Pusat Membeli Belah Di Keningau

2
Maksud Pembandaran Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya. Pembandaran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pelbagai kesan positif seperti peningkatan sistem pengangkutan dan perhubungan, peningkatan kemudahan awam sosial, peningkatan taraf hidup penduduk dan wujudnya banyak peluang pekerjaan. Proses pembandaran juga akan menyebabkan pelbagai kesan negetif seperti pencemaran bunyi , pencemaran udara, fenomena cuaca seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon, pulau haba,rumah hijau dan pelbagai kemusnahan hutan. Kesan Positif 1) Peningkatan Sistem Pengangkutan & Perhubungan Ø Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan seperti jalan raya dan lebuh raya. Perkhidmatan pengangkutan bertambah baik dan lebih cekap. 2) Peningkatan Kemudahan Awam Sosial Ø Kemudahan rekriasi seperti taman permainan, padang golf,taman bunga dan tempat hiburan bertambah. Kemudahan kesihatan bertambah baik dan lengkap dengan peralatan moden. 3) Peningkatan Taraf Hidup Penduduk Ø Kediaman lebih selesa, pendapatan yang tetap dan lumayan, pusat pendidikan dinaik taraf dan membuka lebih banyak kemudahan kesihatan. 4) Wujudnya Banyak Peluang Pekerjaan Ø Peluang pekerjaan bertambah dalam pelbagai bidang seperti bidang perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan pembinaan. Kesan Negatif 1) Pencemaran Alam Sekitar Ø Pencemaran Air Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang. Ø Pencemaran Udara Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk. Ø Pencemaran Bunyi Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian. 2) Fenomena Cuaca Ø Hujan Asid Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan. Ø Penipisan Lapisan Ozon Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia. Ø Pulau Haba Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya. Ø Kesan Rumah Hijau Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub. Ø Banjir kilat Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang

description

admin

Transcript of Pusat Membeli Belah Di Keningau

Page 1: Pusat Membeli Belah Di Keningau

Maksud Pembandaran        

          Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar

dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.               

 Pembandaran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pelbagai kesan positif seperti peningkatan sistem pengangkutan dan perhubungan, peningkatan kemudahan awam sosial, peningkatan taraf

hidup penduduk dan wujudnya banyak peluang pekerjaan.                        Proses pembandaran juga akan menyebabkan pelbagai kesan negetif seperti pencemaran

bunyi , pencemaran udara, fenomena cuaca seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon, pulau haba,rumah hijau dan pelbagai kemusnahan hutan.

Kesan Positif  1)   Peningkatan Sistem Pengangkutan & Perhubungan

Ø Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan seperti jalan raya dan lebuh raya. Perkhidmatan pengangkutan bertambah baik dan lebih cekap.  

2) Peningkatan Kemudahan Awam SosialØ Kemudahan rekriasi seperti taman permainan, padang golf,taman bunga dan tempat hiburan

bertambah. Kemudahan kesihatan bertambah baik dan lengkap dengan peralatan moden.  

3) Peningkatan Taraf Hidup PendudukØ Kediaman lebih selesa, pendapatan yang tetap dan lumayan, pusat pendidikan dinaik taraf dan

membuka lebih banyak kemudahan kesihatan.  

4) Wujudnya Banyak Peluang PekerjaanØ Peluang pekerjaan bertambah dalam pelbagai bidang seperti bidang perkhidmatan, perniagaan,

perdagangan dan pembinaan.Kesan Negatif

1)     Pencemaran Alam SekitarØ Pencemaran Air

            Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.

Ø Pencemaran Udara     Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

Ø Pencemaran Bunyi         Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.

2)   Fenomena CuacaØ Hujan Asid

        Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

Ø Penipisan Lapisan Ozon        Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

Ø  Pulau Haba        Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.   Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.   

Ø Kesan Rumah Hijau              Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

Ø Banjir kilat              Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering

Page 2: Pusat Membeli Belah Di Keningau

berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat.

3)    Kemusnahan hutanØ Kepupusan FloraØ Kepupusan FaunaØ Kemusnahan Habitat FloraØ Kemusnahan Habitat FaunaØ Perubahan Landskap

Pusat membeli belah

Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di bandar Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, dan ianya cukup untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Bagaimanapun dengan pembinaan taman-taman perumahan baru sekitar bandar Keningau kini pasti menyumbang kepada pertambahan populasi penduduk dalam masa terdekat dengan itu pembukaan pusat beli belah baru sangat digalakkan. Antara adalah pusat memebeli belah di Keningau.

1. Milimewa (Jalan Masak)2. Milimewa (Jalan OKK Sodomon)3. Hiap Lee Supermarket4. Servay Jaya5. Rakyat Superstore6. G-Mart7. Keningau Mall Shopping Centre8. Kedai Rakyat 1Malaysia

A. Hadi R. (2006). Asal Usul Keningau. Keningau: KB Publication Sdn. Bhd.