rancangan mengajar pengaratan

3
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 : Tema : Menyiasat Alam Bahan Tajuk : Pengaratan Sub Topik : Pengaratan Tempoh : 60 minit Tahun : 4 Objektif Pembelajaran : Memahami sesetengah bahan boleh berkarat Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat; i) Menyatakan cara-cara yang berlainan untuk mencegah daripada berkarat. ii) Menerangkan bagaimana cara-cara berlainan yang boleh mencegah pengaratan. Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Konstruktivisme, Kontekstual - Strategi – Pengalaman lepas, perbincangan, kajian lapangan. Fasa (Masa) Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Benda berkarat dan tidak berkarat -Guru menunjukkan serta mengedarkan dua benda maujud iaitu benda berkarat serta tidak berkarat Kemahiran saintifik: Komunikasi

Transcript of rancangan mengajar pengaratan

Page 1: rancangan mengajar pengaratan

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Pengaratan

Sub Topik : Pengaratan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

Objektif Pembelajaran : Memahami sesetengah bahan boleh berkarat

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

i) Menyatakan cara-cara yang berlainan untuk mencegah daripada berkarat.

ii) Menerangkan bagaimana cara-cara berlainan yang boleh mencegah pengaratan.

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Konstruktivisme, Kontekstual

- Strategi – Pengalaman lepas, perbincangan,

kajian lapangan.

Fasa(Masa)

Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Benda berkarat dan tidak berkarat

-Guru menunjukkan serta mengedarkan dua benda maujud iaitu benda berkarat serta tidak berkarat kepada murid. Cth, paku berkarat dan penyangkut baju.

-Guru menyoal apakah hasil pemerhatian dan penemuan murid terhadap barang yang dipamerkan itu.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Menghormati

Page 2: rancangan mengajar pengaratan

Pencetusan Idea

(10 minit)

Mengenalpasti bahan berkarat dan tidak berkarat

-Murid diberi masa selama 5 minit untuk mencari dan mencatatkan bahan-bahan yang didapati berkarat dan tidak berkarat di sekeliling sekolah.

-Murid diminta menjelaskan penemuan setiap kumpulan berserta perbezaan fizikal ke atas kedua-dua bahan tersebut.

Kemahiran saintifik:Pemerhatian

Nilai murni :Berhati-hati

Penstrukturan Idea

(20 minit)

Membina jadual dan menerangkan faktor penyebab pengaratan

-Murid diminta membina jadual dalam kumpulan yang menyenaraikan bahan berkarat dan bahan tidak berkarat serta menerangkan lebih lanjut di hadapan kelas.

-Berdasarkan pengalaman murid pada Tahun 3, murid diminta menerangkan mengapa bahan-bahan tersebut boleh berkarat.

Kemahiran saintifik:Klasifikasi, Komunikasi

Nilai Murni :Bekerjasama

Aplikasi Idea(20 minit)

Cara-cara mencegah pengaratan

-Berdasarkan pengamatan di luar kelas sebentar tadi, murid diminta membina satu peta minda mengikut kumpulan tentang bagaimana cara-cara mencegah pengaratan daripada berlaku berserta contoh yang sesuai.

Kemahiran saintifik:Analisis data

Nilai Murni :Berjimat-cermat

Refleksi(5 minit)

Pembentangan cara-cara mencegah pengaratan

-Murid diminta membentangkan peta minda di hadapan kelas.

-Guru menilai dan membincangkan hasil kerja murid.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai Murni :Berani