PUISI TRADISIONAL

5
PUISI TRADISIONAL -PANTUN -GURINDAM -SELOKA -SYAIR DISEDIAKAN OLEH : NURFATIHA AMRAN

Transcript of PUISI TRADISIONAL

Page 1: PUISI TRADISIONAL

PUISI TRADISIONAL-PANTUN-GURINDAM-SELOKA-SYAIR

DISEDIAKAN OLEH : NURFATIHA AMRAN

Page 2: PUISI TRADISIONAL

PANTUN PEMBUKA BICARA

Sirih lipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Bukan lebah sebarang lebah,Lebah bersarang di rumpun buluh;Bukan sembah sebarang sembah,Sembah menyusun sepuluh jari.

Page 3: PUISI TRADISIONAL

GURINDAM DUA BELAS FASAL KETIGA

Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping.Apabila terpelihara lidah,Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,Daripada segala berat dan ringan.     Apabila perut terlalu penuh,Keluarlah fiil yang tidak senonoh.Anggota tengah hendaklah ingat,Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi. 

Page 4: PUISI TRADISIONAL

Maksud Gurindam Telinga perlu dijauhkan dari

mendengar segala hasutan dan kejian.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

Page 5: PUISI TRADISIONAL

Dalam pantun ini ia mempunyai 7 rangkap. Setiap rangkap juga ia mengandungi 2 baris Contohnya : Apabila terpelihara mata,         Sedikitlah cita-cita Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan  Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata Rima akhir ialah aa Contohnya : Apabila terpelihara lidah,        Nescaya dapat daripadanya faedah Tema sebenar untuk pantun ini adalah nasihat kepada diri sendiri iaitu memelihara

anggota diri dan berbudi pekerti. Sebagai pengajaran, kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana. Selain itu,

kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan, kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat dan kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.