Rajah 4 Menunjukkan Tema Yang Telah Disoal Kepada 3 Orang Responden Iaitu Tema Tentang Ingatan Dan...
description
Transcript of Rajah 4 Menunjukkan Tema Yang Telah Disoal Kepada 3 Orang Responden Iaitu Tema Tentang Ingatan Dan...
Rajah 4 menunjukkan tema yang telah disoal kepada 3 orang responden iaitu tema tentang
ingatan dan kefahaman murid bagi topik sifat bahan ‘Asid dan Alkali’ dengan penggunaan peta
i-Think
Hasil temu bual yang telah ditrankripkan seperti (LAMPIRAN D) . Maklum balas yang
diberikan oleh ketiga-tiga murid amat memuaskan. Murid-murid mengingat dan memahami
sifat bahan Asid dan Alkali. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila murid dapat menyenaraikan
beberapa sifat sewaktu temu bual.
Selain iu responden juga memberikan maklum balas yang positif sewaktu ditemu bual
dengan menunjukkan semangat sewaktu ditemu bual. Secara keseluruhan murid menunjukkan
komitmen yang tinggi sewaktu menjalankan temu bual. Rajah 5 menunujukkan rumusan hasil
daripada temu bual yang telah dilaksanakan
Rajah 5 Rumusan dapatan temu bual
Penggunaan Peta i-Think bagi Topik Sifat Bahan Asid dan Alkali .
Obejktif 1
Meningkatkan ingatan murid terhadap Topik Sifat Bahan Asid
dan Alkali .
Obejktif 2
Meningkatkan kefahaman murid terhadap Topik Sifat Bahan Asid
dan Alkali .
Kefahaman tentang topik Kefahaman tentang topik
- Boleh memahami fakta sains yang dipelajari.
- Dapat menyenaraikan Ciri-ciri sifat bahan Asid dan Alkali.
- Murid dapat memahami kegunaan sifat bahan Asid dan Alkali
- Murid boleh menyenaraikan bahan-bahan Asid dan Alkali dalam kegunaan seharian.
Data yang telah dikutip melalui temu bual menunujukkan ketiga-tiga responden lebih
memahami dan mengingati konsep yang terdapat dalam matapelajaran saina. Ketiga-tiga
responden menyatakan bahawa mereka boleh mengingati dan memahami fakta sains yang
dipelajari melalui penggunaan peta i-Think dalam topic sifat bahan ‘Asid dan Alkali’.
Selain itu murid juga member komitmen yang tinggi dan bersemangat semasa
menggunakan peta i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid memberi
tumpuan sepenuh sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapat rumusan
temu bual dikukuhkan dengan pennyataan yang deberikan sewaktu temu bual . Responden suka
terhadap pembelajaran topic Asid dan Alkali dengan menggunakan peta i-Think. Murid
menyatakan mereka dapat ingat konsep sains dengan mudah serta tidak membosankan pdp.
Dapatan soalan kedua untuk sesi temu bual yang telah digolongkan kepada tema
kefahaman. Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh ketiga-tiga responden,
mendapati bahawa penggunaan peta i-Think memamng member kefahamn yang jelas dalam
topik sifat bahan Asid dan Alkali. Penggunaan peta i-Think menggalakkan murid untuk melukis
dan mencari ciri-ciri sifat bahan Asid dan Alkali bersama rakan mereka. Maka murid dapat
melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru dengan perasaan semangat dan mampu berbincang dengan rakan mereka daripada
kefahamannya. Ia dapat dibuktikan dengan adanya penyataan muridf seperti saya dapat
berbincang dengan kawan dan saya suka melukis peta i-think menjukkan murid ada minat dan
idea dalam kefahaman sifat bahan Asid dan Alkali. Maka jelas dikatakan bahawa murid faham
konsep sains melalui penggunaan peta i-Think dan mereka mampu menggukannya pada topik–
topik lain yang akan datang.
Selain itu dapatan soalan ketiga pula jelas menunjukkan bahawa murid dapat mengingat
tentang topik sifat bahan ‘Asid dan Alkali’ bagi jangka masa yang panjang. Ia dapat dikukuhkan
dengan pernyataan mudah dihafal, boleh digunakan sebagai rujukan dan boleh ingat konsep sains
dengan mudah menjelaskan bahawa murid boleh menjawab soalan –soalan ujian dengan bantuan
peta i-Think ini. Maka penggunaan peta i-Think dapat memberi kefahaman dan memudahkan
pengingatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.