Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

download Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

of 18

Transcript of Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    1/18

    TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS SPM (3757)

    Kertas 1

    1. Masa diperuntukkan sebanyak 1 jam 15 minit2. Bil soalan: 40 soalan objektif3. Wajaran: 40% (1 soalan = 1 markah)4. Meliputi sukatan pelajaran T4(22-24 soalan) dan T5 (16-18 soalan)5. Ada 2 hingga 4 soalan pengiraan (berkaitan dengan upah benar, pendapatan,

    pengeluaran, kos, keanjalan, imbangan serta pertukaran asing)Senarai Rumus /pengiraan Tingkatan 4

    1. Upah benar : Upah wang / harga purata barang2. Jumlah faedah: Pokok X kadar X tempoh3. Untung : Jumlah hasil jumlah kos4. Pendapatan individu : Sewa + upah+faedah+ untung + dividen+ bp5. Pendapatan boleh guna : Pendapatan individu potongan wajib6. Tabungan : Pendapatan boleh guna perbelanjaan penggunaan7. Pendapatan boleh cukai : Pendapatan tahunan pelepasan cukai8. Keanjalan harga permintaan /penawaran

    Q1-Q0/ Q0 X 100Ed : ------------------------

    P1 P0 /P0 X 100

    Q1 Q0 P0Ed : ----------- X ------------

    Q0 P1P0

    9. Keluaran purata : jumlah keluaran / bilangan faktor berubah10. Jumlah keluaran : keluaran purata X faktor berubah11. Keluaran sut : perubahan JK/ perubahan FB12. Jumlah kos : Kos tetap + kos berubah13. Jumlah kos : Kos purata X bilangan output17. Kos tetap: Jumlah koskos berubah18. Kos tetap = Jumlah kos apabila output = 019. Kos berubah : Jumlah koskos tetap20. Kos purata : Jumlah kos / bilangan output21. Kos purata : Kos tetap + kos berubah/ bilangan output

    22. Kos sut: perubahan jumlah kos / perubahan output23. Kos sut: perubahan kos berubah / perubahan output24. Permintaan pasaran: Hasil tambah permintaan setiap individu pada tingkat

    harga tertentu25. Penawaran pasaran: Hasil tambah penawaran setiap firma pada tingkat

    harga tertentu26. Belanjawan negara: Hasilperbelanjaan (>, , < , = )28. Imbangan akaun semasa: Imbangan dagangan + imbangan perkhidmatan

    + imbangan pendapatan + pindahan bersih

    29. Pertukaran asing

    Tukar RM ke matawang asing

    Tukar matawang asing ke RM

    6. Ada 3 hingga 4 soalan melibatkan gambar rajah/ graf / keluk ( Keluk permintaan,penawaran, keseimbangan pasaran dan aliran pusingan)7. Ada 6 hingga 8 soalan melibatkan jadual (kos lepas, upah benar, permintaan, kos,pengeluaran, penawaran, pasaran, struktur ekonomi, cukai serta eksport dan import)8. Kebanyakan soalan kertas 1 adalah mirip kepada soalan SPM yang lepas. Oleh itucalon SPM mesti mencuba dan menjawab semua soalan tahun lepas (1993 hingga2011)9. Target untuk A ialah Sekurang-kurangnya 35/40 dalam kertas 1.

    Kertas 2

    1. Anda diberi 6 soalanBahagian A - Diberi lima soalan pilih mana-mana 3 soalanBahagian B - Diberi satu soalan kajian keswajib dijawab

    2. Wajaran: 60%3. Peruntukan masa 30 minit untuk satu soalan.4. Gunakan 10 minit untuk baca dan pilih tiga soalan di bahagian A.5. Tiga perkara penting ketika menjawab soalan esei

    Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi penawaransesuatu barang (15m)1. Kenalpasti apa yg ditanya? Faktor yg mempengaruhi penawaran2. Kata tugas (Nyatakan dan terangkan)3. Poin - Tingkat teknologi (mesin), cuaca (barang pertanian), harga

    input (kos-upah), dasar kerajaan (cukai/subsidi), matlamat pengeluar(untung/jualan)

    Contoh soalana. Terangkan jenis-jenis keanjalan harga penawaran1. Apa yang ditanya-2. Kata tugas 3. Poin

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    2/18

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    3/18

    Pelajar CSyarikat Jaya menambahkan penawaran kerana permintaan pakaian sukan semakinmeningkat. Ini mungkin kerana galakan kerajaan terhadap penglibatan rakyatMalaysia dalam sukan. Sememangnya penglibatan dalam bidang sukan membawapelbagai faedah kepada negara dari segi sosial, ekonomi dan politik. Mungkin jugapengharaman kemasukan barang dari negara asing menyebabkan orang ramaimembeli pakaian sukan tempatan. Sebenarnya pakaian sukan tempatan mempunyaikualiti yang setanding dengan pakaian import.Penurunan nilai mata wang asing yangdisebabkan oleh peningkatan dalam import barang menyebabkan harga pakaianuskan import menjadi mahal. Oleh itu penawaran pakaian sukan meningkat. Ini boilehmembantu mengurangkan defisit dalam imbangan dagangan Malaysia

    Soalan popular mengikut topik

    Bab 1: pengenalan kepada Ekonomi

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Definisi *

    Masalahekonomi

    *

    Masalah

    asasekonomi

    *

    Jenisbarang

    Sistemekonomi

    SEK,SEPP

    Islam SEK,SEPP

    SEK,SEI

    SEI SEC SEI

    1. Berikan maksud ekonomi (3)Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusiamenggunakan __________________________yang terhad untuk memenuhi________________________yang tidak terhad.

    Encik John ialah pemilik pasar mini Maju. Beliau mempunyai dua orang pekerja.

    Baru-baru ini beliau mendapat pinjaman sebanyak RM50 000 daripada BSN untukmemperbesarkan perniagaannnya

    2. Terangkan sumber ekonomi dalam situasi di atas(8)Buruh-dua orang pekerja. Orang yang menyumbangkan tenaga mental dan fizikal.Pemiliknya mendapat upahModal-Pinjaman RM50 000. Wang yang digunakan dalam proses pengeluaran.Pemiliknya mendapat faedahUsahawan-Encik John. Orang yang menggabungkan faktor pengeluaran danmenerima untung.

    Encik Saiful bekerja di Kilang Kasut Nakki. Encik Saiful memiliki sebuahrumah teres di Seremban dan membayar cukai pintu sebanyak RM400setahun kepada Majlis Perbandaran seremban

    3. a. i. Nyatakan tiga unit ekonomi yang terdapat dalamsituasi di atas. (3m)

    Encik Saiful ialah ....................................................Kilang Kasut Nakki ialah ......................................

    Majlis Perbandaran seremban ialah............................... .....

    ii. Terangkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh tiga unitekonomi tersebut. (3m)

    kekurangan Encik Saiful ialah ..............................................................kekurangan Kilang kasut Nakki ialah ............................................... kekuranganMajlis perbandaran seremban ialahialah ..............................................................

    Syarikat Utara bercadang untuk membuka kilang perabot atau kilang makanantetapi mempunyai modal RM1 juta yang cukup untuk membuka satu kilangsahaja4. Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat tersebut. (6m)

    Negara Asumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swastaNegara BSumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta dan kerajaan

    5.a. i. Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara A dannegara B? (2m)

    A mengamalkan sistem ekonomi kapitalis dan negara B mengamalkan sistemekonomi campuranii. Terangkan cara penyelesaian masalah asas ekonomi berikut oleh

    negara A dan negara B

    a. Apa yang hendak dikeluarkan (3m)Negara A, pihak swasta keluarkan barang mengikut permintaan masyarakatNegara B pihak swasta keluarkan barang ikut permintaan masyarakat. Kerajaanpula menyediakan barang awam,

    b. Berapa yang hendak dikeluarkan (3m)Negara A, pihak swasta kuantiti barang mengikut permintaan masyarakatNegara B, pihak swasta keluarkan kuantiti barang mengikut permintaanmasyarakat. Kerajaan mempengaruhinya dengan mengenakan cukai ataumemberi subsidi

    c. Bagaimana hendak dikeluarkan (3m)Negara A, pihak swasta akan memilih cara pengeluaran yang membawa untungmaksikum.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    4/18

    Negara B pula pihak swasta akan memilih cara pengeluaran yang membawauntung maksikum . Kerajaan akan memilih teknik pengeluaran yang membawakebajikan maksimum kepada rakyat.

    Syarikat Melor bercadang untuk menawarkan beras bermutu tinggi denganmenggunakan teknik pengeluaran moden6. Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikanoleh syarikat tersebut (6)

    Berapa hendak dikeluarkan?Kuantiti beras yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.Untuk siapa dikeluarkan?Pengguna yang akan membeli beras iaitu golongan kaya atau golongan miskin yangditentukan melalui kuasa beli.

    7. Terangkan ciri sistem ekonomi Islam yang berikuti. Pemilikan sumberii. Pilihan

    iii. persaingan. (6)-sumber ekonomi Milik Tuhan-Wujud persaingan sihat di kalangan pengeluar

    8. a. Kenalpasti sistem ekonomi di atas.b. Terangkan bagaimana sistem ekonomi tersebut menyelesaikan masalah

    apa dan untuk siapa dikeluarkan. (5)

    Bab 2:Pendapatan dan penggunaan pendapatan individu

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Pekerjaan *JenisPendapatan

    *

    Sumberpendapatan

    *

    Pendapatanbolehguna

    Keperluandankehendak

    *

    Perbelanjaanpenggunaan

    *

    Belanjawanperibadi

    Tabungan,pinjamandanpelaburan

    Pel Tab Pel Pinj Pel

    1. Perbandingan kerjaya(upah wang, faedah sampingan, jarak,suasana, kelayakan, pengaruh,keadaan ekonomi, prospek)- Bezakan kerjaya- Kenapa pilih kerjaya A dan tidak memilih kerjaya B- Kenapa pilih kerjaya A- Contoh faedah sampingan

    Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat ABC yang mengeluarkan 25000 buah buku Ekonomi Asas.Kos tetap: RM50 000Kos berubah: RM25000

    2. a.Jika harga sebuah buku ialah RM6, hitungkan keuntungan atau kerugiansyarikat tersebut. (3)

    Untung = Jumlah hasiljumlah kos25 000 (RM6) RM75000= RM75000b. Mengapakah usahawan mendapat keuntungan? (4)menanggung risiko, urus jaya, idea, gabungkan faktor

    Pendapatan bulanan RM3 000Caruman KWSP RM330Caruman PERKESO RM15Cukai pendapatan RM100Perbelanjaan penggunaan RM 1 800

    3. Jadual di atas menunjukkan maklumat tentang penyata pendapatan danperbelanjaan seseorang individu.

    a. Berdasarkan jadual tersebut kirakani. pendapatan boleh guna (3)

    RM3000- (330+15+100) = RM2555

    ii. tabunganRM2555-1800 = RM755

    b. Bagaimanakah individu membelanjakan pendapatan boleh gunanya? (9)

    Individu membelanjakan PBG untuk perbelanjaan penggunaan dan tabungan.Perbelanjaan penggunaan terdiri dpd membeli barang tahan lama seperti perabot,barang tidak tahan lama seperti makanan dan perkhidmatan seperti perubatan.Tabungan ialah baki pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan dan disimpandibank untuk tujuan kecemasan.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    5/18

    4. Bezakan keperluan dengan kehendak (6)Keperluan Kehendak

    5. Cara menabung/meningkatkan pendapatan

    Encik Wong Encik Wong

    6. Nyatakan dan terangkan jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Wong(9m)Untung iaitu pulangan yang diterima oleh Encik Aziz sebagai usahawan keranaberani menanggung risiko. Sewa iaitu pulangan untuk pemilik tanah keranamenyerahkan hak penggunaan kepada orang lain. Bayaran pindahan iaitu bayaran

    yang diterima oleh individu tanpa sebarang sumbangan

    Pasar Raya KTK telah membeli sebuah bangunan baru tiga tingkat di kajang.Pasar raya ini juga telah membeli barang niaga bernilai RM300 000 . Baru-baruini lima puluh pekerja telah ditaja oleh pasar raya KTK untuk kursus komputer.7. Berdasarkan maklumat di atas,terangkan bentuk-bentuk pelaburan yangtelah dilakukan oleh pasar raya tersebut (6m)

    Bentuk pelaburan yang telah dilakukan oleh pasar raya KTK ialah membeli aset tetapyang membawa pendapatan berbentuk sewa, membeli stok untuk dijual semuladengan haarga yang lebih tinggi, modal manusia agar daya pengeluaran pekerjadapat ditingkatkan

    8. Belanjawan PeribadiTujuan belanjawan-__________________________________________________________________________________________________________________Penyediaan belanjawanperibadiKenalpasti punca pendapatan dan potongan wajibmencatat perbelanjaanmenyusun perbelanjaan-mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan

    Pendapatan boleh guna XXX

    Perbelanjaan XXX

    Baki XXX

    9. Selain bekerja sendiri, terangkan sumber pendapatan individu yang lain (5)Bekerja dengan orang lain seperti guru dapat gajiSumber pendapatan lain seperti pesara dapat pencen dan pemilik tanah dapat sewa

    Bab 3: isirumah sebagai pengguna

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Definisi danperanan Isirumah

    Hukumpermintaan

    *

    Penentupermintaan

    Keanjalanpermintaan

    Wah!Besarnya

    rumah kamuWong. PakaiKereta mewah

    ulak

    Pendapatan saya boleh tahan sekarang.Ladang ternakan ayam yang saya usahakanbawa hasil yang lumayan. Tambahan pula,

    saya juga terima pendapatan tetap daripadatiga buah bangunan milik saya di pusat bandarShah Alam. Sebagai pesara kerajaan sayajuga terima bayaran bulanan sebanyak RM3000.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    6/18

    1. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antaraharga dengan kuantiti diminta sesuatu barang (7 m)

    Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta sesuatu barang ialah songsang (1).Ini bererti apabila harga naik, kuantiti diminta barang itu akan menurun dansebaliknya (1). Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan di bawah.

    Harga D

    5

    4

    D

    0 10 15 kuantiti

    Keluk permintaan mencerun ke bawah dr kiri ke kanan (1m) . Sekiranya harga barangitu turun dpd RM5 ke RM4, ini akan menyebabkan kuantiti diminta barang itumeningkat dpd 10 unit ke 15 unit. (1m). Sekiranya harga naik dpd RM4 ke RM5,kuantiti diminta akan turun dpd 15 unit kpd 10 unit.(1m)

    3. Andaikan kerajaan telah menurunkan kadar caruman pekerja kepada KWSP.Apakah kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas permintaan barang

    berikut?i. gulaii. perabot importiii. ubi kayu (6m)

    Pendapatan boleh guna individu akan meningkat. Ini menyebabkan permintaan gulatidak berubah kerana ia merupakan barang mesti, permintaan perabot meningkatkerana ia merupakan baranbg mewah, permintaan ubi kayu pula menurun kerana iamerupakan barang bawahan.

    Jenis barang Peratus perubahanharga (%)

    Peratus perubahanKuantiti diminta (%)

    TelevisyenGaram

    2050

    405

    4 Jadual di atas menunjukkan peratus perubahan harga dan kuantiti dimintauntuk televisyen dan garam.a. Hitungkan dan tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan untuk dua barangtersebut (6 m)b. Mengapakah keanjalan harga permintaan barang tersebut sedemikian?(5m)c. Nyatakan strategi penjual untuk memaksiumukan hasil jualan bagi kedua-duabarang tersebut (2m)

    a. Nilai keanjalan televisyen ialah 2. Ini bererti permintaan televisyen ialah anjalkerana perubahan harga sebanyak 1% akan menyebabkan perubahan kuantitidiminta sebanyak 2%.b. Nilai keanjalan garam ialah 0.1. Ini bererti permintaan garam ialah tidak anjalkerana perubahan harga sebanyak 1% akan menyebabkan perubahan kuantitidiminta sebanyak 0.1%.c. Penjual mesti menurunkan harga televisyen dan menaikkan harga garam

    5. Jelaskan kesan peristiwa berikut ke atas permintaan kereta Protona. Kerajaan umumkan bonus dua bulan untuk kakitangan awamb. Bank Negara mengarahkan semua bank mengetatkan syarat sewa belic. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan duti import untuk semua keretaimport

    Bab 4: Firma sebagai pengeluar

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Definisi danperananfirma

    Pengeluaran *

    Kos

    Hukumpenawaran

    *

    Penentupenawaran

    Keanjalanpenawaran

    *

    1.Berikan maksud pengeluaran (3)

    Pengeluaran ialah aktiviti menggabungkan input untuk menghasilkan output.Pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

    Syarikat Putra mengeluarkan basikal berjenama Putra. Encik Rizalbekerja sebagai kerani di syarikat Putra dan menerima upah sebanyakRM1 500 sebulan. Dia membeli dua buah basikal keluaran syarikatnyadengan harga sebanyak RM500.2. a. Kenalpasti unit ekonomi dalam situasi di atas (2)

    b. Bezakan dua unit ekonomi tersebut (4m)

    2 m

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    7/18

    Input tetap Inputberubah

    Jumlahkeluaran

    Keluaranpurata

    Keluaran sut

    1 0 0 - -1 1 10 10 101 2 21 10.5 111 3 a 11 121 4 46 11.5 13

    1 5 56 11.2 b1 6 64 10.6 81 7 c d 41 8 68 8.5 e1 9 f 7.3 -2

    4.Jadual di atas menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuahfirma.i. Tentukan nilai a,b,c,d, e dan f (6m)ii. Terangkan hubungan antara input berubah, jumlah keluaran, keluaran

    purata dan keluaran sut (11m)

    a = 33, b= 10, c= 68, d= 9.71, e= 0, f= 66

    Input berubah 0-4Jumlah keluaran semakin meningkat. Keluaran purata semakin meningkat danmencapai nilai maksimum pada input berubah yang ke 4. Keluaran sut semakinmeningkat dan mencapai nilai maksimum pada input berubah yang ke 4.Input berubah 5-8Jumlah keluaran semakin meningkat dan mencapai nilai maksimum pada iB yang ke8. Keluaran puarat semakin menurun., Keluaran sut semakin menurun dan mencapainilai sifar pada IB yang ke 8.Input berubah 8-9Jumlah keluaran semkain menurun, keluaran purata semakin menurun dan keluaransut semakin menurun dan mencapai nilai negatif pada IB yang ke 9.

    5.Hukum penawaran

    Lukiskan dan terangkan pembentukan

    keluk penawaran

    Lukiskan dan terangkan hukum

    penawaran

    7. Lukiskan dan bezakan keluk permintaan individu dengan keluk penawaranindividu (6)

    6.Penentu penawaranBezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran

    Jenisbarang

    perubahan kuantiti ditawar(%)

    Perubahan harga (%)

    Kelapasawit

    10 20

    Komputer 45 158. a. Hitungkan dan tafsirkan nilai keanjalan barang di atas.

    b. Mengapakah keanjalan penawaran kelapa sawit sedemikian? (6 m)a. Kelapa sawit : 10/20 = 0.5 (1m) Komputer : 45/15 = 3 (1m)

    b. Penawaran kelapa sawit tidak anjal kerana ia merupakan barang pertanian. Olehitu faktor cuaca mempengaruhi pengeluaran barang ini. (2m) Penawaran kelapasawit juga dipengaruhi oleh faktor masa dimana firma mengambil masa lamauntuk mengubah penawaran. (2m).

    c.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    8/18

    Bab 5: Pasaran

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Definisipasaran

    Pasaranbarang

    Pasaranfaktor

    *

    Aliranpusingan

    *

    1.Berikan maksud pasaran (3)Pasaran adalah satu keadaan dimana penjual dan pembeli bertemu secara langsungatau tidak langsung untuk menjalankan urusniaga jual-beli barang.

    2.Bezakan permintaan pasaran dengan penawaran pasaran (6)Permintaan pasaran Penawaran pasaran

    Kadar Upah (RM sejam)

    D S30 T

    20 L

    10 K

    S DKuantiti buruh

    0 100 200 400 600 9003. Rajah di atas menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran buruh.

    Terangkan kedudukan pasaran padai. titik T (3m)ii. titik K (3m)iii. titik L (3m)

    Pada titik T berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak 800 orang dan kadar upahakan menurunPada titik L berlaku keseimbangan pasaran buruh iaitu permintaan sama denganpenawaran buruh seramai 400 orang dan kadar upah tidak cenderung berubah.Pada tiitk K berlaku lebihan permintaan buruh sebanyak 400 orang dan kadar upahakan meningkat.

    4. Bagaimanakah kadar faedah ditentukan dalam pasaran? (6)- Kadar faedah ditentukan oleh permintaan dan penawaran modal.- Firma membuat permintaan terhadap modal melalui pinjaman dpd institusikewangan (seperti bank).Firma dikenakan faedah yang merupakan kos

    kepada permintaan modal. Semakin tinggi kadar faedah, semakin rendahpermintaan modal dan sebaliknya.- Wujud hubungan songsang antara permintaan modal dengan kadar faedah.Modal ditawarkan oleh isirumah melalui simpanan dibank. Isirumahmenerima faedah sebagai ganjaran untuk menawarkan modal.Semakintinggi kadar faedah, semakin tinggi penawaran modal dan sebaliknya.Wujud hubungan langsung antara penawaran modal dengan kadar faedah.- Jika permintaan melebihi penawaran modal kadar faedah akan meningkat-Jika penawaran melebihi permintaan modal, kadar faedah akan menurun

    1

    2

    3 4

    5. Berdasarkan rajah di atas kenalpasti aliran 1,2,3 dan 4 (4)Aliran 1 Isirumah membekalkan faktor pengeluaran kepada firma iaitu

    Tanah,buruh dan modal.Aliran 2- Firma membayar sewa, upah dan faedah kepada isirumah iaitu

    pendapatan faktorAliran 3 Firma menawarkan barang dan perkhidmatan kepada isirumahAliran 4 Isirumah membeli barang dan perkhidmatan iaitu perbelanjaan

    Penggunaan

    Firma Isirumah

    Pasaran

    Faktor

    Pasaran

    Barang

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    9/18

    5. Bezakan aliran fizikal dan aliran wang dalam aliran pusingan pendapatanekonomi dua sektor. (6m)

    Aliran fizikal Aliran wang

    Merupakan aliran faktor pengeluaran danbarangan

    Merupakan aliran pendapatan faktor danperbelanjaan terhadap barangan

    Peranan isirumah sebagai pembekal faktorserta menggunakan barang

    Peranan isirumah sebagai penerimapendapat dan melakukan perbelanjaan

    Peranan firma sebagai pengguna faktorpengeluaran dan pembekal barang danperkhidmatan

    Peranan firma sebagai pembayarpendapatan faktor dan menerimaperbelanjaan terhadap barangan

    Tingkatan Lima

    Bab 1: Wang, bank dan institusi kewangan bukan bank

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Wang *Bank pusat *

    Bankperdagangan

    Bank Islam *

    IKBB

    1.WangDefinisi wangWang ialah benda yang diterima umum sebagai alat pertukaran/ media perantaraan.Contoh wang ialah wang kertas dan wang syiling

    Ciri-ciri wangDiterima umum-Mesti diterima dan diyakini oleh orang ramai sebagai alatPertukaran.Dapat digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan

    serta menjelaskan hutang.Penawaran terhadUntuk menjamin nilai wang.Jika mudah didapati nilainya akanjatuh dan jika sukar .didapati orang ramai menghadapi masalah untukmenjalankan urusniaga.Kestabilan nilaiNilai wang mestilah terjamin untuk jangka masa yang lama.Jika nilai sesuatu komoditi sentiasa turun naik, ia tidak akan diterima sebagai alatpertukaran.Peranan wang ialah sebagai alat penyimpanan harta dan alatpembayaran pada masa hadapan.Tahan lama.Wang mestilah tidak mudah mengalami kerosakan.Jika wang mudahrosak harta yang dikumpul dalam bentuk wang akan pupus. Contohnya wangkomoditi seperti garam.

    Mudah dibawa.Wang mestilah ringan dan senang dibawa ke merata tempat.Inimemudahkan pembayaran untuk nilai urusniaga yang besar.Mudah dibahagikan.Memudahkan pembayaran untuk urusniaga kecil atau besar.

    Jenis-jenis wangDuit syiling.Dikeluarkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia). Duit syilingmerupakan wang sah sebab diiktiraf oleh kerajaan agar diterima oleh semua orangsebagai alat bayaran . Merupakan wang tanda sebab nilai mukanya lebih

    tinggi daripada nilai logam. Contohnya 5 senwang kertas.Dikeluarkan oleh bank pusat. Wang kertas ialah wang sah tidak terhadContohnya RM1.Deposit semasa. wang yang disimpan dalam akaun semasa di bankperdagangan.Ia dianggap sebagai wang kerana pembayaran boleh dibuatmelalui cek. juga boleh ditukarkan kepada wang tunai bila-bila masa.Deposit semasa bukan wang sah maka orang ramai boleh menolaknya sebagai alatpembayaran.

    Fungsi wangSebagai alat perantaraan pertukaran. untuk membeli barang dan perkhidmatan.Encik Ali membayar RM1000 untuk membeli satu set perabot .Sebagai alat ukuran nilai.Mengukur nilai sesuatu barang atau perkhidmatan dalam

    sebutan harga. Contohnya sebuah buku bernilai RM20 dan sebuah meja berhargaRM40.Sebagai alat simpanan nilai. Individu boleh menangguhkan perbelanjaan kini danmenyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan spt kecemasan. Contohnya PuanLinda menyimpan RM1000 di BSNSebagai alat bayaran tertunda.Digunakan untuk urusniaga secara kredit (hutang).Ini bererti pengguna beli barang dan gunakannya sekarang dan pembayaran bolehdilakukan pada masa hadapan secara ansuran.Peniaga sanggup terima wang untukbayaran masa hadapan kerana nilai wang yang stabil.

    Kebaikan sistem wang berbanding dengan sistem barterSistem wang Aspek Sistem barter

    - Merupakan alatpertukaran yang __________

    - Tidak memerlukan______________serentak

    - Urusniaga berlaku denganmudah dan pelbagai hala

    Perantaraanpertukaran

    - Bukan merupakan alatpertukaran yang baik

    - Memerlukan kehendakserentak

    - Urusniaga berlakuantara dua orang sahaja.

    - Dapat mengukur nilaibarang

    - Nilai diukur dalam sebutan_______________- Boleh dibahagikan kepadaunit yang kecil

    Ukuran nilai - Tidak dapat mengukurnilai barang

    - Ada barang yang sukardibahagikan kepada unityang kecil

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    10/18

    - Nilai stabil- Merupakan alat simpanannilai yang __________

    Simpanan nilai - Ada Barang tidak ________lama

    - Tidak mempunyaisimpanan nilai yang baik

    - Berfungi sebagai alatbayaran ____________

    - Sesuai untuk urusniagakredit sebab nilainya stabil

    Bayarantertunda

    -Tidak berfungsi sebagaialat bayaran tertunda

    - Urusniaga ___________tidak boleh dijalankan sebab

    ada barang yang nilainyatidak stabil

    2. Bezakan akaun semasa dengan akaun simpanan tetap (6)

    Akaun semasa Akaun simpanan tetap

    3.. Bagaimanakah bank perdagangan boleh membantu sebuah firma yang

    menghadapi masalah kekurangan modal? (9markah)Overdraf-Hanya ditawarkan kepada pemoorahng akaun semasa.Boleh mengeluarkanwang lebih daripada baki simpanan dalam akaun.Ada had tertentu.Digunakan olehpeniaga untuk membayar bil atau membeli stok.Pinjaman bercagar-Untuk pembiayaan aset tetap seperti kilang dan tanah.Perlu adacagaran seperti geran tanah.Tempoh pinjaman melebihi 5 tahun.Kadar faedahdikenakan ke atas keseluruhan pinjaman Boleh dibayar secara ansuranMendiskaunkan bil pertukaran-merupakan satu perjanjian antara penghutang danpemiutang.Penghutang berjanji bayar sejumlah wang dalam tempoh masatertentu.Pemiutang boleh menjual bil kepada bank dan bank membeli bil itu denganharga diskaun dan bayar kepada pemiutang.

    Untuk mengurangkan penggunaan wang tunai, pihak pengurusan syarikat

    Jaya telah bercadang untuk menggunakan kemudahan pembayaran yangdisediakan oleh bank perdagangan.3. Terangkan mana-mana tigas kemudahan pembayaran tersebut. (6m)Cek-Syarikat Jaya boleh membuat dan menerima bayaran.Perintah sedia ada-Arahan kepada bank oleh pelanggan meminta bank buat bayarantetap secara berulang.Contohnya bayar sewa/ ansuran pinjaman keretaDebit langsung.Arahan kepada bank oleh pelanggan meminta bank buat bayarandalam apa jua jumlah apabila bil dikemukakan.Contohnya bayar bil elektrik

    Encik Saiful dan Encik Rajan telah membuka sebuah firma guaman danbercadang untuk membeli sebuah bangunan baru bernilai RM200 000 melaluipembiayaan bank Islam Malaysia Berhad. Mereka juga bercadang untukmembuka akaun semasa di bank tersebut. Encik Rajan juga ingin menyimpanwang tunai sebanyak RM100 000 di bank yang sama untuk mendapat pulangan4. Nyatakan dan terangkan prinsip perbankan Islam yang akan digunakan olehbank tersebut untuk perkhidmatan di atas. (9m)Membeli bagunan. Bai Bithaman Ajil bermaksud bayaran secara tertangguh iaitu

    secara ansuran. Bangunan akan dibeli oleh bank Islam dan dijual semula denganharga yang lebih tinggi termasuk margin keuntungan. Harga pembelian bangunan ituboleh dibayar secara ansuran.Akaun semasa- Wadiah. Bank bertindak sebagai pemegang amanah dan tiadapulangan dibayar kepada pemegang akaun tetapi mungkin diberi hibahAkaun pelaburan-Mudharabah bermaksud perjanjian perkongsian keuntungan. Bankakan melabur wang Encik Rajan dan keuntungan yang diperoleh akan dikongsibersama antara bank dan Encik Rajan. Kerugian akan ditanggung oleh Encik rajankecuali kerugian akibat kecuaian bank.

    5. Bank pusat ialah jurubank kepada bank perdagangan. Jelaskan (6m)Sebagai jurubank kepada bank perdagangan, bank pusat menjalankan tugas berikut.Menjaga rizab berkanun- rizab berkanun ialah simpanan wahjib bank perdagangan di

    bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterimnya.Sebagai sumber pinjaman terakhir- Bank perdagangan yang menghadapi masalahkekurangan tunai boleh meminjam dariupada bank pusat.Menyediakan akaun penjelasan- temnpat dimana pertukaran cek antara bankperdaganagan dilakukan.

    6. Bank pusat ialah jurubank kepada kerajaan. Jelaskan (10m)Menguruskan akaun kerajaan iaitu menyimpan deposit hasil kerajaan dan membuatpembayaran bagi pihak kerajaan.Mengurus hutang negara iaitu bank pusat akan mendapatkan pinjaman dari sumberdalam atau luar negeri untuk membiayai masalah kekurangan hasil kerajaan.Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan jika hasil kurang daripadaperbelanjaan kerajaan.Mengurus perniagaan pertukaran asing bagi pihak kerajaanMenjadi penasihat kepada kerajaan dalam pelaburan kerajaan.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    11/18

    7. Kenaikan harga minyak amat membebankan rakyat kerana harga barang danperkhidmatan terus meningkat.Terangkan mana-mana tiga langkah bank pusat untuk mengatasi masalahtersebut. (12m)

    Menaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun danpenawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkanpermintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurunMenaikan kadar rizab berkanun . Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun

    dan penawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkanpermintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurunMenaikan kadar rizab tunai . Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun danpenawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkanpermintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurun

    8. Jelaskan kesan tindakan bank pusat berikut ke atas ekonomisesebuah negarai. menjual surat jaminan kerajaan (3 m)

    ii. menurunkan kadar faedah (3 m)

    Apabila surat jaminan dijual, jumlah pinjaman masyarakat akan berkurang. Inimenyebabkan kuasa beli masyarakat menurun kerana penawaran wang dalamekonomi berkurang. Oleh itu permintaan barang dan perkhidmatan menurun.Apabila kadar faedah diturunkan, penawaran wang dalam ekonomi akan meningkat.Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat meningkat dan seterusnya permintaanbarang dan perkhidmatan meningkat.

    9. Bagaimanakah Institusi kewangan bukan bank menggalakkan pelaburandalam negara? (9m)Memberikan pinjaman kepada masyarakat. BSN menawarkan pelbagai pinjaman sptpinjaman perumahan . Syarikat insurans juga menyediakan pinjaman untuksidiinsurans untuk tujuan pelaburan seperti beli harta benda atau perniagaan.Melaksanakan pelbagai projek pelaburan. BSN melaburkan modal untuk membelipelbagai aset tetap. LTH melaburkan wang dalam projek yang halal sepertiperladangan dan hartanah.Menyalurkan tabungan untuk pelaburan. Institusi kewangan bukan bank memberipinjaman kepada sektor kerajaan dan swasta untuk membiayai projek pelaburan.Ia juga membeli sekuriti hutang kerajaan dan sekuriti hutang korporat.

    10. Bandingkan bank saudagar dengan bank perdaganganPersamaan antara bank saudagar dengan bank perdagangan ialah-Motif untung-Milik swastaPerbezaannya

    Bank saudagar Bank perdagangan

    Pelanggannya

    Menyediakan jaminan terbitan saham

    Tidak menyediakan akaun semasa

    11. Bezakan bank perdagangan dengan bank pusat (6)

    Bab 2: Kegiatan Ekonomi Negara

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Strukturekonomi

    (S3)

    *

    Masalah dankesansektor utama

    *

    Faktorperubahan

    *

    Kesan

    perubahan

    Hasilkerajaan

    Perbelanjaankerajaan

    Tujuanbelanjawan

    *

    Hutangnegara

    *

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    12/18

    1. Bezakan sektor utama dengan sektor kedua (4)

    Sektor utama Sektor kedua

    Struktur ekonomi Malaysia pada masa kini tertumpu kepada sektor kedua danketiga berbanding pada awal kemerdekaan.2. Terangkan mana-mana tiga faktor yang mendorong perubahan strukturekonomi seperti dalam perayataan di atas (6m)Faktor yang menyebabkan perubahan di atas ialahi. Langkah mempelbagaikan ekonomi. Kerajaan mempelbagaikan ekonomi denganmemberi tumpuan kepada sektor kedua dan ketiga. (2m)ii. Kehausan sumber asli negara. Sumber seperti bijih timah semakin pupus dan tidakbolehdiperbahrui. (2m)iii. Galakan industri penggantian import. Kerajaan telah menggalakkan industripenggantian import dan ini telah membantu perkembangan dalam sektor kedua danketiga.(2m)iv. Peningkatan dalam pendapatan negara. Sektor kedua menggunakan tekonogi

    terkini dan daya pengeluarannnya tinggi. Ini akan meningkatkan keluaran negara(2m)v. Meningkatkan taraf hidup. Sektor kedua menyerap lebih ramai tenaga buruh. Inimenyebabkan pendapatan masyarakat meningkat dan taraf hidup penduduk turutmeningkat(2m)

    2. Terangkan kesan pergantungan ekonomi negara kepada sektorutama dari segi gunatenaga (6m)

    Kesan pergantungan ekonomi negara ke atas guna tenaga ialahi. Pelaburan berkurangan. Pelaburan dalam sektor utama berkurangan keranapendapatan sektor utama tidak stabil. Ini akan menyebabkan kehilangan peluangpekerjaan dan kadar pengangguran di sektor utama meningkat (3m)ii. Penghijrahan penduduk desa. Kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor utamamenyebabkan penduduk desa berhijrah ke bandar. Ini kerana aktiviti perkilangan dan

    perkhidmatan tertumpu di bandar(3m)

    3. Nyatakan dan terangkan mana-mana tiga jenis cukai langsung. (6m)Cukai pendapatan syarikat- dikenakan ke atas keuntungan syarikat.Cukai pendapatan perseorangan- dikenakan ke atas pendapatan individuCukai pendapatan petroleum-dikenakan ke atas pendapatan syarikat petroleum

    Cik Salwa Encik Vincent(wartawan Berita KL) (pensyarah ekonomi )

    4. Adakah anda setuju dengan pandangan Encik Vincent?Berikan alasan anda. (9m)

    Saya bersetuju. Antara kelebihan pinjaman dari sumber dalam negeri ialahPinjaman dalam negeri dikenakan kadar faedah yang rendah berbanding denganpinjaman luar negara.Pinjaman dalam negara juga dikenakan syarat yang fleksibel manakala pinjaman luarnegara dikenakan syarat yang ketat.Pinjaman dalam negara tidak melibatkan risiko kenaikan kadar pertukaran asing

    manakala pinjaman luar negara melibatkan risiko kenaikan kadar pertukaran asing.Pinjaman dalam negara tidak melibatkan aliran keluar wang manakala pinjaman luarnegara melibatkan aliran keluar mata wang

    5.Bezakan perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan (6)

    Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan

    Merupakan perbelanjaan semasaUntuk operasi kerajaan berjalan lancar

    Contohnya emolumen

    Encik Vincent, apa padangan tuantentang tindakan kerajaanmendapatkan pinjaman dari dalamnegara untuk membiayai projek lebuhraya bernilai RM10 bilion? Saya rasaada banyak bank negara asing yangsanggup membiayai projek tersebut.

    Saya setuju dengantindakan kerajaan tersebut.Lebih baik jika kitamembiayai projek itudengan menggunakansumber pinjaman dalamnegara.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    13/18

    Bab 3: Hubungan Ekonomi Antarabangsa

    Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

    Perdaganganantarabangsa

    *

    Imbanganperdagangandan

    pembayaran

    *

    Pertukaranasing

    *

    KPA *KesanperubahanKPA

    *

    Kesanperubahaneksport danimport

    *

    Syarikat buku Dinamik merupakan pengeluar buku cerita

    kanak-kanak di Malaysia. Buku keluaran syarikat ini dipasarkan di seluruh negara dan juga beberapa negara lainseperti Brunei, Singapura dan Australia

    1. a. Nyatakan jenis aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh syarikatbuku Dinamik. (2m)

    b. Terangkan dua persamaan dan dua perbezaan antarakedua-dua jenis aktiviti perdagangan yang diayatakan dalambahagian a (8m)

    a. Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa.b. Dua persamaan antara kedua aktiviti perdagangan tersebut ialah

    kedua-duanya bermotifkan keuntungan iaitu keluarkan barang dengan kos

    yang rendah dan jual semula dengan harga yang lebih tinggi.Kedua-duanya meningkatkan taraf hidup iaitu menyediakan pelbagai pilihanbarang kepada pengguna

    Perdagangan dalam negeri Perdagangan antarabangsaMenggunakan matawang yang sama Menggunakan matawang yang berbeza.

    Jarak dekat dan kos pengangkutanrendah

    Jarak jauh dan kos pengangkutan tinggi

    2. Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas kadar pertukaran ringgitMalaysiai. Malaysia mengeksport 1 000 tan kayu balak ke Jepun (3m)

    ii. Malaysia melancarkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia (3m)

    i. Permintaan ringgit meningkat. Penawaran ringgit tidak berubah. Berlaku lebihanpermintaan ringgit. kadar pertukaran ringgit Malaysia akan meningkat.ii. Penawaran ringgit Malaysia menurun. Permintaan ringgit tidak berubah. Berlaku

    lebihan permintaan ringgit. Kadar pertukaran ringgit akan meningkat.

    3.Bezakan imbangan dagangan dengan imbangan pembayaran (4)

    Imbangan dagangan Imbangan pembayaran

    4. Bezakan tarif dengan kuota (4m)Tarif ialah cukai ke atas barang import manakala kuota ialah sekatan ke atas kuantitibarang yang boleh diimport.Tarif membawa hasil kepada kerjaan manakala kuota tidak membawa hasil kepada

    kerajaan

    Wakil persatuan pengeluar Wakil Kementerian KewanganPerabot Malaysia

    5. Nyatakan kesan kepada industri perabot tempatan jika cadangantersebut diterima oleh pihak kerajaan. (5m)

    - Pengeluar perabot menanggung kos yang rendah- Harga perabot tempatan secara relatif lebih murah- Permintaan perabot tempatan akan meningkat- Pengeluaran perabot tempatan akan meningkat- Keuntungan pengeluar akan meningkat-Pelaburan firma dalam industri perabot tempatan akan meningkat-Banyak peluang pekerjaan

    Kami amat berharap kerajaanakan memberi subsidi untukpengeluar perabot tempatan

    Terima kasih atas cadangan ini.Saya akan memaklumkancadangan persatuan tuan kepadapihak kementerian kewangan

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    14/18

    Tahun 2006 2007 2008 2009 2010

    Eksport 500 540 600 650 700

    Import 400 440 480 520 540

    Eksport dan Import barangan Malaysia (RM bilion)

    6. Dengan menggunakan kertas graf , lukiskan graf garisan yang menunjukkanarah aliran eksport dan import Malaysia antara tahun 2006 hingga 2010 (6m)

    RM bilion

    700 . Eksport.

    600 . .Import. .

    500 . ..

    400 .

    300

    200

    100

    Tahun0 2006 2007 2008 2009 2010

    Mata wang asingTahun

    2010 2011

    Dolar Singapura 0.43 0.41

    Pound Sterling 0.15 0.18

    Jadual di atas menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiapringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura dan Pound Sterling pada tahun2010 dan 2011.

    7. a. Tentukan kadar pertukaran antara dolar Singapura dengan Pound Sterlingpada tahun 2011. (2m)

    b. Terangkan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysia akibatperubahan kadar pertukaran asing pada tahun 2011 berbandingtahun 2010 (8m)

    a. S$1 = 0.44b. Nilai Ringgit Malaysia telah menurun berbanding dengan dolar Singapura.Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Singapura menurun dan jumlah eksportMalaysia kesingapura meningkat. Jumlah import dari Singapura akan menurunkerana harganya meningkat. Imbangan dagangan Malaysia menjadi positif keranajumlah nilai eksport lebih daripada jumlah nilai import.

    Nilai Ringgit Malaysia telah meningkat berbanding dengan pound Sterling.Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Britain meningkat dan jumlah eksportMalaysia ke Britain menurun. Jumlah import dari Britain akan meningkat keranaharganya menurun. Imbangan dagangan Malaysia menjadi negatif kerana jumlahnilai import lebih daripada jumlah nilai eksport.

    8.Kenalpasti matawang yang diperlukan untuk setiap urusniaga perdaganganantarabangsa di bawah

    i. Jepun mengimport perabot dari Malaysiaii. Iran memesan lebih banyak minyak sawit dari Malaysiaiii. Keluarga Firdaus melancong ke Thailand

    iv. Syarikat Setia mengimport 1000 tan kayu balak dari Indonesia

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    15/18

    Kajian kes 1

    Encik Kumar merupakan seorang guru yang baru bersara dan menerimaganjaran sebanyak RM140 000 daripada kerajaan. Beliau telah memikirkanbeberapa cara untuk menggunakan wang tersebut untuk menambahkanpendapatannya dan membuat keputusan untuk membuka sebuah pusatbimbingan Bahasa Inggeris digelar Kolej Pro English di Kepong, Kuala

    Lumpur. Beliau telah menyewa sebuah bangunan dua tingkat danmenggajikan empat orang guru untuk mengendalikan pusat bimbingantersebut.

    Permintaan untuk kelas Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh kolej tersebutmendapat sambutan hangat di kalangan pelajar sekolah dan juga pelajardewasa disebabkan dasar kerajaan menggalakkan penguasaan BahasaInggeris di kalangan rakyat Malaysia. Kajian yang dibuat oleh Encik Kumarmendapati keanjalan harga permintaan untuk kelas bimbingan bahasaInggeris adalah seperti yang digambarkan oleh keluk permintaan di bawah.

    Harga (RM)

    D

    D

    0 Kuantiti (bil pelajar)

    Berdasarkan kajian tersebut, Encik Kumar bercadang untuk menaikkanyuran agar keuntungan kolejnya meningkat.

    Baru-baru ini sebuah syarikat dari negara Indonesia telah menghubungidengan Encik Kumar untuk membuka kolej Pro English di Jakarta. EncikKumar menolak tawaran syarikat itu dan bercadang untuk mengembangkanperniagaannya di Malaysia.

    Berdasarkan kajian kes tersebut, jawab soalan berikut.

    a. Selain membuka perniagaan, terangkan tiga cara lain yang bolehdigunakan oleh Encik Kumar untuk menggunakan wang ganjaran tersebutuntuk menambahkan pendapatannya. (6m)

    b. i. Nyatakan dua jenis input yang digunakan oleh pusat bimbingantersebut. (2m)

    ii. Berikan dua perbezaan antara dua jenis input tersebut (4m)

    c. Adakah anda setuju dengan cadangan Encik Kumar untuk menaikkanyuran?

    Berikan alasan anda. (4m)

    d. Selain dari faktor dasar kerajaan, terangkan tiga faktor lain yang mungkinmenyebabkan peningkatan permintaan untuk kelas bimbingan BahasaInggeris (6m)

    e. Adakah anda setuju dengan tindakan Encik Kumar untuk menolak tawaranmembuka kolej di Indonesia?

    Berikan alasan anda (3m)

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    16/18

    Kajian kes 2

    Puan Malisah merupakan pengurus pengeluaran sebuah kilang kasut danmenerima pendapatan bulanan sebanyak RM11 000. Setelah berkhidmatselama 21 tahun, beliau telah meletak jawatan dan membuka sebuah kilangkasut sendiri yang mengeluarkan pelbagai kasut sukan jenama Jogger.

    Memandangkan permintaan tinggi untuk keluaran kilangnya, Puan Malisahtelah mencagarkan 100 ekar tanah miliknya untuk memperoleh pinjamansebanyak RM5 juta daripada sebuah bank perdagangan untuk membelibeberapa mesin baru serta menghantar pekerja untuk mengikuti latihanberkaitan pengeluaran kasut. Dua buah mesin telah diimport dari Br itainbernilai 200 000. Kadar pertukaran asing semasa pembelian mesin itu ialahRM1 = 0.154. Penggunaan mesin baru ini telah mampu meningkatkanpengeluaran kilang ini sebanyak 30%. Kini beliau mempunyai 800 orangpekerja.

    Setahun kemudian, kilangnya telah mendapat tempahan kasut dariIndonesia bernilai RM60 juta yang perlu dihantar secara berperingkat selama

    lima tahun. Untuk dua tahun pertama kilang Pn Malisah tidak menghadapisebarang masalah. Pada tahun ketiga, akibat kegawatan ekonomi dunia,pihak pengimport di Indonesia telah membatalkan pesanan kasutmenyebabkan kilangnya terpaksa mengurangkan waktu operasi kilang.Persaingan sengit daripada kasut import juga menjejaskan permintaan kasutkeluaran kilangnya di Malaysia. Pn Malisah telah berjumpa denganpengerusi kesatuan sekerja kilangnya dan menyatakan hasratnya untukmemberhentikan 40% daripada pekerjanya dan bercadang untukmenggunakan kaedah intensif modal.

    a. Jelaskan jenis pinjaman yang mungkin ditawarkan oleh bank perdagangan

    kepada Syarikat milik Puan Malisah (4m)

    b. Terangkan dua lagi bentuk pelaburan yang boleh dilakukan oleh SyarikatMalisah selain yang dinyatakan dalam kes di atas. (4m)

    c. Kirakan nilai mesin yang diimport dari Britain dalam sebutan ringgitMalaysia (2m)

    d. Cadangkan tiga cara kerajaan boleh mengurangkan persaingan kasutimport ke atas kasut tempatan. (6m)e. Terangkan kesan penggunaan kaedah intensif modal ke atas pasaranburuh Malaysia. (3m)

    f. Jelaskan bagaimana dasar belanjawan boleh digunakan untuk mengatasimasalah kegawatan ekonomi. (6m)

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    17/18

    Kajian kes 3

    Kajian kesMaklumat di bawah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan tigaorang individu.

    Encik Anuar bekerjasebagai pegawai bank

    dan menerimapendapatan bulanansebanyak RM4 500.Isterinya merupakanpemilik Tadika PTK danmenerima pendapatansebanyak RM3 500sebulan. Perbelanjaanbulanan keluarga Encik

    Anuar ialah RM 8 500.baru-baru ini Encik

    Anuar telah memohon

    pinjaman peribadisebanyak RM15000 dariBank SimpananNasional untukmenampungperbelanjaannya.

    Encik Wongmerupakan

    pemilik kedai kekTamania danmenerimapendapatanbulanansebanyakRM5 000.Perbelanjaanbulanan ialah RM4 500.Encik Wongmenyediakan

    belanjawanperibadi setiapbulan danberbelanja ikutperancangannya.

    Encik Kumar merupakanseorang pengusaha pusat

    tuisyen dan menerimapendapatan bersih sebanyakRM50 000 setahun. Isterinyatidak bekerja dan beliaumempunyai lima orang anakyang masih bersekolah.Beliau telah membelanjakanRM2 000 untuk rawatanibunya dan membeli bukudan majalah bernilai RM400setahun. Bayaran premiuminsurans nyawa pada tahun

    berkenaan ialah RM4 000Perbelanjaan keluarga EncikKumar pada tahunberkenaan ialahRM 45 000

    Pelepasan cukai yang dibenarkanPelepasan diri RM8 000Pelepasan isteri RM3 000Pelepasan anak di bawah tanggungan RM8000 seorangPelepasan Caruman KWSP dan insurans nyawa sehingga RM 5 000

    Pelepasan rawatan ibu bapa sehingga RM5 000Pelepasan belian buku dan majalah sehingga RM500

    Kadar cukai pendapatanRM2 500 pertama 0%RM2 500 berikut 1%RM5 000 berikut 3%RM15 000 berikut 5%RM15 000 berikut 8%

    Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soalan berikut.a.Individu manakah tidak membelanjakan pendapatannya dengan bijak

    dan berikan alasan anda (4m)

    Encik Anuar kerana perbelanjaan melebihi pendapatan sebanyak RM500.

    b. i. kenalpasti jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Anuar dan Encik

    Wong. (2m)ii. Berikan dua perbezaan antara dua jenis pendapatan tersebut. (4m)

    i. Encik Anuar menerima upah dan Encik Wong menerima untung.ii. Upah ialah ganjaran kepada buruh manakala untung ialah ganjaran kepada

    usahawan. Upah diterima kerana menyumbangkan tenaga mental dan fizikaldalam proses pengeluaran manakala untung diterima kerana menggabungkanfaktor pengeluaran.

    c.Kirakan cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Kumar. (9m)

    Pendapatan tahunan RM 50 000

    Pelepasan cukai: RM8000+RM3000+ RM2000+RM400+RM4000+RM4000: RM21 400

    Pendapatan boleh cukai: RM50 000- RM21 400: RM28600

    Cukai pendapatan:(RM2500X0%)+ (RM2500x1%)+ (RM5000x3%)+ (RM15000x5%)+ (RM3600x8%)

    =RM1213

    d. Berikan tiga kebaikan yang dinikmati oleh Encik Wong keranamenyediakan belanjawan peribadi (6m)

    Tiga kebaikan ialah- Mendahulukan perkara penting seperti makanan dan sewa rumah serta tangguhkanperbelanjaan kurang penting.- Membolehkan individu menabung untuk menghadapi waktu kecemasan sepertikemalangan- Mengelakkan masalah hutang iaitu berbelanja melebihi pendapatan.

  • 7/30/2019 Ramalan Ekonomi Asas Spm 2012 Cikgu Karthik

    18/18

    Topik di bawah berdasarkan soalan percubaan negeri lain

    Tajuk penting Tingkatan Empat

    1. Pengenalan kepada ekonomi- Kenalpasti unit ekonomi (IFK)- Bezakan unit ekonomi (peranan, matlamat)- Kenalpasti faktor pengeluaran (TBMU)

    - Bezakan faktor pengeluaran (definisi,ganjaran)- Ekonomi campuran (kenalpasti , ciri, peranan kerajaan, penyelesaian

    masalah)

    2. Pendapatan dan penggunaan- Bezakan kerjaya- Buat keputusan pemilihan pekerjaan- Bandingkan dua iklan kerjaya- Kenalpasti jenis pendapatan- Kira potongan wajib (KWSP, Perkeso)- Beza PBG dan PBC- Beza tabungan dengan pelaburan- Cara tambah pendapatan

    - Kesan tidak membuat belanjawan

    3. Isirumah sebagai pengguna- Beza isirumah dengan firma- Lukis keluk dan terangkan (pembentukan/ hubungan)- Kesan perubahan KWSP/cukai pendapatan ke atas permintaan- Keanjalan (contoh barang/ tindakan penjual/tafsir)

    4. Firma- Beza isirumah dengan firma- Fungsi pengeluaran jangka pendek (hitung, jenis input, hubungan)- Perubahan kuantiti dengan perubahan penawaran- Penentu (kesan dpd peristiwa)

    5. Pasaran- Beza iriumah dengan firma- Permintaan pasaran- Situasi pasaran buruh (kesan kpd permintaan, penawaran, keadan, kadar

    upah)

    Tajuk penting Tingkatan Lima

    1. Wang, bank dan institusi kewangan bukan bank- Beza wang kertas dengan deposit semasa- Ciri /fungsi wang- Beza akaun semasa dengan akaun simpanan tetap- Pilihan jenis simpanan (alasan)- Beza pinjaman bercagar dengan overdraf

    - Cara atasi masalah kekurangan modal- KWSP/BSN Logo dan peranan- Bank pusat-fungsi

    2. Ekonomi Negara- Beza sektor utama dengan sektor kedua (aktiviti/contoh)- Masalah dan kesan sektor utama- Faktor mendorong perubahan SEN- Kesan cukai (cukai pendapatan @duti import) / kesan belanja (subsidi)- Kenalpasti jenis hutang/ beza/ tujuan

    3. Ekonomi antarabangsa- Persamaan

    - Kenalpasti jenis perdagangan- Jenis eksport dan import- nampak dan tak nampak (ciri / hitung / beza)- Beza tarif dengan kuota- Beza imb dagangan dengan imb pembayaran- Kenalpasti jenis matawang- Perubahan kadar (kesan ke atas eksport dan import)

    30 31