R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A · 2020. 7. 10. · r i n g k a s a n m i n g g...
Transcript of R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A · 2020. 7. 10. · r i n g k a s a n m i n g g...
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
PDRM SEDIA SIASAT AL-JAZEERA 10 JULAI PENENTU PRU13 SINGAPURA
AUSTRALIA IKUT JEJAK LANGKAH KANADA, SOKONG HONG KONG
CHINA-INDIA REDAKAN KETEGANGAN SEMPADAN
KEMATIAN DATUK BANDAR SEOUL JADI TANDA TANYA
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
PNS BANTU KEMBANGKAN PERNIAGAAN FRANCAISOR
PENJAWAT AWAM PERLU BERANI TAMPIL MELAPORKAN KES RASUAH
PENDIDIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI AGENDA TERAS KERAJAAN - PM
PRASARANA TAMBAH 27 TREN BAHARU
TIMBALAN SPEAKER SOKONG PENUH USUL DAN CADANGAN
PARLIMEN DIGITAL
EKONOMI & KEWANGAN
TEMA UTAMA BELANJAWAN 2021
PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN DI MALAYSIA
TINDAKAN MALAYSIA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL UTAMAKAN PENGANGGUR DAN PEKERJA TEMPATAN
NILAI SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI DUNIA
6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
WABAK BUBONIK MUNCUL SEBELUM WABAK COVID-19 REDA
KHIDMAT KESIHATAN BERKONSEPKAN ‘UBER’
AKSESORI KERETA BERISIKO MEMBAWA MAUT
WHO KAJI SEMULA DAKWAAN COVID-19 BOLEH TERSEBAR LEBIH DUA METER
PEMBANGUNAN BELIA TERAS PEMBANGUNAN MASA KINI
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
PEMBUANGAN FOG ANTARA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI
SARAWAK LAKAR SEJARAH CIPTA BIOGAS DARIPADA KANJI RUMBIA
PEKEBUN KECIL TIDAK MEMILIKI SIJIL BOLEH DIAMBIL TINDAKAN
PBB MEMBERI AMARAN PENYAKIT HAIWAN KE MANUSIA
SEMAKIN MENINGKAT
PERUBAHAN IKLIM: SUHU GLOBAL NAIK MELEBIHI 1.5C
PERUNDANGAN & HAK ASASI
RUU COVID-19 BERI PELEPASAN SEMENTARA KEPADA RAKYAT
KESEDARAN MP LEBIH PENTING DARIPADA PERTUKARAN
SPEAKER
MENTERI SARAWAK MAHU JAWATANKUASA KHAS KEWARGANEGARAAN
PEGAWAI TINGGI ATM DITAHAN KES RASUAH
DUA UNIVERSITI SAMAN KERAJAAN AS KERANA BATALKAN VISA PELAJAR HADIRI KELAS DALAM TALIAN
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
PDRM SEDIA SIASAT AL-JAZEERA Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid
Bador menjelaskan PDRM akan
mengambil tindakan sewajarnya
mengenai dakwaan menyeleweng
stesen media antarabangsa, Al-Jazeera
berkenaan langkah PKPD yang diambil
Kerajaan terhadap PATI. Walau
bagaimanapun, beliau masih belum
dapat mengesahkan sama ada
peruntukan dibawah Kanun Keseksaan
atau Akta Hasutan 1948 akan dikenakan
terhadap mereka.
Namun, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid pula menegaskan
bahawa Al-Jazeera akan didakwa dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan
disebabkan melaporkan sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan sangkaan jahat
terhadap Malaysia selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana
berniat jahat (Berita Harian, 7 Julai 2020).
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708182/polis-akan-panggil-al-jazeera-kpn
10 JULAI PENENTU PRU13 SINGAPURA
Pada 10 Julai 2020, rakyat Singapura akan turun untuk memilih siapa yang bakal
menerajui Kerajaan bagi tempoh yang berikutnya. Ia akan ditentukan oleh kira-kira
2.65 juta pengundi. Kempen pengundian yang lebih banyak tertumpu dalam talian
memberikan peluang yang sama rata kepada semua parti untuk berkempen.
Walau bagaimanapun, ramai pemerhati melihat PAP tidak akan mengalami kesukaran
untuk mempertahankan kemenangan yang dipegangnya sejak tahun 1965.
Kemenangan di 47 kerusi daripada keseluruhan 93 kerusi yang dipertandingkan
sudah cukup memberikan kemenangan majoriti mudah kepada PAP. Pada PRU12
yang lalu, PAP menguasai lebih dua pertiga undi majoriti (Astro Awani, 9 Julai 2020).
beta.astroawani.com/berita-dunia/singapore-election-pap-going-for-super-majority-again-in-
parliament-250517
(Sumber: Berita Harian,2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
AUSTRALIA IKUT JEJAK LANGKAH KANADA, SOKONG HONG
KONG Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut mengambil langkah agresif berikutan
langkah-langkah drastik yang diambil Beijing terhadap Hong Kong ketika ini. Hal yang
demikian disebabkan penggubalan undang-undang keselamatan negara yang
memberikan implikasi terhadap kebebasan Hong Kong serta bertentangan dengan
prinsip Satu Negara Dua Sistem.
Morrison membuka ruang sempadan kepada rakyat Hong Kong untuk datang
berlindung di negaranya selain memanjangkan tempoh visa sehingga 5 tahun. Beliau
juga dalam masa yang sama mengambil langkah membatalkan perjanjian ekstradisi
dengan Hong Kong yang turut tertakluk dibawah undang-undang keselamatan negara
China tersebut (Astro Awani, 9 Julai 2020).
english.astroawani.com/world-news/australian-pm-suspends-extradition-treaty-extends-
visas-hong-kong-citizens-250454
CHINA-INDIA REDAKAN KETEGANGAN SEMPADAN
Media antarabangsa melaporkan
China dan India akan mengambil satu
kata sepakat bagi mengendurkan
ketengangan sempadan yang berlaku
sejak kebelakangan ini. Menteri Luar
China, Wang Yi dalam satu temu bual
menerusi telefon dengan Perwakilan
Khas India, Ajit Doval menjelaskan
bahawa kata sepakat tersebut diambil
bagi memelihara hubungan 70 tahun
bilateral di antara kedua-dua negara.
Sebelum ini China dan India bukan sahaja berhadapan dengan pertempuran di
sempadan darat, bahkan turut melibatkan laluan perdagangan di antara kedua-dua
negara. India mengambil langkah untuk berkerjasama bersama-sama Australia,
Jepun dan US bagi meningkatkan keupayaan dan aset di kawasan perairan dalam
usaha membentuk cegah rintang terhadap China (Berita Harian, 7 Julai 2020).
www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/708239/china-india-sepakat-redakan-ketegangan-
di-sempadan
(Sumber: Google image)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KEMATIAN DATUK BANDAR SEOUL JADI TANDA TANYA
Pemimpin kanan Parti Demokratik
yang telah mentadbir Seoul selama
hampir 10 tahun, Park Won-Soon
akhirnya telah ditemui mati oleh
pasukan polis. Beliau merupakan
Datuk Bandar Seoul dan antara
calon yang disebut-sebut bakal
menggantikan tempat Presiden
Korea Selatan.
Penemuan mayat beliau
meninggalkan tanda tanya sama
ada ia adalah suatu kejadian membunuh diri atau sebaliknya. Beberapa hari
sebelumnya, bekas kakitangan Bandar Seoul telah membuat laporan polis berkenaan
dengan gangguan seksual melibatkan mendiang. Namun, polis belum mengesahkan
kaitannya dengan penemuan mayat Won-Soon. Pada tahun 2009, kes bunuh diri
berprofil tinggi telah berlaku melibatkan bekas presiden, Roh Moo-hyun selepas
dilibatkan dengan kes rasuah (Berita Harian, 10 Julai 2020).
www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/709148/datuk-bandar-seoul-ditemui-maut-selepas-dakwaan-gangguan-seksual
(Sumber: AFP)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
PNS BANTU KEMBANGKAN PERNIAGAAN FRANCAISOR Mana-mana syarikat yang berkelayakan dan mempunyai potensi untuk menjadi
francaisor akan dibantu oleh pihak Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bagi
mengembangkan lagi perniagaan mereka. Menurut Ketua Jabatan Pembangunan dan
Pemasaran Francais PNS, pihaknya akan berperanan memberi panduan dan khidmat
nasihat kepada bakal francaisor selain membantu mereka sehingga syarikat didaftar
dengan bahagian pembangunan sebagai satu perniagaan francais.
Antara syarat utama untuk layak menyertai program pembangunan francaisor ini ialah
usahawan telah pun mempunyai jenama yang telah didaftar dengan Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO), selain mempunyai rekod kewangan yang
memuaskan (Sinar Harian, 10 Julai 2020).
www.sinarharian.com.my/article/91500/KHAS/Wacana/PNS-sedia-program-pembangunan-
francaisor-bantu-usahawan
PENJAWAT AWAM PERLU BERANI TAMPIL MELAPORKAN
KES RASUAH Statistik oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM)
menunjukkan terkini hanya 0.02 peratus
sahaja daripaa 1.6 juta penjawat awam
berani tampil melaporkan perbuatan
rasuah yang berlaku dalam jabatan dan
agensi masing-masing. Hal ini
menyebabkan sesetengah pihak
beranggapan penjawat awam sinonim
dengan korupsi walaupun yang
melakukannya hanya segelintir sahaja.
Justeru, penjawat awam disaran berani
melapor dan menjadi saksi bagi kes rasuah kerana mereka dilindungi peruntukan
undang-undang seperti Akta Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi
2009 bagi memenuhi aspirasi Pelan Antirasuah Nasional agar Malaysia bakal dikenali
dunia kerana integriti dan bukan sebaliknya (Berita Harian, 9 Julai 2020).
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708967/penjawat-awam-belum-berani-lapor-
kes-rasuah
(Sumber: Selangorkini, 2019)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI AGENDA TERAS
KERAJAAN - PM
“Kita berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama, dan
warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh
prinsip Rukun Negara”. Demikian antara ucapan Perdana Menteri ketika merasmikan
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia menerajui aspirasi menjadikan pendidikan Rukun Negara
sebagai agenda teras Kerajaan menerusi pelbagai program, inisiatif dan aktiviti di
bawah kementerian dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan
masyarakat sivil. Hal ini bagi menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai Rukun
Negara demi perpaduan rakyat di negara ini (Astro Awani, 9 Julai 2020).
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-cadang-pendidikan-rukun-negara-dijadikan-
agenda-teras-kerajaan-250495
PRASARANA TAMBAH 27 TREN BAHARU
Selaras misi syarikat untuk menggalakkan
rakyat menggunakan pengangkutan
awam, Prasarana Malaysia Berhad
(PRASARANA) bakal menambah 27 tren
empat gerabak baharu bagi transit aliran
ringan (LRT) laluan Kelana Jaya (KLAV 27)
yang dijadualkan bakal diterima bermula
akhir tahun ini sehingga tahun 2023.
Berbanding KLAV 14, KLAV 27 dilengkapi
sistem baru Paparan Peta Laluan Digital
yang diselaraskan dengan sistem pintu,
selain Sistem Pengurusan Tren (TMS) dan status bagi Sistem Maklumat Penumpang
bagi setiap gerabak juga dinaik taraf. Projek KLAV27 juga dibangunkan pihak
tempatan pada kadar 35 peratus untuk memaksimumkan penggunaan barangan
tempatan dan mengurangkan kebergantungan sumber luar (Berita Harian, 9 Julai
2020).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708931/prasarana-tambah-27-tren-
baharu
(Sumber: Berita Harian, 2020)
6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TIMBALAN SPEAKER SOKONG PENUH USUL DAN CADANGAN
PARLIMEN DIGITAL
Inisiatif anak muda menganjurkan Parlimen
Digital baru-baru ini yang berlangsung selama
dua hari membahaskan dua usul utama iaitu
pembangunan semula ekonomi melalui pakej
ransangan khas untuk belia dan penstrukturan
sistem pendidikan pasca COVID-19 disokong
penuh oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat,
Datuk Rashid Hasnon. Beliau malahan
mencadangkan usul yang dibahaskan
dipertimbangkan sebagai dasar Kerajaan.
Selain itu, beliau turut berhasrat melihat
Parlimen Digital diperluas di peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan program-
program berkaitan seterusnya mampu merubah landskap negara ke arah pendigitalan
parlimen gaya baharu selari perkembangan teknologi semasa (Astro Awani, 7 Julai
2020).
www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-serius-usul-dan-cadangan-parlimen-digital-
timbalan-speaker-250218
(Sumber: Malaymail, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
TEMA UTAMA BELANJAWAN 2021 Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku
Abdul Aziz mengatakan terdapat empat tema
utama di dalam Belanjawan 2021 iaitu; i)
Mengambil peduli terhadap rakyat, ii) Memacu
ekonomi, iii) Kehidupan yang mampan dan
lestari serta, iv) Menambahbaik penyampaian
perkhidmatan awam. Tema pertama
membabitkan dua Pakej Rangsangan Ekonomi
sebelum ini iaitu PRIHATIN dan PENJANA
yang mana tujuan pertama adalah melindungi
dan memperkasakan rakyat.
Tema kedua adalah untuk memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), melonjakkan keyakinan
pelabur serta merancakkan penggunaan teknologi dan digitalisasi merentasi pelbagai
sektor awam dan swasta. Tema ketiga menyentuh soal pelaburan lestari dan
pandemik COVID-19 tidak menjejaskan momentum sedia ada. Di Amerika Syarikat
semakin banyak syarikat mula menerapkan amalan yang mementingkan persekitaran,
sosial dan tadbir urus (ESG). (Harian Metro, 8 Julai 2020)
www.hmetro.com.my/bisnes/2020/07/597645/empat-tema-utama-belanjawan-2021
PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN DI MALAYSIA
Kadar kemiskinan Malaysia sebanyak 0.4 peratus seperti yang dinyatakan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 tidak lagi relevan pada masa
kini berikutan Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan pada ketika itu mengikut
metodologi 2005, iaitu RM 980 sebulan. Berdasarkan kenyataan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Kerajaan akan
mengumumkan PGK yang mengikut metodologi 2019 dalam masa terdekat.
Keputusan itu dibuat berdasarkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11
yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu pada Oktober 2018 lepas. Justeru itu,
beliau menjangkakan PGK yang terbaharu akan meningkat kepada RM 2,500 sebulan
seterusnya menaikkan kadar kemiskinan melebihi 0.4 peratus. (Sinar Harian, 7 Julai
2020)
www.sinarharian.com.my/article/91151/BERITA/Nasional/Kadar-kemiskinan-negara-
mungkin-meningkat
(Sumber: BERNAMA, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TINDAKAN MALAYSIA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL
Matlamat kedua di dalam Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) yang
membantu untuk melonjakkan semula
perniagaan mendapat pengiktirafan di
peringkat global. Selain diiktiraf di kedudukan
ke-4 dunia dalam pengurusan krisis COVID-
19 oleh TolunaBlackbox Index of Global
Crisis Perceptions 2020, Malaysia turut
mendapat tempat ke-12 dunia dalam Laporan
Ease of Doing Business 2020 oleh Bank Dunia dan kedudukan sama dalam DHL
Global Connectedness Index 2019.
Bukan itu sahaja, Malaysia bahkan berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 208
Billion walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Dari jumlah tersebut, 40
peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI) manakala 60 peratus adalah
pelaburan langsung domestik yang menghasilkan lebih 5,000 projek dan bakal
menawarkan sebanyak 120,000 peluang pekerjaan. Terdapat ramai pelabur yang
teguh memilih untuk bertapak dan melabur di Malaysia dengan 66 peratus dari jumlah
FDI adalah pelabur dari Amerika Syarikat, China dan Jepun. (Berita Harian, 8 Julai
2020)
www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/708665/penilaian-global-iktiraf-dasar-
langkah-diambil-malaysia
UTAMAKAN PENGANGGUR DAN PEKERJA TEMPATAN
Pencari kerja (Job seekers) dari warganegara perlu terlebih dahulu diutamakan oleh
para majikan dalam menawarkan pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia
mencadangkan agar para majikan mengiklankan kerja kosong di portal JobsMalaysia
dalam tempoh 30 hari sebelum mereka berniat mengambil pekerja asing. Tindakan ini
agar setiap syarikat yang mencari pekerja dapat melakukan padanan kerja (job-
matching) yang sesuai dengan permintaan dan mengutamakan pekerja tempatan.
Selain itu, para majikan juga diingatkan agar mematuhi peraturan Pekerja Asing
Pertama Keluar (FWFO) selaras dengan peuntukan di bawah Seksyen 60N Akta
Pekerjaan 1955 dan Kod Tingkah Laku untuk Keharmonian Industri. Hal ini bertujuan
untuk memastikan ketika syarikat terpaksa mengurangkan bilangan pekerja kerana
kekangan tertentu, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dahulu dan perlu
membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja. (The Edge Markets, 9 Julai 2020)
www.theedgemarkets.com/article/employers-must-prioritise-local-job-seekers-
saravanan
(Sumber: FMT, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
NILAI SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI DUNIA
Lima syarikat terbesar dunia adalah di dalam bidang teknologi dan sentiasa menjana
keuntungan sehingga jutaan billion dolar setiap tahun. Syarikat gergasi tersebut yang
terdiri daripada Amazon, Apple, Facebook, Microsoft dan Alphabet mempunyai
pecahan aliran tunai dan lintasan pertumbuhan yang sangat berbeza walaupun
terdapat persamaan di antara mereka secara umum. Ada yang mempunyai gabungan
aplikasi dan perkhidmatan cloud, produk, dan pengumpulan data yang pelbagai,
sementara yang lain mempunyai fokus yang lebih unik dan pelbagai.
Pendapatan tahunan kesemua syarikat ini mencecah sehingga ratusan billion dolar
pada setiap tahun. Sehingga Julai 2020, jumlah pendapatan lima syarikat ini melebihi
pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) empat negara G20, yang mana
jika diandaikan mereka sebagai sebuah negara, kedudukan mereka mengikut KDNK
adalah yang ke-18, di hadapan Arab Saudi dan di belakang Belanda. Secara
pecahannya, nilai setiap syarikat ini didahului oleh syarikat Apple dengan nilai
sebanyak RM 6.76 Trillion (US$ 1.58
Trillion) diikuti oleh Microsoft (US$ 1.56
Trillion), Amazon (US$ 1.44 Trillion),
Alphabet (US$ 1.02 Trillion) dan Facebook
(US$ 665.04 Billion). Di era pasca COVID-
19 dan perkembangan teknologi pada
2020 yang semakin meningkat, berapakah
pendapatan dan perolehan syarikat-
syarikat ini? (Visual Capitalist, 6 Julai
2020)
www.visualcapitalist.com/how-big-tech-makes-their-billions-2020/
(Sumber: Pinterest, 2020)
6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
WABAK BUBONIK MUNCUL SEBELUM WABAK COVID-19
REDA
Dalam keadaan dunia masih belum
mampu menangani krisis wabak
COVID-19, dua kes jangkitan wabak
bubonik pula muncul. Wabak yang
berasal dari sebuah bandar di utara
China itu dipercayai berpunca daripada
bakteria yang disebarkan melalui pepijat
yang hidup dalam spesies tikus
termasuk marmot.
Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya
Marmota. Kedua-dua pesakit disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati
hidangan daripada haiwan marmot. Apa yang lebih membimbangkan, menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak tersebut mampu membunuh mangsa
hanya dalam tempoh 24 jam (Astro Awani, 6 Julai 2020).
beta.astroawani.com/berita-malaysia/belum-pun-reda-isu-covid19-wabak-bubonik-pula-
dikesan-di-china-249988
KHIDMAT KESIHATAN BERKONSEPKAN ‘UBER’
Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan khidmat pengamal kesihatan
berkonsepkan ‘uber’ bagi memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan dari
rumah. Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi meningkatkan uberisasi perkhidmatan
kesihatan yang merupakan salah satu tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional
Malaysia Sihat Bagi Memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup
Sihat.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan ujian makmal seperti ujian
darah, perkhidmatan pesakit luar bukan kecemasan, perkhidmatan penjagaan luka
yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang. Platform ini
sepenuhnya diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka
(Sinar Harian, 7 Julai 2020).
www.sinarharian.com.my/article/91119/BERITA/Nasional/Konsep-Uber-untuk-khidmat-
kesihatan-di-rumah-akan-diperkenal
(Sumber: Astro Awani, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
AKSESORI KERETA BERISIKO MEMBAWA MAUT Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa Kerajaan
agar diwujudkan undang-undang berkaitan penjualan aksesori kenderaan yang
berisiko membawa maut. Hal ini kerana, penjualan aksesori kenderaan pada masa
kini dijual bebas tanpa kawalan undang-undang walaupun aksesori tersebut
membahayakan nyawa pengguna.
Langkah pertama yang boleh dijalankan
adalah dengan mengambil tindakan
penguatkuasaan bagi mana-mana
peniaga yang menjual aksesori kenderaan
tanpa mengambil kira aspek keselamatan.
Hal ini berikutan penjualan penyambung
tali pinggang keledar yang mampu
memberhentikan bunyi peringatan
memasangkan tali keledar sekaligus
mampu membahayakan nyawa. Apa yang
lebih membimbangkan, alat tersebut tidak
mampu mengaktifkan beg udara sekiranya berlaku impak pelanggaran ketika
kemalangan (Berita Harian, 7 Julai 2020).
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708320/larang-jual-aksesori-kereta-berisiko-
maut
WHO KAJI SEMULA DAKWAAN COVID-19 BOLEH TERSEBAR
LEBIH DUA METER Sekumpulan saintis mendakwa virus COVID-19 boleh tersebar di udara melebihi 2
meter dengan hanya melalui pernafasan. Menurut kumpulan tersebut, individu yang
dijangkiti dan menghembuskan pernafasan boleh menyebabkan titisan air tersebar di
udara selama beberapa jam.
Perkara ini membimbangkan banyak pihak terutama ia memberi kesan kepada aspek
langkah pencegahan yang dipraktiskan banyak negara berlandaskan garis panduan
yang ditetapkan oleh WHO. Oleh itu, pertubuhan tersebut dalam proses
mengumpulkan maklumat berkenaan kajian tersebut bagi memastikan panduan
kesihatan yang dikeluarkan selari dengan bukti (Harian Metro, 8 Julai 2020).
www.hmetro.com.my/global/2020/07/597667/covid-19-boleh-tersebar-lebih-dua-meter
(Sumber: Berita Harian, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PEMBANGUNAN BELIA TERAS PEMBANGUNAN MASA KINI
Generasi muda adalah generasi yang menentukan
kelangsungan pembangunan masa kini dan
sewajarnya dilibatkan dalam proses pembangunan
dasar. Keutamaan buat masa sekarang adalah
dengan memastikan sifat kepimpinan ada dalam diri
setiap belia sekurang-kurangnya untuk memimpin
diri sendiri. Golongan belia ini juga akan menjadi
pengantara kepada Kerajaan dalam menyampaikan
fakta dan polisi kerajaan terutama dalam kalangan
mereka sendiri.
Selain itu, Kerajaan juga menekankan aspek
kemahiran insaniah melalui kemahiran pengurusan, kemahiran berkomunikasi dan
hubungan perseorangan, ketrampilan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Oleh itu, Kerajaan menyediakan platform ‘Felo Perdana’ adalah langkah yang paling
tepat bagi mengasah bakat kepimpinan sedia ada dan bagi mempersiapkan diri anak
muda untuk memimpin negara (Sinar Harian, 8 Julai 2020).
www.sinarharian.com.my/article/91247/BERITA/Nasional/Pembangunan-generasi-muda-
jadi-keutamaan-kerajaan-PM
(Sumber: KBS Malaysia, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
PEMBUANGAN FOG ANTARA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI Merujuk kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan bahawa antara
penyumbang pencemaran sungai di negara ini adalah pembuangan lemak, minyak
dan gris (FOG) daripada sisa makanan secara haram dan tidak teratur ke paip
pembentungan awam dan sistem perparitan.
Namun begitu, pihak Kementerian begitu
menitikberatkan tahap kesedaran yang perlu
ditingkatkan terutama kepada pengusaha-
pengusaha restoran kecil mengenai cara yang betul
dalam membuang sisa FOG daripada kawasan
mereka. Sekiranya permasalahan ini tidak diambil
tindakan segera, pembuangan sisa FOG boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk
sungai sekali gus menjejaskan kesihatan orang awam. (New Straits Times, 8 Julai
2020)
www.nst.com.my/news/nation/2020/07/606965/fog-discharge-remains-major-source-river-
pollution-says-minister
SARAWAK LAKAR SEJARAH CIPTA BIOGAS DARIPADA KANJI
RUMBIA Negeri Sarawak melakar sejarah baharu apabila mencipta biogas daripada kanji
rumbia sebagai alternatif bagi menggantikan gas silinder konvensional. Kanji rumbia
yang berasal daripada pokok rumbia atau pokok sagu dijadikan sebagai biogas yang
diusahakan oleh Craun Research dengan kelulusan kerajaan negeri Sarawak pada
Mac lalu.
Usaha ini merupakan satu alternatif dengan kos yang lebih murah berbanding gas
silinder. Selain itu, biogas yang dihasilkan juga akan disalurkan kepada dua buah
kampung iaitu Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah untuk kegunaan isi rumah.
Pada awalnya, projek ini diusahakan bagi mencari penyelesaian secara kondusif
mengenai masalah pencemaran alam sekitar akibat pemprosesan kanji rumbia di dua
buah kampung tersebut. Namun begitu, pada tahun 2018 pemprosesan kanji rumbia
telah beralih kepada penghasilan biogas yang berasaskan kanji rumbia yang memberi
manfaat kepada penduduk kampung tersebut. (Astro Awani, 8 Julai 2020)
beta.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-cipta-biogas-kanji-rumbia-pertama-di-dunia-
250372
Sumber: New Straits Times, 2020
6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PEKEBUN KECIL TIDAK MEMILIKI SIJIL BOLEH DIAMBIL
TINDAKAN Berdasarkan kenyataan Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
menyatakan bahawa sekiranya pekebun
kecil masih tidak mempunyai Pensijilan
Minyak Sawit Mampan Malaysia
(MSPO), akan dikenakan kompaun atau
denda di bawah Peraturan 15 Akta
MPOB yang telah bermula 1 Julai lalu
walaupun jumlah denda masih belum
diputuskan lagi oleh Kerajaan.
Sementara itu, MPOB juga akan mula
memberi peringatan kepada pekebun kecil yang masih gagal mematuhi syarat yang
ditetapkan pada 1 Januari 2021 sebelum denda dikeluarkan bermula 1 Julai 2021
seandainya ada yang masih ingkar.
Selain itu, tindakan yang lebih tegas akan diambil terhadap pekebun kecil yang masih
ingkar dengan menarik balik lesen mereka selain kilang sawit tidak membeli buah
sawit yang dikeluarkan oleh mereka bermula 1 Januari 2022. Merujuk kenyataan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan hampir 492,000 pekebun
kecil sawit akan mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada
akhir tahun ini. (Berita Harian, 9 Julai 2020)
www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709016/mpob-sasar-492000-pekebun-kecil-
sawit-dapat-mspo
PBB MEMBERI AMARAN PENYAKIT HAIWAN KE MANUSIA
SEMAKIN MENINGKAT Berdasarkan laporan UN Environment Programme (UNEP) menyatakan 75 peratus
daripada semua penyakit berjangkit adalah berpunca daripada zoonotik iaitu penyakit
haiwan kepada manusia. Hal ini kerana disebabkan interaksi antara manusia, haiwan
dan alam sekitar. Pada masa yang sama, dunia pada hari ini melihat kes yang
dijangkiti oleh manusia disebabkan haiwan seperti koronavirus semakin meningkat
secara mendadak.
Sehubungan itu, PBB menyeru kepada kerajaan seluruh dunia untuk mengambil
tindakan secara holistik dan komprehensif dalam mencegah wabak pandemik ini pada
masa akan datang. (Al Jazeera, 7 Julai 2020)
www.aljazeera.com/news/2020/07/failing-warns-rise-animal-human-diseases-
200707055027985.html
Sumber: Berita Harian, 2020
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PERUBAHAN IKLIM: SUHU GLOBAL NAIK MELEBIHI 1.5C Merujuk laporan The World Meteorological
Organisation (WMO) menyatakan bahawa
suhu global kemungkinan akan meningkat
1.5C pada lima tahun akan datang. Perkara
ini boleh mendatangkan kesan yang buruk
terhadap perubahan iklim. Sementara itu,
WMO juga meramalkan bahawa akan lebih
banyak berlakunya ribut pada lima tahun
akan datang di Eropah barat selain kenaikan
tahap air laut. Penilaian ramalan tersebut juga mengambil kira kejadian bencana
semula jadi selain kesan pelepasan karbon daripada aktiviti manusia yang tiada had.
Dunia melihat wabak Covid-19 telah menyebabkan krisis kesihatan dan ekonomi
antarabangsa yang begitu kritikal. Namun begitu, kegagalan dunia dalam memerangi
perubahan iklim juga boleh menjejaskan kesejahteraan manusia, ekosistem dan
ekonomi selama berabad-abad.
Sehubungan itu, pemerintah seluruh dunia seharusnya memainkan peranan dan
mengambil peluang untuk menyelamatkan bumi dan seisinya dengan tindakan iklim
yang bersepadu dan proaktif. Antara contohnya, menjadikan sebahagian daripada
program pemulihan agenda utama tindakan iklim selain memastikan kehidupan
manusia yang lebih baik pada masa akan datang. (BBC News, 9 Julai 2020)
www.bbc.com/news/science-environment-53342806
Sumber: BBC News, 2020
6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 18
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PERUNDANGAN & HAK ASASI
RUU COVID-19 BERI PELEPASAN SEMENTARA KEPADA
RAKYAT
Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah Sementara) akan dibentangkan pada sesi
parlimen Julai ini bagi memberikan pelepasan sementara atau “temporary relief”
kepada rakyat daripada tanggungjawab perjanjian bagi satu tempoh yang ditetapkan.
RUU ini digubal bagi membuktikan komitmen kerajaan yang mahu mengurangkan
impak perundangan Covid-19, agar kelangsungan hidup rakyat Malaysia dapat
diteruskan. (Sinar Harian, 5 Julai 2020)
www.sinarharian.com.my/article/86461/BERITA/Nasional/Rang-Undang-Undang-Covid-19-
dibentang-sesi-Parlimen-Julai
KESEDARAN MP LEBIH PENTING DARIPADA PERTUKARAN
SPEAKER
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah mencadangkan usul di Dewan Rakyat
untuk menamatkan khidmat Speaker, Tan Sri
Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker,
Nga Kor Ming.
Pembangkang telah membantah kerana
beranggapan bahawa jawatan berkenaan harus
berkecuali dan tidak terkesan dengan mana-mana
pergolakan politik.
Namun begitu, pertukaran Speaker adalah suatu amalan biasa dan merupakan
kelebihan yang diberikan kepada kerajaan semasa.
Yang lebih penting, ahli Parlimen perlu mempertingkatkan kefahaman mengenai
kepentingan ruang diberikan kepada mereka khususnya dalam membawa dan
membentangkan ‘private members bills’ atau rang undang-undang persendirian
(Berita Harian, 5 Julai 2020), (Sinar Harian, 9 Julai 2020).
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707534/ahli-parlimen-pembangkang-
bantah-tukar-speaker-dewan-rakyat
www.sinarharian.com.my/article/91345#_=_
(Sumber: Sinar Harian, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 19
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
MENTERI SARAWAK MAHU JAWATANKUASA KHAS
KEWARGANEGARAAN
Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan
pernah ditubuhkan di bawah Perkara 15A
Perlembagaan Persekutuan pada tahun
2016 bagi menyelesaikan isu kanak-kanak
tanpa kewarganegaraan atau dokumen
pengenalan diri.
Sebanyak 717 kes permohonan untuk
mendapatkan status kewarganegaraan bagi kanak-kanak di bawah Perkara 15A
Perlembagaan Persekutuan telah dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum
ditamatkan perkhidmatannya pada 2 Julai tahun lalu.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan
Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah mahu agar Jawatankuasa ini
dikembalikan bagi membantu untuk menapis serta memastikan semua dokumen
permohonan yang lengkap dan sahih diberikan sokongan sebelum dimajukan kepada
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Harian
Metro, 8 Julai 2020).
www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/597902/sarawak-mohon-kembalikan-jawatankuasa-
khas-kewarganegaraan
PEGAWAI TINGGI ATM DITAHAN KES RASUAH
SEORANG pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan menerima
rasuah RM 500,000.
Penahanan pegawai itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kes setiausaha politik
bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung siasatan rasuah membabitkan
projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta
(Harian Metro, 8 Julai 2020).
www.hmetro.com.my/utama/2020/07/597885/pegawai-tinggi-atm-ditahan-sprm
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 20
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
DUA UNIVERSITI SAMAN KERAJAAN AS KERANA BATALKAN
VISA PELAJAR HADIRI KELAS DALAM TALIAN
Universiti Harvard dan Massachusets Institute of Technology (MIT) telah memfailkan
saman ke atas Jabatan Kastam dan Keselamatan Dalam Negeri (ICE) AS setelah
Presiden, Donald Trump mengumumkan pembatalan visa pelajar asing.
Trump mahukan semua pelajar kembali ke institusi pengajian pada penggal musim
luruh dan akan membatalkan semua visa pelajar asing yang menghadiri kelas secara
dalam talian kerana pandemik Covid-19.
Dua universiti tersebut telah memohon injunksi mahkamah untuk menggantung
sementara keputusan itu kerana menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab
(Astro Awani, 9 Julai 2020).
www.astroawani.com/berita-dunia/visa-pelajar-asing-dua-universiti-fail-saman-atas-jabatan-
kastam-250421
(Sumber: Astro Awani, 2020)