Punca Obesiti

3
Punca Obesiti 4.1.1 Pemakanan yang tidak sihat Masyarakat kini sibuk bekerja untuk mengejar kemewahan dan mereka menganggap masa itu sangat berharga. Mereka lebih rela membeli makanan yang sedia ada seperti makanan segera daripada masak sendiri. Masa yang digunakan untuk memasak boleh digunakan untuk menguruskan perkara penting lain. Oleh itu, mereka membeli makanan dari luar dan pilihan mereka yang pertama adalah makanan segera. Meskipun makanan segera sangat mudah tetapi ia akan menjejaskan kesihatan kita secara beransur-ansur. Makanan segera seperti KFC, Pizza Hut dan Mc Donald mengandungi kandungan kalori dan lemak yang tinggi. Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan dan seterusnya akan menjadi obesiti. Kanak-kanak menjadi obesiti akibat kekurangan ambil berat ibu bapa. Banyak ibu bapa sibuk bekerja dan mengabaikan keperluan anak-anak mereka. Justeru, mereka akan memberi wang kepada anak supaya mereka makan sendiri di luar. Kanak-kanak biasanya akan memilih untuk makan makanan segera kerana makanannya amat menyesuaikan dengan selera kanak-kanak. Dengan mengambil makanan segera dengan kerap, berat badan akan meningkat dengan mendadak dan menjadi obesiti tanpa disedari. Selain daripada makanan segera, makanan tradisional seperti roti canai dan nasi lemak juga tidak sihat kerana lemak yang dikandungi amat tinggi dan akan menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. 4.1.2 Kekurangan bersukan atau aktiviti fizikal Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal merupakan aktiviti yang boleh membakar kalori. Contoh aktiviti fizikal adalah naik turun tangga dan berjalan. Mas yarakat kini telah mengamalkan cara hidup yang amat t idak sihat. Mereka malas untuk melakukan aktiviti fizikal dan lebih suka duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti ini. Sikap malas mereka menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk bersukan. Peningkatan teknologi telah membawa banyak kemudahan kepada orang kini tetapi pada sebaliknya juga memupuk sikap malas dalam kalangan orang kini. Misalnya, perkhidmatan e-banking melalui internet telah dikeluarkan dan masyarakat kini tidak memerlukan keluar dari rumah ke bank untuk menyempurnakan proses ini. Penciptaan lif juga membawa kemudahan kepada masyarakat dengan tidak memerlukan naik turun tangga yang banyak. Walaupun peningkatan teknologi telah memudahkan masyarakat, akan tetapi, ia juga menyebabkan masyarakat kini bergantung kepada kemudahan teknologi ini. Dengan menggunakan kemudahan teknologi ini, mereka tidak perlu melakukan aktiviti fizikal yang dianggap akan meletihkan badan. Begitu juga dengan bersukan, masyarakat kini y ang banyaknya beranggap bersukan amat membazirkan masa sedangkan masa amat berharga bagi mereka supaya menguruskan kerja mereka. Mereka lebih rela mengorb ankan masa mereka untuk pekerjaan mereka daripada melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Sekian lama, kesan kurang bersukan atau aktiviti fizikal akan menjadi ketara semasa berat badan mereka meningkat dan menjadi obesiti pada akhirnya akibat sikap malas mereka.

description

kajian sosial

Transcript of Punca Obesiti

Page 1: Punca Obesiti

7/18/2019 Punca Obesiti

http://slidepdf.com/reader/full/punca-obesiti-56922a98a9885 1/3

Punca Obesiti

4.1.1 Pemakanan yang tidak sihat

Masyarakat kini sibuk bekerja untuk mengejar kemewahan dan mereka menganggap masa

itu sangat berharga. Mereka lebih rela membeli makanan yang sedia ada seperti makanansegera daripada masak sendiri. Masa yang digunakan untuk memasak boleh digunakan

untuk menguruskan perkara penting lain. Oleh itu, mereka membeli makanan dari luar dan

pilihan mereka yang pertama adalah makanan segera. Meskipun makanan segera sangat

mudah tetapi ia akan menjejaskan kesihatan kita secara beransur-ansur. Makanan segera

seperti KFC, Pizza Hut dan Mc Donald mengandungi kandungan kalori dan lemak yang tinggi.

Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan dan

seterusnya akan menjadi obesiti. Kanak-kanak menjadi obesiti akibat kekurangan ambil

berat ibu bapa. Banyak ibu bapa sibuk bekerja dan mengabaikan keperluan anak-anak

mereka. Justeru, mereka akan memberi wang kepada anak supaya mereka makan sendiri di

luar. Kanak-kanak biasanya akan memilih untuk makan makanan segera kerana makanannya

amat menyesuaikan dengan selera kanak-kanak. Dengan mengambil makanan segera

dengan kerap, berat badan akan meningkat dengan mendadak dan menjadi obesiti tanpa

disedari. Selain daripada makanan segera, makanan tradisional seperti roti canai dan nasi

lemak juga tidak sihat kerana lemak yang dikandungi amat tinggi dan akan menyebabkan

seseorang itu menjadi obesiti.

4.1.2 Kekurangan bersukan atau aktiviti fizikal

Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal merupakan aktiviti yang boleh membakar kalori.

Contoh aktiviti fizikal adalah naik turun tangga dan berjalan. Masyarakat kini telah

mengamalkan cara hidup yang amat tidak sihat. Mereka malas untuk melakukan aktiviti

fizikal dan lebih suka duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti ini. Sikap malas

mereka menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk bersukan. Peningkatan teknologi

telah membawa banyak kemudahan kepada orang kini tetapi pada sebaliknya juga

memupuk sikap malas dalam kalangan orang kini. Misalnya, perkhidmatan e-banking melalui

internet telah dikeluarkan dan masyarakat kini tidak memerlukan keluar dari rumah ke bank

untuk menyempurnakan proses ini. Penciptaan lif juga membawa kemudahan kepada

masyarakat dengan tidak memerlukan naik turun tangga yang banyak. Walaupunpeningkatan teknologi telah memudahkan masyarakat, akan tetapi, ia juga menyebabkan

masyarakat kini bergantung kepada kemudahan teknologi ini. Dengan menggunakan

kemudahan teknologi ini, mereka tidak perlu melakukan aktiviti fizikal yang dianggap akan

meletihkan badan. Begitu juga dengan bersukan, masyarakat kini yang banyaknya beranggap

bersukan amat membazirkan masa sedangkan masa amat berharga bagi mereka supaya

menguruskan kerja mereka. Mereka lebih rela mengorbankan masa mereka untuk

pekerjaan mereka daripada melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Sekian lama, kesan

kurang bersukan atau aktiviti fizikal akan menjadi ketara semasa berat badan mereka

meningkat dan menjadi obesiti pada akhirnya akibat sikap malas mereka.

Page 2: Punca Obesiti

7/18/2019 Punca Obesiti

http://slidepdf.com/reader/full/punca-obesiti-56922a98a9885 2/3

4.1.3 Faktor keturunan

Ibu bapa yang bersaiz normal mempunyai 10% mendapat anak yang gemuk, peluang akan

bertambah menjadi 40% hingga 50% jika salah seorang ibu bapa menghadapi masalah berat

badan atau obesiti. Bagi anak yang mempunyai kedua-dua ibu bapa yang obesiti, peluang

untuk menjadi 70% hingga ke 80%. Jelaslah bahawa masalah obesiti akan diturun daripada

generasi yang sebelumnya kepada yang selepasnya. Oleh itu, kita selalu melihat ibu bapa

yang tergolong dalam gemuk biasanya cendorong mempunyai anak yang gemuk. Hal ini

berkemungkinan besar berlaku akibat seorang ibu yang obesiti sedang mengandung, maka

unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal akan diturun kepada si

bayi semasa dalam kandungan secara automatik. Maka, apabila si bayi yang dilahir

mempunyai unsur lemak tubuh yang relative besar adalah tidak hairan. Dalam hal ini,

 jelaslah bahawa faktor keturunan juga salah satu punca menyebabkan seseorag itu

berobesiti.

4.1.4 Pengaruh emosi

Masyarakat kini banyak yang menghadapi tekanan akibat kemajuan masyarakat yang deras

ini. Masyarakat kini banyak menghadapi tekanan mahupun dalam kehidupan atau pekerjaan.

Saingan yang kuat sesama rakan sekerja telah menyebabkan mereka berasa tertekan.

Masyarakat kini semuanya berasaskan kelajuan seperti ketangkasan menguruskan sesuatu

masalah. Mereka yang tidak setangkas seperti yang lain akan menghadapi masalah tekanan

yang kuat. Masalah yang sama juga berlaku dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja,

keputusan peperiksaan, penampilan, alat berteknologi tinggi sering menjadi faktor salingbertanding. Mereka akan bersaing dan berbanding sesama lain. Bagi remaja yang berasa

tidak setanding dengan mereka akan berasa rendah diri dan emosi mereka telah dipengaruh.

Bagi mereka yang menghadapi tekanan dalam kehidupan tidak kira orang dewasa atau

remaja, lazimnya mereka akan meluahkan perasaan dengan makan. Walaupun cara ini

kadang-kala amat berkesan untuk mereka supaya meluahkan tekanan mereka, akan tetapi,

kesan sampingan turut akan mendatang iaitu masalah obesiti.

4.1.5 Kurang masa tidur

Semasa tidur, hormon yang mengawal kadar selera makan akan dikeluarkan oleh badan.

Hormon ini juga mengawal kadar penggunaan tenaga dalam tubuh kita. Sbagai contohnya,

ketika tidur, homon insulin dalam badan akan membantu mengawal kandungan gula dalam

badan. Oleh itu, jika kekurangan tidur, fungsi hormone ini akan berkurang dan kandungan

gula yang ada dalam badan berada dalam tahap yang hampir sama dengan penghidap

penyakit daibetis. Apabila kekurangan tidur secara berterusan, hormone ghrelin yang

membantu meningkatkan selera makan akan distimulasi. Secara tidak langsung, selera akan

bertambah dan permintaan tentang pemakanan juga meningkat. Justeru, akibat daripada

kekurangan tidur, hormon insulin yang berfungsi mengawal kandungan gula akan berkurang

manakala hormon ghrelin yang bertugas meningkatkan selera makan akan meningkat dan

Page 3: Punca Obesiti

7/18/2019 Punca Obesiti

http://slidepdf.com/reader/full/punca-obesiti-56922a98a9885 3/3

hal ini akan menjejaskan pemakanan. Tanpa disedari, masyarakat akan makan lebih daripada

biasa. Jika masalah ini berlaku berterusan, berat badan akan meningkat mendadak dan

lama-kelamaan, obesiti akan berlaku.

4.1.6 Pengambilan ubat-ubatan

Terdapat beberapa penyakit yang dikaitan dengan masalah obesiti. Sebagai contohnya,

penyakit hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid dalam tubuh badan). Kekurangan

hormon tiroid akan menjejaskan metabolism tubuh badan sedangkan kadar metabolism

memainkan peranan dalam membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Selain

daripada penyakit hypothyroidism,penyakit cushing syndrome dan polycstic ovarian

syndrome juga akan menyebabkan penghidapnya mengalami masalah obesiti. Secara tidak

langsung, berat badan akan meningkat dan menyebabkan masalah obesiti. Pengambilan

ubat-ubatan yang tertentu juga menyebabkan masalah obesiti. Sesetengah ubat memberikesan sampingan kepada penggunanya dalam masalah yang berbeza. Ubat seperti

antidepresi akan memberi kesan dalam berat badan manakala sesetengah ubat akan

merendahkan kadar pembakaran kalori dalam tubuh. Secara langsung, masalah obesiti akan

timbul.