Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

download Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

of 7

Transcript of Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    1/7

    3.0 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan.

    Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward

    (1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 ataupun kurang

    daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan

    penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

    Menurut Holbrook (1996), 1/10 kanak-kanak disekolah menghadapi

    ketidakupayaan penglihatan. Kanak-kanak dikategorikan sebagai mempunyai

    masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan

    dan dapat menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan

    berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah

    penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara

    20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad

    kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta

    tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran.

    Semasa kelas Pendidikan Jasmani, kanak-kanak cacat penglihatan juga

    perlu untuk mempelajari kemahiran motor. Mereka mesti mempunyai kebolehan

    untuk memberi tumpuan kepada objek yang berbeza seperti bola dan peralatan-

    peralatan lain, menentukan jarak dekat dan jauh di dalam situasi yang berbeza,

    menunjukkan pergerakan mata dan tangan, koordinasi mata dan kaki dan

    membezakan diantara warna dan latar belakang. Tambahan pula, kanak-kanak

    mesti ingat apa yang dilihat dan meniru aksi pergerakan menggunakan deria

    penglihatan dan bertindak balas secara serta merta.

    Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan

    selepas lahir, penyakit, keturunan/genetik, dan kemalangan.

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    2/7

    1.0 Keturunan/Genetik

    Cacat penglihatan sejak lahir adalah berpunca dari ibu yang terkena jangkitan

    campak dan bayi turut sama menerima jangkitan tersebut semasa ibu sedang hamil.

    Selain itu, Mereka yang albinismesering kali menderita kecacatan penglihatansehingga pada tahap ramai adalah sah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka

    buta sepenuhnya.kongenital amaurosis Leber mampu menyebabkan buta

    sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-

    kanak.

    Kemajuan terkini dalampemetaan gengenome manusia telah mengenal pasti

    punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan. Salah satu

    contoh adalahsindrom Bardet-Biedl.

    Selain daripada itu, bayi yang lahir tidak cukup bulan juga akan menyebabkan

    ketidakupayaan penglihatan kerana pembentukan mata tidak terbina dengan

    sepenuhnya dan berlakunya kerosakan mata.

    2.0 Penyakit

    Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh penyakit dan kekurangan

    zat. Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh

    dunia adalah:

    a. Katarak

    b. Glaukoma

    c. Kemerosotan macula (AMD) berkait usia.

    d. Trakoma

    e. Konjuktivitis

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Albinisme&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Albinisme&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kongenital_amaurosis_Leber&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kongenital_amaurosis_Leber&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kongenital_amaurosis_Leber&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemetaan_gen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemetaan_gen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemetaan_gen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sindrom_Bardet-Biedl&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sindrom_Bardet-Biedl&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemetaan_gen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kongenital_amaurosis_Leber&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Albinisme&action=edit&redlink=1
  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    3/7

    a. Katarak

    Katarak merupakan suatu jenis penyakit mata yang dicirikan dengan adanya

    noda putih seperti awan pada lensa mata. Penyakit katarak ini terjadi kerana

    degeneratif, bertambahnya usia seseorang dan adanya penyakit terkait yang

    dimiliki seseorang yang mempengaruhi mata yang menimbulkan gejala

    penyakit katarak. Selain itu juga, katarak adalah berpunca daripada faktor

    genetika (keturunan). Katarak kebanyakan muncul pada usia lanjut. Penyakit

    Katarak merupakan penyebab utama kebutaan permanen di dunia.

    Pada awal serangan, penderita katarak merasa gatal-gatal pada mata, air

    matanya mudah keluar, pada malam hari penglihatan terganggu dan tidak

    biasa menahan silau sinar matahari atau sinar lampu. Gejala umum

    gangguan katarak meliputi penglihatan tidak jelas seperti terdapat kabut

    menghalangi objek, peka terhadap sinar atau cahaya serta memerlukan

    pencahayaan yang terang untuk dapat membaca.

    Rajah 1. Penyakit Katarak

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    4/7

    b. Glaukoma

    Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan

    cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan

    merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar

    seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

    Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair

    secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan.

    Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap glaukoma, aliran bendalir tersekat

    dan ini mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat. Mata sudah berair

    dan menjadi merah pada bahagian mata putih, anak mata membesar dan

    kelopak mata membengkak. Penglihatan menjadi semakin berkurangan.

    Pesakit juga akan melihat lingkaran cahaya di sekitar lampu bercahaya. Jika

    tidak dirawat dengan segera, bahagian dalam mata akan menjadi rosak untuk

    selama-lamanya dan akhirnya pesakit akan kehilangan penglihatan.

    Faktor-faktor lain penyebab Glaukoma :

    Usia

    Keturunan keluarga.

    Mipoia tinggi.

    Diabetes Mellotus

    Hipertensi

    Rajah 2. Penyakit Glaukoma

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    5/7

    c. Kemerosotan Makula (AMD) berkait Usia

    Kemerosotan Makula (AMD) merupakan punca kedua utama kebutaan dunia.

    AMD adalah penyakit kemerosotan retina yang memberi kesan kepada makula,

    iaitu bahagian paling sensitif dalam mata yang membolehkan kita melihat

    sesuatu secara terperinci. Pesakit AMD juga selalunya dapat dikesan pada

    peringkat lewat iaitu bila penglihatan terjejas kerana pada peringkat awal

    pesakit tidak mempunyai tanda-tanda yang nyata. Pesakit AMD mungkin

    mengalami kesukaran dengan tugas visual seperti membaca, menentukan

    masa, dan mengenali muka. Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami

    penyakit ini berbanding kaum wanita.

    d. Konjungtivitis Trakomatosa (Trakoma)

    Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus

    yang menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan

    mata terpaksa ditutup. Gejala-gejala awal termasuklah selaput mata menjadi

    merah, terasa gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan

    mata peka pada cahaya. Dalam keadaan teruk, biji-biji kecil akan muncul pada

    selaput kelopak mata dan korneo mungkin tercedera yang mengakibatkan mata

    Rajah 3. Penyakit Kemerosotan

    Makula AMD

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    6/7

    menjadi buta. Penyakit ini dapat mengenai semua umur tetapi lebih banyak pada

    orang muda dan anak-anak. Ubat sulfa dan antibiotik digunakan untuk merawat

    trakoma bagi mengawal keradangan mata.

    e. Konjunktivitis

    Inflamasi atau radang pada konjunktiva yang disebabkan oleh virus ataubakteria. Konjunktivitis kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan berair.

    Pesakit akan berasa matanya gatal, pedih dan kadangkala sakit serta

    mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat.

    Pendedahan kepada cahaya akan menambahkan lagi rasa yang tidak selesa.

    Konjuntivis mudah berjangkit dan pesakit tidak sepatutnya berkongsi tuala,

    bantal dan pakaian dengan orang lain. Tiada vaksin untuk mengawal penyakit

    ini.

    Rajah 4. Trakoma

    Rajah 5. Konjunktivitis

  • 7/31/2019 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan

    7/7

    3.0 Kemalangan

    Kemalangan juga merupakan penyebab kepada ketidakupayaan penglihatan.

    Seperti terkena bahan bakar seperti terkena bunga api, batang pancing,

    kemalangan kereta ataupun kecederaan dikepala. Apabila kecederaan berlaku

    dibahagian mata, kadangkala ia boleh diselamatkan dan kadangkala tidak

    walaupun pembedahan dan ubat diberi. Terdapat beberapa perkara yang perlu

    dititikberatkan untuk mengelakkan berlaku kecederaan mata, antaranya ialah :

    Jangan membaling objek di muka atau dibahagian kepala.

    Berhati-hati apabila menggunakan gunting atau pisau dan jauhi

    peralatan tersebut dari muka.

    Menggunakan goggles atau cermin mata khas untuk melindungi mata

    sekiranya melakukan kerja-kerja makmal.