Punca Pencemaran Bahasa 2

6
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT SIKAP PENGGUNA BAHASA ITU SENDIRI GLOBALISASI & MEDIA MASSA BAHASA IBUNDA, BAHASA DAERAH DAN BAHASA

description

knkl

Transcript of Punca Pencemaran Bahasa 2

Page 1: Punca Pencemaran Bahasa 2

FAKTOR-FAKTOR

BERLAKUNYA

PENCEMARAN BAHASA

DALAM KALANGAN

MASYARAKAT

SIKAP PENGGUNA BAHASA ITU SENDIRI

GLOBALISASI

&

TEKNOLOGI MAKLUMAT

MEDIA MASSA

BAHASA IBUNDA, BAHASA DAERAH DAN BAHASA PASAR

Page 2: Punca Pencemaran Bahasa 2

Faktor- Faktor Pencemaran Bahasa

Pencemaran merupakan perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Bahasa

pula merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat

perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu, antara satu individu

dengan individu yang lain. Jadi, secara keseluruhannya menurut maksud tajuk

kertas kerja ini “Pencemaran Bahasa” ditakrifkan sebagai perbuatan mengotorkan

sistem perhubungan manusia, dalam kes ini, perhubungan sesama rakyat Malaysia

sendiri, dalam lingkungan pengguna Komputer dan Internet sendiri. Pencemaran

bahasa, secara umumnya diguna pakai sebagai satu istilah, untuk menunjukkan

Bahasa Melayu kita dicemari dengan perkataan-perkataan asing.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa

ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Globalisasi didefinisikan sebagai fenomena

yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia

disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula

berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan

positif. Walaupun begitu, kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini

tidak dapat dinafikan.

Perkembagan globalisasi turut memberikan kesan yang buruk kepada

penggunaan Bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya laman web

sosial seperti Facebook (FB). FB merupakan laman web sosial yang amat popular

dalam kalangan masyarkat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam FB seperti

bermain permainan kecil, panggilan video, mengeluarkan fikiran anda dalam ‘dinding

pos’ (wall post) dan sebagainya.Salah satu aktivitinya ialah ‘chatting’. Penggunaan

symbol,kod dan perkataan singkatan sering berlaku semasa ‘chatting’ antara dua

orang yang lain. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau

kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku

disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis

bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada

perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami

oleh penerimanya dalam ruang terhad itu. Kebiasaan masyarakat ini terbawa-bawa

kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo sehinggalah

menyebabkan pencemaran bahasa.

Page 3: Punca Pencemaran Bahasa 2

Tambahan lagi, sikap pengguna bahasa itu sendiri yang menyebabkan

pencemaran bahasa ini berlaku. Masyarakat di Malaysia lebih mementingkan

penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris . Hal ini memberikan impak yang

besar apabila mereka menggunakan bahasa rojak dalam ujaran mereka.

Contohnya:

a) I nak call kawan i. ( SALAH )

b) Saya hendak memanggil kawan saya. (BETUL)

Mereka berpendapat bahawa jika mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

mereka akan dipandang tinggi. Sebenarnya, mereka tidak akan dipandang tinggi jika

mereka menggunakan bahasa rojak sebaliknya mereka akan dipandang rendah

kerana mencemarkan kedua-dua bahasa tersebut. Jika senario ini dibiarkan

berterusan hal ini akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang

berkedudukan rendah. Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa

pencampuran antara dua bahasa tersebut akan mencemarkan Bahasa Melayu dan

jika perkara ini tidak dikawal maka Bahasa Melayu akan ‘dicemarkan lagi padad

masa depan.

Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan

pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang

digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna

bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca

televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara

Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang besar

dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca

televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa

kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah

terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media.

Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca

kepada pencemaran bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak

fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa

ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar.

Bahasa pasar boleh didefinisikan sebagai bahasa kacukan antara bahasa Melayu

Page 4: Punca Pencemaran Bahasa 2

dengan bahasa-bahasa bukan Melayu. Cara penyebutan dipengaruhi oleh cara

bahasa ibunda penutur. Bahasa pasar tidak mempunyai gramatis dengan

mengabaikan hukum BM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contohnya:

a) Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri

nama kedua).

b) Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

c) Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya

budak.

Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga

membawa kepada pencemaran bahasa ini.

Kesimpulannya, faktor-faktor berikut akan memberikan impak yang besar kepada

bahasa Melayu pada masa depan. Oleh itu, langkah yang amat konkrit perlu diambil

supaya bahasa kita dapat dimartabatkan.