Ran.tahunan 2015

27
SJKT LADANG PADANG MEIHA , PDG SERAI ,KULIM, KEDAH VISI DAN MISI KOKURIKULUM VISI Membentuk seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya dapat sumbangan terhadap masyarakat dan negara melalui Kokurikulum berlandaskan kepada prinsip- prinsip Rukunegara dan Falsafah Pendidkan Negara. MISI Melibatkan semua murid secara aktif samada secara individu atau kumpulan dalam aktiviti Kokurikulum. Menerap nilai-nilai murni dan kesusilaan di kalangan murid. Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

description

SJKT Ladang Padang Meiha

Transcript of Ran.tahunan 2015

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

SJKT LADANG PADANG MEIHA , PDG SERAI ,KULIM, KEDAH

VISI DAN MISI KOKURIKULUM

VISI

Membentuk seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya dapat sumbangan terhadap masyarakat dan negara melalui

Kokurikulum berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukunegara dan Falsafah Pendidkan Negara.

MISI

Melibatkan semua murid secara aktif samada secara individu atau kumpulan dalam aktiviti Kokurikulum.

Menerap nilai-nilai murni dan kesusilaan di kalangan murid.

Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Mewujudkan situasi supaya murid dapat memberikan pendapat.

Memimpin pelajar supaya menjadi pemimpin yang berkaliber.

Memberikan penghargaan kepada murid-murid, guru dan pihak yang terlibat bersama.

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM1. KONSEP

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada sekolah dan setiap orang murid harus melibatkan diri. Gerak kerja ini dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di dalam bilik darjah , maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman mental, minat, jasmani, rohani dan pengetahuan nilai estetika serta sosial yang positif. sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu diasaskan anggapan bahawa:

Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah yang perlu.

Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.

Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.

Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan

masyarakat dan negara.

Masyarakat juga bertanggungjawab dan memastikan peranan mereka dalam mendidik murid-murid termasuk pendidikan kemasyarakatan.

2. MATLAMAT

Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah matlamat utama gerak kerja Kokurikulum. Matlamat yang hendak dicapai ialah:

Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid-murid.

Peningkatan minat,bakat, dan kemahiran murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi.

Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah serta perluasan pengalaman murid-murid dalam bidang-bidang tertentu.

Pengisian masa lapang murid-murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan dan kesejahteraan sendiri.

Peningkatan disiplin murid-murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai yang positif selaras dengan Rukun Negara.

Peningkatan suasana yang lebih menarik dan mengembirakan murid.

peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

3. STRATEGI

Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Melibatkan murid-murid daripada semua kaum dalam gerak kerja kokurikulum di mana ia amat sesuai untuk tujuan pemupukan Melibatkan murid-murid dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.

Merancang dan meneliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.

Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.

Mengadkan latihan dan pertandingan dengan melibatkan semua murid.

Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik yang berterusan.

Memberi penghargaan kepada murid-murid dan lain-lain dari masa ke semasa.

TUJUAN PROGRAM KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Sebuah organisasi yang ditubuhkan mesti mempunyai matlamat yang digariskan bagi memastikan kejayaan sesuatu projek. Justeru itu, sekolah mengadakan program Kokurikulum untuk mengembangkan seluruh potensi individu yang meliputi perkara-perkara berikut:1. Pengukuhan dan Pengayaan perkara yang dipelajari dalam kelas dan perluasan pengalaman murid dalam bidang-bidang tertentu.

2. Pembentukan sahsiah dan membina konsep kendiri dan peningkatan disiplin di kalangan murid.

3. Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri, kecergasan fizikal, penyemakan nilai murni dan pembentukan insan yang berakhlak mulia.

4. Penggunaan masa lapang yang berfaedah dan bermakna serta memupuk sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara.

5. Pemupukan interaksi dan integrasi kaum, minat dan kecenderungan murid dalam kegiatan kokurikulum.

6. Membentuk integrasi sosial yang bermakna dan mengeratkan hubungan dengan peningkatan kerjasama antara sekolah, ibubapa dam masyarakat.

7. Perkembangan dan peningkatan kemahiran asas sesuatu permainan, persatuan dan unit beruniform.8. Pencegahan jenayah remaja dengan menyediakan peluang penggunaan masa lapang yang berfaedah dan bermanfaat.

9. Pencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

10. Meningkatkan suasana dan keadaan sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid.

SENARAI TUGAS DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Penolong Kanan Kokurikulum

1.1 Mendaftarkan unit-unit yang dipersetujui oleh majlis kokurikulum.1.2 Mengendalikan mesyuarat Kokurikulum.

1.3 Mengenalpasti gerak kerja yang akan dan boleh dilaksanakan.2. Penyeleras/ Pengerusi Unit-Unit KoKurikulum

2.1. Membantu gerak kerja jawatankuasa kokurikulum seperti menyeleras

aktiviti yang dirancang.

2.2. Membantu guru-guru penasihat menjalankan aktiviti.

2.3. Menentukan penglibatan murid.2.4. Merekod kegiatan yang dijalankan.

3. Penasihat Unit

3.1. Mempromosikan unit-unit dan mendaftarkan ahli-ahli.

3.2. Mengadakan Mesyuarat Agung dan menubuhkan jawatankuasa

unit tersebut.

3.3. Merancang aktiviti tahunan.

3.4. Menjalankan program yang dirancangkan.

3.5. Merekod kegiatan unit sepertia. surat-menyurat

b. perjumpaan

c. kewangan

d. jadual tugas3.6. Mendedahkan murid-murid kepada Kokurikulum asas, khusus dan efektif.

3.7. Menyimpan rekod-rekod dan alatan.

4. Ahli Jawatankuasa

4.1.Membantu guru-guru penasihat mengendalikan aktiviti-aktiviti.

4.2.Menyimpan rekod-rekod dan alatan.

5. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

5.1. Memilih Ahli Jawatankuasa

a. Perlantikan jawatankuasa mestilah dipilih satu Mesyuarat Agung Tahunan.b. Perlantikan yang dibuat adalah seperi berikut:

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Penolong Setiausaha

v. Bendahari

vi. Ahli Jawatankuasa(wakil kelas)

5.2. Nama-nama untuk setiap jawatan di atas hendaklah dicadangkan, dsokong dan diundi.

5.3. Undian boleh dibuat secara undi sulit atau terbuka.

5.4. Jika berlaku kekosongan jawatan , Guru penasihat melantik pengganti di kalangan ahli biasa dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa.

6. MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

6.1. Mesyurat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh jawatankuasa atau permintaan ahli-ahli persatuan.7. YURAN

7.1. Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung (tertakluk Kepada Pendaftar Sekolah)

8. PERANAN JAWATANKUASA

8.1. Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur aktiviti kelab.

8.2. Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab dengan tidak terkeluar dari Perlembagaan ini dan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.8.3. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

8.4. Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa 2 kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan digugurkan dan dianggap sebagai telah meletak jawatan.

PERATURAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Kehadiran

1.1. Kehadiran murid untuk setiap perjumpaan/ aktiviti mestilah dalam ruangan

kehadiran di Fail 3.

1.2. Hanya Guru Penasihat sahaja yang dibenarkan menandakan kehadiran murid.

1.3. Sila gunakan dakat untuk menanda kehadiran murid dan jangan gunakan cecair pemadam untuk membetulkan sebarang kesalahan.

2. Pelaksanaan

2.1. Setiap Pertubuhan/Persatuan/Kelab mesti menyimpan 3(tiga) Fail dari sebuah buku:

a.Fail 1-Peraturan/Perlembagaan

-Sukatan/Rancangan/Jadual

-Senarai Guru Penasihat/Ahli Jawatankuasa dan keahlian

-Carta organisasi

-Anggaran Perbelanjaan

b.Fail 2-Surat-menyurat

-Minit Mesyuarat Agung

-Minit Mesyuarat Jawatankuasa

c.Fail 3-Laporan aktiviti yang telah dijalankan

-Kehadiran ahli bagi perjumpaan / aktiviti

d.Buku-Buku rekod Perbelanjaan.2.2. Pada hujung bulan September AJK Persatuan denganGuru Penasihat

dikehendaki menyediakan satu rancangan tahunan mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada tahun berikutnya.2.3. Semua aktiviti kokurikulum mesti dijalankan pada masa yang ditetapkan dalam jadual perancangan kokurikulum . Sebarang pindaan hari / tempat mesti diberitahu kepada Penolong kanan kokurikulum terlebih dahulu.2.4. Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan , Guru Penasihat diwajibkan hadir bagi mengawasi perjalanan aktiviti unit tersebut.

2.5. Guru Penasihat dikehendaki mencatatkan jenis aktiviti yang dijalankan setiap kali diadakan perjumpaan.

2.6. Guru Penasihat dikehendaki menyerahkan seula Fail(3) kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada minggu akhir setiap bulan bagi tujuan penyeliaan.

3. Lawatan

3.1. Sebelum sesuatu lawatan dibuat, pastikan bahawa langkah-langkah berikut diambil :

a. Minta kebenaran Guru Besar melalui Penolong Kanan

Kokurikulum dengan menggunakan borang KK/SB 001- 3 salinanb. Dapatkan persetujuan bertulis daripada ibu/ bapa/ penjaga.c. Isikan dengan lengkap Borang permohonan Lawatan dan hantar kepada pejabat sekolah 7 minggu sebelum tarikh lawatan dalam 6 salinan untuk lawatan keluar negeri dan 4 salinan untuk lawatan dalam negeri.

3.2. Rombongan lawatan mesti ditemani sekurang-kurangnya 2 orang uuru pengiring, seorang daripadanya guru perempuan yang bertanggungjawab terhadap tatatertib dan keselamatan murid perempuan.3.3. Alat pertolongan cemas perlu dibawa bersama.3.4. Peraturan keselamatan perlu diterangkan dengan teliti sebelum lawatan.

3.5. Setiausaha persatuan perlu menyediakan satu laporan terperinci selepas lawatan itu dan menghantarnya kepada Penolong Kanan Kokurikulum dalam 2 salinan.

4. Aktiviti Bukan Rutin

4.1. Sebarang aktiviti bukan rutin hanya bole dijalankan setelah mematuhi langkah- langkah berikut:

a. Mendapat kebenaran Guru Besar melalui Penolong Kanan Kokurikulum.

b. Menjaga keselamatan murid.

c. Mendapat persetujuan daripada ibu/ bapa/ penjaga.

d. mendapat kebenaran menggunakan kawasan sekolah atau alatan-alatan tertentu.

5. Perkara-Perkara Lain5.1. Fail aktiviti kokurikulum hendaklah dikemaskinikan dari masa ke semasa.

Guru Penasihat diminta membuat catatan berkaitan taraf keahlian, penyampaian, penghargaan dan sebarang ulasan yang sesuai.

5.2. Kutipan yuran yang berpatutan dibenarkan tetapi Guru Penasiht dengan bantuan Bendahari dikehendaki menyimpan satu penyata kewangan yang kemaskini.Penyata kewangan ini akan disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum pada hujung setiap penggal.5.3. Sebarang surat menyurat yang dibuat kepada pihak luar mestilah melalui Guru Besar.5.4. Jika orang luar dijemput ke sekolah untuk aktiviti tertentu, pastikan bahawa protokol yang sepatutnya diikuti. GARIS PANDUAN DAN PERATURAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH

1. PENYERTAAN

1.1 Tiap- tiap murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti

Kokurikulum sekolah. Diantaranya ialah badan beruniform iaitu TKRS dan Pengakap, persatuan iaitu Persatuan Sains/Matematik

dan Bahasa dan permainan iaitu Kelab Badminton , Kelab Bola

Jaring atau Bola Sepak.1.2 Murid-murid tahun 4,5 dan 6 dimestikan hadir dalam aktiviti

Kokurikulum disebelah petang seperti jadual yang ditetapkan.

2. KEHADIRAN

2.1 Kehadiran adalah wajib.

2.2 Kehadiran mestilah ditandakan dalam buku kehadiran.

2.3 Hanya guru penasihat sahaja dibenarkan menanda kehadiran murid.

2.4 Kehadiran murid mesti ditandakan dengan pen.

3. PERJALANAN AKTIVITI

3.1 Guru Penasihat harus menjalankan aktiviti kokurikulum berdasarkan

peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan. Aktiviti kokurikulum

dijalankan dalam 1 hari seminggu iaitu Rabu dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.3.2 Setiap badan beruniform, persatuan, kelab permainan dikehendaki

menyimpan perkara-perkara berikut :-

3.2.1 Peraturan dan Perlembagaan

3.2.2 Rancangan Tahunan (Carta Gantt)

3.2.3 Senarai Guru Pemimpin, Ahli Jawatankuasa, Ahli-ahli dan Carta Organisasi

3.2.4 Surat Panggilan Mesyuarat

3.2.5 Minit Mesyuarat

3.2.6 Anggaran Perbelanjaan dan Penyata Kewangan

3.2.7 Jadual Kehadiran Ahli

3.2.8 Laporan Aktiviti Yang Dijalankan dan

3.2.9 Sistem Pengurusan Fail

3.3 .Satu rancangan tahunan tentang program dan aktiviti berbentuk Carta Gantt perlu disediakan.

3.4 .Semua aktiviti kokurikulum mestilah dijalankan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Aktiviti Kokurikulum. Sebarang pindaaan hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar terlebih dahulu.

3.5 .Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, guru penasihat diwajibkan hadir bagi mengawasi perjalanan aktiviti. Murid-murid tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan.

3.6 .Guru penasihat dikehendaki menyediakan laporan selepas sahaja selesai aktiviti yang dijalankan.

4. PAKAIAN

4.1 . Murid-murid harus memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Aktiviti Kokurikulum.

5. KESELAMATAN DISIPLIN

5.1 .Murid-murid harus mematuhi segala peraturan dan perlembagaan aktiviti kokurikulum sekolah.

5.2 .Guru penasihat harus menjaga keselamatan dan disiplin murid sepanjang aktiviti dijalankan.

5.3 .Keselamatan murid selepas waktu kokurikulum adalah tanggungjawab

ibubapa/waris.

6. AKTIVITI BUKAN RUTIN

6.1. Sebarang aktiviti bukan rutin hanya boleh dijalankan setelah langkah-

langkah berikut diambil :-6.1.1 Memohon kebenaran daripada Guru Besar.

6.1.2 Mendapatkan persetujuan bertulis daripada ibubapa/waris.

6.1.3 Memohon kebenaran menggunakan kawasan sekolah , peralatan dan sebagainya.7. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN

7.1 Guru penasihat dan murid bertanggungjawab menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan yang digunakan itu dalam keadaan baik. Pengawas setor sukan yang dilantik mesti mendapatkan kebenaran daripada guru penasihat sebelum mengambil barang-barang dari setor sukan.

7.2 Selepas digunakan peralatan sukan mesti disimpan balik dam setor sukan.

8. PERKARA-PERKARA LAIN

8.1 Rekod aktiviti kokurikulum mesti dikemaskini dari masa ke semasa. Semakan oleh Guru Besar akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan atau masa yang sesuai.

8.2 Segala Fail Pengurusan kokurikulum perlu disimpan di sekolah.

8.3 Kebenaran mesti diperolehi daripada Guru Besar sebelum melakukan sebarang kutipan yuran. Guru Penasihat perlu menyimpan satu penyata

kewangan yang kemaskini.

8.4 Urusan surat menyurat mesti dilakukan melalui Guru Besar.

8.5 Pastikan protokol diikuti apabila seseorang tetamu khas dijemput

menghadiri sebarang program sekolah.

PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2015BULANAKTIVITI

DISEMBER

(2014)Menyediakan Buku Perancangan Kokurikulum.

Menyediakan Takwim Kokurikulum.

Mesyuarat Pengurusan kokurikulum kali PertamaPengagihan tugas dan jadual aktiviti kokurikulum diedarkan.

JANUARIPengurusan Kewangan alatan sukan dan permainan Pengurusan buku stok alatan sukan

Mesyuarat Sukan Tahunan

Mesyuarat Agung pasukan badan beruniform/Persatuan & Kelab/permainan

Menjalankan aktiviti gerko/latihan sukan dan permainan Gotong-royong.

FEBRUARILatihan Keselamatan Kebakaran kali pertama.

MARCHMesyuarat pengurusan Kokurikulum kali ke 2

Aktiviti gerko / latihan permainan Olahraga MSSD

APRILPertandingan akademik MPST

Aktiviti Gerko/ permainan Ceramah Pencegahan Jenayah

Latihan Keselamatan Kebakaran kali kedua

MEIMesyuarat Perayaan Hari Guru / Sambutan Hari Guru

Aktiviti gerko / permainan

Mesyuarat Perkhemahan badan beruniform / Perkhemahan Badan Beruniform

JUNKemaskini stok alatan sukan dan permainan.

Aktiviti gerko/permainan Pertandingan akademik peringkat sekolah

Latihan Keselamatan Kebakaran kali ketiga

JULAILatihan sukan/ permainan Pertandingan merentas desa peringkat sekolah Sukan tara dan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan

Aktiviti gerko/permainan Hari Kokurikulum / Hari Kantin

OGOSMesyuarat Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti gerko/permainan Sambutan Bulan Merdeka

Latihan Keselamatan Kebakaran kali keempat

SEPTEMBERAktiviti gerko / permainan Pertandingan olahraga / sukan dan permainan Luar Musim peringkat daerah

Lawatan Sambil Belajar

OKTOBERSambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

Aktiviti gerko / permainan Perayaan Saraswathy Pooja

Latihan Keselamatan Kebakaran kali kelima.

NOVEMBERMesyuarat Pengurusan Kokurikulum Kali Ke 3

Hari Anugerah Cemerlang

Kemaskini buku aktiviti kokurikulum

STRUKTUR JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2015PENGERUSI

(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI

EN. A.SUBBARAO

(PK KK)

TIMBALAN PENGERUSI

1. PN. R.KOHILA(PK I)

2. PN. M.VASANTHA(PK HEM )

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

EN. ADI SHAFIQ BIN OSMAN

PENYELARAS PASUKAN BERUNIFORM

PENYELARAS KELAB & PERSATUAN AKADEMIK

PENYELARAS KELAB SUKAN & PERMAINAN

GURU-GURU PENASIHAT PASUKAN UNIT BERUNIFORMGURU-GURU PENASIHAT KELAB & PERSATUANGURU-GURU PENASIHAT KELAB SUKAN & PERMAINAN

1. TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PN.R.INDRA

2. PENGAKAP PN.R.REVATHY

PER. BAHASA. TAMIL

PN.N.MALAPER.BAHASA MALAYSIAPN.N.MURUGAMAHPER.BAHASA INGGERIS

PN.K.SHANBAGAVALLYPER.SAINS DAN MATEMATIK

CIK.G.KALAISELVI KELAB BADMINTON PN.N.CHANDRAKUMARI KELAB BOLA JARING PN.VADIVOOKELAB BOLA SEPAK EN.ADI SHAFIQ BIN OSMAN

PENGAKAP

PN.R.REVATHY

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

PEYELARAS

PN.N.CHANDRAKUMARI

NAIB PENGERUSI

PN.R.KOHILA

PN.M.VASANTHA

TKRS

PN.N.CHANDRAKUMARI

TIMBALAN PENGERUSI

A.SUBBARAO

PENGERUSI

GURU BESAR

JAWATANKUASA

BADAN BERUNIFORM

2015

PENGERUSI

GURU BESAR

JAWATANKUASA

PERSATUAN & KELAB

2015

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

SETIAUSAHA

G.KALAISELVI

NAIB PENGERUSI

PN.R.KOHILA

PN.M.VASANTHA

TIMBALAN PENGERUSI

A.SUBBARAO

PERSATUAN

BAHASA TAMIL

PN.MALA

PERSATUAN

KESELAMATAN J/RAYA

CIK.G.KALAISELVI

PERSATUAN BAHASA MELAYU

PN..N.MURUGAMAH

KELAB M3 & SAINS

PN.R.INDRA

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

PN.K.SHANBAGAVALLY

JAWATANKUASA

SUKAN/PERMAINAN

2015

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

SETIAUSAHA

EN.ADI SHAFIQ BIN OSMAN

NAIB PENGERUSI

PN.R.KOHILA

PN.M.VASANTHA

TIMBALAN PENGERUSI

A.SUBBARAO

PENGERUSI

GURU BESAR

BOLA JARING

PN.M.THAMARAISELVI

BADMINTON

EN.A.SUBBARAO

BOLA SEPAK

EN.ADI SHAFIQ B. OSMAN

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

SUKAN SEKOLAH -2015

NAIB PENGERUSI

PN.R.KOHILA

PN.M.VASANTHA

TIMBALAN PENGERUSI

A.SUBBARAO

PENGERUSI

GURU BESAR

SETIAUSAHA

EN.ADI SHAFIQ

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

BOLA SEPAK

EN.ADI SYAFIQ OSMAN

BOLA JARING

PN.M.THAMARAI SELVI

OLAHRAGA/BALAPAN

PN.R.INDRA

BADMINTON

EN.A.SUBBARAO

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH 2015

NAIB PENGERUSI

PN.R.KOHILA

PN.M.VASANTHA

TIMBALAN PENGERUSI

A.SUBBARAO

PENGERUSI

GURU BESAR

SETIAUSAHA

EN.ADI SYAFIQ OSMAN

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

JURULATIH(Badminton)

EN.A.SUBBARAO

JURULATIH(B/Jaring)

PN.M.THAMARAI SELVI

JURULATIH(olahraga)

PN.R.INDRA

JURULATIH(B/Sepak)

EN.ADI SYAFIQ OSMAN

PAGE