R1001 Unit 3

24
R1001 / UNIT 3/ 1 PENCEGAHAN KEBAKARAN Objektif am : Mengetahui konsep asas kebakaran Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menerangkan bagaimana api terhasil membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan menggunakan alat memadam api kecil permulaan menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan. UNIT 3 OBJEKTIF PENCEGAHAN KEBAKARAN

description

R1001 - Polibriged

Transcript of R1001 Unit 3

Page 1: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 1 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Objektif am :

• Mengetahui konsep asas kebakaran

• Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan

• Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Ø menerangkan bagaimana api terhasil

Ø membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan

Ø menggunakan alat memadam api kecil permulaan

Ø menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan.

UNIT 3

OBJEKTIF

PENCEGAHAN KEBAKARAN

Page 2: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 2 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.1 PENGENALAN KEBAKARAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-

kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan

harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan

menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.

3.1.1 Definisi pencegahan kebakaran

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi

mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi

mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada

peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.

3.2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API

3.2.1 Asas kebakaran kimia

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang

bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan

minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi

untuk menghasilkan api atau nyalaan.

INPUT

Page 3: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 3 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.2.2 Cara memadam kebakaran

Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur

iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda

perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.

Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan

dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya

bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke

tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan

mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

a. Melaparkan.

Ini dilakukan dengan:

i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.

ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya

mudah dipadamkan.

API

OKSIGEN HABA

BAHAN

Rajah 1: Segitiga api

Page 4: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 4 PENCEGAHAN KEBAKARAN

b. Melemaskan.

Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara

menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat

membantu kebakaran.

c. Menyejukkan.

Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan

haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran

sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan

akan terpadam.

d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.

Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan

alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

3.2.3 Cara api merebak

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan

kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a. Olakan haba.

Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-

gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini

biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun

rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana

kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan

mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang

mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai

ke suhu pembakaran.

Page 5: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 5 PENCEGAHAN KEBAKARAN

c. Pengaliran.

Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi

boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila

sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen

pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat

ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu

dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di

sekitarnya terbakar dengan sendirinya.

d. Bahangan.

Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar

kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh

menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan

kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak

bersentuhan.

e. Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api

merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah

merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

3.2.4 Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang

menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana

ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk

memadamkan kebakaran tersebut.

Page 6: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 6 PENCEGAHAN KEBAKARAN

KELAS

API CONTOH

ALAT PEMADAM API

PERMULAAN

A JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk,

kain

ABC(Serbuk Kering)

Air

Buih

B

JENIS CECAIR - minyak, gasolin,

alkohol

ABC

Buih

CO2

Air Semburan

Halon

C JENIS GAS - acetylene, ammonia,

butane

ABC

Air Semburan

Halon (BCF)

D JENIS LOGAM - aluminium, kalsium,

magnesium ABC

Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

A B C D

Page 7: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 7 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.2.5 Alat pemadam api permulaan

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua

yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak

direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia

adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran.

Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api

dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan

banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat

pemadamnya berwarna biru muda.

Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan (Fire Extinguishers)

Page 8: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 8 PENCEGAHAN KEBAKARAN

JENIS WARNA JARAK

PANCUTAN

MASA

KESELURUHAN

PANCUTAN

CATATAN

AIR

MERAH

4 meter 120 saat Tidak sesuai

jenis B , E

BUIH KUNING

LANGSAT 6 meter 30 - 90 saat

Boleh beku.

Tidak sesuai

jenis E

CO2

HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan

DEBU

KERING

BIRU MUDA

3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah

berdasarkan singkatan perkataan PASS

P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api

A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)

S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang

S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter

sehingga api padam.

Page 9: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 9 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda

yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa.

Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang

menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya

terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:

i. Pembuangan puntung rokok atau mancis api

ii. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.

iii. ‘overloading’ kepada litar letrik plug atau soket.

iv. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.

v. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk

jentera dan peralatan letrik.

Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api

Page 10: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 10 PENCEGAHAN KEBAKARAN

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

3.1 Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api

3.2 Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.

3.3 Senaraikan tiga kaedah api merebak.

3.4 Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.

3.5 Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan

i. ranting-ranting kayu.

ii. Tumpuhan minyak tanah di kedai

Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai

digunakan.

AKTIVITI 1a

Page 11: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 11 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Jawapan :

3.1 Udara haba dan bahan

3.2 Melaparkan, melemaskan dan menyejukan

3.3 Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.

3.4 Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain

Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan

alkohol.

Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane dan

acetylene.

Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan

magnesium.

3.5 Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.

Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.

MAKLUMBALAS 1a

Page 12: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 12 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti

diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal

bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada

merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )

3.4.1 Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di

tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah

keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi

sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :

i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan

diri (mean of escape).

ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.

iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan

iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala

v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan

vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi

vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang

bagus.

viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara

berkala.

INPUT

Page 13: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 13 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.4.2 Kelengkapan amaran kebakaran

Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran

kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik

dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau

premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran

kebakaran.

i. Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara

memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai.

Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik

dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada

kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.

ii. Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan

mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau

suhu tertentu diperingkat awal kebakaran

iii. Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia

juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila

mengesan sejumlah asap yang tertentu.

3.4.3 Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang

dikategorikan kepada 2 jenis;

i. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang

tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara

manual atau automatik

Page 14: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 14 PENCEGAHAN KEBAKARAN

ii. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat

pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api

dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,

menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat

menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan

kebakaran

Perlindungan aktif.

i. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal

kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang

bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini

dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara

automatik.

ii. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur

iaitu Pancur basah dan Pancur kering

iii. Sistem pili bomba (hyderant)

iv. Sistem salur Bantu mula (hosereel)

v. Sistem gas CO2.

vi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.

ii. Koridor terlindung

iii. Pintu rintangan api

iv. Ruang akses menentang kebakaran

v. Lif Bomba

Page 15: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 15 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.4.4 “Housekeeping”

Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran

daripada berlaku.

Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:

i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan

sempurna.

ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.

iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.

iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak

terhalang.

v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.

vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.

vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.

viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

3.4.5 Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran

Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan

yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi,

intitusi pengajian dan sebagainya.

Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat

untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan

kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang

terperangkap dalam kebakaran.

Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau

serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan

tidak terkawal.

Page 16: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 16 PENCEGAHAN KEBAKARAN

3.4.6 Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik

Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan

ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam

keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari

anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan

ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan

harian di tempat bekerja seperti berikut:

i. tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.

ii. alat-alat pemadam api.

iii. struktur bangunan

iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.

v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.

vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.

vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan.

3.4.7 Pelan kontigensi

Melepaskan diri dari bangunan terbakar

i. Tutup mulut dan hidung dengan kain basah

ii. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah

hingga jumpa pintu

iii. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam

tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh

sesuatu yang tidak pasti atau halangan.

iv. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada

berhampiran lantai.

Page 17: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 17 PENCEGAHAN KEBAKARAN

v. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang

agak kuat)

vi. Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan

vii. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun.

viii. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali

ix. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk

mengurangkan asap

x. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa

diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan

diri di atas lantai.

3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN

1. Tujuan latihan pengunsian bangunan.

i. Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.

ii. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas

“Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.

iii. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang

telah dirancang.

iv. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan

dengan cepat dan teratur.

2. Arahan / Latihan.

i. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian

bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah

difahami.

ii. Latihan hendaklah kerap diadakan

iii. Tempat diubah-ubah

iv. Mengetahui jalan keluar

Page 18: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 18 PENCEGAHAN KEBAKARAN

v. Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan

atau kemalangan yang tidak diingini.

vi. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang

yang mempunyai kawasan luas.

3. Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran.

i. Tindakan/isyarat amaran.

Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

ii. Tenaga elektrik.

Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang

tidak perlu.

iii. Memanggil pihak bomba.

Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan

berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil,

no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak

bomba dapat bertindak dengan segera.

iv. Pengunsian bangunan.

Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik

orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas

dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.

v. Pengumpulan.

Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di

papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian

bangunan.

vi. Berbaris (Roll Call)

Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba

Page 19: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 19 PENCEGAHAN KEBAKARAN

4. Kekerapan melakukan latihan.

Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran,

kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar

penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang

bertanggungjawab.

Page 20: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 20 PENCEGAHAN KEBAKARAN

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

3.6 Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat

di sebuah bangunan.

3.7 Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan

dengan situasi kebakaran di dalam sebuah bangunan tempat anda belajar.

AKTIVITI 1b

Page 21: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 21 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Jawapan :

3.6 Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba.

Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan sprinkler

dan pemasangan pancur.

3.7 Tindakan yang perlu dilakukan adalah:

a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api diperingkat awal

kebakaran.

b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut:

- Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan kacanya.

- telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis kebakaran,

lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada pihak

bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda sekiranya

anda tidak menggunakan telefon awam.

- lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan semua

penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.

MAKLUMBALAS 1b

Page 22: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 22 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian

kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah

anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

Soalan

1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk

kenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan

kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang

sesuai.

2. Anda seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu

latihan kebakaran di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.

PENILAIAN KENDIRI

Page 23: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 23 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Adakah anda telah mencuba dahulu ???

Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jenis CO 2

2. Tindakkan yang perlu anda ambil adalah

i. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika berlaku

kebakaran.

ii. Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja semasa

kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan yang perlu

mereka lalui semasa kebakaran dan terus menuju ke tempat

perhimpunan.

i. Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papan-papan

kenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya semua pekerja

dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah terang, ringkas dan jelas

serta mudah di fahami.

ii. Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan untuk

menjalankan tugas latihan/semasa kebakaran.

iii. Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluan

kecemasan dan tempat perhimpunan semasa latihan/kebakaran.

iv. Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik mengenai

tugas-tugas mereka semasa latihan atau kebakaran terutamanya

tugas:

MAKLUMBALAS

Page 24: R1001 Unit 3

R1001 / UNIT 3/ 24 PENCEGAHAN KEBAKARAN

a. Memberi isyarat kecemasan

b. Memastikan suiz utama ditutup

c. Memastikan semua pekerja telah keluar dengan memeriksa

bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan bilik air

d. Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call) membaca

nama setiap pekerja.