Recall Menangis Tangisan

12
RECALL Pendahuluan Sebelum menjayakan aktiviti ini, pastikan para pelajar atau peserta berada dalam keadaan tenang dan hendaklah ditentukan kedudukannya seperti dalam satu bulatan ( bulatan besar di tengah; pelajar lelaki, Bulatan besar di luar; pelajar perempuan ) atau dalam keadaan berbaris dalam keadaan tidak terlalu rapat ( lelaki di hadapan dan perempuan di belakang ). Pastikan peserta / para menutup mata sambil berpegangan tangan sesama rakan ataupun tangan sendiri erat-erat. Adalah lebih baik fasilitator yang tidak berperanan sebagai penyampai skrip recall bersama-sama peserta atau para pelajar sebagai pemerhati dan sebagai pelakon dalam aksi sedih. Setelah didapati para peserta sudah bersedia, para pelajar diminta untuk menundukan kepala sambil menarik nafas 3 kali serta membaca “ Surah Al-Fatihah” kemudian disusuli dengan mukadimah ini: “ sekarang adik – adik diminta untuk menghayati apa yang akan kami akan katakana kerana kami ingin membawa adik – adik ke satu pengalaman yang baru dan pengalaman ini sungguh indah jika adik – adik menghayati sepenuhnya “. Adik – adik…

description

bahan kaunseling

Transcript of Recall Menangis Tangisan

RECALL

RECALL

Pendahuluan

Sebelum menjayakan aktiviti ini, pastikan para pelajar atau peserta berada dalam keadaan tenang dan hendaklah ditentukan kedudukannya seperti dalam satu bulatan ( bulatan besar di tengah; pelajar lelaki, Bulatan besar di luar; pelajar perempuan ) atau dalam keadaan berbaris dalam keadaan tidak terlalu rapat ( lelaki di hadapan dan perempuan di belakang ). Pastikan peserta / para menutup mata sambil berpegangan tangan sesama rakan ataupun tangan sendiri erat-erat. Adalah lebih baik fasilitator yang tidak berperanan sebagai penyampai skrip recall bersama-sama peserta atau para pelajar sebagai pemerhati dan sebagai pelakon dalam aksi sedih.

Setelah didapati para peserta sudah bersedia, para pelajar diminta untuk menundukan kepala sambil menarik nafas 3 kali serta membaca Surah Al-Fatihah kemudian disusuli dengan mukadimah ini:

sekarang adik adik diminta untuk menghayati apa yang akan kami akan katakana kerana kami ingin membawa adik adik ke satu pengalaman yang baru dan pengalaman ini sungguh indah jika adik adik menghayati sepenuhnya .

Adik adik

Dalam suka duka, riang ria menempuhi hidup ini, janganlah adik adik lupa sama sekali,

Dulu kita tiadatetapi dengan kehendak dan khudrat yang Maha Esa,

Kita dihidupkan ke dunia ini buat sementara

Adik adik yang disayangi

Cubalah adik adik bayangkankedua dua ibubapa adik adik,Bayangkanlah

Sebelum adik adik mencelikkan mata melihat dunia ini,

9 bulan 10 hariadik adik dikandung ibu tercinta,

Selama itu adik adikpenderitaan ibu yang mengandungkanmu,

Tidak terurai oleh kata kata, sejuk perut ibu merasakan,

Lesakitan dan lenguh lenguh membelit seluruh tubuh

Adik adik

Semasa adik adik membesar dalam rahim ibu tercinta,

Letihnya ibu tidak bermaya,

Pucat bibirnya, lemah anggotanya,

Hendak makan pun tidak berselera,

Tetapiibumu gagahkan jua demimu adik adik,

Walaupun lemah sedemikian rupa,

Digagahkan diri jua membuat kerja kerja,Mencari rezeki selagi terdaya,

Terketar ketar lemah badannya,

Rebah tersungkur tidak berupaya,

Apakan dayaitulah pengorbanan ibu dik

Adik adik manjaan ibu

Adik adik manjaan ayah

Tatkala dirimu akan muncul ke dunia,

Sakitnya ibu tidak terkira,

Kering tekaknya, berkerut mukanya,

Berpeluh ibu seluruh anggota,

Mengetap bibir, memejamkan mata,

Terasa dirinya antara dua,

Seakan akan melayang nyawa dari jasadnya,

Menahan kesakitan melahirkanmu dik

Adik adik

Renungkanlah mukanya ketika itu

Pucat tangannya menahan kesakitan yang teramat sangat,

Masihkah kau ingat dik

Ibumu mengucapkan kalimahAllahuakar..Ya Alah,Ya Tuhanku..Selamatkanlah Anakku ini,Selamatkanlah anakku ini

Selamatkanlah anakku ini

Itulah ucapan ibu yang diulang ulang kali,

Hinggalah adik adik dilahirkan ke dunia ini,

Masihkah adik adik ingat

Kelahiran adik adik disambut dengan bisikan Azandan Iqamah

Itulah alunan Ilahi yang dibisikan ayah di telingamu

Adik adik harapan ibu dan ayah

Apabila tangisan pertama kedengaran,

Lenyaplah segala kesakitan ibumu,

Senyum lemah terukir di bibirnya,

Di hati mengalir penuh sayang,

Melihat dirimu yang merah kecil,

Di rongga hatinya penuh kesyukuran,

Di kepalanya berlegar pelbagai harapan,

Inilah anak yang tersayang,

Inilah anak pembela masa hadapan.

Menjadi manusia berjaya,

Menjadi manusia berguna,

Menjadi manusia beriman,

Adik adik

Masihkah kau ingat semasa kau dibesarkan,

Ayah dan ibumu bergilir gilir berjaga malam,

Biar dirinya kepeninganbiar dirinya sakit demam,

Asalkan adik adik tidak menangis kesejukan,

Adik adik dipeluk manja dalam dakapannya,

Adik adik

Semasa dirimu masih kecil,

Engkau disusu sepenuh kasih sayang,

Diriba, dibelai, didodoi, dibersihkan, dibedak, diselimut dengan manja,

Sekali kali tidak ibu rela,

Walaupun seekor nyamuk menyentuh kulit halus anaknya.

Adik adik kesayangan ibu dan ayah

Bila dirimu besar begini,

Pernah kau hitungkan,

Berapa banyak keringat ayah tumpahkan ke bumi,

Berapa banyak peluh ibu mengalir ke kaki,

Masihkah kau ingatmasihkah kau ingat,Masihkah kau ingat

Ibumu menyuapkan nasi ke mulutmu,

Dan dengan tangan itulah engkau dibesarkan.

Adik adik

Masa berlalu begitu cepat sekali,

Kini adik adik sudah remaja,

Cabaran semakin hebat dan pelajaran semakin sukar

Adik adik sudah melihat dunia yang luas.

Jika di sekolah rendah dahulu,

Kata kata ibubapa dan gurulahkata-kata keramat,

Adik adik pegang sebagai panduan,

Tapisekarang tidak lagi,

Ke mana hilangnya semua itu dik

Masihkah adik adik ingat

Ketika adik adik ingin membeli sepasang baju yang mahal,

Adik adik ingin memilikinya kerana

Rakan rakan adik di sekolah memakai pakaian yang mahal mahal belaka,

Adik adik malu dengan rakan rakan jika tidak serupa dengan mereka,

Adik malu

Adik malu

Adik malu jika adik adik tidak memiliki baju yang mahal juga,

Walaupun keberatan kerana ayahmu tidak memiliki wang yang secukupnya,

Ayahmu cuba juga untuk menunaikan hajat dan kehendak adik adik

Keranaayahmu tidak mahu mengecewakan kehendakmu,

Adik adik sudah pandai daripada mereka,

Kata kata dan leteran mereka sangat menyakitkan hati adik adik,

Adik adik dah bosan dengan kata kata nasihat mereka,

Kata kata nasihat itu adik anggap sudah basi dan tidak bererti lagi,

Adik adik tidak ingin lagi dikongkong oleh keluarga,

AKU SUDAH BESARAKU SUDAH DEWASAAKU TIDAK SUKA DILAYAN IBU AYAH SEPERTI ANAK ANAK KECIL LAGI Itulah luahan hati kecil adik adik

Adik adik tidak lagi ambil kisah tentang ibu dan bapa

Harapan melihat anaknya berjaya adakah akan tercapai?...

Itulah yang selalu difikirkan oleh kedua dua ibubapa adik adik

Tetapi

Untuk ibu dan ayahmu yang menjaga dan melahirkanmu,

Apa yang adik adik berikan kepada mereka?

Merekamereka bagi adik adik tidak penting lagi,

Tidak penting

Segala nasihat ibu dan ayah,

Adik adik tidak terima,

Malah

Adik adik menengking mereka,

Tergamak adik mengeluarkan kata kata kasar kepada mereka,

Adik adik hina mereka,

Adik adik mengangapkan mereka kolot, tidak berpelajaran, kuno dan tidak memahami masalah remaja adik adik masa kini,

Adik adik hancurkan impian dan harapan ibubapa yang melahirkanmu dahulu,Kalau ibubapa adik adik tahu apa yang akan diterima mereka

Dahulu lagi ketika adik adik masih kecil,

Mereka telah pijak pijak dan cekek cekek sampai mati adik adik,

Apalah gunanya anak yang mereka harapkan dan bela sampai kini,

Telah menjadi anak anak yang engkar dan derhaka.

Namun apakan daya

Walaupun mereka kecewa dan harapan mereka hancur,

Mereka tetap menganggapkan adik adik sebagai anaknya. DAN

Sebusuk busuk daging,

Dimamah, dibasuhdimakan jua.

Bayangkanlah

Sekiranya tiba tiba adik jatuh sakit

Dek perbuatan adik sendiri,

Terpaksa dirawat di hospital berbulan bulan lamanya,

Sehingga

Badan adik adik menjadi kurus kering,

Mata adik adik menjadi cekung,

Bibir adik adik menjadi kering dan hamper semua rambut adik adik gugur,

Adik adik tidak bermaya lagi,

Ramai sanak saudara datang menziarahi adik adik.

Tetapi

Walau hina yang adik lontarkan,

Walau derita yang adik berikan,

Ibu dan ayah adik tetap setia menunggu,

Mereka sentiasa berada di sisi dan menemani adik,

BayangkanlahIbu membelai belay rambut adik adik yang sudah tidak berapa itu,

Danayah adik adik pula mengurut kaki adik adik yang sudah tidak berdaging lagi,

Bayangkanlah adik adik

Sebenarnya adik adik sedang menunggu saat saat kematian yang begitu mendebarkan,

Lihatlah air mata mereka

Berlinangan membasahi pipi kerana mengenangkan nasib diri adik adik,

Jika diizinkan tuhan

Ingin rasanya mereka mengambil tempat adik adik,

Keranaadik adiklah yang patut hidup lebih lama bukanya mereka.

Begitulah pengorbanan dan kasihnya kepada adik adik,

Pengorbanan dan kasih yang tiada tolok bandingan dan tiada terkira nilainya,

Tidakkah adik adik pernah fikirkannya

Betapa peritnya penderitaan ibu dan ayah ketika itu.

Begitulah betapa kasih dan sayangnya ibu dan ayah terhadap adik adik selama ini,

Dandimanakah nikmat nikmat tuhan yang telah diberikan kepada adik adik,

Yang pernah adik adik dustakan,

Sedarlah adik adik

Sedarlah

Berikanlah setitis sinar harapan kepada ibu dan ayahmu dik,

Dikala masih diberi kesempatan dan peluang,

Dikala ibu dan ayah adik adik masih hidup.Anak yang mereka impikan untuk membela mereka,

Sudah mahu mendengar nasihat ibu dan ayah,

Sudah mahu mendengar nasihat guru guru yang tercinta,

Dansudah mahu mencipta kejayaan pada masa mendatang.

Katakanlah dan sematkanlah dalam hati kecil adik adik,

Aku kini tidak lagi begitu ibu,

Aku tidak lagi seperti itu ayah,

Aku kini sudah berubah,

Aku akan cuba mencapai segala harapan ibu dan ayah,

Aku tidak mahu malas malas lagi ibu,

Aku tidak mahu lalai lagi ayah,

Aku tidak mahu dengan angan anganku,

Danbiarlah malam ini menjadi bukti dan titik tolak hidupku,

Ke arah mencapai kecemerlangan.

Adik adik manjaan kami

Kami amat menyayangimu dik,

Adik adik

Tariklah nafas perlahan lahan,

Buangkanlah kenangan buruk masa dahulu,

Tukarkanlah

Dengan azam dan keyakinan,

Lihatlah betapa indahnya malam ini,

Seindah hidup adik adik pada masa akan datang,

Aku berbangga pada diriku sendiri,

Aku bangga kini,

Insyallah.. aku akan BERJAYA.

TAMAT

Mainkan lagu Gemilang ATAU Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu dengan suara perlahan lahan dibesarkan pada slot akhir.