PUSAT PERMATApintar NEGARA

3
PUSAT PERMATApintar NEGARA Pengenalan Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak- kanak istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak- kanak (Tidwell, 1980). Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (multiple exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara. Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5. Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri daripada: 1. Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar- pelajar pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2; membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian; pengurusan Persatuan Alumni PERMATApintar UKM.

description

PUSAT PERMATApintar NEGARA

Transcript of PUSAT PERMATApintar NEGARA

PUSAT PERMATApintar NEGARAPengenalanKanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell, 1980). Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (multiple exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara.Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri daripada:1.Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2; membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian; pengurusan Persatuan Alumni PERMATApintar UKM.2.Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara: merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pengajar, pembantu pelajar dan pengurus perkhemahan; melaksanakan kurikulum pengayaan dan pecutan.3. Program Pendidikan PERMATApintar UKM: program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian padatahun2011.4. Program ASASIpintar UKM: merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar pra-siswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.Tujuan Penubuhan1. Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif khususuntuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.2. Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensiintelekyangtinggi.3. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik.4. Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan.5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi.6. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.Objektif PenubuhanProgram ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif. Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.2. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritikal3. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiriyang matangdanbijaksana.4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai baikdanberetika.5. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.