Rancangan Slot- Kreativiti

12
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT Kelas : Prasekolah Idaman Tarikh : 20/8/2013 Masa : 8.30-9.00 pagi (60minit) Bil. Murid : 20 orang Modul : Bertema –Kenderaan Darat Tajuk/tema : Membuat kolaj kereta. Tunjang utama : Fizikal dan Estetika-Kreativiti (KTI) Standard Kandungan : (KTI 1,2) Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya. (Ekspresi Kreatif) Standard Pembelajaran : (KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif (kolaj). Kesepaduan tunjang : (BM 1.1.7) Mendengar dan bertinak balas mengikut arahan mudah. (PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa. Objektif pembelajaran : Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menghasilkan kolaj kereta mengikut kreativiti masing- masing.

description

RPS PRASEKOLAH

Transcript of Rancangan Slot- Kreativiti

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : Prasekolah Idaman Tarikh: 20/8/2013Masa : 8.30-9.00 pagi (60minit)Bil. Murid : 20 orangModul : Bertema Kenderaan DaratTajuk/tema : Membuat kolaj kereta.Tunjang utama : Fizikal dan Estetika-Kreativiti (KTI)Standard Kandungan : (KTI 1,2) Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya. (Ekspresi Kreatif)Standard Pembelajaran : (KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif (kolaj).Kesepaduan tunjang : (BM 1.1.7) Mendengar dan bertinak balas mengikut arahan mudah. (PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa.Objektif pembelajaran : Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menghasilkan kolaj kereta mengikut kreativiti masing-masing.Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak pernah melihat kereta yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk di jalan raya.Penerapan nilai : Sabar, teliti, bekerjasama, dan yakin diri.BBM : Lagu kereta merah, carta lirik lagu, model kereta mainan, Kad imbasan, kertas A4, kertas warna, dan gam.Fokus MI : Bahasa, ruang, dan Intrapersonal.Kosa kata : Kereta, koyak, kolaj.

MASA/ LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITICATATAN

SET INDUKSI10 Minit Murid menyanyi lagu Kereta Merah dengan iringan muzik.

Guru menyatakan kereta sebagai salah satu kenderaan yang ada di darat.1) Guru menunjukkan di hapadan kelas sebuah model kereta mainan kepada murid.2) Guru memasang lagu Kereta Merah dan murid menyanyikan lagu yang dipasang oleh guru berpandukan carta lirik lagu dengan iringan muzik.3) Murid melakukan pergerakan sambil menyanyi.4) Guru bersoal jawab berkaitan lagu yang dinyanyikan.BBM: Carta lirik lagu.ABM Radio Model kereta

Langkah 15 minit Penerangan aktiviti dan pembahagian bahan-bahan aktiviti.1) Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada murid dan menunjukkan contoh hasil kerja kolaj kereta yang sudah siap sebagai gambaran kepada murid.2) Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. (4 orang 1 kumpulan)3) Guru membahagikan bahan-bahan mengikut kumpulan.

BBM: Sampel kolaj yang sudah siap. Kertas A4 Kertas warna Gam Pensil Kad imbasan

Langkah 240 minit menghasilkan kolaj kereta mengikut kreativiti murid.

1) Murid memulakan aktiviti dengan melukis gambar kereta mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru.2) Murid mengoyak, menggumpal, menggunting kertas warna dan menampalnya mengikut kreativiti untuk menghasilkan kolaj kereta.

Nilai : Sabar Teliti Yakin diri. Bekerjasama

BBM : Kertas Pensil Gam ABM Kad imbasan

PENUTUP5 minit Mempersembahkan karya serta bersoal-jawab sambil merumus semula isi pelajaran yang telah diajar.1) Guru meminta wakil beberapa orang murid ke hadapan dan mempersembahkan hasil kerja kumpulan mereka kepada rakan-rakan lain.2) Guru bertanya perasaan murid selepas mengadakan aktiviti ini.3) Murid diberi lembaran kerja. Nilai:Yakin diri

Refleksi:Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati 18 orang daripada 20 orang murid mencapai objektif yang telah disasarkan. 2 orang murid yang tidak mencapai objektif adalah disebabkan mereka tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan hanya duduk melihat rakan lain membuat kolaj. Mereka akan diberi aktiviti berasingan iaitu membuat kolaj mudah secara individu bagi meningkatkan lagi kemahiran motor halus mereka mengoyak, menggumpal dan menampal kertas untuk menghasilkan kolaj. Selain itu, kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan. Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi PdP bermula dengan set induksi kerana saya menggunakan bahan maujud iaitu model kereta sebagai alat bantu mengajar (ABM). Selain itu, semasa set induksi juga, saya telah menereapkan elemen muzik dan pergerakan di mana saya telah mengadakan aktiviti nyanyian iaitu lagu Kereta Merah bagi menarik minat murid untuk meneruskan aktiviti yang akan dijalankan. Mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi semasa proses PdP dan mereka juga menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan. Saya tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas kerana aktiviti yang dijalankan sangat bersesuaian dengan minat dan tahap murid dan merangkumi ketiga-tiga unsur seni visual, muzik dan juga pergerakan. Ini menjadikan sesi PdP berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempoh masa yang ditetapkan iaitu selama 60 minit. Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran yang diajarkan kepada mereka. Di samping itu,pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian dengan pendekatan yang boleh digunakan. Saya telah menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid di dalam sesi PdP ini dengan memberi peluang dan kebebasan kepada murid sendiri untuk menjalankan aktiviti yang diberikan di dalam kumpulan mereka. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator pembelajaran iaitu dengan menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada murid, menggunakan pelbagai alat dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, dan juga dengan mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, dan refleksi oleh murid.Pada sesi penutup, saya meminta wakil beberapa orang murid dalam setiap kumpulan untuk menunjukkan hasil kerja kolaj kumpulan masing-masing kepada kelas. Di sini, nilai keyakinan diri dan keberanian dapat dilihat apabila murid mampu ke hadapan dah menceritakan tentang kolaj yang mereka hasilkan kepada rakan mereka. Saya juga akan mempamerkan hasil kerja kolaj kumpulan yang paling cantik sebagai satu langkah peneguhan positif kepada murid yang hasil kerjanya dipamerkan.

Lirik Lagu Kereta Merah

Bapaku pulang dari kota,bapaku belikan kereta,kereta kecil warna merah,boleh ku bawa ke sekolah,Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon,kereta kecil ku berbunyi,marilah adik mari naik,boleh ku bawa jumpa nenek