R rahman1

11
PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN Abd. Rahman Yaacob Ros Aini Ibrahim Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan dengan stress telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16). Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress di kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik menyarankan kepada pelajar agar membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah kaki ke IPT kerana bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar. Kata kunci : Rakan, persekitaran, tugasan, jadual, bahasa. 1.1 PENGENALAN Stress telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar IPT pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di IPT (Towbes & Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada di IPT. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan stress yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau stress yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stress di kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor - faktor penyebab stress pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini

Transcript of R rahman1

Page 1: R rahman1

PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Abd. Rahman Yaacob

Ros Aini Ibrahim Majdi @ Abd Hadi Ishak

Rashdan Rashid

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan dengan stress telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16). Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress di kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik menyarankan kepada pelajar agar membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah kaki ke IPT kerana bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar. Kata kunci : Rakan, persekitaran, tugasan, jadual, bahasa. 1.1 PENGENALAN Stress telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar IPT pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di IPT (Towbes & Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada di IPT. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan stress yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.

Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau stress yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stress di kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor - faktor penyebab stress pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini

Page 2: R rahman1

dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyebab stress, tahap stress serta strategi pengurusan stress yang boleh digunakan oleh pelajar dalam kehidupan mereka di IPT ini. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Kajian ini juga memfokus kepada rakan sebaya, iaitu bagaimana rakan sebaya boleh menjadi punca kepada stress di kalangan pelajar PTSS. Rakan sebaya adalah sekumpulan individu yang mempunyai status dan umur yang sama dengan mangsa stress. Apabila mereka selalu bersama tidak kira di dalam kelas mahupun di luar, rakan sebaya akan terdorong menjadi punca terjadinya stress di kalangan pelajar PTSS. Faktor persekitaran lebih memfokuskan kepada persekitaran bilik kuliah. Suasana bilik kuliah juga mempengaruhi punca stress di kalangan pelajar PTSS. Persekitaran akan mempengaruhi tahap keselesaan pelajar untuk belajar dengan selesa dan lebih baik di dalam kelas. Dengan keadaan kelas yang selesa dan baik, ia akan mendorong kepada tahap kepuasan pelajar tersebut. Kajian mengenai penggunaan Bahasa Inggeris membawa stress kepada pelajar PTSS. Ini adalah disebabkan kurangnya sifat keyakinan yang ada dalam diri pelajar. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri untuk berkomunikasi dan juga bertukar pendapat dengan menggunakan Bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa ibunda mereka (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006).

Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar menghadapi stress di tempat belajar. Kajian mengenai bebanan tugasan membawa stress kepada pelajar PTSS kerana tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. Tugasan yang terlalu banyak untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan pelajar menghadapi masalah kesuntukan masa untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkan stress. Kelima-lima faktor ini diambil sebagai skop kajian dan faktor-faktor yang diambil juga berkait rapat dengan kehidupan pelajar di PTSS ini.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stress di kalangan pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, Omizo dan Suzuki (1988), Omardin (1999), Ooi (2002), Farah Asnida (2004), Nor Hashimah (2004) dan Suraini (2005). Namun begitu tiada siapa pun pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi punca stress di kalangan pelajar. Selain itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu penggunaan Bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh dilakukan dalam menangani masalah stress di kalangan pelajar PTSS.

Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan stress mental yang dihadapi.

Page 3: R rahman1

1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi stress kepada pelajar PTSS iaitu :

1.4.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan pelajar. 1.4.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas menjadi punca stress di

kalangan pelajar.

1.4.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadi punca stress di kalangan pelajar.

1.5 Kerangka Konsep

Rajah 1.5.1: Kerangka kerja kajian. 2.1 ULASAN KARYA Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan stress. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang diberi pendedahan yang terperinci adalah seperti rakan sebaya, bebanan tugas, persekitaran (bilik kuliah), jadual waktu pelajar dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.1.1 Bebanan tugasan

Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi punca stress kepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan

Rakan sebaya

Bebanan tugas

Persekitaran (Bilik kuliah)

Jadual waktu perkuliahan

Penggunaan Bahasa Inggeris

Punca stress di kalangan pelajar

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Hasil kajian

Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar

Page 4: R rahman1

Atkinson (1998). Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait.

Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh mengakibatkan stress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Mastura (2007). Selain itu, arahan tugasan kuliah yang kurang jelas, kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama juga merupakan penyebab stress di kalangan pelajar. Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stress dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stress seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik.

Teori stress menghuraikan hubungan antara prestasi pelajar dengan tuntutan yang dialaminya (Dunham, 1992). Beliau menyatakan bahawa tugasan tanpa sebarang tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu, tuntutan tugasan yang meningkat akan dikira sebagai merangsangkan dan energising. Namun begitu, jika tuntutan-tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk bertindakbalas terhadapnya, ini akan mewujudkan tahap stress yang tinggi, tahap concentration yang lemah dan kurang berkesan dalam kerjanya.

2.1.2 Rakan sebaya Faktor stress daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin (1999) menjelaskan, terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah:

a. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan rasional.

b. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang.

c. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.

d. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.

Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang berada di sekeliling setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua, kebarangkalian pelajar-pelajar dari kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai halangan dan stress.

Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam bilik kuliah, bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh

Page 5: R rahman1

situasi yang boleh menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan

2.1.3 Persekitaran (Bilik kuliah)

Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.

Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor akademik.

Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap pensyarah dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan pensyarah haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin untuk menambahbaik daya tarikan bilik kuliah tersebut.

2.1.4 Jadual waktu pelajar Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani (1991) menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti memberi stress kerja kepada pelajar.

Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja kuliah yang banyak, aktiviti harian kolej yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkan stress pada kebanyakan pelajar.

2.1.5 Penggunaan Bahasa Inggeris Isu kurang penguasaan Bahasa Inggeris ini juga turut menambahkan stress dalam kalangan pelajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mantan Menteri Pengajian Tinggi, YB. Datuk Mustapa Mohamed pernah menyatakan bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih kurang memuaskan (Berita Harian, 2007). Hampir 30 peratus daripada 132,000 pelajar Kolej Komuniti, Politeknik dan universiti awam hanya dapat menguasai Tahap 1 dan 2 Ujian Inggeris Universiti

Page 6: R rahman1

Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian berkenaan. Sebahagian besar pelajar atau 43.3 peratus pula menguasai Tahap 3 dan 21.0 peratus lagi Tahap 4. Berdasarkan kajian awal oleh Kementerian Pengajian Tinggi tahun lalu, 5.7 peratus pelajar menguasai Tahap 1 dan 23 peratus Tahap 2, 5.1 peratus mencapai Tahap 5, manakala 1.9 peratus saja menguasai Tahap 6.

Kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar untuk belajar dalam Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar mengalami stress yang tinggi. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian beliau, iaitu 75 peratus pelajar tidak setuju dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, 77 peratus bersetuju bahawa Bahasa Melayu mampu menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, 71 peratus meminati sains dan matematik kerana diajar dalam Bahasa Melayu dan 70 peratus responden yakin akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajar dalam Bahasa Melayu. Menurut kajian Farahasnida (2004), kesan pengajaran dalam bahasa Inggeris menjadi punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

3.1 METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik yang dibuat adalah lebih mudah untuk dirumuskan serta membuat keputusan tentang kajian ini. Maklumat juga boleh diperolehi dari data sekunder pengkajian yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain mungkin untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji.

Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas pelajar-pelajar di PTSS untuk menyelidik faktor-faktor luaran yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. 3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Dalam menentukan populasi yang dikaji, pelajar PTSS telah dipilih sebagai populasi iaitu seramai 4,333 orang yang terdiri daripada beberapa jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Berdasarkan jadual saiz sampel yang di kemukakan oleh Krejeie dan Morgan (1970), dari saiz populasi tersebut hanya 358 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Saiz minimum sampel yang diperlukan ialah 358 orang pelajar. Oleh itu pengkaji telah memutuskan untuk mengambil sampel sebanyak 358 orang sahaja.

Page 7: R rahman1

3.3 INSTRUMEN KAJIAN Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden yang mempunyai item-item seperti jantina, bangsa, umur, program pengajian, jabatan responden. Dalam bahagian B, mengukur hubungan jadual waktu pelajar, persekitaran (bilik kuliah), rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar-pelajar PTSS dengan menggunakan format jawapan skala Likert.

3.4 ANALISIS DATA

Semua data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 16 untuk menganalisa data yang diperolehi. Prosedur analisis data menurut Sekaran (2003), analisis skor min sesuai digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang dikaji.

4.1 KEPUTUSAN KAJIAN Berdasarkan jadual 4.1.1, dapatan kajian menunjukkan faktor bagi bebanan tugas mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.13 dan ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut. Diikuti dengan faktor persekitaran (bilik kuliah) di mana nilai min adalah 4.07 dan faktor jadual waktu pelajar dengan nilai min sebanyak 4.04. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan kedua-dua faktor ini. Selain itu, nilai min bagi faktor rakan sebaya adalah sebanyak 4.00. Ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan faktor ini. Hasil kajian menunjukkan faktor penggunaan Bahasa Inggeris mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 3.74 tetapi ia juga menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut.

Jadual 4.1.1: Menunjukkan min keseluruhan untuk setiap faktor stress.

Bil Faktor-faktor stress Min keseluruhan Tafsiran

1. Rakan Sebaya 4.00 Setuju

2. Bebanan Tugas 4.13 Setuju

3. Penggunaan Bahasa Inggeris 3.74 Setuju

4. Persekitaran (Bilik Kuliah) 4.07 Setuju

5. Jadual Waktu Pelajar 4.04 Setuju

5.1 PERBINCANGAN

5.1.1 Faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS

Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.00. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.

Page 8: R rahman1

Masa remaja merupakan masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak terhad dalam lingkungan kekeluargaan semata-mata. Berbeza dengan alam kanak-kanak, remaja mula mengalihkan perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi sesetengah remaja, mereka lebih mempercayai rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada remaja dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri. Keinginan sedemikian menjadi satu stress apabila ia tidak dapat dipenuhi seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Omizo, Omizo dan Suzuki (1988).

Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam bilik kuliah bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh situasi yang boleh menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan.

5.1.2 Faktor bebanan tugas mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS

Objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenalpasti faktor bebanan tugas mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.13. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.

Faktor bebanan tugas ini diakui menunjukkan bahawa tugasan yang terlalu banyak merupakan salah satu punca stress pelajar. Selain daripada tugasan, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Abdullah (2003). Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait. Namun tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja.

5.1.3 Faktor persekitaran mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS

Objektif kajian yang ketiga iaitu untuk mengenalpasti faktor persekitaran mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.07. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.

Page 9: R rahman1

Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor akademik.

5.1.4 Penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS

Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti faktor berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Hasil dapatan dari purata min ialah 3.75 dan menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut kajian Farah Asnida (2004) Kesan pengajaran dalam Bahasa Inggeris menjadi punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian beliau juga mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

5.2 KESIMPULAN Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang pertama iaitu rakan sebaya merupakan faktor yang penting terhadap stress di kalangan pelajar, rakan sebaya juga mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada para pelajar dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri. Faktor seterusnya ialah faktor bebanan tugas yang memberikan stress di kalangan pelajar. Bebanan tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikan stress kepada pelajar. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak dan arahan tugasan yang kurang jelas menyukarkan mereka untuk memahami kehendak soalan. Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal politeknik. Untuk faktor keempat, iaitu jadual perkuliahan, kebanyakan pelajar akan berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Faktor terakhir iaitu penggunaan Bahasa Inggeris ketika dalam proses pembelajaran, ini kerana kebanyakan pelajar kurang memahami Bahasa Inggeris dan mengambil masa untuk memahami isi setiap pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh pensyarah. Pelajar akan mengalami stress yang tinggi kerana ketidaksediaan pelajar untuk menerima Bahasa Inggeris.

Page 10: R rahman1

5.3 CADANGAN Berdasarkan perbincangan dan analisis dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor luaran mempengaruhi sepenuhnya stress di kalangan pelajar PTSS. Cadangan kepada pengkaji akan datang untuk memperbanyakkan lagi jumlah responden supaya dapat meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan terhadap kajian ini supaya ia diterima umum dan hasil dapatan yang menyeluruh. Selain itu, kajian bukan sahaja tertumpu kepada pelajar-pelajar PTSS tetapi diluaskan kepada pelajar dari institut pengajian lain supaya dapat mengetahui tahap stress di semua IPT di Malaysia. Menumpukan lebih banyak faktor-faktor luaran yang lain pada masa akan datang yang bersesuaian supaya kajian ini lebih besar dengan menggunakan skop yang lebih meluas. Cadangan kepada pihak pengurusan PTSS pula, pihak pengurusan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap komen atau ketidakpuasan hati pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar supaya stress dapat dikurangkan. Pihak PTSS juga perlulah sentiasa peka dengan persekitaran bilik kuliah untuk memastikan pelajar selesa dan mudah menerima pengajaran ketika dalam sesi perkuliahan. Pihak pengurusan PTSS juga haruslah menyusun atur jadual perkuliahan dengan baik dan mengikut masa yang sesuai, supaya ia tidak terlalu padat atau bertindih dengan kursus lain. RUJUKAN Abdullah Deraman. (2003). Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang,

Selangor Darul Ehsan. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Atkinson, J.M. (1988). Coping with stress at work. London: Thorson Publishers Ltd. Bojuwoye, O. (2002). Stressful experience of first year students of selected universities in

South Africa. Counseling Psychology Quarterly, 15(3), 277-290. Campbell, R.L., & Svenson, L.W. (1992). Perceived level of stress among university

undergraduate students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75, 552-554. Dunham, J. (1992). Stress in teaching. (2nd. ed.). London: Routledge. Ellis, A., (2002). Overcoming resistance: A rational emotive behaviour therapy integrated

approach ( 2nd ed.). New York: Springer Publishing Company. Farah Asnida Che Shariff (2004). Persepsi guru terhadap pengajaran sains dan matematik

dalam Bahasa Inggeris. (Projek Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, & Meor Ibrahim Kamaruddin (2006, September). Masalah

pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 luar bandar. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Tahunan Pendidikan Guru, Kota Kinabalu, Sabah.

Krejcie, R.Y., & Morgan D. R. (1970). Determining sample size for research activities educational & psychological measurement. Journal of Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.

Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik. (2007, November 02). Berita Harian, p.3. Mastura Mahfar (2007). Analisis faktor penyebab stress dikalangan pelajar. Universiti

Teknologi Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin. (2004).Pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

di kalangan pelajar dan guru. (Projek Penyelidikan II/10/2003). Persatuan Linguistik Malaysia / ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Omizo, M.M., Omizo, S.A., & Suzuki, L.A. (1998). Children and stress: An exploratory study of

stressors and symptoms. The School Counselor 35(4), 267-273.

Page 11: R rahman1

Ooi, Y.P. (2002). Stress and anxiety among engineering students and non-engineering students at UTM. (Tesis sarjana). Universiti Teknologi Malaysia.

Riggio, E.R., (2003). Introduction to industrial/organizational psychology (4th. ed.). New Jersey: Prentice-Hall.

Romano, J.L. (1992). Psychoeducational interventions for stress management and well-being. Journal of Counselling & Development, 71, 199-202.

Siti Rohani Md. Sharif. (1991). Pengaruh faktor sekolah ke atas tekanan guru. (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Suriani Abdul Hamid, & Suraini Mohd Rhouse. (2005). Punca tekanan pelajar di universiti: Satu perbandingan antara gender. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai – 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Towbes, L.C., & Cohen, L.H. (1996). Chronic stress in the lives of college students: Scale development and perspective prediction of distress. Journal of Youth & Adolescence,

25, 199-217. Uma Sekaran (2003). Research methods for business: A skill building approach. New York:

John Wiley & Sons.

Abd. Rahman Yaacob, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: [email protected] Ros Aini Ibrahim, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: [email protected] Majdi @ Abdul Hadi Ishak, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: [email protected] Rashdan Rashid, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: [email protected]