REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC...

9
E- Proceeding of the 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 783 REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT QURANIYYAH YANG TIDAK MENEPATI KAEDAH-KAEDAH POPULAR DALAM BAHASA ARAB: KAJIAN KITAB I’RAB AL-QURAN OLEH IMAM AL-NAHHAS Muhammad Fairuz A. Adi 1 Zainora Bt Daud 2 Adnan Mat Ali 3 Abstrak Penerimaan sesuatu bacaan qiraat salah adalah berdasarkan tiga syarat yang disepakati oleh ahli ilmu iaitu: kesinambungan sanad qiraat, keselarian dengan kaedah bahasa Arab serta mempunyai persamaan dengan rasm al-uthmani. Namun terdapat sedikit perbezaan penggunaan dalam syarat yang kedua di sisi ulama nahw. Ada di antara mereka mensyaratkan hanya qiraat yang selari dengan kaedah popular sahaja akan diterima sebagai qiraat sahihah dan selainnya akan tertolak serta tidak di anggap sebagai al-Quran. Perbezaan syarat di kalangan sesetengah ulama nahw ini telah menimbulkan isu terhadap sebahagian qiraat yang dibaca secara mutawatir. Di mana sebahagian dari qiraat sahihah itu tertolak disebabkan tidak mempunyai keselarian dalam kaedah bahasa Arab yang popular. Kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan reaksi sebahagian ilmuan nahw terhadap qiraat yang tidak menepati syarat tersebut seterusnya mencari jawapan serta penjelasan yang jelas untuk mendepani permasalahan yang ditimbulkan. Kajian kepustakaan mendominasi penulisan ini dengan menjadikan kitab I’rab al-Quran karya imam al Arabiyyah Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-Nahhas sebagai rujukan utama di samping karya berkaitan qiraat sebagai rujukan sokongan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman terhadap pelajar dan pengkaji dalam pengajian ulum al-Quran tentang reaksi dan kritikan sebahagian ilmuwan nahw terhadap qiraat quraniyyah Keyword: ilmuwan Nahw, Qiraat quraniyyah, I’rab al-Quran, al-Nahhas 1 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Akademi Islam , KUIS. 2 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Akademi Islam, KUIS. 3 Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab dan linguistik, Akademi Islam, KUIS

Transcript of REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC...

Page 1: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 783

REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT QURANIYYAH YANG TIDAK MENEPATI

KAEDAH-KAEDAH POPULAR DALAM BAHASA ARAB: KAJIAN KITAB I’RAB AL-QURAN OLEH

IMAM AL-NAHHAS

Muhammad Fairuz A. Adi1 Zainora Bt Daud2 Adnan Mat Ali3

Abstrak

Penerimaan sesuatu bacaan qiraat salah adalah berdasarkan tiga syarat yang disepakati

oleh ahli ilmu iaitu: kesinambungan sanad qiraat, keselarian dengan kaedah bahasa Arab

serta mempunyai persamaan dengan rasm al-uthmani. Namun terdapat sedikit perbezaan

penggunaan dalam syarat yang kedua di sisi ulama nahw. Ada di antara mereka

mensyaratkan hanya qiraat yang selari dengan kaedah popular sahaja akan diterima sebagai

qiraat sahihah dan selainnya akan tertolak serta tidak di anggap sebagai al-Quran.

Perbezaan syarat di kalangan sesetengah ulama nahw ini telah menimbulkan isu terhadap

sebahagian qiraat yang dibaca secara mutawatir. Di mana sebahagian dari qiraat sahihah itu

tertolak disebabkan tidak mempunyai keselarian dalam kaedah bahasa Arab yang popular.

Kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan reaksi sebahagian ilmuan nahw terhadap qiraat

yang tidak menepati syarat tersebut seterusnya mencari jawapan serta penjelasan yang

jelas untuk mendepani permasalahan yang ditimbulkan. Kajian kepustakaan mendominasi

penulisan ini dengan menjadikan kitab I’rab al-Quran karya imam al Arabiyyah Ahmad bin

Muhammad bin Ismail al-Nahhas sebagai rujukan utama di samping karya berkaitan qiraat

sebagai rujukan sokongan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman

terhadap pelajar dan pengkaji dalam pengajian ulum al-Quran tentang reaksi dan kritikan

sebahagian ilmuwan nahw terhadap qiraat quraniyyah

Keyword: ilmuwan Nahw, Qiraat quraniyyah, I’rab al-Quran, al-Nahhas

1 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Akademi Islam , KUIS.

2 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Akademi Islam, KUIS.

3 Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab dan linguistik, Akademi Islam, KUIS

Page 2: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 784

Pendahuluan

Ilmu qiraat dan bahasa Arab merupakan dua ilmu yang utama dalam memahami isi kandung

al-Quran. Kedua- dua ilmu tersebut berkait rapat dalam membahaskan cara sebutan dan

ketepatan bacaan tersebut dengan kaedah yang terdapat dalam nahu dan bahasa Arab.

Malah, ulama al-qiraat telah menetapkan bahawa sesuatu bacaan qiraat itu mesti menepati

kaedah bahasa Arab walaupun dengan salah satu wajah bahasa. Ini bermaksud sama ada

kaedah yang masyhur atau tidak, sama ada fasih atau lebih fasih. Pegangan ini berlainan

dengan apa yang telah ditetapkan oleh sebahagian ulama nahu di mana mereka

menyatakan bahawa bacaan qiraat mesti menepati kaedah atau wajah yang paling masyhur

dalam bahasa Arab, sesuai dengan kedudukan al-Quran yang sangat tinggi. Kertas kerja ini

membincangkan secara ringkas mengenai reaksi ilmuwan bahasa Arab terhadap qiraat yang

tidak menepati kaedah-kaedah dalam kaedah bahasa Arab berdasarkan apa yang dibawa

oleh imam al-Nahhas dalam karya beliau yang berjudul I’rab al-Quran.

Pengertian Istilah al-Qiraat

Terdapat banyak definisi yang dikemukakan oleh para ulama untuk menjelaskan istilah di

atas, tetapi penulis membawa satu istilah yang nampak lengkap bagi menggambarkan

apakah yang dimaksudkan dengan ilmu qiraat. Syeikh Abdul Fattah al-Qadi mendefinisikan

ilmu qiraat dengan kata beliau:

“suatu ilmu yang diketahui dengannya tatacara pembacaan kalimah-kalimah al-Quran dan

cara mempraktikkannya sama ada yang disepakati atau diperselisihkan yang disandarkan

setiap wajah bacaan kepada pembawanya”4

Rukun al-Qiraat

Menurut imam al jazari dalam kitab al-Nashr:

4 Sabri mohd, Faizul Amri, 2010, Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah. Jab. Pengajian al-Quran dan al-Sunah,

UKM. Hlm 2.

Page 3: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 785

“ Semua qiraat yang muwafaqat (selari) dengan kaedah bahasa arab wau dengan satu wajah

dan menyamai mana-mana mushaf Uthamani walau dengan ihtimal serta sah sanadnya

dikira sebagai qiraat yang sahih, ia tidak boleh ditolak dan diingkari kerana ia adalah

sebahagian dari tujuh huruf yang diturunkan al-Quran dengannya.”5

Dapat difahami dari kenyataan al muhaqqiq Ibn al-jazari bahawa rukun qiraat mengandungi

tiga perkara seperti mana di bawah:

a) Selari dengan kaedah bahasa Arab walaupun dengan satu wajah

b) Rasm (tulisan) qiraat tersebut menyamai mana-mana mushaf Uthmani

c) Mempunyai sanad yang sahih

Tiga rukun di atas merupakan rukun yang dipegang oleh kebanyakan ahli qiraat manakala

majoriti ilmuwan yang lain mensyaratkan mutawatir sebagai rukun untuk menerima sesutau

bacaan qiraat.

Bagi kebanyakan ahli nahu pula, mereka mengetatkan syarat yang pertama dengan

berpegang bahawa setiap qiraat mesti bertepatan dengan kaedah-kaedah yang popular dan

masyhur dalam bahasa Arab. Jika tidak, maka qiraat tersebut tidak berada dalam kategori

qiraat malah tidak harus membacanya.

Al-Qiraat Di Sisi Ilmuan Nahu

Qiraat memberi panduan dan sokongan kepada pembinaan hukum dan kaedah nahu arab.

Imam abu zuhrah menulis “ yang dikehendaki dari rukun Qiraat al-mutawatirah adalah al-

Quran menjadi hakim (menentukan) kesahihan sesuatu kaedah bahasa dan bukan

sebaliknya. Al-Quran merupakan sekuat-kuat hujah ahli nahu dalam menjadi bukti dan

menafikan sesuatu kaedah”.6

5 Ibn al-Jazari, al-Nashr fi al-Qiraat al-Asyr, Dar al-Kutub ‘ilmiyyah, Beyrut, 1998, jil. 1, Hlm. 15

6 Abu Zuhrah, Muhammad bin Ahmad, Mukjizat al Kubra al Quran.. Dar al Fikr : Beirut. t.th hlm 47

Page 4: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 786

Hakikat ini diakui juga oleh ilmuwan nahu antaranya Sibawayh, Al-Farra, Ibnu khalawayh,

Abu fath Ibn al-Jinni dan lain-lain lagi. Berikut adalah nas yang menunjukkan pendirian

Sibawayh terhadap qiraat yang di naqalkan oleh kebanyakan ulama:

“... akan tetapi bahawasanya qiraat tiada penentangan kerana qiraat

merupakan sunah”.7

Imam Abu Amru al-`Ala seorang ilmuan qiraat dan nahu pernah menyatakan :

“Dan para qari tidak beramal(membaca) pada sesuatu ayat al-Quran mengikut apa yang

tersebar dan masyhur di dalam bahasa arab. Bahkan mereka membaca mengikut apa yang

paling thabit pada athar dan paling sahih dalam riwayat. Apabila thabit disisi mereka

(menurut pertimbangan athar dan riwayat) mereka tidak memandang kepada kias bahasa

arab atau penggunaan yang banyak di dalam bahasa. Kerana qiraat merupakan sunnah yang

wajib diikuti.”8

Al-Nahhas Dan Kitab I‘Rab Al-Quran.

Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Ismail. Beliau dikenal dengan

gelaran al-Nahhas. Tempat lahir al-Nahhas adalah di Mesir dan membesar di sana sehingga

suatu ketika berhijrah ke kota Baghdad untuk menimba ilmu pengetahuan. Di Baghdad,

beliau telah menuntut dengan pelbagai ulama dari pelbagai latar belakang ilmu khususnya

bahasa Arab sehingga beliau mahir dalam pelbagai aliran dan mazhab nahu. Maka tidak

hairanlah kitab I’rab al-Quran ini dipenuhi dengan pelbagai pendapat dari pelbagai ulama

nahu dari sama ada dari aliran Kufah dan Basrah. Penguasan beliau dalam ilmu tidak

terbatas pada ilmu nahu dan bahasa arab, malah beliau telah menguasai banyak displin ilmu

lain seperti qiraat, tafsir, hadis, ulum quran dan lain-lain lagi.

7 Muhammad ibn ‘Umar ibn Sālim Bāzmūl al-Qira’at wa Atharuha fi al- Tafsar wa al-Ahkām, j. 1. Riyadh: Dār

al-Hijrah li al-Nasyr wa al-Tawzi ,1996 , hlm 200 8 Muhammad ibn ‘Umar ibn Sālim Bāzmūl, 1996, Ibid. Hlm 200

Page 5: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 787

I’rab al-Quran adalah salah satu dari lima puluh karya yang telah dihasilkan oleh imam abu

ja’far Al-Nahhas semasa hayatnya. Kitab ini membincangkan berkenaan I’rab ayat al-Quran

menurut tertib mashaf. Iaitu bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas. Selain

dari itu, walaupun fokus utama al-Nahhas adalah I’rab, perbahasan mengenai wajah qiraat

turut menjadi perhatian al-Nahhas dalam penulisan beliau. Ini kerana qiraat mempunyai

kaitan yang kuat dengan ilmu bahasa arab. Dalam menghasilkan kitab I’rab al-Quran,

sebanyak 11 buah kitab nahu dari aliran kufah dan Basrah telah menjadi rujukan utama

beliau. Ditambah lagi dengan riwayat-riwayat shafawiyyah beliau muatkan dalam kitab ini

sebagai rujukan tambahan.9

Aliran Mazhab Nahu dan Bahasa Arab Dalam Kitab I’rab A-Quran

Bersandarkan pada rujukan al-Nahhas dalam penulisan kitab I’rab al-Quran, kita akan dapati

di dalam kitab ini sarat dengan pendapat-pendapat berkenaan kaedah bahasa arab dari

ulama nahu beraliran Kufi, Basri dan Baghdad sering kali memenuhi ruang perbincangan.

Nama-nama seperti imam al-Kisaei, Tha’lab, al-Farrra dari kalangan Kufi banyak diulang-

ulang oleh al-Nahhas. Begitu juga pendapat-pendapat dari kalangan Basrah seperti

Sibawayh, Abu ‘Amru al-‘Ala dan lain sering kali diperbahaskan. Manakala satu lagi aliran

iaitu Baghdadi merupakan aliran yang dianggap pertengahan oleh ulama di antara dua aliran

di atas. Antara ulama yang mempelopori aliran Baghdadi adalah seperti Ibn Kaysan, Abu

Bakr bin Shuqair dan Abu Bakr bin Khayyat.

Reaksi Ilmuwan Nahu Terhadap Qiraat Yang Tidak Menepati Kaedah Popular.

Antara Bacaan yang mendapat respon pada ulama nahu:

1. Bacaan imam hamzah pada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa (4):1:

9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam kitab I’rab al-Quran, Disertasi

Sarjana, Fakulti pengajian Islam UKM.

Page 6: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 788

Imam hamzah membaca kasrah huruf mim pada perkataan ( حاا رأ Bacaan qiraat ini .(والأ

bertentangan dengan kaedah nahu yang dibuat oleh ulama dari Basrah dan Kufah.10

Mereka tidak mengharuskan `atof dengan isim majrur tanpa mengulangi huruf harf al-jar.

Menurut al-Nahhas, qiraat yang di riwayatkan oleh imam hamzah di atas telah menyalahi

tatabahasa Arab, lalu melemahkan bacaan tersebut dan menisbahkannya sebagai lahn dan

mengingkarinya.

Al Mubarrad direkodkan pernah berkata "aku bersolat di belakang imam yang membaca

qiraat tersebut nescaya aku batalkan solatku” katanya lagi “ tidak halal untuk membaca

bacaan tersebut”11

2. Bacaan imam Nafi pada firman Allah SWT surah al-A’raf (7): 143:

Bacaan imam nafi pada kalimat ( ) adalah dengan menghidupkan harakat huruf alif

sebanyak dua harakat ketika bacaan wasal. Menurut al-Nahhas bacaan tersebut adalah

bacaan yang syaz. Beliau berpendapat bacaan tersebut terkeluar dari qias bahasa Arab.

Alasan beliau adalah kerana huruf alif itu muncul kerana memberitahu harakah huruf nun

ketika bacaan waqf. Maka jika bacaan sambung tiada erti bagi alif itu.12

3. Bacaan imam Abu Ja’far al-Qa’qa’ pada firman Allah SWT surah al-Baqarah (2): 34

10

Al-Nahhas, I’rab al-Quran, 2005, ‘Alam al-Kutub, Beirut. Hlm 231 11 Ahmad Abd Murdi, Dar al Tahrif `An kitab al Sharif. 2007.Kuliah al Quran al Karim lil Qiraat wa Ulumiha.

Tanta: Mesir. Hlm 108 12

Al-Nahhas, I’rab al-Quran, hlm. 354.

Page 7: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 789

Imam Abu Ja’far membaca huruf ta yang ada pada kalimah ( للأمالئكا) dengan bari Dammah.

Qiraat tersebut merupakan qiraat dalam kategori sahih. Menurut al-Nahhas bacaan tersebut

adalah lahn dan tidak harus dibaca. Kemudian beliau membawa tawjih bacaan tersebut

yang dinaqalkan dari imam al-Mubrarad yang menyatakan bahawa antara sebab bacaan

dammah adalah kerana untuk menunjukkan ibtida’ kalimah ( ) dengan baris

hadapan.13

4. Bacaan imam Kisaei dan abu ‘Amru pada firman Allah SWT surah al-Hijr (15):56:

Terdapat perselisihan riwayat qiraat dalam penyebutan kalimah ( يقأا). Imam Kisaei dan Abu

‘Amru meriwayatkan dengan lafaz ( يقأا) iaitu huruf nun berbaris bawah. Manakala imam-

imam yang lain melafazkan kalimat tersebut dengan ( يقأا). Perbezaan Qiraat ini menjadi

pertikaian antara al-Nahhas dengan imam abu Ubayd al-Qasim seorang ahli nahu dan

seorang ahli qiraat. Al-Nahhas menyatakan bacaan fathah huruf nun adalah bukan sebutan

paling fasih dalam bahasa Arab, sebaliknya Abu Ubayd mendakwa bacaan imam Kisaei dan

Abu ‘Amru adalah yang palaing fasih. Al-Nahhas menyatakan bacaan fathah nun adalah yang

paling baik kerana menurut wazan bagi ( )=( ) adalah ( ) kemudian diikuti dengan

wazan yang lain. Menurut al-Nahhas lagi abu Ubayd telah menyempitkan ruang

perbincangan dalam bahasa Arab.14

5. Bacaan imam imam Hamzah Ibn ‘Amir pada firman Allah SWT surah al-Nur (24):57:

13

Al-Nahhas, I’rab al-Quran, hlm 115. 14

Al-Nahhas, I’rab a-Quran, hlm. 437

Page 8: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 790

Pada perkataan ( تحسان) imam Hamzah dan Ibn cAmir membaca dengan menukarkan

huruf (ت) kepada huruf (ي). Tetapi al-Nahhas mengingkari bacaan qira’at kedua-dua imam

tersebut. Kata al-Nahhas:

“aku tidak pernah ketahui mana-mana ahli bahasa arab dikalangan Basri atau Kufi kecuali

melarang untuk membaca bacaan ini. Ada diantara mereka menyatakan bacaan qira’at ini

adalah lahn. Kerana mafcul bagi kata kerja ( يحسن) tidak boleh hanya satu. Antara ulama yang

menyatakan sedemikian adalah Abu Hatim. Al-Farra’ pula berkata bacaan ini daif.”15

Kesimpulan

Dengan sangkaan yang baik dan beberapa penelitian, penulis berpendapat bahawa secara

umumnya keseluruhan ulama nahu berpegang bahawa qiraat quraniyyah merupakan satu

sunnah yang mesti diikuti tanpa boleh mengingkari walaupun satu huruf. Kesungguhan

mereka dalam meraikan setiap wajah qiraat dalam karya masing-masing tidak dipertikai.

Kita tidak dapati mana-mana karya nahu yang tidak berhujah dengan al-Quran mahupun

qiraat. Oleh itu penulis berpendapat reaksi sebahagian dari mereka dalam memberi

penjelasan kemungkinan terjadi dengan beberapa sebab:

i. Sebahagian daripada mereka mendahulukan kaedah-kaedah yang mereka cipta

bersandarkan dari bahasa yang selalu diguna pakai oleh orang Arab. Dan mereka merujuk

kepada kanun bahasa ciptaan manusia yang sudah tentu mempunyai had dalam ilmu.

ii. Tidak sampai kepada pengetahuan mereka tawjih ilmuwan nahu yang lain tentang

keharusan sesuatu bacaan membuat mereka segera melemahkan bacaan-bacaan tertentu.

iii. Penguasaan yang terbatas dan terhad untuk menguasai kesemua tatabahasa yang ada

dalam kalangan orang Arab. Termasuk untuk menguasai wazn setiap perkataan.

15

Al-Nahhas, I’rab a-Quran, hlm. 592

Page 9: REAKSI ILMUWAN NAHW TERHADAP QIRAAT …worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full paper/IC 401... · 9 Fairuz A. Adi, 2014M, Metode al-Nahhas terhadap Wujuh al-Qiraat dalam

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 791

Dengan melihat sebab-sebab di atas, kecenderungan mereka dalam mengeluarkan

pendapat kritis terhadap bacaan qiraat boleh diterima akal. Sudah tentu mereka akan

menggunakan kepakaran sehabis mungkin untuk membahas bacaan qiraat seterusnya

kemungkinan rujukan terhadap sanad-sanad qiraat dalam peratusan yang begitu rendah.