Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

7

Click here to load reader

Transcript of Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Page 1: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor de facto Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatanSemenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Latar belakang

Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya,

Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku

Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan

Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di

bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.

Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang

diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali

bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang

terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan

gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak

boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian

digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem

pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan " Sistem Kangcu " pada tahun   1833   untuk

memajukan perusahaan ladang   lada hitam   dan   gambir   di Johor.

Mangkat

Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk

Belanga.

Keturunan

Moyang beliau adalah Sultan Abdul Jalil IV yang memerintah Johor selepas 1699. Keturunan beliau yang mula memakai

gelaran Temenggung adalah Temenggung Tun Abdul Jamil (mangkat selepas 1762) iaitu anak kepada Bendahara Tun

Abbas (mangkat selepas 1736) cucu kepada Sultan Abdul Jalil.

Temenggung Tun Abdul Jamal telah beristerikan Raja Maimunah iaitu saudara perempuan kepada Daing Kemboja. Daripada

perkahwinan ini lahir 3 orang cahayamata iaitu Daing Chelak, Daing Kechil dan Engku Muda (mangkat 1806).

Sistem Kangcu

"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari

Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjangSungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat

Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan

dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang

memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Page 2: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Abdul Rahman bin Andak (1850 - 10 September 1930) yang bergelar Datuk Seri Amar Diraja adalah pembesar di Johor.

Bapa beliau ialah Haji Andak bin Haji Jamak manakala adiknya Tan Sri Taib Andak. Beliau telah mendapat pendidikan British.

Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara

kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar

hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai

dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang

amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England dalam tahun 1870'an.

Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam

menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan

bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun

1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris

mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi

untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Ini menyebabkan

Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman

dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan

menguasai Johor mulai 1914. Beliau kemudian membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana.

Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan

oleh Muhammad Ibrahim Munsyi . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar

pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah

menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang

dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya.

Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja.

Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.

Beliau menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis. Beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Henry, Mansour

and Walter

Beliau meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Woking London.

Page 3: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting

dari tahun1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang

pembangunan negeri Johor.

Sumbangan

Datuk Mohd.Salleh Perang adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan

gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri beliau telah dapat membuat peta negeri yang

lengkap serta bertulisan jawi. Tindakan pertamanya adalah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu

menunujukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk

muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri

di Semenanjung Tanah Melayu.

Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893),

beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor

Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.

Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan

yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahu 1880'an. Kerjaya

beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli

Jemaah Menteri.

Membuka Bandar Batu Pahat

Ketika itu, Batu Pahat merupakan sebuah petempatan kecil yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar

seperti penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Batu Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira

tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat dikenali ketika itu sebagai "Pulau Kundur".

Pada 4 November 1893, Muhamad Salleh yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Seminggu kemudian

pada 11 November, Sultan Abu Bakar menitahkan beliau untuk membuka Batu Pahat. Namun beliau memulakan usaha bagi

membangun bandar itu dan menyediakan kemudahan jalan serta pejabat-pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran

moden.

Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 oleh Muhamad Salleh sendiri dan dihadiri oleh Orang-orang

Kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Bandar itu mula berkembang maju di bawah Muhamad Salleh

yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat. Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, dan menggalakkan orang-

orang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur asing mula datang

membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Muhammad Sallehberbahasa Cina merupakan faktor yang

menyebabkan beliau disukai oleh orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada

daerah ini. Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar

Johor, dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21 Disember 1896.

Bersara

Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, perubahan pemerintahan telah dirasai apabila Kerajaan British telah mula

memperluaskan pengaruh mereka. Sedikit demi sedikit penasihat-penasihat di semua Daerah di Johor dan mula

memecat orang-orang Melayu yang berkebolehan dalam pentadbiran dan pembangunan termasuk juga Dato' Luar.

Pada 3 April 1909, Dato' Luar telah menerima surat dari Dato' Seri Amar Di Raja menyuruh beliau bersara dari jawatannya.

Dalam pentadbiran Batu Pahat juga tidak dikecualikan dimana Pegawai-pegawai Negeri telah menukepada mereka yang bijak

menilai samada segala perkhidmatan Dato' Luar itu dikira sebagai jasa atau tidak.

Sepanjang hayat Dato' Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah membuktikan bahawa

beliau mampu memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato' Bentara Luar

duh Dato' Luar membuat penyelewengan tetapi tidak dapat membuktikannya. Akhirnya pada 21 Mei, 1912, Dato' Luar

terus bersara dan usia beliau ketika itu adalah 71 tahun. Beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid

menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat. Di bawah Ungku Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan

Penolong Penasihat British untuk menjalankan pentadbiran.

Page 4: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Meninggal Dunia

Beliau telah kembali ke Rahmahtullah pada Hari Jumaat, 21 Julai 1915 (pukul 6.15 petang) bersamaan dengan 18 Syaaban

1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sekalipun diketahui bahawa Datuk Bentara Dalam adalah gelaran salah seorang menteri kanan Negeri Johor, tetapi sepanjang

catatan Sejarah, jawatan tersebut hanya pernah diisi oleh seorang tokoh sahaja iaitu Muhamad Ibrahim Munsyi. Tetapi riwayat

hidup beliau agak sukar diperolehi kerana beliau tidak seperti bapanya Munsyi Abdullah yang gemar menulis latarbelakang

diri dan pengalaman-pengalamannya (contoh Hikayat Abdullah, Hikayat pelayaran Abdullah)

Muhamad Ibrahim Munsyi telah dilahirkan pada 02 Mei 1849 di Melaka. Beliau dibesarkan di Singapura dan mendapat Pendidikan

Agama dan Inggeris. Di samping itu beliau juga mengajar Bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris seperti Allan

Skinner, Dadley Harvey dan sebagainya. Dan dipercayai bermula dari sinilah beliau mendapat gelaran "Munsyi" (pengajar).

Kebolehannya dalam aspek penterjemahan bahasa dan tulisan menyebabkan beliau dilantik menjadi jurubahasa, jurutulis dan

juga pembantu khas kepada Maharaja Johor (Fawzi Basri, 1978, 82). Pada tahun 1870-an Ibrahim berpindah ke Jalan Air Molek

Johor Bahru dan beliau kemudiannya diberi gelaran "Datuk Bentara Dalam", dan menjalankan tugas sebagai Setiausaha

Kerajaan. Melalui jawatan ini beliau telah memberikan idea-idea pengembangan pendidikan di Johor dan beliau juga

merupakan penasihat pendidikan kepada Maharaja Abu Bakar.

Mengenai penggunaan gelaran "Datuk Penggawa" dan "Datuk Bentara" dikatakan dihidupkan semula pada tahun 1883. Hanya tidak

dapat dipastikan bila Muhamad Ibrahim Munsyi menerima gelaran Datuk Bentara Dalam (Mohd Fadzi Othman-ANCJS). Tetapi selain

beliau juga terdapat pegawai-pegawai lain yang turut menerima pengurniaan seperti Muhamad Salleh - Ketua Jabatan Tanah Negeri

(Datuk Bentara Luar), Abdul Rahman Andak - Setiausaha Kerajaan Johor (Datuk Seri Amar Diraja) Abdullah Tahir - Pesuruhjaya Polis

Negeri (Datuk Seri Setia Raja), Abdul Samad Ibrahim ( Datuk Penggawa Barat) dan Jaafar Nong Yahya ( Datuk Penggawa Timur)

(Ahmad Fawzi Basri,1988,67)

Sumbangan-sumbangan Datuk Bentara Dalam

Sumbangan besar beliau adalah dalam bidang pendidikan Negeri Johor, beliau merupakan Ketua jabatan pertama apabila Jabatan

Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1883. Pada tahun itu juga beliau menubuhkan 4 buah Sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang,

Padang dan Tanjung Surat.

Beliau kemudiannya membentuk Jawwatankuasa Pelajaran Negeri dan beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga tokoh yang berusaha

keras bagi memastikan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan. Pada tahun 1890 beliau mendirikan Sekolah Melayu Perempuan di

Johor Bahru. (Fawzi Basri 1978,84)

Ibrahim Munsyi telah benar-benar menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Jabatan Pelajaran dan juga Setiausaha Kerajaan

Negeri, untuk memajukan taraf pendidikan di Negeri Johor. Beliau telah mendesak pendidikan wajib bagi kanak-kanak lelaki berusia 7

tahun dan akhirnya beliau berjaya apabila desakan itu diwartakan secara rasmi pada 01 Jun 1902. (Fawzi Basri 1978,85)

Selain sebagai penggerak pendidikan, Ibrahim Munsyi juga dikenali dalam bidang persuratan. Namanya sering dikaitkan dengan

"pakatan Belajar MengajarPengetahuan Bahasa". Persatuan ini dikatakan persatuan persuratan yang pertama lahir di negara kita.

(Fawzi Basri, 1978,85)

Beliau juga adalah seorang penulis, sekalipun tidak mencapai taraf bapanya. Antaranya "Kisah pelayaran Muhamad Ibrahim Munsyi"

yang menceritakan perjalanannya ke luar negeri sesperti England, Eropah dan India. Beliau juga menulis beberapa buah buku nahu

seperti Kitab Pemimpin Jauhar (1877) dan pada tahun 1900, beliau menghasilkan 'Benih Pengetahuan' buku bacaaan untuk sekolah

rendah. (Mohd Fadzil Othman ANCJS) Beliau juga menulis rencana umum dalam akhbar Bintang Timor terbitan Singapura.

Page 5: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882. Perlu diingat, negeri Johor tidak pernah ditakluk oleh British.

Kerjaya

Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di

Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di

Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan

kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh (Maharaja) Sultan Abu Bakar.

Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah

bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan

Johor Moden.

Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika

memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan

pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai

Pemangku Raja.

Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang

yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

Mementingkan pelajaran

Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan Barat , agama Islam dan kebudayaan Melayu. Beliau

menetap di istana Bukit Senyum yang terletak berhadapan dengan Selat Johor / Selat Tebrau. Anak-anaknya

dimestikan membaca Hikayat dan Syair, sastera dan puisi Inggeris disamping mengaji al Quran , makanan dan

pakaian Melayu. Sejak 1991, rumah itu mempunyai tutor iaitu seorang perempuan Inggeris dari Singapura

bernama Nanny. Guru tersebut dijemput dengan kuda dari Woodland dan menyeberang Selat Johor dengan feri

dan menaiki beca ke Bukit Senyum.Seorang mualim/guru buta bernama Sheikh Salimi mengajar agama

Islam.Kemudian Cikgu Sharifah Enson dari Johor Bharu mengajar tulisan Jawi dan membaca al Quran.

Anak-anaknya diajar alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu sejenis gendang kecil.

Mereka membentuk kumpulan Ghazal dan membuat persembahan di sekitat Johor Bahru.Seorang tukang

masak dari Turki memperkenalkan masakan Timur Tengah seperti 'harisa' .Tukang masak India, Thambi Shah

memperkenalkan nasih beriyani kepada rakyat Johor.[1][2]

Sumbangan

Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di

Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British,

haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah

ditulis dalam Bahasa Melayu.

Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan Putera Arthur (of

Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu

dirakamkan oleh Florence Caddy.

Page 6: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Johor tidak dijajah British

Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap Datuk Jaafar sebagai seorang yang tegas

'Straight forward man'. Datuk Jaafar bersama Datuk Sri Amar Diraja menentang cita-cita British menakluk negeri

Johor sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan dengan Sultan.Sebenarnya Sultan Johor mahu menerima

seorang penasihat atau 'General adviser' pada 1910 kerana kalau Setiausaha Negeri jatuh sakit, tiada siapa lagi

akan menasihati baginda.[3]

Gabenor Negeri-Negeri Selat beberapa kali cuba membawa Johor di bawah kawalan British sebagaimana

Singapura . Mereka tidak menemui sebarang bukti pemerintahan buruk, tidak terdapat konflik atau

persengketaan untuk mewajarkan campur tangan.Pada 1885, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith telah

memantau penjara, kerja-kerja awam, dan jabatan-jabatan kaji selidik di Johor.Beliau melaporkan kepada

Pejabat Tanah Jajahan bahawa terdapat "organisasi baik", "memuaskan kemajuan ", dan kerja-kerja"

mengagumkan dilakukan "oleh pegawai-pegawai dan kerani Melayu. Dalam erti kata lain, tidak ada bukti salah

atur untuk mewajarkan perlantikan Residen British.

Faktor utama ialah pentadbir Johor tidak buta huruf. Mereka mendapat pendidikan Melayu atau pendidikan Barat

dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Anugerah

Datuk Jaafar Mohamad juga berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang dan atas jasanya itu

beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah menganugerahkan

Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau. .