Rancangan Pengajaran Harian Asid Dan Alkali

download Rancangan Pengajaran Harian Asid Dan Alkali

of 2

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Asid Dan Alkali

  • 7/29/2019 Rancangan Pengajaran Harian Asid Dan Alkali

    1/2

    Rancangan Pengajaran Harian

    Tema : Menyiasat Alam Bahan

    Tajuk : Asid dan Alkali

    Tempoh : 60 Minit

    Tahun : 5 cemerlang

    Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan berasid,dan beralkali

    Hasil pembelajaran : Pada akhir p&p murid dapat:

    Mengenalpasti bahan berasid, dan beralkali menggunakan kertas

    litmus

    Pendekatan/Kaedah/Strategi : Inkuiri-penemuan, Eksperimen

    Fasa ( masa) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Catatan

    Set Induksi

    ( 5 minit )

    1. Murid meneka objek yang terdapat

    dalam kotak misteri2. Murid diberikan beberapa pembayang

    sebagai bantuan.

    Contoh bahan:

    Limau, nenas,panadol dan syampu

    3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran

    BBB: limau, nenas,panadoldan syampu

    KPS: Meramal

    Pencetusanidea

    ( 10 minit )

    1. Murid diminta mengelaskan rasa

    bahan-bahan kepada masam dan

    pahit dalam carta yang dilekatkan dipapan tulis

    2. Murid dan guru berbincang carta yang

    telah dilengkapkan.

    3. Murid ditunjukkan kertas litmus dan

    kegunaannya oleh guru.

    BBB: Carta, kertas litmus

    KPS: Mengelas

  • 7/29/2019 Rancangan Pengajaran Harian Asid Dan Alkali

    2/2

    Penstrukturan

    semula idea

    ( 30 minit )

    1. Murid dibahagikan kepada empat

    kumpulan.

    2. Setiap kumpulan diberikan bahan-

    bahan untuk diuji dengan

    menggunakan kertas litmus.

    Contoh bahan:

    Limau,nenas,panadol dan syampu

    3. Murid menjalankan eksperimen

    dengan bimbingan guru.

    4. Murid merekodkan hasil pemerhatian

    dalam borang yang diberikan.

    BBB:

    Limau,nenas,panadol,syampu

    dan kertas litmus merah dan

    biru.

    KPS:

    Mengeksperimen,memerhati.

    Pengaplikasian

    idea

    (10 minit)

    1. Setiap kumpulan membentang hasil

    eksperimen masing-masing.

    2. Murid dibimbing oleh guru

    mengelaskan bahan kepada bahan

    berasid,dan beralkali hasil daripada

    keputusan eksperimen.

    - Kertas litmus biru menjadi merah

    ialah asid

    - Kertas litmus merah menjadi biru

    ialah alkali.

    KPS: Mengelas

    Refleksi

    ( 5 minit )

    1. Murid melengkapkan lemberan kerja

    yang diedarkan sebagai pengukuhan.

    BBB: Lemberan kerja.