Qgk 3013 Kesihatan Dan Kesejahteraan-zehan

download Qgk 3013 Kesihatan Dan Kesejahteraan-zehan

of 7

description

share

Transcript of Qgk 3013 Kesihatan Dan Kesejahteraan-zehan

QGK 3013 - Kesihatan dan Kesejahteraan

QGK 3013 KESIHATAN dan KESEJAHTERAAN

KECERGASAN FIZIKAL DAN PERANANNYA DALAM MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULARTAJUK

DISEDIAKAN OLEH:NAMA PELAJARNO. MATRIKPROGRAM

NORZEHAN BINTI ISMAILD 20112055613A142PJJ - Ijazah Sarjana Muda

PENSYARAH / PENYELIA:ENCIK YUSOP BIN AHMAD Tarikh: 25 APRIL 2015

KECERGASAN FIZIKAL DAN PERANANNYA DALAM MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULARKecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Ini merujuk kepada suatu keadaan di mana jantung, salur darah, peparu dan otot boleh berfungsi secara optimum dan efisien. Kecergasan pula ditakrifkan di mana seseorang itu boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti riadah dan mempunyai tenaga yang cukup ketika waktu kecemasan. Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian. Aktiviti fizikal mempunyai banyak kebaikan contohnya dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, intoleransi glukosa dan paras HDL-C ( High Density Lipoprotein Cholosterol ) yang rendah serta mampu mempertingkatkan paras LDL-C ( Low DCL ) jika digandingkan dengan penurunan berat badan. Pada tahun 2008, Persatuan jantung Amerika ( AHA ) melaporkan bahawa dianggarkan satu di antata tiga orang dewasa di Amerika Syarikat mempunyai satu atau lebih penyakit kardivaskular ( CVD ). Antara penyakit tersebut termasuklah penyakit darah tinggi, koronari jantung dan kegagalan jantung berfungsi. Walaubagaimanapun, penyakit kardiovaskular sebahagian besarnya boleh dicegah. Hal ini dibuktikan dengan peyelidikan dan sokongan serta penerimaan pesakit bagaimana hendak mengamalkan gaya hidup sihat serta jangka hayat untuk mengurangkan beban yang boleh dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular. Gaya hidup tidak sihat, diet tinggi lemak, merokok dan kurang bersenam berpotensi meletakkan kita dalam risiko bahaya dijangkiti penyakit-penyakit kardiovaskular yang kini menjadi punca utama kematian di seluruh dunia seawal usia 25 tahun.Tinjauandan temu bual pada tahun 2005 mendapati mereka yang tidakpernah menceburi mana-mana aktiviti fizikal, dijalankan oleh National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) Kurang daripada 5% daripadapopulasi hanya menjalankan aktiviti fizikal 30 minit seminggu. Bagi negara Amerika Syarikat orang dewasa sebahagian besarnya tidak aktif, mereka terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular. Di sini timbul beberapa pertanyaan dan memerlukan jawaban.

Antara persoalannya ialah Berapa kegiatan yang mencukupi untuk aktiviti fizikal ini?. Jawabannya tidak boleh dipastikan. Hal ini kerana kebanyakan orang dewasa tidak melibatkan diri dalammana-manaaktiviti masa lapang dan menjalankan pekerjaan yang tidak banyak bergerak. Mereka juga sering melibatkan diri dalam pekerjaan elektronik dan bergerak menggunakan kenderaan bermotor.

Kajian juga dijalankan terhadap aktiviti senamrobik atau aerobik. Dalam kajian ini ia melibatkan hubungan antara aktiviti fizikal dan kepentingan kepada penyakit kardiovaskular. Komponen-komponen aktiviti fizikal dalam senamrobik ini melibatkan pergerakan otot dan aktiviti kelonggaran. Pergerakan anggota badan sekali gus dapat menghalang dan mencegah orang dewasa terjerumus ke dalam kancah penyakit kardiovaskular.

Aktiviti berjalan merupakan amalan terbaik untuk pergerakan fizikal. Walaupun kita berjalan dalam pergerakan biasa kita sebenarnya telah membantu menghalang penyakit kardiovaskular tanpa kita sedari. Hal ini telah dibuat kajian dan pemerhatian oleh Manson ( 2002 ). Keputusan analisis terhadap wanita yang berjalan 1 jam dalam seminggu mengalami risiko yang rendah terhadap penyakit kardiovaskular. ( RR= 0.60,95% CI: 0.39-0.94, n=3 kajian ), membawa kepada ((RR = 0.78, 95% CI: 0.56-1.08), dankeseluruhan CVD (RR = 0.80, 95% CI: 0.74-0.87).

Manson ( 2002 ), juga membandingkan antara berjalan dan aktiviti pergerakan lain terhadap 73 749 wanita yang menyertai Kajian PemerhatianInisiatif WomenHealth, mendapati jawaban yang tertinggi kira-kira 3.5jam setiapminggu. Manakala 30 minit seminggu agak sederhana dan 10 minit bergerak di luar dan kadang-kadang berhenti. Alasan yang diberikan adalah terlalu sibuk.

Selain itu, kuasa otot adalah kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam jangka masa yang terpendek sekali. Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun, kemungkinan besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20% kelenturannya. Komposisi lemak tubuh menunjukkan peratusan lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan. Lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20% atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Wanita pula, lemak badannya berjumlah lebih 30% atau lebih daripada keseluruhan berat badannya.Semasa melakukan senaman aktiviti fizikal, terdapat komponen-komponen yang perlu dipenuhi bagi memastikan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Komponen fizikal tersebut ialah daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik, kekuatan otot, ketahanan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi tubuh. Kecergasan aerobik atau daya tahan kardiovaskular merupakan daya tahan otot khas teringgi yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau daya tahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Kadar nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik. Tahap kecergasan denyut nadi sangat cergas bawah 50 denyutan seminit, cergas 51-69 denyutan seminit, sederhana 70-80 denyutan seminit, dan tidak cergas lebih dari 80 denyutan seminit.DrAndreaDunn, dalam ceramahnya yang bertajuk"The Effectiveness Lifestyle Physical Activity Interventions bagi Reduce Cardiovascular Disease." Memberikan satu gambaran menyeluruh tentang intervensigaya hidupserta kegiatan harian bagi meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan penyakit kardiovaskular. Perkara yang disentuh dalam persidangan itu ialah kadar kematian, diet, dan aktiviti fizikal telah berlaku sepanjang masa serta peningkatan penyakit kardiovaskular dan mencerminkan perubahan jangka panjang dari segi kebudayaan dan norma masyarakat, faktor ekonomi, teknologi dan gaya hidup serta peralihan dari penyakit berjangkit kepada penyakit kardiovaskular yang merupakan punca utama kematian yang berlaku di abad ke-20.Mereka yang mengalami penyakit hipertensi pula, perlu menjalani latihan kardiovaskular. Intensiti yang rendah diberikan iaitu antara 40-70% isipadu oksigen maksimum, penglibatan otot-otot besar, frekuensinya di antara 3 hingga 7 hari seminggu dan durasinya ialah 30 hingga 60 minit (intermittent atau continuous aerobic). Latihan bebanan yang diberikan adalah rendah, tetapi ulangan di antara 10-15 repetition. Latihan beban litar juga didapati sesuai bagi pesakit hipertensi. Latihan fleksibiliti yang boleh diberikan kepada pesakit hipertensi ialah dalam 2-3 kali seminggu, juga boleh dilakukan regangan statik.Dalam persidangan yang sama pengaruh gangguan tidur dan tekanan kronik juga penyebab kepada penyakit kardiovaskular ini. Dianggarkan 30% hingga 45% daripada populasi rakyat Amerika Syarikat mempunyai tidur sekurang-kurangnya sekali dan 10 % hingga 15% pula mengalami kronik insomnia. Selain itu, dianggarkan 70 juta rakyat Amerika mengalami gangguan tidur, kekurangan tidur dan rasa mengantuk. Kekurangan tidurboleh juga dikaitkan dengangangguan metabolismedanglukosa. Tidur yang cukup mempengaruhi seseorang itu tidak mengalami penyakit kardiovaskular.American College of Sport Medicine ( ACSM ) dan Pusat Pengendalian Penyakit dan Pencegahan, menjalankan pemerhatian yang berterusan oleh golongan profesional membuat kenyataan bahawa aktiviti fizikal melibatkan latihan kekuatan dan fleksibiliti yang konsisten membawa banyak manfaat dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular. Sementara itu, Yu dan Colleagues ( 2003 ), membincangkan tentang kegiatan dan frekuensi dalam tempoh sepuluh tahun berkaitan penyakit kardiovaskular dan kadar kematian melibatkan 2512 lelaki British dalam kalangan umur pertengahan dengan menggunakan Leisure Time Physical untuk menjana satu indeks kegiatan mempunyai kod-kod keamatan