R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A
Transcript of R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-KOREA UTARA KEMBALI
BERGOLAK
TAMBAHAN KUOTA HAJI TITIK PENTING KEJAYAAN LAWATAN
PM KE ARAB SAUDI
HUBUNGAN MALAYSIA-ARAB SAUDI DALAM RENCAH POLITIK
TIMUR TENGAH
KESEJAHTERAAN SOSIAL
SUAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN PUNCA UTAMA
PENCERAIAN MENINGKAT
PELAKSANAAN UNDI 18 BERMULA SEPTEMBER 2022
COVID-19: KANAK-KANAK MENGHASILKAN ANTIBODI LEBIH
BANYAK
EKONOMI & KEWANGAN
CHINA HASRAT KUASAI EKONOMI DUNIA
PELABURAN HARTALEGA WUJUDKAN 12,000 PEKERJAAN
PEMERKASA: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEENAM
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
MEDAC BAKAL TUBUH UNIVERSITI KEUSAHAWANAN
CUEPACS GESA KERJA DARI RUMAH, ELAK CETUS KLUSTER
BAHARU
RADZI TEGASKAN WAJAR KEKAL DASAR PENGASINGAN
KELAS
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
CADANGAN PROJEK SMART SBB DITOLAK OLEH MADA
KERAJAAN RANGKA LIMA STRATEGI JAGA SUMBER AIR
MALAYSIA BOLEH EKSPORT SAWIT MERAH KE CHINA
UNDANG-UNDANG
PLURALISME UNDANG-UNDANG DI SABAH DAN KESANNYA
TERHADAP ORANG ISLAM
UNDI 18, PENGASINGAN PROSES DAN PENDAFTARAN
AUTOMATIK
APLIKASI HISBAH SERTA KONSEPNYA DALAM
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MORAL ISLAM DI
MALAYSIA
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-KOREA UTARA
KEMBALI BERGOLAK Hubungan diplomatik Malaysia dan Korea
Utara kembali bergolak mengulangi insiden
yang pernah berlaku pada tahun 2017.
Pertengahan Mac yang lalu, Wisma Putra
mengambil tindakan drastik mengarahkan
semua kakitangan diplomatik kedutaan
Korea Utara meninggalkan Malaysia dalam
tempoh 48 jam. Ia susulan tindakan
Pyongyang yang memutuskan hubungan
diplomatik dengan Malaysia berikutan
tindakan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya, Mun Chol Myong ke
Amerika Syarikat atas tuduhan pengubahan wang haram. Langkah mengekstradisi
Chol Myong dilakukan mengikut prosedur undang-undang negara, bukan kerana
pengaruh politik kuasa besar Amerika Syarikat seperti yang didakwa Pyongyang.
Pada tahun 2017, Malaysia juga pernah menghalau Kedutaan Korea Utara dan
mengisytiharkan beliau sebagai Persona Non Grata kerana tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam (Berita
Harian, 19 Mac 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797998/kakitangan-kedutaan-korea-utara-diarah-tinggalkan-malaysia
TAMBAHAN KUOTA HAJI TITIK PENTING KEJAYAAN
LAWATAN PM KE ARAB SAUDI Lawatan Perdana Menteri dan Menteri Luar ke Arab Saudi memberikan satu noktah
penting dengan penambahan kuota haji rasmi sebanyak 10 ribu tempat kepada
rakyat Malaysia. Kuota haji asal bagi setiap negara adalah berdasarkan kepada 0.1
peratus daripada jumlah penduduk negara, dan kuota semasa negara adalah 31,600
orang. Penambahan itu memberikan signal yang jelas terhadap penambahbaikan
hubungan dua hala di antara Malaysia dan Arab Saudi.
Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian persefahaman inisiatif Laluan
Makkah yang akan memberikan kemudahan yang banyak kepada Jemaah haji dan
umrah dari Malaysia. Ia secara tidak langsung akan memudahkan proses
prapelepasan Jemaah haji termasuklah dalam aspek-aspek teknikal lain seperti
urusan penerbangan, pemeriksaan visa dan passport yang mengambil masa yang
lama sebelum daripada ini. Inisiatif ini dapat mengurangkan beban dan tempoh
menunggu kepada Jemaah haji dan umrah Malaysia (Berita Harian, 10 Mac 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/794539/malaysia-dapat-tambahan-10000-kuota-haji-muhyiddin
Sumber: Bernama
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
HUBUNGAN MALAYSIA-ARAB SAUDI DALAM RENCAH
POLITIK TIMUR TENGAH Selain isu kuota haji yang menjadi
perhatian rakyat Malaysia, kedua-dua
negara turut menyentuh beberapa perkara
berkaitan dengan kemelut antarabangsa
yang berlaku di Timur Tengah.
Pengukuhan Majlis Kerjasama Saudi-
Malaysia atau Saudi-Malaysian
Coordination Council (SMCC) adalah
langkah awal bagi memperkasa hubungan
kerjasama kedua-dua negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyeluruh pada
masa akan datang. Kerjasama ini lebih tertumpu kepada usaha meyatukan negara-
negara Islam ke arah membanteras kelompok ekstrimisme dan keganasan. Ia juga
bertujuan menjadi jambatan utama mengukuhkan kerjasama negara-negara anggota
OIC.
Selain soal ekstrimisme yang menjadi topik utama dalam perbahasan dunia politik
hari ini, kerjasama kedua-dua turut menyentuh mengenai inisiatif kelestarian alam
sekitar dengan jalinan inisiatif “Let us make it green” yang dilancarkan oleh Kerajaan
Arab Saudi serta program “Greening Malaysia”. Kedua-dua negara juga menyeru
kepada penyelesaian krisis di Syria berdasarkan kepada Geneva Statement (1) dan
Resolusi Majlis Keselamatan (No. 2554) serta penyelesaian konflik semasa di
Yaman berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan (No. 2216) (NST, 10 Mac 2021).
https://www.nst.com.my/news/nation/2021/03/672722/malaysia-saudi-arabia-expand-bilateral-
relations
Sumber: Berita Harian
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
Sumber: Berita Harian, 2021
SUAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN PUNCA UTAMA
PENCERAIAN MENINGKAT Konflik kewangan yang semakin serius sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) akibat penularan COVID-19 masih lagi berterusan menyebabkan kes
penceraian turut meningkat. Hal ini kerana, faktor utama penceraian yang dilaporkan
adalah disebabkan oleh kehilangan sumber pendapatan. Data ini dikeluarkan oleh
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang merekodkan kes sebanyak
48,483 pasangan bercerai sepanjang pelaksanaan PKP bermuka Mac 2020
sehingga 25 Februari 2021.
Tambahan pula, bagi Januari 2021 sahaja, direkodkan sebanyak 3,236 kes dengan
kes tertinggi berlaku di negeri Selangor. Kebanyakan pasangan yang bercerai
mendakwa kemelut rumah tangga mereka tidak lagi dapat diselesaikan dan
penceraian merupakan langkah terbaik bagi menghilangkan beban akibat masalah
kewangan yang semakin terhimpit (Harian Metro, 4 Mac 2021).
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/680469/wang-berkurang-kasih-terlerai
PELAKSANAAN UNDI 18 BERMULA SEPTEMBER 2022 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
mengumumkan pelaksanaan Undi 18
hanya akan bermula pada September
2022. Keputusan bagi menangguh
pelaksanaan Undi 18 sehingga tahun
hadapan disebabkan oleh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang
secara tidak langsung mengganggu
proses persiapan pelaksanaan sistem
baharu itu.
Pelaksanaan sistem ini dibuat setelah mendapat persetujuan kesemua parti politik
termasuklah persetujuan undian di Dewan Rakyat. Perkara ini sedikit sebanyak akan
membuka ruang yang lebih banyak kepada belia untuk memilih pemimpin negara.
Pemberian hak ini sekaligus membuktikan golongan belia amat penting dalam
membuat kekutusan demi kebaikan kepada negara (Berita Harian, 25 Mac 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/800225/undi-18-tahun-dilaksana-tahun-depan-
spr
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Sumber: ptc.news
COVID-19: KANAK-KANAK MENGHASILKAN ANTIBODI LEBIH
BANYAK Menurut satu kajian yang diterbitkan
dalam NatureCommunication oleh
pengkaji dari Australia mendapati
bahawa kanak-kanak berusia 1-10
tahun mempunyai antibodi yang
lebih tinggi dalam menghasilkan
tindak balas terhadap virus COVID-
19 berbanding golongan remaja
yang berumur 11-18 tahun.
Dapatan ini sekaligus menjelaskan mengapa kank-kanak kurang terjejas oleh
jangkitan COVID-19 meskipun ia masih sedang dikaji dan pelbagai faktor dipercayai
memainkan peranan. Selain itu, peratusan yang amat kecil bagi kanak-kanak yang
dijangkiti virus tersebut berakhir dengan kematian. Buktinya kurang dari seorang
dalam 100 pesakit COVID-19 kanak-kanak meninggal dunia walaupun setelah
mengalami penyakit teruk, manakala lebih 90 atau 16 peratus tidak mempunyai
gejala langsung (Berita Harian, 24 Mac 2021).
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/06/704448/covid-19-kematian-pesakit-kanak-kanak-
amat-jarang-kajian
https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2021/03/799552/antibodi-kanak-kanak-bertindak-lebih-
kuat-terhadap-covid-19-kajian
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
CHINA HASRAT KUASAI EKONOMI DUNIA Di dalam perhimpunan tahunan Kongres
Rakyat Nasional, China melancarkan pelan
baharu lima tahun dalam usaha menjadi
kuasa besar ekonomi dunia mengatasi
Amerika Syarikat. Rangka tindakan
(blueprint) tersebut bertujuan meroketkan
pasaran domestik dan mengurangkan
kebergantungan teknologi kepada negara-
negara luar.
Dalam mencapai agenda lima tahun tersebut, China akan memberikan fokus
terhadap pengeluaran keluli dan beberapa produk lain yang tertentu. Di samping itu,
ia berusaha untuk mengurangkan persaingan geopolitik dengan Amerika Syarikat
untuk komponen seperti mikrocip dan menghasilkan teknologi buatan sendiri.
Bermula tahun ini, China tidak lagi meletakkan angka tertentu dalam mencapai
sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang dilakukan oleh
kebanyakan negara dan badan antarabangsa, bahkan akan memberi fokus terhadap
kualiti pertumbuhan ekonomi. Menurut Ketua Ekonomi China, Peiqian Liu, negara
komunis itu juga berhasrat untuk menarik balik pakej rangsangan bagi
mengurangkan pertumbuhan hutang yang berlebihan. Selain itu, pelan itu juga akan
melaksanakan sistem kewangan terbuka dengan kemasukan pelabur asing dan
mengurangkan keluaran mata wang China ke negara luar (The Edge Malaysia, 5
Mac 2021).
https://ceomorningbrief.theedgemalaysia.com/pdf/2021/20210305_CMB_0146/q4in12.pdf
PELABURAN HARTALEGA WUJUDKAN 12,000 PEKERJAAN Gergasi pengeluar sarung tangan, Hartalega Holding Bhd akan melaburkan
sebanyak RM 7 bilion bagi membina 16 kemudahan pengeluaran sarung tangan di
Bukit Kayu Hitam, Kedah dalam tempoh masa 20 tahun. Perjanjian pembelian tanah
seluas 100 hektar dengan harga RM 288.7 juta telah dibuat antara anak syarikat
Hartalega Holding Bhd, iaitu Hartalega NSM Sdn Bhd dengan Northern Gateway
Free Zone Sdn Bhd milik Kementerian Kewangan Malaysia, pengusaha utama Zon
Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana. Ia turut disaksikan oleh Menteri
Kewangan, YB Datuk Seri Tengku Zafrul dan Menteri Besar Kedah, YB Muhammad
Sanusi.
Rancangan pengembangan syarikat tersebut bakal memberikan sebanyak 12,000
peluang pekerjaan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar
sarung tangan terbesar dunia. Dengan kapasiti terbaru ini, ia mampu meningkatkan
jumlah pengeluaran sarung tangan sehingga 143 bilion keping setahun (Berita
Harian, 11 Mac 2021).
(Sumber: canyon.news.com)
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20210311/page/36/textview
PEMERKASA: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEENAM Genap setahun selepas
perlaksanaan PKP di
Malaysia, Perdana
Menteri, YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin
mengumumkan pakej
rangsangan ekonomi
keenam iaitu Program
Strategik Memperkasa
Rakyat dan Ekonomi
(PEMERKASA) bernilai
RM 20 bilion dengan
suntikan langsung
kerajaan terbaharu sebanyak RM 11 bilion. PEMERKASA memberikan tumpuan
melalui 20 inisiatif dengan tujuan yang konsisten seperti sebelum ini iaitu melonjak
pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan serta meneruskan bantuan bersasar
kepada rakyat dan sektor yang terjejas.
Antara langkah yang menjadi tumpuan adalah seperti tambahan RM 700 juta bagi
Program Subsidi Upah 3.0 yang akan dilanjutkan selama tiga bulan sehingga Jun
2021, pemberian geran bantuan istimewa berjumlah RM 3,000 kepada lebih 5,000
agensi pelancongan dan RM 600 kepada lebih 400 pemilik rumah penginapan
(homestay) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, tambahan RM 500
juta untuk tujuan pembiayaan di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp serta
tambahan RM 2 bilion di dalam Program Imunisasi COVID-19 Nasional.
Lima pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sebelum ini adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM 250 bilion diikuti
dengan Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan bernilai RM 10
bilion masing-masing diumumkan pada Mac dan April 2020. Pada Jun 2020,
Kerajaan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai
RM 35 bilion manakala tiga bulan selepas itu dilaksanakan pula Pakej KITA
PRIHATIN berjumlah RM 10 bilion. Pakej terakhir sebelum PEMERKASA adalah
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM
15 bilion yang diumumkan pada Januari 2021 (Sinar Harian, 17 Mac 2021).
https://www.sinarharian.com.my/article/128901/BERITA/Nasional/Kerajaan-umum-pakej-bantuan-
keenam-Covid-19
(Sumber: berita.rtm.gov.my)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
MEDAC BAKAL TUBUH UNIVERSITI KEUSAHAWANAN Pengendalian pengurusan gerakan koperasi negara yang mempunyai keahlian lebih 6.1 juta bakal diberi nafas baru apabila Kementerian Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mewujudkan sebuah universiti pendidikan koperasi dan keusahawanan yang dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini di Cyberjaya.
Dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan institut ini akan diletakkan di bawah kendalian Institut Koperasi Malaysia (IKM), namun ia tidak akan mengganggu fungsi IKM sebagai satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.
Dalam pada itu, Dr Wan Junaidi turut Antara mmatlamat anjakan yang digariskan melalui TransKom ialah pencapaian berteraskan kesejahteraan dan kemakmuran bersama, sistem perundangan dan kawal selia yang membangun dan fasiliti, modal insan produktif dan berilmu, model perniagaan baharu berteraskan teknologi dan pengetahuan selain sistem perancangan berasaskan bukti dan penyampaian serta pemantauan berinovasi. (Astro Awani, 31 Mac 2021)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/medac-bakal-buka-universiti-berteraskan-koperasi-dan-
keusahawanan-290946
CUEPACS GESA KERJA DARI RUMAH, ELAK CETUS
KLUSTER BAHARU Berdasarkan angka jangkitan COVID-
19 semasa yang dilihat masih tinggi
dalam negara iaitu kekal di tahap
empat angka, Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) menggesa
Putrajaya untuk terus mengekalkan
dasar bekerja dari rumah kepada
sektor awam bagi mengelakkan
tercetusnya kluster baharu tempat
kerja.
CUEPACS berpendapat amalan ini wajar diteruskan sehingga negara benar-benar
bebas daripada penularan COVID-19. Di samping itu juga, CUEPACS turut
menasihati sektor swasta tidak terburu-buru memulakan operasi dengan kapasiti
penuh sebaliknya membuat pertimbangan dari sudut kemampuan pematuhan SOP
agar kluster di tempat kerja yang pernah tercetus seperti sebelum ini mampu
dielakkan (Free Malaysia Today, 31 Mac 2021).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/31/kekal-kerja-dari-rumah-
elak-cetus-kluster-tempat-kerja-gesa-cuepacs/
Sumber: Free Malaysia Today
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
RADZI TEGASKAN WAJAR KEKAL DASAR PENGASINGAN
KELAS Pemansuhan dasar pengasingan kelas
sejak 2017 telah menimbulkan pelbagai
perbahasan terutama pihak ibu bapa,
penjaga dan pihak sekolah. Hal ini sekali
lagi ditegaskan oleh Menteri Pendidikan,
Datuk Dr Radzi Jidin ketika pembukaan
semua sekolah secara bersemuka.
Menurut Dr Radzi, pengasingan kelas
mempunyai pro dan kons yang tersendiri.
Umumnya, sistem pengasingan kelas lebih
memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berdasarkan tahap
penguasaan dan kecemerlangan akademik murid. Walau bagaimanapun, impak
negatif daripada pengasingan kelas memberi kesan psikologi terhadap murid
terutama apabila wujudnya pandangan atau persepsi murid kelas belakang atau
murid kelas hujung.
Menurut ahli psikologi, setiap orang dilahirkan dengan kadar IQ tertentu dan mampu
berkembang jika digilap dengan cara yang betul. Apabila murid-murid daripada
kedua-dua kelompok cemerlang dan kurang cemerlang diletakkan dalam satu kelas
yang sama, mereka akan saling membantu bagi meningkatkan pencapaian
akademik masing-masing. Justeru, pemansuhan dasar pengasingan kelas bakal
mewujudkan suatu persaingan yang sihat dalam suatu kelompok yang tidak
dikelaskan berdasarkan pencapaian akademik semata-mata.
Sebagai contoh, sistem pendidikan yang dilaksanakan di Finland dan Kanada.
Finland menawarkan sistem pendidikan khas yang memberikan sokongan tambahan
kepada pelajar dan pada masa yang sama mengekalkan pelajar ini dalam kelas
bercampur. Begitu juga Kanada yang menawarkan kelas bercampur dengan
keperluan khas, tetapi dalam waktu yang sama menawarkan sokongan kepada
pelajar cemerlang dalam akademik. (Berita Harian, 16 Mac 2021)
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/796635/mansuh-pengasingan-kelas-wajar-
dikekalkan
Sumber: BERNAMA
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
CADANGAN PROJEK SMART SBB DITOLAK OLEH MADA Usaha kerajaan untuk menyerahkan
kawasan tanaman padi seluas lebih
100,000 hektar untuk projek Program
Smart Sawah Berskala Besar (SMART
SBB) telah ditolak oleh para petani dalam
kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (MADA). Penolakan tersebut
berlaku lebih daripada 95 peratus
disebabkan majoriti petani yakin dapat
meningkatkan hasil tanaman padi
kawasan mereka walaupun tanpa
pelaksanaan program tersebut.
Tambahan lagi, para petani juga mempercayai hasil bimbingan daripada MADA
yang mempunyai pegawai berpengalaman. Sehubungan itu, mereka mampu
meningkatkan hasil pertanian dengan sistem pengairan yang lengkap. Walau
bagaimanapun, harapan mereka sistem pengairan dan kualiti benih padi sedia ada
perlu ditambah baik dari semasa ke semasa (Utusan Malaysia, 24 Mac 2021).
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/petani-mada-tolak-smart-sbb/
KERAJAAN RANGKA LIMA STRATEGI JAGA SUMBER AIR Kerajaan telah merangka lima strategi dalam memastikan sumber air dapat
dipelihara dengan baik, bersih dan terpelihara untuk generasi akan datang. Strategi
pertama yang dirangka adalah menjaga kelestarian sumber air daripada sebarang
pencemaran. Sebelum air sisa dilepaskan ke sungai, air sisa tersebut perlu dirawat
terlebih dahulu agar sungai tidak tercemar. Strategi kedua, mendekatkan dan
menggerakkan komuniti setempat dengan menerusi pelaksanaan program Denai
Sungai Kebangsaan (DSK). Seterusnya, mengindahkan tebing sungai merupakan
strategi ketiga melalui aktiviti gotong-royong penanaman pokok dan mengutip
sampah demi menyemarakkan semangat kebertanggungjawaban bersama.
Manakala, strategi keempat adalah menjimatkan penggunaan air dalam kehidupan
seharian masyarakat melalui penggunaan produk cekap air dan pengurangan
penggunaan air perkapita bagi penduduk Malaysia. Akhir sekali, aktiviti ekonomi
ditingkatkan melalui aktiviti nature based seperti river eco-tourism. Kerajaan
berharap dengan kelima-lima strategi ini dapat memastikan negara kita terus
mendapat sumber air yang bersih untuk masa yang panjang. Kerajaan juga
berharap agar rakyat dapat memberi kerjasama dapat memastikan kelestarian air
bersih sekali gus standing dengan sektor tenaga (Utusan Malaysia, 27 Mac 2021).
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/transformasi-sektor-air-wst-2040/
(Sumber: Astro Awani)
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
MALAYSIA BOLEH EKSPORT SAWIT MERAH KE CHINA
Malaysia dibolehkan untuk mengeksport
minyak sawit merah ke China berikutan
selepas pelaksanaan Kumpulan Piawaian
China Bagi Minyak Sawit Merah.
Pengumuman ini akan membolehkan
pengimportan minyak sawit merah tanpa
sekatan berkuatkuasa 1 Mac lalu dengan
mengikut kepada spesifikasi dalam
piawaian berkenaan.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir menjelaskan bahawa
Kumpulan Piawaian China Bagi Minyak Sawit Merah merupakan hasil keputusan
sepakat dalam perbincangan antara MPOB dengan pihak China yang membolehkan
minyak sawit merah dibawa masuk ke negara berkenaan (Kosmo, 30 Mac 2021).
https://www.kosmo.com.my/2021/03/30/peluang-eksport-minyak-sawit-merah-ke-china/
(Sumber: Utusan Malaysia)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
UNDANG-UNDANG
PLURALISME UNDANG-
UNDANG DI SABAH
DAN KESANNYA
TERHADAP ORANG
ISLAM Keterlibatan anak negeri dan
orang Islam di Sabah yang
tertakluk dalam pluralisme
sistem perundangan di Sabah
yang mengakibatkan pertindihan
di antara tiga sistem
perundangan yang berbeza.
Tiga sistem perundangan plural
tersebut ialah sistem kehakiman
sivil, kehakiman shariah dan kehakiman adat. Pertindihan di antara tiga sistem
perundangan ini mencetuskan senario yang pelbagai rentetan pertembungan
peruntukan dan tiada garis panduan yang jelas untuk menangani isu pertindihan
tersebut. Penelitian fail kes dan temubual yang dilaksanakan di tiga buah Mahkamah
Anak Negeri berjaya menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu orang
Islam di Sabah yang terkesan dalam dengan elemen pluralisme undang-undang di
Sabah.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi, pertindihan ini menatijahkan senario yang
memberi kesan positif dan juga negatif. Antara kesan positifnya ialah, peluang
mendapat ganti rugi dan alternatif terbaik dalam kes yang melibatkan orang bukan
Islam. Antara isu yang timbul dalam kalangan penganut agama Islam di Sabah,
kesan daripada pluralisme sistem perundangan di Sabah ini ialah, bentuk pampasan
yang dikenali sebagai sogit yang diperuntukan dalam Kaedah Mahkamah Anak
Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri Sabah) 1995 sekiranya berlaku
pelanggaran ada. Antara sogit yang ada Ialah sogit “kepanasan kampung”. Jadi,
sejauhmanakah orang Islam dikenakan sogit kepanasan kampung di Mahkamah
Anak Negeri dan apakah hukum sogit kepanasan kampung tersebut mengikut
hukum syarak?
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/12785/6566
4 M a c – 3 1 M a c 2 0 2 1 | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
UNDI 18, PENGASINGAN PROSES DAN PENDAFTARAN
AUTOMATIK
Pada 31 Mac 2021, pihak
Kementerian Belia Dan Sukan
(KBS), melalui menterinya, Menteri
Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal
Merican Naina Merican telah
mengemukakan cadangan kepada
pihak Kabinet, agar mengasingkan
proses hak mengundi kepada
mereka yang berumur 18 tahun dan
keatas serta pendaftaran pemilih
secara automatik.
YB Menteri amat berharap agar
pihak Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR), dapat melaksanakan gagasan yang
dihasratkan ini dengan memanfaatkan segala ruang dan peluang dengan
menggunakan apa jua formula yang ada. Perkara ini Ialah rentetan daripada Rang
Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang diluluskan di Dewan Rakyat
pada 16 Julai 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun,
pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon layak bertanding
pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Berikutan daripada itu, pihak
Menteri di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), telah mengutuskan surat kepada
pihak SPR dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berhubung cadangannya itu.
Meskipun begitu, menurut laporan daripada Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani
Salleh, pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun,
dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 Sept 2022. Rentetan daripada
kenyataan itu, pertikaian dalam kalangan pelbagai pihak tercetus serta
penangguhan itu dilihat sebagai suatu yang tidak munasabah.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kbs-kemuka-cadangan-asing-proses-undi18-
pendaftaran-automatik-di-kabinet-291115
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
APLIKASI HISBAH SERTA KONSEPNYA DALAM
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MORAL ISLAM DI
MALAYSIA Bermula hujung 90-an, hampir kesemua negeri di Malaysia menerima pakai
Penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang terkandung di
dalamnya peruntukan berkaitan kesalahan moral. Walaupun begitu, keabsahan
pendekatan undang-undang ini dari perspektif syarak, seringkali dipertikaikan,
dikritik dan dipersoalkan khususnya dari sudut penguatkuasaannya, meskipun usia
enakmen ini Sudah menjangkau lebih dua dekad. Dapatan kajian kualitatif
berteraskan analisis dokumen membuktikan, bahawa secara dasarnya
penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral dalam konteks Malaysia menepati
konsep hisbah. Adapun begitu, isu yang timbul ialah terdapat beberapa masalah
yang dikenal pasti dan memerlukan usaha penambahbaikan. Antara isu yang sering
timbul adalah isu ketidakseragaman peruntukan dan hukuman antara setiap negeri,
bentuk hukuman yang tidak memenuhi kehendak syarak serta dakwaan
pelanggaran kod etika pegawai penguatkuasa agama ketika melakukan operasi
cegah maksiat.
Antara kesalahan moral yang mempunyai konsep hisbah, serta dimasukkan di
bahagian kesalahan berkiatan ketatsusilaan ialah seperti, perbuatan sumbang
mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan di luar nikah, liwat, musahaqah, orang
lelaki yang berlagak seperti orang perempuan dan perbuatan yang tidak sopan di
tempat awam. Di samping itu, kesalahan berjudi dan minum minuman yang
memabukkan juga termasuk di bawah kesalahan berkaitan moral berkaitan
kesalahan berhubung kesucian agama Islam dan institusinya.
https://www.bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/187/165