Rasuah Dari Perspektif Islam
-
Upload
durratul-ain-jusoh -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of Rasuah Dari Perspektif Islam
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
1/13
KEUSAHAWANAN DARIPERSPEKTIF ISLAM
RASUAH DARI PERSPEKTIF ISLAM
Disediakan untuk:
PROF. MADYA DR. NORASMAH BINTI OTHMAN
Disediakan oleh:
DURRATUL AIN BINTI JUSOH P66311
NOR RASYIDAH BINTI MOHD RASID P63771
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
2/13
1.0PENDAHULUANRasuah sering dikaitkan dengan hadiah. Namun demikian, terdapat perbezaan antara
hadiah dan rasuah. Hadiah diberikan atas rasa keikhlasan manakala rasuah dilihat sebagai
ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian (Nur
Syakira Akmal bt Ismail dan Md Zawawi Abu Bakar, 2004). Perkara ini menyebabkan rasuah
merupakan isu yang sering diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik, perniagaan
dan penjawat awam khususnya di kalangan negara membangun. Pengamalan rasuah yang
berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan
seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun.
Rasuah bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah kerana kesannya sungguh
besar khususnya terhadap pembangunan sesebuah negara. Rasuah boleh mengganggu
pertumbuhan ekonomi negara biarpun masalahnya berkaitan dengan masalah sosial. Sebagai
contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan
kualiti aset yang rendah. Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya aset tersebut
rosak, terutamanya aset kekal kerajaan. Akibatnya belanjawan akan meningkat.
Sesungguhnya rasuah mampu mendatangkan kesan yang sangat besar kepada negara.
Lantaran itu ianya perlu diatasi dengan apa cara sekalipun.
Bank Dunia menganggarkan lebih daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk
membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi masalah rasuah tersebut, pihak kerajaan
perlu meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undang-undang kerana ia boleh
meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400% ( Md. Zyadi Md.
Tahir, Sanep Ahmad dan Mohd. Hafiz Abdul Wahab, 2008). David Ng (2006) menyatakan,
Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi
dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporak-
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
3/13
perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan
ekonomi. Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat
negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu
terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut.
Selain itu, David Ng (2006) turut menyatakan negara-negara yang tinggi kadar
rasuahnya terdiri dikalangan negara yang rakyatnya menganuti agama Islam dan Kristian
fahaman Katolik, negara yang menggunakan perundangan Perancis ataupun sosialis dan
prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbang kepada peningkatannya kadar rasuah.
Namun sebaliknya, kadar rasuah yang rendah adalah dikalangan negara yang rakyatnya
menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British, negara yang
mengamalkan undang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan
yang bersatu-padu.
Sejarah telah membuktikan segala-segalanya tentang keburukan rasuah serta kesannya
terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yang gah pada zaman dahulu, iaitu
Kerajaan Melayu Melaka. Kejatuhan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan
rasuah yang berleluasa dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan
bahawa kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan
malahan kejatuhan sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu
sendiri. Selain itu, rasuah juga telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di
Romania yang dihukum tembak pada tahun 1990 dan Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa
melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran kerana rasuah dan
penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku kepada bekas
Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir
hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
4/13
Nixon juga tumbang akibat skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan
jenayah rasuah (Mohd Shauki Abd Majid, 2004).
2.0DEFINISI RASUAH
Rasuah boleh didefinisikan dengan pelbagai takrifan tetapi maksudnya tetap sama iaitu
pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang tidak digalakkan
sama ada oleh undang-undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), rasuah ialah pemberian untuk menumbuk
rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).
Di dalam bahasa Arab, rasuah atau risywah ditakrifkan secara literalnya sebagai
penyambung yang dapat menyampaikan tujuan dengan barang atau harta sogokan. Islam
melarang dengan keras amalan rasuah kerana ia adalah satu daripada ciri kezaliman dan
penindasan yang boleh membawa kepada kehancuran sesebuah kerajaan atau negara (Asiah
Bidin dan Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, 2008) . Selain itu, rasuah juga
boleh ditakrifkan sebagai harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan
manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan)
yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (Zaharuddin, 2007).
Rasuah merupakan satu jenayah yang perlu diatasi segera kerana penularan gejala ini
boleh merosakkan sesebuah masyarakat. Menurut Bank Dunia, rasuah boleh didefinasikan
sebagai penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan diri-sendiri. Menurut Syeikh Abdul Aziz
bin Abdullah bin Baz (1998), rasuah ialah memberikan harta kepada seseorang sebagai
imbalan pelaksanaan maslahat (tugas,kewajipan) yang mana tugas itu harus dilaksanakan
tanpa menunggu imbalan atau wang komisen.
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
5/13
Manakala, Dr.Yusuf Qardawi mendefinisikan rasuah ialah suatu yang diberikan
kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan atau jawatan (apa sahaja) untuk memenangkan
kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya sesuai dengan apa yang ia inginkan, atau untuk
memberikan peluang kepadanya atau menyingkirkan saingannya.
Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Development
Program) mentakrifkan rasuahthe misuse of public power, office or authority for private
benefit-through bribery, extortion, influence peddling, nepotism, fraud, speed money or
embezzlement. Mengikut Law Ensyclopedia, rasuah didefinisikan sebagai crime of giving
a benefit (eg money) in order to influence the judgment or conduct of person in a position of
trust.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mendefinasikan
rasuah sebagai satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tertentu. Melalui definasi yang
dikeluarkan oleh SPRM, secara kesimpulannya rasuah terbahagi kepada empat jenis
kesalahan:
1- Meminta / menerima Rasuah2- Menawar/Memberi Rasuah3- Membuat Tuntutan Palsu4- Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Menurut Dr Muhmad Bakr Ismail dalam al-Feqhul Wadhih, rasuah adalah sesuatu yang
disogokkan daripada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya,
atau menghilangkan hak dari yang sepatutnya miliki samada atas motif dendam atau
penipuan dan untuk mendapatkan sesuatu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
6/13
yang di tidak berkelayakan. Berdasarkan takrifan dari Dr Muhmad Bakr Ismail, rasuah boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu:
1- Mengambil sesuatu yang bukan hak2- Menghilangkan hak dari pemilik sebagai tindakan balas dendam3- Memberi sogokan untuk mendapatkan sesuatu
Menurut sumber daripada SPRM, kadar tangkapan kes rasuah dipelopori oleh sektor
awam dan kakitangan awam. Walaubagaimanapun, statistik yang ditunjukkan dalam jaduan
di bawah tidak menggambarkan perkara yang sebenar yang terjadi. Statistik menunjukkan kes
tangkapan namun banyak lagi kes rasuah yang tidak dilaporkan di Malaysia lebih-lebih lagi
yang melibatkan ahli politik mahupun orang-orang besar yang berpengaruh.
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
7/13
3.0PUNCA-PUNCA RASUAH BERLAKU
Punca yang pertama yang boleh membawa kepada rasuah adalah kelemahan peribadi seperti
kurang iman dan takwa. Rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang dan diketahui oleh
semua masyarakat, tetapi tetap dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap
mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah
pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
Di samping itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi merupakan punca
yang kedua berlakunya rasuah. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan,
tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya
rasuah. Sesebuah organisasi lebih cenderung melakukan rasuah apabila tiada pengurusan
yang cekap dalam melakukan tugas.
Budaya masyarakat Malaysia sendiri yang cenderung kepada penularan gejala rasuah.
Tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda contohnya pada hari-hari kebesaran,
hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya memudahkan perasuah dan
penerima rasuah mengaburi mata pihak berkuasa. Kebiasaan dalam melakukan tradisi
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini menyebabkan ada berlaku rasuah dalam
keadaan tidak sedar atau sengaja.
Rasuah juga mudah terjadi apabila pembangunan sosial ekonomi yang tidak
diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian. Projek pembangunan bercambah seperti
cendawan tumbuh selepas hujan dan pengaliran wang juga akan meningkat dari aktiviti
pembangunan yang pesat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk
mengaut untung sebanyak-banyaknya. Hal ini menyebabkan berlaku persaingan antara
kontraktor dalm mendapatkan tender dan mereka akan berusaha memenangi hati pegawai-
pegawai yan terlibat dalam pembuatan keputusan. Rasuah dijadikan jalan pintas mereka
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
8/13
memperolehi tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika
lambat atau gagal menyiapkan projek dan sebagainya. Hal ini akan memberi kesan negatif
dan mulalah timbul projek-projek pembangunan yang terbengkalai, bangunan yang baru siap
runtuh dan sebagainya. Hal ini dalam masa yang sama merugikan rakyat kerana wang yang
digunakan untuk melakukan pembanguanan adalah wang rakyat bukanlah wang kerajaan.
Rasuah amatlah popular dalam bidang politik. Sesetengah ahli politik menggunakan
kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk
mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih
populariti dan sebagainya.
4.0KESAN-KESAN GEJALA RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan
fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan
dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.
Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai
negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah.
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
9/13
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah
juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang
berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari
tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung
5.0RASUAH DARI PESPEKTIF ISLAM
Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yang terkutuk di sisi Islam. Pengharaman
rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada
hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan
(jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 ).
Disebutkan dalam hadith :-
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam
penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" ( Riwayat At-
Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadis di atas adalah jelas perbuatan rasuah itu
dilarang di sisi Islam. Bukan sahaja pemberi dan penerima rasuah adalah salah dari segi
hukum syarak, malahan orang tengah atau orang perantaraan juga dilaknat oleh Allah s.w.t.
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
10/13
Turut dijelaskan juga seksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan
haram yang digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini
turut dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad:
Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya
daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharaman rasuah itu telah dijelaskan dengan
begitu jelas sekali berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W itu sendiri.
Berdasarkan kepada petikan ayat Al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang sekeras-
kerasnya amalan rasuah dan ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut
sebagaimana pengharaman judi, arak dan zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut
boleh dilihat daripada mata kasar, iaitu kesan kepada ekonomi negara dan juga kesan kepada
masyarakat sejagat.
Rasuah dilihat sebagai satu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu
peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan tertentu. Amalan rasuah tersebut
menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya semakin kaya dan yang
miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu perkara tidak
dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak mendapat
apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat.
Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam
masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang
mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain
itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan
datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
11/13
Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan
dalam api neraka. (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi).
Berdasarkan hadis itu, jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang
bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya
hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela
mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita.
Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat
dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha
supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana
mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan
menjadi peminta sedekah. Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard
piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap
sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram,
wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini akan menjadi panduan dan
menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan.
-
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
12/13
RUJUKAN
Tafsiran Ayat-Ayat Suci Al-Quran.
Asiah Bidin dan Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad 2008, Jenayah rasuah dan
pecah amanag di kalangan pengarah syarikat : Mengenalpasti punca masalah dan
cadangan penyelesaian menurut Islam, Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat
Kebangsaan.
Zaharuddin Abdul Rahman, 2007, Gejala Rasuah : Bentuk, Kesan & Statistik Malaysia,
http://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-
malaysia.html
Abu Abdul Halim Ahmad. S (1998) Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut
Islam. Pustaka Syuhada: Kuala Lumpur, Malaysia.
Dr. Yusuf Al-Qardawi, (1408H) Al- Halal walHaram, Maktabah Wahbah (m.s 123). Dalam
Abu Abdul Halim Ahmad. S (1998), Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut
Islam. Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kamus Dewan (2007) Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad dan Mohd. Hafiz Abdul Wahab (2008) Kesan Rasuah
Terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Di Malaysia Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III), Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan
Strategi Pengukuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, 2022 Ogos 2008
Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets.
www.emeraldinsight.com/0307-4358.htm. 30(10): 822-836.
http://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.htmlhttp://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.htmlhttp://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.htmlhttp://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.htmlhttp://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.html -
7/28/2019 Rasuah Dari Perspektif Islam
13/13
Nur Syakiran Akmal Bt Ismail dan md Zawawi Abu Bakar (2004) Rasuah...? Katakan Tidak
repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (1998) Dalam Abu Abdul Halim Ahmad. S (1998),
Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Menurut Islam. Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur,
Malaysia.
United Nations Development Program (1999). Fighting Corruption to Improve Governance.
New York: United Nations Development Programme. Dalam Jon ST Quah, Comparing
Anti-Corruption Measures in Asian countries: Lessons to be learnt, Asian Review of
Public Administration, Vol XI,#2 (Julai-Disember 1999)
Zulkifli Idris, Kertas Kerja:Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan 98 Ke arah
Pemantapan Keutuhan Pengurusan PBT, Anjuran bersama INTAN dengan kerjasama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Seminar Keusahawanan Islam II
Peringkat Kebangsaan
Utuasan Malaysia, 26 Ogos 2000, Rasuah: Sifat Tamak dan Bukan Kerana Bergaji Rendah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Isu Rasuah Di Malaysia,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-
nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html