RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan...
-
Upload
vuongkhanh -
Category
Documents
-
view
238 -
download
0
Transcript of RAHIZAH BINTI ZAHARI - fp.utm.my · kajian aplikasi ergonomik terhadap pelajar ketika melakukan...
KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA
MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG
RAHIZAH BINTI ZAHARI
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN:
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi
pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG FAKULTI PENDIDIKAN UTM
2007/2008
RAHIZAH BINTI ZAHARI
√
( √ )
EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID NO. 16 JLN BINA 7, TAMAN PT RAJA, 86400 BATU PAHAT JOHOR.
29 APRIL 2008 29 APRIL 2008
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karja ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID
Tarikh : 29 APRIL 2008
KAJIAN APLIKASI ERGONOMIK TERHADAP PELAJAR KETIKA
MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PKPG
FAKULTI PENDIDIKAN
RAHIZAH BINTI ZAHARI
Laporan projek ini telah dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : RAHIZAH BINTI ZAHARI
Tarikh : 29 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buat Nenda tercinta,
Hajah Esah binti Haji Yusof
Jasamu kan ku kenang sepanjang hayat
Kerana menjaga dan mendidikku sehingga kini
Buat ayah dan ibuku,
Zahari bin Abdul Samat
& Misnah binti Idris
Ku menyanjungimu... tanpa doa kalian ku tidak setabah ini
Demi mengharungi liku-liku semasa pengajianku
Buat keluarga tersayang,
Suamiku.. Kamaruddin bin Kamdani
Anak-anakku.. Marsya Maisarah & 'Aqil Waqiuddin
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
Pengorbanan kalian mama amat hargai
Teristimewa juga,
Adik beradik, keluarga mentua dan rakan-rakan seperjuangan,
Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya.
iv
Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tulus ikhlas
ditujukan khas kepada En. Mohd Rizal bin Mohd Said selaku pensyarah pembimbing
kajian ini di atas segala ajaran, bimbingan, teguran dan nasihat beliau sepanjang
melaksana dan menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat sebagai
responden kajian ini kerana tanpa kerjasama yang tidak berbelah bahagi semasa
menjawab soal selidik yang diberikan maka hasil kajian ini tidak dapat
disempurnakan. Seterusnya kepada rakan-rakan sekelas khususny di atas bantuan,
tunjuk ajar dan dorongan serta sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan
projek ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu sama ada
secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini. Semoga keikhlasan yang
diberikan mendapat keberkatan dariNya.
v
ABSTRAK
Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud
kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International
Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia
berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.
Kajian ini dijalankan bagi meninjau aplikasi ergonomik terhadap keselamatan pelajar
ketika mereka melakukan kerja amali di bengkel. Kaedah yang digunakan adalah
berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek
ergonomik daripada pandangan pelajar semasa mereka melakukan kerja. Seramai 90
orang responden terlibat secara langsung terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir 4
SPH PKPG yang sentiasa menggunakan bengkel di N30 untuk melakukan kerja-kerja
amali. Kesemua data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package For Social Science) for Windows version 14.0 untuk mendapatkan nilai
kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ergonomik
terhadap keselamatan pelajar ketika melakukan kerja amali di bengkel secara
keseluruhan adalah tinggi. Berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan
ergonomik pelajar, kepentingan keselamatan dan keadaan persekitaran di bengkel
mencatatkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi di kalangan
pelajar-pelajar ini bagi meningkatkan keselesaan semasa melakukan kerja-kerja
amali di stesyen kerja seterusnya meningkatkan suasana kerja yang selamat, selesa
dan memberi kepuasan yang maksimum selain mengelakkan sebarang kemungkinan
yang berlaku.
vi
ABSTRACT
Ergonomic originated from Greek word; “ergon” means work while “nomos”
means rules or laws. According to International Labour Organization (ILO),
ergonomic refers to the application of human science biology related with
engineering science between workers and environments. This study was conducted to
observe ergonomic applications in student safety while doing practical in the
workshop. A method of descriptive research was used which using questionnaires to
observe student ergonomic perspective during practical. 90 respondents involved
were Year 4 student in Bachelor of Technology with Education (Living Skill) under
Special Program Teacher Degree Awarded which always use N30 workshop for
practical. All data acquired were process using SPSS (Statistical Package For Social
Science) software to obtain frequency value, min and percentage. The results shows
that ergonomics level of student safety while doing practical in workshop are high.
Based on investigations of three aspects; student ergonomic level, safety importance
and workshop environment; all at the aspects show a higher level although some
aspects in moderate level. This result shows that the awareness among the student is
high in improving their comfort while doing practical work in work station. In other
hand it will improve safety working environment, comfortable and give maximum
satisfaction besides to avoid any possible incident like injured. There are also
proposal included for further investigation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Bengkel 10
1.8.2 Ergonomik 11
1.8.3 Kerja Amali Bengkel 11
1.8.4 Keselamatan 11
1.8.5 Pelajar 12
1.9 Penutup 12
viii
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kepentingan Pengetahuan Ergonomik 13
2.3 Keselamatan Di Dalam Bengkel 16
2.4 Persekitaran Bengkel Yang Selesa 18
2.4.1 Bunyi 20
2.4.2 Udara 21
2.4.3 Cahaya 22
2.5 Penutup 23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 26
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Analisis Data 29
3.8 Penutup 30
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 31
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 33
ix
4.3 Bahagian B – Analisis Aplikasi Ergonomik Terhadap
Pelajar Ketika Melakukan Kerja-kerja Amali di Bengkel
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 33
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 37
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 40
4.4 Analisis Keseluruhan 43
4.5 Penutup 43
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 44
5.2 Rumusan 44
5.2.1 Rumusan Bahagian A: Latar Belakang
Responden 45
5.2.2 Rumusan Bahagian B: Persoalan Kajian 45
5.3 Perbincangan 46
5.3.1 Pengetahuan pelajar tentang ergonomik
semasa menjalankan kerja amali di bengkel. 47
5.3.2 Kepentingan pelajar menyedari tentang
keselamatan semasa menjalani kerja amali
di bengkel. 49
5.3.3 Keadaan persekitaran seperti pencahayaan,
kebisingan dan suhu mempengaruhi pelajar
yang sedang melakukan kerja. 50
5.4 Cadangan 53
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.6 Kesimpulan 54
RUJUKAN 55
Lampiran 60 - 78
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan Kursus yang Ditawarkan oleh NIOSH Cawangan Johor 4
3.2 Item-item soal selidik mengikut persoalan kajian 27
3.3 Skala Pemeringkatan Likert diubahsuai kepada 3 tahap 27
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 30
3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30
4.1 Taburan responden mengikut umur 32
4.2 Taburan responden mengikut jantina 32
4.3 Taburan responden mengikut keturunan. 33
4.4 Data analisis keselesaan dan ergonomik semasa melakukan
kerja amali di stesen kerja. 36
4.5 Data analisis kepentingan pelajar menyedari tentang
keselamatan dan keselesaan bengkel semasa menjalani
amali di bengkel. 37
4.6 Data analisis keadaan persekitaran seperti pencahayaan,
kebisingan dan suhu mempengaruhi pelajar yang sedang
melakukan kerja. 40
4.7 Taburan Min Keseluruhan Bagi Kajian Ergonomik
Terhadap Keselamatan Pelajar Ketika Melakukan
Kerja Amali di bengkel. 43
xi
SENARAI SINGKATAN
C.A.T - Cam, Analisa, Tindak
NIOSH - National Institute of Occupational Safety and Health atau
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PSM - Program Sarjana Muda
PTV - Pendidikan Teknikal dan Vokasional
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Packages For Social Science
UBBL - Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KS - Kurang Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
xii
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
ƒ - Frekuensi
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik 60 - 64
B Pengesahan Pelajar 65
C Pengesahan Item Soal Selidik 66
D Kajian-kajian 67 - 78
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan beberapa perubahan dalam
sistem pendidikan seiring dengan pembangunan sains dan teknologi. Negara
memerlukan tenaga kerja yang seimbang dan fleksibel dalam bidang teknologi bagi
memenuhi keperluan dalam bidang industri negara. Namun begitu, keselamatan dan
keselesaan tenaga kerja ini ketika melakukan kerjanya amat dititikberatkan bagi
mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Ini sejajar dengan tema Hari Sedunia
bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 2006 iaitu Safe Work atau
Kerja Selamat.
Menurut ucapan yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Y.B.
Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn pada Majlis Perasmian Hari Sedunia Bagi
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2006 & Pelancaran VCD Fikir Selamat:
C.A.T menyatakan bahawa tema tersebut merupakan konsep yang luas tentang
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kerja selamat hanya akan tercapai
sekiranya beberapa faktor penting dipraktikkan di tempat kerja dan bebas daripada
bahaya. Langkah ini perlu diperkukuhkan dengan memastikan semua warga kerja
diberi pengetahuan, kemahiran, maklumat dan penyeliaan yang sesuai untuk
melakukan sesuatu kerja atau tugas dengan selamat. Oleh sebab itulah pengetahuan
ergonomik di tempat kerja perlu diterapkan kepada para pekerja atau pelajar yang
melakukan kerjanya agar mereka sentiasa selamat dan selesa semasa bekerja.
2
Menurut Menteri Sumber Manusia lagi, kerajaan turut berusaha untuk
membantu industri atau orang awam supaya lebih faham dengan konsep
mengenalpasti bahaya, mentafsir risiko dan mengambil langkah pencegahan dengan
menerbitkan satu animasi di dalam bentuk cakera padat video yang berjudul Fikir
Selamat: C. A. T. VCD ini menerangkan secara ringkas tentang konsep C. A. T, iaitu
Cam, Analisa dan Tindak. Di mana ia mengambil konsep yang serupa dengan
HIRARC iaitu Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control. Beliau
berasa yakin VCD ini mudah difahami bukan sahaja oleh semua pekerja namun ia
juga sesuai untuk pelajar sekolah sebagai asas persediaan sebelum melangkah ke
dunia pekerjaan. Sejajar dengan itu, konsep ini juga boleh diterapkan kepada
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi khususnya yang mengambil jurusan teknikal
dan kejuruteraan yang melakukan kerja-kerja di bengkel atau makmal.
Sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
individu yang berdisiplin dan berkemahiran supaya dapat menjadi seorang pekerja
yang produktif dan cekap. Keperluan sumber manusia ini merupakan cabaran untuk
meningkatkan dan memajukan bidang teknikal dan vokasional di Malaysia. Bekerja
Selamat merupakan asas dalam menentukan tiada kemudaratan atau kemalangan
yang akan menimpa seseorang pekerja. Oleh yang demikian, bekerja secara selamat
sudah pasti dapat menjanjikan keselesaan dan kesejahteraan di dalam kehidupan
manusia sejagat.
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, mental,
persekitaran, harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya.
Kemalangan-kemalangan di bengkel yang sering terjadi adalah disebabkan oleh dua
faktor utama iaitu faktor manusia dan juga faktor fizikal. Menurut Abdullah Badawi
(2000), Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilancarkan bertujuan
untuk mewujudkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja menjurus kepada
pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” di kalangan masyarakat. Ini
merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menangani masalah keselamatan dalam
industri adalah mengadakan sistem perundangan yang komprehensif dan
merangkumi hampir keseluruhan tempat kerja di negara kita. Perundangan yang
dimaksudkan adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514
yang telah dikuatkuasakan sejak April 1994 lagi.
3
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau National Institute
of Occupational Safety and Health (NIOSH) merupakan sebuah institut yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1 Disember 1992 dan telah menjejakkan kaki di
negeri Johor pada penghujung tahun 2001. Penubuhannnya bermatlamat untuk
menyediakan aktiviti latihan, penyelidikan dan pembangunan serta pengumpulan dan
penyebaran maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam pelbagai industri.
NIOSH di negeri Johor ini akan meningkatkan kesedaran pekerja dan majikan
terhadap isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mengurangkan kadar
kemalangan industri khususnya di negeri ini. Kampus cawangan ini juga menjadi
pusat pengajian tinggi NIOSH di mana kursus bertaraf diploma dan ijazah akan
ditawarkan lengkap dengan makmal-makmal ergonomik terkini untuk
menjadikannya sebagai pusat latihan ergonomik yang tersohor. Ini akan membuka
peluang kepada bukan sahaja anak-anak negeri Johor khususnya, tetapi juga dari
negeri lain untuk menimba ilmu dan mendapatkan ijazah dalam bidang keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.
Menurut ucapan oleh Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B Dato' Haji Abdul
Ghani bin Othman semasa Majlis Pecah Tanah Pembangunan NIOSH Cawangan
Johor pada 13 September 2005 menyatakan bahawa pembinaannya bertepatan
dengan kehendak industri supaya dapat memberikan sumbangan kepada peningkatan
tahap kesedaran pekerja-pekerja terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja dengan latihan-latihan yang disediakan. Ini adalah kampus cawangan
yang pertama dibangunkan oleh kerajaan dengan pembiayaan di bawah Rancangan
Malaysia Ke-lapan. Pertumbuhan dan konsentrasi pelbagai industri di negeri Johor,
terutamanya di persekitaran Johor Bahru amat memerlukan sebuah pusat latihan dan
perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti NIOSH ini. Ia dapat
memberikan perkhidmatan bukan sahaja untuk industri-industri di negeri Johor ini
khususnya tetapi juga untuk wilayah selatan Semenanjung Malaysia ini amnya.
Jadual 1.1 menunjukkan peningkatan bilangan kursus yang ditawarkan oleh
NIOSH cawangan Johor dari tahun 2003 sehingga bulan September 2005. Ini
menunjukkan petanda yang baik tentang peningkatan kesedaran terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja oleh para pekerja industri.
4
Jadual 1.1 : Bilangan Kursus yang Ditawarkan oleh NIOSH Cawangan Johor
Tahun Bilangan Kursus
2003 35
2004 47
2005 66
Sumber: Ucapan Menteri Besar Johor daripada NIOSH Cawangan Johor.
Berdasarkan kenyataan tadi, jelaslah keselamatan amatlah penting
diaplikasikan lebih-lebih lagi semasa melakukan kerja amali di bengkel yang
pastinya terdedah dengan risiko kemalangan. Aspek keselamatan ini hendaklah
sentiasa diingatkan terutamanya sebelum memulakan kerja amali. Cara ini akan
dapat memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan keselamatan pada diri
sendiri dan persekitarannya. Justeru dalam kajian ini, maklumat yang jelas tentang
penerapan ergonomik terhadap amalan keselamatan dalam bengkel akan
dibincangkan untuk menjadi satu panduan pada masa akan datang.
1.2 Latar belakang Masalah
Oleh kerana negara kita memerlukan ahli-ahli teknologi yang mantap, cekap
dan mahir yang mana ianya perlu dipupuk dari peringkat bawahan lagi bermula di
sekolah, institut latihan dan pusat pengajian tinggi. Maka, Kementerian Pendidikan
Malaysia memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan
kejayaan gagasan pembangunan sesebuah negara serta matlamat wawasan 2020
tercapai. Seterusnya, graduan-graduan yang berkelulusan dari institut pengajian
tinggi juga tidak terkecuali berperanan mengaplikasikan apa yang dipelajari bagi
mencapai seruan tersebut.
Universiti Teknologi Malaysia yang diiktiraf sebagai universiti yang bertaraf
dunia dan mampu melahirkan ribuan graduan setiap tahun dalam pelbagai bidang
teknikal haruslah bertindak sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang
boleh memainkan peranan untuk melahirkan generasi akan datang yang peka
terhadap peningkatan yang optimum terhadap apa yang dilakukan. Sehingga kini,
5
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun
1993 turut menawarkan pelbagai program pendidikan perguruan di peringkat Ijazah
Pertama dan Ijazah Lanjutan. Ini termasuklah Program Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan yang beraliran teknikal dan kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam,
Elektrik, Mekanikal dan Kemahiran Hidup. Program pengajian bagi mata pelajaran
pendidikan teknikal dan kejuruteraan mewajibkan untuk mengambil bidang seperti
Lukisan Kejuruteraan, Asas Ketukangan, Keselamatan Bengkel, Amalan
Pertukangan Kayu, Amalan Teknologi Elektronik, Amalan Kimpalan dan Fabrikasi
Logam, dan beberapa bidang pengkhususan lain, di mana pelajar diberi latihan yang
khusus dalam bidang tertentu bagi meningkatkan kemahiran yang ada.
Menurut Rudiana (2007) pula kefahaman mengenai keselesaan dan
keselamatan perlu dipupuk kepada setiap individu atau pelajar untuk dipraktikkan
ketika menjalani kerja amali, sama ada semasa di sekolah, pusat latihan atau di alam
pekerjaan. Ini kerana kerja amali merupakan satu sifat unik dalam pembelajaran
yang melibatkan faktor kemanusiaan. Bidang yang dipelajari bukan sahaja teori
semata-mata malah memberikan penekanan amali kepada asas-asas kursus yang
berkaitan dan kebiasaannya dijalankan di bengkel-bengkel yang telah dikhaskan. Ia
juga mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amali yang menggunakan alatan tangan
dan mesin-mesin berkaitan di samping pendedahan kepada keselamatan di bengkel.
Kesedaran keselamatan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan semasa
menjalankan aktiviti amali di bengkel. Oleh itu, sewajarnyalah aspek-aspek
ergonomik turut diambil perhatian bagi menjamin keselesaan dan keselamatan di
sepanjang melakukan kerja-kerja amali tersebut.
Ergonomik adalah penting dalam mengorganisasi kajian kerja ketika
menggunakan tenaga kerja di dalam bengkel. Untuk mencapai matlamat ini, adalah
wajar ergonomis menyediakan keperluan dengan mengambil kira faktor-faktor
kemanusiaan persekitaran dalam sesebuah bengkel yang meliputi aspek-aspek seperti
pencahayaan, peredaran udara, bunyi bising, suhu dan lain-lain. Menurut Salina
(1992), menyatakan bahawa rekabentuk yang tidak sesuai dengan tubuh manusia
juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan oleh pihak tertentu bagi
mengatasi keselesaan semasa bekerja. Di dapati rekabentuk yang tidak sesuai boleh
mengakibatkan para pelajar menghadapi masalah sakit belakang, tegang otot serta
6
lenguh pada peha dan betis. Masalah ini bukan sahaja dihadapi setelah menggunakan
meja dan bangku yang disediakan di dalam bengkel malah rekabentuk meja dan
kerusi yang terdapat di dalam bilik lain semasa kelas teori juga memberikan kesan
yang negatif dalam jangkamasa panjang terhadap kesihatan pelajar. Selain itu,
prinsip-prinsip ergonomik digunakan dalam merekabentuk stesen tempat kerja
seperti ketinggian meja, kerusi atau bangku, kedudukan mesin, peralatan dan
sebagainya untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan seseorang individu
semasa menjalankan tugas di bengkel. Rekabentuk tempat kerja hendaklah direka
mengikut kesesuaian individu, kehendak perlakuan sistem dan memberi kesan positif
kepada operasi alatan yang digunakan semasa melakukan kerja.
Suasana persekitaran semasa melakukan kerja amali perlu diberikan perhatian
yang khusus kerana persekitaran yang selesa akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan sempurna. Ini turut disokong oleh Zuraida (2004)
yang menyatakan persekitaran memberi kesan psikologi terhadap pelajar. Menyedari
hal ini, dalam susunatur sesebuah bengkel perlu memenuhi prinsip ergonomik
kepada setiap individu yang menggunakannya. Ini kerana aspek ergonomik
menggabungkan pengetahuan yang dihasilkan daripada sains kemanusiaan untuk
dipadankan antara kerja, sistem, produk dan persekitaran kepada keupayaan fizikal,
mental dan batasannya. Selain itu, wujudnya suasana persekitaran kerja yang tidak
ergonomik kerana ruang untuk melakukan kerja sentiasa terdedah kepada aspek-
aspek persekitaran seperti pencahayaan, kebisingan dan suhu persekitaran yang
tinggi terutama pada cuaca panas.
Keselesaan amatlah penting bagi mengurangkan kesan sampingan yang
mungkin berlaku ke atas pelajar akibat ketidakselesaan semasa menjalankan kerja-
kerja amali di bengkel JPTK Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Di
dapati bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel ini berasa kurang selesa
semasa berada pada setiap stesen kerja masing-masing kerana beberapa faktor. Ini
kerana susun atur stesen kerja yang kurang baik dan tidak sistematik dan
ketidaksesuaian struktur perabotnya seperti bangku atau kerusi dan meja. Oleh itu,
kajian secara ergonomik bakal dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru 4 SPH Fakulti Pendidikan, UTM ini.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Cabang ergonomik amat luas dan penting terhadap keselamatan dan kesihatan
seseorang individu. Walaupun ia selalu dibincangkan dalam bidang industri, namun
ianya turut boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi berkaitan
dengan keselamatan.
Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk meningkatkan keselesaan,
keselamatan dan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar PKPG yang melakukan kerja-
kerja amali di bengkel dengan mengambilkira faktor-faktor ergonomik yang
disarankan oleh ahli ergonomis menerusi rekabentuk stesen kerja dan persekitaran
kerja yang sesuai, selamat dan tidak membahayakan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang ergonomik stesen kerja
semasa melakukan kerja amali di bengkel.
1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar menyedari akan kepentingan keselamatan dan
keselesaan bengkel semasa menjalani amali di bengkel.
1.4.3 Mengenalpasti keadaan persekitaran seperti pencahayaan, kebisingan dan
suhu mempengaruhi pelajar yang sedang melakukan kerja.
8
1.5 Persoalan kajian
Dalam kajian ini, pengkaji merumuskan kepada 3 persoalan yang wajar
ditinjau iaitu:
1.5.1 Adakah pelajar mengetahui tentang ergonomik stesen kerja semasa
melakukan kerja amali di bengkel?
1.5.2 Adakah pelajar menyedari akan kepentingan keselamatan dan keselesaan
bengkel semasa menjalani amali di bengkel?
1.5.3 Adakah pelajar di pengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti pencahayaan,
kebisingan dan suhu ketika sedang melakukan kerja?
1.6 Kepentingan kajian
Pengkaji berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada pihak yang
berkenaan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
1.6.1 Pelajar
Kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang keselamatan
dan kesihatan mereka semasa melakukan kerja amali di bengkel.
1.6.2 Fakulti Pendidikan
Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, diharapkan dapat
membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk mendapatkan respon berkaitan
dengan keberkesanan mengaplikasikan ergonomik terhadap keselamatan dan
kesihatan di kalangan pelajar-pelajar PKPG ketika membuat kerja-kerja amali
di blok N30. Hasil daripada kajian yang bakal dijalankan ini diharapkan