 

Hanya Malaysia negara tercintapejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang adasayangilah tumpah darah kita.

 

ZAINAL ABIDIN AHMADBTP

 

 

 

Page 3: pUISI KEMERDEKAAN

SAJAK KEMERDEKAAN: POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA 

Anak merdeka alaf baru!antara bunga mimpi dan tragedi

dalam membina generasi globalisasibukanlah semudah menciptacerita kosong di kedai kopi

atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. 

Anak merdeka alaf baru!tanamlah, semailah, bajailah

anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggidemi generasi dan agama

mentafsir wawasan membina jati dirimeraih akar dalam tunjang diri

menegak pepohon yang merendangkandedaun semangat.

 

Anak merdeka alaf barusiramkanlah falsafah minda

jangan biarkan kering dan matikerana pokok bangsa itu adalah serumpun

kerana pokok bangsa ituadalah kita yang merdeka.

 

AMYLIA HUSSAINJambatan Merdeka, Sg. Petani 

 

Page 4: pUISI KEMERDEKAAN

  MERDEKA KAMI

Ketika kami berlari...danMengibar bendera,Ummi berpesanHari ini amat istimewa

Teman-temanMengertikan kita erti merdekaHayatilah kemerdekaanHargailah pejuang negaraKelak kita akan fahamMengapa perlu pertahan kemerdekaanMengapa perlu kibarkan benderaMengapa perlu cintakan negara

Teman-temanKetawalah! Berlarilah!Bersoraklah!Bila kita faham erti merdekaKita akan faham erti setiaKita akan faham erti tanggungjawab

Ayuh...Pertahankan kemerdekaan Untuk kitaMalaysiaku berdaulatTanah Tumpah darahkuMerdeka!merdeka!merdeka!

Page 5: pUISI KEMERDEKAAN

Aku Anak Merdeka

Aku anak merdekaDisini aku dilahirkanDisini aku dibesarkanDisini taat setia dicurahkan

Aku anak merdekaHarapan nusa dan bangsaHarapan ayahbundaAir setitik menjadi tasikTanah sekepal menjadi gunungNegeri bertuah iniwarisan nenek moyangkaya dengan budaya

Aku anak merdekadihati semangat wajaDidada penuh satriaIngin kubela nasib bangsaIni Tuah akan membela.