Rayu bekalan air bersih - nre.gov.my di Akhbar/Rayu bekalan air...Rayu bekalan air bersih ... dia...

2
Rayu bekalan air bersih KUANTAN - Penduduk Kampung Melayu Sungai Lembing, dekat sini, mengeluh kerana sungai yang menjadi sumber air mereka kini semakin keruh dan didakwa tidak selamat digunakan.: Mereka mendakwa keadaan itu berlaku akibat pelepasan air dari empangan Chereh yang dibina beberapa tahun lalu. Penduduk, Yusof Abdul Rahman, 68, berkata, pencemaran itu membimbangkan penduduk kerana sungai berkenaan adalah sumber utama mereka untuk melakukan tugas harian termasuk memasak dan membasuh. Katanya, setiap pagi, dia terpaksa membiarkan air paip mengalir beberapa minit untuk memastikan kelodak dan lumpur keluar supaya bekalan air jernih serta bersih. Bagaimanapun katanya, keadaan itu terus menyukarkan mereka kerana terpaksa menggunakan air berkenaan untuk mencuci pakaian. “Lebih teruk lagi, ada waktunya kami terpaksa menggunakan air keruh untuk mencuci pakaian hingga mengakibatkan baju putih berubah warna. Kita juga bimbang akan dijangkiti penyakit kulit,” katanya. Yusof merayu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera untuk mengelakkan masalah kesihatan dalam kalangan penduduk kampung itu. “Kita memang tidak menafikan kepentingan empangan itu kepada masyarakat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana sudah tidak tahan menanggung beban akibat air yang disalurkan kepada penduduk tidak dirawat,” katanya. Rakannya, Zulkefli Talib, 48, berkata, dia terpaksa membeli air mineral sebagai minuman harian untuk mengelakkan masalah kesihatan. Katanya, keadaan sungai yang semakin keruh selepas pelepasan air dari empangan menyebabkan dia bimbang sekiranya kesihatan penduduk terancam. “Jika perkara ini berlanjutan, penduduk yang terpaksa menanggung akibat daripada pencemaran itu,” katanya. Tajuk : Rayu bekalan air bersih Tarikh : 6 Oktober 2011 Sumber : Sinar Harian KERATAN AKHBAR ONLINE

Transcript of Rayu bekalan air bersih - nre.gov.my di Akhbar/Rayu bekalan air...Rayu bekalan air bersih ... dia...

Page 1: Rayu bekalan air bersih - nre.gov.my di Akhbar/Rayu bekalan air...Rayu bekalan air bersih ... dia terpaksa membiarkan air paip mengalir beberapa minit untuk ... Yusof merayu pihak

Rayu bekalan air bersih

KUANTAN - Penduduk Kampung Melayu Sungai Lembing, dekat sini, mengeluh kerana sungai

yang menjadi sumber air mereka kini semakin keruh dan didakwa tidak selamat digunakan.:

Mereka mendakwa keadaan itu berlaku akibat pelepasan air dari empangan Chereh yang dibina

beberapa tahun lalu.

Penduduk, Yusof Abdul Rahman, 68, berkata, pencemaran itu membimbangkan penduduk

kerana sungai berkenaan adalah sumber utama mereka untuk melakukan tugas harian termasuk

memasak dan membasuh.

Katanya, setiap pagi, dia terpaksa membiarkan air paip mengalir beberapa minit untuk

memastikan kelodak dan lumpur keluar supaya bekalan air jernih serta bersih.

Bagaimanapun katanya, keadaan itu terus menyukarkan mereka kerana terpaksa menggunakan

air berkenaan untuk mencuci pakaian.

“Lebih teruk lagi, ada waktunya kami terpaksa menggunakan air keruh untuk mencuci pakaian

hingga mengakibatkan baju putih berubah warna. Kita juga bimbang akan dijangkiti penyakit

kulit,” katanya.

Yusof merayu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera untuk mengelakkan masalah

kesihatan dalam kalangan penduduk kampung itu.

“Kita memang tidak menafikan kepentingan empangan itu kepada masyarakat dan meminta

pihak berkuasa mengambil tindakan kerana sudah tidak tahan menanggung beban akibat air

yang disalurkan kepada penduduk tidak dirawat,” katanya.

Rakannya, Zulkefli Talib, 48, berkata, dia terpaksa membeli air mineral sebagai minuman harian

untuk mengelakkan masalah kesihatan.

Katanya, keadaan sungai yang semakin keruh selepas pelepasan air dari empangan

menyebabkan dia bimbang sekiranya kesihatan penduduk terancam.

“Jika perkara ini berlanjutan, penduduk yang terpaksa menanggung akibat daripada pencemaran

itu,” katanya.

Tajuk : Rayu bekalan air bersih

Tarikh : 6 Oktober 2011

Sumber : Sinar Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Rayu bekalan air bersih - nre.gov.my di Akhbar/Rayu bekalan air...Rayu bekalan air bersih ... dia terpaksa membiarkan air paip mengalir beberapa minit untuk ... Yusof merayu pihak

Sehubungan itu, Zulkefli berharap ada pihak tampil membantu menyelesaikan masalah tersebut

yang dihadapi mereka sejak sekian lama supaya generasi akan datang dapat mengecap

kemudahan air bersih dan selamat.