Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

14
BAHASA MELAYU 910/1 TAJUK : Pencemaran Bahasa Melayu (Langkah-langkah) Disediakan Oleh : INTAN NURHAZWANI BINTI MHD ZULKIPLI

Transcript of Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

Page 1: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

BAHASA MELAYU910/1

TAJUK :Pencemaran Bahasa Melayu (Langkah-langkah)

Disediakan Oleh :INTAN NURHAZWANI BINTI MHD ZULKIPLI

Page 2: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

SOALAN

Page 3: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

Masalah pencemaran bahasa melayu

semakin berleluasa dalam kalangan

masyarakat pada masa ini. Keadaan ini

menyukarkan hasrat kerajaan untuk

memartabatkan bahasa Melayu. Huraikan

langkah-langkah untuk menangani masalah

pencemaran bahasa dalam kalangan

masyarakat di negara kita.

Page 4: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

PENDAHULUAN

Page 5: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

Ayat Tema Pencemaran Bahasa Melayu.

Ayat Definisi

1. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penuturnya yang sangat ramai.

2. Pencemaran Bahasa Melayu merupakan penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat seperti penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, kesalahan ejaan, pemilihan kosa kata yang kurang tepat serta pencampuran Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

Ayat Rangsangan Kini kita dapati, masalah pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Ayat Tugasan Terdapat beberapa langkah untuk menangani masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Page 6: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

LANGKAH-LANGKAH

UNTUK MENANGANI

Page 7: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

ISI 1: Langkah-langkah menangani pencemaran Bahasa Melayu

AYAT ISI UTAMAPihak penerbit majalah atau drama perlu mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam karya penerbitan mereka supaya dapat menangani masalah pencemaran bahasa.

AYAT HURAIAN ISI UTAMA

• Pihak penerbit perlu bekerjasama dengan jabatan kerajaan dalam mengawal penggunaan bahasa yang betul dalam penerbit

an majalah atau drama.

• Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris.

CONTOHPihak penerbit harus mewujudkan satu biro khas berkaitan bahasa baku agar majalah atau drama yang diterbitkan telah dieditdan mengikut bahasa baku yang betul.

KESIMPULAN KECILJelaslah bahawa peranan penerbit dalam menerbitkan bahan bacaan atau drama yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dapat mengatasi isu pencemaran bahasa.

Page 8: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

ISI 2 : Langkah-langkah menangani pencemaran Bahasa MelayuAYAT ISI UTAMA Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka.

AYAT HURAIAN ISI UTAMA

• Khidmat Nasihat Bahasa dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul.

• Pembukaan Khidmat Nasihat Bahasa juga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan.

CONTOH

• Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak Dewan Bahasa Pustaka.

• Pemantaun dapat dilaksankan dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa.

KESIMPULAN KECILTegasnya, tindakan pembukaan Khidmat Nasihat Bahasa ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.

Page 9: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

ISI 3 : Langkah-langkah menangani pencemaran Bahasa Melayu

AYAT ISI UTAMA Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen.

AYAT HURAIAN ISI UTAMA

• Untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang gramatis.

• Mengembalikan martabat Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

CONTOH

• "Kempen Cinta Bahasa Melayu" dilancarkan melalui media massa.

• Kempen ini dapat dijalankan dengan lancar kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO).

KESIMPULAN KECIL Melalui langkah ini, mereka akan mencapai tahap penguasaan Bahasa Melayu yang tinggi.

Page 10: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

ISI 4 : Langkah-langkah menangani pencemaran Bahasa Melayu

AYAT ISI UTAMA

Pihak kerajaan perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang tepat dan gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan.

AYAT HURAIAN ISI UTAMA

• Fokus utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor kerajaan.

• Semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat ataupun melakukan pembentangan.

CONTOHMajlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

KESIMPULAN KECILDengan mengimplimentasikan langkah penggunaan Bahasa Melayu yang tepat dan gramatis dalam urusan rasmi kerajaan, masalah pencemaran bahasa dapat diatasi.

Page 11: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

ISI 5 : Langkah-langkah menangani pencemaran Bahasa Melayu

AYAT ISI UTAMAPucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa denganmenjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

AYAT HURAIAN ISI UTAMA

• Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan.

• Langkah ini dapat mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan mereka.

CONTOHPucuk pimpinan perlu melancarkan “Wawasan Bahasa” terhadappelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020.

KESIMPULAN KECILTegasnya, tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan ini dapat menangani masalah pencemaran bahasa daripada terus berleluasa.

Page 12: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

PENUTUP

Page 13: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

Ayat Kesimpulan Besar

Kesimpulannya, pencemaran bahasa merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Semua pihak yang berkenaan seperti pihak penerbit majalah atau drama dan pihak kerajaan perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa.

Ayat Pendapat Bahasa Melayu harus diperjuangkan dan dijadikan bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara.

Ayat Cadangan

• Dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, usaha yang berterusan dan efisien perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib.

• Dewan Bahasa Pustaka perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa.

Ayat Harapan Kita perlu memperkasa Bahasa Melayu agar generasi akan datangdapat merasai keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan.

Page 14: Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani

SEKIAN,

TERIMA KASIH