Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1...

7
1 Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur 01-34. 4.hb. November, 1975 Pengarah Pelajaran, Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/ Sarawak. Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid, Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan. 2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A. 3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B. 4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C

Transcript of Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1...

Page 1: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

1  

Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55)

Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur 01-34.

4.hb. November, 1975

Pengarah Pelajaran, Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/ Sarawak.  

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah.

Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,

Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.

2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A

Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam Lampiran A.

3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B

Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di lampiran B.

4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah-Lampiran C

Page 2: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

2  

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.

4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.

5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata Pelajaran Praktikal dan lain-lain.

Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:

Bengkel Seni Perusahaan

Bilik Sains Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain. 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. 7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat pekeliling ini dengan segera.

Page 3: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

3  

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 4: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

4  

Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55)                                                                                               Lampiran A

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas

Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah

Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM Tajuk 1 Peraturan-peraturan sekolah

(Persatuan-persatuan) 1956 School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952) 22.5.1956

-

Persatuan-persatuan

sekolah (School Societies)

2 Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatan-lawatan) 1957 School (Tours) Regulations 1957 LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957

M for E 8D/57

Lawatan-lawatan sekolah

(School Tours)

3 Peraturan-peraturan Sekolah (majalah-majalah) 1958 School (Magazines) Regulation 1958 LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958

MEO 8G/57

Majalah-majalah Sekolah

(School Magazines)

4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline) Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959

ME 040

Tatatertib Sekolah (School Disipline)

5 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968

KP. 8543/10

Pembuangan Murid-murid daripada

Sekolah-sekolah kerana kel;akuan

curang 6 Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68

10.9.1968 KP.8543/02/(12)

Tatatertib di Sekolah-sekolah

7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971

KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam Sekolah-sekolah

8 Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972

KP.8543/(73) Potongan Rambut dan Sebagainya

Page 5: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

5  

9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975

KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid menghisap rokok.

10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975

KP.8548/8/(67) Salahguna dadah Garis Panduan untuk guru-guru Panduan

dan Guru Besar. 11 Surat pekeliling

10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A)

Peraturan-peraturan asrama sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

6  

Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran B

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat

i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

iii. Memukul guru-guru. iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua. v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan

Pejabat Pelajaran. vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah.

vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah. viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.

ix. Mencuri. x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.

xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975).

xii. Berjudi. xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran. xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru Besar atau

Pengetua. xvi. Sengaja meninbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan

kacau bilau dan perpecahan kaum. xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara

Guru Besar atau Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.

Page 7: Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55) - 123userdocs.s3-website-eu-west-1 ...123userdocs.s3-website-eu-west-1.amazonaws.com/d/cf/c9... · perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya

7  

Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55) Lampiran C

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Garis Panduan

Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Perkara‐perkara yang perlu ditimbangkan: 

 

i. Pakaian Seragam Sekolah dan Pakaian Sekolah – Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain‐lain. 

ii. Kawasan Sekolah – meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain‐lain. iii. Kebersihan – sampah, kantin, bilik darjah, dinding, tandas, dan lain‐lain. iv. Keselamatn – beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain‐lain. v. Pelawat‐pelawat – dengan kebenaran Guru Besar dan lain‐lain. vi. Budi pekerti/kelakuan/tingkah  laku – penepatan masa, hormat‐menghormati, pergaduhan, 

bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain‐lain. 

vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas. viii. Ketua murid darjah dan pengawas. ix. Waktu sembahyang dan rehat. x. Latihan kebakaran dan kecemasan. xi. Bayaran dan yuran sekolah. xii. Kerosakan harta benda sekolah. xiii. Kegiatan‐kegiatan  luar  bilik  darjah  –  Perpustakaan,  kelab,  persatuan  sekolah,  permainan 

sukan dan lain‐lain. 

 

 

 

Nota:  Perhatian  tuan  adalah  ditarik  kepada  kegunaan  Asrama  Sekolah,  Bilik Makmal  Sains  dan Sains  Rumahtangga  dan Workshop.  Peraturan‐peraturan  khas  patutlah  digubalkan  untuk keselamatan dan panduan murid‐murid. 

 

 

 

Diilustrasi kembali oleh BTMK, Kementerian Pelajaran Malaysia