Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

5

Click here to load reader

Transcript of Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

Page 1: Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 5

1. Tema Pelajaran / Topik Tajuk : 3.3.14- Adab Bekerja

2. Objektif Pembelajaran

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

3. Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

Aras 11. Menyatakan contoh-contoh pekerjaan yang halal dan

haram.2. Menyenaraikan adab-adab bekerja

Aras 21. Menyenaraikan kepentingan adab bekerja2. Menyatakan akibat mengabaikan adab bekerja

Aras 31. Menyenaraikan hikmah adab bekerja.2. Menyenaraikan cara meningkatkan prestasi kerja.

4. Penilaian / Refleksi

1. Adakah pilihan topik yang dibuat selaras dengan keperluan kehidupan harian?

2. Adakah guru benar-benar memahami isi kandungan topik yang dipilih dan telah menyampaikan dengan berkesan?

3. Adakah murid merasa gembira semasa proses pembelajaran

ini?

5. Peruntukan Masa

60 minit

6. Ciri-Ciri Kelas

Tingkatan / Tahun

Pengetahuan Sedia Ada

Tahun 5

Murid biasa melihat orang bekerja

Page 2: Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

7. Liputan Kurikulum

Topik ini meliputi contoh-contoh pekerjaan, adab bekerja, dan cara meningkatkan prestasi kerja.

8. Persediaan Guru Bukan TMK

1. Kertas edaran- contoh pekerjaan yang halal dan haram

2. Carta - Adab bekerja.

3. Buku teks Pendidikan Islam Tahun 5. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Tahun 5.

Pengarang :Mohd.Zaini bin Yahya Afendi bin Sahi Zulhazmi bin OmarPenerbit : DBP & KPM Muka surat : 103

4. Lembaran kerja - Mengklasifikasikan kepentingan adab bekerja

bekerja dan akibat mengabaikan adab-adab bekerja.

9. Penerapan TMK

1. Murid dapat pengetahuan dan kemahiran tentang persembahan MS PowerPoint, internet dan memuat turun data kedalam MS Word.

2. Mengintegrasi MS Word, MS Powerpoint dan internet.

3. Melayari internet untuk memperoleh maklumat berkaitan pekerjaan

10. Persediaan TMK

1. Menyediakan dokumen-dokumen MS PowerPoint dan MS Word untuk digunakan dalam penerangan.

2. Menyediakan satu set slaid contoh pekerjaan yang halal dan haram, adab bekerja dan kepentingan bekerjadan akibat mengabaikan adab bekerja.

3. Menyediakan soalan menggunakan perisian Hot

Potato dan MS PowerPoint.

11. Aktiviti Pelajaran

1. Tayangan slaid dan video orang sedang bekerja

2. Soaljawab berkaitan tajuk.

3. Membezakan pekerjaan yang halal dan haram

Page 3: Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

4. Menyaksikan klip video suasana orang sedang bekerja dan persembahan dalam MS Power Point.

5. Sumbangsaran berkaitan adab bekerja

6. Perbincangan kepentingan adab bekerja dan akibat mengabaikan adab bekerja

7. Akses internet berkaitan pekerjaan

8. Penghasilan tugasan melalui lembaran kerja.

12. Aktiviti Guru

1. Menayangkan slaid dan video suasana orang sedang bekerja. Mengemukakan soalan yang berkaitan. Contoh:

- Apakah aktiviti yang sedang dilakukan di dalam paparan ini?

2. Guru meminta murid membuat klafikasi antara kerja yang halal dan haram.

3. Pengajaran menggunakan persembahan BBM dalam MS PowerPoint.

4. Meminta murid berbincang tentang adab bekerja.

5. Meminta murid menyenaraikan kepentingan adab bekerja dan akibat tidak mengamalkannya.

6. Membimbing murid mengakses internet berkaitan pekerjaan bagi menambah pengetahuan.

7. Memantau kerja murid dalam lembaran kerja yang diberi.

13. Aktiviti Pelajar

1. Menyaksikan slaid dan video sambil mencari jawapan kepada soalan guru.

2. Memerhati dan berfikir mengenai pekerjaan yang halal dan haram.Murid-murid lain memerhati, berfikir dan memberi makllum balas.

3. Murid belajar dengan bantuan BBM dalam slaid MS PowerPoint untuk memahami isi pelajaran.

4. Sumbangsaran tentang adab bekerja

.5. Murid mengakses internet bagi menambah

pengetahuan.

6. Murid membuat lembaran kerja tentang kepentingan adab bekerja dan akibat mengabaikannya.

7. Murid menghantar tugasan kepada guru.

14. Keperluan Khusus Komputer dan LCD

15. Laman Web

1. www.orangekid.biz/gallery 2. www.privlacica.hr/doktor.htm l

Page 4: Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

3. http://ansatte.hig.no/~frodeh/video

16. Literasi

amanah, halal, haram.

17. Numerasi

Tidak berkaitan.

18. Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK

Bahan rujukan TMK :1. Slaid persembahan sebagai BBM.

2. Perisian MS Word, MS Power Point dan MS Excel.

3. Internet dan laman web.

Bahan rujukan bukan TMK :1. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Tahun 5.

Pengarang :Mohd.Zaini bin Yahya Afendi bin Sahi Zulhazmi bin OmarPenerbit : DBP & KPM Muka surat : 103

2. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 5.

Pengarang: Mohd.Zaini bin Yahya Afendi bin Sahi Zulhazmi bin Omar

Penerbit : Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia.

19. Penerapan Nilai Murni

1. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

2. Memupuk silaturrahim.

3. Bermuafakat dalam melaksanakan amalan harian yang baik.

4. Kasih sayang.

5. Amanah.

20. Kemahiran Berfikir 1. Mengklasifikasikan diantara kepentingan adab bekerja dan

Page 5: Rancangan mengajar pendidikan islam tahun 5

akibat mengabaikan adab bekerja.