Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · 6. Pelajar baru di kelas kami itu...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 104 Nama : _____________________________

Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · 6. Pelajar baru di kelas kami itu...

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Modul PT3

    SM 104

    Nama : _____________________________

  • Format Bahasa Melayu PT3

    Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

    Bahagian A: (20%)

    20 Soalan aneka pilihan

    a. Sistem bahasa b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

    Bahagian B: (25%)

    Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

    Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

    Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

    Bahagian C: (15%)

    Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

    2)

    Kertas 2 : 40% (1 jam)

    Bahagian A: (10%)

    Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

    Bahagian B: (30%)

    Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Sistem Bahasa

    Bahagian A

    A. Golongan Kata

    Kata Adjektif

    Dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

    Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.

    Kata adjektif dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

    a) Kata Adjektif Sifatan : baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, kasar, berani, takut, sihat,

    dengki, cemburu, peramah, pemalu,

    pembengis, penyayang, licik, zalim,

    kejam

    b) Kata Adjektif Warna : merah, putih, biru, hitam, kuning, hijau, jingga, kelabu, perak, biru muda, biru

    tua, perang, ungu

    c) Kata Adjektif Ukuran : panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil, renek,

    lampai,

    d) Kata Adjektif Bentuk : bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus, buncit, kempis, lekuk,

    langsing, ramping, rata, datar,

    e) Kata Adjektif Waktu : baharu, lama, segera, silam, suntuk, lampau, lewat, cepat, lambat, awal

    f) Kata Adjektif Jarak : jauh, dekat, hampir, nyaris g) Kata Adjektif Cara : cepat, deras, laju, lambat, kukuh,

    perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering,

    selalu

    h) Kata Adjektif Perasaan : rindu, benci, segan, suka, gembira,

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • berani, ragu, kasih, sayang, gayat, risau,

    bimbang, gemenar, gugup,keliru,

    bingung, ngeri, dahsyat

    j)Kata Adjektif Pancaindera :

    i. mata : ayu, jelita, anggun, lawa, manis, kacak,

    tampan, segak, indah

    ii. telinga : merdu, lunak,sedap, nyaring, lantang, garau,

    serak, sunyi, senyap,

    iii. hidung : hanyir, hancing, hapak, hangit, tengik, harum,

    wangi,

    iv. lidah : tawar, kelat, pedas, payau, pahit, basi

    v. kulit (sentuhan) : suam, kesat, kasar, licin, halus, lembut

    Latihan :

    Set A:

    Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawaban yang paling sesuai.

    1. Jalan yang di hadapan bangunan itu sering menyebabkan kemalangan.

    A. licin B. kasar C. lembut D. kematu

    2. Tindakannya itu dikecam oleh penduduk kampung. A. giat B. kuat C. jelas D. hebat

    3. Siti Ainon mengenakan alas bedak pada pipinya yang itu. A. elok B. gebu C. kesat D. lembab

    4. Puan Aishah berasa apabila memikirkan kerenah anak-anaknya. A. asing B. keliru C. bingung

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • D. bimbang

    5. Perbuatan membuang bayi merupakan perbuatan yang dan tidak berperikemanusiaan.

    A. ngeri B. ganas C. kejam D. sumbang

    6. Pelajar baru di kelas kami itu dengan senyuman. A. cantik B. lemah C. segak D. murah

    Set B:

    Soalan 1 hingga Soalan 4

    Langkaphan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

    1. Kek kukus itu kerana terlebih tepung gandum. A. gebu B. bantat C. mendap D. leper

    2. Saya berasa melihat lelaki yang bermisai lebat itu. A. kekok B. ganjil C. gerun D. pelik

    3. Suasana pasar malam yang itu menyebabkan Liana sukar mendengar kata-kata adiknya.

    A. riuh B. bingit C. kalut D. kacau

    4. Penyambut tetamu di hotel itu dengan senyuman. • A. mahal B. murah

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • C. segak D. lembut

    Soalan 5 dan Soalan 6

    Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

    dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, C jika

    ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

    5. Keropok yang rangup itu menjadi lemau kerana disimpan di dalam tin yang A B

    tidak ditutup dengan kuat. Tiada kesalahan

    C D

    6. Pemuda yang gagah dan bertubuh sasa itu sangat angkuh di gelanggang. Tiada A B C D

    kesalahan

    7. Gesekan biola yang nyaring itu berjaya memukau penonton yang penuh sesak di A B C

    dalam dewan. Tiada kesalahan

    D

    Soalan 8 dan Soalan 10

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    8. I Warna baju kemeja ayah agak kelam. II Nelayan itu dikhuatiri dihanyutkan arus yang deras.

    III Makanan manis kurang elok untuk kesihatan.

    IV Benar cerdik kanak-kanak perempuan itu.

    A. I dan IV B. II dan III C. III dan lV D. I, II, dan III

    9. I Peserta ekspedisi memperlahankan kayuhan apabila menuruni bukit yang tajam itu.

    II Kakak muntah-muntah kerana terbau ikan yang hapak itu.

    III Puan Shidah amat bangga akan keputusan peperiksaan anaknya yang

    cemerlang.

    IV Pondok di kebun itu telah usang.

    A. I dan II B. I dan III

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • C. II dan IV D. III dan IV

    10. I Saya menyimpan agar-agar santan itu di dalam peti sejuk supaya cepat kaku. II Kaki saya kebas kerana terlalu lama duduk bersila.

    III Ruang dapur rumah saya malap kerana ibu memasak menggunakan kayu.

    IV Sungguh hebat penyanyi-penyanyi dalam Pertandingan Juara Lagu itu.

    A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

    B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

    1.

    I Penyiar agama Islam ke Andalusia yang terkenal ialah Tareq bin Ziad.

    II RTM merupakan stesen penyiar rasmi perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia

    2006.

    III Haji Abdul Manan adalah antara penyiar popular di stesen radio KLFM.

    IV Laporan Sukan Asia disampaikan oleh dua orang penyiar sukan.

    A I, II, dan III C I, III, dan IV

    B I, II, dan IV D II, III, dan IV

    2.

    I Kusut-masai benang itu dikerjakan adik.

    II Masalah kewangan yang dihadapinya menyebabkan fikirannya kusut-masai.

    III Budak itu mengemas-ngemas rambutnya yang kusut-masai.

    IV Dahi Encik Goh kusut-masai apabila memikirkan masalah yang dihadapinya.

    A I dan III C II dan III

    B I dan IV D III dan IV

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • C. Memilih Frasa Yang Betul

    Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

    penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

    Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

    tiada kesalahan.

    1. Encik Khair banyak menghabiskan masanya mengkaji corak kehidupan oang Asli di negara ini.

    a) menghabiskan banyak masanya b) banyak menghabisi masanya c) berhabis-habis masanya d) banyak menghabiskan masanya

    2. Impiannya untuk mendapat segulung ijazah daripada mana-mana menara gading tidak kesampaian.

    a) mendapat segulung ijazah dari b) mendapatkan segulung ijazah daripada c) mendapat segelung ijazah daripada d) mendapat segulung ijazah daripada

    3. Banjir besar telah menyebabkan penduduk di kampung itu kehilangan harta benda dan ternakan haiwan.

    a) kehilangan harta benda dan haiwan ternakan b) kemusnahan mata benda dan haiwan peliharaan c) kerugian harta benda dan haiwan ternakan d) kehilangan harta benda dan ternakan haiwan

    D.Memilih Ayat Yang Betul

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    1. I Pelajar yang melanggar peraturan sekolah tidak akan terlepas dari hukuman. II "Tugas saya hanya melatih awak, yang selebihnya terserah pada awak," kata

    Misbun.

    III Dalam kalangan pelajar di sekolah itu, dialah yang terkenal sekali.

    IV Dia membaca novel itu dari muka surat 1 sampai muka surat 112.

    a) I dan II b) III dan IV c) I, II, dan IV d) II, III, dan IV

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. I Saya berdoa moga-moga kita dapat bertemu lagi di lain hari dan di lain ketika.

    II Untuk berbual dengan saya, sila hubungi saya di talian 03-87373030.

    III Antara ular berbisa yang terdapat di dalam sangkar itu termasuklah ular

    tedung selar.

    IV Kekalahan Tracey di tangan pemain itu memang sudah dijangka oleh

    jurulatihnya.

    a) I dan II b) III dan IV c) I, III, dan IV d) II, III, dan IV

    3. I Ayat yang tertera pada kain rentang itu banyak mempunyai kesalahan bahasa.

    II Dia tidak memberitahu perkara yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat

    itu.

    III Saya berpesan kepadanya, "Sembahyanglah kamu sebelum kamu

    disembahyangi".

    IV Rupanya, orang yang kerap menziarahi kami itu darah daging kami sendiri.

    a) I dan III b) I dan IV c) II dan III d) II dan IV

    E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

    Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

    paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

    1. "Dahulu kulihat wajah gadis itu cantik seperti bidadari tetapi sekarang wajahnya tidak ubah seperti nenek kebayan. Apa yang terjadi kepadanya?" bisik Melan.

    a) Melan menanyai dirinya sendiri mengapa gadis yang pada suatu ketika dahulu cantik mengubah wajahnya seperti nenek kebayan.

    b) Melan ingin tahu mengapa gadis-gadis sekarang tidak mengubah wajah mereka supaya secantik gadis-gadis bidadari zaman dahulu.

    c) Melan tidak tahu mengapa gadis bidadari yang rupawan itu tidak cantik lagi. d) Melan berasa hairan mengapa gadis yang pada suatu masa dahulu begitu lawa

    kini telah bertukar hodoh.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Hujan yang turun sejak semalam tidak menghalang orang ramai mengunjungi Ekspo Pertanian 2006 yang berlangsung di Mines itu.

    a) Orang ramai tidak dihalang mengunjungi Ekspo Pertanian 2006 di Mines walaupun semalam hujan turun.

    b) Ekspo Pertanian 2006 yang diadakan di Mines itu tetap dibanjiri orang ramai walaupun hujan turun dari semalam.

    c) Para pengunjung terus membanjiri Ekspo Pertanian 2006 di Mines sejak semalam meskipun hujan turun.

    d) Sambutan orang ramai terhadap Ekspo Pertanian 2006 di Mines terhalang oleh hujan yang turun sejak semalam.

    3. Sikap tidak bertanggungjawab pengusaha kilang kelapa sawit di hulu sungai menjadi punca kepupusan udang galah di sungai itu.

    a) Sikap tidak bertanggungjawab pengusaha kilang kelapa sawit dikatakan menjadi punca udang galah di hulu sungai itu pupus.

    b) Kepupusan udang galah di sungai itu menjadi punca kilang kelapa sawit didirikan di hulu sungai itu.

    c) Udang galah di sungai itu mengalami kepupusan kerana pengusaha kilang di hulu sungai tidak bertanggungjawab.

    d) Pengusaha kilang di hulu sungai itu mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan udang galah tidak pupus.

    F. Peribahasa

    Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

    1. Apabila disuruh bekerja lebih masa, pekerja itu memberikan alasan yang pelbagai kepada ketuanya. Keadaan ini dikatakan

    a) jauh panggang dari api b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan c) orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa d) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    2. Nanding yang tidak memiliki ilmu persilatan yang tinggi telah mencabar pendekar yang handal itu. Cabaran Nanding itu umpama

    a) bertemu buku dengan ruas b) biar putih mata, jangan putih tulang c) kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga d) layang-layang hilang teraju

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 3. Ramon mengambil kesempatan untuk mencari peluang perniagaan sambil bercuti. Keadaan ini dikatakan

    a) sambil menyelam minum air b) bakar air kerana hendakkan abunya c) harta orang hendak digalas d) rajin bekerja, murah belanja

    ( / )

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Bahagian B:

    1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

    kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

    perlu menyalin ayat itu semula.

    Jenis kesalahan tatabahasa:

    Kata tugas Ayat Istilah Imbuhan Hukum DM

    Ayat Jenis Kesalahan

    Tatabahasa

    (i) Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan

    tugasan yang diberikan kepada guru pada cuti semester baru-

    baru ini.

    (ii) Walaupun ruang udara kita tidak lagi diancam dengan

    jerebu, namun kesedaran yang terusan tentang kepentingan

    memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan.

    (iii) Semua murid-murid berusaha dengan gigih untuk

    mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

    (iv) Tuanku berkata, “Beta berharap rakyat di negara ini dapat

    mematuhi undang-undang yang dimaktubkan.

    ( /8)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 10

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

    betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    Jenis kesalahan ejaan:

    Kata majmuk BA BM Vokal (a e i o u) Tanda baca (Aa / “ ” / - ) Imbuhan (gg & kk)

    Ayat Jenis Kesalahan

    Ejaan

    (i) Komputer terdiri daripada litar-litar elektronik yang

    disusun mematuhi hukum-hukum lojik.

    (ii) Sinar gamma adalah sinaran elektromagnitek yang paling

    bertenga berbanding dengan jenis sinaran yang diketahui

    manusia.

    (iii) Pemakanan melalui deiat seimbang amat penting untuk

    memelihara kesihatan seseorang.

    ( /3)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 11

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 3. Gabungkan ayat-ayat tunggal dibawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

    (i) Semua orang membantu ibu membersihkan rumah.

    Abang tidak membantu ibu membersihkan rumah.

    __________________________________________________________________

    (ii) Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas.

    Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti.

    __________________________________________________________________

    (iii) Gopal tidak mampu mengangkat batu itu.

    Siva tidak mampu mengangkat batu itu.

    __________________________________________________________________

    (iv) Murid tadika itu menangis.

    Makanannyatumpah di atas lantai.

    __________________________________________________________________

    (v) Saya mesti menyelesaikan tugas ini.

    Tempoh akhirnya bulan ini.

    __________________________________________________________________

    ( /10)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 12

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

    dengan gambar tersebut.

    ( /4)

    Penulisan :

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 13

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • A. Ringkasan (15%)

    Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang program-program

    yang dijalankan oleh Pengasih Malaysia dalam membantu memulihkan penagih-penagih dadah .

    Pengasih Malaysia merupakan sebuah persatuan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi untuk

    memulihkan bekas penagih-penagih dadah daripada belenggu najis dadah. Pengasih Malaysia juga

    akan membimbing penagih-penagih ini untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

    Rumah Pengasih misalnya merupakan sebuah penempatan yang berasaskan pemulihan bagi

    bekas penagih-penagih dadah. Bekas penagih dihantar secara sukarela ke sini. Keunikan Rumah

    Pengasih ialah penggunaan kaedah terapeutik yang memberi tumpuan pada aspek ketahanan mental.

    Selain itu, persatuan ini juga menyediakan perkhidmatan Sinar Kasih yang membimbing penagih-

    penagih untuk kembali dengan kehidupan normal di tengah-tengah masyarakat. Penagih yang telah

    tamat latihan di Rumah Pengasih akan bekerja dan boleh memulakan kehidupan biasa.

    Sidang Pengasih pula adalah satu program sokongan keluarga. Program sokongan keluarga ini

    terdiri daripada keluarga terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik dan saudara-mara penagih yang

    telah diberi informasi untuk tidak memencilkan para penagih. Oleh hal demikian, para penagih yang

    telah keluar bekerja akan dapat berkongsi pengalaman bekerja di luar dengan penagih di Rumah

    Pengasih.

    Di samping itu, persatuan ini juga menyediakan perkhidmatan Seruan Kasih yang menganjurkan

    program-program ceramah dan seminar tentang bahaya dadah kepada para pekerja sekolah di seluruh

    Malaysia. Persatuan ini juga menganjurkan ceramah bebas kepada mana-mana individu yang

    berminat, menziarahi penagih-penagih di pusat serenti dan sekali-sekala muncul di media massa.

    Program yang terakhir ialah Bakti Kasih. Bakti Kasih merupakan sebuah pusat harian yang menjadi

    tempat persinggahan bagi para penagih dan ahli keluarga yang mahu mengetahui secara lanjut

    tentang HIV dan cara jangkitannya.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 14

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

    Lihat poster di bawah dengan teliti. Huraiakn pendapat anda tentang langkah-

    langkah membentuk keluarga bahagia. Panjang karangan anda tidak melebihi 120

    patah perkataan.

    Isi :

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 15

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • C. Karangan Umum (30%)

    Karangan Jenis Surat Rasmi

    Petua Menulis Surat Rasmi

    1. Surat rasmi bersifat formal. Antara beberapa comtoh surat rasmi termasuklah: a. surat aduan b. surat rayuan c. surat pesanan barang d. surat undangan rasmi e. surat permohonan f. surat edaran (pekeliling)

    2. Bahasa yang anda gunakan hendaklah baku dan dengan menggunakan ejaan serta tanda baca yang betul.

    3. Selain itu, bahasa yang anda gunakan harus juga mudah, tepat dan padat.

    4. Penggunaan kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi ini.

    5. Penulisan surat rasmi mempunyai format khusus yang mesti anda ikuti.

    6. Format Surat Rasmi

    I. Alamat pengirim

    Ditulis dengan lengkap di sebelah kiri bahagian atas surat.

    II. Garis panjang melintang

    Dibuat selang sebaris setelah menulis alamat pengirim.

    III. Nama dan Alamat Pengirim

    Ditulis di bawah garis panjang melintang, iaitu sudut sebelah kiri surat, sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir pada alamat penerima

    mestilah digarisi.

    IV. Tarikh

    Ditulis di sebelah kanan surat, sebelah dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan lengkap dan berhuruf

    besar sepenuhnya serta dibubuh tanda noktah(.)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 16

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • V. Panggilan hormat penerima

    Ditulis di bawah alamat penerima setelah melangkaui satu baris kosong. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut.

    VI. Perkara

    Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas melangkaui satu baris kosong dan diberi garis di bawahnya. Huruf besar digunakan

    pada setiap awal kata. Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir

    ayat ini.

    VII. Pemerengganan/ Isi-isi Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor. Kedua-dua

    perenggan ini dimulakan dari tepi surat. Perenggan kedua dan

    seterusnya diberi nombor dan disertai noktah. Permulaan ayat

    perenggan ini dijarakkan sedikit dari nombor.

    VIII. Pengakuan pengirim

    Ditulis di sebelah kiri surat selepas melangkaui dua atau tiga baris kosong.

    IX. Tandatangan

    Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.

    X. Nama dan jawatan penulis surat

    Nama ditulis dengan huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan.

    Contoh:

    Sebagai setiausaha Lembaga Perpustakaan, anda dikehendaki memohon derma

    daripada seorang dermawan yang bertujuan menambah bilangan buku-buku rujukan

    di perpustakaan. Tulis sepucuk surat untuk tujuan tersebut selengkapnya.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 17

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Rangka karangan

    Pendahuluan

    Menyatakan alamat pengirim, alamat penerima, dan tarikh-menyatakan perkara-

    memohon derma untuk membeli buku rujukan

    Isi Penting

    a) Menyatakan tujuan menulis surat – memohon derma untuk membeli dan menambah bilangan buku rujukan di perpustakaan

    b) Melancarkan projek pembinaan perpustakaan – dibiayai hasil pungutan derma – besar dan selesa – berupaya memuatkan 300 orang pelajar – ada pelbagai

    kemudahan

    c) Menghadapi masalah – kekurangan buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang – yang sedia ada Cuma 4000 buku rujukan – tidak sesuai digunakan lagi

    d) Memohon jasa baik untuk mendapatkan bantuan – lampirkan borang sumbangan derma – sumbangan yang diberikan dapat digunakan untuk membeli

    bahan bacaan dan kelengkapan perpustakaan

    Penutup

    Mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan

    CONTOH KARANGAN

    Sekolah Men. Keb. Bandar Penawar ( SMKBP ),

    Bandar Penawar,

    81900 Kota Tinggi,

    Johor Darul Takzim.

    Tuan Haji Razali Alias,

    Pengarah Urusan,

    Syarikat Pembinaan Visi Murni,

    83000 Batu Pahat,

    Johor Darul Takzim. 3 JUN 2010.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 18

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Tuan,

    Memohon Derma untuk Membeli dan Menambah Bilangan Buku-buku Rujukan di

    Perpustakaan Sekolah

    Dengan segala hormatnya, saya selaku Setiausaha Lembaga Perpustakaan Sekolah

    Menengah Kebangsaan Bandar Penawar ( SMKBP ) amat mengharapkan jasa baik

    Tuan untuk menghulurkan derma bagi tujuan membeli dan menambah bilangan buku-

    buku rujukan di perpustakaan SMKBP.

    2. Untuk makluman tuan, pihak SMKBP telah melancarkan projek pembinaan

    perpustakaan sekolah untuk menggantikan perpustakaan lama. Kos pembiayaan

    dibiayai hasil pungutan derma daripada warga sekolah, orang ramai, dan pihak swasta

    selain bantuan pihak kerajaan. Perpustakaan baru yang lebih besar dan lebih selesa

    serta berupaya memuatkan 300 orang pada satu-satu masa ini turut dilengkapi

    kemudahan komputer dan multi media. Sejak lima bulan lalu, perpustakaan tersebut

    sudah siap dibina sepenuhnya dan sudah boleh digunakan oleh semua warga

    sekolahnya.

    3. Walau bagaimanapun, perpustakaan itu menghadapi suatu masalah besar, iaitu

    kekurangan buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang. Bagi pengetahuan Tuan,

    setakat ini perpustakaan tersebut cuma ada 4000 buah buku rujukan sahaja. Antara

    buku-buku tersebut pula, ada yang kandungannya dan fakta-faktanya sudah

    ketinggalan zaman serta tidak tepat lagi dengan situasi terkini, justeru buku-buku

    berkenaan tidak sesuai digunakan sebagai rujukan tambahan.

    4. Bertitik tolak daripada keperluan yang mendesak itulah maka kami meluahkan

    hasrat untuk memohon derma daripada tuan. Terpulang atas budi bicara Tuan untuk

    menentukan jumlah sumbangan ikhlas yang ingin Tuan dermakan. Bersama-sama

    dengan surat ini, kami lampirkan borang sumbangan derma untuk kemudahan Tuan.

    Kembalikanlah borang ini berserta dengan sumbangan derma Tuan dalam sampul

    surat bersetem yang turut kami lampirkan.

    5. Tinggilah harapan kami agar permohonan derma ini dapat Tuan penuhi. Kami

    memberikan jaminan bahawa sumbangan Tuan kelak akan digunakan hanya untuk

    pembelian buku-buku rujukan dan yang seumpamanya untuk melengkapkan

    perpustakaan berkenaan demi keperluan guru-guru dan para pelajar. Sesungguhnya,

    sumbangan Tuan amat kami hargai dan akan senantiasa kami ingati selagi hayat di

    kandung badan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 19

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Akhir kata, atas perhatian dan jasa baik Tuan, kami rakamkan ucapan jutaan terima

    kasih . Sekian terima kasih.

    Yang benar,

    Leong Koh Wai ___________________

    ( LEONG KOK WAI )

    Setiausaha Lembaga Perpustakaan,

    Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar,

    Kota Tinggi,

    Johor Darul Takzim.

    LATIHAN

    1. Anda dikehendaki oleh guru anda untuk menyiapkan folio bagi subjek Sejarah. Tulis

    sepucuk surat kepada seorang sejarawan di tempat anda dan nyatakan hasrat anda

    untuk mewawancaranya. Dalam surat itu, nyatakan tujuan wawancara serta

    maklumat-maklumat yang diperlukan daripada beliau. Tulis surat itu selengkapnya.

    2. Pasar malam telah diadakan di kawasan perumahan anda sehingga menimbulkan

    pebagai jenis masalah. Tulis sepucuk surat aduan kepada kerajaan tempatan untuk

    membuat aduan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM104_PT3_2020 20

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my