Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 6. 17. · Penulisan...
Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 6. 17. · Penulisan...
-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 209
Nama : _____________________________
-
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Sistem Bahasa
Bahagian A :
A. Golongan Kata
1. Penanda Wacana
Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan
hubungan antara idea dalam percakapan atau penulisan.
Biasanya, penanda wacana digunakan untuk menghubungkan idea dalam ayat, antara
ayat dengan ayat, dan antara perenggan dengan perenggan.
Contoh penggunaan penanda wacana:
Jenis Penanda
Wacana
Contoh Penggunaannya
Penanda
tambahan
Selain itu, tambahan pula, lagipun,
lebih-lebih lagi, sekali lagi, dalam
hal ini juga, bertitik tolak dari situ
-Perenggan isi
-Ayat huraian
Penanda akibat Oleh hal yang demikian, oleh itu,
sebagai akibatnya, implikasinya,
kesan daripada itu
-Ayat huraian
-Kesan sesuatu
Penanda contoh Misalnya, contohnya, umpamanya,
khususnya, terutamanya,
biar kita mengambil contoh,
yang dimaksudkan ialah…,
apa yang dimaksudkan ialah…,
hal ini dapat dilihat
-Ayat contoh
Penanda
keterangan atau
penjelasan
Dengan kata lain, ringkasnya,
tegasnya, sebenarnya, iaitu, hal ini
demikian kerana, secara
empirikalnya, menurut kajian
-Ayat huraian
-Menegaskan
sesuatu
Penanda
kesimpulan
Akhirnya, kesimpulannya, pada
keseluruhannya, intihanya,
konklusinya, pendek kata,
sesungguhnya, jelaslah bahawa
-Perenggan
penutup
Penanda masa/
turutan
Pertamanya, keduanya, berkutnya,
kemudian, kini, keesokannya, pada
masa itu, selepas itu, pada ketika
itu, seterusnya, pada masa sekarang
ini, selaras dengan itu, seiring
dengan itu, dewasa ini, marcapada
-Perenggan isi
-Ayat huraian
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
ini
Penanda
perbandingan/
alternatif
Sebagai perbandingan, ironinya,
sebaliknya, berbeza dengan, walau
bagaimanapun, namun demikian,
sehubungan dengan itu, dalam nada
yang berbeza
-Perenggan isi
-Ayat huraian
-Membandingkan
sesuatu
Penanda umum Dengan ini, lazimnya,
kebiasaannya, ramai berpendapat
bahawa, pada hemat saya, pada
pandangan saya
-Ayat huraian
-Ayat akhir
perenggan isi
Latihan:
Soalan 1-5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. “_______________ kita akan membincangkan faktor kedua kejadian banjir kilat,” kata penceramah itu.
A. Oleh itu B. Selanjutnya C. Semenjak itu D. Oleh sebab itu
2. “_______________, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya," Nuramalina mengakhiri ucapannya.
A. Tambahan pula B. Sebaliknya C. Namun D. Akhir kata
3. _____________ minyak wangi itu mahal dan berjenama, bau minyak wangi itu tidak tahan lama.
A. Namun B. Meskipun C. Sebaliknya D. Malah
4. _____________, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh jika ingin berjaya.
A. Sebelum itu B. Selain itu
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
C. Justeru D. Di samping itu
5. _____________, usaha-usaha lain juga wajar diadakan dengan kerjasama sektor swasta dalam memperkasakan industri kraf tangan tempatan.
A. Selanjutnya B. Semenjak itu C. Bagaimanapun D. Selain itu
Soalan 6-8
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,
B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
6. Walaupun setiap projek perumahan telah diwajibkan membuat penilaian kesan A
kepada alam sekitar, namun penguatkuasaannya masih boleh dipersoalkan. Tiada
B C
kesalahan.
D
7. Sikap boros berbelanja, dalam pada itu dengan menggunakan kad kredit akan A B C
menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan. Tiada kesalahan.
D
8. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dalam mengatasi A B C
masalah salah laku pelajar. Tiada kesalahan.
D
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
A. 2. Kata Bantu dan Kata Penguat
Kata Bantu
a) Aspek – menimbulkan suasana perbezaan masa.
• Keadaan yang telah berlaku: sudah, pernah, telah
• Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah
• Keadaan yang belum berlaku: belum, akan
b) Ragam – menyatakan ragam persaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
• Menunjukkan kehendak, keupayaan/kebolehan, kebarangkalian/kemungkinan, dan kemestian
• Contoh: mahu, hendak, ingin, boleh, dapat, bisa, kemungkinan, mungkin, barangkali, mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, menang
Kata Penguat – memberi penekanan maksud kata adjektif.
a) Kata penguat hadapan – agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup
b) Kata penguat belakang – benar, betul, nian, sekali c) Kata penguat bebas – amat, sangat, sungguh
Latihan:
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Dayang Saleha ___________ tiba dari Sarawak petang semalam. A. pernah B. sedang C. masih D. telah
2. Kami sekeluarga ___________ menaiki kapal terbang ketika bercuti ke Hanoi.
A. pernah B. akan C. harus D. sedang
3. Encik Ariffin ___________ melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana. A. yang
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
B. belum C. sedang D. dapat
4. Kebanyakan graduan kini sudah mula ___________ bekerja sendiri tanpa rnengharapkan kerja makan gaji sahaja.
A. paling B. sedang C. mahu D. akan
Soalan 5-8
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,
B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
5. Junaidah hendak menelefon suaminya kerana anak mereka belum pulang dari A B
sekolah walaupun sudah lewat petang. Tiada kesalahan.
C D
6. Sebagai anak, kita mesti membalas jasa ibu bapa yang akan membesarkan dan A B
mendidik kita sejak kecil. Tiada kesalahan.
C D
7. Meskipun belum melawat Jepun ketika masih kecil, Jacinta ingin ke negara A B C
matahari terbit itu sekali lagi. Tiada kesalahan.
D
8. Setiap pelajar ingin memakai pakaian seragam dan perlu mematuhi peraturan A B
sekolah yang telah ditetapkan. Tiada kesalahan.
C D
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1. I Adil berpusing mencari jalan pulang setelah tersesat di tengah-tengah bandar. II Pelari-pelari negara akan menamatkan berpusing yang kelima.
III Gasingnya berpusing ligat ketika dipangkah oleh rakannya.
IV Kipas di biliknya berpusing siang dan malam.
A. III dan IV B. I, II, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV
2. I Nelayan itu sedang asyik menebar jala sehingga tidak menyedari keadaan cuaca menjadi gelap.
II Pembuat roti canai sedang sibuk menebar adunan yang telah diuli.
III Ibu saya menebar kain yang hendak dibuat langsir pintu depan.
IV Para pekerja sedang menebar minyak tar di atas jalan yang sedang dibaiki.
A. I dan II B. II dan IV C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV
3. I Siti mencelup pisang ke dalam tepung sebelum digoreng. II Kita dilarang mencelup jari ke dalam makanan yang hendak dihidangkan.
III Pakaiannya yang luntur kelihatan menarik setelah mencelup dengan warna
asalnya.
IV David mencelup keretanya dengan warna yang lebih menarik.
A. I dan II B. II dan III C. I, II, dan IV D. I, II, III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika
tiada kesalahan.
1. Beliau kembali bertugas setelah selesai menjalankan kursus selama sebulan di Jepun.
A. selesai menjalani kursus B. selesai dijalankan kursus C. selesai perjalanan kursus D. selesai menjalankan kursus
2. Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu setelah berhari-hari sesat di hutan ketika menyertai ekspedisi menjelajah hutan.
A. Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya ayu B. Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya lesu C. Pakaiannya kelihatan kelabu dan wajahnya lesu D. Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu
3. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dibenarkan memasuki makmal tanpa guru. A. Sehubungan itu B. Sehubung itu C. Hubungan itu D. Sehubungan dengan itu
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Rumah yang di atas bukit yang itulah yang dimiliki oleh datuknya yang amat disayanginya.
II Pada minggu yang lalu, keluarga saya bersantai di pantai Port Dickson yang
letaknya tidak jauh dari Seremban.
III Mereka memungut kulit-kulit siput dan kerang sambil memerhatikan pergerakan
umang-umang.
IV Ramai orang berkunjung ke pantai itu pada hari-hari cuti begini.
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. I, II, III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
2. I "Cis, tergamak awak berkata begitu kepadaku!" kata Aiman kepada kawannya. II "Yang inikah rumah awak," tanya Nelly kepada Mary.
III Segala hutang-piutangnya dibereskan sebelum dia menamatkan perniagaannya. IV Pengunduran itu tidak bermakna kekalahan bagi pasukan keselamatan.
A. I dan II B. I dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV
3. I Pelbagai usaha dijalankan bagi menaikkan taraf hidup keluarganya yang selama ini
hidup dalam kemiskinan.
II Semua bendera dinaikkan separuh tiang.
III Mereka yang zalim tidak akan dapat melepaskan diri daripada kecaman.
IV Ketika ditangkap, dia bermati-matian berusaha melepaskan diri.
A. I sahaja B. I dan IV C. II dan III D. I, II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. Warga tua perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh anggota keluarga dan masyarakat setempat agar mereka tidak berasa tersisih.
A. Perhatian sewajarnya amat diperlukan oleh warga tua daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat agar mereka tidak berasa tersisih.
B. Agar mereka tidak berasa tersisih, anggota keluarga dan masyarakat setempat perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh warga tua.
C. Anggota keluarga dan masyarakat setempat perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh warga tua agar mereka tidak berasa tersisih.
D. Agar warga tua tidak berasa tersisih, perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh anggota keluarga dan masyarakat setempat.
2. Sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam.
A. Sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam menawarkan tempat kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pelajaran.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
B. Untuk ke institusi pengajian tinggi awam, sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran.
C. Sebahagian besar tempat di institusi pengajian tinggi awam ditawarkan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM.
D. Institusi pengajian tinggi awam menawarkan tempat bagi melanjutkan pelajaran kepada sebahagian besar pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM.
3. Persembahan ulung oleh kumpulan tersebut berjaya meraih keuntungan yang amat besar.
A. Keuntungan yang amat besar berjaya diperoleh daripada persembahan ulung kumpulan tersebut.
B. Keuntungan yang amat besar berjaya diraih kumpulan yang ulung tersebut dalam persembahan mereka.
C. Persembahan tersebut berjaya meraih keuntungan yang amat besar oleh kumpulan ulung itu.
D. Persembahan kumpulan tersebut berjaya meraih keuntungan ulung yang amat besar.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Lim menuduh Rama mencuri bukunya sedangkan Siva yang sebenarnya mencuri buku Lim. Keadaan ini umpama
A. keras-keras kerak nasi. B. lain bengkak lain bernanah. C. indah khabar dari rupa. D. hujung lurus pangkal berkait.
2. Vincent telah dipecat kerana kesalahannya mencetuskan pergaduhan dalam pejabat walaupun dia pekerja yang jujur dan berdedikasi. Nasib Vincent ibarat
A. hapus panas setahun oleh hujan sehari. B. gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga. C. karam berdua basah seorang. D. lempar batu sembunyi tangan.
3. Mastura, sebagai ketua tingkatan kelas itu, berusaha untuk menangani masalah itu dengan berhati-hati supaya dia dapat memuaskan hati semua pihak.
A. Bagai menarik rambut dalam tepung B. Bagai melepaskan anjing tersepit C. Bagai aur ditarik songsang D. Bertemu buku dengan ruas
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bahagian B
1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Dewan itu dibersihkan oleh kami pada petang semalam.
__________________________________________________
(ii) Beribu penonton membanjiri Istana Budaya untuk
menyaksikan persembahan penyanyi tersohor itu.
__________________________________________________
(iii) Ibu menghampar beberapa helai tikar di ruang tamu
rumah.
__________________________________________________
(iv) Nelly dimarahi oleh emaknya kerana pulang lewat
daripada sekolah .
__________________________________________________
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan
tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan
itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
• Kata majmuk
• BA →BM
• Vokal (a e i o u)
• Tanda baca (Aa / “ ” / - )
• Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Kerajaan perlu menjalankan kempen anti-dadah secara
besar-besaran dan berterusan bagi membendung
penularannya.
_________________________________________________
(ii) Diana masih tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa
keluarganya dua tahun yang lalu.
_________________________________________________
(iii) Cerpen itu mengenegahkan nilai kasih sayang dan
peranan ibu terhadap anak-anak.
_________________________________________________
( /3)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
3 Baca ayat dibawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dalam
ayat tersebut.
(i) Kami sedang menjalankan kajian di sungai itu sejak minggu lepas.
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________
(ii) Siti dan Susan berbasikal ke sekolah.
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________
(iii) Lelaki tua yang tinggal di rumah using itu baru sahaja kematian anak lelakinya.
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________
(iv) Indah nian pemandangan di tepi tasik itu.
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________
(v) Mengusahakan tanah terbiar akan mendatangkan hasil.
Subjek : __________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah,
tulis peribahasa yang sesuai.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 13
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Kertas 2
Masa: 2jam
Penulisan :
A. Rumusan (15%)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, mempelajari bahasa asing
tidak bermakna kita menganaktirikan bahasa ibunda. Tidak terlintaskah di
minda kita untuk menguasai bahasa asing, khususuya bahasa Inggeris?
Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa, maka wajarlah
kita mempelajari dan menguasainya. Ternyata masih ramai lagi pelajar yang tidak
bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa ini. Hampir keseluruhan negara yang
terdapat di Asia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa
rasmi masing-masing. Dengan ini, jelaslah tergambar di minda kita berkenaan peri
pentingnya penggunaan bahasa Inggeris.
Bagi mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris, ilmu di dada akan dapat
diperkembang lagi dalam pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi. Hal ini
demikian kerana kebanyakan bahan-bahan rujukan diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Pendek kata, bagi mereka yang dapat menguasai bahasa tersebut mempunyai banyak
pilihan untuk menambah ilmu.
Bahasa Inggeris turut memainkan peranan penting dalam institusi pengajian tinggi
tidak kira di dalam atau luar negara. Pensyarah pula mengendalikan kelas-kelas kuliah
dalam bahasa Inggeris. Dalam soal ini, pelajar yang lemah bahasa Inggeris dikhuatiri
akan gagal untuk mengikuti kelas-kelas kuliah dengan efektif.
Dengan ini, maka adalah jelas bahawa ada kebaikannya jika rakyat kita menguasai
bahasa asing selain bahasa rasmi kita. Adalah diyakini bahawa rakyat yang maju
berketrampilan dalam pelbagai aspek akan lebih berdaya saing dalam era teknologi
maklumat ini.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 14
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan gamabr yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang
Kejayaan Malaysia. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 15
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
C. Karangan Umum (30%)
KARANGAN JENIS LAPORAN
Panduan Menulis Karangan Laporan
Nota
1. Karangan jenis laporan bertujuan melaporkan sesuatu hal, kegiatan atau
peristiwa yang berlangsung.
2. Karangan jenis laporan biasanya melaporkan tenatng lawatan, kegiatan
kokurikulum termasuk aktiviti kelab atau persatuan, pertandingan, pameran dan
sebagainya.
3. Biasanya dalam karangan, calon mengandaikan diri sebagai setiausaha yang
ditugaskan untuk menyediakan laporan selepas sesuatu aktiviti dilakukan.
4. Karangan laporan perlu tepat dan bukan berdasarkan khayalan.
5. Karangan jenis ini memerlukan format khusus.
6. Format laporan ini:
(a) tajuk laporan;
• ditulis dengan huruf besar pada pangkal perkataan dan digaris
(b) isi laporan;
• pengenalan
• perkara-perkara penting
• penutup – ulasan terhadap perkara-perkara penting
(c) pengakuan pelapor;
• ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir
• contoh: “Laporan disediakan oleh”, “Yang melapor”
(d) tarikh;
• ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan pelapor
(e) nama pelapor
• ditulis dengan huruf besar, jawatan pelapor dan diikuti nama persatuan,
kelab dan alamat institusi.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 16
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
7. Calon perlu mematuhi format laporan untuk mendapatkan markah yang baik.
Contoh Soalan
Sekolah anda mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis laporan
tentang aktiviti pada hari tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Rangka Karangan
Pendahuluan
• Tajuk laporan – Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru
Isi-isi penting
1. Latar belakang aktiviti – tempat, masa, tarikh
2. Aktiviti yang dilaksanakan
- perhimpunan rasmi
- pembacaan teks ucapan penghargaan
- sukan antara guru dengan murid
- penyampaian hadiah
- acara meriah dan objektif tercapai
Penutup
• Nama pelapor dan tandatangan, tarikh laporan
Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru
Pada 20 Mei 2017 yang lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya, SMK Perwira,
Kajang, Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Walaupun acara sambutan agak lewat beberapa hari dari tarikh sambutan peringkat
kebangsaan, namun sambutan Hari Guru tersebut tetap meriah kerana komitmen
seluruh warga sekolah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 17
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi, acara
pembacaan teks ucapan penghargaan daripada Menteri Pelajaran dan Pengarah
Pelajaran Negeri Selangor.
Pada sebelah pagi diadakan perhimpunan rasmi. Semua guru dan AJK PIBG
telah bersama-sama mendengar pembacaan teks penghargaan oleh Pengetua dan Guru
Penolong Kanan. Kemudian, pelajar-pelajar mendengar kelunakan suara guru-guru
menyanyikan lagu, “Kami Guru Malaysia”.
Selesai upacara perhimpunan, semua pelajar bergerak ke padang sekolah kerana
ada pertandingan sukaneka antara guru dengan pelajar. Semua pelajar terhibur dengan
telatah beberapa orang guru yang menggelikan hati semasa acara memasukkan air kea
lam botol dan acara meniup belon.
Selepas rehat, iaitu pada pukul 11.00 pagi, acara pentas dipersembahan oleh
Badan Pengawas Sekolah. Guru-guru diraikan dengan persembahan syair, deklamasi
sajak dan nyanyian bertemakan pengorbanan guru.
Kemudian menyusul pula acara penyampaian penghargaan daripada pelajar-
pelajar. Beberapa orang pelajar telah tampil ke atas pentas untuk menyampaikan
cenderahati sambil mengucapkan, “Selamat Hari Guru”.
Keseluruhannya, acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan objektif
sambutan, iaitu merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru tercapai.
Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2017
Anuar Hashim
(ANUAR BIN HASHIM)
Setiausaha Sambutan Hari Guru,
SMK Perwira, Kajang.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 18
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Latihan:
1. Baru-baru ini anda telah menyertai lawatan sambil belajar ke pusat orang-orang buta. Di sana anda diberi penerangan dan dibawa melawat bahagian kraf tangan
pusat tersebut. Tuliskan laporan tentang lawatan tersebut.
2. Persatuan Pengakap sekolah anda telah mengadakan suatu perkhemahan baru-baru ini. Sebagai Setiausaha Persatuan Pengakap, tulis laporan tentang
perkhemahan tersebut.
.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM209_PT3_2020 19
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my