Rancangan Pengajaran Slot

5
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT Kelas : Prasekolah Ceria Tarikh : 20 April 2015 Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit) Bilangan pelajar : 25 orang Modul : Bertema Tema / Tajuk : Haiwan / Haiwan Peliharaan Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti Standard Kandungan : KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni (Aplikasi seni). Standard Pembelajaran : KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan. Kesepaduan Tunjang : PSE 3.2.3 Berkongsi barangan dan peralatan seperti permainan, makanan. Objektif pengajaran : pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Memanipulasi tiga daripada lima bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan dalam aktiviti “Haiwan Kesayanganku”. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal jenis haiwan peliharaan. Kemahiran berfikir (KB) : menjana idea, menghubung kait

Transcript of Rancangan Pengajaran Slot

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT Kelas: Prasekolah CeriaTarikh: 20 April 2015Masa: 9.00 9.30 pagi (30 minit)Bilangan pelajar : 25 orangModul: BertemaTema / Tajuk: Haiwan / Haiwan PeliharaanTunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika KreativitiStandard Kandungan : KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni (Aplikasi seni).Standard Pembelajaran : KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan.Kesepaduan Tunjang: PSE 3.2.3 Berkongsi barangan dan peralatan seperti permainan, makanan.Objektif pengajaran : pada akhir pelajaran murid dapat :1. Memanipulasi tiga daripada lima bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan dalam aktiviti Haiwan Kesayanganku.Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal jenis haiwan peliharaan.Kemahiran berfikir (KB) : menjana idea, menghubung kaitPenerapan nilai : mengikut arahan, berkerjasama, mengikut giliran, berhati-hatiBahan bantu mengajar : video, lagu kanak-kanak, laptop, media tayangan, kertas warna, beg kertas, pensel warna, gunting, gam, kapas, warna air.Fokus MI/KP : visual-ruang, intrapersonal, interpersonal, muzik, bahasaKosa kata : kucing, lembu, kambing, itik, arnab

LANGKAH / MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi(3 minit)Menyanyi lagu Haiwan Peliharaan

Guru menunjukkan lirik lagu dan menyanyikan lagu Haiwan Peliharaan.

Guru menunjukkan pergerakan mengikut lagu.

Guru meminta murid mengikut guru menyanyi dan melakukan pergerakan yang diajar. BBM : video, lagu kanak-kanak, laptop, media tayangan.

Nilai : mengikut arahan

MI/KP : muzik, intrerpersonal

Langkah 1(5 minit)Penerangan cara membuat topeng haiwanGuru membuat penerangan mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat topeng.

Guru menunjukkan contoh topeng daripada beg kertas yang dibuat.

Guru memberikan bahan-bahan yang diperlukan murid untuk membuat topeng.

Guru menunjukkan cara membuat topeng langkah demi langkah.

BBM : kertas warna, beg kertas, pensel warna, gunting, gam, kapas, warna air.

KB : menghubung kait.

MI/KP : visual-ruang, intrapersonal, interpersonal

Nilai : mengikut arahan

Langkah 2(12 minit)Melukis, menggunting dan mencantum topengMurid melukis topeng berdasarkan haiwan yang mereka suka.

Murid menggunting topeng yang dilukis mengikut kreativiti sendiri.

Guru membantu murid yang memerlukan bimbingan.

Guru meminta murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.BBM : kertas warna, beg kertas, pensel warna, gunting, gam, kapas, warna air.

KB : menjana idea

MI/KP : visual-ruang, intrapersonal, interpersonal.

Nilai : mengikut arahan, berhati-hati, mengikut giliran, berkerjasama.

Langkah 3(7 minit)Bercerita mengenai haiwan yang disukai berdasarkan topeng haiwanGuru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas dan bercerita mengenai topeng yang murid lakukan.

Murid bercerita tentang haiwan yang mereka sukai berdasarkan topeng yang direka.

Guru mengemukakan soalan kepada murid mengenai kaitan topeng dengan haiwan yang dipelihara murid.

Murid membuat perkaitan mengenai topeng haiwan dan haiwan yang mereka pelihara.BBM : topeng haiwan

KB : menjana idea, menghubung kait.

MI/KP : kecerdasan bahasa, visual-ruang, intrapersonal, interpersonal.

Nilai : mengikut arahan, berhati-hati, mengikut giliran, berkerjasama.

Penutup (3 minit)Haiwan peliharaan di rumahGuru membuat rumusan dengan bertanya soalan mengenai haiwan peliharaan yang berada di rumah.

Murid menjawab soalan guru dan menyatakan haiwan yang dipelihara oleh keluarga mereka.KB : menjana idea, menghubung kait.

Nilai : berkerjasama

Refleksi guru pelatih :

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing :