Rancangan Perniagaan Tomato

8
11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 1/8 Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato 1.0 BENTUK INDUSTRI Bentuk industri yang dipilih dan terdapat di kawasan Tawau ialah tanaman tomato secara fertigasi di Kampung Kinabutan. Pemiliknya bernama Nofian Sali berumur 34 tahun dan seorang anak tempatan yang tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian tetapi disebabkan minat dan kesungguhannya dia menjadi peladang muda yang berjaya. Industri pertanian kini amat menguntungkan walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa pertanian merupakan pekerjaan golongan bawahan namun sebaliknya kebanyakan peladang atau petani merupakan usahawan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat di sesuatu negara. 2.0 BARANGAN Produk atau barangan yang dihasilkan ialah komoditi pertanian tomato yang segar ditanam secara fertigasi. Permulaan perniagaan ini hanya mampu menghantar tomato di sekitar Bandar Tawau sahaja untuk mendapatkan pelanggan tetap. Hasil titik peluh yang dikorbankan industri ini dapat mengembangkan sayapnya dan mengeksport tomato segar ini ke Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 3.0 SISTEM FERTIGASI Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini. Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos. Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan. Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’cocopeat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Cocopeat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan medium tanaman komersil lain seperti ’perlite’, ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur). Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya. 4.0 TANAMAN TOMATO Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan penanamannya kini meluas ke negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum dari family Solanaceae. Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands dan juga di negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja yang dieksport ke Singapura. Negara turut mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar. 5.0 PENGURUSAN PROJEK 5.1 Pembangunan Infrastruktur Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu. v Penyediaan Kawasan · Kerja-kerja awal melibatkan pembersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan. · Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu. · Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami aie apabila hujan. · Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian. · Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

description

Rancangan Perniagaan Tomato Secara Fertigasi

Transcript of Rancangan Perniagaan Tomato

Page 1: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 1/8

Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

1.0 BENTUK INDUSTRI

Bentuk industri yang dipilih dan terdapat di kawasan Tawau ialah tanaman tomato secara fertigasi di Kampung Kinabutan. Pemiliknya bernama Nofian

Sali berumur 34 tahun dan seorang anak tempatan yang tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian tetapi disebabkan minat dan

kesungguhannya dia menjadi peladang muda yang berjaya. Industri pertanian kini amat menguntungkan walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa

pertanian merupakan pekerjaan golongan bawahan namun sebaliknya kebanyakan peladang atau petani merupakan usahawan yang banyak memberi

manfaat kepada rakyat di sesuatu negara.

2.0 BARANGAN

Produk atau barangan yang dihasilkan ialah komoditi pertanian tomato yang segar ditanam secara fertigasi. Permulaan perniagaan ini hanya mampu

menghantar tomato di sekitar Bandar Tawau sahaja untuk mendapatkan pelanggan tetap. Hasil titik peluh yang dikorbankan industri ini dapat

mengembangkan sayapnya dan mengeksport tomato segar ini ke Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

3.0 SISTEM FERTIGASI

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan

serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya hanya

beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan

Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah

mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar

yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit

daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan

Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu

cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’cocopeat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk

sabut kelapa. ’Cocopeat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan medium tanaman komersil lain seperti ’perlite’, ’vermiculite’ dan ’maidenwell

diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat

mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan

alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

4.0 TANAMAN TOMATO

Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan penanamannya

kini meluas ke negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum dari family Solanaceae.

Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands dan juga di negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk

permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja yang dieksport ke Singapura. Negara turut mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran

tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar.

5.0 PENGURUSAN PROJEK

5.1 Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu.

v Penyediaan Kawasan

· Kerja-kerja awal melibatkan pembersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan

dibersihkan.

· Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.

· Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami aie apabila hujan.

· Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.

· Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

Page 2: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 2/8

v Sumber Air dan Elektrik

· Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

v Bangunan

Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.

· Teduhan tempat meletak tangki nutrient.

· Stor simpanan baja fertigasi dan peralatan ladang.

· Pusat pengumpulan hasil ladang.

· Pejabat pengurusan projek.

5.2 Penyediaan Sistem Fertigasi

Untuk membina sistem fertigasi,terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini.

v Rumah Pelindung Tanaman

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :

BIL KEPERLUAN KETERANGAN

1

Besi G.I. ½ ” Besi G.I ini mempunyai panjang 20 kaki untuk digunakanmembentuk asas struktur. Besi ini juga digunakan sebagai sokongan

kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman. Setiap sokongan

adalah berukuran 4 kaki penjang dan ditebuk ditengah dengan skru

untuk memegang struktur utama.

2

Besi G.I. 1” Besi ini berfungsi sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur

yang diperbuat dari besi G.I 1/2 dan biasanya panjang adalah 4

kaki.

3Klip PVC Hitam Klip digunakan untuk memegang plastik lutsinar.

4Klip Besi ½ ” (Long Hook) Klip besi ini digunakan untuk memegang atau mengikat tiang besi

5Plastik UV Lut Sinar Plastik UV Lut Sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur

rumah pelindung tanaman.

6

Jaring Kalis Serangga Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur

pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga

perosak.

v Sistem pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi

secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah :

BIL BAHAN1 Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)2 Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)3 Paip Tertier (Microtubing 6mm)4 Penitis (Pen Dripper 6mm)5 Elbow PVC 1”6 Socket Valve 1 ½ ”7 Socket Valve 16mm8 Ball Valve 1 ½ ”9 Ball Valve 1”10 Nripper / Adapter11 Rubber Gromet Set 16mm

12 Tangki Nutrient 200/600 gelen13 Pam Air 1.5 HP14 Timer (Pemasa)15 PH Meter16 EC Meter17 Penapis Air

Page 3: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 3/8

6.0 AKTIVITI PENGELUARAN

6.1 Peringkat Sebelum Penanaman

v Penyediaan biji benih

Biji benih yang tulen dan berkualiti digunakan dalam proses penyediaan biji benih tomato dimana biji benih adalah bebas dari sebarang penyakit

mahupun serangan serangga. Percambahan biji benih adalah tidak kurang 90 peratus, apabila tidak mencapai tahap tersebut biji benih perlu diganti

dengan benih yang baru.

v Semaian Anak Benih

Sekiranya dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50 peratus kejayaan. Dalam penyemaian anak

benih, medium peat moss merupakan medium yang paling baik kerana dipercayai dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik. Penggunaan tray

semaian plug (104 lubang) digunakan dalam menyemai anak benih tomato supaya anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan anak pokok. Tray

semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak terlalu padat atau longgar.

Buatkan lubang dengan menggunakan jari telunjuk sedalam ½ cm dan biji benih tomato yang dirawat dengan racun kulat thiram dengan kadar 3g/100g

biji benih dan dimasukkan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug dan lubang-lubnag biji benih dikambus tidak terlalu padat.

Siram biji benih dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah.

Tray semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan dan dibiarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya

4 – 6 hari. Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan didedahkan tray semaian pada cahaya matahari di dalam takung pembesaran di rumah semaian bagi

memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap .

Takungan pembersaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium dan naak benih

diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudiansehingga EC=2.5μS. Anak-anak benih ini

sedia diubah ke beg-beg tanaman setelah 15 – 25 hari. Masa menyulam anak pokok adalah dari 1 minggu selepas diubah kerana proses ini penting

untuk mendapatkan keseragaman peringkat tumbesaran.

v Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali

ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian

yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan.

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum

dilabelkan dengan larutan ‘A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid

boric, ammonium molibdat) dilabelkan dengan larutan ‘B’. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan seretak.

Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang tidak larut.

v Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran beg plastik (polibeg) yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastic putih bagi mengurangkan peningkatan suhu

didalam cocopeat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan cocopeat dicantum hujungnya dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil.

Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.

Cocopeat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah kepada mata dan hidung.

Sebanyak 2-2.5 kg cocopeat diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3-4 lubang untuk keluar lebihan larutan baja dibiat di kiri dan kanan

beg-beg tanaman menggunakan pisau kecil kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.

6.2 Peringkat Semasa Penanaman

v Penanaman

Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi cocopeat. Pada peringkat ini, ketinggian pokok

antara 10-12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada

berbentuk tingkap atau bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan kedalam lubang yang dikorek pada bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran

diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada

memanjang atau melintangi sturktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai mestilah cukup tinggi (2.5) untuk mewujudkan

pengudaraan yang baik.

Pastikan sistem pengairan titis berfungsi dan penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan

baja setiap kali pam dihidupkan. Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memeastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.

v Pembajaan

Fertigasi menggunkan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ‘Glasshause Grade”. Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-

unsur atau nutrient miro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsure dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja

yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu:

Page 4: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 4/8

· Formulasi Larutan Wyne

SET A SET B

1. Kalsium Nitrat 1. Kalsium Nitrat

2. Mono Kalium Fostat

3. Magnesium Sulfat

4. Ferum EDTA

5. Mangan Sulfat

6. Kuprum Sulfat

7. Zink Sulfat

8. Asid Borik

9. Natrium Molibdat

· Formulasi Larutan Copper

SET A SET B

1. Kalsium Nitrat

2. Ferum EDTA

1. Kalsium Nitrat

2. Mono Kalium Fostat

3. Magnesium Sulfat

4. Mangan Sulfat

5. Kuprum Sulfat

6. Zink Sulfat

7. Asid Borik

8. Natrium Molibdat

Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

· Kadar Baja Fertigasi Bagi Tanaman Tomato

Bagi bancuhan larutan 100 liter air:

Baja Kadar (gram)

SET A

1. Kalsium Nitrat

2. Ferum EDTA

11,300

164

SET B

1. Kalium Nitrat

2. Mono Kalsium Fostat

3. Magnesium Sulfat

4. Mangan Sulfat

5. Kuprum Sulfat

6. Zink Sulfat

7. Asid Borik

8. Natrium Molibdat

11,100

1,750

5,640

15.4

0.78

2.2

30

0.18

v Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengukur masa. Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan

bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.

Tempoh penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang

diberikan akan melebihi kemampuan bagi cocopeat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5-6 minit bagi setiap 2 jam pada siang hari

adalah memandai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, setiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml larutan baja.

Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana

penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaanpada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk

memulihkan mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu

bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini dan penapis mesti sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin

keberkesannya. Untuk mengelakan kejadian penimbunan sisa garam galian, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali

pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

Page 5: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 5/8

v Membuat Cantasan

· Membuang tunas air

Membuang tunar air (antar batang pokok dengan tangkai) perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah.

Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama. Dengan mengekalkan satu

batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata. Kerja-kerja membuang tunas air

perlu dilakukan seawall mungkin, bahkan dari peringkat pembesaran dai tapak semain.

· Membuang daun tua

Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan. Daun-daun tua kebanyakannya berpenyakit.

Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.

v Membentuk pokok

· Melilit pokok mengikut tali lanjaran

Kerja-kerja melilit pucuk pokok mesti lakukan bagi memastikan pokok tnaman terus tumbuh ke atas. Sekiranya tidak dilakukan, pucuk batang utama

akan memanjang ke sisi dan mungkin patah. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

v Kawalan serangga perosak dan penyakit

· Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem projek sistem fertigasi ini menggunakan jarring kawalan serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja dimana

apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang tanaman makan kawalan dilaksanakan mengikut

pengesyoran yang ditetapkan.

v Penyelenggaraan Tanaman

Penyelanggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman tomato secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan

secara teratur mengikut perkembangan tanaman.

6.3 Peringkat Selepas Menanam (Penuaian)

v Penuaian

Kebiasaanya pokok-pokok tomato yang ditanam secara fertigasi akan mula dikutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai. Buah –

buahan tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah dan sepal. Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah

dengan tomato yang ditanam secara biasa di ladang. Memetik buah dilakukan dengan memegang tangkai buah pada gariasan hantu, manakala jari

telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan mudah diasingkan dari ‘truss’nya.

Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik. Semua hasil tanaman perlu dibuat pengredan dalam pengendalian tomato kerana jika

dicampur adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya turun.

Purata Target Hasil / Pokok

Jenis Tanaman Target Hasil (kutipan) Hasil / kg

Tomato 5 -6 Bulan 4 – 8 kg / pk

Cili 5 – 6 Bulan 2 – 4 kg / pk

Melon 55 – 60 hari 3 – 5 kg / pk

Timun Jepun 70 – 90 hari 10 – 15 kg / pk

v Pengendalian Lepas Tuai

Buah-buahan tomato yang telah dituai akan dikumpulkan di tempat pengumpulan sebelum dihantar ke rumah pembungkusan atau terus dipasarkan.

Tiada sebarang proses dilakukan bagi mengubah buah tomato ke dalam bentuk produk yang lain. Ladang ini hanya akan membekalkan buahan tomato

yang segar sahaja.

7.0 MASA OPERASI

Masa operasi ladang ini adalah seperti yang berikut, di mana hari bekerja adalah sepanjang minggu dari hari Isnin hingga Ahad.

Isnin hingga Ahad : 8.00 a.m – 12.30 p.m

: 1.30 a.m – 5.00 p.m

Page 6: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 6/8

Manakala masa operasi bagi pejabat kami pula adalah dari hari Isnin hingga hari Sabtu dengan pengecualian untuk hari Jumaat dan Sabtu, masa

bekerjanya hanyalah separuh hari. Pejabat tidak akan beroperasi pada hari Ahad.

Isnin hingga Khamis : 8.00 a.m – 12.30 p.m

: 1.30 a.m – 5.00 p.m

Jumaat dan Sabtu : 8.00 a.m – 12.30 p.m

: 2.30 a.m – 5.00 p.m

8.0 CARTA ALIRAN OPERASI DAN PENGELUARAN

Penyediaan tapak

Sistem fertigasi

Rumah Lindungan Sistem Pengairan

Sebelum penanaman

Semasa penanaman

Selepas penanaman (penuaian)

Pengguna / pengilang / pembeli

Jadual 9 :Contoh Pelaksanaan Operasi

Aktiviti LadangBULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1. Pembersihan Kawasan / /

2. Penyediaan Tapak / /

3. Penyediaan Semaian / /

4. Penanaman / /

5. Pembajaan / / / / / / / / / / / /

6. Kawalan Perosak / / / / / / / / / / / /

7. Kawalan Penyakit / / / / / / / / / / / /

8. PenyelenggaraanTanaman

/ / / / / / / / / / / /

9. Penuaian / / / / / / / /

10. Aktiviti Lepas Tuai / / / / / / / /

11. Jualan Dan Pemasaran / / / / / / / /

9.0 ANALISIS S.W.O.T

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

Kekuatan ( Strength ) Kelemahan ( Weakness )

1. Mempunyai kemudahan infrastruktur untuk

pengeluaran.

2. Penggunaan dalam negeri bertambah.

3. Mempunyai bantuan dari pihak kerajaan

1. Benih perlu dibeli.

2. Kurang pekerja mahir.

3. Kos permulaan yang tinggi.

4. Kurang maklumat pasaran.

Page 7: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 7/8

4. Kurang persaingan dikawasan pengeluaran.

Peluang ( Opportunities ) Ancaman ( Threats )

1. Sasaran pasaran yang luas untuk hasil tanaman.

2. Mendapat permintaan yang tinggi.

3. Teknologi lepas tuai dan pemprosesan telah

dibangunkan untuk mengurangkan ‘post harvest

losses’ meningkatkan kualiti hasil tanaman,

menambahkan ‘end-product’ and ‘by-product’

serta memaksimumkan pendapatan.

1. Pesaing yang telah wujud dalam industri

pengeluaran tomato.

2. Persaingan daripada hasil import luar negara.

10.0 STRATEGI PEMASARAN

Penggunaan strategi campuran empat strategi pemasaran iaitu produk, harga, lokasi dan promosi dijadikan rujukan kepada pemasaran supaya

aktiviti dan penjualan tomato berjalan dengan lancar. adalah Dalam strategi keluaran hasil, En. Nofian Sali mementingkan aspek kesegaran, kebersihan

dan kualiti. Ini bertujuan untuk memberikan imej yang baik terhadap ladangnya dan untuk menarik orang ramai membeli hasil pengeluaran tomato

tersebut. Khidmat penghantaran tomato kepada pelanggan yang hendak membeli juga disediakan.

v Strategi Produk

a) Pemilihan tomato untuk dituai

Pada peringkat ini, tomato yang hendak dituai akan dipilih dari segi kemasakkan dan saiz buah. Bagi buah tomato, kemasakan indeks ke-4

dipilih iaitu warna hijau akan dituai bagi pasaran jauh seperti pasaran Semenanjung Malaysia, Sarawak ataupun pasaran luar negara. Kematangan

indeks ke-5 pula adalah untuk pasaran Sabah agar tomato tidak cepat buruk dan busuk.

b) Penjenamaan dan Pembungkusan

· Penjenamaan.

En. Nofian membuat jenama sendiri hasil dari komoditi yang dikeluarkannya. Jadi masyarakat Tawau atau pelanggan mengenali dengan lebih

dekat lagi hasil keluaran ladangnya.

· Pembungkusan

Cara pembungkusan tomato diubah dari menggunakan pembungkusan secara pukal kepada dalam bentuk yang lebih kecil. Contohnya

menggunakkan bakul plastik, kotak kertas atau carton dalam kuantiti yang kecil yang mana mudah diuruskan dan diangkut yang dapat untuk

mengurangkan kerosakan buah bagi penghantaran tomato kepada industri awam. Disamping itu, plastik tersebut akan dilebelkan dengan logo, nama

syarikat, nama produk, berat dan gred mengikut berat tomato. Peragaan produk untuk dihantar ke pasar-pasar menitikberatkan kebersihan buah, saiz

buah dan varieti supaya buah tidak bercampur dengan varieti lain. Bagi pembelian dalam jumlah yang banyak, membungkus secara pukal menggunakan

bakul yang sesuai agar buah tomato tidak cepat rosak.

v Strategi Harga

Penentuan harga yang tealah dibuat adalah berdasarkan kos yang terlibat dalam pentadbiran, pemasaran, dan yang utama sekali dalam kos yang

melibatkan operasi serta berdasarkan harga persaing. Harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna dan kuantiti tomato yang

dikeluarkan dibuat.

v Strategi Promosi

a) Papan tanda nama premis perniagaan

b) Kad Perniagaan

Dalam kad perniagaan disertakan maklumat-maklumat penting seperti nama pengurus, alamat pentadbiran, nombor telefon, nombor faks, email, dan

logo syarikat.

c) Mencari pelanggan sendiri atau jualan terus

Mencari pelanggan sendiri atau menjual terus sekiranya ada pelanggan yang ingin membeli.

v Strategi Lokasi

Lokasi ladang fertigasi tomato ini adalah berdekatan dengan Bandar. Jadi kawasannya amat strategik untuk penghantaran ke Bandar kerana tidak

memerlukan banyak kos minyak untuk sampai ke destinasi penghantaran. Ladang ini juga berdekatan dengan lapangan terbang dan ianya adalah satu

kebaikan yang dapat diperolehi apabilan pasaran hingga ke Semenanjung Malaysia.

Page 8: Rancangan Perniagaan Tomato

11/24/2015 Long Journey E.A: Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato

http://puterawin.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan-fertigasi.html 8/8

11.0 KESIMPULAN

Tuntasnya rancangan operasi ini merupakan aktiviti utama yang perlu diambil perhatian penting kerana dengan kewujudannya semua aktiviti

akan berjalan dengan lancar sekiranya disusun dengan baik. Setiap yang berlaku pasti ada kelemahan dan kekuatan. Jadi analisis SWOT adalah

tunjang dalam membentuk sesuatu perusahaan agar ianya sentiasa menjadi rujukan kepada pemilik akan kekuatan dan kelemahan perniagaan dalam

industry pertanian ini. Jadi strategi pemasaran adalah langkah kepada penyelesaian setiap masalah.